The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Ridwan, 2021-01-06 04:42:57

Motivasi, Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kumpulan 10 PGA101

DR. NOORAIDA
YAKOB

MOTIVASI
DAN PROSES
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

• MOHAMMAD ZULFIKRI BIN MOHAMAD NASIR • ROZALINA BINTI ANDI • WIWIN DESTY RAHMAH BINTI MUHIDDIN •

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

BARISAN PENULIS

WIWIN DESTY RAHMAH MOHAMMAD ZULFIKRI ROZALINA BINTI ANDI
BINTI MUHIDDIN BIN MOHAMAD NASIR (151776)
(152044)
(150415)

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

PRAKATA

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana
telah mempermudahkan urusan kami dalam menyiapkan e-book
ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah tutorial
kami, Dr Nooraida Binti Yakob kerana telah banyak membantu
kami dalam menyiapkan e-book ini. Tidak lupa juga ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Wiwin dan Rozalina yang
sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan komitmen
yang jitu dalam menyiapkan tugasan ini. Kami berharap hasil kerja
kami dapat memberikan manfaat kepada kita semua seterusnya

dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

APA ITU MOTIVASI ?

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

ISTILAH ASAS

MOTIVASI

 Motivasi berasal daripada bahasa Latin “movere” yang bermaksud menggerakkan.
 Beck (1983) mendefinisikan motivasi sebagai suatu istilah yang menerangkan tentang beberapa

variasi tingkah laku seseorang manusia berbanding dengan individu lain seperti mengapa seseorang
itu lebih tekun daripada orang lain.
 Chaplin (1985) menyatakan motivasi bahawa angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang
faktor dalaman organisma yang membangkitkan atau mengerah tingkah laku ke arah sesuatu
matlamat.
 Menurut Weiner (1990) motivasi didefenisikan sebagai keadaan dalaman yang membangkitkan kita
untuk bertindak, mendorong kita mencapai tujuan tertentu, dan membuat kita tetap tertarik dalam
kegiatan tertentu.
 Menurut Uno (2007), motivasi dapat didenifisikan sebagai dorongan dalaman dan luaran dalam diri
seseorang yang ditunjukkan dengan adanya hasrat dan minat, dorongan dan keperluan, harapan dan
cita-cita, penghargaan, dan penghormatan.
 Manakala, Imron (1966) menjelaskan bahawa motivasi berasal dari bahasa Inggeris "motivation"
yang bermaksud dorongan atau alasan untuk melakukan suatu aktiviti hingga mencapai tujuan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

MAKSUD UMUM

MOTIVASI

 Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun untuk mencapai sesuatu.
 Motivasi juga boleh dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak

mengelakkan diri daripada kegagalan.
 Secara umumnya, motivasi dapat didefinisikan sebagai satu bentuk dorongan dalaman yang merangsang,

menarik, dan mengekalkan minat seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu.
 Matlamat itu berkeperluan untuk fisiologi atau psikologi yang berkaitan dengan mengejar kejayaan, pangkat,

kecantikan, mengubah sikap atau reputasi.
 Matlamat lain motivasi juga berkaitan dengan 3 komponen iaitu keperluan kognitif, ego dan penerimaan. Keperluan

kognitif yang menyentuh perkara yang menyebabkan pelajar itu ingin mengetahui dan memahami persekitarannya.
Ego pula ialah keperluan individu untuk berasa lengkap dan mempunyai harga diri . Seterusnya ialah penerimaan
iaitu keinginan seseorang untuk diterima oleh ahli kumpulan dan masyarakatnya.
 Orang yang sudah mempunyai motivasi bermaksud dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai
kecemerlangan dalam hidup .
 Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1993), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai
unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses
pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan mengembirakan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

JENIS-JENIS MOTIVASI

MOTIVASI DALAMAN (INTRINSIK)

MOTIVASI LUARAN (EKSTRINSIK)

MOTIVASI PENCAPAIAN

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

MOTIVASI DALAMAN

(INTRINSIK)

 Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut 'motivasi intrinsik .
 Motivasi ini ialah motivasi yang lahir daripada rangsangan dalam diri seseorang .
 Dorongan ini lahir daripada cita-cita, minat, kemahuan, harapan, saingan untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengharap atau

meminta sebarang ganjaran.
 Motivasi dalaman (intrinsik) melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan

ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, motivasi intrinsik lebih terlibat dengan keperluan penghargaan kendiri.
 Dorongan dalaman ialah kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya
berasa seronok dan puas hati. Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri
daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.
 Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang
baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi
intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita
dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya.
 Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini
adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian
yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan.
 Menurut Deci (1975) pula, motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila
individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami
motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-
tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu Seseorang itu membentuk kebolehan yang digambarkan daripada penilaian
pada sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang digambarkan daripada
penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian
oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah. seseorang pelajar, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai
Seseorang pelajar mungkin mempunyai perasaan positif pada sesuatu mata
pelajaran. Contohnya, dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran berkebolehan. Kebolehan yang digambarkan ini mempengaruhi bagaimana pelajar
lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata itu rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang digambarkan

pelajaran ini. Gred yang baik akan meyakinkannya yang dia betul-betul tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan
berkebolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat dikatakan yang perasaan pelajar pada
sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.

mempengaruhi motivasinya.

