ISTIADAT RASMI Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan Bendera, iaitu: a. Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa mengikut perkhemahan pengakap b. Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau Breakcamp Istiadat Menurunkan Bendera Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (a) 1. 2. 3. 4. Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua orang petugas yang lengkap beruniform dan wisel bergerak ke tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera. PEK / Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil melakukan aktiviti tersendiri. Sebaik-baik kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan berkawad ke tiang bendera agar pergerakan tersebut tampak lebih kemas, teratur dan bersistematik. Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri di hadapan tiang manakala petugas kedua akan berdiri di belakang petugas pertama. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera, manakala petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan tali pada tiang bendera dibuka. Semua PEK / Trup yang mendengar tiupan wisel akan berdiri tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera sebagai tanda hormat kepada bendera.
ISTIADAT RASMI Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (a) 5. 6. 7. 8. Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara perlahan-lahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sekali lagi sebagai menandakan Istiadat Bendera berakhir dan PEK / Trup kembali dengan melakukan tugas masing-masing. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera dalam bentuk segi tiga secara bersama-sama. Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri dan menyimpan bendera tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada Sekawan / Patrol yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan Bendera akan dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir sebelah malam. Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (b) 1. 2. Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua bendera diturunkan. Jika PKK, Pemimpin / AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung agung terlebih dahulu. (Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada
ISTIADAT RASMI Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (b) 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.) Jika PKK, Pemimpin / AKELA akan berdiri dalam keadaan SEDIA di tengah-tengah bulatan laung agung, manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. (Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera, manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.) Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP…SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/Pr/PK daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan, PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atu Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK / Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap. Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan.
ISTIADAT RASMI Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (b) 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atau bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera secara bersama-sama. Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri. Petugas di hadapan akan berteriak “AP!’ secara perlahan dan kedua-dua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di hadapan akan berkawad selaku terima “gaji” untuk menyerahkan bendera tersebut kepada Pemimpin / AKELA, sama ada di tengah bulatan (PKK) atau di sebelah kiti tiang bendera (PM/PR/PK) sebelum kembali ke tempat asal. Pemimpin / AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK / Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan oleh PEK / Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal.
ISTIADAT RASMI Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (b) 16. 17. 18. Jika UPKK, Pemimpin / AKELA akan kaawad selaku terima “gaji” untuk menyerahkan bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke sebelah kiri tiang bendera. Pemimpin / AKELA yang beridiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau rangsangan kepada PEK / Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini.) Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin / AKELA memberikan arahan “PEK/Trup…SEDIA!” “BERSU…RAI!” sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK / Trup bersalam-salaman dengan pemimpin dan penolongpenolong pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan).
ISTIADAT RASMI Diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin / AKELA perlu menyediakan lencana keahhhlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap. Istiadat Melantik Prosedur Pelaksanaan Istiadat Melantik 1. 2. 3. 4. Jika PPk, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung agung terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakala pemimpin / AKELA berdiri di tengah bulatan. Penolong pemimpin berada di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera). Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas. Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak di hadapan Pemimpin / AKELA. Petugas akan kembali ke tempat asal setelah adik baharu berdiri di hadapan pemimpin / Akela. Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan lalu berdiri di sebelah Pemimpin / Akela dengan membawa lencana keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu pengakap.
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Istiadat Melantik 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Pemimpin / Akela akan memulakan dialog dengan adik baharu: Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak?” Adik Baharu : “Ya, Akela!” Akela : “Adakak kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?” Adik Baharu : “Ya, Akela!” Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh adik baharu. Akela berjabat tangan dengan adik baharu dan berkata, “Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.” Pemimpin / Akela kemudian menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada adik baharu. Adik baharu memberikan tabik hormat pengakap kepada Pemimpin / Akela. Adik baharu berpusing lalu memberikan tabik hormat pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran adik baharu ke dalam PEK. Ketua Sekawan membawa adik baharu untuk diperkenalkan kepada Sekawan. Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai oleh adik baharu.
ISTIADAT RASMI Prosedur Pelaksanaan Istiadat Melantik 12. Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh adik baharu yang lain. * * Peringatan: Ibu bapa adik baharu boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat Melantik ini.
