Talibul-ilmikah aku? Talibul-ilmikah aku?
Yang begitu culas menuntut ilmu, Adab berguru, tidak kutahu?
Katanya ingin menelaah buku, Habluminannas, apalah itu?
Rupanya menyoroti ‘Facebook’! Kononnya sijil agama beribu-ribu,
Talibul-ilmikah aku? Namun solatnya tetap di hujung waktu!
Kelas bermula sedari pagi, Talibul-ilmikah aku?
Sedang aku masih dirantai digari, Ujaran guru aku tinggalkan,
Di penjara mimpi nan fantasi. Nasihat ibu aku abaikan,
Talibul-ilmikah aku? Larangan agama jadi rempuhan,
Tugasan dan penilaian aku tipu, Princemeed di Youtube jadi rujukan,
Peperiksaan juga aku tiru, Hah, sudahnya Sains jadi ilmu syaitan!
Yang aku tahu hanyalah Itadakimasu!, Talibul-ilmikah aku?
Apa berkatkah keputusan ‘4 rata’-ku? Menunggu rebah barulah bersujud,
Talibul-ilmikah aku? Tergapai hajat, dilupakan Yang Satu,
Rakan dan taulan aku caci maki, Sedang dunia ini mata’ul ghurur, Ah,
peduli apa aku?
Kononnya akulah terpaling kudsi, Libur dahulu, pintu taubat buka selalu!
Sedang nikmat Tuhan aku kufuri,
Eh, ‘yaumul qiyāmah’-kan lambat lagi? Ya nafsi, sedarlah diri,
Janji Tuhan sudah tajalli,
Malakul maut sedia menanti,
Segeralah insafi diri!
FZ
Benteng ini, Kerana mereka,
Aku bina sendiri, Sahabat aku di rumah kedua,
Tanpa pengetahuan mereka disisi, Yang kini aku anggap sebagai keluarga,
Kerana ini hal sanubari. Menyayangi aku,
Mencintai aku,
Benteng ini, Menjaga aku,
Dibina teguh olehku, Ibarat esok hari tidak tertulis buat aku.
Saat kaki ini melangkah rapuh,
Menerusi gerbang menara gading itu. Bentengku yang aku bina teguh,
Kian rapuh dengan setiap pelukan,
Patutkah aku berterima kasih Kian lemah dengan setiap sentuhan,
kepada kekasih hatiku, Kini berantakan dengan
Kerana angkara durjana itu, setiap gelak tawa,
Aku bina dinding kesetiaan Tangis dan duka kala bersama.
yang teguh dan tinggi,
Biar mereka juga tak dapat lalui. Suatu hari kita kan terpisah,
Namun benteng ini,
Nabastala langit membiru, Tetap akan lemah,
Semakin hari semakin mendung, Kerana kini namamu,
Ibarat sanubari yang sendu, Ku titip dalam setiap doaku.
Aksaku memandang jauh,
Kerana makin masa berlalu,
Makin aku sedari sesuatu.
Benteng yang aku bina , (‘benteng’ merupakan puisi yang
Semakin lama semakin lemah, dinukilkan khas buat sahabat di PASUM,
Cuba aku kuatkan juga, anggaplah puisi ini hadiah sebelum kita
Tapi perbuatan mereka, berpisah suatu hari nanti)
Mampukah aku pertahankan,
Benteng yang aku anggap Ainnur Rifhan Nazri
takkan berantakan?
'Innocence' by Afiqah Zakirah
Aisyah Maisarah
Binti Abd Razak
'Victorian Townhouse' by
Nurul Farhanah
Binti Huzairi
Kita punya organ deria Dia beri kita telinga
hidung, mata baik guna untuk 'merasa'
mulut, telinga kita dengar orang bicara
adakah telah diguna berita disampai sedap menarik
dengan sebaiknya? ditambah rencah agar tertarik
kita percaya, terus terpekik
Jika punya sepasang mata tapi tak tahu buruk atau baik.
untuk 'mendengar' ada baiknya
dari 'melihat' barangan mewah Mulut juga Dia beri
ayuh dengar keluh kesah ingin kupinta agar berhati-hati
dek harga melampaui lumrah. gunakannya juga untuk menghidu
agar dapat kaubau
Hidung juga Tuhan lekat busuk kata-kata bangkaimu.
elok guna untuk melihat
Kau tanya apa maksud tersirat? Iqmal Iskandar
Tundukan pandangan, jauhi maksiat.