PERASAAN DALAM PEMBELAJARAN FAKTOR YANG GAMBARAN KEBOLEHAN
KAWALAN
BANTUAN PENGAJARAN MEMPENGARUHI MOTIVASI
INTRINSIK

Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca
adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar memerlukan bimbingan kawalan iaitu sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi
kawalan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls
guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan
prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca
dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya
pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. berusaha dalam keadaan sebenar
Oleh itu, guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat
keputusan sendiri. Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan

bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

MOTIVASI LUARAN (EKSTRINSIK)

 Motivasi luaran ialah motivasi yang diwujudkan daripada rangsangan pengaruh luaran untuk
menggerakkan seseorang melakukan sesuatu aktiviti atau perkara yang berfaedah kepadanya.
Contohnya seperti mengharapkan pujian, insentif, hadiah, gred, dan sebagainya.

 Motivasi luaran boleh menjadi kurang berkesan kerana matlamat penggunaannya mungkin
disalah tafsirkan oleh pelajar. Ini berlaku kerana pemberian ganjaran ditakuti menjadi fokus dan
objektif pembelajaran pelajar yang sebenar. Bagaimanapun motivasi ektrinsik yang berbentuk
sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan tetap berkesan kerana ianya boleh
memberi dorongan dan peneguhan positif yang memberangsangkan pelajar.

 Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu tingkah laku
yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan
luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa
faedah kepadanya.

 Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah,
gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar
belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya
yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu
motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku seseorang pelajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK

Setiap manusia dapat Deci dan Ryan (1985) berpendapat,

dimotivasikan secara manusia akan bermotivasi intrinsik Seseorang yang tidak

intrinsik ataupun ekstrinsik. apabila mereka mempunyai mempunyai motivasi intrinsik

Individu yang bermotivasi persepsi ataupun konsep kendiri perlu diberi motivasi ekstrinsik

intrinsik mempunyai yang mereka berkebolehan dan agar lama-kelamaan motivasi

dorongan dalaman. Mereka mampu membuat keputusan intrinsik akan terbina dalam

melakukan sesuatu atas sendiri. Sebaliknya, orang yang dirinya dan seseorang yang telah

bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mempunyai motivasi intrinsik

kesedaran diri sendiri. mereka berkebolehan ataupun perlu juga diberi motivasi

Mereka tidak memerlukan mampu membuat keputusan. ekstrinsik agar motivasi intrinsik

unsur-unsur luar seperti Mereka bergantung pada orang lain yang ada terus berkekalan dalam

orang lain ataupun peristiwa dalam membuat keputusan dan dirinya. Manusia biasanya tidak

melaksanakan tugasan mereka. akan berada pada satu jenis

luar bagi menggiatkan Kadang-kadang mereka motivasi sahaja. Kadang kala,

mereka mencapai sesuatu bekerjasama dengan orang lain individu bermotivasi intrinsik dan

matlamat. Mereka sendiri yang lebih berkebolehan bagi kadang-kadang bermotivasi

menentukan objektif dan mendapatkan kebaikan. Mereka

juga kadang-kadang memberontak ekstrinsik. Ini bergantung pada

seterusnya mencapai pada orang yang lebih situasi dan keperluan individu.

objektif itu. berkebolehan

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

MOTIVASI PENCAPAIAN

 Motivasi pencapaian ialah motivasi yang boleh digerakkan untuk menambah keinginan pelajar untuk
belajar sesuatu yang baru (Norlida, 2003).

 Motivasi pencapaian ini dipengaruhi oleh tujuan yang ingin dicapai seseorang pelajar tanpa
mengharapkan inisiatif .

 Tujuan dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang ingin diwujudkan atau dicapai oleh manusia (Srijanti,
dkk 2006). Tujuan merupakan pedoman dan arah bagi manusia untuk bekerja dan mengisi
kehidupannya. Dalam menjalani kehidupan, manusia diciptakan Allah sebagai mahkluk yang digerakkan
oleh sejumlah tujuan agar hidupnya menjadi bermakna. Sebagai contoh, belajar itu menjadi
matlamatnya yang tersendiri dan tiada inisitif lain yang diperlukan.

 Dorothy dan Roscoe (1995) mendapati bahawa matlamat akan merangsang dan meningkatkan usaha
berterusan. Hal ini bermakna penentuan matlamat akan memberikan kesan positif kepada pelajar.

 Matlamatnya sama ada berbentuk jangka pendek dan jangka panjang. Tujuan belajar yang berjangka
pendek biasanya adalah kerana untuk belajar untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas manakala
untuk matlamat jangka panjang pula, tempoh masa yang diambil adalah agak lama dan sukar untuk
dicapai disebabkan oleh kebosanan dan pencapaian yang agak kabur seperti pelajar berusaha untuk
menimba ilmu pegetahuan supaya ilmu tersebut dapat digunakan pada masa yang akan datang.

