The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Autumn Class Agenda Presentation In Colorful Playful Style (4)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingqiaoer0117, 2023-12-15 04:15:37

akademik

Autumn Class Agenda Presentation In Colorful Playful Style (4)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2023 SEMESTER 1 TAHUN 1 TUGASAN 2: BUKU SKRAP INTERAKTIF Nama Pelajar : TING QIAO ER Angka Giliran : 2023312310094 No. Kad Pengenalan : 050117130606 Kumpulan/Unit : PJ 1623 Kod Kursus : GWCP1042 Nama Kursus : Penulisan Akademik Nama Pensyarah : Dr Zalia Binti Abdullah Tarikh Hantar : 30 OKTOBER 2023 Pengakuan Pelajar Saya sudah membaca dan dimaklumkan tentang Pentaksiran Berterusan oleh pensyarah. Tandatangan : Nama : TING QIAO ER Tarikh :


KANDUNGAN Jenis Pergerakan Asas .........................................................................................1 -Konsep pergerakan asas........................................................................................2 -Pergerakan lokomotor ...........................................................................................3-4 -Pergerakan bukan lokomotor ................................................................................ 5-6 -Manipulasi alatan................................................................................................... 7-10 Pendidikan Pergerakan dan Gimnastik Pendidikan Definisi dan konsep pendidikan pergerakan............................................................12 Tema Pergerakan...................................................................................................13 -Kesedaran tubuh badan ........................................................................................14-18 - Kesedaran ruang ..................................................................................................19-23 - Kesedaran masa ..................................................................................................24-29 - Kesedaran perkaitan pelbagai tubuh badan ........................................................30-34 - Kesedaran beban .................................................................................................35-38 - Kesedaran aliran ..................................................................................................39-42


KANDUNGAN -Kesedaran perkaitan dengan orang lain.................................................................43-46 -Kesedaran ritma......................................................................................................47-52 Rujukan.....................................................................................................................59 Tema Ketenteraan....................................................................................................53-58


JENIS PERGERAKAN ASAS Lokomotor Bukan Lokomotor Manipulasi Alat 1 Pergerakan asas adalah penting dalam pembangunan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa dan penjaga boleh mendapat manfaat daripada pembelajaran kepentingan corak pembangunan fizikal untuk menyokong kanak-kanak kerana mereka belajar untuk bergerak dan mengembangkan kebolehan fizikal. Penglibatan kanak-kanak dalam kesemua jenis pergerakan asas adalah amat penting bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan mereka dalam sesuatu jenis kemahiran sukan dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Terdapat tiga jenis pergerakan asas yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alat. Jadual 1 menunjukkan jenis pergerakan asas. Jadual 1 : Jenis pergerakan asas.


KONSEP PERGERAKAN ASAS Konsep pergerakan merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu mengadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yang lebih spesifik dan kompleks. Pergerakan didefinisikan sebagai sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang dan seterusnya menyebabkan berubah kedudukan atau kekal di tempat yang sama. Howton (2010), menjelaskan melalui asas latihan pergerakan yang betul, proses pembelajaran kemahiran pelajar akan menjadi lebih cepat dan berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan pergerakan memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan potensi diri pelajar dalam melakukan pelbagai corak pergerakan fizikal sesebuah kemahiran dalam aktiviti harian dan sukan. Selain itu, latihan asas pergerakan dalam kalangan pelajar akan membantu meningkatkan proses penguasaan kemahiran sesebuah kemahiran dalam sukan. Asas pergerakan terdiri daripada pergerakan asas seperti berlari, berjalan, melompat dan mengawal badan. Pergerakan yang lebih kompleks adalah hasil daripada gabungan beberapa pergerakan asas ini. Sesebuah pergerakan yang efisen akan dapat membantu menjimatkan pengguna tenaga seseorang individu. Secara umumnya pergerakan terbahagi kepada beberapa jenis pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulatif alat (Gallahue & Cleland, 2003). 2


PERGERAKAN LOKOMOTOR Menurut Mahendra (2017), pengertian gerakan lokomotor adalah gerakkan yang menyebabkan terjadinya perpindahan tempat atau keterampilan yang digunakan memindahkan tubuh dari satu tempat ke tempat lainya. Selain itu, Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. 3