Fatimah Nabihah
'Densha'
By Afiqah Zakirah Azlan Shah
'Go Big or Go Home -
Dr Mahassan' by
Muhammad Zulkhairie
bin Kamisan
Mathilda Nicole
bt Lian
Perjuangan Cik Siti semakin hangat, Betapa ʿadhāb al-Qabr
Kononnya ingin memartabatkan umat, itu bukan sinetron dongengan,
Yang sebenarnya menghancurkan jagat, Namun plotnya berbeza-beza,
Kerana pilihannya ada dua,
Berbekalkan impian laksana Sifar atau satu?
iram dhāt al ʿimād. Begitulah kehidupan di alam ini,
Hidup ini tunjangnya binari, Menang atau kalah,
Wanita dan lelaki, Jatuh atau bangun,
Muzakkar dan muannas, Hitam atau putih,
Bukan mukhannas, Gelap atau cerah,
Hidup atau mati,
Bukan jua mutarajjilat.
Syurga atau neraka,
Namun manusia semakin bangga, Semuanya binari.
Sedang berilmu beragama, Apa wujudkah yang satu?
Tetap dicanang satu dunia, Bukankah sudah jelas,
Betapa ‘akulah insan ketiga’! Qul huwallāhu aḥad.
Yang dahaga akan perhatian, FZ
Lapar akan kepuasan.
Tidak puas mencabar nas yang sabit,
Dirempuh pula hadis Nabi nan kudsi,
Apa manusia sudah ghaib akalnya?
Tidak takutkah akan Neraka janjian Ilahi?
i iv
langit ungu aku dilambai rumpai
serakan awan nipis menyentuh kaki
bulan masih menangis
bintang senyum sinis aku biar arus memandu
setidaknya aku tetap dikemudi
ii
daun gugur rangup v
tanah dijadikan mentega hanya cereka empat petala
dua keping batu petala kelima itu aku sedang hidupi
bahagia bersama kalian semua
iii
aku di atas gunung Taufiq Harith
nafas bergema 25 Januari 2021
aku seorang di atas gunung
melaung...
melaung...
'Memoria'
By Muhammad Afiq Bin Khalid
Why It is too late
Why do you cry
Over the milk Where
That you yourself spilled Where goes the dream
That stirred you up from your sleep
Why Tell me
Do you even try If there is any left of it
To turn back time Or is it washed away by the stream
It is so out of line The stream of time
That keeps flowing
Oh my
Look at the mess Mohamad Faisal Bin
that you have made
Look at the time Abd Karim
you have betrayed
Start all again
but I am afraid
It took her time to see where she was. She opened the window,
and autumn invited herself in.
Seasons passed as she turned recluse,
Damned in the walls of her home. But autumn came with a price,
She witnessed the changes One she was due to pay with time,
from a boarded up window, She witnessed the wind flowing,
Fearful and scarred, To kiss her flowers goodbye.
for the light to shine in. She felt the heat disappear,
As the colours drain.
She witnessed spring in flowers, The cold has only gotten colder,
Rain tapping against the window panels, No love and care to be maintained.
Her heartbeat matching the rhythm.
She grew fond of the colours, She closes the window.
The evergreen presence, But winter still wishes to keep her cold.
Wishing for her love and care.
She loosened the wooden board, Winter pushes her down,
and then came summer. Makes the most of a fragile mind,
She witnesses time in a frozen state,
Summer found her inspiring, It threatens to break what is broken,
Giving her warmth distinct Lengthens her nights when
from the cold of home, she misses the days.
She witnessed the sun in skies, She sees snow, and weeps.
