bangsa biadap untuk mengkritik kebiadapan penguasa melacurkan keadilan
Ayuh mahasiswa!, lakar perjuangan dengan cara zamanmu
Tiada lain nasibmu pada masa depanmu bermula melainkan
kamu istiqamah dengan perjuanganmu.
Mahasiswa Sosialis dan Tiga Darma
Sosialisme suatu cara memperjuangkan kemerdekaan dan kedewasaan manusia
yaitu bebas dari penindasan dan penghisapan serta penghinaan oleh manusia
terhadap manusia – Sutan Sjahrir
Jiwa berhaluan kiri; sosialis-marxis-anarkis seakan-akan sudah bersatu dalam
gerakan indie di negara kita melalui gerakan persuratan, kumpulan diskusi dan
berkebajikan. Sekitar awal tahun 2000 dahulu, Universiti Bangsar Utama (UBU)
antara gerakan anak muda aliran kiri yang aktif berdiskusi. UBU dimentori oleh
lagenda mahasiswa sosialis, Hishamuddin Rais. UBU menganjurkan Diskusi Teh
Tarik sebagai medan lontaran idea.
Politik adalah fitrah manusia. Sebagai anak muda dan berpendidikan, mahasiswa
mempunyai semangat berkobar-kobar untuk berjuang dan bersifat kritikal yang
mahu diluahkan dalam penulisan, forum, debat dan demonstrasi. Bagi
mengelakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam parti politik, pihak
universiti menubuhkan Current Affair Club iaitu kelab perbincangan politik.
Dalam kelab perbincangan ini digalakkan perbezaan pendapat. Kritikan dan
perbezaan dalam memberi pendapat akan memugarkan demokrasi yang
berasaskan kebebasan bersuara dan pengetahuan hak asasi manusia. Secara
idealnya, kezahiran Kelab Sosialis boleh mempertingkatkan kesedaran politik di
kalangan mahasiswa tetapi momentum kesedaran politik masih terhad pada
lingkaran mahasiswa berjiwa kiri sahaja.
Kewujudan arena politik kampus mewujudkan fenomena persaingan dalam
mencari pengaruh demi kepentingan pertubuhan mahasiswa yang diwakili.
Menurut Maurice Duverger, proses ini dikenali sebagai ideological
51
decentalization. Penyebaran ideologi merangsang suasana diskusi, persaingan
intelektual, perdebatan dan kemahiran berpolitik.
Kelab Sosialis Universiti Malaya (KSUM) ditubuhkan dalam bulan Disember 1967.
KSUM berjuang mengikut landasan sosialisme yang cukup politikal yang berpunca
daripada isu-isu yang dibangkitkan dalam pamplet, akhbar, forum dan sudut
pidato. KSUM dan PBMUM antara persatuan mahasiswa yang tidak bernaung di
bawah PMUM. KSUM bergerak aktif dengan menyalurkan kepimpinan mereka ke
dalam PBMUM dan PMUM.
KSUM menentang imperialis Barat dan kapitalis serta para penyokong kedua-dua
entiti ini. Mereka bercita-cita menubuhkan masyarakat dinamik dan tanpa
penindasan. Sesiapa yang menentang mereka adalah golongan reactionary,
feudal dan pro kapitalis.
Sekitar tahun 1968, terdapat sebuah ranting Parti Rakyat yang digerakkan dalam
kawasan Pantai. Dua orang mahasiswa yang aktif dalam Parti Rakyat ketika itu
ialah Rustam Sani dan Syed Hamid Ali.
Dalam bulan Disember 1968, berlaku krisis dalam PMUM apabila Majlis PMUM ke
10 terpaksa dibubarkan kerana penentangan sesetengah anggota terhadap
pengaruh sosialis dalam PMUM. SUA PMUM, Syed Hamid Ali telah dituduh
memperalatkan PMUM sebagai alat parti politik. Dalam pemilihan semula,
kelompok sosialis berjaya merampas kekuasaan Majlis PMUM. Syed Hamid Ali,
Khong Kim Hong, Justin Chang dan Choong Lai Huat berjaya dipilih semula.
Kemuncak kejayaan mahasiswa sosialis ialah gerakan anti Tunku Abdul Rahman
dan penglibatan dalam pilihanraya tahun 1969. Sejak tahun 1972, pengaruh Kelab
Sosialis semakin dicabar. Kedudukan Kelab Sosialis UM semakin tercabar apabila
mereka kalah dalam perebutan kuasa dalam PKPM. Setiausaha Agung PKPM,
Hishamuddin Rais telah digulingkan.
Pada tahun 1973, mahasiswa sosialis bangkit dalam demonstrasi Anti Amerika,
demonstrasi Tasek Utara, rampasan kuasa Universiti malaya dan kemuncaknya,
Demonstrasi Baling.
52
Di USM, gerakan mahasiswa sosialis sangat berpengaruh. mereka menguasai
PMUSM. Antara pimpinan yang aktif dalam kelompok sosialis ialah Mansor
Osman, Fatimah Sham, Ka Ching dan Farid Arifin. Mereka juga mendapat
sokongan pensyarah seperti Koh Tsu Koon.
Menurut Fatimah Busu, Presiden Persatuan Bahasa Melayu USM (1974) kelompok
mahasiswa sosialis di USM melancarkan satu doktrin yang dikenali sebagai ‘Tiga
Darma’; Mengkritik, Mengintegrasi dan Mengkaji. Mengkritik satu pendekatan
popular oleh sosialis untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan yang cenderung
mengamalkan dasar kapitalisme dalam ekonomi.
Mengintegrasi suatu pendekatan agar mahasiswa bersatu tanpa mengira apa
anutan agama, perkauman dan ras. Pendekatan mengkaji pula ialah usaha
berterusan untuk menyelidik fakta-fakta kebenaran dan mendedahkan ia kepada
orang ramai.
Fatimah Sham Hamid Tuah, Presiden PMUSM pernah berdiri di atas tangga Pusat
KANITA USM dan bercakap kepada kami mengenai tiga darma. Beliau bertanya
kepada mahasiswa “adakah kita tahu tujuan masuk universiti. Bukan hanya
belajar tetapi kena tahu doktrin tiga darma itulah”.
Di USM, sudut pidato yang menarik ialah di bawah pokok depan Bank Bumiputra.
Kesan bahang pemberontakan Hamid Tuah itu turut menjalar ke USM juga. Anak
beliau, Fatimah Sham Hamid Tuah langsung membuat satu pergerakan besar-
besaran di daerah utara. Ketika itu politik sosialis mendominasi ‘student union’
ataupun PMUSM.
Selepas tahun 1974, pengaruh gerakan mahasiswa sosialis semakin luntur ekoran
beberapa faktor. Antaranya, pemimpin utama yang tamat pengajian, ditangkap
dan melarikan diri, pelaksanaan AUKU 1975 yang mengekang gerakan mahasiswa,
kelemahan pengkaderan dan peningkatan kesedaran Islam.
Gerakan mahasiswa sosialis menjadi gerakan pinggiran, anarki dan bersifat indie.
Kumpulan ditubuhkan berskala kecil dan tidak berpengaruh dalam kalangan
mahasiswa.
Sumber
53
Tulisan Ali Amir Bukhari
Tulisan Muhammad Abu Bakar
Tulisan Hassan Karim dan Siti Nor Hamid Tuah
Gerakan Mahasiswa dan Peristiwa 13 Mei
Muda itu melawan, itu biasa
Muda tak melawan, itu luar biasa - Khalil Jibril
PBMUM mengadakan sidang tergempar pada 11 Julai 1969 telah meletakkan
kesalahan dibahu pucuk pimpinan negara ekoran peristiwa hitam itu dengan
meluluskan undi tidak percaya terhadap Tunku. PBMUM bersama kumpulan anti
Tunku telah menyatakan kegagalan Tunku melalui pelbagai wasilah seperti
memasang banner, mengedar surat layang dan Berita PBMUM. Penemuan banner
yang tergantung di Masjid ar Rahman dengan slogan ‘Regim Tengku Imperialis
dan Feudalis’ dan ‘Tengku, berhentilah’ pada 17 Julai 1969 mengecewakan hati
Tunku.
Pada peringkat awal PMUM tidak terlibat dalam pertikaian pihak mahasiswa
dengan Tunku tetapi Tunku telah menuduh Presiden PMUM, Syed Hamid Ali
terlibat dalam menguruskan perarakan mayat pemuda Cina yang ditembak oleh
polis di Kepong. Syed Hamid Ali menyangkal tuduhan Tunku Abdul Rahman dan
mengajak Tunku berdebat.
Kerajaan telah mula mengendurkan keadaan dengan mengubah kenyataan
daripada mengurus perarakan kepada bersama-sama berada di balai polis untuk
meminta kebenaran. Syed Hamid menjelaskan beliau hanya jurubahasa antara
penganjur dengan polis.
Pada 28 Ogos 1969, mahasiswa mengadakan sudut pidato yang ditaja oleh
PBMUM sempena Konferensi Internasional Mengenai Drama dan Muzik
Tradisonal telah mengutuk Tunku. Seramai 1000 orang mahasiswa berarak ke
Dewan Tunku Canselor dan bertembung pasukan FRU yang telah menembak 10
das gas pemedih mata. Mahasiswa tidak berpuashati telah mendakwa pihak polis
mencabul hak autonomi universiti.
54
Pada 29 Ogos 1969, demonstrasi diadakan bagi mendesak agar hak autonomi
dikekalkan telah dihadiri 1000 orang mahasiswa di sudut pidato. Pada malam hari
tersebut, polis menahan Naib YDP PBMUM, Hanafiah Ishak, Aziz Deraman
(Setiausaha Penerbitan PBMUM), Yusuf Embi (ahli PBMUM) dan Syed Hamid
dibawah Undang-Undang Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah 1969.
Pada 2 September 1969, mahasiswa tersebut dibebaskan setelah perbincangan
diadakan antara wakil pihak mahasiswa dengan kerajaan dan desakan 10 badan
mahasiswa antarabangsa seperti Federation of United Kingdom and Eire
Malaysian and Singapore Student Organization(FGEMSO).
Pada 27 September 1969, suasana kembali tegang apabila PBMUM mengadakan
sudut pidato di depan perpustakaan yang telah dihadiri oleh 300 orang
mahasiswa. Sudut pidato pada hari tersebut bertujuan membincangkan buku
yang dihasilkan oleh Tunku yang berjudul 13 Mei: Sebelum dan Selepasnya.
Mahasiswa telah membakar buku ini sebagai tanda protes dengan alasan ia
bersifat mitos dan subversif yang menimbulkan sifat perkauman dan satu
tuduhan yang melulu. Menurut Anwar Ibrahim (YDP PBMUM), protes yang
diadakan pada hari itu berikutan tuduhan Tunku dalam buku tersebut adalah
tidak tepat. Tunku meletakkan jawatan pada 22 September 1970 dan diganti oleh
Tun Abdul Razak.
Gimik dan Gerak Perang Saraf
Gerakan mahasiswa tidak memerlukan gimik politik. Pakar ‘perang saraf’ dalam
gerakan mahasiswa perlu dibiuskan daripada membodohkan mahasiswa.
Penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang cuba mencalonkan diri mereka
untuk melawan Dato Seri Abdullah Badawi. Pada pilihanraya umum ke 13, sekali
lagi dengan nama Gerakan Mahasiswa PRU ke 13 (GM13) cuba meletakkan calon
di Pekan, kawasan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak
tetapi membatalkannya pada masa hampir hari penamaan calon.
Pencalonan wakil mahasiswa dalam pilihanraya pernah dalam pilihanraya kecil di
Bentong pada tahun 1989. Shamsuddin Moner, Presiden PMUM mengumumkan
bahawa wakil mahasiswa akan bertanding dalam pilihanraya tersebut. Timbalan
55
Presiden PMUM, Azmi Tajuddin telah dicalonkan. Pada hari penamaan calon,
calon tajaan PMUM itu pun "ghaib".
Sebenarnya, mahasiswa boleh mencalonkan diri mereka sebagai calon pilihanraya
jika undang-undang membenarkan atau melakukan secara sembunyi (melalui
proksi). Persoalannya ialah ke mana keseriusan mahasiswa dalam meletakkan
calon? Gimik murahan apa yang mereka gunakan?.
Kita boleh meneliti pelbagai kes yang pelik bin ajaib berlaku di kampus; pelajar
perempuan diculik; kepala babi dalam surau; conteng dinding fakulti; pelajar
ditikam. Adakah kes sebegini gimik politik atau kes serius?.
Sudah tiba masanya, politik kampus dibersihkan daripada gerakan perang saraf
dan gimik murahan. Gerakan perang saraf dan gimik murahan menghilangkan
politik budiman, nilai, hujah dan ilmu.
Tuan Guru Dato Harun Taib kurang bersetuju jika mahasiswa berdemonstrasi
dalam universiti. Kebersamaan demonstrasi di luar kampus atas sesuatu isu
dibenarkan tetapi demonstrasi di kampus tidak perlu dilakukan. Demonstrasi atas
isu kebersamaan bukannya melibatkan isu kampus. Dalam isu kampus, jadikanlah
demonstrasi sebagai langkah atau pilihan terakhir. Jangan mengimikkan
demonstrasi untuk agenda tertentu.