 Oleh itu, dalam keadaan ini, penentuan matlamat jangka pendek sangat penting dan berkesan. Semasa
mencuba untuk mencapai matlamat jangka pendek, perhatian terhadap jangka panjang juga menjadi

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

MINAT

INSENTIF FAKTOR- KEPERLUAN
ASPIRASI FAKTOR NILAI

YANG
MEMPENGAR

UHI
MOTIVASI

SIKAP

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

MINAT Motivasi seseorang pelajar dipengaruhi oleh minat . Motivasi belajar
semakin tinggi apabila disertai dengan minat, baik yang bersifat dalaman
ataupun luaran. Menurut D.P. Tampubolon, minat belajar merupakan
perpaduan antara keinginan dan kemampuan yang dapat berkembang
jika ada minat. Seorang pelajar yang ingin memperdalam ilmu
pengetahuan tentang Bahasa Melayu tentu akan terarah minat
belajarnya untuk membaca buku-buku yang berkaitan dengan Bahasa
Melayu. Minat belajar dapat diperoleh melalui belajar, kerana dengan
belajar, pelajar yang semula tidak menyenangi suatu pelajaran tertentu,
lama kelamaan lantaran bertambahnya pengetahuan mengenai pelajaran
tersebut, minat belajar pun tumbuh sehingga ia akan lebih giat lagi
mempelajari pelajaran tersebut. Hal ini sesuai dengan pendapat Singgih
D. Gunarsa dan Ny. Singgih D.G bahawa minat belajar akan timbul dari
sesuatu yang diketahui dan kita dapat mengetahui sesuatu dengan
belajar, kerana semakin banyak belajar semakin luas pula bidang minat
belajar. Dengan meningkatnya minat belajar seseorang, motivasi akan
meningkat walaupun pelajaran tersebut merupakan mata pelajaran yang
susah.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

KEPERLUAN Faktor kedua yang mempengaruhi motivasi adalah keperluan. Setiap tindakan
yang merupakan kewujudan dari motivasi adalah dimulakan dengan keperluan.
Manusia tidak akan termotivasi untuk mencapai atau melakukan sesuatu tindakan
sekiranya tidak menginginkan sesuatu dari tindakan tersebut. Antara contoh
keperluan manusia yang dapat meningkatkan motivasi menurut Maslow ialah:
a)Keperluan Fisiologi - Keperluan jasmani seperti keperluan akan makanan,
minuman, tidur, berehat dan kesihatan. Untuk belajar dengan baik, seseorang
pelajar haruslah sentiasa dalam keadaan sihat, tidak kelaparan dan kehausan yang
dapat mengganggu kinerja otak dalam pembelajaran.

b) Keperluan Keamanan - Manusia memerlukan ketenteraman dan keamanan jiwa.
Perasaan kecewa, dendam, takut akan kegagalan, ketidakseimbangan mental dan
gangguan emosi-emosi yang lain dapat mengganggu pembelajaran seseorang.
Untuk meningkatkan motivasi pembelajaran, seseorang pelajar perlulah menjaga
keseimbangan emosi sehingga perasaan aman dapat dicapai dan fokus dapat
dipusatkan kepada pembelajaran.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

KEPERLUAN c) Keperluan akan kebersamaan dan kasih sayang - Manusia dalam hidup
memerlukankan kasih sayang dari orang tua, saudara dan rakan-rakan yang lain.
Di samping itu, dia akan berasa gembira jika dapat membantu dan memberikan
kasih sayang kepada orang lain pula. Belajar bersama akan membuka fikiran
pelajar, serta meningkatkan ketajaman berfikir pelajar.

d) Keperluan akan status. Setiap orang menginginkan segala usahanya berhasil.
Untuk kelancaran dalam pembelajaran, pelajar perlu berfikiran positif, percaya
diri, dan yakin akan dapat menyelesaikan tugasnya dengan baik. Pelajar harus
mendapat insentif bahawa, apa yang dipelajarinya kelak akan berguna bagi
dirinya sendiri

e) Keperluan akan self-actualisation. Belajar yang lebih efektif dapat diciptakan
untuk memenuhi keperluan sendiri atau image seseorang. Setiap orang tentu
berusaha untuk memenuhi keinginan yang dicita-citakannya. Oleh itu, pelajar
harus yakin bahawa dengan belajar dengan baik akan membantunya mencapai
cita-cita yang diinginkannya.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

KEPERLUAN f) Keperluan untuk mengetahui dan memahami - Keperluan
manusia untuk memuaskan rasa ingin tahu, mendapatkan
pengetahuan, maklumat, dan untuk memahami sesuatu. Untuk
mencapai hal ini, maka harus ditanamkan kepada pelajar bahawa,
satu-satunya cara untuk memuaskan rasa ingin tahunya akan
sesuatu adalah dengan belajar.

g) Keperluan estetika - Keperluan yang dimanifestasikan sebagai
keperluan akan keteraturan, keseimbangan dan kelengkapan dari
suatu tindakan. Hal ini hanya mungkin akan wujud jika pelajar
belajar tanpa berhenti tidak hanya dalam pendidikan formal
sahaja tetapi juga setelah selesai, setelah bekerja, berkeluarga
serta berkhidmat dalam masyarakat.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

NILAI Faktor ketiga yang dapat mempengaruhi motivasi ialah nilai
iaitu nilai diri yang perlu disesuaikan dengan nilai
masyarakat. Nilai adalah suatu keyakinan mengenai cara
bertingkah laku yang diinginkan individu dan digunakan
sebagai prinsip atau standard dalam hidupnya. Nilai penting
untuk memahami sikap, motivasi dan perilaku dari seseorang
individu dan budaya. Nilai juga dapat mempengaruhi
pendangan pelajar tentang segala sesuatu yang ada di
sekitar kita seperti gambaran mengenai yang benar dan
salah. Terdapat dua jenis nilai yang dapat mempengaruhi
motivasi iaitu nilai terminal dan nilai instrumental. Nilai
terminal ialah keadaan akhir yang diinginkan ataupun tujuan
yang ingin dicapai oleh seseorang selama hidupnya manakala
nilai instrumental ialah cara bertingkah laku yang lebih
disukai dalam mencapai satu nilai terminal.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