Remembered the old days on beaches, She misses her flowers,
Felt the breeze through she misses her warmth.
tangled hair and held hands. It is hard to forget love and care,
She grew fond of memories, when it is all you once had.
Wanting to be loved and cared.
She boards up her windows, and walks away.
Maybe she should have known better,
That seasons pass with no permanent change,
That time can either go too fast,
or remain frozen in its place.
She witnesses the cycle as it turns,
Damned in the walls of her home.
She turns recluse, fearful and scarred.
She is not afraid to let the light in,
She is afraid of having to say
goodbye when it leaves again.
It took her time to see where she was.
She was stagnant.
She was lost.
But when spring comes,
she’ll loosen a wooden board.
She should witness her flowers,
They are worth more than her fears.
Aleeya Natasha
binti Shahrul Imran
I was mortified when I was on the fight,
Grab the holster high but not today,
Not the night cause when morning come,
I hurry run with ostrich rush,
Wake up early on four or five,
Encounter all of the stronger lies that brought upon my own demise, But now my mind is
fortified and now immune from soak from cries,
I hold the mic screaming how alone am I,
Isolated, I'm so stressed out, Lights go way out, I hold my pain now, speed made me faint,
Again and again no one understands until I came and say,
An emission of a mission is lack vision no fixing from pass witness
Mad teacher sees no avail in him adhesion with lax features
Addition is smack and learn,
Teachers ferocious, mess and firm,
Just jump charisma
And buy actin more from acting hoax for every folks
Now I’m stronger the cadence I'm grabbing is landing on a better planet,
I will persevere, hold my fear, sprint to my career and beat everything near;
Aiman Raihan Bin Abd Razak
Aku selalu tertanya-tanya, adakah menjadi „berbeza‟ itu merupakan suatu perkara yang
indah ataupun sebaliknya? Adakah dengan menjadi „yang lain daripada biasa‟ merupakan
sesuatu keistimewaan atau suatu sumpahan? Selama 14 tahun aku hidup masih tiada
jawapan kepada persoalan itu.
Aku melontarkan pandangan ke luar jendela bilikku. Panorama sebuah bandar kecil
bernama Arabeth yang agak terpencil di barat Kigoma, Tanzania menjadi santapan
mataku. Tanah merah, bangunan daripada batu bata yang tidak seragam dan beberapa
penduduk berkulit gelap menjadi ikonik di kawasan ini. Bandar kami tidak seperti
bandar-bandar besar di Tanzania yang megah dan bersih. Akibat daripada kemelesetan
ekonomi dan politik kami merupakan salah satu daripada beratus-ratus bandar kecil yang
diketepikan. Hidup kami hanya berekomikan pelandangan dan pertanian namun ia masih
tidak mencukupi maka pada tahun 1995 „penyelamat kami‟ tiba.
“Fareeda, cepat bersiap. Kelas akan bermula,” panggil nenekku dari ruang tamu.
Dengan pantas aku melilit selendang hitamku lalu turun ke bawah.
Neneklah yang telah menjaga aku sejak aku masih kecil.
Ibu bapa aku telah dibunuh oleh
„penyelamat kami‟.
„Ndege Wa Haki‟ yang bermaksud „Burung CENGKERANG
Keamanan‟ menjadi nama yang tidak asing di
telinga kami. Panji mereka yang berwarna PUTIH
merah dan bersimbolkan burung merpati
putih berkibar saat mereka tiba di sini 20
tahun lalu. Mereka tiba membawa
keamanan dan kemakmuran kepada
kami dengan membantu penduduk di sini
untuk memulakan cara hidup sara diri.
OLEH : IQMAL ISKANDAR BIN BORHANUDIN
“Merekalah perwira kita!” Terngiang-ngiang ditelingaku sorakan penduduk bandar
kami tatkala kelihatan berpuluh-puluh hasil pertanian kami yang telah berjaya
membuahkan hasil sejak sekian lama dan telah bersetuju untuk menjadikan mereka
sebagai pemimpin baharu Bandar Arabeth. Panji-panji mereka bergantungan di setiap
jalan di bandar ini. Berkibar dengan kemegahan bak pahlawan yang telah berjaya
menawan kota besar.
