Setiap pergerakan mempunyai ritma tersendiri. Ritma pergerakan diperolehi semasa tubuh badan bergerak. Ritma yang berlainan boleh dihasilkan dengan melakukan pelbagai pergerakan. Ritma boleh dihasilkan dengan bertepuk tangan, mengetuk lantai dengan kaki, menghitung dan sebagainya. Rajah 34 menujukkan pergerakan dilakukan untuk menghasilkan rentak irama. Tema 8 : Kesedaran Ritma a. Mendapatkan ritma dari berbagai-bagai pergerakan 48
49 Rajah 34 : Ritma dalam pergerakan.
Corak ritma adalah gabungan pelbagai ritma. Corak ritma mempunyai rentak mendatar, tinggi, rendah dan terputus- putus. Rentak ritma boleh dilakukan dengan lembut, perlahan, kuat, cepat, sederhana lambat dan sebagainya. Corak ritma perlu dilakukan berulang-ulang. Gambar rajah 35 di bawah menunkkan rentak irama digunakan untuk menghasilkan rangkaian pergerakan. b. Menggunakan corak ritma untuk melakukan pergerakan 50 Tema 8 : Kesedaran Ritma
51 Rajah 35 : Corak ritma pergerakan.
Aliran pergerakan adalah rangkaian pergerakan yang mempunyai permulaannnn dan penghabisan yang tertentu. Aliran corak ritma hendaklah kemas, licin dan berterusan. Aliran rangkaian pergerakan dihasilkan daripada corak ritma pergerakan yang berulang-ulang. Rajah 36 menunjukkan contoh aliran pergerakan diiringi rentak ritma. c. Menerangkan aliran pergerakan dengan corak ritma 52 Tema 8 : Kesedaran Ritma Rajah 36 : Contoh aliran rangkaian pergerakan.
Tema ketenteraan 53
Kesedaran Ruang Meniarap melibatkan kesedaran ruang am kerana kawasan yang digunakan secara keseluruhan. Tentera boleh meniarap dengan bebas dari satu tempat ke satu tempat lain untuk mengelakkan diri ditemui oleh musuh. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. Gambar rajah 37 adalah meniarap. Meniarap 54 Rajah 37 : Meniarap
Kesedaran perkaitan dengan orang lain Berkawad Kesedaran perkaitan dengan orang lain melibatkan pergerakan secara berkumpulan. Dalam kawad kaki, setiap individu perlu melaksanakan gerakan tertentu secara serentak dengan orang lain. Kesedaran perkaitan dengan orang lain penting untuk memastikan bahawa setiap langkah atau gerakan dilakukan secara seragam dan selaras. Gambar rajah 38 adalah kawad kaki. 55 Rajah 38 : Berkawad.
Kesedaran masa Gulingan depan Kesedaran masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta-merta atau kawal-lambat. Dalam gulingan depan, bahagian tubuh badan seperti tangan, kaki, pinggul perlu digerakkan dengan serentak untuk mendapatkan kelajuan yang cepat dan mendarat dengan stabil. Gambar rajah 39 adalah gulingan depan. Rajah 39 : Gulingan depan 56
Kesedaran beban Tekan tubi melibatkan kesedaran beban. Pergerakan digerak dengan pelbagai cara dengan menggunakan daya dan kekuatan otot yang berbeza mengikut berat dan ringan. Apabila melakukan tekan tubi, bahagian tangan seseorang perlu kuat untuk mengangkat beban badan. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan. Gambar rajah 40 adalah tekan tubi. Tekan tubi 57 Rajah 40 : Tekan tubi.
Kesedaran Perkaitan Pelbagai Tubuh Badan Kesedaran perkaitan pelbagai tubuh badan bermaksud individu bergerak dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh badan. Dalam pergerakan putaran roda, individu perlu menggunakan tangan dan kaki untuk menghasilkan satu pergerakan putaran roda yang sempurna. Gambar rajah 41 adalah putaran roda. Putaran roda 58 Rajah 41 : Putaran roda
Rujukan 59 Aziz, A., & Yasim, M. M. (n.d.). Ritma dan Pergerakan. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/10290266/Ritma_dan_Pergerakan Kassim, S. (n.d.). TEMA 1. KESEDARAN TUBUH BADAN. Www.academia.edu. https://www.academia.edu/5258447/TEMA_1_KESEDARAN_TUBUH_BADAN Pusat Perkembangan Kurikulum, (1997). Buku Panduan Guru: Gimnastik Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ramakrishnan, P. Y. (1998). Pendidikan pergerakan mudah. Shah Alam: Fajar Bakti. Yusof Ismail, (1994). Gimnastik. (edisi ke-4). Shah Alam: Fajar Bakti.
TERIMA KASIH 60