The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN PIBG SK CONVENT (1) BUKIT NANAS - 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sk Convent 1 Bukit Nanas, 2021-04-08 05:49:18

BUKU AGM PIBG 2021 - CBN1

BUKU LAPORAN PIBG SK CONVENT (1) BUKIT NANAS - 2021

TARIKH : 10 APRIL 2021 (SABTU)
MASA : 9:30 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET

Dipengerusikan Oleh:
Encik Ahmad Fauzi Bin Abd Rahman
YDP PIBG SK Convent (1) Bukit Nanas Kuala Lumpur

2020/2021

0

Isi Kandungan

Bil Tajuk Muka Surat
2
1 Sepintas Lalu

2 Visi Dan Misi Sekolah 3

3 Aturcara Majlis 4

4 Agenda Mesyuarat 4

5 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020-2021 5

6 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 6-16

7 Senarai Kehadiran Ibu Bapa / Penjaga ke 17-18
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50

8 Senarai Kehadiran Guru ke Mesyuarat Agung 19
PIBG kali ke-50

9 Laporan Juruaudit 20

10 Laporan Kewangan 2020-2021 21-25

11 Mesyuarat AJK PIBG sesi 2020/2021 dan 26
Kehadiran AJK ke Mesyuarat AJK PIBG

12 Laporan Kokurikulum 2020 27-31

13 Senarai aktiviti PIBG 32-33

14 AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 34

15 Usul Dan Cadangan Mesyuarat Agung PIBG 35-36
Ke-51 Sesi 2021/2022

16 Lampiran 37

1

Sepintas Lalu

FALSAFAH PIBG

Persatuan Ibu Bapa & Guru PIBG adalah komponen penting dalam merealisasikan
wawasan sekolah.

Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai institusi
masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah.
Dalam semua keadaan program dan tindakan PIBG hendaklah menjadikan
pelengkap kepada program sekolah

OBJEKTIF PIBG

Membantu menggemilangkan ke arah pencapaian matlamat dan objektif
Perancangan Strategik Sekolah khususnya dalam bidang:

✓ Kurikulum
✓ Kokurikulum
✓ Disiplin
✓ Bina Insan / Moral
✓ Keceriaan

MATLAMAT PIBG

Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu kepada semua program peningkatan
sekolah di samping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris

dan semua peringkat pengurusan pendidikan.

RASIONAL PIBG

Pengurusan sekolah akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara
berfokus dan terancang

Jalinan kerjasama erat antara pentadbir sekolah dan peneraju PIBG akan
meyakinkan semua warga sekolah dan waris pelajar bagi membawa kejayaan

gemilang kepada sekolah.
Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab akan memberi impak yang

memberangsangkan ke atas kecemerlangan sekolah.

2

Visi & Misi

Visi

Pendidikan
Berkualiti

Insan
Terdidik
Negara
Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi

Negara

3

ATURCARA MAJLIS

9.00 pagi : Pautan Google Meet dihantar ke
9.30pagi email Ibu bapa/ penjaga murid
9.35pagi Pendaftaran Ibu bapa/penjaga murid

9.45 pagi : Ketibaan tetamu VIP dan AJK PIBG
12.30 tengahari
: Bicara pembuka oleh pengacara majlis

: Bacaan doa oleh Ust. Muhammad Saidi Bin Rasid

: Ucapan penasihat PIBG SKCBN(1)
- Pn. Indrani A/P Letchumanan (Guru Besar
SKCBN(1))

: Mesyuarat Agung PIBG SKCBN(1) kali ke-51
Dipengerusikan oleh YDP PIBG SKCBN(1) sesi
2020/2021
- Encik Ahmad Fauzi Bin Abd Rahman

: Bersurai

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pendahuluan Guru Besar
2. Ucapan Alu-aluan YDP Sesi 2020/2021
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-50
4. Membentang dan menerima serta meluluskan penyata

kewangan berakhirpada 31 Disember 2020
5. Pembentangan Usul YDP
6. Membahas Usul dari Ibu Bapa
7. Pembubaran dan Penyampaian Sijil Penghargaan

kepada AJK PIBG2020/2021
8. Pemilihan Jawatankuasa Baru dan Juru Audit Dalaman
9. Ucapan Penangguhan

