PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GIURU MALAYSIA NAMA NOMBOR MATRIKS PROGRAM UNIT CHONG YI TING P21241484 PISMP JUN 2021 X1 KUMPULAN KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK : : : : :
BIODATA Nama Unit No. Kad Pengenalan Angka Giliran Tarikh Lahir Alamat Rumah No. Telefon Alamat E-mel Tempat Pengajian Alamat Pengajian Chong Yi Ting X1 031105-01-0582 2021242340306 5 November 2003 No. 76, Jalan Nibong 14 Taman Daya 81100 Johor Bahru, Johor. 011-10786507 [email protected] Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh Hulu Kinta, 31150 Ipoh, Perak Ambilan JUN 2021 : : : : : : : : : : :
ISI KANDUNGAN 1.0 PRINSIP ASAS KEPENGAKAPAN 1.1 Pengenalan Persekutuan Pengakap Malaysia 1.2 Lambang 1.2.1 Lambang Pengakap Sedunia 1.2.2 Lambang Persekutuan Pengakap Malaysia 1.3 Bendera 1.4 Cogan Kata 1.5 Ikrar 1.6 Lagu Pengakap Malaysia 2.0 SEJARAH 2.1 Sejarah Pengakap Malaysia 2.2 Sejarah Pengakap Dunia 2.3 Biodata Pengasas 2.4 Tujuan Penubuhan Persekutuan Pengakap 3.0 PERLEMBAGAAN 3.1 Perlembagaan Persekutuan Pengakap 3.2 Undang-undang Persekutuan Pengakap 3.3 Istiadat Rasmi 3.3.1 Hormat Pengakap 3.3.2 Isyarat Pengakap 3.3.3 Istiadat Laung Agung 3.3.4 Istiadat Mengibarkan Bendera 3.3.5 Istiadat Menaikkan Bendera 3.3.6 Istiadat Menurunkan Bendera 3.3.7 Istiadat Melantik 5 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 18 25 26 27 28 38 39 40 40 41 45 48 51 56
ISI KANDUNGAN 4.0 STRUKTUR ORGANISASI 4.1 Struktur Organisasi Pengakap Malaysia 4.2 Struktur Organisasi Pengakap Negeri 4.3 Struktur Organisasi Pengakap IPGM 4.4 Struktur Organisasi Pengakap Sekolah Rendah 5.0 DASAR KEAGAMAAAN 5.1 Dasar Keagamaan 6.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN 6.1 Pengurusan dan Pentadbiran Kumpulan 7.0 PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PENGAKAP 7.1 Pakaian Seragam Pengakap 7.2 Pemakaian Lencana 7.2.1 Lencana Pengakap Kanak-kanak 7.2.2 Lencana Pengakap Muda 7.2.3 Lencana Pengakap Remaja 7.2.4 Lencana Pengakap Kelana 7.3 Pemakaian Tanda Pangkat 8.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 8.1 Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak 9.0 RANCANGAN PROGRAM / AKTIVITI KUMPULAN 9.1 Rancangan Program / Aktiviti Kumpulan 59 60 61 62 63 64 65 66 67 72 73 76 76 79 80 80 81 84 85 107 108
Ringkasnya ialah PPM Suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para belia dan beliawanis Sebahagian daripada pertubuhan kepengakapan global, iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia / World Organization of the Scout Movement Bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen Menjelang tahun 2025, Persekutuan Pengakap Malaysia akan dilihat sebagai sebuah organisasi yang diurus secara cekap, moden dan berdikari bagi menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangun warganegara yang berguna Memberi sumbangan kepada pendiidkan generasi muda melalui satu sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap 1. Membantu membina dunia yang lebih baik, di mana penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat 2. VISI MISI PENGENALAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
LAMBANG a) Pecahan tiga kelopak melambangkan 3 Persetiaan Pengakap b) Duah buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu c) Ikatan putih menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap d) Lingkaran tali berwarna putih melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia e) Warna ungu warna Biro Pengakap Sedunia f) Warna putih kesucian dan kebersihan LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
LAMBANG a) Pecahan tiga kelopak melambangkan 3 Persetiaan Pengakap iaitu: i.Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii.Menolong orang setiap masa iii.Menurut undang-undang Pengakap b) Warna Kuning, Hijau dan Merah melambangkan unit-unit dalam pergerakan pengakap, iaitu: i.Kuning – Unit Pengakap Kanak-kanak ii.Hijau – Unit Pengakap Muda iii.Merah – Unit Pengakap Remaja c) Dua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kanan melambangkan undang-undang Pengakap d) Ikatan berwarna hijau melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap e) Lingkaran tali berwarna kuning melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia f) Anak bulan dan bintang menunjukkan agama rasmi Malaysia, iaitu agama Islam g) Warna kuning pada anak bulan dan bintang menunjukkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja h) Bintang pecah 14 berwarna kuning melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di Malaysia LAMBANG PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
BENDERA BENDERALAPMERBSAENKGUPTEUNAGNAPKEANPGSAEKDAUPNMIAALAYSIA Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang Rupa bentuk perbuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai pukul 8 pagi sehinggalah pukul 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu
COGAN KATA COGAN KATA PENGAKAP Pengakap Kanakkanak (PKK) “BUAT HABIS BAIK” Pengakap Muda (PM) “SELALU BERSEDIA” Pengakap Remaja (PR) “PANDANG LUAS) Pengakap Kelana (PK) “BERKHIDMAT” Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati Cogan katanya berbeza mengikut unit-unit.
