PENYUNTINGAN
1. Jumlah kesalahan Bahasa bergantung pada jumlah
markah dalam soalan.
2. Murid perlu membaca teks yang diuji untuk mengenal
pasti kesalahan Bahasa berpandukan kehendak soalan.
3. Murid akan diminta untuk menyenaraikan kesalahan
yang diperlukan dan membetulkan kesalahan tersebut
dengan menuliskan jawapan yang betul.
4. Jenis kesalahan yang diuji: ejaan, imbuhan, tanda
baca, istilah, tatabahasa
5. Jumlah markah tidak tetap: bergantung pada kehendak
soalan
6. Bentuk skema pemarkahan: analitik
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global kepada masa
akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam
menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan
berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai
pengerak utama pembangunan ekonomi negara.
Pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan
pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat
anatarbangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua
pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan
memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga
diterima di persada antarabangsa dan seterusnya mendapat
status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem
pendidikan terbaik dunia.
Kesalahan Pembetulan
1.kepada pada (tatabahasa)
2.pengerak penggerak (imbuhan)
3.mekanisma mekanisme (ejaan)
4.ditingkatkan meningkatkan (imbuhan)
5.berdayasaing berdaya saing (ejaan)
6.dengan dan (tatabahasa)
7.gembelengan gemblengan (ejaan)
8.pastikan memastikan (imbuhan)
9.diterima diiktiraf (istilah)
10.mendapat mencapai (istilah)
11.di dalam dalam (tatabahasa)
Contoh Soalan 3(Penyuntingan)
Jawapan
Info Grafik Penerangan Sistem dan
Aplikasi Bahasa-Bahasa Melayu Standard
Bahan teks prosa tradisional Tingkatan 4(Kepimpinan Melalui
Teladan) dan Tingkatan 5 (Burung Terbang dipipiskan Lada)
Panduan Menjawab
• Baca petikan atau bahan dengan teliti.
• Jawapan dan petikan soalan mesti sama bentuknya.
• Setiap isi/idea tidak boleh gugur.
• Berikan imbuhan pada kata kerja yang sesuai.
• Kekalkan Bahasa Istana.
• Kekalkan kata ganti nama.
• Kekalkan tanda baca.
Contoh Bahasa Klasik- Maka
Menukarkan berangkatlah baginda ke istana
Bahasa
Klasik Bahasa Moden-Lalu baginda
kepada berangkat ke istana
Bahasa
Standard Nota
Baginda-Kekal
Maka-lalu
Partikel-lah-buang
1. Istilah-istilah seperti: hatta, arakian, syuhadan,seraya
dan kalakian dibuang/potong kerana tidak digunakan
dalam Bahasa Melayu moden.
2. Partikel –pun dan –lah juga perlu dibuang/potong.
3. Kata bantu, kata tunjuk yang tidak sesuai – sudah, itu,
demikian itu -buang/potong
4. Walau bagaimanapun, kosa kata daripada Bahasa istana
seperti mencemar duli, gering, mangkat, santap,
bersiram dan sebagainya hendaklah dikekalkan.
5. Begitu juga dengan KGND seperti baginda, bonda,
anakanda, permaisuri, kekanda dan lain-lain turut
dikekalkan.
Info Grafik Penerangan Sistem dan
Aplikasi Bahasa-Peribahasa
Contoh Soalan dan Jawapan
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
(35 MARKAH)
-Terbahagi Soalan 6: Petikan Soalan 7: Petikan
kepada 3 Umum Sastera
bahagian soalan
iaitu:
Soalan 8: Novel -35 markah yang -Masa menjawab
diperuntukkan bagi kesemua
untuk soalan 6,7
soalan 45 minit.
dan 8.
Info Grafik Penerangan Pemahaman
-Petikan Umum
Pendekatan Bertema: Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran(DSKP) Tingkatan 4 dan 5.
Petikan Umum: Rencana,berita,iklan,jadual, gambar rajah dan lain-lain.
Bahan yang dikemukakan dua hingga tiga bahan.
Sumber bahan: Majalah,akhbar,internet dan sebagainya.
Pecahan Soalan
i) Maksud rangkai kata
ii) Soalan berdasarkan petikan(beza banding semua bahan atau
pemindahan maklumat.
iii) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)
iv) Penyelesaian Masalah
-Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.
