KEMAHIRAN PENGURUSAN SEMASA PERKHEMAHAN
Antara kemahiran pengurusan semasa perkhemahan pula ialah kita haruslah
mengelakkan daripada mendirikan khemah di bawah pokok atau ranting sebagai tujuan
keselamatan kerana berkemungkinan pokok tersebut akan patah seterusnya akan
terkena pada khemah. Kita juga perlu mendirikan khemah di kawasan yang rata,
kawasan yang tinggi serta bersih dan tidak mempunyai tunggul kayu. Hal ini demikian
kerana, kawasan sedemikian akan menjamin keselamatan kita untuk semasa
berkhemah. Sekiranya kita tidak mementingkan aspek keselamatan maka risiko bahaya
akan menimpa dan berlaku serta akan menyusahkan pelbagai pihak. Tambahan juga,
semasa mendirikan khemah kita perlu memastikan bahawa kawasan sekitar tempat
mendirikan khemah tersebut terbuka dan selamat daripada sarang binatang buas dan
berbisa seperti ular, kala jengking, lipan dan sebagainya. Dari aspek pencahayaan pula,
kita hendaklah mendirikan khemah dengan memastikan pintu khemah perlu melawan
arah cahaya matahari agar khemah cahaya matahari tidak terus memasuki khemah.
Manakala dari segi aspek arah angin juga perlu memberi perhatian iaitu deengan
memastikan tiupan angin dapat melalui pintu khemah. Hal ini demikian kerana apabila
tiba pada siang hari maka khemah tersebut akan menjadi sangat panas sehingga dapat
menjadi risiko kemalangan. Akhir sekali, perkara yang perlu dilakukan semasa
perkhemahan ialah sentiasa memastikan khemah kita berada dalam kawasan yang
teduh dan selesa terutama semasa kita berehat di siang hari dan memerlukan
keselesaan pada waktu malam. Kita juga perlu memastikan jadual perkhemahan
dilaksanakan mengikut perancangan. Namun begitu, perancangan boleh diubahsuai jika
berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia
dan lain-lain.
KEMAHIRAN PENGURUSAN SELEPAS PERKHEMAHAN
Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan ialah menurunkan
dan melipatkan khemah serta memastikan khemah tersebut bersih dan diletakkan di
tempat yang sesuai. Hal ini kerana untuk memastikan khemah kita tidak rosak dan dapat
diguna kembali. Selain itu, kita juga perlu memastikan kawasan perkhemahan sentiasa
kemas dan bersih seperti keadaan sebelum datang berkhemah supaya dapat
mengelakkan haiwan yang berbahaya datang ke kawasan perkhemahan untuk mencari
makanan. Bukan itu sahaja, kita juga harus menimbus semua lubang yang telah digali
untuk melakukan aktiviti masakan dan mematikan api. Ini bertujuan supaya lubang
tersebut tidak menjadi sarang kepada haiwan berbisa seperti ular dan bertujuan juga
bagi mengelakkan berlaku kebakaran hutan. Tambahan juga, selepas kita
membersihkan tapak perkhemahan, kita perlu memaklumkan kepada pemilik atau
penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan bertujuan supaya
mereka mengetahui tentang keberadaan dan keberangkatan kita untuk meninggalkan
kawasan tersebut supaya perkara yang tidak diingini berlaku. Di samping itu, ketua
perkhemahan harus mengadakan analisis bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan
dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan bertujuan supaya
memastikan objektif dan matlamat aktivuti ini tercapai. Ahli jawatankuasa yang lain pula
haruslah membuat laporan berkenaan dengan kewangan dan aktiviti agar dapat
melakukan penambahbaikan untuk aktiviti yang akan datang. Akhir sekali, perkara yang
harus dilakukan selepas aktiviti perkhemahan ialah mengedar surat penghargaan
kepada pihak yang terlibat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana
membenarkan membuat aktiviti perkhemahan dan turut memberikan sijil pencapaian
serta penyertaan kepada peserta perkhemahan sebagai penghargaan buat mereka
lantas perlu mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada
masa depan agar aktivti perkhemahan yang akan datang akan mendatangkan objektif
dan matlamat yang tersendiri. Menurut Gass, et al., (2003), menjelaskan orentasi
pengalaman memberi kesan terhadap orang ramai dengan cara yang berbeza.