SIKAP Faktor seterusnya yang dapat mempengaruhi motivasi
ialah sikap pelajar. Sikap pelajar yang positif terhadap
sesuatu pelajaran atau perkara yang boleh jadi pendorong.
Sikap pelajar mempunyai perkaitan rapat dengan dengan
pencapaian seseorang dalam pembelajaran. Sikap ialah
sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat atau dirasa
melalui tindakan yang diambil. Dalam pembelajaran,sikap
banyak mempengaruhi sejauh mana pelajar dapat
mempelajari dan menguasainya dengan cepat menurut
Zamri Mahamod (2004). Faktor diri sendiri merupakan
faktor yang paling mempengaruhi seseorang untuk
mempelajari sesuatu. Jika pelajar itu memiliki sikap yang
positif seperti kesedaran tentang pembelajaran yang
dipelajarinya, maka dia akan termotivasi untuk menguasai
pembelajaran tersebut dengan pelbagai cara.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

ASPIRASI Faktor seterusnya ialah aspirasi pelajar untuk
berjaya dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Motivasi belajar wujud pada diri pelajar sejak
kecil lagi seperti keinginan bermain. Keberhasilan
untuk mencapai keinginan tersebut
menumbuhkan keinginan untuk bergiat dan
seterusnya akan menimbulkan cita-cita dalam
kehidupan. Timbulnya cita-cita diikuti oleh
perkembangan akal, moral, kemahuan, bahasa dan
nilai-nilai kehidupan. Kesannya, motivasi untuk
mencapai sesuatu yang diaspirasikan pelajar akan
meningkat.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

INSENTIF Akhir sekali, faktor yang dapat mempengaruhi motivasi ialah insentif.
Insetif ialah sesuatu perkara yang sangat dikehendaki seperti
kejayaan, gred yang baik, penghormatan dan cita-cita. Motivasi yang
diberikan oleh guru kepada pelajar supaya pelajar dapat terdorong
untuk belajar di sekolah adalah dengan memberi gred kepada pelajar
sebagai simbol atau nilai kegiatan di dalam pembelajaran. Hadiah
yang diberikan sebagai penghargaan dapat membuat pelajar
termotivasi dalam proses pembelajaran mengarahkan pelajar untuk
lebih meningkatkan prestasi. Ego involmen (harga diri) yang dimiliki
pelajar hendaknya dapat digunakan guru untuk meningkatkan hasil
belajar pelajar yang akan dicapai dengan memberi ulangan sebagai
evaluasi di dalam mencapai hasil belajar yang dilakukan oleh guru
dapat mendorong pelajar untuk termotivasi dan dapat menjawab
soalan yang diberikan. Apabila mengetahui hasil belajar dari evaluasi
yang diberikan adalah baik, maka ianya dapat meningkatkan
semangat pelajar untuk mendapat sesuatu yang lebih baik.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

BAGAIMANAKAH KOGNITIF
MEMOTIVASIKAN AFEKTIF
PELAJAR DENGAN

LEBIH BAIK ?

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

KOGNITIF Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi

Activity ONE.menambahkan motivasi pelajar dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru perlu

membantu murid untuk menetapkan matlamat. Seorang pelajar yang ingin berjaya
mestilah mempunyai matlamat mereka yang tersendiri dan tidak terlalu menurut
permintaan orang lain kerana hal itu akan menyebabkan mereka merasa tidak
selesa dan akan kurang untuk menjadi seorang yang berjaya. Selain itu, matlamat
yang ingin dicapai mestilah tidak melebihi kemampuan kita kerana matlamat yang
mudah dan ringkas mampu memudahkan murid untuk mencapai matlamat mereka
dengan jelas. Selain itu, guru juga dapat memberi pelajar mereka hadiah berbentuk
ganjaran. Hal ini kerana, melalui ganjaran yang diberikan pelajar akan lebih
berminat dan bersemangat untuk meneruskan pelajaran. Ganjaran yang diberikan
juga mestilah setimpal dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Apabila seseorang pelajar itu diberikan ganjaran, pelajar lain juga akan merasa ingin
ganjaran itu diberikan juga kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka akan
lebih tekun dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran dan bersaing secara
sihat untuk mencapai seperti pelajar yang diberikan ganjaran itu. Seterusnya ialah
guru juga perlu memberikan contoh dalam setiap pembelajaran di dalam kelas untuk
menarik perhatian murid dalam pembelajaran. Di samping itu, gred ujian yang telah
diberikan oleh guru juga dapat memotivasikan pelajar untuk lebih berusaha .

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

KOGNITIF Activity ONE.Di samping itu, guru perlu memberikan perhatian kepada minat

murid atau merancang kegiatan atau insentif mengikut keperluan
tersebut. Sebagai contoh, guru mestilah memenuhi keperluan
pelajar dalam mata pelajaran yang diajar. Memenuhi keperluan
pelajar bukanlah bermaksud guru tersebut perlu mengambil peranan
dan bertindak sebagai penjaga terhadap pelajar tersebut tetapi
memenuhi keperluan pelajar di sini ialah dalam memastikan murid
menerima input yang diberikan berkesan dan difahami oleh pelajar
tersebut mengikut minat murid. Malah, seluruh pelajar dalam kelas
mampu menerima setiap butiran yang dijelaskan kepada mereka dan
mereka tidak akan merasa keliru dengan apa yang cuba
disampaikan oleh guru mereka. Pada masa yang sama, guru juga
perlu menerangkan kepda pelajar tentang matlamat subjek dengan
jelas kepada murid agar dapat memudahkan pembelajaran murid di
dalam kelas. Akhir sekali, guru perlulah memastikan matlamat
belajar murid mestilah jelas supaya pelajar lebih aktif dalam
mengambil bahagian semasa pembelajaran di dalam kelas seperti
sentiasa menanyakan soalan tentang subjek yang tidak difahaminya.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