Soalan Pemahaman-Petikan Umum(Soalan 6)
Soalan Cadangan Jawaban Markah
1 Maksud memandang enteng: menganggap mudah/senang 2 markah
2 Perbezaan cara mengelakkan diri drpd penipuan siber : Bahan 1 3 markah
− elakkan membuat transaksi kewangan ketika menggunakan WiFi umum
− menggunakan talian telefon sendiri
Bahan 2
Jangan mengemas kini status yang menunjukkan anda kesunyian
Jangan terlalu mudah menerima permohonan menjadi rakan di media sosial
Tidak terpedaya dengan pujuk rayu rakan di media sosial
Tidak mudah terpedaya dengan tawaran hadiah berbentuk wang
Perlu berhati-hati sekiraya ada sebarang komunikasi melibatkan wang
Punca masalah berterusan :
3 1. sikap masyarakat yang menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka 4 markah
2. Sibuk dengan hal sendiri dan menganggap ini masalah orang lain
3. Kurang cakna cara mengelakkan diri daripada tertipu
4. Mangsa mudah terpedaya dan mempercayai kata orang lain
Jawaban lain yang relevan diterima
1. Menghubungi kenalan lama ini sama ada mesej yang diterima benar atau palsu 4 markah
4 2. Menyekat nombor pemberi mesej
3. Melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa jika mencurigakan
Jawaban lain yang relevan diterima
1.Maksud memandang enteng ialah menganggap mudah/senang.
2.Perbezaan cara untuk mengelakkan diri daripada penipuan siber Bahan 1 ialah elakkan
membuat transaksi kewangan ketika menggunakan WiFi umum. Selain itu, menggunakan talian
telefon sendiri. Bagi Bahan 2 pula, jangan mengemas kini status yang menunjukkan anda
kesunyian. Di samping itu, jangan telalu mudah menerima permohonan menjadi rakan di
media sosial. Seterusnya tidak terpedaya dengan pujuk rayu rakan di media sosial dan tidak
mudah terpedaya dengan tawaran hadiah berbentuk wang.
3.Pada pendapat saya, punca masalah ini berterusan ialah sikap masyarakat yang menganggap
masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka. Selain itu, sibuk dengan hal sendiri dan
menganggap ini masalah orang lain. Di samping itu, kurang cakna dengan cara mengelakkan
diri daripada tertipu. Akhir sekali, mangsa mudah terpedaya dan mempercayai kata orang
lain.
4.Tindakan yang akan saya lakukan untuk memastikan bahawa saya tidak terjebak dalam
penipuan siber ialah menghubungi kenalan lama ini sama ada mesej yang diterima benar atau
palsu. Selain itu, menyekat nombor pemberi mesej. Akhir sekali, melaporkan hal ini kepada
pihak berkuasa jika mencurigakan.
Info Grafik Penerangan Pemahaman
-Petikan Sastera
1) Bahan Petikan: Karya kreatif daripada pelbagai sumber.
2) Pendekatan Bertema: Semua bahan mesti berdasarkan tema yang sama.
3) Pelbagai bentuk bahan: Sajak,syair,pantun,seloka,gurindam,prosa
tradisional,drama,cerpen, dan lain-lain.
Pecahan Soalan
i) Maksud rangkai kata
ii)Soalan berdasarkan petikan(beza banding semua bahan atau pemindahan maklumat.
iii)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)
iv)Penyelesaian Masalah
-Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.
-SOALAN ELEMEN SASTERA TIDAK DIUJI DALAM SOALAN INI.
SOALAN 7 : PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kepada Wira dan Wirawati Negara
Di kala merebaknya COVID-19 Kepada wira dan wirawati negara
Menggemparkan gundah segenap Engkaulah
manusiawi, Engkaulah penyambung nafas setiap insan
Mengganggu gugat rutin dan gerak-geri kita Untuk kekal bernyawa
Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan Engkaulah denyut nadi rakyat
Merubah setiap detak nafas masyarakat Malaysia Untuk kekal sejahtera
Dengarlah kata PM kita Duduklah Rahmat bahagia.
diam-diam di rumah Usahlah
pergi ke mana-mana. Kepada wira dan wirawati negara
Dikaulah adiwira bangsa
Kepada wira dan wirawati negara Yang berwajah insaniah
Terima kasih Semoga keselamatan kalian diberkati Allah
Terima kasih kerana bertarung dengan virus S.W.T
Corona yang celaka Semoga kesihatan kalian diberkati Allah
Mengubati setiap nyawa yang tak ternilai Yang Maha Esa.
harganya
Mengekalkan kebahagiaan
keluarga Memapankan
kesejahteraan Demi rakyat jelata. Nukilan Teo Wei Sing
Bahan 2
Pihak komunis yang memintas kemaraan pasukan bantuan kampung juga tidak menembak lagi.
