IEMAN AQASHA Pusing kaki kiri 90° ke kiri. Kaki kanan ikut semampu boleh Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri Kembali ke keadaan sedia PERGERAKAN KE KIRI PUSING PERGERAKAN KE BELAKANG PUSING Pusing kaki kanan 180° ke belakang ikut arah kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan Kembali ke keadaan sedia
IEMAN AQASHA Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda) tidak perlu bergerak. (Pergerakan serentak tangan dan kepala) Ahli barisan hadapan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke kanan di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan (Ahli barisan paling kanan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke hadapan di tepi bahu kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing 90° ke kanan) Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak kembali di tempat asal. Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri. Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kiri kawan Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang kelihatan (Ahli barisan paling kanan bergerak ke belakang sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di hadapan sahaja yang kelihatan) Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan hadapan dan kanan) Pergerakan sama seperti ahli lain cuma tidak perlu mengangkat tangan. Betulkan kedudukan mengikut kawan hadapan dan kawan d isebelah kanan. Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke kedudukan sedia apabila arahan 'pandang depan' diberi. KE KANAN LURUS
IEMAN AQASHA Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan. Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang. BUKA BARISAN TUTUP BARISAN Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang. Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan. LANGKAH KE SEBELAH Hukuman ini diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan atau ke kiri. Pengakap yang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri
IEMAN AQASHA BARISAN PARAS 1.Paras ahli tinggi di tengah 2.Paras ahli rendah di tengah 3.Paras ahli tinggi di kiri 4.Paras ahli tinggi di kanan CONTOH MEMBERI ARAHAN/HUKUMAN BARISAN PARAS (AHLI RENDAH DI TENGAH) ARAHAN/HUKUMAN Tinggi kanan, rendah kiri .. jadikan satu barisan paras .. gerak! PERBUATAN/PERGERAKAN Ahli paling tinggi berbaris di kanan sekali dan ahli paling rendah berbaris di kiri sekali. Ahli lain berbaris mengikut paras ketinggian masing-masing berpandukan ahli paling tinggi dan paling rendah. ARAHAN/HUKUMAN Dari kanan .. Nombor! PERBUATAN/PERGERAKAN Ahli paling kanan (paling tinggi) menyebut nombor 1 diikuti oleh ahli sebelahnya menyebut nombor 2 dan seterusnya hingga habis
IEMAN AQASHA ARAHAN/HUKUMAN Penanda diam!..ganjil selangkah ke depan ..genap selangkah ke belakang..ganjil dan genap..gerak! PERBUATAN/PERGERAKAN Penanda tidak bergerak. Ahli bernombor gajil selangkah ke depan dan ahli bernombor genap selangkah ke belakang ARAHAN/HUKUMAN Depan kanan pusing..belakang kiri pusing..depan dan belakang..pusing! PERBUATAN/PERGERAKAN Penanda diam. Ahli barisan hadapan (ahli nombor ganjil) pusing ke kanan. Ahli barisan belakang (ahli nombor genap) pusing ke kiri.
IEMAN AQASHA ARAHAN/HUKUMAN Akan jadikan tiga barisan..dari kiri cepat..jalan! PERBUATAN/PERGERAKAN Ahli barisan hadapan berjalan kearah penanda dan membentuk 3 orang sebaris di belakang penanda. Ahli seterusnya berhenti di sebelah kiri penanda untuk membentuk 3 orang sebaris di barisan kedua dan seterusnya.
IEMAN AQASHA PERBUATAN/PERGERAKAN Ahli barisan belakang mengekori ahli terakhir ahli barisan depan. Setelah selesai, semua ahli mengadap kearah kanan kecuali penanda mengadap ke hadapan.
IEMAN AQASHA ARAHAN/HUKUMAN Mengadap ke hadapan..kiri..pusing! PERBUATAN/PERGERAKAN Penanda diam. Semua ahli pusing ke kiri. ARAHAN/HUKUMAN Ke kanan..lurus! PERBUATAN/PERGERAKAN Pergerakan di akhri dengan meluruskan barisan.