AFEKTIF Activity ONE.Untuk meningkatkan motivasi pelajar dengan lebih baik, guru perlu

menggalakkan pelajar untuk mengaitkan tugas mereka dengan
kehidupan sebenar. Sebagai contoh, membuat tugasan yang
berkaitan dengan isu semasa dan kehidupan sebenar. Pada masa
yang sama, guru perlu mewujudkan suasana yang aman untuk
pelajar. Sebagai contoh, guru perlu menjauhi amalan yang
menyebabkan pelajar tertekan dari aspek tugasan atau dendaan.
Seorang guru mestilah mengelakkan daripada mengenakan hukuman
berat kepada pelajarnya. Apabila seorang guru mengenakan
hukuman berat kepada pelajarnya, emosi mereka menjadi tidak stabil
dan menganggap bahawa guru mereka membenci mereka. Hal ini
akan menyebabkan mereka akan menjadi semakin agresif dan
bertindak mengikut kata hati. Disebabkan perkara inilah yang
menyebabkan keluarnya isu pelajar menggores kereta guru yang
dibencinya. Seorang guru yang profesional akan menyelesaikan
masalah dengan cara yang berhemah bukannya terus menggunakan
hukuman sebagai alat untuk membentuk pelajar. Seterusnya, guru
perlulah membantu pelajar ke arah untuk mewujudkan keinginan
pelajar untuk berjaya. Guru yang bijak perlu menggunakan sebaik-
baiknya keinginan pelajar untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang
dipilih oleh pelajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

AFEKTIF Activity ONE.Guru perlulah memberikan peluang kepada pelajar untuk menyuarakan

kebimbangan mereka dalam sesuatu pelajaran. Tambahan pula, guru perlu
menerima murid seadanya serta prihatin terhadap murid. Guru tidak boleh
bersikap pilih kasih dan perlu menerima murid yang tidak bijak dan lemah dalam
mata pelajaran. Apabila guru memandang murid yang bermasalah dalam kelas
sebagai masalah dan mengganggu proses pembelajaran, guru akan bertindak
menghalau murid keluar kelas. Kesannya, pelajar tersebut merasa disisih dan
kecenderungan mereka untuk belajar juga hilang serta mereka juga disisih
daripada proses pembelajaran. Guru yang menghina murid yang lemah akan
menyebabkan mereka runtuh minat untuk belajar. Oleh itu, guru sepatutnya
memberikan kata perangsang dan memahami keadaan murid yang bermasalah
supaya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar. Selain itu, guru perlu
mewujudkan tatacara memberi ganjaran atau hukuman yag adil kepada setiap
pelajar. Sebagai contoh, guru boleh memberikan ganjaran setiap kali pelajar
mendapat gred yang baik dalam peperiksaan. Dari segi psikologi, guru perlu
menggunakan alat bantu mengajar seperti bantuan alat elektronik, grafik dan lain-
lain untuk menambahkan minat dan memotivasikan pelajar untuk belajar serta
mengukuhkan kecerdasan dalaman pelajar seperti IQ murid semasa
pembelajaran. Akhir sekali, guru haruslah berusaha untuk menjadi guru yang
disukai atau guru idola oleh para pelajar. Hal ini kerana guru idola dapat
membantu menambahkan motivasi murid untuk belajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

TEORI MOTIVASI Teori kognitif dari motivasi berfokuskan kepada keyakinan, harapan
KOGNITIF dan keperluan pelajar terhadap keamanan, kemungkinan meramal
dan memahami. Teori kognitif menyatakan bahawa setiap individu
dimotivasikan oleh keperluan pelajar untuk memahami dan membuat
pemahaman akan persekitaran. Teori kognitif bagi motivasi
menumpukan perhatian kepada peranan pemikiran, jangkaan dan
kefahaman manusia tentang kehidupan (Asmawati,2002). Teori
kognitif telah membuat pemisahan yang ketara antara motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Hal ini kerana , menurut Feldman (1994)dan Asmawati (2002),
motivasi intrinsik menyebabkan manusia mengikut serta dalam
sesuatu aktiviti untuk kepuasan yang akan diperoleh daripada aktiviti
tersebut manakala motivasi ekstrinsik akan menyebabkan manusia
mengikut serta dalam sesuatu aktiviti untuk mendapatkan ganjaran.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Expectancy x Self-Efficay: Attribution
Value Theory Keyakinan Theory
Terhadap
Kemampuan