Mereka telah berpecah kepada tiga pasukan. Satu pasukan kecil terus bertahan di situ untuk
menghadapi pasukan Penghulu Ali. Dua pasukan lagi telah berpecah, bergerak ke arah jalan kampung
Belatak di sebelah timur, dan satu pasukan lagi ke arah kampung Meda di sebelah barat. Pasukan yang
tinggal di situ terus mendiamkan diri menunggu reaksi kumpulan pasukan bantuan dari Kampung Tul.
Penghulu Ali begitu gelisah mendengar bunyi berbalas tembak yang semakin hebat. Dia harus berbuat
sesuatu untuk membantu pasukan polis. Walau bagaimanapun, pergerakan mereka dapat dipintas oleh
pengganas komunis. Penghulu Ali terpaksa bertahan. Sementara itu, pasukan polis terus bertahan
dengan gagahnya daripada serangan pengganas komunis.
Dipetik dan diubah suai daripada Selingkar Perjuangan,
Buku Teks Bahasa Melayu tingkatan 5, Bukit Kepong, Oleh Ismail Johari Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan Bahan 2, nyatakan maksud rangkai kata memintas kemaraan. (2 markah]
(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menjamin
keselamatan dan kesejahteraan negara. ( 2 markah]
(iii) Keselamatan dan kesejahteraan negara merupakan tanggungjawab kita bersama. Pada pendapat anda,
apakah kesannya jika tanggungjawab ini tidak dipikul bersam [3 markah]
(iv) Anda telah menerima beberapa mesej yang tidak diketahui sumbernya di media sosial. Anda mendapati
bahawa mesej tersebut berupa fitnah dan provokasi yang boleh mengancam perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat majmuk di negara ini. Sebagai pengguna media sosial yang bertanggungjawab, apakah yang
akan anda lakukan untuk mengatasi masalah ini? (4 markah]
Soalan Cadangan Jawaban Markah
i Memintas kemaraan : Memotong/mematahkan/menyekat pergerakan 2 markah
ii Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara 3 markah
Bahan 1 : Merawat pesakit COVID-19
Bahan 2 : Memerangi musuh negara komunis
iii Kesan jika tanggungjawab ini tidak dipikul bersama : 3 markah
− Masyarakat berpecah belah 4 markah
− Keamanan negara akan tergugat
− Pelbagai kerosakan dan masalah akan berlaku kepada masyarakat
− Masyarakat akan hidup dalam ketakutan
iv Jika menerima mesej berbaur fitnah dan provokasi, saya akan:
− Membuat laporan polis
− Memadam dan membiarkan mesej tersebut/tidak menularkan mesej tersebut
− Mengingatkan rakan maya lain agar berhati-hati dengan mesej tersebut
− Mengenal pasti sumbernya dan memastikan kesahihannya
1.Maksud rangkai kata memintas kemaraan ialah
memotong/mematahkan/menyekat pergerakan.
2.Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menjamin keselamatan dan
kesejahteraan bagi bahan 1 ialah merawat pesakit COVID-19. Manakala, bahan
2 pula ialah memerangi musuh negara komunis.
3.Pada pendapat saya, kesan jika tanggungjawab ini tidak dipikul bersama ialah
masyarakat akan berpecah belah. Selain itu, keamanan negara akan tergugat.
Akhir sekali, pelbagai kerosakan dan masalah akan berlaku kepada masyarakat.
4.Sebagai pengguna media sosial yang bertanggungjawab, perkara yang akan
saya lakukan untuk mengatasi masalah menerima mesej berbaur fitnah dan
provokasi antaranya ialah membuat laporan polis. Selain itu, memadam dan
membiarkan mesej tersebut. Seterusnya, mengingatkan rakan maya lain agar
berhati-hati dengan mesej tersebut. Akhir sekali, mengenal pasti sumbernya
dan memastikan kesahihannya.
Cadangan Cara Menjawab
Soalan Pemahaman.
-Untuk soalan yang mempunyai pemberat markah 3m.
Pelajar hendaklah memberi tiga atau lebih pernyataan isi.