IEMAN AQASHA Dimulakan dengan kaki kiri melangkah ke depan, tangan kanan dihayun separas bahu ke depan dan tangan kiri dihayun ke belakang serentak. Diikuti dengan kaki kanan melangkah ke depan, tangan kiri dihayun separas bahu ke depan dan tangan kanan dihayun ke belakang serentak. Kedudukan badan tegak. Jari tangan digenggam dan ibu jari tangan hala ke hadapan setiap kali tangan diangakt separas bahu. Muka memandang jauh di hadapan. Mata sesekali menjeling kedudukan ahli barisan depan, kiri dan kanan sambil untuk memastikan barisan lurus. BUKA BARISAN Semasa Keadaan Sedia Dimulakan dengan kaki kiri diangkat dengan kedudukan peha pada paras 90° dan dihentak ke tanah diikuti dengan kaki kanan secara bergilir-gilir di tempat yang sama (setempat). Kedudukan anggota badan lain seperti dalam keadaan sedia Semasa Cepat Jalan Arahan hentak kaki diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah. Langkah kaki kanan selangkah ke depan sebagai lokasi setempat.. Teruskan hentak kaki. HENTAK KAKI Semasa Cepat Jalan Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah. Langkah kaki kanan selangkah ke depan sebagai lokasi setempat. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri. Semasa Hentak Kaki Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah. Hentak kaki kanan sebagai lokasi setempat. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri. BERHENTI
IEMAN AQASHA BELOK KANAN Ahli A perlu melangkah lebih panjang dari B & C sambil membelok ke kanan Ahli C perlu melangkah lebih pendek dari A & B sambil membelok ke kanan Ahli B perlu memastikan beliah selari dengan A & C semasa membelok ke kanan Semasa membelok ke kanan, hanya tangan kiri sahaja yang dihayun.
IEMAN AQASHA BELOK KIRI Ahli C perlu melangkah lebih panjang dari A & B sambil membelok ke kiri Ahli A perlu melangkah lebih pendek dari B & C sambil membelok ke kiri Ahli B perlu memastikan beliah selari dengan A & C semasa membelok ke kiri Semasa membelok ke kiri, hanya tangan kanan sahaja yang dihayun..
IEMAN AQASHA Tukar langkah semasa berjalan..tukar langkah! Arahan tukar langkah diberikan semasa kaki kanan menjejak tanah. Kaki kiri hentak di sebelah kaki kanan. Kaki kanan hentak 45° di belakang kaki kiri. Teruskan cepat jalan. TUKAR LANGKAH Diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya. Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah. KELUAR BARIS Sama seperti keluar baris. Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu. BERSURAI
KHEMAH
IEMAN AQASHA TEKNIK MEMILIHDAN MEMBELI KHEMAH Khemah adalah satu elemen terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perancangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari hujan, panas, sejuk, angin, binatang dan serangga. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah: Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik. Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan Kegunaan (fungsi) - untuk ke pantai @ mendaki gunung @ sungai @ hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan. Perlindungan - dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai 'netting' di pintu dan 'ventilation' yang baik; perhatikan apa yang terbaikyang ada pada khemah tersebut. Ukuran - Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan. Kalis air - kebiasaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100%. Tahan lasak - sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya. Mudah dipasang dan dibuka - lagi senang dipasang lagi bagus
JENIS-JENIS KHEMAH 1.Ridge tent (khemah tiang) 2.Dome tent (khemah kubah) 3.Frame tent (khemah rangka) 4.Bell tent (khemah loceng) 1.RIDGE TENT (KHEMAH TIANG) Mempunyai tiang yang melintangdi sepanjang bumbung Diperbuat daripadamaterial nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat Sesuai untuk khmeah perubatan, urusetia dan servis. 2. DOME TENT (KHEMAH KUBAH) Berbentung gelembung atau kubah dibahagian atasnya dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan di sekolah dan sebagainya. IEMAN AQASHA
3. FRAME TENT (KHEMAH RANGKA) Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian. 4. BELL TENT (KHEMAH LOCENG) Mempunyai satu tiang tinggidi puncak. Khemah jenis ini udah jarang digunakandan digantikan dengan khemah ‘dome’. IEMAN AQASHA
MENDIRIKAN KHEMAH Untuk mendirikan khemah kita kena tahu pula peraturan yang mesti diikuti iaitu: Pasang khemah ditempat yang telah disediakan atau yang bersesuaian. Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khemah agar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semua khemah terlibat. Jika ikut peraturan, jarak yang selamat ialah 3 meter antara satu sama lain. Bersihkan tapah perkhemahan , contoh batu dan ranting Jika berada dilaluan angin, elakan pintu masuk menghadap laluan tersebut. Pasang khemah anda dengan kukuh (kuat), gunakan pemacak yang telah disediakan agar khemah tidak terbang jika angin kuat melanda. Sebaik-baik cara pemasangan khemah ialah ada formasi yang teratur contoh bentuk bulat atau bentuk 'u'. Apabila semua sudah siap, kebersihan khemah juga harus diperhatikan: ini untuk keselamatan kita. Antara peraturan yang harus di ikuti ialah: Jangan tinggalkan khemah dengan pintu terbuka, jika hendak buka juga pastikan menggunakan 'netting'. Ini untuk mengelakan serangga atau binatang masuk ke khemah. Bersihkan khemah dengan segera jika ia kotor akibat makanan atau sebagainya. Jangan simpan baju basah dalam khemah atau mengantung atau meletakan baju dimana-mana bahagian khemah. Jangan merokokdidalam khemah IEMAN AQASHA
TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN YANG SESUAI Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata. Terdapat sumber / punca air berhampiran. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. Terlindung daripadatiupan angin secara terus. Jika boleh carilah tapak yang mempunyai permandangan yang menarik. Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan) Jika bersantai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain. Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah: Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku) Dikawasan tanah yang berlumpur (mengotorkan khemah) Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk, haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar) dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan. Diatas tebing curam (risikotergelicir atau tanah runtuh) Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah) Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah) Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat) Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri. Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia Berhampiran tempat sumber makanan / minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan) Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit) IEMAN AQASHA
MASAKAN RIMBA
IEMAN AQASHA
IEMAN AQASHA
IEMAN AQASHA
PERTOLONGAN CEMAS
IEMAN AQASHA Pertolongan cemas merupakan pertolongan yang diberikan kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan daripada pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulans. PENGENALAN ·Menyelamatkan nyawa ·Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa ·Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah teruk ·Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera. TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS Anduh Lengan Anduh Pergelangan Tangan Anduh Tapak Kaki Anduh Kepala Kesemua balutan-balutan di atas hendaklah menggunakan Ikatan buku sila JENIIS-JENIS ANDUH
IEMAN AQASHA ANDUH LENGAN ·Bucu atas kain hendaklah diletakkan di atas siku lengan yang tercedera. ·Kemudian, ikatan buku sila diikat pada atas bahu. ·Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.
IEMAN AQASHA ANDUH PERGELANGAN TANGAN ATAU TAPAK KAKI Letakkan tangan/ tapak kaki yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/ tangan. ·Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. ·Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti gambar rajah di atas. ·Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecederaan pada bahagian kaki yang mesti di balut. ANDUH KEPALA ·Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. ·Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. ·Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
SKIM LENCANA PENGAKAP
IEMAN AQASHA PENDAHULUAN PENGAKAP KANAK-KANAK adalah bahagian pertama yang dialami seorang budak apabila ia memasud pergerakan Pengakap. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Untuk menjadi Pengakap Kanak-kanak, budak itu hendaklah telah berumur 8 tahun dan belum sampai 13 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Kanak-kanak apabila umumnya sampai 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Rendah. Bahagian ini dijalankan di bawah seorang Pemimpin Pengakap Kanak-kanak dengan dibantu oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau perempuan dewasa. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Sekawan 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Sekawan. Atas dasar inilah wujud Sistem Sekawan didalam Unit Pengakap Kanak-kanak. Sistem ini adalah asas kepada peringkat lebih atas iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Sistem Sekawan ini juga berdasarkan Sistem Patrol yang diamalkan di dalam Unit Pengakap Muda dan Unit Pengakap Remaja. Setiap Sekawan dikenali dengan nama wama seperti Sekawan Biru, Sekawan Merah, Sekawan Hijau, Sekawan Kuning. Sekawan Kelabu dan Sekawan Perang. Sistem Sekawan menekankan kopada kepimpinan kanak-kanak berdasarkan kepada idea perkongsian kepimpinan. Kebanyakan kanak-kanak inginkan peluang untuk menjadi pemimpin dan adalah penting untuk Pemimpin Pengakap Kanak-kanak menyediakan peluang sedemikian Pengakap Kanak-kanak yang bertanggungiawab. diatas sekawan dipanggil Ketua Sekawan. Ketua Sekawan akan dilantik oleh Pemimpin Pengakap Kanak-kanak berdasarkan kualiti kepimpinannya dan dibantu oleh seorang Penolong Ketua Sekawan.