Dalam kampus, semangat tinggi sepatutnya dicurahkan dalam aktiviti keilmuan
dan kepimpinan sederhana bukannya kepimpinan palsu melalui memimpin
demonstrasi dan melakukan gimik politik murahan.
Hishamuddin Rais dan Istiqamah Perjuangan
Kepulangan ke Malaysia, menulis ruangan Analog dalam Berita Harian dan
kemudian ruangan Dot Mai dalam Malaysiakini. Dan pensyarah kami telah
menyuruh kami menonton dan mengkaji filem- Dari Jemapoh Ke Manchete, filem
bikinan orang ini. Itulah tempat aku menyelami pemikiran orang ini-Hishamuddin
Rais.
56
Hishamuddin Rais atau Isham Rais, lagenda gerakan mahasiswa dari kelompok
sosialis. Martabat beliau tinggi kerana istiqamah dengan jalan perjuangannya dari
zaman mahasiswa sampai pada hari ini berbanding dengan sahabat-sahabat
beliau yang menyepi daripada perjuangan asal mereka.
Kalau nak belajar istiqamah dengan perjuangan, Isham Rais orangnya. Anwar
Ibrahim sendiri yang merupakan lagenda agung gerakan mahasiswa sendiri
hanyut dalam ‘politik ganja’ selama hampir 17 tahun dalam UMNO-BN.
Isham Rais dilahirkan pada tanggal 3 Februari, 1951 di Jemapoh, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam
pengajian Sejarah + Asia Tenggara pada tahun 1971.
Kemuncak perjuangan Isham Rais pada tahun 1973-1974 dalam demonstrasi Anti-
Amerika (kelompok sosialis bermesra dengan kelompok Islamis), Peristiwa Tasek
Utara dan demontrasi Kelaparan Baling.
Dalam peristiwa Tasek Utara, dia ditangkap dan ditahan reman di Penjara Air
Molek, Melaka. Tetapi dalam peristiwa demonstrasi Baling, beliau melarikan diri
ke keluar negara meninggalkan sahabat perjuangan beliau. Adakah beliau
penakut-berlagak pondan melarikan diri?. Ada sebilangan sahabatnya ditahan ISA
dan ada juga masuk ‘hutan’. Pengalaman melarikan diri Isham Rais bermula di
Thailand-Australia-India-Iraq-Lebanon-Belgium-England.
Selama hampir kurang lebih 20 tahun menjadi pelarian, Isham mendapat suaka
politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di Université
catholique de Louvain, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di
Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti
Westminster, London pada tahun 1992. Beliau tinggal di kota London kira-kira 15
tahun.
Beliau juga ada pengalaman bersama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di
Beirut, Lebanon.
Seorang yang percaya bahawa bahasa Melayu adalah bahasa strategik untuk
perubahan. Begitu juga seni-budaya untuk perubahan. Beliau menulis
57
menggunakan teknik naratif fiksyen dikahwinkan dengan isu semasa. Beliau boleh
disifatkan sebagai aktivis rakyat-budayawan.
Beliau seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Pendukung dan
pengembang asal mazhab NGI – Non Government Individual yang merayakan apa
sahaja yang baru. Menolak klise yang membosankan. NGI juga merayakan
kepelbagaian dan perbezaan. Setiap susuk boleh menjadi penganut NGI dengan
menerima konsep – dilarang melarang. Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis
Groucho.
Banyak yang boleh belajar daripada tulisan beliau; petrodollar; daulah
terpendam; kospirasi antarabangsa; pembacaan politik dan lain-lain.
Beliau berani mengkritik sesiapa sahaja termasuk Obama dan pencatur-pencatur
dunia kalangan yayasan dan pendana kewangan serta neocon. Beliau
menceritakan kebobrokan pencatur antarabangsa dan pengaruhnya terhadap
dunia.
Malangnya, Hishamuddin Rais bersifat pilih kasih dan selektif dimana beliau tak
mengkritik tokoh-tokoh Malaysia yang cukup baik dengan pencatur, pendana dan
kumpulan pro-kapitalis yang ada di Malaysia.
Beliau istiqamah dalam perjuangan sosialisme mereka. Beliau menjadi ikon
demontsrasi dan forum anak muda yang terpelajar dan mencabar.
Istiqamah sehingga kemenangan
dalam perjuangan menuntut perubahan
kemerdekaan jiwa
kesejahteraan rakyat jelata.
Tasek Utara
Tasek Utara
Setinggan dijarah
untuk sang penguasa
mencium buntut kapitalis.
58
Heronya, Hishamuddin Rais- ditangkap dan dipenjara.
Sebelum pilihanraya 1974, Menteri Besar Johor Osman Saat berjanji akan
menyediakan 574 ekar tanah bagi perumahan rakyat. Pengumuman ini disambut
gembira oleh penduduk setinggan di tanah haram, Kampung Tasek Utara.
Kegembiraan penduduk Tasek Utara tidak lama kerana kerajaan Johor mahu
membangunkan kawasan tersebut sebagai kelab golf. Rakyat membantah.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mendapat dua telegram yang
memohon bantuan PMUM dalam menyelesaikan masalah petempatan rakyat
Tasek Utara. Hishamudin Rais dan Yunus Ali dihantar ke Johor Bharu.
PMUM telah menghantar mahasiswa ke Tasek Utara. PMUM dibantu oleh
persatuan mahasiswa dari Singapura. Pada 19 September 1974, FRU dan polis
menyerbu perkhemahan setinggan. Pemimpin rakyat dan mahasiswa ditangkap
termasuk Hishamuddin Rais dan Yunus Ali.
Walaupun isu petempatan ini gagal diselesaikan oleh gerakan mahasiswa, isu
Petempatan Setinggan Tasek Utara ini adalah kunci kebangkitan mahasiswa yang
kemuncaknya Demonstrasi Baling. Peristiwa ini menyebabkan kampus bergolak
dan kuasa autonomi gerakan mahasiswa semakin terhakis dengan campurtangan
pemerintah dan penguasa kampus.
Isu tanah rakyat dan petempatan rakyat antara isu penting gerakan mahasiswa.
Satu dekad kemudian, terdapat isu tanah rakyat di Pulau Kundur, Melaka.
Begitulah perulangan sejarah mahasiswa progresif.
Kudrat mahasiswa ditagih oleh rakyat marhaen. Sebagai tanda setiakawan anak-
anak muda pada zaman itu terhadap mereka yang ditindas dan dianiaya, mereka
turut sama bangkit menentang pemerintah demi membela nasib rakyat.
Gerakan mahasiswa perlu memenuhi apa yang Usman Awang tulis “Untuk
mengambil tahu tentang keadaan dan perkembangan masyarakat”.
59
Mahasiswa Langgar Pintu Universiti Malaya
Kalau niatmu Islam, Islamlah yang kamu dapat,
Kalau niatmu mencipta nama, namalah yang kamu dapat,
Kalau niatmu kerna politik, ganjaran politiklah yang kamu dapat,
Tanya niat, luruskan niat, sebelum bertindak.
Menjelang keputusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah
Persekutuan, sejarah gerakan mahasiswa tercipta apabila buat pertama kalinya
Anwar Ibrahim berjaya dibawa masuk untuk berpidato di Universiti Malaya dalam
era kepembangkangannya. Keadaan Universiti Malaya pada malam itu bagaikan
dirampas kuasanya daripada pihak pentadbiran universiti.
Hujan tidak menghalang semangat mahasiswa dan orang ramai untuk bersolidariti
dan berarak ke Dewan Tunku Canselor serta berkumpul mendengar pidato Anwar
Ibrahim dan pimpinan mahasiswa. Peristiwa pada 27 Oktober 2014 ini
menyaksikan seramai 3000 orang mahasiswa dan orang awam mengempur UM
dan berjaya membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam kampus.
Mahasiswa dan orang ramai mulanya berkumpul di pintu pagar UM untuk
mendengar pidato para pimpinan mahasiswa sementara menunggu kehadiran
rombongan Anwar Ibrahim. Kemudian, mereka telah merempuh masuk ke
kampus untuk mengiringi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim telah memuji mahasiswa
terutamanya Presiden PMUM, Fahmi Zainol sebagai ‘Harapan Anak Bangsa’.
Persoalan yang timbul, apa untungnya atau signifikannya membawa Anwar
Ibrahim memasuki kampus pada malam itu kepada para mahasiswa?. Apa tujuan
dan motif membawa masuk Anwar Ibrahim ke kampus?.
Kesaksian sejarah dipenuhi gimik dan penuh beragenda peribadi dan kumpulan.
Anwar Ibrahim pemimpin politik, isu Anwar Ibrahim bukannya dilihat sebagai isu
rakyat, ia hanya isu peribadi.
Perjuangan mahasiswa perlu kembali kepada tunjang ilmu dan khidmat rakyat
bukannya memenuhi agenda politik kepartian dan isu peribadi.
60
Siapa yang paling untung dalam kes rempuhan pagar ini?. Paling untung dapat
pagar baru.
Mahasiswa perlu berpolitik tetapi
bukan menjadi keldai parti politik
perjuangan mahasiswa untuk perubahan
perjuangan mahasiswa untuk rakyat
perjuangan mahasiswa untuk Islam dan negara.
Hubungan Mahasiswa dengan Pentadbir Universiti
Hubungan mahasiswa dengan pihak pentadbiran universiti terutamanya Bahagian
Hal Ehwal Pelajar (HEP) seringkali menjadi polemik. Setiap kampus mempunyai
cara tersendiri bergantung kepada pimpinan mahasiswa menangani realiti dan
isu. Ada mahasiswa mengunakan pendekatan persuasif, represif dan anarki.
Pelbagai cara ini tidak perlu dipersalahkan kerana setiap mahasiswa dan
pentadbir universiti mempunyai pandangan sarwajagat yang tersendiri dalam
menangani hubungan antara kedua-duanya.
Kebiasaanya di Malaysia, pendekatan anarki seringkali digunakan menyebabkan
hubungan antara mahasiswa dengan pentadbir menjadi tegang. Pada hemat saya,
gerakan mahasiswa mempunyai tiga komponen penting iaitu Jemaah Islam
(Induk) Kampus/Persatuan Mahasiswa Islam, sayap politik dan Persatuan
Mahasiswa Universiti (PMU). Ketiga-tiga pihak ini perlu keseimbangan dalam
bertindak. Kalau PMU menggunakan anarki, JIK-PMI menggunakan pendekatan
persuasif.
Dalam kes Universiti Malaya pada tahun 2014, ketiga-tiga komponen penting
dalam gerakan mahasiswa menggunakan pendekatan anarki. Hubungan pihak
pentadibiran universiti dengan gerakan mahasiswa kelihatan tegang. Kehadiran
pimpinan utama Pro M Universiti Malaya, PMIUM dan PMUM dalam kes
rempuhan pagar UM menjuruskan politik berdasarkan konflik.
Pada tahun 2014, mahasiswa begitu berani dalam membuktikan kegagalan
pentadbiran universiti dan kerajaan dengan mengadakan Pidato Umum Anwar
61
Ibrahim dalam kampus UM dan berdemonstrasi dengan membawa Anwar masuk
ke kampus UM yang tidak pernah dimasuki beliau sejak tahun 1998.
Gerakan mahasiswa dan pentadbiran universiti perlu menggunakan hubungan
seperti antara majikan dengan kesatuan sekerja. Walaupun kesatuan sekerja
salah, gaji tetap diberi tanpa diskriminasi. Manakala kesatuan sekerja yang
memprotes jangan sampai merosakkan harta benda dan memburukkan nama
majikan.
Akibat kes rempuhan dan Pidato Anwar Ibrahim, pentadbir universiti telah
bertindak ke atas mahasiswa yang dikenali UM8 adalah tidak wajar.
Mahasiswa pula perlu ingat, jangan melampaui batas dalam mencabar
pentadbiran universiti dalam semua perkara. Selagi ada jalan damai, pihak
mahasiswa perlu berusaha menyelusurinya. Provokasi dan ketegangan perlu
dikurangkan. Kejayaan dalam demonstrasi belum tentu gerakan mahasiswa kuat
tetapi pengisian selepas demonstrasi sangat penting dalam perubahan dan
perjuangan berdasarkan hujah dan ilmu.
Dulu di Universiti Malaya, Dato Dr Anuar Zaini pernah mengadakan program NADI
UM untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara staf. Saya mohon
mencadangkan program seumpama ini diadakan melibatkan para pimpinan
mahasiswa. Seorang bapa perlu pandai menentukan masa untuk bertindak
dengan sifat garang atau pujukan.
Dan anak yang dimarah itu tetap anak bapa tersebut. Justeru ukhwah melalui sifat
kekeluargaan perlu dicanang dengan mengadakan permukiman selama beberapa
hari. Dialog antara mahasiswa dengan pentadbir perlu lebih banyak dilakukan.