4

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

YANG DIPETUA
ENCIK AHMAD FAUZI BIN ABD RAHMAN

NAIB YANG DIPETUA
EN. SABRI BIN YASA

SETIAUSAHA
PN. SHAHRUL BARIAH BINTI AHMAD

BENDAHARI
PN. SITI AMNAH BINTI AZMI
AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA)
• EN. REZA AFFENDI BIN MOHD KHIR
• EN. AZMIL AKHYAR BIN BAHARI
• PN. KAMARIAH LIZA BINTI OSMAN
• EN. FAIZAL BIN IBRAHIM
• PN. NURLINDA BINTI ABDUL RAHMAN
AHLI JAWATANKUASA (GURU)
• PN. ROZILA BINTI GHAZALI
• PN. HURUL AINI BINTI ABAS
• EN. SASI A/L RAJA
• CIK CLARISSA LEE CHING CHING
• CIK HALIMAHTUSAADIAH BINTI GHAZALI

PEMERIKSA KIRA-KIRA I
EN. SAZALI BIN MOHD NOORANI

PEMERIKSA KIRA-KIRA II
PN. FAZLINA BINTI CHE OTHMAN

5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50, 2020

SEK. KEB. CONVENT (1) BUKIT NANAS

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 50, 2020

Tarikh : 7 Mac 2020

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Merah, SK CBN(1)

Agenda:

1. Ucapan Pendahuluan Guru Besar
2. Ucapan Alu-aluan YDP Sesi 2019/2020
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-49
4. Membentang dan menerima serta meluluskan penyata kewangan berakhir pada

31 Disember 2019
5. Pembentangan Usul YDP
6. Membahas Usul daripada Ibu Bapa
7. Pembubaran dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG 2019/2020
8. Pemilihan Jawatankuasa Baru dan Juru Audit Dalaman
9. Ucapan Penangguhan

KEHADIRAN : PN. INDRANI A/P LETCHUMANAN
: EN. AHMAD FAUZI BIN ABD RAHMAN
PENASIHAT : EN. FAIZ BIN KHALEEQUE AHMAD
YDP : PN. SHAHRUL BARIAH BINTI AHMAD
NAIB YDP : PN. SITI AMNAH BINTI AZMI
SETIAUSAHA KEHORMAT
BENDAHARI KEHORMAT

AHLI JAWATANKUASA AJK GURU
1. PN. ROZILA BINTI GHAZALI AJK GURU
2. PN. HURUL AINI BINTI ABAS AJK GURU
3. CIK HALIMAHTUSAADIAH BINTI GHAZALI

6

4. CIK CLARISSA LEE CHING CHING AJK GURU
5. EN. SASI A/L RAJA AJK GURU
6. EN. REZA AFFENDI BIN MOHAMED KHIR AJK IBU BAPA
7. PN. AZWA BT MD SARIF AJK IBU BAPA
8. EN. SABRI BIN YASA AJK IBU BAPA
9. EN. FAIZAL BIN IBRAHIM AJK IBU BAPA

TIDAK HADIR: URUSAN KERJA
1. PN. VANITHAMANI A/P DURAISAMY
PEGAWAI PERHUBUNGAN
TURUT HADIR: SEKOLAH
1. PN. ZURAAIN BINTI ZUHIDDIN

7

1.0 Ucapan Pendahuluan Puan Guru Besar

1.1 Guru Besar mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran YDP
PIBG SKCBN1, En. Ahmad Fauzi bin Abd Rahman, NYDP PIBG SKCBN1, En. Faiz
bin Khaleeque Ahmad, Pn, Zuraain binti Muhiddin, Pegawai Perhubungan sekolah,
barisan Guru Penolong Kanan, barisan AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru dan
semua ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50.

Tindakan: makluman

1.2 Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YDP, NYDP dan semua
AJK PIBG kerana jasa yang telah dicurahkan selama ini kepada sekolah. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kerana kehadiran ibu bapa pada hari ini yang
mencapai tahap memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Beliau
menegaskan bahawa kehadiran ibu bapa adalah sebahagian daripada bukti kepada
penggerak utama semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Tindakan: makluman

1.3 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama
dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan setiap aktiviti sekolah sepanjang
tahun. Beliau juga menjelaskan pemilihan murid bagi setiap pertandingan adalah
berdasarkan uji bakat yang dijalankan serta dirakam bagi mengelakkan berlakunya
ketidakadilan dalam pemilihan peserta.