IEMAN AQASHA SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahliahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak. kanak ini akan dianugerahi dengan lencanalencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh SATU Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal ATAU Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, TIGA (3) Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahtl yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: 1. Lencana Keris Gangsa 2. Lencana Keris Perak 3. Lencana Keris Emas Disamping itu. Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan.
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: 1.Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2.Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3.Lima Prinsip Rukun Negara 4.Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5.Sejarah Pergerakan Pengakap. 6.Cerita Hutan 7.Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. IEMAN AQASHA LENCANA KEAHLIAN
Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7.Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. IEMAN AQASHA LENCANA WAJIB AHLI RENANG
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1.Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. 6. IEMAN AQASHA LENCANA WAJIB PENUNGGANG BASIKAL
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. A. Kesetian Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 1. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. 2. 3.Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 4. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 5. IEMAN AQASHA LENCANA KEMAJUAN - KERIS GANGSA
B. Kesihatan Dan Keselamatan 1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gulagula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. 2. 3.Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain. 6. C. Kecekapan 1.Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. 2.Mengetahui cara memanjat tali (tigi tali tidak lebih dari 3 meter). Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kerelapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. 3. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga Pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. 4. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini”, “iangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini" dan "saya sudah pulang'. 5. 6.Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaanya. IEMAN AQASHA
D. Penyertaan Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. 1. 2.Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut; mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. 3. E. Perkhidmatan Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). 1. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log) 2. IEMAN AQASHA LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanakkanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1.Ahli Koleksi Hobi 2.Ahli Kraf Tangan 3.Peladang Kecil 4.Pelukis 5.Pembaca Buku 6.Penghibur
AHLI KOLEKSI HOBI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanakkanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah: 1.Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). 2. 3.Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 4.Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5.Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 6. 7.Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori,Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-ain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 8. 9.Lain-lain hobi yang sesuai. IEMAN AQASHA
AHLI KRAFTANGAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai Siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simmpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 1 buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru ATAU 1. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU 2. 3.Membuat rekaan dari kertas Rekan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain. a. b.Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowgli”. Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas /burung ajaib (fantasi) dan lain-lain. c. IEMAN AQASHA
PELADANG KECIL Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 1. Menyediakan batas yang berukuran 8x 3x 1 kaki untuk ditanam sayursayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 2. Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 3. Mengetahui dan menunjukan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 4. Tunjukan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa/ ahli keluarga sendiri. 5. Menunjukan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 6. (a) Memelihara / membela dengan jayaПya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. 7. IEMAN AQASHA
PELADANG KECIL ATAU (b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan. 1. Tunjukan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanakkanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendir. 2. a.Musuh tanaman dan pembajan yang sesuai; b.Kesuburan tanah; Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas. c. d.Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu. Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hinga mendatangkan daun atau buah. e. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:- 3. a.Pemeliharan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara. Pemeliharaan binatang belan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit. b. IEMAN AQASHA
PELUKIS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih EMPAT (4) sahaja. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak. 1. IEMAN AQASHA
PELUKIS Melukis pelangi dengan warnanya Serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukan pusingan warna (Colour Wheel). 1. Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukan cara pengandunan wana cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren,bi kundang. biru tua, hijau tua dll. 2. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm. 3. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima porayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kismas dan Hari Wesak. 4. 5.Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:- Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kola), yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. a. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj. topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. b. Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanakkanak sediakan sendiri seperti lukisan,ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. c. Menunjukan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis. 6. IEMAN AQASHA