Berlari Melonjak Melompat Berjalan Rajah 1 : contoh pergerakan lokomotor 4


PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Menurut Domelly & Gallahue (2003), pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Selain itu, pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Di samping itu, pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Contoh pergerakan bukan lokomotor termasuklah meregang, mengilas, membongkok, memusing dan sebagainya. 5


RAJAH 2 : CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 6


MANIPULASI ALATAN 7


8 Manipulasi alatan merupakan keupayaan individu untuk mengendalikan objek dengan kawalan yang sesuai dan kelajuan pergerakan yang diperlukan oleh sesuatu pergerakan. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tangan, mata dan lain-lain. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan komposisi. lanya adalah melibatkan penggunaan terkawal tangan dan kaki dicerminkan dalam pergerakan manipulatif. Rajah 3 di bawah menjelaskan contoh-contoh kemahiran manipulasi alat.


9 Melambung dan menangkap bola. Membaling pundi kacang. Rajah 3 : contoh kemahiran manipulasi alatan.


Bola RAJAH 4 : CONTOH MANIPULASI ALAT 10 Lompat tali gelung reben


PENDIDIKAN PERGERAKAN 11


Definisi pendidikan pergerakan Apakah pendidikan pergerakan ? 12 Pendidikan pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani. Pendidikan pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini.


Tema pergerakan Kesedaran tubuh badan Kesedaran ruang Kesedaran masa Kesedaran perkaitan pelbagai tubuh badan Kesedaran perkaitan dengan orang lain Kesedaran aliran Kesedaran beban Kesedaran ritma 13


Tema1: Kesedaran tubuh badan Tema kesedaran tubuh badan memberi peluang kepada seseorang individu untuk mengenali bahagianbahagian tubuh badan dan mengawal segala pergerakan. Contoh aktiviti termasuklah berjalan, berlari, berjalan secara melutut dan sebagainya. 14


a. Bergerak secara sentuhan berselang Cara pergerakan ini adalah bergerak dengan bahagian tubuh badan dan menyentuh lantai berselang kali seperti berjalan, berlari dan merangkak. Gambar rajah 5 menunjukkan pergerakan sentuhan berselang. 15 Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan Rajah 5: Sentuhan berselang.


b. Bergerak secara sentuhan selalu Cara pergerakan ini adalah bergerak dengan bahagian tubuh badan dan sentiasa menyentuh lantai seperti gulingan, pergerakan menolak dan pergerakan menarik. Gambar rajah 6 menunjukkan pergerakan secara sentuhan selalu. 16 Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan Rajah 6 : Sentuhan selalu.


c. Bergerak tanpa sentuhan seketika Pergerakan ini adalah bergerak dengan keseluruhan tubuh badan berada seketika di udara seperti lompatan dan layangan. Gambar rajah 7 menunjukkan individu bergerak tanpa sentuhan seketika dan berada di udara sementara. 17 Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan Rajah 7: Pergerakan sentuhan seketika.


d. Menyokong badan pada bahagian tubuh badan Pergerakan ini dapat menyokong beban di atas satu atau lebih bahagian tubuh badan seperti imbangan. Sokongan boleh dilakukan secara stabil atau tidak stabil. Gambar rajah 8 menunjukkan pergerakan yang menyokong badan pada bahagian tubuh badan seperti tangan, kaki dan lain-lain. 18 Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan Rajah 8: Sokongan Beban


Tema 2 : Kesedaran ruang Ruang adalah kawasan atau persekitaran yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kesedaran ruang boleh dibahagikan dua, iaitu ruang diri dan ruang am. i. Ruang diri Ruang diri merupakan ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan ii. Ruang am Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. 19


Tema 2 : Kesedaran ruang Pergerakan dalam kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Sebagai contoh, di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain itu, pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Di dalam hal ini, semua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot. a. Bergerak pelbagai cara dengan menggunakan ruang am 20 Rajah 9 : Bergerak pelbagai cara dengan menggunakan ruang am.


Tema 2 : Kesedaran ruang Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri 21 Rajah 10 : Membuat pergerakan menggunakan ruang diri


Bergerak menggunakan pelbagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. la boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan. c. Bergerak menggunakan pelbagai aras 22 Tema 2 : Kesedaran ruang Rajah 11 : Melakukan pergerakan menggunkan pelbagai aras.