JENIS
TEORI
KOGNITIF

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Expectancy x Value Expectancy x Value Theory menyatakan bahawa individu menggunakan motivasi di
Theory dalam aktiviti ketika mereka memandang adanya peluang untuk berjaya dan nilai
dari pencapaian. Menurut Victor H. Vroom, penekanan tertumpu kepada gabungan
antara dua elemen penting iaitu nilai dan ekspetasi. Nilai tugasan yang
dipersoalkan. Nilai ini berdasarkan kepercayaan kognitif peribadi setiap individu
termasuk matlamat. Penerapan teori ini adalah bahawa motivasi seseorang untuk
mencapai sesuatu bergantung kepada penilaian tentang harapan untuk berjaya dan
penilaian akan akibat atau perolehan yang diberikan dari pencapaian. Sebagai
contoh, jika seseorang sudah yakin bahawa dia akan berjaya dan mengetahui
maksud berjaya itu bagi dirinya, maka motivasinya akan tinggi. Sebagai contoh, jika
seseorang memiliki suatu harapan yang berprestasi tinggi dan jika dia menduga
bahawa dengan tercapainya prestasi yang tinggi, dia akan merasakan akibat-akibat
yang diharapkan, maka dia memiliki motivasi yang tinggi untuk berprestasi.
Sedangkan beberapa pelajar yang memiliki prestasi yang rendah akan menghalangi
diri mereka sendiri untuk tidak mencuba. Kegagalan yang terulang hasil daripada
harapan untuk berjaya yang begitu rendah mengakibatkan motivasinya juga sangat

rendah.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Self-Efficacy: Keyakinan Terhadap Self efficacy adalah keyakinan mengenai kemampuan diri untuk
Kemampuan melaksanakan dan mengorganisasikan suatu kegiatan dengan berhasil
sehingga berdampak kepada usaha-usaha dan keteguhannya pada saat
menghadapi cabaran. Contohnya, pelajar yang memiliki self efficacy yang
tinggi mengenai subjek Bahasa Melayu, maka ketika diberikan tugasan
mengenai peribahasa, dia yakin akan mampu menjawabnya. Terdapat
empat faktor yang mempengaruhi self efficacy iaitu pencapaian masa lalu,
modelling, verbal persuasion seperti pujian dan faktor psikologi. Pelajar
yang meyakini memiliki kemampuan atau yang memiliki efficacy diri yang
tinggi dan berharap dapat mengerjakan sesuatu, maka harapan ini sangat
kuat mempengaruhi motivasinya. Sebagai contoh, pelajar yang memiliki
efficacy diri yang tinggi akan menerima tugas yang memiliki cabaran dan
akan berusaha untuk dapat bertahan dalam jangka waktu yang lebih lama
dengan menggunakan strategi yang efektif dan secara umumnya
prestasinya lebih baik daripada pelajar yang tidak memiliki efikasi diri yang
tinggi.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Attribution Theory Attribution theory adalah teori kognitif mengenai motivasi yang berusaha
secara sistematik memberikan gambaran mengenai pencapaian dan
kegagalan pelajar.
Menurut Weiner, teori atribusi ialah penekanan yang tertumpu kepada
pandangan murid yang mempengaruhi cara mereka mentafsirkan kejayaan
atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan
murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.Teori atribusi
terutamanya yang berkaitan dengan empat penjelasan terhadap kejayaan
dan kegagalan dalam pencapaian prestasi seperti kemampuan, usaha,
kesulitan tugas, dan nasib yang baik. Atribusi-atribusi kemampuan dan
usaha sudah ada di dalam diri individu (faktor dalaman), atribusi-atribusi
kesulitan tugas dan nasib baik adalah faktor luaran. Kemampuan dianggap
sebagai suatu keadaan yang relatif tetap, tidak dapat diubah manakala
usaha dapat diubah. Demikian pula, tingkat kesukaran pada dasarnya
merupakan suatu yang tetap, sementara nasib baik adalah tidak tetap dan
tidak dapat diramal.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Penderaan fizikal Guru sendiri negatif Terlalu memaksa pelajar
atau mental terhadap subjek untuk melakukan perkara

yang sukar dilakukan

Menguji pelajar perkara Perkara Yang Boleh Memaksa pelajar lemah
yang belum mereka pelajari Mengurangkan mengikut cara pelajar
Motivasi Pelajar
yang lebih pandai
Menguji pelajar dengan
soalan yang terlalu
susah

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

1. Penderaan fizikal atau mental

-Penderaan yang dimaksudkan dalam konteks pendidikan ini ialah perkara yang
boleh membebankan pelajar sama ada dari segi fizikal atau mental.

-Contoh penderaan fizikal ialah guru memberi kerja yang terlalu banyak untuk
disiapkan dalam tempoh yang singkat atau guru memberi denda yang terlalu berat
untuk sesuatu kesalahan yang dilakukan.

-Contoh penderaan emosi pula memalukan pelajar di dalam kelas dan berleter
terlalu panjang dalam kelas sehingga mejejaskan emosi pelajar yang terlibat.

-Penderaan-penderaan ini akan menyebabkan motivasi pelajar akan berkurang dan
menjadikan mereka hilang minat untuk belajar kerana tertekan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

2. Guru sendiri negatif terhadap subjek

-Sikap seseorang guru yang sentiasa memberikan perspektif yang negatif terhadap
subjek yang akan diajar juga boleh mengurangkan motivasi pelajar.

-Sebagai contoh, guru yang mengajar subjek Matematik Tambahan sentiasa
mengatakan bahawa subjeknya susah dan merupakan subjek ‘killer’ yang susah
untuk pelajar mendapatkan markah yang tinggi.

-Pandangan yang negatif ini boleh mengurangkan motivasi pelajar untuk belajar
subjek tersebut serta membentuk ‘mindset’ negatif dalam diri mereka yang
mengatakan bahawa subjek Matematik Tambahan susah sehingga menyebabkan
mereka malas untuk mengulang kaji.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

3. Terlalu memaksa pelajar untuk melakukan sesuatu yang sukar dilakukan

-Apabila guru memaksa untuk melakukan sesuatu yang sukar, hal ini akan
menyebabkan pelajar tersebut putus asa dan hilang motivasi untuk belajar.

