The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohamad Ridwan, 2021-01-06 04:42:57

Motivasi, Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kumpulan 10 PGA101

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

HUBUNGAN ANTARA

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

 Pembelajaran boleh berlaku tanpa melalui proses pengajaran. Kaedah
belajar lebih luas berbanding dengan kaedah mengajar. Pengajaran
hanyalah salah satu cara untuk manusia belajar. Manusia boleh belajar dari
sesiapa dan apa-apa sahaja, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Di
peringkat yang lebih tinggi, manusia banyak belajar dari pengkajian atau
penelitian terhadap sesuatu perkara. Terdapat beberapa perbezaan antara
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran, guru seharusnya
mempunyai tujuan tertentu dan sasaran yang ingin dicapai. Pengajaran juga
memerlukan kesedaran dan niat yang jelas. Tanpa kedua-duanya
pengajaran tersebut tidak sah walaupun ia kelihatan berlaku.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

HUBUNGAN ANTARA

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

 Dari segi aspek hasil. Pengajaran sememangnya berhasratkan untuk
mendapatkan hasil atau perubahan yang berlaku pada pelajar dalam erti
kata yang luas. Untuk mendapatkan hasil tersebut, guru perlu mengukur
pencapaian pelajar melalui kaedah-kaedah penilaian. Oleh itu pengajaran
memerlukan penilaian. Pun begitu, pengajaran tetap berlaku walaupun tidak
mencapai hasil atau perubahan yang ditetapkan. Sebaliknya, pembelajaran
tidak memerlukan penilaian. Sungguhpun begitu, pembelajaran
memerlukan hasil. Tanpa hasil, pembelajaran tidak berlaku. Hasil yang tidak
diukur oleh aspek penilaian tidak membatalkan berlakunya proses
pembelajaran.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

HUBUNGAN ANTARA

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

 Di peringkat pengajian tinggi, proses pembelajaran lebih utama berbanding
dengan proses pengajaran. Reka bentuk pembelajaran bagi orang dewasa
seharusnya lebih luas dengan mengambil kira bahawa orang dewasa perlu
mengetahui mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu, melihat pembelajaran
sebagai kaedah penyelesaian masalah dan seharusnya berguna kepada mereka.
Pengkaedahan pengajaran penting tetapi bukan lagi perkara yang diutamakan
tetapi lebih memastikan proses dan hasil pembelajaran yang dikehendaki benar-
benar tercapai. Kaedah P&P seharusnya dipulangkan kepada kebijaksanaan pada
pendidik atau pensyarah. Para pensyarah perlu didedahkan dengan pelbagai
pendekatan dan teknik pengajaran.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

MAKSUD DAN KRITERIA

PENGAJARAN YANG

BERKESAN

 Pengajaran berkesan diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran
telah dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan.

 Berikut merupakan kriteria pengajaran yang berkesan;

 Objektif Pengajaran- Seseorang guru perlu mengenalpasti objektif pengajaran dan
memastikan objektif tersebut tercapai. Objektif pengajaran yang kabur akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.Justeru, guru tersebut tidak akan
dapat menguruskan masa dengan cekap dan berkesan.

 Rancangan Pengajaran- Guru harus menyampaikan isi pengajaran dengan tersusun
dan lancar. Serta bermula daripada konsep-konsep asas, penggunaan contoh – contoh
yang tepat dan sesuai, penerangan yang jelas dan laras bahasa yang ringkas dan
senang difahami pelajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

MAKSUD DAN KRITERIA

PENGAJARAN YANG

BERKESAN

 Kaedah dan teknik mengajar - Guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang

berpusatkan pelajar kerana pelajar harus dibimbing menggunakan dan
memperkembangkan potensi mereka secara maksimum untuk mendapatkan pengetahuan
serta kemahiran, dan guru harus memastikan pelajar dapat mendengar dengan jelas di
samping pertuturan pensyarah mesti terang dan fasih. Ini banyak bergantung kepada
intonasi atau penekanan suara yang betul. Untuk memperkukuhkan lagi mesej yang
disampaikan, pensyarah boleh menggunakan perubahan mimik muka serta penggunaan
gestur.