-Untuk soalan yang mempunyai pemberat markah 4m.
Pelajar hendaklah memberi empat atau lebih pernyataan
isi.
Contoh Menjawab Soalan
Pemahaman( 3m)
Soalan:
iii) Sektor pertanian kurang diceburi oleh golongan muda walaupun sektor
ini amat menguntungkan. Pada pendapat anda, apakah inisiatif-inisiatif
kerajaan untuk menggalakkan golongan muda menceburi sektor pertanian?
(3m)
Jawapan:
Pada pendapat saya, inisiatif-inisiatif kerajaaan untuk menggalakkan
golongan muda menceburi sektor pertanian ialah kerajaan perlulah
menyediakan modal(1m), kerajaan perlulah mengadakan kursus atau
bengkel kepada petani muda(1m) dan kerajaan haruslah mengiktiraf petani
yang berjaya.(1 m).
# Galakkan pelajar memberi isi yang lebih dan relevan.
Contoh Menjawab Soalan Pemahaman (4m)
Soalan:
Rakan anda tidak gemar melakukan aktiviti rekreasi. Dia lebih suka menghabiskan
masa dengan melayari laman social dan bermain permainan video. Sungguhpun telah
dinasihati oleh ibu bapanya,dia tetap tidak mahu berekreasi. Sebagai rakan yang
prihatin,cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat rakan anda supaya
berekreasi? (4m)
Jawapan: Pelajar perlu nyatakan 4 isi
Pada pandangan saya, langkah-langkah untuk menarik minat rakan saya supaya
berekreasi ialah menerangkan faedah berekreasi kepadanya(1m), mencadangkan
aktiviti rekreasi yang disukai rakan(1m), menghadiahkan peralatan sukan(1m) dan
mengajak rakan berekreasi bersama-sama.(1m)
Soalan yang perlukan huraian
Huraikan…
Jelaskan….
Isi + Huraian (SUKA)
S-Supaya
U-Untuk
K-Kerana
A-Agar
SOALAN 8 : NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Baiklah, kalau begitu awak fikirkanlah dahulu, Farisha. Hubungi kami apabila sudah
ada keputusan.” Dr. Maxi mengenggam kedua-dua tangannya dan berkata lagi, “Tapi,
jangan lambat sangat, ya!”
Farisha tersenyum tawar tetapi tiba-tiba ada rasa takut datang menyelubunginya. Hati
kecilnya berasa bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
“Kalau begitu, boleh kami minta diri dulu?” kata Farisha. Dia tidak sabar ingin
meninggalkan perbincangan dan rumah agam ini.
“Sebelum itu, saya ingin kenalkan kamu berdua dengan Karl,” Kata Aqram sambil
menunjuk ke arah sebuah pintu yang lebih besar yang bakal membawa tetamu ke
bahagian belakang rumah.
“Oh ya, Karl!” Farisha baru teringat tujuan utama mereka berada di situ adalah untuk
bertemu Karl.
“Ya, mari jumpa Karl. Tuan rumah ini,” ajak Dr.Maxi sambil mengatur langkah ke arah
pintu besar.
Farisha dan Rosman bangun dari kerusi rotan dan sedikit teragak-agak untuk berkenalan
dengan seorang penyelidik terkenal. Rosman sudah mereka-reka ayat dalam kepalanya
untuk bercerita tentang rencana yang pernah ditulis tentang Karl.
Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah yang difikirkan oleh Farisha dan Rosman semasa mereka berada di rumah agam itu?
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a. Di Sebalik Dinara, Karya Dayang Noor
b. Silir Daksina, Karya Nizar Parman
c. Jendela Menghadap Jalan, Karya Ruhaini Mandarin
d. Pantai Kasih, Karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kepentingan peristiwa pada
permulaan cerita yang menyebabkan anda meneruskan pembacaan.
[6 markah]
i Jawapan Novel (i) 4 markah
Semasa mereka berada di rumah agam itu,
Farisha sedang memikirkan :
− bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tawaran Dr.
maxi itu.