PEMBACA BUKU Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pih EMPAT (4) sahaja. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : 1. a.Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. b. Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). c. d.Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. e.Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / inggeris / Bahasa ibunda. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacan, dilahami serta berkesan. 2. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 3. Boleh menerjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkatan 4. 5.Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. 6. Menjadi ahli perpustakan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. 7. IEMAN AQASHA
PENGHIBUR Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih LIMA (5) sahaja. 1.Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berkut :- a.Lagu kanak-калак, jeaka, asli dan patun Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat sepeti Rasa Sayang' atau lagu asing b. c.Lagu Tarían Asli. d.Lagu Pengakap. 2.Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kапак-kanak. 3. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 4. 5.Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6.Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing. kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodían, loceng rekoder dan serunai. 7. IEMAN AQASHA
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan Mengetahui nama penuh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.YM.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 1. 2.Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3.Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2.Mengetahui faedah senaman. 3.Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. 4. IEMAN AQASHA LENCANA KEMAJUAN - KERIS PERAK
C. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan :. 1. a.Buka Barisan b.Tutup Barisan Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta Kegunaannya. 2. 3.Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. D. Penyertaan 1.Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat hususnya. Mengetahui cara tumbuhan mendapalkan makanan serta cara menyimpan makanan. 2. 3.Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang sling/ kad telefon ketika mendail dan faham mengunakan Buku Panduan Telefon. 4. E. Perkhidmatan 1.Mengetahui dan memahami isyarat wisel, 2.Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan. Mengetahui cara memberi pertolongaЛkepada seseorang di air dengan mengunakan peralatan. (ingatan: Perfolongan ini adalah latihan asas sahaja). 3. IEMAN AQASHA LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian pagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti dibawah mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1.Ahli Olahraga 2.Ahli Pasukan Permainan. 3.Ahli Sains 4.Pencinta Alam Semulajadi 5.Pembaca Peta 6.Pemeliharaan Alam Sekitar 7.Pengembara.
AHLI OLAHRAGA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. Mengetahui apakah MSSD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-Kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. 1. 2.Mengetahui jenis makanan vang membina kesihatan untuk bersukan. 3.Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan: a.Lari 100 meter 20 saat b.Lari 200 meter 50 saat c.Lompat tinggi 0.8 meter d.Lontar peluru 6 paun 5 meter Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini. IEMAN AQASHA
AHLI PASUKAN PERMAINAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. 1. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurangkurang dua (2) permainan pasukan. 2. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. 3. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya. 4. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 5. 6.Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. IEMAN AQASHA
AHLI SAINS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar; elektro magnet dan sebagainya. Plih EMPAT (4) sahaja. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. 1. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra 2. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran eiektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 3. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 4. Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin 5. Membuat elektro - magnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi. 6. 7.Membuat arus elektik yang mudah didapati dari bateri. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 8. 9.Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air. IEMAN AQASHA
PENCINTA ALAM SEMULAJADI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Pilih TIGA (3) sahaja. Menyimpan catatan harian berkeПan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : 1. a.Tumbuh-tumbuhan b.Kehidupan burung c.Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai. d.Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar. e.Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga f.Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun g.Pokok pakis rumput-rampai lain-lain. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Капак-kanak boleh membicarakan perhatianya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 2. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja): 3. a.Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadan tumbuhan dan alam sekitar teribat dengan cuaca. a. b.Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar. IEMAN AQASHA
PEMBACA PETA Lencana ini diberi kepada Ahli PengakapKaПak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA (3) sahaja. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. 1. ATAU Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta, 1. a.Jalan raya, jambatan b.Jalan keretapi c.Bangunan (kediaman, masid, gereja, tokong, kui . d.Sungai dan tali air. e.Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan). Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. 2. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain. 3. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. 4. IEMAN AQASHA