""
BAHAGIAN
D
BENDERA MALAYSIA &
HURAIAN
Malaysia Perlis Pulau Pinang
Perak
Negeri Sembilan Melaka
Pahang
LAGU NEGERIPAHANG
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan Usia Dull Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman Dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah
Selamatkan
Duli Tuanku Raja Kami
Istiadat Launq Aqunq | Penqakap Kanak-Kanak )
PETUNJUK :
Bandera
Pemimpin pemimpin
K6Na Sekawon
Ketua Sekawnn (Pelupco)
Pengakap Kanak-Kar k
L• Pen Ketua Sekawan
1. Ahela berteriak PEK ! dermaksud P/{K oerhent/. mam dan deugar aranan
seferu'snya dalam keadaan sedi”a).
Akela Derteriak PEK ! PEK ! PEK ! IaIu meIeDarkan kedua tangan se paras bahu
v an g menun ukkan isyarat untuk membentuk bulatan be cil
3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari mengnampir i Akela IaIu
membentuk Dulakan mengelilingi Akera mengikut sekawan. Ahela mendepa tangan
dan PKG pula berpegangan tangan.
4. Akela angkat tangan tinggi sedihit. PICK mengangKat tumiE. Akefa menurunkan
tangan rapat ke peha. PKK segera melep ask an pegangan se sama me reka IaIu
duduk mencangkung rapat man akala tangan berada di sisi luar kedua belah peha
I alu b erteriak AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ”. Sebaik sahaja menyebut BAIK.
pkh terus berdiri dlm keada an se di a men gad ap Akela
5. Petupas dari sekawan bertugas memberi hormat kepa da Akela dan mencabar
samb il berteriak "' KAMU BUAT HABIS BAIK “ ( intona si menyoal ) PKK yang
membalas hormat sambil me njavvab- KAMI BUAT HABIS BAIK "
S . Akela membalas harmat dalam keadaan sedia. PKG lidak IurunI‹an tangan
mereka sehingga Akela lurunkan tangannya dar pasi”si” labi”J‹ hormal ).
• /sf/adat Laung Apung hanya dermu/d daripada Perkdra I - 6 seperti d/ alas.
:fi:elepas °e/esai perFara no. 6. Isliadal Meng/J ar Bender a dilakukan bagi
PPK.
Istiadat Bendera:
a. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu:
(i) Istiadat Mengibarkan Bendera;
(ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK):
(i) Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas
diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas.
(iii) Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam keadaan SEDIA
menghadap bendera kerana baru sahaja selesai melaksanakan Istiadat Laung Agung.
manakala Penolong Pemimpin Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera.
KEADAAN PENOLONG PEMIMPIN BERDIRI DI
BELAKANG TIANG BENDERA
(iv) PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
(v) Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada Sekawan Bertugas akan
berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk
menghadap tiang bendera.
PKK BERTUGAS SEDANG
MENARIK/MENYENTAP TALI BENDERA
(vi) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan
kanan.Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali
bendera ditarik atau disentap.
(vii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!”
sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(viii) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu
menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(ix) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(x) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu
Kebangsaan.
(xi) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP
MALAYSIA!”
(xii) Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK Bertugas akan melangkah
satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiii) PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-
masing dengan menundukkan kepala.
KEADAAN PEK MENGAMINKAN DOA DALAM ISTIADAT
MENGIBARKAN BENDERA
(xiv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan
dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu
langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal.
(xv) Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak
“SENANG DIRI!”
(xvi) Pemimpin/AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada
PEK.
(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK…
SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK):
(i) Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit
Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat
Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.
(iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk
Ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
(iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala
Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
(v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam
keadaan SEDIA.
(vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan
berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi
bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
(vii) Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan.
Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera
ditarik atau disentap.
(viii) Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!”
sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para
pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu
menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap.
(x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(xi) Pemimpin kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan Trup akan menyanyikan Lagu
Kebangsaan.
(xii) Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP
MALAYSIA!”
(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah
satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah
tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan
masingmasing dengan cara menundukkan kepala.
(xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan
dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu
langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal.
(xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak
“SENANG DIRI!”
(xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada
Trup.
(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!”
“KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK):
(i) Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan
pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja
dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi.
(ii) Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas.
(iii) Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk
ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
(iv) Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala
Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
(v) Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam
keadaan SEDIA.
(vi) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan
berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi
bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
(vii) Petugas menaikkan bendera secara perlahan -lahan seiring dengan nyanyian lagu
NEGARAKU hingga ke puncak tiang bendera.
(viii) Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali bendera pada
tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik
hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong
pemimpin pengakap.
(ix) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu
menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta
penolong pemimpin pengakap.
(x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal.
(xi) Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!”
