6.Kemudian panggang ditepi api yang sederhana sambil dipusing pusingkan supaya semua
bahagian doh masak dengan sempurna.
7.Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang.
Bagaimana hendak menyalakan api ?
Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman
yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting keringsupaya tidak
ditiup angin.
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api:
1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta:
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertingga/
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap
Resipi Kedua - Masak nasi dalam buluh
Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang
muda.
Cara Membuat
1. Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga bersihdan lapik
menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat lemang).
2. Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh
dariketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh.
3. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya
supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan.
4. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga
mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih
yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Resepi Ketiga - Telur Bersalut Tanah Liat
Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.
Cara Membuat
1. Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak terlalu cair.
2. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal.
3. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau
meletupapabila dibakar.
4.Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak.
5.Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.
MEMBUAT PERANGKAP
i. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
a. perangkap atau jerat pelanduk;
b. perangkap atau jerat ayam hutan;
c. perangkap atau jerat hempap dan jerut;
d. perangkap kurungan.
ii. Perangkap atau jerat pelanduk:
a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.
Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
(i) kayu pelentik;
(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
(iii) kayu cabang berbentuk ‟Y‟ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) alas pemijak.
b. Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun
juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.
iii. Perangkap atau jerat ayam hutan:
a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak yang
dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan- bahan yang digunakan ialah:
(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii) dua batang kayu yang bercabang;
(iii) tali pesawat;
(iv) dua batang kayu pelepas;
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan
(vi) beberapa batang kayu pemijak.
b. Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan tersekat
oleh kayu lengkung yang digunakan.
iv. Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang.
Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.
Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
(i) tali pesawat yang cukup kuat danmempunyai panjang yang sesuai;
(ii) umpan;
(iii) tali pemberat tambahan;
(iv) batang kayu penghempap;
(v) dua batang kayu penghalang hadapan;
(vi) dua batang kayu penghalang belakang;
(vii) kayu pesawat;
(viii) dua batang kayu pelepas; dan
(ix) beberapa batang kayu pemijak.
b. Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta
dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan
kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap
serta kayu pemberat tambahan.
v. Perangkap atau jerat kurungan:
a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hiduphidup.
Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang
agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah :
(i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang pintu dan
sebagainya;
(ii) umpan;
(iii) gelang rotan;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) tali pesawat.
b. Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan perangkap
atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan:
Simpul Manuk (Clove hitch):
(i) Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.
(ii) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
(iii) Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian (mudah untuk
membawanya).
(iv) Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit kacang
atau ular.
Simpul Buku Sila (Reef knot):
(i) Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.
(ii) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.
(iii) Mematikan ikatan pada bungkusan.
(iv) Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.
(v) Mengikat khemah yang sudah dilipat.
Simpul Tindih Kasih (Bowline):
(i) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
(ii) Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
(iii) Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat.
(iv) Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan
Simpul Bunga Geti (Sheet Bend):
(i) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz.
(ii) Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.
Ikatan Balak:
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar
supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh
digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)
Simpul Belit Lucut:
(i) Dikenali juga sebagai ikatan bendera kerana digunakan untuk mengikat bendera yang
berlipat pada tiang bendera.
(ii) Juga dikenali sebagai ikatan pencuri kerana digunakan oleh pencuri untuk turun dari
tempat tinggi.
(iii) Sering digunakan untuk menuruni bukit, pokok atau tempat yang tinggi.
JENIS IKATAN
Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya. Kebiasaannya
dalam aktiviti kepengakapan, beberapa ikatan digunakan seperti iakatan seraya, iakatan
serong, ikatan silang gunting dan ikatan lilit balak.
Ikatan Seraya:
(a) Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tetap.
(b) Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit dengan kemas
dan ketat. Dikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan seraya diakhiri dengan simpul
manuk pada kayu/buluh.
Ikatan Serong:
(a) Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dan dalamkeadaan
serong.
(b) Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. Kemudian lilit
secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah di atas. Seterusnya, lilit di
celah-celah silang supaya ikatan tersebut kukuh dan kemas. Ikatan serong ditamatkan
dengan simpul manuk.
Ikatan Lilit Kacang:
(a) Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gajet.
(b) Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang. Kemudian ikat
secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga selesai. Ikatan lilit
kacang ditamatkan dengan simpul manuk.
ASAS KAWAD KAKI
Pengenalan:
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan
dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander).
Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan
berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang
bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu,
kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi,
berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a. Latihan bahasa hukuman/perintah
kawad; dan
b. Latihan pergerakan.
iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:
a. membentuk peribadi individu;
b. menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;
c. menanam perasaan yakin;
d. membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;
e. menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f. menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah tinggi.
v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a. Kawad Statik
b. Kawad Dinamik
c. Kawad Asas
d. Kawad Formasi
e. Kawalan Kehormatan
Bahasa Hukuman Kawad:
i. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.
b. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh
skuad.
c. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat
nyaring oleh komander/pemimpin kawad.
ii. Contoh bahasa hukuman kawad: TINDAKAN
Ingatan
BAHASA HUKUM KAWAD
Bergerak ke kanan bertiga-tiga Harkat/Amaran
Ke kanan … Perbuatan
Pusing
iii. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Masuk Baris;
b. Sedia;
c. Luruskan barisan;
d. Paras;
e. Senang Diri;
f. Rehatkan Diri;
g. Keluar Baris;
h. Pusing ke Kanan;
i. Pusing ke Kiri;
j. Pusing/Menghadap ke Belakang;
k. Pusing/Menghadap ke Hadapan;
l. Kawad Jalan Kaki;
m. Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
n. Bersurai.
KAWAD STATIK DAN DINAMIK
i. Latihan kawad statik dan dinamik
a. Masuk Baris:
(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak
dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
(ii) Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA/DUA/SATU
BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS
DALAM TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA
SAYA MENGADAP.”
“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA ……
GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA ……
GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA
…… GERAK!
Atau
MASUK BARIS …… GERAK!
b. Paraskan Skuad:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN ……
GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan terus
membentuk satu barisan panjang di hadapan pemimpin.)
NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masingmasing secara kuat/nyaring bermula dari sebelah
kanan.)
NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU LANGKAH
KE BELAKANG …… GERAK!
ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI,
DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai
PENANDA KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN,
NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN,
KANAN DAN KIRI …… PUSING!
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT
JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan tengah,
belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)
c. Luruskan Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
KEDUDUKAN LURUSKAN BARISAN
(ii) Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri
rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan
berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan kembali dalam
kedudukan SEDIA.)
d.Senang Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan:
SENANG …… DIRI!
KEDUDUKAN SENANG DIRI DAN REHATKAN DIRI
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
e.Rehatkan Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
(ii) Arahan:
REHATKAN …… DIRI!
f. Sedia:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
BARIS …… SEDIA!
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS …… SEDIA!
g. Buka Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan belakang akan
bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)
h.Tutup Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan belakang akan
bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)
i. Pusing ke Kanan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE
KANAN BERTIGA TIGA
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
j. Pusing ke Kiri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad dalam Kedudukan berada SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
k. Pusing / Menghadap ke Belakang:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada SEDIA.
(ii) Arahan:
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
l. Kawad Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan (bergantung kepada penanda):
DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN KAKI
atau HENTAK KAKI.
(ii) Arahan:
BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik sahaja kaki
kiri skuad mencecah ke tanah.)
n. Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada
perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
(iii) Arahan:
KELUAR …… BARIS!
o. Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau kawad
kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.
(ii) Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR BARIS.)
REKOD SEMAKAN OLEH PENSYARAH PENASIHAT
Bil. PERKARA TARIKH T/TANGAN CATATAN
Format;
BUTIRAN PERIBADI
Lekatkan gambar
lengkap dengan
uniform pengakap
1. Nama : ………………………………………………………………………
2. No. Kad Pengenalan
4. Tarikh Lahir : ……………………......... 3. Angka Giliran : …………............
5. Unit
7. Nama Mentor : …………………………..
8. Alamat Rumah
: ………….(Ambilan …………..) 6. Semester : ………...
: ……………………………….
: ……………………………………………………………………..
9. Alamat di IPG No. Telefon : …………………….. No. H/P : ……………………
: ……………………………………………………………………..
No. Telefon : ……………………. No. H/P : ……………………
10. Nama Pensyarah : i. …………………………………………………
Penasihat ii. …………………………………………………
iii. …………………………………………………
iv. ………………………………………………..
11.Pengalaman dalam Pengakap atau Unit Beruniform lain :
i. Di sekolah : ……………………………….
ii. Di Universiti : ………………………………..
12. Kursus/Aktiviti Pengakap yang pernah dihadiri :
i. ………………………………………………
ii. ………………………………………………
13. Kursus Kepimpinan Manikayu yang telah diikuti :
KURSUS
Tarikh
Tempat
No. Kursus
/ No. Sijil
“ Sekali Berpengakap…..Terus Berpengakap”