Tindakan: makluman

1.4 Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa penutupan jejantas di Jalan Ampang
adalah bukan dalam bidang kuasa sekolah. Pihak sekolah telah menghantar surat
permohonan kepada Polis Trafik bagi mengawal lalu lintas semasa murid datang
dan waktu pulang. Dapatan daripada itu, pihak polis trafik telah memaklumkan akan
menghantar polis trafik jika terdapat lebihan anggota kerana mereka kekurangan
kakitangan.

1.5 Guru Besar juga mengingatkan ibu bapa supaya menurunkan anak di sepanjang
laluan di bahu jalan hadapan sekolah (drop zone). Ini sedikit sebanyak dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu pagi. Ibu bapa perlu memastikan
anak-anak telah bersedia lebih awal untuk turun di drop zone.

1.6 Beliau juga memaklumkan En. Ramanathan (staff PIBG), selain menjaga laluan
trafik sekitar sekolah, beliau juga telah membaiki semua kerusi meja murid yang
rosak di setiap kelas semasa cuti sekolah yang lalu.

1.7 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah memberi panduan keselamatan
(SOP) kepada semua murid tentang bahaya Corona Virus. Murid dikehendaki
memakai topeng muka dan hand sanitizer dan menjaga jarak fizikal. Ibu bapa
haruslah mengelakkan dari membawa anak-anak bercuti di negara- negara yang
berisiko gejala Covid-19 semasa cuti sekolah yang akan bermula pada minggu
hadapan.

1.8 Seterusnya beliau memohon kepada ibu bapa agar dapat memupuk nilai-nilai
kebersihan di tandas kepada anak-anak memandangkan keadaan tandas sekolah

8

yang semakin kotor. Beliau juga memohon kepada AJK PIBG yang baharu agar
dapat membaiki kerosakan di tandas jika terdapat sebarang masalah
memandangkan kewangan sekolah yang semakin berkurangan.

1.9 Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa dilarang masuk ke kawasan sekolah atau
menunggu murid di kantin sekolah. Interkom dicadangkan untuk dipasang di pondok
pengawal bagi memudahkan urusan memanggil anak-anak semasa waktu pulang
sekolah.

Tindakan: makluman

1.10 Guru Besar memohon PIBG bersedia untuk memberi bantuan untuk membaiki
bumbung blok A yang bocor dan tambahan pemasangan 6 buah CCTV di kawasan
sekolah.

Tindakan: PIBG

2.0 Ucapan Alu-aluan YDP Sesi 2019/2020

2.1 En. Ahmad Fauzi bin Abd Rahman selaku YDP mengucapkan terima kasih kepada
semua ibu bapa dan guru kerana meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada
hari ini. Beliau menzahirkan rasa gembira atas kehadiran ibu bapa yang amat
menggalakkan ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 ini. Beliau mengharapkan jika
ada sebarang masalah ibu bapa boleh terus mengutarakan untuk diselesaikan
bersama-sama.

Tindakan: makluman

2.2 YDP menjelaskan tentang penutupan jejantas di Jalan Ampang adalah disebabkan
cerucuk di bawah tangga yang tidak kukuh dan tidak diperbaharui sewaktu jejantas
itu dibina semula. Oleh itu, penutupan jejantas ini mungkin akan berlanjutan dalam
masa yang lama.

2.3 YDP memaklumkan terdapat alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas
semasa mengambil anak pulang sekolah iaitu Parking di Pejabat USKUP. Ibu bapa
boleh meletakkan kenderaan sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah.
Namun begitu, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menjaga kebersihan dan tidak
mematuhi arahan pengawal lalu lintas di kawasan itu. Beliau menyeru kepada ibu
bapa agar menjaga kebersihan dengan baik agar keistimewaan meletak kenderaan
di situ tidak ditarik semula.