Untuk sesetengah penduduk mereka ialah perwira tetapi untuk sesetengah yang lain
mereka ialah penindas. Mereka datang membawa satu ajaran agama yang salah. Ideologi
agama mereka menganggap bahawa mereka ialah utusan Tuhan yang seterusnya yang
membawa satu ajaran agama yang baharu . Mereka diutus untuk menyebarkannya
kepada kami dan sesiapa yang menolaknya dianggap murtad dan akan dibunuh.
Ibu bapa aku ialah mangsa mereka. Nenek menyelamatkan aku tatkala gerombolan
mereka merempuh masuk ke rumah kami untuk mengheret ibu bapaku yang
merupakan perjuang Islam di sini. Mereka telah dipancung
di hadapan khalayak ramai sebagai hukuman kepada sesiapa sahaja
yang memberontak.
Aku yang baru berusia tiga tahun bersembunyi
di rumah nenek sehingga kini. Nenek tidak membenarkan
aku keluar dari rumah sehingga aku berumur 10 tahun
apabila keadaan tidak segenting dahulu
tetapi dengan satu syarat. Aku harus menyamar.
Menjadi berbeza mungkin menjadikan seseorang itu
istimewa tetapi tidak jika kita berada di Tanzania. Aku telah disahkan
menghidap suatu gangguan kongenital yang amat aneh dan jarang
berlaku iaitu albinisme.
Tidak seperti gadis lain di luar sana yang berkulit gelap dan normal, aku
ialah gadis albino berkulit putih, botak dan mempunyai anak mata
berwarna merah.
Seperti yang aku katakan, ini merupakan kecelakaan jika berada di Tanzania. Albino
diburu dan dibunuh oleh gerakan ilmu hitam kerana kami dianggap keramat. Bagi
mereka, organ kami amat bernilai di pasaran gelap untuk melakukan upacara ilmu hitam.
Ada yang dipotong tangan dan kaki juga ada yang dibelah dada untuk mengambil jantung
mereka.
Dengan wujudnya gerakan „Ndege Wa Haki‟ di bandar ini, aku ibarat tikus yang
dikelilingi sekawan burung pemangsa. Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh menerjah
pintu rumahku dan menculik aku untuk upacara keagamaan mereka.
Nenek selalu bimbang akan keadaan aku namun aku tidak. Selagi aku berpegang
dengan ajaran Agama Islam yang benar aku yakin, Allah menjaga aku.
Setelah menghabiskan sarapan aku memulakan rutin harianku yang amat penting.
Menyamar.
Aku di belakang rumah. Ada pagar-pagar daripada besi zink yang memisahkan halaman
dengan kawasan bandar kami. Aku duduk di tangga sambil tanganku mencapai arang
dari sebuah guni.
Dengan satu lafaz bismillah aku melumurkan arang yang hitam itu ke wajahku yang
putih bak cengkerang di lautan. Inilah penyamaran yang mampu aku lakukan, sekurang-
kurang aku boleh melindungi diriku daripada mereka. Usai, berpuas hati dengan
penyamaranku aku memakai stokin, sarung tangan dan terakhir menyarung badanku
dengan hud perang untuk menutup badanku dari cahaya matahari yang juga boleh
membunuhku.
“Nek, saya ke sekolah ya. Jaga diri.” Aku melangkah ke pintu belakang untuk ke arah
bandar.
“Kamu yang harus menjaga diri, Fareeda. Semoga Allah menjaga kamu.” Nenek
melambai-lambai dari dalam rumah sambil mulutnya terkumat-kumit membaca
sesuatu.
Aku mengganguk lalu melangkah keluar dengan satu lafaz bismilah diikuti bacaan doa
agar segalanya selamat.