Pentadbiran universiti tidak berhak mengurungi mahasiswa selama-lamanya
kerana sangkar tidak mengubah burung murai menjadi burung cenderawasih.
Pihak pentadbiran universiti perlu menganggap mahasiswa sebagai insan
terpelajar yang telah dewasa, mempunyai hak sebagai rakyat dan dibenarkan
bebas berfikir dan berpendapat selaras dengan penglibatan mahasiswa dalam
pembangunan negara.
Proses komunikasi berupaya membina kepercayaan dan kerjasama antara
pentadbir dan mahasiswa dapat diwujudkan. Usaha awal tentunya datang dari
mahasiswa, dimana mahasiswa diharapkan mampu menahan ego ketika berbicara
dengan yang lebih tua. Diiringi kajian dan data yang benar sehingga kebenaran
62
ilmiah boleh mahasiswa perjuangkan. Usaha awal yang perlu dibangunkan untuk
memupuk kepercayaan satu sama lain bahawa mahasiswa akan berjuang dan
memberikan yang terbaik untuk untuk rakyat jelata.
Hamzah Sendut selaku NC pada tahun 1970an banyak menyelesaikan isu atau
tuntutan mahasiswa dengan perbincangan. Beliau menjemput pimpinan
mahasiswa bertemu dengan beliau. Dengan adanya daya tawar dari mahasiswa,
diharapkan pentadbir melihat mahasiswa secara orang dewasa.
Pada dasarnya mahasiswa tidak boleh merasa mereka di bawah ketiak
pentadbiran universiti dalam aktiviti atau program, mahasiswa perlu mampu
memberi pendapat dan menyatakan hujah bahawa hujah pihak pentadbir yang
tidak sesuai serta mengusulkan kaedah yang diperlukan oleh mahasiswa. Setiap
perkara boleh diselesaikan melalui perbincangan.
Menurut Fatimah Busu lagi “Apabila wartawan minta beliau mengulas tindakan
mahasiswa menyerah memo kepada Perdana Menteri mengenai hal penukaran
nama Georgetown kepada Tanjung, beliau (Hamzah Endut) menyokong tindakan
kami,”
Demonstrasi banyak mencederakan ukhwah dan maruah seseorang,
mengubatinya cukup sukar sekali. Banyakkan perbincangan kurangkan
penentangan.
Nota Penjelasan:
Persuasif: berupaya mempengaruhi atau menyakinkan orang lain untuk
melakukan sesuatu.
Represif: Bersifat menekan (menindas)
Anarki: Keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang
Nota Penjelasan:
Dirujuk daripada tulisan Ali Bukhari Amir.
63
Islamic Representative (IRC) dan Gerakan Mahasiswa Islam
Pada awal 1980an, kedua-dua kumpulan iaitu Ikhwan Alami dan IRC UK
bergabung membentuk IRC. Perjuangan mereka secara rahsia dan melalui proses
pentarbiahan.
Pertembungan antara IRC (baca:JIM-IKRAM) dengan PAS bermula sejak peringkat
sekolah melalui proses pentarbiahan, pengkaderan dan penguasaan persatuan
pelajar(BADAR). Ada yang menyatakan pengaruh utama yang menyebabkan
pertembungan ini ialah terdapat mentor dalam kalangan guru dan pentadbir
sekolah, anak anggota JIM dan PAS dan penyertaan pelajar dalam pertubuhan
pelapis. Antara medan utama pertembungan ini adalah di sekolah berasama
penuh terutamanya sekolah agama.
Kemudian anak-anak JIM/IKRAM/IRC melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti dan bergiat dalam kegiatan universiti. Pembawaan ‘ideologi’
JIM/IRC/IKRAM turut sama dibawa bersama mereka. Di universiti, selain daripada
anak-anak anggota, ada juga pelajar universiti yang sememang dilatih dan
diindoktrinasi di sekolah-sekolah milik JIM/IKRAM, ABIM, HALUAN dan PAS.
Mereka ini turut berpengaruh dalam mengerakkan aktiviti gerakan Islam di
kampus.
IRC pernah memegang tampuk pentarbiahan mahasiswa terutamanya
pentarbiahan mahasiswa di Universiti Malaya. Penyusupan mereka secara rahsia.
Pentarbiahan mereka untuk memilih kader berkualiti untuk diserapkan dalam IRC
bukannya PAS yang menguasai Jemaah Islam Kampus (JIK).
Pada era tahun 1986-1988, berlaku perselisihan faham antara kelompok pro PAS
dengan pro IRC. Akibatnya, IRC disingkirkan dalam PMIUM. Ekoran penyingkiran
ini, IRC bertindak balas menyingkirkan kelompok pro PAS daripada Persatuan
Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM(PMAPIUM). Kemudian kelompok pro
PAS berjaya menguasai PMAPIUM pada sesi 1988/89. Pada tahun seterusnya, IRC
menghantar wakil dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) yang pro HEP. Antara
pimpinan IRC terkenal ialah Nazman Mustafa.
64
Di UKM, IPU pernah membentuk Majlis Syura hasil gabungan mahasiswa pro PAS
dan pro IRC. Lujnah tarbiah dipegang oleh IRC manakala lujnah politik oleh IPU.
Pada tahun 1987, berlaku pengeseran apabila IPU mendakwa IRC menarik ahli-
ahli IPU untuk masuk dalam IRC dan melakukan program untuk kepentingan IRC
tanpa pengetahuan Majlis Syura.
Pada mesyuarat agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Islam
UKM(PMFPI) sesi 1988/89, IRC bertanding untuk melawan calon-calon IPU.
Perkara ini berlanjutan dalam muktamar ISIUKM dimana calon IPU dan IRC
bertarung secara terbuka sehingga terpaksa dilakukan dua kali kerana kehadiran
yang luar biasa.
Di UTM, IRC gagal menguasai PMUTM dan PMIUTM tetapi mereka kembali
bangkit apabila Syed Mohd Famy dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor HEP.
IRC cuba menguasai kolej melalui HEP. Pada sesi muktamar PMIUTM sesi
1988/89, ada juga berlaku pertembungan antara IRC dengan pro PAS. Kekalahan
mereka menyebabkan mereka berundur daripada PMIUTM.
Tindakan IRC menarik keanggotan PMI sehingga membentuk Jemaah dalam
Jemaah adalah satu tindakan khianat. Ia satu penyusupan yang tidak beradab
dalam berjemaah, apatah lagi mengunakan kekuatan orang lain untuk
memperkuatkan diri sendiri tanpa pengetahuan pihak terbabit.
Sketsa Grup I
Berjuang dalam cerah
tak perlu menjadi sesumpah
tak perlu naik perahu kertas berlayar di lautan
Kalau mahu kuih akok, ikut acuan kuih akok bukannya acuan biskut moden
Kalau asal daripada telur ayam, menetas keluar ayam jua bukannya anak itik.
Grup I atau Grup Islah boleh dianggap sebagai ‘Group Intelligence Leader’ , satu
nama yang didakwa sebagai kelompok progresif dalam gerakan mahasiswa Islam
di Malaysia. Mereka adalah satu kelompok progresif yang bersifat bertentangan
dengan pemikiran arus perdana sesebuah organisasi. Dalam konteks Kesatuan
65
Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI), kelompok kiri/progresif mereka dikenali
sebagai KAMMI Kultural.
Dalam menelusuri pengkisahan sejarah Grup I, apa yang menarik kita cari adalah
siapakah mastermind yang sebenarnya berkaitan penubuhan Grup I dan apakah
tujuan Grup I ditubuhkan?.
Cerita bermula apabila seorang mahasiswa tahun pertama datang bertemu
seorang politikus muda. Ikuti sembang kencang mereka.
Mahasiswa (M) : Abang, ada orang kata perkembangan politik dalaman PAS pada
hari ini (2015) berpunca daripada Kumpulan UM yang banyak mempengaruhi
PASMA dan Parti AMANAH. Adakah ia berkaitan dengan Grup I yang dihebohkan
7 tahun lepas?
Politikus Muda (P) : 7 tahun lepas, Grup I didakwa diwujudkan oleh pemimpin PMI
ketika itu. Ada juga yang mendakwa ia ditubuhkan pada tahun 2004 dan ada juga
mendakwa lebih awal iaitu pada awal tahun 2001-2002 di UM dan ia sangat aktif
pada tahun 2001 secara rahsia tanpa pengetahuan JIK.
M: Siapa mastermindnya?
P: Ia melibatkan pengaulan seseorang yang mempunyai persamaan pemikiran dan
pendekatan dalam politik. Ia bagaikan serasi antara kelompok JIM dan Kumpulan
UM. Yang pastinya kumpulan ini tidak pernah mengkritik Dato Seri Anwar Ibrahim
secara terbuka dan selesa mengkritik Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang
secara terbuka.
Dalam gerakan mahasiswa, barisan depan belum tentu pemimpin sebenar atau
mastermind. Kebanyakan barisan depan gerakan mahasiswa adalah boneka yang
berani, teruja dengan senior, bersemangat, mahu mengukir sejarah, populis dan
mudah diarahkan oleh senior. Di sebalik tabir, ada mastermind penggerak atau
pengatur utama perancangan sesuatu aktiviti dan organisasi.
M: Sejauh mana benarnya kewujudan Grup I ini?
66
P: Kikikikikiki. Hipotesis awal hasil pendakwaan terhadap penubuhan Grup I
dibahagi kepada tiga;
1. Hanya satu dakwaan
2. Memang wujud
3. Ia hanya fenomena progresif
Kelompok mahasiswa sememang mempunyai kaitan dengan kecenderungan dan
pengaulan mereka dengan tokoh tertentu, kumpulan tertentu, aliran pemikiran
tertentu dan senior mereka. Kecenderungan dan pengaulan ini akhirnya
membentuk sebuah kumpulan dan kesatuan pemikiran, seterusnya berlakunya
persaingan pengaruh dan kuasa antara kem-kem dalam sesebuah organisasi.
Persaingan antara kumpulan/kem dalam sebuah organisasi bukanlah musuh yang
sebenar kerana mereka hanya mahu perubahan dalam organisasi, berfikir di luar
lingkungan kotak pemikiran arus perdana organisasi dan bersifat kritikal terhadap
organisasi. Sesetengah orang, sifat progresif atau fenomena progresif ini dilihat
mengancam organisasi dan menentang kepimpinan semasa organisasi.
M: Adakah kewujudan Grup I ekoran ‘perang saudara’ antara kem dalam PAS?
Seperti yang abang jelaskan tadi, fenomena progresif adalah lumrah dalam
sesebuah organisasi.
Dalam PAS, mereka seringkali menyatakan pertembungan Kumpulan UM dengan
mana-mana kumpulan dalam Dewan Pemuda, kelompok tarbiah Tuan Guru Harun
Taib dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang versus Kelompok Tarbiah Tuan Guru Yahya
Othman dan sesiapa jua yang bertembung dengan kelompok PAS Terengganu
yang cukup berpengaruh sejak kebangkitan kepimpinan ulama dalam PAS.
M: Bila kumpulan UM ditubuhkan?
P: Kumpulan UM diangggotai oleh sekelompok mahasiswa dari UM dan para
pengasas JIK. Mereka adalah gerakan mahasiswa pro PAS dan anti Anwar masuk
UMNO.
67
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982 menelurkan
kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan mahasiswa Islam. Selama
ini, gerakan mahasiswa Islam bersifat proksi ABIM dan PAS tidak mencampuri
urusan gerakan mahasiswa Islam.
Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh
seketika. Berlaku perebutan kuasa dalam PMIUM dimana Mohamad Hussein dari
proksi PAS telah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar. Pada
peringkat awal, usaha kompromi telah dilakukan oleh pemangku Presiden
PMIUM, Azami Zaharim yang mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai presiden
dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju
melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan.
Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar dengan
memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad menduduki jawatan timbalan.
Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan proksi ABIM terdiri daripada Mohamad
Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi
dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kampung Kerinchi bagi menaikkan
kumpulan pro PAS. Mereka dilabelkan sebagai Kerinchi 6.
Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal dalam pengundian
apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar
Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-PKPIM di kampus Universiti
Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan mahasiswa Islam yang
baru. Kelompok ABIM-PKPIM kembali ke proksi asal mereka, PBMUM.
Dalam politik Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), kelompok mahasiswa Islam yang
menjatuhkan proksi ABIM di Universiti Malaya telah didakwa mewujudkan
Kumpulan UM atau Kumpulan Republik Islam dalam persaingan dalaman DPPP.
M: Bagaimana pengaruh IRC/JIM dalam Grup I dan JIK?
P: Pengaruh JIM/IRC dalam PAS cukup popular sejak tahun 2001. Tokoh-tokoh
akademik mereka mengangkat konsep Profesional Ustaz [PROTAZ] dan dalam
politik, profesional mereka sangat menonjol. Tempias ini sampai ke universiti, JIK
68
memberi muka kepada anak asuhan JIM berada dalam JIK. Menariknya, ada
kalangan mereka menjadi Amir JIK.
M: Saya kurang jelas lagi tentang penubuhan asal Grup I?