 Interaksi Dua Hala - Guru perlu tahu bahawa penilaian bagi proses pengajaran merupakan

satu proses yang berterusan dan juga proses dua hala.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

MAKSUD DAN KRITERIA
PEMBELAJARAN BERKESAN

 Khalid (2002), menyatakan prinsip pembelajaran yang berkesan adalah berdasarkan
kepada gagasan atau konsep yang menekankan kaedah atau cara pembelajaran
menyeluruh untuk pandu sendiri (selfdriven) pelajar.

 Kejayaan pelajar adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanan dan kemampuan
seseorang dalam menghayati dan seterusnya usaha yang dilakukan untuk mencapai
matlamat kejayaan.

 Wilen dan William (2002), menyatakan seseorang yang sering bertanya atau menyoal
mengenai sesuatu perkara berdasarkan pengamatan dan pengalaman sebenarnya sedang
mengamalkan teknik pembelajaran yang berlandaskan konsep mencari kebenaran.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

KAEDAH PENGAJARAN
TRADISIONAL

 Kaedah ini adalah berkenaan dengan asas pengetahuan dan disampaikan oleh tenaga
pengajar yang berkemahiran kepada sekumpulan pelajar yang ramai di dalam kuliah
(Kwan, 2000).

 pengajaran berpusatkan guru - Brophy (1978) , menyatakan bahawa pengajaran
pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan
model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan
dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara,
bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi
pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

• Komunikasi satu hala -hanya guru sahaja yang akan bercakap di dalam kelas, pelajar

hanya perlu mendengar dan pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

KAEDAH PENGAJARAN
TRADISIONAL

• Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik - Murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka kerana guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan
dan strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.

• Kurang berupaya membuat interpretasi - Teknik mengajar guru ditumpukan
kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak
berbentuk mengingat dan menghafal.

• Guru sebagai penyampai utama dalam maklumat berkenaan bidang tertentu.
• Kaedah ini juga dikenali sebagai strategi pengajaran langsung.
• Contohnya- Catatan nota – guru menulis, pelajar mendengar dan menyalin dalam

buku dan mempunyai satu sumber rujukan – buku teks.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

KAEDAH PENGAJARAN
TRADISIONAL

• Kebaikan melalui kaedah pengajaran ini, banyak maklumat yang tertentu. Tarnbahan pula setiap pengajar perlu
dapat disampaikan dalam masa yang singkat dan pelajar akan mempunyai inisiatif untuk sentiasa memperbaharui kaedah dan
boleh terus mendapatkan nota. Melalui kaedah ini juga, saiz strategi pengajaran agar pelajar lebih mudah faham dan tidak
kelas tidak terhad pada bilangan pelajar yang mempunyai mudah lupa terhadap apa yang telah disampaikan.
kuantiti yang sedikit. Hal ini bermaksud, saiz kelas adalah
mengikut kapasiti sesebuah kelas atau bilik kuliah yang boleh
menampung pelajar pada suatu masa.

• Meskipun begitu, setiap yang baik pasti turut mempunyai
kelemahannya. Salah satu kelemahan kaedah pengajaran
tradisional adalah, kaedah ini cepat membosankan kerana
pengajar tidak dapat memberikan tumpuan kepada setiap
pelajar kerana mempunyai bilangan pelajar yang ramai pada
suatu masa. Kesannya, pelajar tidak akan faham terhadap
maklumat dan pengetahuan yang disampaikan kerana
tendensi guru membaca teks syarahan atau kuliah sahaja dan
tiada penglibatan aktif daripada pelajar. Oleh sebab itu, suatu
kaedah yang lebih aktif dan efektif perlu dijalankan kerana
kaedah ini kurang sesuai digunakan bagi beberapa subjek

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

KAEDAH PENGAJARAN
MODEN

 Pendekatan ini diadakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih aktif. Pembelajaran aktif merujuk
kepada kaedah di mana pelajar melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat
yang diberi.