Setiap langkah aku aturkan, semakin aku seperti mendekati maut. Lebih-lebih lagi
apabila aku sedang dalam perjalanan ke sekolah. Sejak kedatangan „Ndege Wa Haki‟
mereka mengharamkan pendidikan kepada golongan wanita. Mereka menganggap
bahawa kaum wanita ini tidak layak untuk turut serta dalam apa-apa jua hal dalam
sesebuah institusi dan hanya perlu duduk di rumah dan melayan suami dan keluarga.
Bagi mereka wanita adalah lemah dan aku amat tidak bersetuju. “Baiklah kelas, buka
buku teks pada muka surat 56. Baca dan fahamkan teks. Soalan akan cikgu edarkan
sebentar lagi.” Suara Cikgu Abdol menarik aku untuk berpaksi kepada realiti semula.
Kami mengangguk lalu membaca halaman tersebut dengan senyap. Kesemua murid
kelas aku yang seramai 12 orang ialah perempuan yang juga beragama Islam. Kami semua
berbeza usia namun datang dengan satu matlamat yang sama. Kami mahukan
pendidikan untuk membanteras penindasan terhadap kami. Pendidikan merupakan
kunci ke arah gerbang dunia di luar sana. Kami berpaksikan satu daripada hadis Nabi
Muhammad yang sahih iaitu;
‘Menuntut ilmu merupakan kewajipan kepada semua muslim.’
Dengan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan hadis kami sanggup menggadai
nyawa untuk menuntut ilmu di sini walaupun sekolah kami hanyalah satu bangunan
lama yang uzur. Sekolah rahsia ini telah dibangunkan oleh seorang lelaki iaitu Cikgu
Abdol sejak empat tahun lepas selepas beberapa sekolah di bandar Arabeth dibom oleh
gerakan „Ndege Wa Haki‟ sebagai seruan kepada penduduk akan ideologi agama mereka.
Sedang asyik kami menjawab soalan yang diedarkan, muncul seorang wanita di dalam
kelas kami. Cikgu Abdol yang seperti sudah dapat mengagak kehadirannya lantas
menghampiri wanita itu dan membisik sesuatu. Mata kami semua terpaku ke arah mereka
namun mulut kami masih berkunci. Terkejut barangkali dengan kahadiran figura asing itu.
Cikgu Abdol tampil kehadapan sambil menyilangkan tangan ke belakang, “kelas, hari ini
kita dihadirkan dengan seorang tetamu yang amat istimewa. Saya memperkenalkan Cik
Claire wakil daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB).”
Kami semua melemparkan senyuman sebagai salam perkenalan kepada wanita 30-an
itu. Dia membalas senyuman kami lalu melangkah ke sisi Cikgu Abdol.
“Hai, salam perkenalan. Saya Claire McWarren salah seorang Setiausaha Media PBB.
PBB merupakan satu organisasi antarabangsa yang akan membincangkan segala
permasalahan mahupun konflik yang sedang berlaku di seluruh negara yang berbolak-
balik seperti yang sedang berlaku di negara Tanzania ini. Kamu sedar bahawa terdapat
satu gerakan yang telah menawan bandar kamu dan membawa ideologi yang
menyeleweng serta telah menindas hak-hak kamu, bukan?”
Kami memandang satu sama lain. Dengan takut-takut kami mengangguk kecil sebagai
respon.
“Apakah yang kamu akan lakukan untuk melawan mereka? Adakah berdiam sahaja?”
soalnya.
“Kami tiada kuasa untuk melawan. Mereka ada senjata dan pengikut yang ramai. Jika kita
melawan ibarat kita membunuh diri sendiri,” balas salah seorang rakanku.
“Macam mana jika saya katakan bahawa kamu sudah memiliki kuasa itu? Saya datang
dengan satu harapan. Saya ingin membantu kamu semua tetapi kamu juga harus
melakukan yang sama.”
“Apa yang kami boleh lakukan?” Aku semakin tertarik.
“Mahukah jika suara kamu didengari oleh jutaan yang lain
di luar sana?”
Aku mengerutkan dahi, bingung. Suara kami didengari oleh
jutaan yang lain? Apakah maksudnya?