P: Pada abang, ia bukan ditubuhkan 7 tahun lepas. Ia ditubuhkan pada awal tahun
2001 bahkan lebih awal. Ia bersifat jemaah dalam jemaah. Satu kumpulan rahsia
telah ditubuhkan oleh sekelompok pemimpin mahasiswa. Pemimpin mahasiswa
ini rapat dengan salah seorang ahli parlimen di Kelantan, salah seorang anggota
Kumpulan UM yang asal. Kumpulan ditubuhkan tanpa pengetahuan Amir JIK dan
Majlis Syura Kampus ketika itu.
Mereka mempunyai pelapis, baton kepimpinan akan diberi kepada generasi adik-
adik pelapis sebagaimana yang berlaku dalam JIK sendiri. Ia menyebabkan berlaku
fenomena jemaah dalam jemaah di dalam JIK. Jika Presiden PMI dalam kalangan
pro PAS totok, kehadiran kumpulan ini dalam JIK/MSK/AU dirahsiakan tanpa
pengetahuan Amir JIK dan ahli MSK yang totok PAS.
Kewujudan Grup I disedari dimana ramai anggota PMI ‘hilang’ semasa aktiviti
PMI. Peristiwa ini sangat terkenal dikenali sebagai Tamrin Kota Bharu.
M: Apakah kesan kewujudan Grup I?
P: Perpecahan dalam PAS seakan-akan perancangan besar(grand design) pihak
tertentu yang dilakukan dengan begitu terancang. Mereka mengunakan puak
yang berpengaruh dalam PAS iaitu Kumpulan UM dan anak-anak murid Tuan Guru
Yahya Othman. Ia dikatakan bermulanya kemenangan Ustaz Nasharudin Mat Isa
sebagai Timbalan Presiden PAS mengalahkan Ustaz Hassan Shukri. Diikuti dengan
dengan beberapa perkara seperti strategi dua lapis dan Kerajaan Perpaduan (UG).
Idea UG peringkat awal dilontar oleh puak ini sebelum dipopularkan oleh TGHH.
Kelompok ini menubuhkan sayap progresif mereka di peringkat mahasiswa
dikenali orang sebagai Grup I.
Dan kita boleh lihat pada hari ini, grup I dan kelompok progresif dalam PAS
menggerakkan PASMA, AMANAH dan kelompok pro Dato Husam Musa yang
menjadi penentang kepada kepimpinan PAS.
69
Kita tidak tahu, siapakah disebalik perkara ini?
M: Terima kasih abang kerana berkongsi maklumat.
P: Sama-sama.
Muda kuat dan bersemangat,
tetapi kurang pengalaman,
muda mudah tertipu dek retorika pidato, keberanian dan imej seseorang.
Jemaah Islam Kampus (JIK)
Jemaah Islam (Induk) Kampus (JIK) dikatakan sayap politik mahasiswa PAS
ataupun kelompok pro PAS. Pegangan asal JIK adalah kelompok pro PAS yang anti
kemasukan Anwar ke dalam UMNO. PAS menubuhkan Unit Kader PAS (UKP)
untuk menguasai pentarbiahan kampus daripada kelompok ABIM pro Anwar.
Sejarah penubuhan mereka agak kabur tetapi ramai berpendapat JIK ditubuhkan
setelah PMIUM dikuasai oleh kelompok pro PAS. Kalau begitulah pendapatnya,
para pengasas JIK berada dalam kelompok yang merampas PMIUM daripada
kelompok PKPIM-ABIM ketika itu.
Secara peribadi, konsep JIK mendekati konsep IRC dimana konsep pemayungan
organisasi dibawah kawalan Jemaah atau dikenali Harakah Islam Syumuliyyah
(HIS). Tidak menghairankan kerana ramai tokoh JIK ketika itu rapat dengan Ustaz
Alias Othman dan kelompok IRClah yang menguasai lujnah Tarbiah PAS ketika itu.
JIK bermula setelah peristiwa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO yang
menelurkan kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan mahasiswa
Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh
ketika.
70
Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh Mohamad Hussein dari
proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar. Pada
peringkat awal, satu usaha kompromi telah dilakukan oleh pemangku Presiden
PMIUM, Azami Zaharim dengan mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai
Presiden PMIUM dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM
bersetuju melantik Mohamad Hussein sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai
timbalan. Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri dalam muktamar
dengan memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad.
Kumpulan mahaiswa pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri daripada
Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad
Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan
kumpulan pro PAS. Mereka dikenali Kerinchi 6. Azami Zaharim yang pro ABIM-
PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi.
Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-
PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah
perjuangan mahasiswa Islam yang baru. Kelompok yang dikatakan pro PAS ini
dikenali sebagai Jemaah Islam Kampus (JIK). JIK menguasai organisasi seperti PMI
sehingga ke hari ini.
PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi menyegarkan matlamat
perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang
semakin kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan
kehadiran Saifudin Abdullah sebagai Presiden PBMUM [ mantan EXCO PMIUM
yang pro ABIM-PKPIM]. Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan
Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis telah
merancak kembali suasana politik kampus.
Pada hujung tahun 1980an, Prof Syed Hussein Alatas sebagai Naib Canselor telah
mengadakan pilihanraya kampus secara berparti diwujudakan kembali dan sudut
pidato. PMIUM telah menubuhkan sayap politik yang dikenali sebagai NADI.
Menurut Dr Zuhdi Marzuki, persaingan tahun 1990an bukan lagi antara nasionalis
tulen dengan Islamis tetapi antara sesama Islamis. Kelompok Islamis Pro Anwar
(ABIM-IRC) menentang kelompok Islamis Pro PAS.
71
Di UKM, ATMA telah mengalami krisis setelah Anwar Ibrahim masuk UMNO.
Kekecohan berlaku apabila pilihanraya kampus sesi 1984/85 dimana pro PAS
diketuai oleh Wan Ismail Wan Jusoh yang sepatunya menerajui PMUKM menarik
diri dan tampuk DYP PMUKM diambil-alih oleh Mustafa Kamil Ayub.
ATMA telah berpecah kepada ATMA dan Ikatan Penyelamat Islam(IPU). IPU telah
menguasai banyak persatuan mahasiswa termasuk PMUKM. IPU berbasiskan
ISIUKM. Pertarungan IPU-ATMA-TSB berterusan. Antara ketiga-tiga kumpulan,
ATMA paling lemah. Pada era tahun 1990an, IPU membina imej baru dengan
menubuhkan Angkatan Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU).
Tanpa Kegilaan, Anak Muda Tidak Berjaya.
“Pemuda itu adalah sebahagian dari gila”
Bermulanya sesuatu kejayaan datangnya daripada satu kegilaan. Nabi Noh As
membina kapal di daratan. Kaumnya mengatakan Nabi Noh gila, akibatnya si
pentohmah kelemasan dalam banjir besar tersebut.
Nabi Muhammad SAW juga ditohmah sebagai orang gila, baginda terus berusaha
menyeru umatnya dengan Islam sehingga akhirnya Islam membentuk empayar
keagungan dan tersebar ke seluruh alam.
Kebanyakan perjuangan kemerdekaan dan revolusi dimulakan oleh anak muda
yang dianggap gila. Anak muda mesti berani sebagaimana dinyatakan oleh Usman
Awang, ‘sederap belajar dari hidup berani’ dan perlu bersifat kurang ajar
sebagaimana ungkapan Usman Awang, ‘Kau harus jadi manusia kurang ajar’.
Sifat pemberani dan kurang ajar ini menjadi azimat penting dalam perjuangan
anak muda sehingga ada kalangan mereka dipenjara, naik-turun mahkamah,
dipukul dan pelbagai jenis halangan dikenakan kepada mereka. Mereka terus
mara dengan berani dalam perjuangan menentang pemimpin yang zalim,
imperialis dan penyelewengan.
72
Sun Yat Sen dan Sukarno melawan imperialis bermula usia 28 tahun, Anwar
Ibrahim memimpin ABIM dalam era keagungannya ketika usia 20an dan ramai
para pejuang dan tokoh-tokoh memulakan perjuangan mereka ketika usia 20an.
Semangat yang ada pada diri mereka menyebabkan mereka ‘gila’ mara
menentang musuh mereka.
Dalam usaha berjasa dan berkhidmat kepada rakyat, ada anak muda sanggup
mengenepikan kerjaya yang bergaji lumayan untuk perjuangan rakyat. Kita lihat
generasi awal ABIM pimpinan Anwar Ibrahim mengasaskan sekolah swasta untuk
pelajar yang keciciran seperti Yayasan Anda Akademik, Maahad Ikhwan dan
Institut Berakan di Terengganu, dan Institut SOFAR di Perak. Kegilaan dan
semangat mereka bukan sahaja dalam bidang politik tetapi merentasi bidang
sosial dan ekonomi.
Sukarno berkata ‘berikan kepadaku 1000 orang tua, aku sanggup mencabut
Semeru dari uratnya. Tapi berikan kepadaku 10 pemuda, aku sanggup
mengoncangkan dunia’. Semangat dan kegilaan anak muda berupaya
mengoncangkan dunia.
Pemuda harapan bangsa, sanggup berjuang sehingga darah terakhir,
Tiada pilihan bagi mereka kecuali
mati syahid atau hidup berjasa.
Mahasiswa
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dan buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
73
para buruh dan petani di jalan Sungai Besi
sederap belajar dari hidup berani.
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersama berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.
1961,
Usman Awang.
Kurang Ajar
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.
Sekarang kata ini kuajar akan pada anakku;
Kau harus jadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.
Lihat petani-petani yang kurang ajar
memiliki tanah dengan caranya
sebelumnya mereka tak punya apa-apa
kerana ajaran malu dari bangsanya.
suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
1967,
Usman Awang.
74
Kebangkitan Semula Gerakan Mahasiswa Islam
“ Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar:
Belajar sambil
mencabar
Pengetahuan tidak berjuntai
seperti pisang
Bangsa tidak termaju
tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.
– Ungku Abdul Aziz
Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada
masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan Mahasiswa
Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia
cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa
universiti dan pelajar sendiri.
Kezahiran Islam dalam cara hidup mahasiswa Islam seperti berpurdah melahirkan
kegelisahan kepada pihak pentadbir universiti. Di Universiti Teknologi Malaysia,
Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah. Mahasiswa
Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian
purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.].
Peningkatan kesedaran Islam pada tahun 1970an telah meletakkan PMIUM
sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Pada pertengahan
tahun 1970an, PMIUM dan PBMUM bersifat nasionalis-Islamis muncul sebagai
pencabar Kelab Sosialis UM. Presiden PMIUM, Siddiq Fadil telah berjaya mengikis
semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut
perspektif Islam. Pada ketika itu, PMIUM dikuasai oleh proksi ABIM – PKPIM UM.
Kelompok nasionalis-Islamis ketika itu komitmen dengan tegas pelaksanaan Islam
di kampus. PMIUM cuba menghalang tradisi Universiti Malaya yang mempunyai
unsur maksiat seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria.
Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang menjuruskan
kepada kemaksiatan. Perkara ini mewujudkan ‘perang dingin’ antara PMIUM
75
dengan PMUM. Akibatnya, sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi
sesi 1975/76 kemudian diterima kembali pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi
1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan.
Situasi ini mendorong PMIUM mengubah corak pendekatan yang lebih progresif
untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. PMIUM buat kali pertamanya
meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM
meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba, Syed Muhamad Dawilah al Idrus,
Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Hanya Sidek Baba dan
Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi.
Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal
memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di
Fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk
Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa.
Pilihan raya sesi 1979 telah menelurkan budaya berparti dalam politik kampus.
Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri sebagai
Presiden PMUM dan Yazid Othman sebagai Naib Presiden. Kerajaan Mahasiswa
Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan
malam tahunan yang dihiasi program mungkar.
Kerajaan Mahasiswa Islam cuba disabatag oleh proksi Nasionalis-pro pemerintah.
Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana
Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi. Kesilapan Barisan
Mahasiswa adalah memperuntuk tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi
tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan menyebabkan
Gabungan Mahasiswa menang mudah di kawasan berkenaan.
Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet tetapi Ketua
Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya.
Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar
korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan
tindakan 10 anggota Barisan tidak demokrat.
Barisan mencabar Gabungan agar meletak jawatan supaya pilihan raya dapat
diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP, Yunus Nawal dan
76
Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan bersetuju bekerjasama walaupun
cuba dihalang oleh ketuanya. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri
Haron (Presiden), Yazid Othman(Timbalan), Redzuan Othman (Setiausaha Agung),
Zaidan Ali (Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor
Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck
Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.
PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang
dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan
tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik
sokongan terhadap Gabungan, beliau bersetuju berbincang.
Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung
meletakkan jawatan iaitu Anual Bakri, Yazid Othman dan Redzuan Othman.
Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan
kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat (Timbalan), Rosli
Ahmad (Setiausaha Agung), Zaidin Ali (Bendahari) dan Redzuan Othman
(Penolong Setiausaha Agung).
Tekanan HEP dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis
tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan
Nasionalis.[ Selain itu, kemenangan Gabungan disebabkan kegagalan Barisan
menangani kes kepincangan perasmian TIG (aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa
di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia.