2.4 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak AIA tidak membenarkan murid-murid
menggunakan lif di AIA kerana terdapat laluan yang telah dibina untuk kegunaan
murid yang selesa dan dilengkapi dengan CCTV yang berfungsi dengan baik.
Diharap ibu bapa dapat mematuhi peraturan tersebut.

2.5 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Guru- guru Penolong
kanan, guru-guru dan ibu bapa atas kejayaan murid dalan UPSR pada tahun 2019.
Ini merupakan suatu kejayaan yang sangat cemerlang iaitu 12 orang murid

9

memperoleh 6A. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa
atas sumbangan yang besar kepada sekolah dalam menjalankan setiap aktiviti.

Tindakan: makluman

2.6 Seterusnya YDP memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun
lalu (2019) iaitu :

2.6.1 Jogathon 2019 telah meraih dana sebanyak RM70,000. SK CBN1 telah
menjuarai pungutan dana daripada ibu bapa di kalangan sekolah-sekolah di Bukit
Nanas. YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa.

2.6.2 PIBG telah menyalurkan dana akademik untuk kelas tambahan murid.
Dengan sokongan KSIB, sumbangan meja telah diberikan untuk Bilik Media,
membuat mercu tanda sekolah di hadapan pintu masuk sekolah, Galeri Kejayaan
telah diwujudkan bagi mempamerkan gambar-gambar kejayaan murid dan
membaiki alat pendingin hawa di Bilik Guru Besar, Bilik Guru dan Pejabat.

2.6.3 AJK PIBG juga secara persendirian telah bergabung memberi sumbangan
iaitu menyediakan sate dan duit raya kepada semua murid semasa Majlis Sambutan
Hari Raya Aidilfitri Peringkat sekolah tahun 2019.

2.6.4 KSIB Badan Pengawas menganjurkan Hari Guru Peringkat Sekolah, KSIB
Tahun 1 mengadakan Sambutan Hari kanak-kanak dan KSIB Tahun 6 mengadakan
Jamuan Perpisahan untuk murid tahun 6.

2.6.5 PIBG telah meluluskan dana bagi membuat servis bagi 3 buah mesin Coway
yang sedia ada di sekolah dan telah menambah pembelian sebuah lagi mesin
coway.

2.6.6 PIBG juga memberi sumbangan kepada dua orang pengawal keselamatan di
Bukit Nanas iaitu Pak Din dan ibu kepada En. Jaafar yang telah meninggal dunia.

2.6.7 PIBG telah meluluskan dana bagi pembelian alat pembelajaran PAK21 iaitu
Smart Board yang akan dipasang dalam masa terdekat di kelas tahun 4 dan tahun
5.

2.6.8 Pembelian Face Mask, Hand Sanitizer dan Infrared Forehead Thermometer
bagi mencegah penularan Covid 19 untuk kegunaan warga CBN1 juga telah
dilakukan.

2.6.9 PIBG dengan kerjasama sekolah dan badan korporat telah memberi

sumbangan kepada anak-anak yang kurang berkemampuan sebagai galakan untuk

hadir ke sekolah memandangkan peratus kehadiran bulanan murid perlu mencapai

index KPI yang telah ditetapkan. Pihak HEM telah berjaya mendapatkan dana

sebanyak RM10,000 untuk program ini.

Tindakan: makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-49

3.1 En. Abdul Rahman bin Mat Jim mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Agung kali
ke - 49 ini disahkan dan ini disokong oleh En. Azmil bin Akhyar serta disokong
sebulat suara.
Tindakan: Setiausaha

10

4.0 Membentang dan menerima serta meluluskan penyata kewangan berakhir
pada 31 Disember 2019

4.1 En. Faiz selaku NYDP mewakili Bendahari Kehormat meminta hadirin merujuk
kepada laporan kewangan yang terdapat dalam buku laporan dan beliau
menyatakan bahawa laporan berikut merupakan laporan yang terbaik yang pernah
dilihat kerana sumbangan yang telah diberikan oleh para ibu bapa. Beliau juga
menyatakan yuran PIBG pada tahun 2019 adalah yang tertinggi dapat dikutip dalam
masa 4 tahun kebelakangan ini.