“Saya mahu salah seorang daripada kamu menjadi sukarelawan untuk menulis diari
harian kamu dan ceritakannya kepada kami.”
Bisik-bisikan kecil lantas kedengaran. Sebahagian besarnya berwajah pucat, takut. Ini
merupakan satu kerja yang amat berbahaya. Dengan menceritakan perkara yang berlaku
di Bandar Arabeth yang agak kucar-kacir dek gerakan ini akan membahayakan nyawa
diri dan keluarga.
“Usah risau, identiti kamu akan dirahsiakan. Segala yang kamu ceritakan akan kami
terbitkan di laman portal PBB untuk tatapan umum seluruh dunia tentang situasi yang
sedang melanda bandar kamu ini. Kami ingin membantu untuk membanterasnya agar
segala konflik akan menjadi jernih semula.” Suara wanita itu memang jelas penuh
pengharapan yang tinggi.
Tiada sesiapa yang berani untuk menawarkan diri mereka. Masing-masing masih takut
dan trauma dengan insiden yang berlaku akhir-akhir ini iaitu pembunuhan para
pemberontak di tengah-tengah pekan kami. Masih jelas kelihatan darah manusia yang
berusaha mempertahankan akidah dan panji Islam, akhirnya tewas dek kejahilan
manusia yang sudah melampaui batas.
„Adakah kau mahu perkara itu berulang lagi, Fareeda?‟
Dengan satu hembusan nafas aku berdiri lantas mengucap lantang, “saya menawarkan
diri, Cik Claire.”
Pada saat lafaz itu diungkapkan, kehidupan aku berubah.
Pada minggu pertama, Cik Claire membantu aku menggunakan telefon khas yang
menghubungkanku dengan beberapa orang Setiasuha Media PBB. Demi menjaga
keselamatan identiti aku menggunakan nama samaran Ganda Nyeupe yang bermaksud
Cengkerang Putih. Nenekku yang sering gusar dengan tindakan aku sudah diyakinkan
oleh Cik Claire bahawa aku tidak akan dapat dijejak selagi identiti aku tidak dibocorkan.
Jadi, tugasku hanyalah perlu menulis segalanya yang berlaku di Bandar Arabeth setiap
hari dan pada malam harinya aku akan menelefon PBB untuk menceritakan segalanya.
Tiada penipuan mahupun tokok tambah. Semuanya harus diceritakan dengan jujur.
Soalan yang mereka akan ajukan adalah sama, “bagaimanakah hari anda, Ganda?”
“Hari ini baik. Cuaca mendung dan sejuk. Saya sukakannya. Pada hari hujan
kebiasaannya Gerakan „Ndege Wa Haki‟ tidak akan membuat rondaan seperti biasa.
Suatu berita baik buat kami. Jika hari panas mereka akan kerap melakukan rondaan
sambil mengutip sumbangan penduduk untuk gerakan mereka. Ada yang memberi dan
ada juga yang dipaksa untuk menderma apabila mereka membuat rondaan di Pasar
Hyenti. Saya ada mendengar bahawa seorang penjual radio telah ditangkap dan radio
yang dijual akan dibakar bersama peranti hiburan yang lain.”
Tidak semua hari-hariku indah seperti selalu.
“Saya takut. Mereka telah menangkap seorang penghibur jalanan yang juga mempunyai
albinisme. Terngiang-ngiang di telinga saya jeritan lelaki itu yang diheret masuk ke dalam
sebuah trak kecil hitam. Trak itu akan membawa mereka yang ditangkap ke pusat
operasi gerakan mereka. Saya tidak tahu apa yang akan mereka lakukan. Perkara yang
saya yakin, kami tidak akan dapat lagi mendengar dendangan suara lelaki itu lagi.”
Juga ada hari mereka yang semakin menggila.