− untuk segera meninggalkan perbincangan dan rumah
agam itu
Rosman sedang memikirkan :
− ayat dalam kepalanya untuk bercerita tentang rencana
yang pernah ditulis tentang Karl
ii DI SEBALIK DINARA 6 markah
Peristiwa pada permulaan cerita dan kepentingan peristiwa tersebut untuk anda meneruskan [2 markah]
pembacaan :
[2 markah]
Aqram telah mencuri cawan minuman Farisha dalam penerbangan ke KLIA untuk menguji DNA
Pemarkahan
Farisha. ISI = 4 markah
Isi– peristiwa
kepentingan peristiwa ini untuk saya meneruskan pembacaan ialah saya ingin mengetahui [2 markah]
tujuan Aqram menguji DNA Farisha secara curi-curi dan keistimewaan Farisha
sehingga diekori oleh Aqram Kepentingan
peristiwa
Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana rumahnya telah dipasang ‘retina scanner’. [2 markah]
Kepentingan peristiwa ini untuk saya meneruskan pembacaan ialah ialah saya ingin mengetahui
siapakah Shida dan apakah hubungannya dengan Farisha.
Jawaban lain yang sesuai diterima
BAHASA =
2 markah
(Secara holistik)
SILIR DAKSINA
Peristiwa pada permulaan cerita dan kepentingan peristiwa tersebut untuk anda meneruskan
pembacaan
Peristiwa Haiqal yang teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama
yang pernah disebut uminya.Peristiwa ini membuatkan saya tertanya-tanya tentang isi
kandungan manuskrip tersebut dan apa tindakan Haiqal setelah membaca manuskrip
tersebut.
Peristiwa Haiqal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan rakan baiknya Ratna di
pantai Batu Buruk. Peristiwa ini membuatkan saya tertanya-tanya tentang hubungannya
dengan Ratna dan kesudahan hubungan mereka.
JAWAPAN NOVEL (i)
1.Semasa mereka berada di rumah agam itu, Farisha sedang memikirkan
bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tawaran Dr. Maxi itu. Selain itu,
Farisha juga memikirkan untuk segera meninggalkan perbincangan dan
rumah agam itu. Manakala, Rosman pula sedang memikirkan ayat dalam
kepalanya untuk bercerita tentang rencana yang pernah ditulis tentang Karl.
JAWAPAN NOVEL (ii)
Di Sebalik Dinara
Berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang saya
pelajari, kepentingan peristiwa pada permulaan cerita yang
menyebabkan saya meneruskan pembacaan ialah peristiwa Aqram
telah mencuri cawan minuman Farisha dalam penerbangan ke KLIA
untuk menguji DNA Farisha. Kepentingan peristiwa ini untuk saya
meneruskan pembacaan ialah saya ingin mengetahui tujuan Aqram
menguji DNA Farisha secara curi-curi dan keistimewaan Farisha
sehingga diekori oleh Aqram.
Selain itu, peristiwa Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumah
kerana rumahnya telah dipasang ‘retina scanner’. Kepentingan
peristiwa ini untuk saya meneruskan pembacaan ialah ialah saya
ingin mengetahui siapakah Shida dan apakah hubungannya dengan
Farisha.
JAWAPAN NOVEL (ii)
Silir Daksina
Berdasarkan novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang saya
pelajari, kepentingan peristiwa pada permulaan cerita yang
menyebabkan saya meneruskan pembacaan ialah peristiwa Haiqal
yang teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58
muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh
penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya.Peristiwa ini membuatkan saya tertanya-tanya tentang isi
kandungan manuskrip tersebut dan apa tindakan Haiqal setelah
membaca manuskrip tersebut.
Selain itu, peristiwa Haiqal menghabiskan waktu petangnya di
gerai makanan rakan baiknya Ratna di pantai Batu Buruk. Peristiwa
ini membuatkan saya tertanya-tanya tentang hubungannya dengan
Ratna dan kesudahan hubungan mereka.
BAHAGIAN C: RUMUSAN
( 30 MARKAH)
Panduan Umum
-Panjang petikan tidak melebihi 300 patah perkataan.
-Petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak
kurang daripada dua fokus.
-Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan
daripada sumber yang berbeza. (contoh: petikan prosa,puisi dan
grafik) tetapi mempunyai tema yang sama.
-Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.
-Rumusan perlu mengandungi Pendahuluan, Isi Tersurat dan
Kesimpulan.
-Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.
-Jawapan dalam bentuk esei.
CONTOH:Pendahuluan 2 Fokus PANDUAN
Rumusan membincangkan ………………(fokus 1) MENULIS
dan…………(fokus 2)… (2 markah) PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan ………….....(fokus 1). …(1 markah)
CONTOH: Pendahuluan 3 Fokus
Rumusan membincangkan fokus 1, fokus 2 dan fokus 3….