4.2 En. Faiz menjelaskan kutipan Jualan Jumble Sale Tahun 6 digunakan sepenuhnya
untuk Farewell Party tahun 6. Pada tahun sebelum ini (2018), kutipan untuk Jumble
Sale tidak dimasukkan ke dalam akaun PIBG kerana terus digunakan. Namun
setelah dibincangkan, keputusan diambil untuk memasukkan kutipan duit Jumble
Sale ke dalam akaun PIBG dan dikeluarkan untuk penggunaan Farewell Party tahun
6. Sebanyak 10% daripada kutipan diberi kepada sekolah dalam bentuk sumbangan
makanan kepada rumah orang-orang tua dan program tanam pokok untuk keceriaan
sekolah.
Tindakan: makluman

4.3 En. Faiz memaklumkan pembelian tambahan satu unit mesin air Coway untuk
sekolah dan membaiki pendingin hawa yang rosak. En. Fauzi turut menekankan
bahawa pengeluaran wang daripada akaun tidak dilakukan jika tidak mendapat
persetujuan 2/3 daripada ahli.
Tindakan: makluman

4.4 Pengesahan penyata kewangan telah dicadangkan oleh Pn. Fairuz bt Khalil dan
disokong oleh Pn. Wahida. Namun begitu, Pn. Wahida ingin mendapatkan
penjelasan lanjut berkenaan perkara berkaitan dengan pembelian mesin air Coway.
En. Faiz menjawab bahawa terdapat kesalahan dalam nota tersebut, dan akan
diperbaiki. Walaubagaimanapun, jumlah kewangan tersebut adalah betul.

Tindakan: Bendahari

11

Pembentangan Usul PIBG

YDP membentangkan usul pertama berkenaan mengekalkan kadar sumbangan
5.0 PIBG untuk tahun 2020 seperti yang berikut:

5.1 Perkara Bayaran
ICT (RM10 x 11 bulan) RM110 per murid
Keselamatan RM40 per murid
PIBG RM50 per keluarga
Pembangunan murid RM20 per murid
Jumlah RM220

Semua ahli telah bersetuju sebulat suara yuran PIBG akan dikekalkan iaitu
sebanyak RM220.

Tindakan: makluman

Seterusnya YDP membentangkan usul ke-2 iaitu Yuran Kelas Tambahan bagi murid
tahun 6. Usul ini telah diterima daripada ibu bapa murid tahun 6 semasa perjumpaan
5.2 Ibu Bapa tahun 6. Untuk makluman semua, bayaran yuran kelas ini dikutip daripada
ibu bapa murid tahun 6 dan juga daripada PIBG. Yuran ini adalah termasuk akhbar
didik dan buku rujukan dan yuran ini adalah sebanyak RM 288.00.

Tindakan: makluman

YDP memaklumkan Majalah sekolah akan dibuat pada tahun ini. Majalah yang
bernilai RM25.00. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun wang SUWA
5.3 sekolah. Usul ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat

. Tindakan: makluman

PIBG akan melakukan kutipan atau sumbangan ikhlas untuk setiap aktiviti yang
melibatkan semua murid di sekolah seperti sambutan perayaan, kem motivasi dan
5.4 sebagainya. Sekiranya berlaku sebarang kematian dan musibah, kutipan derma
akan dilakukan. PIBG akan mengeluarkan surat makluman kepada ibu bapa. Usul
ini diterima sebulat suara.

Tindakan: makluman

12

6.0 Membahas Usul dari Ibu Bapa

6.1 Semua usul daripada ibu bapa telah dijawab dan ada dalam buku laporan PIBG yang
telah diedarkan kepada semua ahli yang hadir. Namun jika ada yang ingin mendapat
penjelasan lebih lanjut boleh mengutarakannya.

7.0 Sesi soal jawab
7.1 Berkenaan Sambutan hari jadi di sekolah, murid hanya dibenarkan untuk membawa

“cupcake” dan “goodie bag” sahaja bagi mengelakkan gangguan semasa PdPc.
Pihak sekolah mengadakan program sambutan harijadi untuk murid pada setiap
bulan.