-Contohnya, guru menyuruh pelajar untuk menghafal subjeknya satu persatu
perkataan tanpa tertinggal dan perlu mendengarkan apa yang dihafal kapadanya
dalam tempoh masa yang agak singkat.

-Perkara ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan seterusnya mereka menjadi
benci untuk belajar subjek tersebut terutama bagi pelajar yang lemah dalam proses
penghafalan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

4. Memaksa pelajar lemah untuk mengikut cara pelajar yang lebih pandai

-Memaksa pelajar yang lemah dalam pembelajaran untuk mendapatkan keputusan
yang sama seperti pelajar yang cerdik adalah tidak adil.

-Seseorang guru tidak patut membanding-membandingkan pelajar yang lemah
dengan pelajar yang cerdik kerana hal ini akan menyebabkan mereka berasa rendah
diri dan motivasi mereka untuk belajar akan berkurang.

-Sebaliknya, guru perlulah menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengajar
pelajar-pelajar yang agak lambat dalam pembelajaran supaya mereka berasa
seronok untuk belajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

5. Menguji pelajar dengan soalan yang terlalu susah

-Soalan yang terlalu susah boleh melemahkan semangat pelajar untuk terus belajar.

-Hal ini dikatakan demikian kerana soalan yang susah akan menyebabkan pelajar berasa
rendah diri dan hilang keyakinan kerana mereka tidak berjaya menjawab soalan tersebut.

-Contohnya, terdapat satu kes di mana seorang pelajar SPM 2018 telah bertindak
membakar buku Matematik Tambahan kerana dia telah gagal menjawab soalan SPM subjek
tersebut kerana terlalu susah.

-Perkara tersebut jelas membuktikan bahawa soalan yang terlalu susah boleh
menjejaskan motivasi pelajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

6. Menguji pelajar perkara yang mereka pelajari

-Tindakan guru yang bertanyakan soalan kepada pelajar tentang sesuatu yang belum
mereka pelajari boleh mengurangkan motivasi pelajar.

-Perkara ini berlaku kerana pelajar mungkin akan berasa subjek tersebut susah dan
akhirnya membentuk ‘mindset’ yang negatif terhadap subjek tersebut.

-Oleh hal yang demikian, mereka menjadi malas untuk belajar dan akhirnya mereka tidak
mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya motivasi mereka akan menurun untuk
terus belajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

DEFINISI

PERSONALITI WAJA  Waja dari segi istilah bermaksud kuat, keras dan
DIRI padu seperti objek besi. Ia juga tekal dan jitu iaitu
tidak mudah berubah.
(RESILIENCY)
 Jika dirujuk kepada manusia, ia membawa maksud
simbolik atau merujuk kepada ketahanan diri dari
segi fizikal, mental, hati dan emosi untuk menempuh
segala dugaan, cabaran dan unsur negatif.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

DEFINISI

PERSONALITI WAJA  Menurut Shahabuddin (2003), personaliti waja diri
DIRI ialah fenomena seseorang individu bersifat perkasa
dan kukuh sehingga dapat menempuh risiko,
(RESILIENCY) kegagalan dan berjaya mengatasi dengan cemerlang.

 Menurut Bernard (1991) dan Liquanti (1992) pula, waja
diri bermaksud satu set kualiti atau mekanisma
pertahanan diri dan berani dalam menghadapi risiko
agar tidak terjerumus dalam kancah kemusnahan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

ELEMEN-ELEMEN WAJA DIRI

Ketrampilan sosial Kemahiran bertutur Konsep kendiri yang tinggi

 Ketrampilan sosial bermaksud  Kemahiran bertutur bermaksud  Konsep kendiri boleh didefinisikan

kemampuan individu untuk kebolehan untuk bertutur dan sebagai penilaian seseorang ke atas
berkomunikasi secara efektif dengan berbahasa dengan baik apabila dirinya atau bagaimana ia
orang lain sama ada secara verbal menganggap tentang dirinya sendiri
 berkomunikasi.
 atau non-verbal. Kemahiran bertutur melibatkan  sama ada secara positif atau negatif.
Ketrampilan sosial mencerminkan pelbagai aspek contohnya sebutan, Ia berkait rapat dengan perasaan
karateristik perilaku yang khas dalam intonasi, tekanan, jeda, mora dan kita terhadap kebolehan kita,
perkara yang berlaku pada diri kita
 perhubungan dengan orang lain.  sebagainya. dan perkara yang akan berlaku pada
Contoh, memahami fikiran, emosi Contoh dari aspek sebutan, individu
dan tujuan atau maksud orang lain tersebut mampu menyebut sesuatu  diri kita.
semasa berkomunikasi dan berupaya perkataan dengan sebutan yang Untuk membina konsep kendiri
memberi respons yang terbaik tepat manakala dari segi intonasi, seseorang juga perlu menerima
berdasarkan situasi tersebut. dia dapat bertutur dengan intonasi penilaian dari orang lain.
yang sesuai mengikut keadaan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