(xiii) Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan
melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan
menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(xiv) PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan
masing -masing dengan cara menundukkan kepala.
(xv) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan
dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu
langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal.
(xvi) Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak
“SENANG DIRI!”
(xvi) Pemimpin memberi nasihat/kata -kata perangsang, taklimat dan lain -lain kepada Trup.
(xvii) Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!”
“KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai.
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (PM/PR/ PK):
(i) Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan Bendera, iaitu:
(a) Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa mengikuti perkhemahan
pengakap; dan
(b) Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau Breakcamp.
(ii) Istiadat Menurunkan Bendera pada sebelah petang dalam aktiviti perkhemahan:
(a) Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua orang petugas yang lengkap
beruniform dan wisel bergerak ke tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan
Bendera. PEK/Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil melakukan aktiviti
tersendiri.
(b) Sebaik-baiknya kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan berkawad ke tiang bendera
agar pergerakan tersebut tampak lebih kemas, teratur dan bersistematik.
(c) Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri di hadapan tiang
manakala petugas kedua akan berdiri di belakang petugas pertama.
(d) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera, manakala petugas di
belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan
tali pada tiang bendera dibuka. Semua PEK/Trup yang mendengar tiupan wisel akan berdiri
tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera sebagai tanda hormat kepada bendera.
(e) Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara perlahan-lahan. Setelah bendera
diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu
diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah.
(f) Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sekali
lagi sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera berakhir dan PEK/Trup kembali
dengan melakukan tugas masing-masing.
(g) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke
belakang untuk melipatkan bendera dalam bentuk segi tiga secara bersamasama.
(k) Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan
tangan kiri dan menyimpan bendera tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada
Sekawan/Patrol yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan Bendera akan
dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir pada sebelah malam.
(iii) Istiadat Menurunkan Bendera setelah selesai perjumpaan atau breakcamp:
(a) Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk melaksanakan tugas
menurunkan bendera, jika satu bendera sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan
jika dua bendera diturunkan.
(b) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu.
Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada
dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol.
(c) Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di tengah -tengah bulatan
laung agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. Jika
PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala
Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera.
(d) Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri
tegak dalam keadaan SEDIA.
(e) Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/PR/PK daripada Sekawan atau
Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan,
PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera.
(f) Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan kemudian berteriak “AP!”
sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup,
pemimpin dan penolong -penolong pemimpin pengakap.
(g) Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu
menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK/Trup, pemimpin dan penolong -penolong pemimpin
pengakap.
(h) Kedua -dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang bendera. Petugas di
hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera dan menurunkan bendera secara
perlahan -lahan.
(i) Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung
Bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua- dua petugas sebelum bendera tersebut
mencecah tanah.
(j) Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang
untuk melipatkan bendera secara bersama -sama.
(k) Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di hadapan akan memegang
bendera tersebut dengan tangan kiri.
(l) Petugas di hadapan akan berteriak “AP!” secara perlahan dan kedua -dua petugas akan
mula bergerak. Petugas di belakang akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala
petugas di hadapan akan akan „kawad selaku terima gaji‟ untuk menyerahkan bendera
tersebut
kepada Pemimpin /AKELA, sama ada di tengah bulatan (PKK) atau di sebelah kiri tiang
bendera (PM/PR/PK) sebelum kembali ke tempat asal.
(m) Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK/PM/PR/PK Bertugas
akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup dan semua yang
hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas.
(n) PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan
masingmasing dengan cara menundukkan kepala.
(o) Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan
dan PEK/Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan
kepala. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal.
(p) Jika UPKK, Pemimpin/AKELA akan „kawad selaku terima gaji‟ untuk menyerahkan
bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke
sebelah kiri tiang bendera.
(q) Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG
DIRI!” Pemimpin / AKELA memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau
rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang meminta Ketua Pemimpin,
Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih untuk memberikan ucapan ringkas dalamistiadat ini).
(r) Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK/Trup…
SEDIA!” “BERSU…RAI!” sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan
aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup bersalam-salaman dengan pemimpin dan
penolongpenolong pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan).
Istiadat Melantik:
a. Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli
Pengakap KanakKanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana.
b. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan lencana keahlian,
skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap.
Prosedur pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut:
(i) Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung Agung
terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakala pemimpin/Akela berdiri di tengah bulatan.
Penolong pemimpin berada di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera).
(ii) Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan,
bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh seorang petugas atau Ketua Sekawan
yang bertugas.
(iii) Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak di
hadapan Pemimpin/Akela. Petugas akan kembali ke tempal asal setelah adik baharu berdiri
di hadapan pemimpin/Akela.