Tindakan: makluman

7.2 En. Nazar bin Minhat bertanyakan tentang majalah sekolah, adakah bayaran hanya
untuk satu keluarga jika mempunyai anak lebih dari seorang di sekolah. Guru Besar
menjelaskan bahawa bayaran hanya per keluarga dan wang sumbangan ini akan
dimasukkan ke dalam akaun wang Suwa kerana ianya adalah sumbangan awam
dan akan diaudit oleh JPNWPKL.
Tindakan: makluman

7.3 Pn. Firzanah mencadangkan buku tulis yang diperlukan oleh murid dimaklumkan
kepada ibu bapa di awal sesi persekolahan atau waktu orientasi untuk membantu
ibu bapa menyediakan buku yang diperlukan. Tindakan akan diambil oleh Pn. Manis
(PK. Pentadbiran).
Tindakan: PK Pentadbiran

7.4 Pn. Nurul Shakina mencadangkan supaya sekolah-sekolah di Bukit Nanas
berbincang untuk mengadakan program agar tidak bertembung. Guru Besar
menjelaskan aktiviti berkaitan dengan beberapa buah sekolah di Bukit Nanas tidak
boleh dijadualkan agar tidak bertindan kerana masalah kekangan masa.
Tindakan: makluman

13

7.5 En. Suffian mencadangkan agar tempat parking digunakan untuk dijadikan tempat
menunggu anak-anak dan tempat sampah yang terletak di tepi pagar sekolah
adalah tidak sesuai.

Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan En. Sufian. Berkenaan
tempat sampah, pihak sekolah telah mengisi permohonan peruntukan untuk
membuat rumah sampah bertutup. Permohonan ini dibuat memandangkan sekolah
terletak berdekatan dengan hutan. Monyet sentiasa menyelongkar tempat itu
selepas waktu sekolah. Berkenaan tempat menunggu murid, tempat parkir guru
tidak boleh dikosongkan kerana kekangan tempat untuk guru meletakkan kereta.
Oleh itu murid telah diminta menunggu di Dewan Merah. Bagi memudahkan ibu
bapa memanggil murid di Dewan Merah, Guru Besar mencadangkan agar intercom
dipasang di pondok pengawal dengan kerjasama PIBG CBN1 dan CBN2.

Tindakan: PIBG

7.6 Pn. Johana meminta nasihat En. Faiz berkenaan pelaburan menggunakan duit PIBG
untuk menambahkan pendapatan. En. Faiz menasihatkan agar pelaburan jangka
pendek selama 6 bulan atau 8 bulan dibuat dalam Islamic Fix Deposit untuk
mengurangkan risiko. Pelaburan lain adalah tidak digalakkan kerana berisiko tinggi
dan tugas PIBG adalah untuk menjaga kewangan tersebut untuk kegunaan murid.
Tindakan: makluman

7.7 Pn. Fairuz mencadangkan agar makluman ketidakhadiran murid ke sekolah boleh
digunakan dalam bentuk google form. Guru Besar menyambut baik cadangan ini.
Tindakan: PK HEM

7.8 Pn. Syarina mencadangkan agar semua aktiviti yang akan dilaksanakan
dimaklumkan secara serentak kepada ibu bapa supaya tidak berlaku pertindanan
dengan aktiviti sekolah lain. Guru Besar memaklumkan senarai aktiviti sekolah akan
dimaklumkan semasa Hari Orientasi Sekolah.
Tindakan: PK KOKO

En Fauzi meminta ibu bapa agar mengisi google form yang akan dilancarkan untuk
7.9

mengetahui kepakaran ibu bapa untuk membantu sekolah. Contohnya kepakaran
untuk menembak gagak yang ada di kawasan sekolah dan sebagainya.

Tindakan: makluman

14

8.0 Pembubaran dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG
2019/2020

8.1 YDP mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh
barisan AJK PIBG sesi 2019/2020 dan juga barisan pentadbiran sepanjang beliau
memainkan peranan sebagai YDP PIBG. YDP mengumumkan pembubaran barisan
AJK PIBG sesi 2019/2020.

Tindakan: makluman

Pemilihan Jawatankuasa Baru dan Juruaudit Dalaman
9.0

Pn. Indrani A/P Letchumanan selaku Guru Besar telah dilantik sebagai Pengerusi
9.1 Sementara untuk pemilihan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2020/2021 setelah

barisan AJK yang lepas dibubarkan dan dipersetujui sebulat suara.