 Kaedah pengajaran berpusatkan pelajar - Murid peranan yang penting kerana digalakkan melibatkan diri secara aktif, komunikasi
dua hala

• Penglibatan murid dengan aktif - murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik
darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan
ataupun individu.

• Komunikasi dua hala- Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.
• Ciri Kepimpinan guru bersifat demokratik – murid digalakkan memberi pendapat mereka sendiri
• Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan

bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
• Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan guru.
• Contohnya- Debat dan kerja projek.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

KAEDAH PENGAJARAN
MODEN

 Kaedah pengajaran berpusatkan bahan - Guru menyampaikan pengajaran melalui bahan
maklumat rujukan, Kaedah berbahan ialah buku skrab, modul, audio visual, projektor, televisyen,
komputer dan sebagainya.

 Salah satu kaedah pengajaran moden yang dimaksudkan adalah aplikasi penggunaan e-learning.
Kaedah ini menggunakan sokongan sepenuhnya menerusi perhubungan internet di mana ia boleh
mencipta, menggalakkan penghantaran ilmu dan sebagai salah satu pembelajaran berpusatkan
pelajar secara interaktif. Melalui e-learning, pelajar boleh mengakses internet di mana sahaja mereka
berada dan tiada jangka masa yang ditetapkan dengan fungsi telekomunikasi yang didapati.
(Khairiyah et. al, 2005).

• Kecekapan penggunaan bahan - lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan
bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

• Murid lebih memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat
berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

KAEDAH PENGAJARAN
MODEN

 Kebaikan - pelajar akan melalui beberapa proses iaitu menganalisa keperluan, menjana
idea sendiri untuk mencapai objektif pernbelajaran, memastikan bagaimana sesuatu
pelajaran yang mereka pelajari itu boleh didapati dan seterusnya refleks kembali terhadap
sernua perkara yang telah diperolehi semasa penyelidikan dijalankan.

 Kelemahan - pengajar mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran komputer
dengan baik dan untuk mengetahui bagaimana cara yang lebih berkesan bagi memastikan
keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Selain itu, pelajar yang
terlibat melalui kaedah pengajaran ini tiada pengawasan yang baik. Para pelajar berpotensi
menghadapi masalah dalam melayari laman web disebabkan terputus hubungan sekiranya
kaedah ini digunakan. Hubungan antara pengajar dan pelajar juga amat terhad.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

PEMBELAJARAN KOPERATIF

 Pembelajaran koperatif merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama dalam satu kumpulan untuk
mencapai matlamat bagi menyempurnakan sesuatu projek.

 Menurut Polai (2001), pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang menekankan penguasaan kemahiran,
konsep dan maklumat di mana pelajar dikelaskan kepada kumpulan tertentu. Melalui pembelajaran ini, pelajar belajar cara untuk
berinteraksi, dan bersosial dengan lebih baik, kerana pelajar digalakkan untuk mengeluarkan idea dan pendapat secara berani dan
terbuka melalui proses kemahiran berfikir.

 Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

 pembelajaran koperatif dianggap sebagai aktiviti yang menerima arahan dari guru, penetapan tugasan dan penyediaan bahan
juga daripada guru.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Pergantungan
yang positif