Calon ternama kelompok Mahasiswa Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid
Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul
Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai
Naib Presiden. Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di
Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang
oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim
KAMI’ di kampus-kampus universiti tempatan. Istilah ‘Rejim KAMI’ dicipta
mengambar gerakan Mahasiswa Islam adalah kumpulan radikal. Kekalahan
kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara
meluas di muka utama akhbar tersebut. Secara terancang, isu perjudian semasa
77
Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya pemikiran
pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman. Tekanan psikologi menyebabkan
pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.
Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981, Islamic Group
yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP.
Kumpulan Islam dikenali dengan slogan ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa
Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus dan Ahmad Shabery Cheek
dilantik sebagai Presiden PMUM. Kemenangan ini meningkat imej kumpulan
Islamis yang tercalar pada pilhan raya sesi yang lepas.
Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak
berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana
masih terdapat unsur judi dalam Pesta Ria sesi tersebut. PMIUM menguasai
pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada
mahasiswa Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di
seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak
Mahasiswa Negara (BBMN) yang menyelaras aktiviti mahasiswa Islam di bawah
pimpinan Zulkifli Yusof (Presiden PMUM).
Di UKM, pengaruh Islam bermula dengan bermulanya penubuhan UKM. Kampus
awal UKM berhampiran UKM banyak mempengaruhi gerakan mahasiswa UKM.
Pada awal 1970an, PKPIM mula meluaskan pengaruh mereka ke kampus UKM.
PKPIM berjaya meletak Ramli Ibrahim sebagai Pengerusi Penaja Jawatankuasa
Penaja PMUKM dan kemudianya dilatik sebagai YDP PMUKM sesi 1971/72.
Pada sesi 1973/74 dibawah pimpinan Abdul Halim Arsyad, PMUKM berkrisis
dalam peristiwa pelantikan Abdullah AYUB sebagai NC dan krisis dengan Dato
Harun Idris Menteri Besar Selangor dalam isu pembalakan haram. Antara
pemimpin mahasiswa yang memainkan isu ini ialah Idris Juzi dan Abdul Rahman
Rukaini. PMUKM juga turut menyertai banyak demonstrasi termasuk demonstrasi
rakyat Baling.
Selepas AUKU 1975, PMUKM masih dikuasai oleh kelompok PKPIM yang diketuai
oleh Fuad Hasan dan dibantu oleh Abu Bakar Chik. Pada tahun 1979, budaya
politik kepartian menular di UKM. Kumpulan Islamis dikenali Angkatan Tindakan
Mahasiswa (ATMA) manakala kumpulan nasionalis-HEP oleh Tindakan Siswa
78
Bersatu(TSB). Perseteruan mereka dalam banyak isu antaranya konsert Aleyycats,
pertunjukan tarian lilin, isu kebajikan dan lain-lain.
ATMA memperkuatkan pengaruh mereka dalam Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM).
Politik kampus era 1970an di UKM dikuasai oleh kelompok Islamis. Pada tahun
1980, ATMA tewas buat kali pertama. Semua kerusi umum, ATMA tewas kecuali
Fadhullah Shuaib. TSB melantik Mohd Rais Zainudin sebagai YDP dan dibantu oleh
Abdul Rahman Bakar.
Konflik Dalaman Gerakan Mahasiswa 1970an
"Gerakan Pelajar mahupun politik pelajar seharusnya mempunyai orientasi
tersendiri dan tidak seharusnya serba sama dengan politik kepartian" –
Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS
Pertembungan Elemen Radikal dengan Mahadzir Khir dalam PBMUM.
Krisis PBMUM mula memuncak apabila PBMUM mengadakan mesyuarat
tergempar ekoran Setiusaha Agung PBMUM, Ismail Kamari meletakkan jawatan
pada 18 Oktober 1971 tetapi mesyuarat PBMUM membulatkan keputusan
menolak peletakkan jawatan tersebut. Menurut Mahadzir Khir terdapat anasir-
anasir luar yang cuba melumpuhkan PBMUM dan mengulingkan beliau sebagai
presiden.
Anasir luar yang dimaksudkan oleh Mahadzir adalah warisan proksi radikal iaitu
warisan perjuangan Anwar Ibrahim dan Noordin Razak. Perkara ini terbukti dalam
mesyuarat pada bulan September 1971 dimana Noordin Razak mengkritik gaya
kepimpinan pasif Mahadzir Khir.
Pengolakkan dalam PBMUM berlaku disebabkan perubahan dasar dan
pendekatan Mahadzir berbeda dengan tradisi PBMUM yang radikal. Zaman Sanusi
Osman, Anwar Ibrahim dan Noordin Razak telah meninggalkan legasi budaya yang
radikal dimana PBMUM menggunakan kekuatan – aksi, lawan dan demonstrasi
untuk menyelesaikan masalah manakala Mahadzir bukanlah pemimpin yang
diasuh oleh Anwar Ibrahim.
79
Mahadzir menjelaskan beliau adalah newcomer kepada PBMUM. Keradikalan
berkurangan kerana banyak isu telah diselesaikan dimana Bahasa Melayu mula
dilaksanakan di kampus dan masalah kemiskinan mula diambil berat oleh
kerajaan. Pendapat ini disokong Muhamad Abu Bakar, kepudaran warna
perjuangan PBMUM kerana ketiadaan isu-isu besar.
Mahadzir menggunakan kaedah perundingan dan taktikal. Mahadzir Khir
mengadakan program jangka panjang seperti kelas STPM dan jika terpaksa
barulah digunakan kaedah demonstrasi. Kaedah perundingan digunakan dalam
menyelesaikan masalah pemilikan tapak bangunan MARA di Pekan Rabu
manakala kaedah demonstrasi digunakan dalam menyelesaikan isu bahasa yang
ditimbulkan oleh Kahar Bador.
Dalam mesyuarat PBMUM, proksi radikal tewas dalam undi tidak percaya
terhadap Mahadzir pada 22 Oktober 1971 dan 8 anggota exconya meletakkan
jawatan. Menurut Nawi Yusof, Pengarang Mahasiswa Negara, kekalahan proksi
radikal memusnahkan kabinet bayangan yang telah merancang bergerak secara
berkesan dari tenaga yang berpengalaman.
PMUM vs Sidang Pengarang Akhbar Mahasiswa Negara
Pada 6 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 telah menyingkir sidang pengarang akhbar
Mahasiswa Negara kerana mengkhianati dasar perjuangan PMUM. PMUM juga
menuduh pengurusan akhbar Mahasiswa Negara mengalami krisis kewangan
apabila ketua pengarang akhbar Mahasiswa Negara, Vijayan tidak menghantar
laporan kepada Majlis PMUM pada 9 Mei 1972.
Pada awal bulan Mei 1972, sidang pengarang Mahasiswa Negara mengeluarkan
artikel ‘Does UMSU Rag Too’ yang cuba mempersoalkan kebebasan freshees
kerana mereka dipaksa terlibat dalam Freshmen Solidarity March (satu upacara
membawa sepanduk mengelilingi kampus).
PMUM menganggap pemaparan artikel ini memcemar imej PMUM dan Majlis
PMUM membulatkan keputusan memecat sidang pengarang Mahasiswa Negara.
Sidang pengarang Mahasiswa Negara tidak berdiam diri dan membidas tindakan
PMUM sebagai retrogressive dan satu sekatan kepada kebebasan akhbar.
80
Kehangatan skandal bertambah serius apabila Presiden PMUM, Sim Kim Chew
dan Setiausaha Agung, Salleh Yusof meletakkan jawatan apabila Majlis PMUM ke
14 menolak usul Setiausaha Penerbitan PMUM, Lee Chee Keong yang didapati
bertanggungjawab dalam penyelewengan itu. Walau bagaimanapun, peletakan
jawatan itu ditarik balik keesokan harinya.
Pada 19 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 digulingkan dalam undi tidak percaya.
Golongan anti Sim Kim Chew telah melantik Ahmad Sebi sebagai Setiausaha
Agung baru. Kumpulan penentang ini mempunyai pengaruh dalam Majlis PMUM
kerana terdiri daripada orang berjawatan seperti Ramli Sharif(Timbalan Presiden),
Ahmad Sebi Abu Bakar(Penolong Setiausaha Agung), Ishak Abdul
Hamid(Setiausaha Kewangan) dan Azman Alias (Setiausaha Sosial).
Kewujudan kumpulan ini berpunca ketidakpercayaan mereka terhadap Sim Kim
Chew yang telah melindungi Lee Chee Keong sedangkan Chee Keong cuai semasa
mengawasi akhbar Mahasiswa Negara sehingga berlaku penyelewengan.
Kumpulan penentang ini menggunakan isu perkauman untuk menjatuhkan
mahasiswa progresif – Kelab Sosialis.
Pertembungan Dalam PKPM
Pertembungan dalam PKPM berlaku pada tahun 1972, apabila mahasiswa sosialis
telah tewas dalam pemilihan PKPM. Sebelum ini, PKPM dikuasai oleh mahasiswa
daripada Universiti Malaya. Pertambahan jumlah universiti menyebabkan
pengaruh mahasiswa UM telah terhakis. Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung
PKPM telah tumbang. Kepimpinan PKPM baru dipimpin oleh Idris Juzi yang dilihat
rapat dengan Anwar Ibrahim.
Penguasaan PKPM penting kerana PKPM adalah wakil gerakan mahasiswa
Malaysia dalam Persatuan Pelajar Asia (ASA).
81
Kritik Apabila Kritikan Perlu
“Di dunia wacana, lawan debat adalah rakan berfikir. Setiap pendapat yang
terungkap, menyenangkan atau menyakitkan, semangat mendasarinya tetap
sama; ingin jujur kepada diri sendiri. Memuji tanpa motif untuk mengampu,
mengkritik tanpa maksud untuk menyakiti” – Siddiq Fadzil
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan
perubahan besar dalam pemikiran dan kebudayaan masyarakat. Sesiapa sahaja
boleh menulis pendapat mereka dalam apa sahaja tanpa had dalam media sosial.
Kewartawanan rakyat-viral iaitu berita dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat
muncul mencabar kewartawanan arus perdana dibawah kawalan pemerintah.
ICT berperanan sebagai ‘lidah’ baru pada zaman moden. Ia juga dilihat sebagai
‘perantara’ pra kemunculan dajal al masih. Kepantasan maklumat tersebar salah
satu ciri dajal. Kebanjiran maklumat juga membuka pintu fitnah, berburuk sangka,
dengki, mengumpat, kata mengata dan caci mencaci antara satu sama lain.
Kritikan ada dua jenis iaitu kritikan membina – ada hujah, ada saranan, dan
kritikan meruntuhkan – fitnah, persepsi dan niat tidak baik.
Saidina Abu Bakar dan Umar al Khattab menyeru rakyat mengkritik mereka –
membetulkan dan menegur kesalahan mereka. Pemimpin yang berjiwa besar dan
mempunyai kesabaran yang tinggi mampu menghadapi kritikan.
Permasalahan yang berlaku dalam mengkritik pada hari ialah kurang beradab
dalam mengkritik, maklumat yang tidak tepat-fitnah, persepsi-buruk sangka,
selektif-pilih kasih, cuba memalukan penerima kritikan dan tidak menggunakan
saluran yang betul.
Penulis percaya setiap kritikan itu mengandungi niat baik atau buruk seseorang.
Seorang rakyat, kita mempunyai hak mengkritik pemerintah, cuma ikutlah saluran
yang betul dan beradab. Jadilah insan budiman dalam mengkritik.
Taksonomi Mengkritik dan Menegur pemerintah.
82
Peringkat Mengkritk dan Menegur Pemerintah. dan
Tertinggi Bersabar dan berdoa untuk perubahan sikap
3 hidayahnya
Secara tertutup dan dalaman
2
Terendah Secara Terbuka termasuk demonstrasi.
1
Islam agama yang mengalakkan pembahasan. Pembahasan boleh berlaku dalam
forum dan debat. Pembahasan perlu dilakukan dengan cara yang lebih baik (surah
al Ankabut: 46 dan surah an Nahl: 125). Pembahasan sendiri boleh dijadikan
wadah yang baik untuk mengkritik sesuatu secara berilmu dan berhikmah.
Mahasiswa Progresif Merampas Kuasa di Universiti Malaya
Mahasiswa bukan sahaja berhak mengeluarkan suara-intelek mereka tetapi
boleh dikatakan mereka wajib memberi syor serta teguran oleh kerana merekalah
di antara ribuan pemuda-pemudi yang lain, dari desa dan kota, yang bernasib
baik
berpeluang mencapai pelajaran tinggi – Ungku Abdul Aziz
Secara umum, rampasan kuasa atau coup d’etat dimaknai sebagai satu usaha
yang dilakukan dengan menggunakan kekerasan atau ugutan untuk menukar
kerajaan demi perubahan pentadbiran dari peringkat akar umbi sehingga ke
peringkat pusat. Ia biasa dilakukan oleh pihak tentera.