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA Penaung Diraja DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Presiden Dato’ Seri Haji Anwar Ibrahim Ketua Pengakap Negara / Yang Dipertua MPN Mejar Jeneral (B) Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zin Bidin Timbalan Yang Dipertua MPN Dato’ Haji Ahmad Shazilly Ismail Bakti Naib Yang Dipertua MPN Datuk Zamani Tambichek Dato’ Seri Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus Setiusaha MPN Ts. Haji Lani Ibrahim Bendahari MPN Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani Haji Ahmad Sabri Saad Ts. Mohd Hilmi Abu Bakar Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Norma Noordin (Pesuruhjaya Antarabangsa) Dr. Eksbert Yong Yen Loong (Pesuruhjaya Latihan Negara) Mej. (AW) Haji Mohd Khir Muda (Pesuruhjaya Program Negara) Tiada (Komunikasi & Perhubungan Strategik) Zairi Zaharin (Pengurusan & Tadbir Urus) Ketua Pegawai Operasi Aiznin Sairi Sulaiman
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP NEGERI Pesuruhjaya Pengakap Negeri Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri JK Pasukan Latihan Negeri JK Program Negeri Pesuruhjaya Pengakap Daerah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah JK Pasukan Latihan Daerah JK Program Daerah Pemimpin-pemimpin Unit Unit-unit PKK Unit-unit PM Unit-unit PR Unit-unit PK
STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPGM Yang Dipertua Ybrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad (Rektor IPGM) Pengerusi Ybrs. Pn. Anis Alisya binti Abdullah (Timbalan Rektor Kanan IPGM) Timbalan Pengerusi Dr. Shamsul bin Saniron Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kapt. M. Asrar bin Sidon (B) Setiausaha Kehormat Tn. Khairudin bin Ahmad Pen. Setiausaha Kehormat Pn. Suliana binti Wan Chik Ybrs. Dr. Normila binti Mohd Bohari Bendahari Kehormat En. Khairuddin bin Saidin Majlis Pesuruhjaya Penolong Pesuruhjaya Negeri Pesuruhjaya Daerah
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH RENDAH KUASA PENGANJUR (Guru Besar) MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN PEMIMPIN UNIT PENGAKAP KANAKKANAK PENGERUSI (Penolong Kanan Kokurikulum) PEMIMPIN UNIT PENGAKAP KANAKKANAK SETIAUSAHA (Pemimpin Unit) PENOLONG PEMIMPIN UNIT DAN PENGAKAP KANAKKANAK BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA AHLI PENGAKAP KANAKKANAK
DASAR KEAGAMAAN Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing Persekutuan tidak mengehadkan hanya satu agama sahaja kepada ahlinya kerana mereka mestilah mengamalkan Rukun Agama masingmasing serta menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan mengamalkan satu agama sahaja, maka pemimpin kumpulan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat sembahyang atau tempat beribadat untuk mereka menunaikan ibadat Pemimpin perlu menyediakan seorang pengawai yang arif tentang rukun agama sebagai pakar rujuk, jika timbul sebarang masalah atau isu Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama dan kepercayaan masing-masing Dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas meliputi semua ahli dalam kumpulan kerana ia menyalahi peraturan atau tegahan dalam rukun agama ahli dalam kumpulan tersebut Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan
PENGURUSAN & PENTADBIRAN KUMPULAN 1. Menubuh Kumpulan Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu Contoh : Kuala Terengganu Ke-18A Kuala Terengganu Ke-18B 2. Bilangan Anggota Sekurang-kurangnya 18 orang Sebanyak-banyaknya 48 orang Jika melebihi 48 orang, anggota perlu dipecahkan kepada dua buah pasukan 3. Pendaftaran Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jeni borang: -Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) -Borang PPM 1A (Pendaftaran anggota) -Borang PPM 1B (Borang Kawalan) -Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin / Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM
PENGURUSAN & PENTADBIRAN KUMPULAN 4. Yuran Pendaftaran Kumpulan / Anggota yang baru perlu didaftarkan dan anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftaran kumpulan dengan PPM Yuran Pendaftaran : -Kumpulan : RM30.00 (setahun) -Ahli Pengakap : RM5.00 (setahun) -Pemimpin / Pen. Pemimpin : RM10.00 (setahun) Kumpulan / Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap Kumpulan yang tak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan / perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya (gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44 – 46 dan 47)) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara Pesuruhjaya daerah maklumkan kepada kuasa penganjur (Sekiranya memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera, Pesuruhjaya daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran)