Proses ELEMEN Kebertanggungjaw
Kumpulan DALAM aban individu
PEMBELAJAR

AN
KOPERATIF

Kemahiran Interaksi
interpersonal Secara
Bersemuka

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Pergantungan Yang Pelajar seharusnya berubah dari sifat bergantung kepada
Positif sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling pergantungan
antara seorang individu kepada seorang individu yang lain.
Saling pergantungan wujud apabila pelajar menganggap
bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang
pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi
cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan tenaga orang
lain. Selain itu, Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain. Maka, akan wujud saling bergantung
secara positif yang kuat dalam sesuatu kunpulan. Maka,
dengan kewujudan saling bergantungan secara positif, ahli-
ahli dalam kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang
dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan dan
seterusnya, akan memastikan kumpulan mereka berjaya.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Kebertanggungjawaban Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk
individu belajar dan menyumbang kepada tugasan atau aktiviti
kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Maka,
bagi menilai penanggungjawab kendiri atau akauntabiliti
individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan
kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan
dinilai mengikut sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan
menerima markah mengikut sumbangan atau idea mereka.
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam
sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas
pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu
dengan melihat tahap kerjasama dan tanggungjawab yang
diberikan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Interaksi Secara Interaksi bersemuka disini bermaksud pelajar-pelajar
Bersemuka memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,
berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Melalui
interaksi bersemuka, ahli-ahli dalam kumpulan yang sama
berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang
berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan
persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-
bertentangan-mata, lutut-bertentangan-lutut dan bahu-
berhampiran-bahu dapat memupuk perkongsian idea ataupun
jawapan. Selain itu, ia dapat memupuk semangat kekitaan
dalam kalangan ahli kumpulan. Interaksi kumpulan
termasuklah tindakan pelajar untuk menerang, berbincang
dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Kemahiran Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran
Interpersonal koperatif seperti mengikut giliran, memberi galakan,
mendengar, memberikan pertolongan dan meminta
pertolongan, meminta penjelasan ataupun meminta
penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-
norma masyarakat dan sebagainya lagi. Maka, bagi
memastikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti
mengajar kemahiran-kemahiran ini kepada pelajar.
Kemahiran-kemahiran ini penting kerana ianya akan dapat
memupuk ciri-ciri kepimpinan, kepercayaan, membuat
keputusan dan sebagainya lagi dalam kalangan pelajar.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Kemahiran
Interpersonal

Melalui elemen ini ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan akan
menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari
segi pencapaian matlamat. Selain itu, setiap kumpulan akan
membuat refleksi tentang cara kumpulan masing-masing
telah berfungsi serta menentukan ciri-ciri yang telah
menyebabkan kumpulan mereka berfungsi dengan baik.
Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan terhadap
apa yang boleh mereka mengubah supaya kumpulan tersebut

akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday -
Friday

PEMBELAJARAN

KOLABORATIF

 satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan
dengan beberapa orang pelajar yang lain dan menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain (Wan Zah
Wan Ali, 2007).

 Kajian yang dijalankan oleh Amory (2013), menyatakan bahawa pembelajaran kolaboratif adalah berdasarkan kepada idea bahawa
pembelajaran adalah satu proses menerima maklumat atau pengetahuan yang berlaku secara semulajadi berdasarkan kepada ciri-
ciri tertentu menerusi hubungan sosial antara pelajar di mana wujud interaksi komunikasi di kalangan pelajar.

 suatu pembelajaran berkumpulan yang mempunyai tujuan untuk menyelesaikan suatu masalah bersama-sama dengan
menitikberatkan konsep melakukan bersama-sama serta mengamalkan kepentingan hubungan interaksi di dalam ahli kumpulan.
Hal ini kerana, sudah jelas bahawa pembelajaran kolaboratif itu sendiri mementingkan hubungan interaksi di antara ahli kumpulan
dan bukannya hasil akhir sesuatu tugasan. Di dalam konteks yang lain dapat dinyatakan bahawa kuantiti amat dititkberatkan dan
bukannya kualiti. Jadi, pembelajaran ini mengharapkan agar semua ahli kumpulan bekerjasama di dalam menyelesaikan tugasan-
tugasan yang diberikan.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Tanggungjawab
komuniti