ELEMEN-ELEMEN WAJA DIRI

Kemahiran penyelesaian masalah Kepintaran IQ Berani ambil risiko

 Menyelesaikan masalah adalah satu  Kecerdasan termasuk kebolehan  Seseorang yang risk-taker atau

proses mental untuk menghadapi untuk memperolehi pengetahuan, berani mengambil risiko mampu
rintangan berdasarkan tujuan keupayaan untuk berfikir di dalam untuk melakukan banyak perkara dan
situasi yang kompleks dan
 tertentu. kebolehupayaan untuk menyelesaikan  mencuba banyak perkara baru.
Kemahiran untuk menyelesaikan Individu yang berani dalam
masalah dengan baik sangat penting  masalah. mengambil risiko akan memperoleh
dan akan membawa kepada Individu yang mempunyai IQ yang pengalaman yang sangat banyak
tinggi selalunya akan lebih mudah kerana sentiasa mencuba perkara
 keseronokan. memahami sesuatu berbanding baharu dalam kehidupan dan sanggup
Keperluan menyelesaikan masalah individu yang mempunyai yang menerima apa jua risiko akibat
akan menjadi bersungguh-sungguh mempunyai IQ yang rendah. perbuatannya itu.

 ketika keadaan semakin mendesak.
Penyelesaian terbaik adalah apabila
kita telah mengambil kira kesan
akibatnya.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

ELEMEN-ELEMEN WAJA DIRI

Berperibadi sendiri yang kukuh Kawalan dalaman tinggi Tidak mudah terpengaruh

 Berperibadi sendiri atau ‘Be Yourself’  Kawalan dalaman terdiri kepada dua  Seseorang yang berpersonaliti waja

bermaksud seseorang individu menjadi komponen iaitu kecerdasan emosi diri tidak mudah terpengaruh dengan
diri sendiri dan tidak berpura-pura perkara-perkara negatif atau dengan
apabila berhadapan dengan orang  (EQ) dan kecerdasan rohani (SQ). kata lain mempunyai jati diri yang
Individu yang mempunyai kawalan
 lain. dalam yang tinggi mampu untuk  kukuh.
Individu yang menjadi diri sendiri mengawal emosinya dalam semua Individu tersebut mempunyai
mempunyai emosi yang lebih stabil keadaan serta sentiasa tenang dan pendirian yang tetap dan tidak
berbanding mereka yang sentiasa
 sabar dalam menghadapi sesuatu.  mudah berubah.
 berpura-pura. Individu tersebut juga berjaya Mampu membezakan perkara yang
Sifat ini sangat penting kerana ia mengenal dirinya dan tahu matlamat baik dan buruk.
boleh menimbulkan rasa percaya hidupnya untuk beribadat kepada
terhadap diri sendiri. Allah dan menjadi khalifah yang di
atas muka bumi.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Faktor Yang
Mempengaruhi

Waja Diri

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

KELUARGA  Individu dibesarkan dengan nilai-nilai
tertentu yang dipunyai keluarganya.

 Ibu bapa sebagai ‘role model’.

 Pembentukan sahsiah atau peribadi
anak banyak dipengaruhi oleh akhlak
dan aspirasi dalam keluarga.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

SEKOLAH  Bidang pendidikan banyak membuka
ruang kepada pembentukan waja diri.

 Melalui guru, rakan sebaya, aktiviti
sekolah, didikan agama, kemahiran
komunikasi, kemahiran menyelesaikan
masalah serta koordinasi dalam
kumpulan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

APAKAH MAKSUD PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN?

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

MAKSUD
PENGAJARAN

 Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2002),Pengajaran adalah satu sistem aktiviti yang
diarahkan kepada pelajar, biasanya secara bersemuka dengan guru bertujuan untuk
membawa perubahan dalam diri pelajar.

 Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti,
pendekatan dan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan
(Baharuddin et.al, 2001).

 Menurut Shahabudin Hashim (2003), Pengajaran adalah aktiviti-aktiviti bermatlamat yang
dilakukan oleh guru secara sengaja dan disedari bagi membantu pengajaran.

 Menurut Ee Ah Meng (2003), pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran, ilmu
pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Pengajaran boleh dilakukan melalui penerangan, tunjuk
cara, eksperimen atau gabungan kesemua kaedah itu.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

MAKSUD
PEMBELAJARAN

 Ee Ah Meng (2003), pembelajaran juga boleh difaharni sebagai proses yang menghasilkan
perubahan tingkah laku seseorang individu sebagai reaksi terhadap satu-satu keadaan
yang dihadapi.

 Lee Shok Mee (1998), pembelajaran sebagai pemperolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Oleh itu,
pembelajaran dalam kajian ini ialah kaedah atau cara seseorang pelajar utuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

 Menurut Gagne (1974), pembelajaran adalah perubahan pernikiran, kebolehan dan
perangai seseorang yang bukan disebabkan oleh proses tumbesaran atau pernbesaran.
Proses ini biasanya merupakan pertarnbahan kebolehan bagi sesuatu perbuatan atau
pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap dan nilai seseorang.

 Menurut Anita E. Woolfolk (1995), Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman
menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

HUBUNGAN ANTARA

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
 Pembelajaran dikaitkan dengan pengajaran (Sufean Hussin

2002).Pembelajaran khususnya di peringkat awal memerlukan bantuan dan
bimbingan seorang guru atau pendidik. Oleh itu, guru dan pengajaran yang
berkesan sangat penting untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
Pelajar belum memiliki pengetahuan dan kemahiran kaedah belajar untuk
belajar. Justeru, proses P&P di tahap rendah khususnya sekolah rendah
memerlukan guru yang cekap supaya proses pembelajaran dapat berlaku
dengan baik. Pembelajaran orang dewasa sedikit berbeza kerana
pembelajarannya lebih terarah kepada pembelajaran kendiri (self-direction).
Pelajar dewasa mempunyai pelbagai pengalaman hidup yang merupakan
sumber yang paling kaya bagi pembelajaran.


Click to View FlipBook Version