“Mereka sudah membuat pengumuman akan
mengeledah semua rumah untuk membuang segala
televisyen, novel dan majalah hiburan untuk dibakar
secara besar-besaran. Mereka juga sudah mula bertindak
membakar Al-Quran. Saya terpaksa bersembunyi di
dalam ruangan rahsia di bawah rumah bersama-sama
dua buah Al-Quran saat mereka masuk ke dalam rumah
saya. Saya dapat mendengar dengan jelas tapak kaki
mereka. Tolong kami. mereka semakin ganas.”
“Terdapat beberapa orang lelaki dan wanita telah ditembak kerana menunaikan solat di
dalam masjid kecil. Gerakan „Ndege Wa Haki‟ telah memaksa penduduk di sini untuk
menyembah patung burung merpati pada setiap hari sabtu dan membaca Kitab Takatifu
sebagai ganti kepada Al-Quran yang menggabungkan segala agama yang wujud di dunia
dalam satu kitab,” kataku.
Semakin hari gerakan ini semakin ganas. Ramai penduduk menjadi korban dan hidup
dalam ketakutan. Jalan-jalan juga semakin lengang pada malam hari. Bunyi tembakan
juga sudah menjadi muzik maut di telinga kami. Perkara yang lebih menggerunkan,
mereka sudah mula aktif untuk mengebom rumah-rumah ibadat dan sekolah.
“Saya berasa tidak selamat seperti ada seseorang mengekori saya. Semalam ketika
perjalanan ke sekolah saya dapat merasakan ada mata-mata yang mengekori saya. Saya
terpaksa menggunakan jalan yang jauh untuk mengelakkan mereka mengetahui arah
tujuan saya. Saya ketakutan,” ucapku melalui telefon khas.
Pada petang Khamis itu, sewaktu aku ke Pasar Hyenti aku terlihat sebuah jip tentera
berhenti di hadapan bangunan ibu pejabat „Ndege Wa Haki‟. Mereka sedang rancak
membincangkan sesuatu bersama-sama Mwamba Zarano ketua „Ndege Wa Haki‟. Aku
mengenal simbol PBB pada jip mereka. Setelah tentera itu beredar dapat aku lihat
Mwamba seolah-olah dilanda amarah dan kerunsingan. Sesaat kemudian dia melirik ke
arahku. Aku lantas beredar dari situ. Sepantas yang mampu.
Pada pagi Isnin itu, aku seperti biasa menjalankan rutin seperti biasa. Wajah aku
lumurkan dengan arang sebagai penyamaran dan bersedia untuk kelas.
Hati aku berdetik. „Seperti ada perkara yang akan terjadi.‟ Dengan cepat-cepat aku
beristighfar di dalam hati untuk mendapatkan ketenangan.
Kini aku di hadapan sekolahku. Bibirku menguntum senyuman. Inilah medan jihadku.
Dapat aku dengari suara Cikgu Abdol dan sipi-sipi suara rakan-rakanku dari dalam.
Baru beberapa langkah aku marakan, tiba-tiba telingaku berdesing.
‘BOOMMM DEGUNGGG!’
Aku terdorong ke belakang akibat impak letupan yang maha dasyat itu. Aku menjerit
ketakutan. Gegendang telingaku dapat menangkap raungan dan lolongan mereka yang
berada di dalam. Tidak!
Aku bangkit dari tanah merah yang gersang itu. Tiba-tiba dapat aku rasa kedua
tanganku ditarik dari pada belakang.
“Sudah lamakah bersembunyi wahai, Cengkerang Putih?” Mwamba Zarano tersenyum
sinis.
Mataku terbuntang. Wajahku pucat.
“Ada orang di dalam! Selamatkan mereka!” Aku melolong kepada mereka.
Lelaki itu hanya ketawa seraya membalas, “Itulah balasan kerana ingkar agama aku.”
“Kau manusia tak guna!”
“Aku lebih mulia daripada manusia. Akulah rasul dan segala
yang aku lakukan merupakan suruhan tuhan di dunia atas,”
ucapnya penuh megah.
Aku meludah ke kakinya dengan amarah yang menyala-nyala.
“Tak guna kau perempuan!”
„PANGGG!‟ Tamparan kuat menerpa pipiku.