PENGURUSAN & PENTADBIRAN KUMPULAN 5. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: -Tauliah Sementara (diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua) -Tauliah Tetap (diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain 6. Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan PPM: -Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah -Program Latihan PM untuk pelajar Ting 1 – 3 -Program Latihan PR untuk pelajar Ting 4 – 5 -Program Latihan PK untuk pelajar Ting 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar / Pengetua); Ibu bapa / Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR 7. Pentadbiran Kumpulan Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar / Pengetua) dan pemimpin Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur / ketua pemimpin bagi pihak pelajar Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran Pihak sekolah perlu memiliki / menyediakan satu fail pengakap
PENGURUSAN & PENTADBIRAN KUMPULAN 8. Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol (Pelajar Pengakap) 9. Tugas Majlis Pemimpin Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin Memeriksa stok alatan kumpulan Membuat persediaan mengajar (Program Latihan Mingguan) Memohon surat kebenaran Ibu Bapa / Penjaga (jawapan daripada mereka hendaklah disimpan) 10. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no. kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibu bapa / penjaga Alamat dan no. telefon ibu bapa / penjaga Tarikh lahir Bangsa dan agama Kesihatan / penyakit yang dihadapi dan alergi pemakanan Kecenderungan / Minat
PENGURUSAN & PENTADBIRAN KUMPULAN 11. Rekod-rekod Rekod kehadiran Rekod prestasi Rekod perancangan semester dan mingguan Rekod kewangan Fail surat menyurat Fail minit mesyuarat Laporan aktiviti 12. Bilik Perjumpaan Carta organisasi Gambar-gambar dan poster-poster (lencana / pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan / gajet / ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP Lelaki : baju kemeja berlengan pendek warna kelabu asap, leher cekak musang Perempuan : baju kemeja berlengan panjang warna kelabu asap, leher cekak musang Baju Seluar panjang warna kelabu asap Ukuran “14” – “16” Seluar Warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan ¼ lilitan pita kain rasmi pengakap merah dan berlambang pengakap Forage Cap Berbentuk segi tiga Berwarna biru tua dan terdapat jalur putih dan merah di bahagian tepinya Sekaf Warna hitam, plastik berlogo pengakap Wogel
Kasut canvas hitam dan bertali PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP Wisel dengan tali wisel warna biru tua Hanya boleh dipakai oleh: -Ketua pasukan / ketua sekawan / ketua patrol -Penolong ketua sekawan / patrol Wisel Berkepala gangsa yang mengandungi logo pengakap Malaysia Tali Pinggang Kasut Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap (Lelaki)
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap (Perempuan) Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda & Remaja (Lelaki) Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda & Remaja (Perempuan)
PEMAKAIAN LENCANA Cara Pemakaian Lencana Pengakap Kanak-kanak Lencana Pengakap Kanak-kanak
PEMAKAIAN LENCANA Lencana Pengakap Kanak-kanak Lencana Keahlian Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. Lencana Keahlian Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. Lencana Kemajuan Pengakap – Lencana Keris Gangsa Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu Lencana Kepandaian (Kategori Kegemaran) Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanakkanak – Lencana Keris Gangsa, ahli Pengakap Kanakkanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam kategori kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut
PEMAKAIAN LENCANA Lencana Pengakap Kanak-kanak Lencana Kemajuan Pengakap – Lencana Keris Perak Selang tarikh lulus antara Lencana Keris Gangsa dengan Keris Perak ialah 6 bulan Lencana Kepandaian (Kategori Pengetahuan) Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanakkanak – Lencana Keris Perak, ahli Pengakap Kanakkanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut Lencana Kepandaian (Kategori Perkhidmatan) Setelah lulus Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti lencana tersebut Lencana Kemajuan Pengakap – Lencana Keris Emas Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kategori Pengetahuan dan DUA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu Selang tarikh lulus antara Lencana Keris Perak dengan Keris Emas adalah 6 bulan.