Perkataan rampasan kuasa dipercayai digunakan pada tahun 1811, setelah
Napoleon merampas kuasa. Perkataan ini dikatakan berasal daripada Revolusi
Perancis pada tahun 1799.
Pengkaji ketamadunan, Samuel P Huntinton membahagikan rampasan kuasa
kepada beberapa jenis. Pertama Breakthrough coup d’ etat iaitu rampasan kuasa
yang hanya berlaku sekali dan membawa satu ideologi yang mahu dikembangkan.
Contoh revolusi China yang meruntuh kerajaan beraja, Dinasti Manchu.
83
Kedua, guardian coup d’etat iaitu rampasan kuasa yang dilakukan untuk menjaga
keamanan dan kepentingan matlamat untuk memulihkan serta mepertingkatkan
kehendak rakyat. Rampasan ini juga cuba menghapuskan korupsi, nepotisme dan
kronisme. Ia bertujuan menwujudkan kerajaan yang lebih baik. Sebagai contoh,
kebangkitan Reformasi di Indonesia menjatuhkan Presiden Suharto.
Ketiga, veto coup d’etat yang dilakukan oleh tentera membatalkan penyertaan
masyarakat dan mobilasasi tentera dalam kerajaan. Contoh, tentera Chile
menjatuhkan Presiden Salvador Allende Gossens yang dipilih oleh rakyat.
Jenis terakhir, bloodless coup d’etat yang bertunjangkan kepada perjuangan tanpa
kekerasan. Menubuhkan kerajaan tanpa penentangan. Contoh rampasan kuasa
tentera Thai terhadap Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Dalam konteks gerakan mahasiswa, penulis mengariskan rampasan kuasa di
universiti ialah satu rampasan kuasa menjatuhkan dan mengenepikan
pentadbiran universiti, dimana kawalan kampus dibawah kekuasaan gerakan
mahasiswa. Kampus dikawal oleh gerakan mahasiswa, pergerakan dalam kampus
dikawal, pintu pagar dijaga dan dikuasai oleh mahasiswa. Suasana ini
menimbulkan ketegangan antara gerakan mahasiswa dengan kerajaan.
Dalam sesebuah rampasan kuasa kampus, ketokohan pemimpin mahasiswa,
kerjasama anggota ketumbukan mahasiswa dan mood mahasiswa di kampus
banyak mempengaruhi rampasan ini.
Dalam peristiwa setinggan Tasek Utara, pimpinan pelajar seperti Hishamuddin
Rais, Abu Zer Ali, Yunus Ali dan Adi Satria telah ditangkap bersama pimpinan Parti
Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) iaitu Setiausaha Agung PSRM Pusat, Syed Hamid
Ali, Mohd Amin Ahmad (Setiusaha PSRM Johor) dan Majid Yaakob (pemimpin
tempatan) pada 19 September 1974 atas alasan menganggu tugas pegawai
kerajaan.
Penangkapan itu menyebabkan PMUM berdemonstrasi selama 3 hari di depan
Pejabat Perdana Menteri bagi mendesak kerajaan membebaskan sahabat mereka
yang ditangkap. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak enggan menemui wakil
84
PMUM. FRU telah menyerang peserta demonstrasi menyebabkan pelajar
melarikan diri.
Sekembali daripada demonstrasi, PMUM telah merampas kuasa dengan
mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada 21 September 1974. Di
bawah pimpinan Presiden PMUM, Kamarazaman Yaakob bersama 2000 orang
pelajar menyerbu bangunan Canselori, pintu masuk universiti dan tempat
strategik yang lain. PMUM telah berbincang dengan Pemangku Naib Canselor,
Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Universiti, Syed Alwi Syed al Hadi agar
menyerahkan kuasa pentadbiran sementara kepada PMUM.
PMUM mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jawatan Kuasa Asrama dan
badan gabungan PMUM. Presiden menerangkan matlamat rampasan kuasa itu
ialah mengharapkan Canselor Permaisuri Agung berbincang dengan PMUM
supaya membebaskan semua mereka yang ditangkapm dalam isu setinggan Tasek
Utara. PBMUM dan PMIUM turut serta dalam mesyuarat itu tetapi menarik diri
setelah mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Majlis Tertinggi Sementara
(MTS) PMUM. PMUM bercadang mengadakan majlis penerangan pada malam itu
di Dewan Tunku Canselor (DTC).
Pada malam itu, suasana kecoh telah berlaku apabila sekumpulan mahasiswa
yang menggelarkan diri mereka sebagai Majlis Tindakan Nasional (MTN) telah
menyerbu Rumah Persatuan PMUM dan menangkap Presiden PMUM. MTN
berjaya melakukan counter-rampasan pada jam 8.00 malam bagi membolehkan
Universiti Malaya dibuka pada esoknya. MTN yang didokongi oleh kelompok
nasionalis membahagikan tiga ketumbukan. Objektif mereka ialah merampas
kuasa daripada golongan Sosialis sebelum jam 9.00 malam. Pada jam 8.45 malam,
ketumbukan MTN menawan rumah persatuan dan pusat keselamatan.
Ketumbukan lain menawan pintu masuk universiti
Menurut Kamarazaman Yaakob, Presiden PMUM, MTN bertindak ganas telah
mengugut dan ‘menculik’ beliau dan ahli Majlis PMUM di rumah persatuan
sebelum dibawa ke DTC. MTN menggunakan keris, pisau, rantai dan kayu berpaku
bagi mengertak anggota MTS. Di DTC, Aziz Shamsudin, Presiden PBMUM
mendesak Presiden PMUM menarik balik rampasan kuasa dan Ungku Aziz
85
memainkan isu bahasa sehingga mencetuskan suasana tegang. Suasana tegang
tersebut menyebabkan Presiden PMUM mengambil keputusan menarik balik
rampasan kuasa.
Pada 22 September 1974, MTN telah menyerah kuasa pentadbiran kepada pihak
pentadbir universiti. MTN mendapat sokongan PBMUM, PMIUM dan Kelab Silat
Gayung Universiti Malaya (KSGUM). Presiden MTN, Ahmad Abdul Latif dan
timbalannya Hamzah Zainuddin menjelaskan counter-rampasan dilakukan bagi
menghalang huru-hara di kampus apabila ditemui minit mesyuarat dan alatan
untuk membuat molotov milik PMUM. Pengaruh kerajaan dalam MTN kelihatan
apabila MTN mendapat sokongan penuh daripada kerajaan terutamanya Ghazali
Shafie dan Dr. Mahathir. PBMUM pula menyokong MTN kerana tidak mahu MTS
diperkudakan oleh pelajar sains yang ingin mengugurkan pelaksanaan Bahasa
Melayu.
Suasana di kampus masih tidak stabil apabila pelajar di kolej-kolej tertentu masih
lagi setia kepada pimpinan PMUM. Presiden Kolej kelima, Salehuddin Hashim dan
pelajar kolej tersebut menghalau pihak MTN yang mengunjungi kolej mereka.
Bagi membasmi pengaruh PMUM, pihak pentadbiran telah bertindak tegas ke
atas ahli Kelab Sosialis yang terlibat dalam rampasan kuasa itu. Tindakan susulan
yang dahsyat oleh pihak pentadbiran universiti dengan mengantung PMUM pada
25 September 1974 di bawah Seksyen 16 Akta 30. Kerajaan menyokong tindakan
Majlis Universiti mengantung PMUM dan sebuah pertubuhan yang dikenali Badan
Pemulihan Sementara diwujudkan bagi menjamin kebajikan pelajar. Namun, pada
26 September 1974, PMUM menghantar memorandum agar keputusan Majlis
Universiti ditarik balik. Kamarazaman Yaakob menyatakan keputusan itu tidak sah
kerana menyalahi Perkara 6 Ceraian 51 perlembagaan universiti.
Mahasiswa Progresif Menawan Institut Teknologi Mara (ITM)
“sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi
mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara” – Anwar
Ibrahim
86
Kerajaan dan masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap kehadiran kuasa
mahasiswa (student power) di negara ini dengan tuduhan militan, revolusioner
dan mengucar-kacir masyarakat. Sikap revolusioner perlu bagi membangunkan
sebuah negara yang adil dan maju. Shahnon Ahmad mendefinisi sikap
revolusioner; ‘Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh
dan menghancur sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta untuk membina
yang baru sebagai ganti yang lapuk yang diruntuhdan dirubah’.
Mahasiswa sebagai golongan intelektual muda perlu bersikap pemberani yang
berlandaskan ilmu dan pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang
diyakini bukannya bersikap surealis; bersuara kuat untuk meruntuh dan
menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Seorang revolusioner
mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan itulah dia akan bangun untuk
mengantikan penindas-penindas.
Oleh itu sikap radikal dan militan mahasiswa tidak perlu dibimbangi. Tun Abdul
Razak pernah berkata; “Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut,
tentulah kita dapat melihat perkara itu dari sudut yang betul”
Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh mahasiswa yang sedar akan
tanggungjawab mereka pada masyarakat dan negara kerana hidup biar berjasa.
Selepas pindaan AUKU 1975, gerakan mahasiswa kelihatan semakin permisive
terhadap isu nasional dan kampus. Tiba-tiba Malaysia dikejutkan apabila
mahasiswa ITM Shah Alam dan kampus Jalan Othman, Kuala Lumpur merampas
kuasa pada 6 Januari 1976. Kejadian ini merupakan peristiwa pertama bagi
gerakan pelajar menggugat kembali keabsahan kuasa AUKU.
Rampasan ini berlaku apabila mahasiswa tidak berpuas hati terhadap pimpinan
Dato Lokman Musa mengetatkan disiplin mahasiswa terutamanya etika
pemakaian yang melarang pelajar berambut panjang yang bertentangan dengan
hak asasi seorang mahasiswa. Peraturan-peraturan ala sekolah menengah ini
telah membangkita amarah mahasiswa kerana dilayan bagaikan pelajar sekolah
menengah. Dato Lokman memberi amaran, sesiapa yang ingkar akan dihukum.
87
Kesatuan Siswa ITM (KSITM) mengecam dan mempersoalkan tindakan Dato
Lokman kerana hanya golongan minoriti yang berambut panjang. Dato Lokman
hanya mementingkan perkara remeh dan pemakaian seseorang padahal
persoalan ini bukanlah penentu moralnya. Pemimpin KSITM, Rosman Abdul
Hamid menegaskan KSITM telah melakukan perubahan drastik dengan
mengharamkan judi, majlis tari menari pada tahun 1972. Mantan Presiden KSITM,
Ibrahim Ali, menyatakan pihak pentadbir perlu menyeru dan menggalakkan
pelajar mengikuti peraturan bukannya mengambil tindakan sekeras itu. Apa
gunanya dilakukan di dalam kampus jika di luar kampus terdapat arak, rasuah dan
tarian bogel di kelab malam masih dibenarkan.
Tindakan Dato Lokman dilihat tidak perlu kerana KSITM telah menubuhkan
kumpulan dakwah bagi mengatasi gejala sosial. Kebebasan mahasiswa telah
disekat dan mahasiswa telah menjadi remaja ke sekolah telah menjatuhkan imej
ITM sebagai institusi pengajian tinggi yang berasaskan kebebasan intelektual.
Pada 5 Januari 1976, ITM dibuka untuk penggal pertama, mahasiswa senior mula
tunjuk perasaan bagi membantah cara pentadbir melaksanakan peraturan
disiplin. Mereka bertindak tidak mendaftar diri untuk kuliah kecuali pentadbir
menarik balik arahan sebagaimana dituntut KSITM. Seramai 1000 orang pelajar
terlibat dalam demonstrasi di dataran berhampiran Pejabat Pentadbiran ITM.
Presiden KSITM, Abdullah Baba menyatakan tindakan pentadbir ITM tidak
berunding terlebih dahulu dengan KSITM menyebabkan protes tersebut.
Sebaliknya peraturan tersebut diperbesarkan dalam media massa dan ia memberi
gambaran buruk kepada pelajar dan KSITM. KSITM telah memperjuangkan
pemurnian akhlak dikalangan pelajar sejak tahun 1971.
Pada 7 Januari 1976, ITM Kuala Lumpur telah ditutup apabila mahasiswa telah
merampas kuasa, menguasai dan mengambil alih kampus di Shah Alam dan Jalan
Othman di Petaling Jaya. Seramai 4000 hingga 5000 mahasiswa menguasai
kampus.
KSITM menafikan keterlibatan mereka dalam penguasaan kampus itu. Cuma
KSITM tidak mengiktiraf keputusan Dato Lokman. KSITM juga kesal dan
terperanjat apabila Dato Mansor menutup ITM. KSITM telah meminta Menteri
Dalam Negeri, Dato Ghazali Shafie tidak menggunakan badan beruniform baca:
88
polis, FRU dan tentera) dalam menyelesaikan isu ini. KSITM hanya bertindak
sebagai pentadbir keselamatan dan kebajikan mahasiswa apabila pihak
pentadbiran meninggal kampus jam 2.30 petang pada 6 Januari.