(iv) Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan lalu berdiri di
sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana keahlian, skaf, wogel dan forage cap
mengikut bilangan adik baharu pengakap.
(v) Pemimpin/Akela akan memulakan dialog dengan Adik Baharu:
Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?”
Adik Baharu : “Ya, Akela!”
Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?”
Adik Baharu : “Ya, Akela!”
(vi) Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu.
(vii) Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan berkata,
”Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu
sekarang adalah seorang Pengakap Kanakkanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan
Pengakap Sedunia.”
(viii) Pemimpin/Akela kemudian menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan
memakaikan forage cap kepada Adik Baharu.
(ix) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin/Akela. Adik Baharu
berpusing lalu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik
hormat sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK.
(x) Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada Sekawan.
(xi) Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai
oleh Adik Baharu.
(xii) Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik
akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh
Adik Baharu yang lain.
** Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat Melantik ini.
Istiadat Meningkat Naik:
Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut:
(i) apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda;
(ii) apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan
(iii) ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana.
Prosedur pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik:
(i) PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di
antara satu sama lain.
(ii) Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam
kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan
PM.
(iii) Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup
dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat
Meningkat Naik diadakan.
(iv) Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan
pemisah. PKK yang meningkat naik akan:
(a) bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK;
(b) bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela;
(c) Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK;
(d) PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin
sepanjang berada di dalam PEK;
(e) PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; dan
(f) Akhirnya, Pemimpin /Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah
Dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan
Ketua Patrol yang sedang menunggudalam kawasan PM.
GAMBAR RAJAH SUASANA ISTIADAT MENINGKAT NAIK
(v) Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM:
(a) Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada
Adik Baharu.
(b) Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan
kemudian bersalam dengan beliau;
(c) Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol;
(d) Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli.
(e) Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau „Yell‟ yang berbunyi
“SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima
menjadi ahli PM.
(vi) Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda
Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
PENGENALAN
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan,
sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga
daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu
memberikan perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di
belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam
aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
menteladan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan
yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita
menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau
perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahanatau pengembaraan.
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran
alam semula jadi dan habitatnya;
b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-
Nya; dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna
yang terdapat di muka bumi ini.
iv. Objektif
a. Menggalakkan ahli pengakap untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
b. Mendedahkan ahli pengakap untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi
serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan; dan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli pengakap tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
Pengurusan dan Penjagaan Khemah
Jenis-jenis Khemah:
a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material
nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan,
mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau perkhemahan seperti di
sekolah dan sebagainya.
c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka
khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
e. Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Shelter boleh
melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh
menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
Jenis-jenis Shelter
Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter tertutup pada satu
bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala arah angin.
Phonco Tent
Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri
dan kanan.
One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk
dan nyaman.
Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain dari
memasuki khemah.
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
g. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
Penjagaan Khemah:
a. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan
memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.
b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka.
c. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan
tersebut.
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas selesai
menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap
yang tertinggal.
e. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
f. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan apa
cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
g. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan dengan
khemah.
h. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam khemah
dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya:
1) Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh
dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada
waktu yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan.
2) Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur, meja, rak kasut, alas atau rak
untuk meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang, menara kawalan, dan sebagainya.
a. tiang bendera;
b. pagar;
c. pintu gerbang;
d. papan kenyataan;
e. ampaian;
f. pangkin, tempat duduk dan meja;
g. rak kasut;
h. rak dapur;
i. rak barang; dan
j. lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah).
Tiang bendera
a. Tiang bendera didirikan dengan
menggunakan kayu atau buluh, tali, dan
bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan
untuk membuat tiang bendera. Walau
bagaimanapun, penghasilannya adalah
bergantung kepada sumber bahan yang ada.
b. Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan
dalam aktiviti perkhemahan pengakap. Satu
berupa tiang bendera utama yang didirikan di
hadapan kawasan lapang atau tapak
perhimpunan yang digunakan untuk
mengibarkan bendera Malaysia, bendera
negeri dan bendera pengakap, manakala
satu lagi berupa tiang bendera yang
digunakan untuk mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan
perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
Pagar
a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan
Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau
buluh yang dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau
dihadang dengan tali untuk menjadi pagar.
b. Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang
dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh,
jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter
antara satu pancangan.
c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan
pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
KEDUDUKAN/PLAN PERKHEMAHAN
Pintu gerbang
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada
gajet yang amat penting dibina dalam aktiviti
perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke
dalam kawasan perkhemahan, pintu gerbang
yang baik akan berperanan sebagai pusat
kawalan, di samping sebagai tempat untuk
memasang bendera Sekawan/Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya
bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan
yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak
lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu
gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang
yang didirikan agak besar dan cantik.
Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah:
(i) beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran;
(ii) tali, sama ada rami, jut atau raffia;
(iii) cangkul, parang dan gergaji; dan
(iv) tangga (jika ada).
Papan kenyataan
a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan ahli
Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Sekawan/Patrol dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber
bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada
hujan dan matahari, kreativiti pengakap amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau
perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan bahan lain
yang sesuai.
Ampaian
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan
tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang
terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan.
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu
bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua,sebagai meja
persidangan atau perbincangan Sekawan/ Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan, iaitu
berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet tersebut di
bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.
Rak kasut
a. Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu berukuran
antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan dan ikatan
yang sesuai.
Rak dapur atau tempat memasak
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang paling penting
perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau boleh
juga dibuat dengan berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya digunakan
untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet yang paling ringkas
ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan
yang diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau
buluh, batu bata, dawai, tanah kering, dan kawasan berbukit
Rak barangan dapur
Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet atau rak ini
digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air
atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh
dibuat secara bertingkat-tingkat.
Rak tempat menyimpan makanan
Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam kawasan
khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya tiada pokok
dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan bersama penutup yang
diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang diperlukan
ialah kayu atau buluh, buluh yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastik atau dedaun
kering yang bersesuaian.
Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan kawasan khemah.
Gajet buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas atas seperti gambar
rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan
dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam tenmpat sampah.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:
i. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum
ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di
tempat kejadian.
ii. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan
awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek
sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa
dihantar ke hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i. Tujuan pertolongan cemas:
a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan
dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.
b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat
kejadian.
** Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk
memanggil ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa
keseorangan sehingga bantuan tiba
Prinsip pertolongan cemas:
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i. Anduh
a. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu
anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain
anduh yang baik berukuran satu meter.
c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii) menghenti atau menahan pendarahan;
(iii) menetapkan bahagian yang cedera;
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas;
(v) menutup tempat yang luka atau cedera; dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
d. Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
(a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
(b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling):
(a) menahan pendarahan anggota atas.
(b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iii) Anduh kecil (small sling):
(a) mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b) mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
a. Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan
kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
(a) Mengurangkan kesakitan.
(b) Menggalakkan penyembuhan luka.
(c) Memperbaiki kosmetik kulit.
(d) Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e) Mengawal kontaminasi luka.
(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g) Mengawal pendarahan.
(h) Mengawal kecederaan lanjut.
Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.
Pembalut atau balutan:
(i) Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan
pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu
pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan
pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
(ii) Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu, mengipas dan
pengikat gelung cincin.
(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan
balutan padi.
(iii) Tujuan dan Fungsi Pembalut:
(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
(d) Mengurangkan kesakitan.
(e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.
Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan
membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan
pembebatan dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
Merawat Luka dan Gigitan:
i. Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan
disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
(i) pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.
(ii) pendarahan dalaman (internal):
(a) perut – muntah berdarah;
(b) rahim – tumpah darah;
(c) tali usus – darah pada dubur;
(d) buah pinggang – kencing berdarah;
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan
(b) pendarahan dalam otak.
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(i) Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau
tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii) Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu
yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau
serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke
atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
(iii) Merawat gigitan:
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke
tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua
gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
c. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.
d. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar:
a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius
selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b. Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia
atau arus elektrik.
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d. Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:
Panas kering- Bahan api atau api. Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur
atau puntung rokok.
Geseran- Panas lembab Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak Bahan kimia
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif. Kimia domestik seperti peluntur cat, racun
rumput atau alkali.
Radiasi
-Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet)
-Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Elektrik- Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah. Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua tempat luka sahaja.
f. Tahap kecederaan:
(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia
melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-
merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa
sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah
gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan.
h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan „3B‟:
(a) Burning stop – Padamkan.
(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan „3C‟:
(a) Cool – Sejukkan.
(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau
sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku
renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera
.
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini
terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak;
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas.
iii. Patah:
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya
bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah
berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di
sekeliling tempat yang terlibat.
d. Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia
boleh menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak
dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
Keracunan dan Terseliuh:
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri.
c. Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.
ii. Terseliuh
a) Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus.
b) Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh
(sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-
duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.
c) Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.
d) Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan,sendi
yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari
kedudukan asal.
e) Tanda-tanda ligamen terseliuh:
i. Sakit-sakit.
ii. Bengkak.
iii. Bertambah sakit apabila bergerak.
iv. Pergerakan yang terhad.
f) Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera
dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(iii) Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita
perlu,mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya
pengaliran,oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan
mengoksigenkan darah.