(2 markah)
Rumusan membincangkan fokus 1, dan fokus 2….
(1 markah)
KATA KUNCI FOKUS
-Punca-punca, Faktor-faktor, Sebab-sebab,
-Potensi-potensi, Kepentingan, Faedah, Keistimewaan,
Manfaat, Kebaikan, Kelebihan
-Masalah, Kekangan, Halangan
- Peranan, Tugas, Tanggungjawab, Fungsi
-Kesan negatif, Akibat, Implikasi, Impak, Keburukan,
Kelemahan, Masalah
-Sumbangan, Jasa, Bakti
- Langkah-langkah, Cara-cara, Usaha-usaha, Tindakan,
Strategi, Kaedah, Cadangan
-Ciri-ciri, Kriteria, Sifat
ASAS KATA KUNCI YANG UTAMA
(SEKELAKE)
•S- Sebab
•K- Kesan
•L- Langkah
•K- Kebaikan
PANDUAN 1) Kenal pasti SEMUA fokus yang
MENULIS ISI terdapat dalam SEMUA
TERSURAT bahan(petikan atau petikan
prosa,puisi,dan grafik).
2) Kemukakan 8 isi lengkap(WAJIB
diambil daripada setiap bahan dan
menyentuh setiap fokus). MINIMUM
satu isi daripada setiap fokus dan
setiap bahan.
Cara menulis isi tersurat (8 isi) – 2 FOKUS
Usaha ............................. ialah....................................... isi 1
........................ Selain itu, ..................... isi 2 .............. Di samping
itu, .........................................isi 3 .......................... Peranan
........................... ialah ......................... isi 4 ......................
Selain itu, .......................... isi 5 ....................... ..................... Di
samping itu, ............................... isi 6 .............................
Seterusnya, ...................... isi 7 ............................
................................................ Akhir sekali,
................................ isi 8 ................................
Cara menulis isi tersurat (8 isi) – 3 FOKUS
Langkah ........................... ialah ......................... isi 1
...................... Selain itu, .......................... isi 2 .......................
..................... Di samping itu, ............................... isi 3
............................. Seterusnya, ...................... isi 4
............................ ................................................ Langkah
seterusnya, ....................................... isi 5
......................................................... Akhir sekali,
................................ isi 6 ................................ Punca
............................. ialah....................................... isi 7
........................ Manakala, kesan ............. ialah .................... isi 8
....................................................
PANDUAN MENULIS PENUTUP RUMUSAN
2 markah
Mestilah ada cadangan dan kesan atau harapan(CAH)(CAK)
Mestilah menjurus kepada TEMA yang sedang dibincangkan dalam petikan.
- Kesimpulannya,
-kerajaan -rakyat -semua pihak -setiap individu -masyarakat -pihak polis -ibu bapa
-pihak sekolah -dll
hendaklah perlulah mestilah haruslah sepatutnya
Isu / tema (+) mengamalkan, memajukan, menggalakkan, meningkatkan,
memartabatkan, memperkasakan
Isu / tema (-) mengatasi, menangani, membanteras, mengelakkan, menjauhi
agar ……. supaya … demi …
Panduan Mengira
Jumlah Patah Perkataan
Bahan 1 : Petikan
Kematian akibat lemas boleh dikatakan satu isu yang serius kerana laporan
menunjukkan kematian disebabkan lemas berlaku hampir setiap minggu di negara ini.
Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan seramai 336 orang
mangsa lemas berlaku di seluruh negara pada tahun lalu. Angka ini terus meningkat pada
tahun ini dan secara purata hampir setiap hari berlaku kematian akibat lemas yang majoritinya
ialah pelajar sekolah. Kejadian lemas semasa mandi di pantai, kolam renang atau aktiviti
perkhemahan sekolah sering berlaku terutama pada musim cuti persekolahan. Kanak-kanak
dan remaja ialah mangsa paling ramai iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah kematian
sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan usaha
sama Open Learning Global (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif mewujudkan kursus
Keselamatan Air secara dalam talian dan aplikasi mudah alih di
https://keselamatanair.com.my.