Tema 2 : Kesedaran ruang Dalam bergerak menggunakan pelbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak. d. Bergerak menggunakan pelbagai arah 23 Rajah 13 : Melakukan pergerakan menggunkan pelbagai arah.


Tema 3 : Kesedaran masa Tema ini memfokuskan tentang kawalan masa dalam melakukan sesuatu pergerakan. Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan berkait rapat dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alatan. Kesedaran masa mempunyai perkaitan dengan tubuh badan, beban, aliran dan ritma. Berikut adalah sub tema berdasarkan kemahiran pergerakan: 24


Tema 3 :Kesedaran Masa a. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Pergerakan dijalankan dengan menggunakan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, sertamerta dan kawal-lambat. Gambar rajah 14 menunjukkan berjalan dengan cepat. Gambar rajah 15 menunjukkan berdiri tegak dan berjalan dengan lambat. Seterusnya, gambar rajah 16 menunjukkan berjalan dengan lambat dan berubah ke serta-merta. Rajah 14 : Berjalan dengan cepat. Rajah 15 : Berdiri tegak dan berjalan dengan lambat. Rajah 16 : Berjalan dengan lambat dan berubah ke serta-merta. 25


b. Bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai Dalam sub tema berdasarkan kemahiran pergerakan iaitu bergerak dengan memilih kelajuan yang sesuai, para guru harus memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat dan kemampuan pelajar. Rajah 17 menunjukkan pergerakan yang dilakukan dalam pelbagai kelajuan yang sesuai. 1 Tema 3 :Kesedaran Masa Rajah 17 : Bergerak dengan pelbagai kelajuan yang sesuai. 26


c. Bergerak dengan mengawal kelajuan Bergerak dengan mengawal kelajuan bermaksud pergerakan dilakukan dengan mengawal kelajuan sama ada secara pantas atau lambat. Rajah 18 menunjukkan individu mengawal kelajuan apabila membuat gulingan depan. Tema 3 :Kesedaran Masa Rajah 18 : Bergerak dengan mengawal kelajuan. 27


Pelajar dikehendaki melakukan pergerakan tubuh badan bagi mengenal pasti kelajuan yang bersesuaian untuk setiap pergerakan. Bahagian tubuh badan seperti tangan, kaki, bahu dan punggung digerakkan untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza seperti cepat, lambat, serta-merta dan kawal-lambat. Rajah 19 mengaplikasikan pemilihan kelajuan yang sesuai dalam perlakuan dirian tangan. d. Menggerakan bahagian tubuh badan untuk memilih kelajuan yang sesuai 28 Tema 3 :Kesedaran Masa Rajah 19 : Mengaplikasikan pemilihan kelajuan yang sesuai dalam perlakuan dirian tangan.


Beberapa pergerakan dilakukan dengan menerapkan dua atau lebih aspek masa seperti cepat, lambat, serta-merta, dan kawal lambat. Rajah 20 menunjukkan rangkaian pergerakan dengan penggabungan aspek masa iaitu cepat, lambat, serta- merta dan kawal-lambat. e. Merungkai pergerakan dengan menggunakan dua atau lebih aspek masa 29 Tema 3 :Kesedaran Masa Rajah 20 : Rangkaian pergerakan dengan penggabungan aspek masa (cepat, lambat, sertamerta dan kawal-lambat).


Tema 4 : Kesedaran Perkaitan Pelbagai Tubuh Badan Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna perhubungan satu bahagian tubuh badan dengan bahagian badan yang lain atau perhubungan tubuh badan dengan objek seperti lantai atau alatan. Lakuan perkaitan pergerakan adalah seperti sokongan badan, bahagian tubuh badan yang mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan. 30


a. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara bahagian badan yang lain. Individu bergerak dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian tubuh badan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang lain untuk melengkapkan sesuatu pergerakan. Rajah 21 menunjukkan individu menggunakan lebih daripada satu bahagaian tubuh badan iaitu tangan dan kaki semasa melakukan pergerakan putaran roda. 31 Tema 4 : Kesedaran Perkaitan Pelbagai Tubuh Badan Rajah 21 : Perkaitan bahagaian tubuh badan semasa melakukan pergerakan putaran roda.


b. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan Seseorang bergerak pelbagai cara bersesuaian dengan pelbagai jenis alatan seperti melompat, melintas kayu yang diletakkan atas skitel dan lain-lain. Pergerakan perlu disesuaikan dengan alatan. Rajah 22 menunjukkan individu melompat dekam dengan menggunakan bangku gimnastik. 32 Tema 4 : Kesedaran Perkaitan Pelbagai Tubuh Badan Rajah 22 : Perkaitan tubuh badan dengan alatan.


c. Menyokong badan di atas satu tapak sambil mengerakkan bahagian tubuh badan yang lain untuk mendapatkan kestabilan Seseorang membuat imbangan badan di atas tapak yang stabil seperti di atas satu atau dua tapak kaki, lutut, tapak tangan, atau punggung, Tapak yang stabil menentukan pembentukan terkawal dan kekal supaya lakuan kemas dan licin. Rajah 23 menunjukkan menyokong badan semasa dirian tangan untuk kestabilan. 33 Tema 4 : Kesedaran Perkaitan Pelbagai Tubuh Badan Rajah 23 : Menyokong badan semasa dirian tangan untuk kestabilan.


d. Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan menggunakan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke tapak imbangan yang lain seperti dari sokongan punggung ke bahu atau tangan. Semasa mengalih beban, bahagian tubuh badan yang sesuai hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan. Rajah 24 menunjukkan seseorang mengalih beban untuk mendahului pergerakan semasa kemahiran gulingan ke belakang. 34 Tema 4 : Kesedaran Perkaitan Pelbagai Tubuh Badan Rajah 24 : Mengalih beban untuk mendahului pergerakan semasa kemahiran gulingan ke belakang.


Tema 5 : Kesedaran Beban 35 Tema kesedaran beban bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. Melalui tema ini guru harus memberikan senario dan tugas kepada pelajar untuk pelajar memahami tema ini dengan lebih baik.


Tema 5 : Kesedaran Beban a. Bergerak pelbagai cara dan membeku Pergerakan dilakukan secara lokomotor. Setiap pergerakan menggambarkan beberapa kualiti beban seperti tegap, kuat, tegang, lembut, rengan dan tenang. Kualiti menegang dan mengendur dapat dilihat semasa membeku. Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing. Rajah 25 menunjukkan pergerakan dijalankan dengan berbagai-bagai cara dan membeku. 36 Rajah 25 : Bergerak berbagai cara dan membeku.


Pergerakan dilakukan dengan berbagai-bagai cara dengan menggunakan daya dan kawalan otot yang berbeza seperti berat dan ringan. Individu boleh mempelbagaikan pergerakan dengan bergerak menggunkan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot. Rajah 26 menunjukkan pererakan dijalankan kualiti berat dan ringan. b. Bergerak pelbagai cara dengan kualiti berat dan ringan 37 Tema 5 : Kesedaran Beban Rajah 26 : Bergerak dengan kualiti berat dan ringan.


c. Merangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan kualiti berat dan ringan tanpa atau dengan alatan Rajah 27 : Rangkaian pergerakan tanpa alatan. Pergerakan ini menggabungkan semua pergerakan di atas sama ada menggunakan alatan atau tanpa alatan. Individu merangkaikan beberapa pergerakan yang menggunakan lebih atau kurang daya dan kekuatan otot tanpa alatan atau dengan alatan. Semasa melakukan aktiviti ini, pelajar akan merangkaikan beberapa pergerakkan secara berterusan dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian dan kelicinan pergerakan. Selain itu, individu haruslah memastikan rangkaian pergerakan dilakukan dengan cekap dan berkesan sambil menggunakan ruang dan alatan secara maksimum. 38 Tema 5 : Kesedaran Beban


Kesedaran aliran adalah cara individu melakukan beberapa pergerakan yang dirangkai secara berterusan dan lancar. Dalam melakukan pergerakan kesedaran aliran, individu perlu memilih rangkaian pergerakan yang tersusun dan memastikan bahawa pergerakan yang dibuat mempunyai kelicinan pergerakan tanpa tersekat-sekat atau terhenti. Berdasarkan tema ini, terdapat tiga jenis rangkaian pergerakan iaitu secara bebas, terikat dan bebas serta terikat. Tema 6 : Kesedaran Aliran 39


