The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-93270140, 2022-07-14 09:41:16

BM 2 KSSM SPM

BM 2 KSSM

PANDUAN SOALAN DAN MENJAWAB
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2) SPM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

• DISEDIAKAN OLEH:

NORAZMIE BIN RAMIN

• GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU DG 48
• KETUA PANITIA/AHLI PEMIKIR BM SPM PPD

TAWAU

• JURULATIH UTAMA PEMBINAAN MODUL

PDPR BERPANDUKAN DSKP BM PPD TAWAU

• AHLI PEMIKIR BM SPM JPN SABAH.



FORMAT INSTRUMEN JENIS INSTRUMEN
SPM KSSM Ujian Bertulis
MATA PELAJARAN JENIS ITEM
BAHASA Subjektif Respons Terhad/ Subjektif
MELAYU(1103/2) Respons Terbuka
BILANGAN SOALAN
Bahagian A
Sistem dan Aplikasi Bahasa: Morfologi,
Sintaksis, Penyuntingan, Bahasa
Melayu Standard dan Peribahasa.
Bahagian B
Pemahaman berdasarkan petikan
bahan prosa dan bukan prosa(Umum/
Drama/ Cerpen/Prosa Tradisional/Puisi
Tradisional/Sajak).
Pemahaman berdasarkan novel
Tingkatan 4 dan 5.
Bahagian C
Rumusan

JUMLAH SOALAN: 9 Soalan

Bahasa Melayu Kertas 2 (100 Markah)
Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa (35
markah)
Bahagian B:Pemahaman(35 markah)
Bahagian C: Rumusan ( 30 markah)



BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
(35 MARKAH)

Soalan berbentuk subjektif respons terhad dan subjektif
respons terbuka.

Kontruk dan aspek yang ditaksir ialah: Kemahiran
Membaca(Memahami,mengaplikasi,menilai,mencipta),
Pengetahuan Sistem Bahasa, dan Nilai.

Terbahagi kepada lima bahagian soalan iaitu: Morfologi,
Sintaksis, Penyuntingan, Bahasa Melayu Standard,
Peribahasa.

35 markah diperuntukkan untuk soalan 1,2,3,4 dan 5.

Masa menjawab bagi ke semua soalan ialah 45 minit.

Info Grafik Penerangan Sistem dan
Aplikasi Bahasa-Morfologi

Morfologi- Ilmu Bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata.
Struktur –Susunan unsur dalam kata. Contoh: minuman(Kata dasar + -an ialah
kata dasar + akhiran.
Bentuk- Rupa atau pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa. Contoh kata

tunggal, bentuk terbitan, bentuk gandaan, bentuk majmuk, dan bentuk akronim.
Golongan Kata- Jenis kata. Contoh kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata
adverba, dan kata tugas.

Panduan Soalan-Morfologi

Kata Kunci- Mengenal Semak dan pastikan Kuasai ilmu tatabahasa
pasti dan menggunakan tiada kesalahan ejaan terutama golongan kata
dan maksud perkataan
dan kesalahan yang dikemukakan dalam
tatabahasa.
soalan.

Bina ayat yang dapat Bina ayat yang gramatis. Binaan ayat haruslah
membezakan makna mengandungi subjek dan
predikat, ayat tunggal,
kata.
ayat dasar, dan ayat
majmuk.

Tumpuan Soalan Morfologi

















































Jom Follow Cikgu:
Cikgunorazmieramin

(Tik Tok)

https://vt.tiktok.com/ZSeR4C45v/

PEDOMAN MENJAWAB SOALAN
MORFOLOGI

 LANGKAH 1 : Baca soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata
ganda dan dua kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Budaya kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi rakan dan taulan
merupakan antara amalan yang menjadi kelaziman masyarakat Melayu ketika
menyambut hari raya. Amalan yang diwarisi hingga menjadi adat budaya ini
mampu untuk merapatkan ukhwah yang telah terjalin. Namun begitu, amalan ini
semakin lama semakin kurang dapat dilihat dalam masyarakat kita, terutama
mereka yang tinggal di bandar raya. Kini kebanyakan daripada kita sekadar
mengunjungi rumah saudara-mara yang rapat dan berdekatan sahaja.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Selamat Hari
Raya Aidilfitri’ oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, Dewan Budaya, Bil. 6/2017

 LANGKAH 2 : Senaraikan perkataan mengikut jenisnya

1.Senaraikan jumlah mengikut arahan soalan. Jangan senaraikan lebih daripada
sepatutnya.

2.Jika terdapat dua kehendak, pastikan jawapan dibezakan.

Kata ganda Kata majmuk
(i)ziarah-menziarahi (i)hari raya
(ii)saudara-mara (ii)bandar raya
Jawapan lain: kunjung-mengunjungi
Jawapan lain: adat budaya

LANGKAH 3 : Tulis ayat yang gramatis
1.Tulis ayat yang gramatis, iaitu mengandungi subjek dan predikat yang lengkap.
2.Ayat yang ditulis perlu menjelaskan maksud dan penggunaan perkataan itu.
3.Tulis ayat yang melebihi tujuh patah perkataan.
4.Gunakan perkataan yang tepat.
5.Gariskan perkataan yang digunakan.

i) Budaya ziarah-menziarahi jiran yang ditimpa musibah seperti kemalangan atau
kesakitan dapat menunjukkan keprihatinan.

ii) Majlis perkahwinan abang meriah dengan kehadiran saudara-mara daripada
kedua- dua belah pihak ibu bapa kami.

iii) Pada setiap hari raya, pelbagai juadah istimewa akan dihidangkan seperti
rendang, ketupat, lemang dan kuih- muih tradisional.

iv) Kepadatan penduduk di bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang
menyebabkan masalah lalu lintas.