Kerjasama dan Penglibatan
kerja pasukan

ELEMEN

PEMBELAJARAN
KOLABORATIF

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Penglibatan

sifat pembelajaran kolaboratif adalah menekankan pelibatan sosial dan

intelektual. Kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan dalam prestasi dan tumpuan murid berdasarkan kepada perbezaan

tahap pelibatan murid dalam sesi pembelajaran. Murid-murid yang terlibat

dengan aktif dalam pembelajaran memperlihatkan pencapaian yang lebih tinggi

berbanding murid-murid yang pasif. Selain itu, interaksi sosial antara individu

amatlah penting dalam kelompok untuk membangun pemahaman atau

pengetahuan setiap anggota kelompok,

.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Kerjasama dan kerja
pasukan

murid-murid pasti berhadapan dengan perbezaan

pendapat dan mereka perlu berusaha untuk

mengenali dan menanganinya. Oleh itu,

pendekatan kolaboratif dilihat berupaya membantu

membina komuniti pembelajaran dalam kalangan
murid dengan bekerjasama terhadap pembelajaran pelajar
yang lain, sehingga kejayaan seorang pelajar dapat membantu
pelajar lain untuk menjadi berjaya memahami pembelajaran

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Tanggungjawab
komuniti

Pembelajaran kolaboratif menggalakkan murid untuk
membina sifat bertanggungjawab terhadap diri, kumpulan dan
komunitinya. Penglibatan dan peranan mereka dalam bilik
darjah boleh membantu mereka berhadapan dengan cabaran
apabila berada dalam persekitaran komuniti yang lebih luas.
Pembelajaran kolaboratif menjadikan murid lebih berani untuk
menyampaikan pandangan dengan lebih aktif dalam
membentuk idea-idea dan nilai-nilai mereka. Pembelajaran
kolaboratif juga menjadikan mereka lebih sensitif terhadap
pandangan dan pendapat orang lain.

Welcome Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

RUJUKAN

 Shahabuddin Hashim, et al, (2003). "Pedagogi, Strategi Dan Metod Mengajar Dengan Berkesan".
 Zakaria, E. (1998). Pembelajaran Koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis
 Gin, S. S. (2000). Pembelajaran Koperatif. Dicapai pada Ogos 25,2007: http://www.geocities.com/devlin_sigma2002/koperatif.htm.
 https://www.scribd.com/doc/162205846/Perbezaan-Kaedah-Pengajaran-Pembelajaran-Berpusatkan-Guru-Dan-Murid
 Choy, Ng Kim. (1999). Perbezaan Pembelajaran Kolaboratif & Pembelajaran Koperatif.[online] Tersedia: http://www.teachersrock.net. [2

Agustus 2007].

 https://www.slideshare.net/KhairunnisaJeman/motivasi-pembelajaran-dalam-pelbagai-perspektif-144974815
 https://koreshinfo.blogspot.com/2016/02/pengertian-motivasi-bentuk-
 bentuk.html?fbclid=IwAR3SDKoXwHBQPhfzdlQiqg3oO8UzUmov8bObZRtoVfJ2i1ZwSDu2BNaXxiM

https://muhamadaizat.blogspot.com/p/memotivasikan-murid.html?m=1&fbclid=IwAR1z1XltlL5-

 vaHzplTK9kvhZAa4oPyHaiEPbOw6Lvyb-x33Pc6M4ll_u3A
https://www.universitaspsikologi.com/2018/06/teori-motivasi-dan-motivasi-

 belajar.html?fbclid=IwAR1K_gDe_3VLel7RxU8WDBs0saFsj6AvL05hk6jOhwZYpYRTAa_r3d9PNzw
https://septianludy.blogspot.com/2014/07/tujuan-hidup-dan-motivasi-berprestasi.html?m=1&fbclid=IwAR1T-
UjtgPVtjb88cq2NKAVH5WPqkTIylWYOm2caJa0Pn4fGW-Z1gDiZhHE

 https: //www.studimanajemen.com/2019/02/teori-motivasi-abraham-maslow-hierarki.html?m=1
 Https://www.dictio.id/t/apa-yang-dimaksud-dengan-keterampilan-sosial-atau-kemampuan-bersosial-sociability/8225
 https ://www.academia.edu/40143019/_BMM_1034_KEMAHIRAN_MENDENGAR_DAN_BERTUTUR
 http://eprints.utm.my


Click to View FlipBook Version