Pada 9 Januari, seramai 3000 orang mahasiswa telah keluar dari kampus jam 4
pagi tetapi pihak pentadbir masih tidak dibenarkan masuk. Mahasiswa yang
meninggalkan kampus telah dicaci. Pihak pentadbir cuba memujuk mahasiswa
yang belum meninggalkan kampus dan memberi amaran mereka tidak akan
dibenarkan mendaftar diri bila kampus dibuka. KSITM telah menyerah kepada
Dato Mansor bagi menyelesaikan isu ini setelah perbincangan selama 5 jam.
Mahasiswa mengemukakan beberapa penyelewengan seperti masalah keciciran
mahasiswa dan penggunaan duit pelajar mesyuarat pentadbiran di Bukit Fraser.
Pada 10 Januari 1976, Pemangku Presiden Majlis Belia Malaysia, Azaham dan
Dato Lokman cuba memujuk mahasiswa. Dato Lokman merayu sebanyak dua kali
agar 120 mahasiswa menyerah diri dan kedegilan mereka menyebabkan mereka
disingkir. Semasa suasana tegang ini, polis menyerbu masuk ke dalam kampus
terutamanya di asrama kedua iaitu pusat gerakan pelajar. Rampasan kuasa
mahasiswa ITM menemui kegagalan.
Gerakan Mahasiswa dan ISA
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa
tanpa bicara. ISA digubal untuk menghapuskan musuh negara tetapi perkara yang
berlaku ialah penyalahgunaan ISA untuk menangani musuh politik. Justeru, ramai
berpendapat akta ini melanggar hak asasi manusia.
Penangkapan pemimpin mahasiswa menggunakan ISA bermula tahun 1974
ekoran Demonstrasi Baling. Antara pemimpin tersebut ialah Kamarulzaman
Yaacob (Presiden PMUM), Selamat Ahmad Kamal (Presiden PMUSM), Abdul
Rahman Sulaiman (SUA PMUSM) dan Koh Kim Kee (AJK Persatuan Bahasa
Tionghua UM).
Dalam konteks gerakan mahasiswa Islam, pemimpin mereka pertama kali ditahan
apabila PMIUM menganjurkan demontrasi membantah konsert Sheila Majid di
hadapan Dewan Tunku Canselor yang dihadiri seramai 1500 orang. Demonstrasi
89
ini menyebabkan dua orang pemimpin PMIUM iaitu Jamali Adnan (Setiausaha
Agung) dan Jamaluddin Ramli (Bendahari) ditahan di bawah ISA. Perkara ini juga
telah mencatat sejarah buat pertama kali pemimpin mahasiswa ditahan di bawah
ISA selepas AUKU 1975 dikuatkuasakan.
Pada 1 Ogos 2000, GAMIS, PKPIM, DEMA dan 68 NGO telah menghantar
memorandum agar ahli parlimen memansuhkan ISA.
Sekitar tahun 2001, keadaan politik Malaysia masih belum stabil ekoran penangan
gerakan reformasi tahun 1998. Pemerintah telah menahan pemimpin politik
seperti Ezam, Tian Chua, Hishamuddin Rais, Lokman Adam dan Badrul Amin.
Gerakan mahasiswa cukup responsif terhadap isu penahanan ISA telah
menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) pada tahun 2001
dianggotai oleh PKPIM, GAMIS, KARISMA-JIM, Universiti Bangsar Utama(UBU),
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Jawatankuasa
Kebajikan Mahasiwa(JKMI). GMMI telah mengadakan siri penerangan dan
demonstrasi.
Pada 11 Mei 2001, Mohd Fuad Ikhwan, Presiden PMUM merangkap Timbalan
Presiden BBMN menghantar memorandum mendesak kerajaan memansuhkan
ISA dan membebaskan 10 orang tahanan ISA kepada Ketua Polis Negara.
Keesokkan harinya, 12 Mei 2001, seramai 200 orang mahasiswa menghadiri
perhimpunan pelancaran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA di dewan kuliah
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pada tahun 2001, tujuh orang pemimpin mahasiswa seperti Mohd Fuad Ikhwan
(Presiden PMUM) dan Khairul Anuar (Jonah) ditahan di bawah tahanan ISA.
Mereka telah dibebaskan dan kes mereka berjalan. Mereka dikenali ISA 7. Mereka
ditahan ekoran demonstrasi secara aman mansuhkan ISA di Masjid Negara pada 8
Jun 2001 yang digerakkan oleh Gerakan Mahasiswa Mansuh ISA, PKPIM, DEMA,
UBU dan SPPUM (Sekretariat Pemuda Persatuan Ulama Malaysia).
ISA mencabul hak asasi seseorang manusia. Seseorang ditangkap tidak mampu
membela diri mereka disebabkan tahanan tanpa bicara. Kenangan pahit mangsa
ISA seperti dibogel, dimaki dan terseksa menyebabkan trauma dalam kehidupan
mereka.
90
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diaktifkan oleh pimpinan Jemaah Islah Malaysia
(JIM) dibawah pimpinan Syed Ibrahim (2015- Ketua Penerangan PKR). Pernah satu
ketika, antara pimpinan muda GMI ialah Mohd Ramadhan Fitri (2015 –Parti
AMANAH), mantan Presiden PMIUM dan YDP PMUM. GMI berfungsi menentang
ISA dan membantu ahli keluarga mangsa ISA.
Rujukan
Mohd Shuhaimi al Maniri, ISA dan Gerakan Mahasiswa, Akhbar Siasah 2007.
Politik Selepas Kampus
tradisi mencabar dan melawan
seorang hero gagah mendepani
rejim dan aparatnya.
tradisi mencabar dan melawan
tidak kurang ramai yang menyesali diri
akan radikal terpenjara
bergelumang kes mahkamah
memakan diri.
hero
bukan pada trajedi
tetapi pada istiqamah
pada hari kemudian.
I
Mahasiswa, jangan mengikut kecenderungan dan pengaulan kamu jika mahu
teruskan perjuangan selepas kampus. Kecenderungan dan pengaulan sama ada
kamu dengan pemimpin yang semeja kopi dan senior-senior kamu menjadikan
diri kamu hilang pertimbangan kerana termakan budi dan kasih sayang-
kemesraan politik yang palsu.
91
Kemesraan politik terhadap anak muda dan mahasiswa bersifat sementara yang
menusuk ‘politik ganja’ kepada mereka. Janji dan pujian melangit diakhiri dengan
sadis.
Mahasiswa, kamu wajib memilih kebenaran dan keadilan dalam menentukan
perjuangan kamu. Kebenaran dan keadilan mestilah melalui sumber berautoriti-al
Quran dan al Sunnah. Setelah kamu melakukan rujukan terhadap al Quran dan al
Sunnah, berdoa dan istikharahlah untuk mendapat pedoman daripada Allah
dalam memilih jalan perjuangan kamu.
II
Gerakan mahasiswa adalah gerakan yang bebas tetapi berpihak. Berpihak kepada
kebenaran bukannya bersifat populis.
Gerakan mahasiswa adalah medan latihan kader bukannya medan sebenar.
Medan sebenar mempunyai hakikat politik. Politik yang memihak kepada siapa.
Beramal, berjasa dan berkhidmat dalam kadarnya sebagai mahasiswa.
Gerakan mahasiswa adalah kecelaruan warna. Bersifat Islamik di kampus belum
tentu Islamik selepas alam kampus. Zaman mahasiswa zaman mencari identiti dan
pembinaan pemikiran seseorang.
Gerakan mahasiswa adalah perjuangan mahasiswa pada zamannya bukannya
mengikut arahan para senior dan parti politik kecuali para mahasiswa yang
bercenderungan atau menganuti ideologi dan pemikiran tertentu.
III
Pemimpin mahasiswa mempunyai pengaulan dan kecenderungan tertentu.
Pengaulan dan kecenderungan inilah yang banyak mempengaruhi pemikiran dan
pendekatan para pemimpin mahasiswa dan kader dakwah kampus.
Pengaulan dan kecenderungan ini tiada masalah jika kefahaman yang kita jernih
dan kita mempunyai dalil dan hujah yang kuat.
Para pemimpin mahasiswa perlulah ingat, hidup ini berdasarkan hujah dan dalil.
Hujah dan dalil ini disebut orang sebagai ilmu. Insan berilmu memerlukan rahsia
92
dalam keilmuan iaitu faham. Faham ialah kesedaran yang menghasilkan amalan
berpandukan ilmu yang benar dan sahih bersumberkan al Quran dan al Sunnah.
Gandingan faham ialah hikmah dalam tindakan. Inilah dinamakan kehidupan
insan adabi.
Ikatan senior dengan junior sangat berpengaruh dalam gerakan mahasiswa,
bahkan mereka membentuk kelompok yang boleh mewarisi legasi pemikiran para
abang mereka dan mereka juga mampu mencaturkan junior-junior mereka demi
kesinambungan pemikiran dan kehendak selera politik mereka dengan
menidakkan pengaruh pihak penentang dalam gerakan mahasiswa Islam. Disinilah
antara datangnya kecenderungan bermula dengan pengaulan.
Pemimpin mahasiswa perlu mengutamakan hujah dan dalil daripada
kecenderungan dan pengaulan mereka.
IV
Kembalilah kepada hujah dan dalil sebelum kalian memilih jalan perjuangan
bukan hanya mengikuti kecenderungan dan pengaulan kalian.
“Politik adalah permainan masa. Jika terlewat kamu kelihatan luput dan basi, jika
terawal kamu memasang angan-angan palsu. Jika berada pada saatnya, ada
sesetengah kamu terkhayal bagai tercandu dengan kehebatan pidato-retorik, idea
dan keperibadian tokoh, dan ada yang bernasib ia menjadi.”
Melawan Produk Imperialisme: Demokrat Muslim.
Islam Moderat, Islam Nusantara, Islam Sederhana, Demokrat Muslim atau Islamis
Demokrat, semuanya hanyalah produk yang intinya sama dengan kewujudan
Muslim Moderat. Muslim Moderat diangkat sebagai Model Kepimpinan Baru yang
paling sesuai dengan kehendak Imperialis Anglo-Amerika – Daulah Terpendam.
Puak sekularis termasuk liberalis menyambut baik kewujudan model kepimpinan
Muslim Moderat kerana ia menghakis konsep jihad, memalapkan bicara tentang
konsep negara islam dan memisahkan agama daripada politik. Imperialis Anglo-
93
Amerika mahu kehendak mereka tercapai; realiti setempat, sejarah dan tradisi
tidak dipedulikan oleh Imperialis.
Maka, anak muda dan gerakan mahasiswa mesti mengambil peduli tentang
agenda Imperialis Anglo-Amerika yang menusuk jarumnya dalam politik Negara
Malaysia. Jangan menjadi barua secara langsung atau termasuk dalam golongan
yang berada dalam acuan imperialis ini.
Langkah pertama adalah Imperialis Anglo-Amerika dan sekutu-sekutunya untuk
membina rangkaian Muslim Moderat mengikut kaedah berikut :
1. Menentukan kriteria yang membezakan antara Muslim Moderat dan Muslim
Fundamentalis. Kejelasan takrif Muslim Moderat ini penting kerana dibimbangi
golongan Muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi Muslim
Moderat.
2. Mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi
aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya.
3. Proses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan, dan menyelia
program-program, projek-projek, dan keputusan-keputusan yang telah dan bakal
dilaksanakan.
Untuk membina jaringan rangkaian Muslim Moderat, antara keutamaan
seharusnya diberi kepada :
1. Muslim Liberal dan akademik Islam sekular yang cerdik pandai
2. Sarjana-sarjana muda dalam bidang keagamaan yang moderat
3. Aktivis-aktivis masyarakat
4. Kumpulan-kumpulan wanita yang memperjuangkan persamaan jantina
5. Wartawan-wartawan dan penulis-penulis yang berfikiran moderat.
Dari segi bantuan kewangan, cadangan penajaan diberikan kepada aspek berikut :
1. Pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan
penggunaan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang
berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme.
94
2. Media. Menaja berkembangnya media moderat sebagai usaha untuk
membendung dominasi media anti demokratik dan unsur-unsur Islam yang
konservatif.
3. Kesamaan jantina. Memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hak-
hak wanita . Promosi kesamaan jantina adalah satu komponen penting dalam
mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.
Teks-teks penting berasal daripada para pemikir, cerdik pandai, aktivis-aktivis, dan
pemimpin-pemimpin Islam, sama ada dari Turki, Indonesia, dan di tempat lain
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau dari bahasa Arab diterjemahkan ke
bahasa tempatan serta disebarkan dengan meluas.
Fasa terakhir kelahiran rangkaian Muslim Moderat ialah mengadakan satu
bengkel sebagai usaha mendapatkan input dan sokongan ke arah pembinaan
rangkaian Muslim Moderat di peringkat antarabangsa dan kemudian diadakan
sebuah kongres.
Tempat persidangan antarabangsa perlu dipilih berdasarkan kepentingan simbolik
untuk umat Islam, misalnya diadakan di Córdoba Sepanyol. Dalam persidangan itu
akan dilancarkan sebuah organisasi rasmi yang akan bertindak melawan Muslim
Radikal.