PEMAKAIAN LENCANA Lencana Pengakap Kanak-kanak Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian (SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan), Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Penngakap Negeri) Lencana Pengakap Muda
PEMAKAIAN LENCANA Lencana Pengakap Remaja Lencana Pengakap Kelana
TANDA PANGKAT Epolet Bunga Padi Hak memakai : Penolong Pemimpin Pengakap Epolet 1 Lengkar Hak memakai : Pemimpin Pengakap Epolet 2 Lengkar (Biru Tua) Hak memakai : Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Epolet 2 Lengkar (Ungu) Hak memakai : Penolong Jurulatih
TANDA PANGKAT Epolet 3 Lengkar (Biru Tua) Hak memakai : Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negara Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pesuruhjaya Pengakap Daerah Epolet 3 Lengkar (Ungu) Hak memakai : Setiausaha Latihan Negara Setiausaha Program Negara Jurulatih Epolet 4 Lengkar (Biru Tua) Hak memakai : Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Epolet 4 Lengkar (Ungu) Hak memakai : Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Negara Pesuruhjaya Program Negara
TANDA PANGKAT Epolet 5 Lengkar Hak memakai : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Epolet 6 Lengkar Hak memakai : Ketua Pengakap Negara
Diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3. Lima Prinsip Rukun Negara 4. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 6. Cerita Hutan 7. Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7.Mengetahul cara mengendalikan jaket keselamatan di air.
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan 1.Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. 6. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. A. Kesetiaan Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 1. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. 2. 3.Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 4. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 5. Lencana Keris Gangsa
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. 2. 3.Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain 6. C. Kecekapan 1.Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. 2.Mengetahui cara memanjat tali (tigi talitiak lebih dari 3 meter). Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. 3. Menunjukkan cara yang betul memakai dan nenjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. 4. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini”, “iangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang'. 5. 6.Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaanya. D.Penyertaan Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. 1. 2.Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. Lencana Keris Gangsa
Lencana Keris Gangsa SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. E. Perkhidmatan Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). 1. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log) 2. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencanalencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah: 1.Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). 2. 3.Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 4.Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5.Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). 6.Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 7.Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori,Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-ain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 8. 9.Lain-lain hobi yang sesuai.
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai Siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simmpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 1 buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru ATAU 1. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU 2. 3.Membuat rekaan dari kertas i. Rekan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lainlain. ii. Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowoli”. iii. Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas /burung ajaib (fantasi) dan lain-lain. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
Diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 1. Menyediakan batas yang berukuran 8x 3x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 2. Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 3. Mengetahui dan menunjukan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 4. Tunjukan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa/ ahli keluarga sendiri. 5. Menunjukan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 6. (a) Memelihara / membela dengan jayaПya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ATAU 7. (b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan. 1. Tunjukan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri. 2. i. Musuh tanaman dan pembajan yang sesuai ii. Kesuburan tanah iii. Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK
iv. Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu. v. Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah 3. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:- a.Pemeliharan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara. Pemeliharaan binatang belan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit. b. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih EMPAT (4) sahaja Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak. 1. Melukis pelangi dengan warnanya Serta menamakan tiap-iap warna itu dan satu rajah menunjukan pusingan warna (Colour Wheel). 2. Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukan cara pengandunan wana cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren,bi kundang. biru tua, hijau tua dll. 3. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm. 4. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima porayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kismas dan Hari Wesak. 5. 6.Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:- a. Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kola), yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia.