Tema 6 :Kesedaran Aliran a. Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas Rangkaian pergerakan secara aliran bebas merupakan pencantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara licin, lancar dan berterusan tanpa berhenti. Rajah 28 menunjukkan rangkaian aliran bebas. 40 Rajah 28 : Aliran bebas


b. Merangkaikan pergerakan secara aliran terikat Rangkaian pergerakan secara aliran terikat adalah satu rangkaian pergerakan yang terkawal. Pelaku boleh berhenti seketika pada tempat tertentu dalam rangkaian pergerakan dengan mengekalkan imbangannya. Rangkaian pergerakannya masih licin dan berkoordinasi. Rajah 29 menunjukkan rangkaian aliran terikat. 41 Rajah 29 : Aliran terikat. Tema 6 :Kesedaran Aliran


c. Merangkaikan pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat Pergerakan secara aliran bebas dan aliran terikat digabungkan menjadi rangkaian yang licin, lancar dan berterusan. Gambar rajah 30 menunjukkan kombinasi rangkaian aliran bebas dan aliran terikat. 42 Tema 6 :Kesedaran Aliran Rajah 30 : Rangkaian aliran bebas dan aliran terikat


43 Menurut tema ini, kesedaran memberi peluang kepada seseorang individu melakukan pelbagai pergerakan bersama dengan rakan-rakan. Setiap individu menyesuaikan pergerakan dengan secara berpasangan atau berkumpulan. Perkaitan ini boleh dilakukan dengan tiga cara. Pertama ialah meniru. Pengikut memerhati dan meniru pergerakan ketua. Kedua ialah memadan. Beberapa orang melakukan pergerakan yang sama serentak. Pemilihan pergerakan dan rangkaian ditentu dan dilatih terlebih dahulu. Ketiga ialah lakuan cermin. Pergerakan dilakukan adalah sama seperti lakuan dalam cermin. Berdasarkan tema ini, kesedaran perkaitan dengan orang lain dibahagikan kepada sub tema seperti berikut: TEMA 7 KESEDARAN PERKAITAN DENGAN ORANG LAIN


Pergerakan boleh dilakukan dalam bentuk meniru, mamadan dan lakuan cermin. Rangkaian pergerakan berpasangan boleh dilakukan seperti kanun, berselang-seli dan berturutan. Rajah 31 menunjukkan ketua melakukan pergerakan dan pasangan meniru lakuan tersebut. Setelah mahir, lakukan pergerakan yang sama secara serentak dan melakukan pergerakan secara bertentangan. TEMA 7 : KESEDARAN PERKAITAN DENGAN ORANG LAIN a. Bergerak pelbagai cara dengan pasangan 44 Rajah 31 : Bergerak dengan pasangan.


Seseorang akan melakukan pergerakan ini dengan rakan secara sentuhan badan untuk menyokong, mengimbang dan mengekalkan kedudukan badan. Seseorang tersebut akan melakukan sokongan ke atas badan rakan agar pergerakan dilakukan dengan cara bersentuhan. Pergerakan lain yang boleh dilakukan oleh pasangan masing- masing adalah mengangkat rakan, mengimbangi badan dan pergerakan membelakangkan rakan. Rajah 32 menunjukkan seseorang mendukung rakan dan berjalan sejauh 10 meter ke hadapan. b. Bergerak pelbagai cara dengan rakan secara sentuhan badan 45 TEMA 7 : KESEDARAN PERKAITAN DENGAN ORANG LAIN Rajah 32 :Mendukung rakan dan berjalan sejauh 10 meter ke hadapan.


c. Bergerak pelbagai cara dalam kumpulan 46 TEMA 7 : KESEDARAN PERKAITAN DENGAN ORANG LAIN Bergerak berbagai-bagai cara dalam kumpulan kecil dan kumpulan besar. Pergerakan yang boleh dilakukan ialah secara meniru, mamadan dan lakuan cermin. Gambar rajah 33 menujukkan semua ahli kumpulan bergerak bersama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Rajah 33 : Bergerak dalam kumpulan.


Tema 8 : Kesedaran Ritma Tema ini bertujuan untuk memperkembangkan kesedaran ritma pergerakan. Tumpuan ritma termasuklah masa, beban serta aliran dalam rangkaian pergerakan atau pergerakan yang berulang-ulang. Berdasarkan tema ini, kesedaran ritma dibahagikan kepada sub tema seperti berikut: 47


Click to View FlipBook Version