P - Peredaran: Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan
dada.
iii. Cara-caranya:
S - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan
hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika
pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan
mulutnya semasa menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian
ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula
kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang
saluran udara. Cuba sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda
asing daripada tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit
mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum
sesorang pesakit itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat
dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas
rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan…
Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung
mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan
denyutan jantung.
(d) Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara
normal.
IKHTIAR HIDUP
Pengenalan:
i. Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
ii. Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup
atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti
luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang
supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan.
iii. Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
a. kehabisan bekalan makanan dan minuman;
b. ancaman binatang buas;
c. sesat di dalam hutan; dan
d. masalah perlindungan.
iv. Punca wujudnya situasi ikhtiar hidup ialah kelalaian manusia itu sendiri, sama ada di
peringkat perancangan, persiapan ataupun di peringkat pelaksanaan aktiviti. Kurang
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mendorong ke arah wujudnya situasi ikhtiar hidup.
v. Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar
dilaksanakan.
vi. Prinsip ikhtiar hidup:
a. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan. Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui
puncanya, sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar.
Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa
diabaikan.
b. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa
sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan
berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha akan mengundang risiko. Jika
sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha
tersebut tidak menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang dilakukan
semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang
dihadapi.
c. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan
dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan cemas dan
panic serta hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara
terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap
masalah yang sedang dihadapi.
d. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam pasukan atau
kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan kesulitan
dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada kesepatan segala
masalah sukar diatasi.
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Tujuan
1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur
yang ditetapkan.
2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.
3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
Peraturan & Persediaan
1. Kebenaran
• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali
ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan
kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang
yang terdekat dengan kita.
2. Persediaan Alatan
➢ TITIK KAWALAN (Control Point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point”kerana ia tiada penjaga dititik.
➢ PENANDA KAWALAN
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda
yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10M).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
➢ KAD KAWALAN
• Setiap peserta perlu membawa bersamasama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai
bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia
petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa
penamat.
➢
➢ PETA UTAMA
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
➢ KETERANGAN KAWALAN
• Keterangan asas sebagai panduan titiktitik (control description) kawalan berkenaan.
Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai
kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapidalam bentuk
kod/gambar rajah.
➢ LANDASAN
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan
yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin
oleh peserta kemudiannya.
•Tanda yang berkenaan landasan adalah:
1. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi
2. Titik kawalan dengan tanda bulatan
3. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih
4. ‘Leg’ adalah perjalanan di antara 2 titik kawalan
MEMBACA KOMPAS
• Untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat.
Kompas bearing sudut:
Kompas mata angin 16:
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah
yang betul dan tepat.
ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang
hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang
berada di persekitaran.
LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCARI KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT DI ATAS
PETA :
i. letakkan peta di atas permukaan yang rata.
ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya
A dan B.
iii. lukiskan kedudukan arah mata angina utara selata. ini dapat dilakukan dengan
melukis garisan yang selari dengan manamana garisan gred yang berhampiran.
iv. sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.
Aktiviti Penggunaan Kompas:
I. mengenal arah mata angin.
II. mencari arah mata angin.
III. mencari arah kiblat.
IV. praktikal mencari bearing (arah mata angin).
V. latihan di kawasan sekolah.
VI. menggunakan peta.
VII. merintis hutan menggunakan kompas.
VIII. pertandingan mencari bearing di hutan.
IX. mencari harta karun.
X. aktiviti orienteering atau pandu arah.
CONTOH PETA TOPOGRAFI :
MENGESAN TANDA DAN SIMBOL :
1. Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti batu, ranting , anak panah ,
lakaran atas pokok dsb.
2. Pelbagai jenis symbol juga dapat dicipta.
ASAS MASAKAN RIMBA
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap.Aktiviti
seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk
membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa
kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan
belantara.Ada beberapa contoh masakan alternative (masakan hutan) yang boleh digunakan
oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan
makanan, sesat atau kemalangan ringan.
Resipi Pertama - Roti lilit
Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan
buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat
1. Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam.
2. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan.
3. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh.
4.Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas
pada sebatang belahan buluh atau ranting.
5.Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada
mentega, sapukan di atas doh tadi.