Terbaru, Persidangan Demokrat Muslim Sedunia di One World Hotel, Petaling
Jaya pada 3-4 November 2014. Persidangan antarabangsa kedua Forum Sedunia
Demokrat Muslim di Jakarta pada tahun 2015 dan didokongi oleh Sasakawa
(Sasakawa Peace Foundation), Pusat Habibie dan SETA. Dalam persidangan ini,
nama Rashid Ghannoushi, Abdullah Gul, BJ Habibie dan Anwar Ibrahim antara
tokoh utama penggerak ‘Demokrat Muslim’.
Mitos Mahasiswa Bebas
“Syariat’ memecahkan rakyat Tunisia, Islam menyatukan mereka”
Rashid Ghannoushi
95
Gerakan mahasiswa adalah gerakan anak muda terpelajar mendepani isu-isu
kampus dan rakyat. Jujurnya, gerakan mahasiswa mesti mempunyai sifat
pemberani dan melawan dalam menggerakkan idealisme perjuangan mereka dan
aspirasi rakyat jelata. Cuma, perjuangan mahasiswa perlu cerdik dan berhikmah
dalam membebaskan diri mereka daripada menjadi alat pihak tertentu, tindakan
dilakukan dengan ilmu bukannya emosi. Perjuangan yang baik mempunyai
panduan dari segi worldview dan ideologi.
Di kampus ada dua jenis kongkongan yang dikatakan mengikat kebebasan
mahasiswa iaitu (1) diikat oleh Pentadbiran Universiti (HEPA) dan (2) diikat oleh
parti politik tertentu. Dari segi diikat kebebasan oleh parti politik tertentu,
gerakan mahasiswa dilihat tidak mahu parti politik tertentu mengongkong
kebebasan, menjadikan mereka sebagai pelaksana arahan dan tidak mahu diri
mereka bahan pencaturan parti politik. Polemik gerakan mahasiswa sebagai
‘wakil’ dan cabang parti politik tertentu atau gerakan bebas yang bekerjasama
atas sesuatu isu terus berlangsung dan ia adalah putaran wacana-polemik tanpa
nokhtah.
“Kami anggap kampus adalah pusat latihan dan bereksperimen dalam kegiatan
kami namun apabila PAS cuba mengongkong, kami mula memberontak,” beritahu
Khairul Najib Hashim, Presiden PMIUM yang telah menyertai Parti Amanah
Negara(AMANAH). Pada hemat saya, mahasiswa berhak menyuarakan ketidak-
puasan hati mereka kepada sesiapa sahaja. Mahasiswa berhak mengkritik dengan
ilmu kepada mana-mana pihak yang jelas memperkotak-katikkan mahasiswa dan
rakyat.
Khairul Najib Hashim menyertai tiga pemimpin progresif, Mohammad Amar Atan
(Mantan Presiden PMUM), Fahmi Zainol (mantan Presiden PMUM) dan Adam
Fistival Wilfrid (AJK PMUM) menyertai PKR dan AMANAH dengan alasan PAS
mengongkong mereka. Penyertaan ini mengulangi kisah Nazree Yunus (Presiden
PMIUM) menyertai PKR dan Ahmad Shabery Chik (Presiden PMUM) menyertai
S46 dan UMNO. Bolak-balik pendirian kalangan pemimpin mahasiswa memberi
satu pengajaran bahawa jangan sesekali percaya kepada tokoh, jika tidak kalian
akan dilaberak-kencing oleh mereka. Pilih perjuangan berdasarkan Perlembagaan
organisasi bukannya tokoh.
96
Penulis seringkali mengkritik gerakan mahasiswa tetapi penulis tidak bimbang
dengan sifat melawan mereka kerana sifat itu tidak bersifat mutlak dan ia
dimatangkan oleh usia. Kita boleh melihat pahlawan handal gerakan mahasiswa
yang lantang bersuara mencabar dan menggugat pemerintah telah menjadi
pemimpin utama pemerintah yang dilawannya. Antara pemimpin tersebut ialah
Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Ahmad Shabery Chik dan ramai lagi. Tiada jaminan
sifat pahlawan mereka berterusan di luar kampus.
Penulis tidak kisah jika mana-mana pemimpin mahasiswa tidak memilih
perjuangan yang mereka perjuangkan di kampus. Pada hemat penulis, pemimpin
gerakan mahasiswa selepas kampus terbahagi kepada (1) kekal berjuang dalam
wadah yang asal, (2) menjadi simpatis atau penyokong wadah asal, (3) penggerak
sebalik tabir wadah asal, (4) berseberangan ke wadah lain dan (5) menyepi
dengan kerjaya.
Dalam kepimpinan, jangan sesekali mempercayai kehebatan diri seseorang tokoh
luar atau pimpian mahasiswa sendiri kerana kelak kita akan kecewa, percayalah
kepada Dasar Organisasi (Perlembagaan), kepimpinan kolektif atau Syura,
pendekatan berhikmah, perjuangan mencakupi keseluruhan kehidupan,
berprinsip bertepatan syariat dan ahli terdiri daripada orang soleh. Kepimpinan
hanyalah amanah dan taklif bukannya atas dasar kehebatan peribadi yang boleh
dianggap bonus. Sudah cukuplah kita telah tergoda dengan kehebatan perjuangan
Islam Anwar Ibrahim, Ahmad Shabery Cheek, Ibrahim Ali dan Nurcholish Majid
yang akhir berseberangan daripada perjuangan asal.
Idris Ahmad menceritakan Mohamad Sabu2 yang sering berucap dalam tamrin
pelajar bahawa beliau percaya 20% sahaja di kalangan kamu ini akan bergerak
dalam PAS, manakala Ustaz Idris Ahmad menyatakan 5% pun tidak sampai yang
terlibat dengan Pas. Kepentingan diri, posisi kerjaya dan protes menyebabkan
pemimpin mahasiswa tidak aktif selepas kampus.
Realitinya, kebebasan dalam gerakan mahasiswa adalah satu mitos. Gerakan
mahasiswa mempunyai pengaulan dan kecenderungan yang menyebabkan
mereka berpihak kepada pihak tertentu. Paling dogol pun mereka berpihak
kepada para senior mereka.
2 Bekas Timbalan Presiden PAS, kini Presiden Parti AMANAH (2016).
97
Mitos mahasiswa bebas adalah bahan momokkan kosong zaman berzaman.
Mitos Mahasiswa Progresif
“Tapi jika saya dahulu ditangkap kerana berdemonstrasi, kamu semua kena
bersedia untuk ditangkap” - Anwar Ibrahim
Mahasiswa dengan segala potensi dan kelebihan yang dimiliki oleh diri mereka
sewajarnya berperanan secara berstrategi dalam masyarakat. Oleh itu, mereka
memerlukan idealisme yang dibangunkan dengan tunjang intlektualisme, integriti
dan kepedulian terhadap masyarakat.
Secara realiti, bukan semua mahasiswa memiliki kesedaran dan keterlibatan
dalam gerakan mahasiswa. Perkara ini berlaku kerana mahasiswa Malaysia
dihinggapi oleh virus pragmatisme dan apatisme. Mahasiswa jenis ini unggul
dalam akademik, tetapi kepedulian mereka terhadap masyarakat terlalu sedikit.
Sebenarnya, kepedulian terhadap masyarakat datang lambat setelah mereka
berada dalam masyarakat. Ketika itu perjuangan mereka dihalang oleh pelbagai
komitmen tidak sebagaimana ruang masa mereka pada zaman mahasiswa.
Mahasiswa progresif pelbagai aliran pemikiran dan proksi perlu menjadi seorang
first class citizen yang peka dan prihatin terhadap permasalahan moral dan politik
yang menjadi santapan harian rakyat.
Persoalan yang timbul, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh mahasiswa
progresif?. Adakah mereka terus turun ke jalan raya?.
Bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan demonstrasi atau jalan raya.
Pertama, mahasiswa progresif seharusnya mempunyai kerangka pemikiran dan
pandangan sarwajagat yang betul dan benar. Permulaan sebuah perjuangan
adalah kefahaman terhadap ilmu dan keadilan. Perjuangan bukan bermodal
semangat sahaja tetapi berpedoman dengan kerangka pemikiran agar perubahan
yang dilakukan tidak menjadi perulangan masalah sahaja. Justeru, mahasiswa
98
progresif perlu faham dan cuba memahamkan mahasiswa lain dan rakyat
terhadap kerangka pemikiran mereka.
Kedua, mahasiswa progresif memerlukan prinsip keseimbangan antara identiti
gerakan mahasiswa sebagai gerakan moral dengan gerakan politik. Kita tidak
mahu mahasiswa progresif menjadikan gerakan mahasiswa sebagai gerakan
politik sehingga menenggelamkan gerakan mahasiswa sebagai gerakan moral.
Gerakan Moral Mahasiswa adalah sebuah gerakan yang berlandaskan jiwa,
empati dan idealisme untuk membela dan memperjuangkan hak-hak masyarakat
yang tidak ditunaikan oleh pemerintah yang ada. Daripada Gerakan Moral
Mahasiswa inilah, fahaman keadilan yang sebenar dibentuk. Isu umpamanya hak
pendidikan percuma, bahasa, penghapusan tol dan hak asasi manusia perlu dikaji.
Mahasiswa Progresif mengkaji, mengkritik dan menyediakan pelan tindakan
alternatif dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Mahasiswa progresif
sebolehnya menjadi masyarakat sendiri sebagai kuasa ketiga dalam mendesak
pemerintah dan pembangkang untuk memulihkan kehidupan rakyat.
Gerakan mahasiswa sebagai gerakan politik nilai iaitu gerakan politik berasaskan
kebenaran ilmu, berautoriti sumber rujukannya dan tidak pro mana-mana pihak
terutamanya parti politik dan pemerintah. Mahasiswa progresif perlu mengkritik
dan menyarankan kaedah penyelesaian. Demonstrasi adalah pendekatan terakhir
dalam menyelesaikan masalah. Demonstrasi gerakan politik nilai secara aman,
tiada provokasi, bertujuan meluah rasa bukan sedia ditangkap dan mengikut
lunas-lunas perundangan.
Walaubagaimanapun, tugas asasi mahasiswa adalah mengoptimalkan segala
potensi, ruang dan peluang untuk meningkatkan kualiti diri dan memperolehi
pengalaman dalam setiap aktiviti. Kualiti diri yang dipupuk akan dibawa keluar ke
dalam masyarakat untuk melakukan perubahan dan menyedarkan masyarakat
pada zaman mahasiswa dan selepas alam kampus. Pengalaman kepimpinan,
jaringan persahabatan dan pemupukan potensi menjadi adipenting untuk
membina masyarakat madani.
Kampus adalah medan latihan,
Masyarakat adalah gelanggang sebenar,
Mitos Mahasiswa Progresif datang kemudian
99
selepas kampus bukannya semasa berlagak hero
di kampus.
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Universiti Malaya
adalah dua nama yang tidak dapat dirungkai dalam sejarah gerakan mahasiswa.
PBMUM telah membuktikan keunggulan mereka dalam gerakan mahasiswa
terutamanya dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu. Kini, PBMUM semakin
sunyi, sepi dan lesu sehingga maqam yang dimilikinya ketika dahulu semakin
luntur. Artikel ini bertujuan mengimbau kembali kenangan PBMUM sebagai
gerakan pelajar yang terunggul di negara ini.
PBMUM ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 47
orang. Kelahiran utama PBMUM disebabkan mahasiswa Melayu terasa tercabar
dengan cadangan segelintir pemimpin mahasiswa Melayu dalam forum radio
yang menggesa sekolah Melayu dihapus dan diperluaskan penggunaan bahasa
Inggeris. Pemimpin guru Melayu telah mencabar mahasiswa Melayu lain agar
membuat respon terhadap isu ini pada tahun 1953.
Pada peringkat awal iaitu tahun 1955-1965, aktiviti PBM lebih kepada aktiviti
bahasa dan kebudayaan. Mereka lebih banyak mengadakan forum dan aktiviti
kebudayaan. Aktiviti PBMUM untuk menghidupkan kembali kebudayaan Melayu
dengan aktiviti bahasa, seni dan sastera. Kegiatan pada tahap ini tertumpu di
dalam kampus sahaja.
Pada tahun 1965-1971, zaman perjuangan PBMUM telah bermula. Pada
tahap ini perjuangan PBM berimej nasionalis-sosialis yang bebas daripada
pengaruh luar. ‘...perjuangan PBMUM sekarang ialah merangkumi setiap aspek
perjuangan termasuk politik, ekonomi, pelajaran, sosial dan sebagainya.’ Antara
isu yang diperjuangkan oleh PBMUM adalah isu Bahasa Melayu, Dasar Pelajaran
Kebangsaan, isu rakyat luar bandar (penerokaan tanah diTeluk Gong) dan
penubuhan UKM. Pada waktu inilah munculnya Sanusi Osman, seorang
mahasiswa sosialis yang bersama-sama berjuang dengan wira tanah rakyat
negara, Pak Hamid Tuah. Episod ini menandakan zaman radikal gerakan pelajar.
100