LANGKAH 4: Semak Jawapan
1.Pastikan ayat tidak tergantung.
2.Semak ejaan dan penggunaan tanda baca untuk mengelakkan markah dipotong.

Info Grafik Penerangan Sistem
dan Aplikasi Bahasa- Sintaksis

Sintaksis- Cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
ayat.

• FRASA,KLAUSA, AYAT( frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif, frasa sendi nama)

• JENIS-JENIS AYAT( ayat penyata, ayat perintah,
ayat seruan, ayat tanya)

• RAGAM AYAT( ayat aktif, ayat pasif, susunan ayat
biasa, susunan ayat songsang.

• BINAAN AYAT( ayat dasar, ayat tunggal,ayat
majmuk)

TUMPUAN SOALAN SINTAKSIS





Panduan Soalan-Sintaksis

Soalan terdapat dalam petikan dan
mengikut tema.

Panjang petikan atau bahan antara 50
hingga 80 patah perkataan.

Jumlah soalan bergantung pada arahan
dalam soalan.

Jumlah markah tidak tetap:
bergantung kehendak soalan.

Bentuk skema pemarkahan: analitik.

PEDOMAN MENJAWAB SOALAN SINTAKSIS
LANGKAH 1: Baca soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan
biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.

Peningkatan aktiviti perindustrian mengakibatkan pertambahan
pelepasan air buangan dan bahan lain ke dalam sungai. Kempen Cintai
Sungai telah dijalankan sekian lama walaupun seolah-olah tidak
berhasil. Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja
sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan reaksi. Pada hakikatnya,
pelbagai langkah lain boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di
negara kita, termasuk mengadakan kempen secara bersepadu di
seluruh negara. Skop pendidikan di sekolah sebagai usaha mendidik
generasi muda agar mencintai sungai perlu diperluas.

LANGKAH 2: Fahami kehendak soalan
1.Hanya tukar ayat yang bergaris dalam petikan.
2.Fahami konsep ayat bersusunan biasa dan ayat bersusunan
songsang

Ayat bersusunan biasa
a. Subjek + Predikat
b. Subjek + Predikat + Keterangan

Ayat bersusunan songsang
a.Predikat + Subjek
b.Predikat + Keterangan + Subjek
c.Predikat + Subjek + Keterangan
d.Keterangan + Subjek + Predikat
e.Keterangan + Predikat + Subjek

LANGKAH 3: Tulis jawapan
1.Tulis jawapan yang tepat.
2.Susun ikut urutan. Letakkan penomboran.

Contoh:
a.Mengakibatkan pertambahan pelepasan air buangan dan bahan
lain ke dalam sungai peningkatan aktiviti perindustrian.
b.Terus berlaku di mana-mana sahaja pencemaran sungai
sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan reaksi.
c.Perlu diperluas skop pendidikan di sekolah sebagai usaha
mendidik generasi muda agar mencintai sungai.

LANGKAH 4: Semak jawapan
1.Pastikan ayat lengkap dan tidak tertinggal mana-mana
perkataan.
2.Semak ejaan dan penggunaan tanda baca untuk mengelakkan
markah dipotong.

SINTAKSIS ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.

Skop sintaksis
1. Jenis ayat – ayat penyata, ayat seruan, ayat perintah dan ayat

tanya.
2. Ragam ayat –subjek – predikat

-pola ayat (4 pola ayat)
-ayat susunan biasa – songsang
-ayat aktif – pasif
-ayat cakap ajuk – pindah
3. Ayat tunggal
4. Ayat majmuk
5. Ayat terbitan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti jenis-jenis
ayat yang bergaris berikut sama ada ayat tersebut ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah.

Apakah cara terbaik menjaga pemakanan seseorang supaya lebih
selamat? Keselamatan makanan terjamin dengan menggunakan
bahan mentah segar serta dimasak dengan sempurna. Pengambilan
kuantiti makan juga perlu dikawal dengan mengurangkan makanan
yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam. Hal ini dikatakan
sebegitu kerana makan bergaram menyebabkan penyakit darah
tinggi. Makanan manis boleh menyebabkan penyakit diabetes.
Jangan mengambil makanan ringan dan makanan segera terlalu
banyak. Makanan berlemak pula boleh menyebabkan obesiti. Wahai
ibu bapa,jagalah pemakanan anak anak! Makan seimbang penting
untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

JAWAPAN:

1. Pengambilan kuantiti makan juga perlu dikawal dengan
mengurangkan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak
dan garam. (Ayat penyata)

2. Jangan mengambil makanan ringan dan makanan segera
terlalu banyak. (Ayat perintah)

3. Wahai ibu bapa,jagalah pemakanan anak anak!
(Ayat seruan)

Info Grafik Penerangan Sistem dan
Aplikasi Bahasa-Penyuntingan

Penyuntingan- Teks yang dikemukakan berbentuk
teks tunggal, teks bersambung atau teks pelbagai.
Contoh: petikan,iklan, dialog, kad ucapan dan
lain-lain.
Panjangnya teks atau bahan: 50 hingga 80 patah
perkataan.
Analisis kesalahan Bahasa, kejituan idea dan
kesinambungan idea dalam teks.

TUMPUAN SOALAN PENYUNTINGAN


Click to View FlipBook Version