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK b. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj. topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. c. Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan,ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. 7. Menunjukan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis. Diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pilih EMPAT (4) sahaja Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : 1. i. Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. ii. Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. iii. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). iv. Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. v. Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / inggeris / Bahasa ibunda. 2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacan, dilahami serta berkesan. 3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 4. Boleh menerjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkatan
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 5. Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. 6. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri 1 dan kata-kata baru yang dipelajari. 7. Menjadi ahli perpustakan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. Diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih LIMA (5) sahaja 1.Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berkut :- i. Lagu kanak-калак, jeaka, asli dan patun ii. Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat sepeti Rasa Sayang' atau lagu asing iii. Lagu Tarían Asli. iv. Lagu Pengakap. 2. Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu. 3. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kапакkanak. 4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 5. Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6. Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. 7. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing. kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodían, loceng rekoder dan serunai.
Lencana Keris Perak SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan Mengetahui nama penuh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.YM.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 1. 2.Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3.Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2.Mengetahui faedah senaman. 3.Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. 4. C. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan (Buka Barisan & Tutup Barisan) 1. Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta Kegunaannya. 2. 3.Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. D. Penyertaan 1.Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat hususnya. Mengetahui cara tumbuhan mendapalkan makanan serta cara menyimpan makanan. 2. 3.Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang sling/ kad telefon ketika mendail dan faham mengunakan Buku Panduan Telefon, 4.
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya Mengetahui apakah MSSD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-Kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. 1. 2.Mengetahui jenis makanan vang membina kesihatan untuk bersukan. 3.Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan: i. Lari 100 meter 20 saat ii. Lari 200 meter 50 saat iii. Lompat tinggi 0.8 meter iv. Lontar peluru 6 paun 5 meter Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini. Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, pingpong, bola baling dan bola jaring. 1. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. 2. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. 3. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya. 4. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 5. 6.Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.
Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar; elektro magnet dan sebagainya. Pilih EMPAT (4) sahaja 1.Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. 2.Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran eiektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 3. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 4. 5.Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin Membuat elektro - magnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi. 6. 7.Membuat arus elektik yang mudah didapati dari bateri. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 8. 9.Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Pilih TIGA (3) sahaja Menyimpan catatan harian berkeПan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : 1. i. Tumbuh-tumbuhan ii. Kehidupan burung iii. Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai iv. Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar v. Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga vi. Kawan dan musuh pokook tanaman di kebun vii. Pokok pakis rumput-rampai lain-lain
2. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Капак-kanak boleh membicarakan perhatianya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja): i. Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepi tasik; ATAU ii. Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya iii. Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah a. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadan tumbuhan dan alam sekitar teribat dengan cuaca. b. Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli PengakapKaПak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA (3) sahaja Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. 1. ATAU Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta, (jalan raya, jambatan, jalan kereta api, bangunan, sungai dan tali air, tumbuhan) 1. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. 2. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain. 3. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. 4.
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. Pilih TIGA (3) sahaja 1.Jawab satu sahaja dari (a), (b) dan (c) a. Menyatakan kepada Penilal / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan "Alam Sekitar" b. Apakah yang dikatakan"Kitaran Oksigen' (Oxygen Circle)? c. Menyatakan apakah yang dikatakan "Kitaran Air~ (Water Circle). 2. Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galían) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia. 3. Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi 4. Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai / Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temui (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, repilia, burung / unggas dan moluska. 5. Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patro! Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya. 6. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu ; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam di tempat sendiri. 7. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. 8. Buat buku skrap mengenai SATU daripada perkara berikut: i. Pembuangan bahan sisa kilang ii. Pembuangan Sampah sarap iii. Pembuangan bangkal iv. Pembuangan atau tumpahan minyak (Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan)
9. Mengambil bahagian dalam SATU aktiviti berikut i. Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. ii. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. 10. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan. 11. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan i. Bagi diri sendiri ii. Bagi keluarga iii. Bagi masyarakat SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. Pilih LIMA (5) sahaja Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung: membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, alas kaki, bekalan peribadi, lain-laín alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan. 1. Mengambil bahagian dalam pengembaran jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanak-kanak. 2. Menghidupkan api di luar / di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang djumpai dan membuat minuman panas. 3. Merintis jalan ke satu tempat yahg jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah. 4. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 5. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari. 6. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki. 7.