IKRAR https://youtu.be/dm-ouLrNHKk? si=JfDZFqyglinflia2
LAGU PENGAKAP MALAYSIA Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipengang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia https://youtu.be/Gk-7Q6ELp5o? si=staLTyGa8rtOlf2k
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada tahun 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada 2 Julai 1910 apabila Scout Master Frank cooper Stands (F. C. Sanda) tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap kanak-kanak. Seramai 30 orang kanakkanak telah menyertai pergerakan tersebut. Pergerakan Pengakap kemudian tersebar ke Tanah Melayu (atau dikenali sebagai Malaya ketika itu). Frank Cooper Sands Pergerakan Pengakap di Singapura Semenjak itu, penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Inggeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Sehubungan itu, banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Perkembangan Pergerakan Pengakap di Malaysia adalah seperti berikut: 1912 Pahang, oleh G. M. Laidlow Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan Pulau Pinang, oleh H. R. Cheeseman di Penang Free School Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Kuching Singapura, oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff Perak, oleh I. R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar Kedah, oleh E. C. Hicks, E. A. G. Stuart, R. P. S. Walker dan C. W. Bloomfield Perlis, oleh Bird dan Roger Smith Melaka, oleh R. Brunstone Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith Selangor, oleh Ameen Akbar Terengganu, oleh A. J. Gracle Kelantan, oleh Y. M. Tengku Ahmad Temenggong Johor, oleh H. R. Cheeseman di English College 1913 1915 1919 1920 1925 1922 1926 1927 1928
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain. Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Selepas Perang Dunia ke-2, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Sehubungan itu, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan bersaingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Perseidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1 September 1957. Pada November 1964 (selepas Malaysia diwujudkan), Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia (dulu dikenali sebagai Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu) telah ditubuhkan dengan meliputi Pergerakan Budak-budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai oleh 14 Majlis Pengakap Negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) tertakluk di bawah Akta Parlimen No, 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 – Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 Akta ini telah menggugurkan perkataan “Budak-budak” yang terdapat pada nama Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara, berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord BadenPowell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Semasa Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah menghadiahi askaraskar yang menunjukkan kebolehan yang baik dalam kententeraan dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Beberapa tahun kemudian, beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1899, Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung musuh. Buku Aids to Scouting
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.Beliau telah menggunakan budakbudak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Baden-Powell telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai 20 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Budakbudak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malam terakhir, perkhemahan telah diadakan Malam Unggun Api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budakbudak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Buku Scouting For Boys
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pada tahun 1909, wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pada tahun 1912, Baden-Powell telah berkahwin dengan Olave St. Clare BadenPowell dan dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata. Keluarga Lord Baden-Powell Pada tahun 1919, Baden-Powell telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Gilwell Park di England Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London. Beliau kemudian telah dilantik Ketua Pengakap Dunia. Sebagai mengenang jasanya dalam bidang kepengkapan, Baden-Powell telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England. Beliau juga dianugerahi gelaran” Lord Baden-Powell Of Gilwell ”. Pada tahun 1922, beliau telah dianugerahi pingat French Legion of Honour. Pada tahun 1937, semasa berumur 80 tahun, Baden-Powell berpindah ke Kenya, Afrika bersama isterinya, Lady Baden-Powell. Sebelum berpindah, beliau sempat menganjurkan Jambori Pengakap di Washington DC pada tahun itu.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Poster Jambori 1937 Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
BIODATA PENGASAS PENGAKAP Nama Nama Penuh Tarikh Lahir Tempat Lahir Pekerjaan Bapa Ibu Isteri Tarikh Meninggal Dunia Lord Baden Powell of Giwell Lord Robert Stephenson Smyth Baden-Powell 22 Februari 1857 Hype Park, London Bekas Mejar Tentera British Reveremd H.G Baden Powell (Maha Guru di Universiti Oxford) Anak kepada Laksamana British yang bernama W.T Smyth Lady Olive Baden Powell 8 Januari 1941 Pendidikan Awal Charter House, London : : : : : : : : : :
TUJUAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN PENGAKAP Memberi latihan kepimpinan yang berasaskan prinsip dan undangundang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan Melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Pergerakan Pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa Percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu a.Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan b.Menghormati diri sendiri dan orang lain c.Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat d.Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan e.Beriman serta beramal soleh Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT i. Nama Persatuan : Pergerakan Pengakap Malaysia ii.Alamat : Sekolah ____________________ PERATURAN 2 MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek secara harmoni, seimbang dan menyeluruh Membantu peningkatan kualiti kurikulum dan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid Memperkayakan pengalaman murid-murid melalui proses penyesuaian sosial seperti perhubungan, pergaulan, kerjasama dan lain-lain Menyemai dan menanam disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid selaras dengan hasrat Rukun Negara Memberi peluang kepada murid untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah Menggalakkan murid-murid untuk terlibat secara aktif dalam sumbangan atau khidmat masyarakat 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 3 OBJEKTIF Ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Pengakap Malaysia) dengan lebih aktif dan terpimpin melalui penyemaian semangat tanggungjawab dan disiplin diri. Ahli-ahli Persekutuan Pengakap Malaysia berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap tinggi melalui ujianujian kecekapan yang dilalui. 3.1 3.2 PERATURAN 4 KEAHLIAN Ahli persatuan terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 & 6). Pemohonan menjadi ahli pengakap adalah melalui cara mengisi borang pemohonan. Pemilihan ahli berdasarkan minat dan bakat murid-murid pada awal tahun. Ahli-ahli pengakap mesti menerima serta mematuhi Perlembagaan Persekutuan Pengakap dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. 4.1 4.2 4.3 4.4
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 5 GURU PENASIHAT Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dan perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan hali-ahli semasa aktivtii dijalankan. 5.1 5.2 5.3 PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri: 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Penolong Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Penolong Bendahari 6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan) 6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang) 6.6 PERATURAN 7 7.1 Pengerusi TUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1.1 7.1.2 7.1.3 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 7 7.2 Naib Pengerusi TUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.2.1 7.2.2 7.2.3 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa 7.3 Setiausaha 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 7.3.5 Menguruskan hal-hal surat menyurat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan-kegiatan Mencatat kehadiran ahli Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa 7.4 Bendahari 7.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 7 7.4 TUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.4.2 7.4.3 7.4.4 7.4.5 7.4. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat agung Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa 7.5 Ahli Jawatankuasa 7.5.1 7.5.2 7.5.3 Membantu menjalankan tugas dalam segala program atau aktiviti yang dilaksanakan Mempengerusikan biro sekiranya dilantik Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 7 7.6 TUGAS & TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA Pemeriksa Kira-kira 7.6.1 7.6.2 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul PERATURAN 8 KEWANGAN Punca Kewangan / Pendapatan 1. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a.Wang SUMA (Kokurikulum) b.Sumbangan PIBG c.Derma daripada ahli dan orang ramai Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut Semua pengutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua / Guru Besar 8.1 8.2 8.3 8.4
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikia 9.1 9.2 PERATURAN 10 AKTIVITI Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli 10.1 10.2 PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN Peraturan sekolah adalah peraturan asas Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib 11.1 11.2 11.3
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN Diambil tentang ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1 Amaran lisan 12.2.2 Amaran bertulis Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad 12.1 12.2 12.3 PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua 13.1 13.2 13.3 13.4
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar 14.1 14.2 PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan Ahli-ahli hendaklahh sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah mestilah mendapat kebernaran bertulis daripada penjaga terlebih dahulu dengan mengisi borang berkaitan 15.1 15.2 15.3
UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP https://youtu.be/xakq4N8Tgu I?si=ogeJ4PqSsuENvtlt