Kematian akibat lemas boleh berlaku jika langkah keselamatan yang secukupnya
tidak diambil serta masyarakat kurang cakna akan keselamatan masing-masing. Angka
kematian boleh dibendung jika pelajar, guru, ibu bapa atau masyarakat didedahkan dengan
ilmu keselamatan air yang merangkumi cara menyelamatkan diri dan kawan apabila berada
di tempat yang berair. Selain itu, pengetahuan tentang jenis air, peralatan yang boleh
digunakan untuk menyelamatkan mangsa dan pelbagai lagi ilmu kefahaman keselamatan diri
juga akan didedahkan. Peserta kursus bukan sahaja perlu mengetahui teknik berenang, malah
perlu didedahkan dengan kefahaman keselamatan diri apabila berada di tempat yang berair.
Menurut Dr Tengku Fadilah, satu daripada modul yang menarik perlu diketahui adalah
ketika berada di tempat aktiviti sukan air. Katanya ramai dalam kalangan kita kurang
kesedaran tentang keselamatan diri, kesedaran tentang hak sebagai pengguna, keperluan
memakai jaket pelampung air, teknik mendarat di tepi pantai dan perkara lain yang patut
diketahui dalam kursus berkenaan. “Jangan kita terlalu gembira tanpa mengambil kira
keselamatan diri. Malang tidak berbau dan kejadian boleh berlaku tanpa dijangka.
Dipetik dan diubah suai daripada Ilmu Keselamatan di Air
oleh Fazurawati Che Lah, hmetro.com.my, 12 Jun 2017
Bahan 2 : Grafik
Sumber : Internet
Pendahuluan :
Rumusan membincangkan usaha menjaga keselamatan di kawasan air dan punca kemalangan. [2m]
Bahan 1 Bahan 2
Fokus 1 : usaha menjaga keselamatan di kawasan air Fokus 1: usaha menjaga keselamatan di kawasan air
-Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan usaha sama -memastikan cuaca bersesuaian sebelum melakukan
Open Learning Global (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif rekreasi air
mewujudkan kursus Keselamatan Air secara dalam talian. -membaca dan memahami setiap amaran dan panduan
Fokus 2: Punca kemalangan keselamatan yang tertera di papan tanda keselamatan air
-mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika berada di air.
-Langkah keselamatan yang secukupnya tidak diambil -Menjalankan aktiviti air di kawasan tumpuan
-masyarakat kurang cakna akan keselamatan masing-masing -Memastikan terdapat penyelamat keselamatan berhampiran.
-kita kurang kesedaran tentang keselamatan diri,
-kurang kesedaran tentang hak sebagai pengguna,
keperluan memakai jaket pelampung air, dan mengetahui
teknik mendarat di tepi pantai.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan keselamatan di kawasan air agar tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini. [2m]
Kesimpulannya, keselamatan di kawasan air hendaklah diberi perhatian supaya kehilangan nyawa dapat dielakkan [2m]
JAWAPAN RUMUSAN
Rumusan membincangkan usaha menjaga keselamatan di kawasan air
dan punca kemalangan.
Usaha menjaga keselamatan di kawasan air ialah Universiti Putra
Malaysia (UPM) dengan usaha sama Open Learning Global (M) Sdn Bhd
mengambil inisiatif mewujudkan kursus Keselamatan air secara dalam
talian. Selain itu, membaca dan memahami setiap amaran dan panduan
keselamatan yang tertera di papan tanda keselamatan air. Di samping itu,
mematuhi langkah-langkah keselamatan ketika berada di air. Seterusnya,
menjalankan aktiviti air di kawasan tumpuan.
Punca kemalangan ialah langkah keselamatan yang secukupnya tidak
diambil. Selain itu, masyarakat kurang cakna akan keselamatan masing-
masing. Di samping itu, kita kurang kesedaran tentang keselamatan diri.
Akhir sekali, kurang kesedaran tentang hak sebagai pengguna, keperluan
memakai jaket pelampung air dan mengetahui teknik mendarat di tepi
pantai.
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengutamakan keselamatan di
kawasan air agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
(119 patah perkataan)
KEJAYAAN HANYA AKAN MENJADI
MILIK MEREKA YANG BERUSAHA
KERAS. PERBUATAN MENGELUH
HANYA MENJADIKAN KITA
MANGSA KEMUNDURAN.
PANDANG KE DEPAN, SENTIASA
POSITIF. JOM KEJAR CITA-CITA.
UBAH MIMPI MENJADI REALITI.
NORAZMIE RAMIN
GURU CEMERLANG
BAHASA MELAYU
SEKIAN DAN
TERIMA KASIH.