Sungguh kau sudah hilang maruah!
Dia menyedari sesuatu pada tangannya. Arang.
Lelaki itu membelek wajahku.
Segalanya sudah terbongkar.
“Bawa dia ke hadapan pasar. Kita ada hadiah untuk tuhan di langit sana.”
Pada ketika ini, aku berdoa semoga Tuhan menyelamatkan aku.
Aku seolah-olah terkedu dan tidak mampu mencari kudrat tatkala wajahku diselam
secara paksa ke dalam sebuah besen.
Segalanya telah dipertontokan oleh khalayak. Aku amat ketakutan. Titis-titis air hitam
menitik mendedahkan wajahku yang putih.
Perkara yang lebih menakutkan ialah, aku dapat merasa muncung pistol bersedia
untuk memusnahkan sasarannya. Kepalaku terdedah dan terasa mencucuk-cucuk dek
simbahan cahaya matahari. Pedih!
“Inilah balasan kepada mereka yang cuba membelot agama kita. Tuhan amat murka
kepada gadis bodoh ini. Dia harus diberi hukuman!”
Mwamba Zarano hanya tergelak penuh sinis, “Ada kata-kata terakhir?”
Aku mengangguk lalu dia melepaskan pegangan tanganku. Dengan jantung yang
berdegup kencang aku mara kehadapan.
“Saya Fareeda. Fareeda Sonroe juga Ganda Nyeupe. Saya seorang albino dan juga
seorang muslim. Saya sama seperti kamu semua. Seorang gadis yang mahukan
kehidupan yang lebih baik. Bukan seperti ini. Tak sedarkah kamu semua bahawa mereka
datang dengan kuasa untuk menindas kita?”
Aku menarik nafas sekali lagi lalu mengeluarkan segala aura yang terpendam.
“Mereka fikir kuasa mereka boleh mendiamkan kita. Mereka salah. Saya Ganda Nyeupe
dan saya ada hak untuk bersuara. Kamu juga sama. Lelaki, wanita, gadis dan kanak-
kanak, Allah memberikan kalian suara bukan untuk disenyapkan kisah kamu. Allah
mengurniakan kamu suara untuk menegak hak kamu! Bangkitkah! Sampai bilakan mahu
kisah kita didiamkan dan ditindas seperti ini? Bersama-sama kita dapat menghentikan
mereka! Allahu Akhbar!”
“Cukup!”
Masa sudah semakin suntuk untukku. Tatkala aku dengan terkumat-kumit mengucap
kalimah syahadah terngiang-ngiang bunyi libasan kipas dari langit yang cerah juga tanah
merah ini seolah-olah bergegar.
“PANG!”
Tembakan dilepaskan. Aku tersungkur lalu rebah ke tanah. Beberapa orang
mengerumuni aku.
„Penyelamat sudah tiba!‟ bisikku dalam hati
Beberapa jip askar merempuh masuk di sekeliling kawasan pagar. Sebuah helikopter
juga muncul dari kejauhan. Dapat aku lihat figura lelaki berpakaian askar mengejar
Mwamba Zarano dan konco-konconya yang melarikan diri.
“Fareeda, bertahanlah,” bisik nenekku sambil memegang sekaki payung untuk
menahan cahaya matahari yang memancar perit.
“Panggil paramedik segera!”
Aku memandang ke langit yang biru. Ada beberapa longgok awan bertebaran di atas
sana yang tampak seperti cengkerang putih. Dengan satu lafaz syahadah aku tenggelam
ke dalam kegelapan yang amat tenang.
memories
Media Fifth Signing Off
MUHAMMAD 'ILMAN DAYANG NUR AMIIRA
NURDARWISYA SHAFIAH NUR ANGELINA
MOHAMAD SYAHIRAN AINA ZAINATUL ZAKIRAH
NUR NAZIRA FAIQAH NUR AZIFA AINA
CELESTIA V
FIFTH RESIDENTIAL
COLLEGE
2020/2021
MAGAZINE COVER BY KHALEEDA BINTI KOSMAN