ISTIADAT RASMI Tujuan pelaksanaan istiadat: a.Melatihkan diri taat kepada Tuhan b.Menghargai dan menghormati pemimpin c.Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan d.Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan e.Kaedah memberi hormat kepada tetamu f.Mengingati semula asas atau asal usul Pergerakan Pengakap g.Menyuburkan semangat persaudaraan dan perpaduan h.Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan i.Melahirkan semangat bekerjasama, kekitaan, kejelikitaan dan bertanggungjawab j.Memahami dan membina perasaan cinta akan agama dan negara melalui aktiviti: i.Hormat bendera (dalam Istiadat Bendera) ii.Nyanyian lagu Negaraku atau lagu Kebesaran Negeri iii.Nyanyian lagu Pengakap Malaysia iv.Bacaan Doa
ISTIADAT RASMI Hormat pengakap dilakukan apabila i. Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan ii.Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol iii.Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya iv.Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan v.Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap Cara melakukan Hormat Pengakap: ~ Mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking Hormat Pengakap Cara melakukan Isyarat Pengakap: 1. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan 2. Angkat tangan kanan rapat ke badan 3. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas Isyarat Pengakap
ISTIADAT RASMI Satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap Kanakkanak sahaja. Dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan “Buat Habis Baik” Nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, AKELA atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan Dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK. Istiadat Laung Agung Prosedur Pelaksanaan Istiadat Laung Agung AKELA (Pemimpin / Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA) 1. 2.(Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA) AKELA berteriak “PEK! PEK! PEK!” Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut “P…E…K…!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA. 3. Keadaan PKK Mengelilingi AKELA
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Istiadat Laung Agung 4. PKK Membentuk Bulatan dengan AKELA berada di tengan bulatan AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina). 5. Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA berada di tengah-tengah bulatan dan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing.
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Istiadat Laung Agung 6. 7. AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untu meminta PKK mengangkat tumit. AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak “AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK!” 8. 9. AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak “KAMU BUAT HABIS BAIK?” Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberiknan Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!” Keadaan PKK duduk mencangkung
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Istiadat Laung Agung 10. AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai membalas Tabik Hormat Pengakap menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat. Keadaan PKK semasa menyahut cabaran AKELA
ISTIADAT RASMI Diadakan selepas Istiadat Laung Agung pada setiap pagi Hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Kanak-kana Kebiasaannya selepas diadakah Istiadat Pemeriksaan Pagi Istiadat Mengibarkan Bendera Prosedur Pelaksanaan Mengibarkan Bendera Keadaan Penolong Pemimpin Berdiri di Belakang Tiang Bendera 1. 2. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Betugas. Pemimpin Pengakap / AKELA sudaj siap berdiri tegak dalam keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera. 3. 4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. Pemimpin / AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Mengibarkan Bendera PKK Bertugas Sedang Menarik / Menyentap Tali Bendera 5. 6. 7. 8. 9. 10. Petugas menarik atau menyentap tali bendara sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap. Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. Pemimpin / AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. Diikuiti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin / AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Mengibarkan Bendera 11. 12. Pemimpin / AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!” PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepada. Keadaan PEK Mengaminkan Doa dalam Istiadat Mengibarkan Bendera 13. 14. 15. 16. Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. Pemimpin / AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA memberi nasihat / kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada PEK. Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin / AKELA memberikan arahan “PEK… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
ISTIADAT RASMI Diadakan pada setiap pagi Hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana Kebiasaannya selepas Istiadat Pemeriksaan Pagi Istiadat Menaikkan Bendera Prosedur Pelaksanaan Mengibarkan Bendera 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera, manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan nyanyian lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang bendera.
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Mengibarkan Bendera 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Truuup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!” Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!”
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Mengibarkan Bendera 15. 16. Pemimpin memberi nasihat / kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada Trup. Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!” “KELUAR…BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Menaikkan Bendera selesai.