Tindakan: makluman

Pn. Indrani membuka pencalonan bagi jawatan YDP PIBG dan calon yang menerima
undian kedua terbanyak akan dilantik menjadi NYDP secara automatik. Cadangan
9.2 dipersetujui sebulat suara.

Calon Pencadang Penyokong
En. Ahmad Fauzi bin Abdul Rahman Pn. Faizah En. Saidi
En. Sabri bin Yasa Pn. Farah Izma Pn. Rosliza

Berdasarkan pencalonan yang dibuat, En. Ahmad Fauzi kekal sebagai YDP dan En.
Sabri sebagai NYDP bagi sesi 2020/2021.

Tindakan: makluman

Pencalonan diteruskan bagi jawatan AJK Ibu Bapa.

Calon Pencadang Penyokong
En. Azmil bin Akhyar Pn. Farah Izma Pn. Iylia Amalina
Pn. Fazlina binti Othman Pn. Azwa Pn. Faizah Mohd Zuki
En. Reza Affendi En. Mohd Affandi En. Faizal bin Ibrahim
En. Sazali bin Noorani En. Reza Affendi Cik Halimah Ghazali
Pn. Kamariah Liza binti Osman Pn. Haslinda Ahmad En. Reza Affendi
Pn. Nurlinda binti Abd Rahman En. Saidi Rasid Pn. Fazlina
En. Faizal bin Ibrahim Pn. Fazlina En.Abd.Rahman
Pn. Azwa –namun beliau menolak Pn. Nurlinda binti Abd Pn. Fazlina
pencalonan ini. Rahman
Pn. Waheeda-beliau juga menolak Pn. Siti Zahara
atas alasan komitmen kerja

Berdasarkan pencalonan ini, En. Reza Affendi, Pn. Linda, En. Azmil, En. Faizal dan
Pn. Liza dilantik sebagai AJK Ibu Bapa PIBG sesi 2020/2021. En. Sazali dan Pn.
Fazlina pula untuk jawatan juru audit atas kepakaran masing-masing dalam bidang
akaun dan disokong sebulat suara.

Tindakan: makluman

15

9.3 Guru Besar memaklumkan Setiausaha dan Bendahari PIBG 2019/2020 iaitu Pn.
Shahrul Bariah dan Pn. Siti Amnah dikekalkan bagi sesi 2020/2021. AJK-AJK Guru
juga dikekalkan jawatan untuk sesi 2020/2021 iaitu Pn. Rozila, Pn. Hurul Aini, Cik
Clarissa, En. Sasi dan Cik Halimah.

Tindakan: makluman

9.4 Guru Besar menjemput barisan AJK sesi 2020/2021 mengambil tempat di hadapan
dan juga sesi bergambar.

Tindakan: makluman

10.0 Ucapan Penangguhan

10.1 YDP mengucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada para ibu bapa yang
telah meluangkan masa menghadiri mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.50 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Shahrul........................................................ .........................................................
(AHMAD FAUZI BIN ABD RAHMAN)
(SHAHRUL BARIAH BT AHMAD) Yang Dipertua PIBG 2020/2021
Setiausaha PIBG 2020/2021

16

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA / PENJAGA KE MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-50

1. EN. SAZALI MOHD NOORANI
2. PN. NOR WAHIDA ABD WAHAB
3. PN. SALFARINA BINTI SAMSI
4. EN. AHMAD AZWAN B MOHAMAD FAKHRUR RAZI
5. PN. NOR SYUHADA BINTI ABD RAZAK
6. PN. LYDIA FARAHEEDA ASROFF
7. EN. AZRIN HARIS BIN MOHD YUSOFF
8. EN. AHMAD FAIRUZ BIN ABDUL MALEK
9. PN. NOOR ANITA
10. PN. ELLISHA JOHANABAS BINTI ROSLI
11. EN. AZWAN BIN MOHD HASHIM
12. EN. MOHD FAEZ BIN MOHD RAKEBI
13. EN. MONARIZZAL BIN MOKHTAR
14. PN. JOHANNA SHERENE RAMLI
15. EN. ENRICO LABUNDA
16. PN. ROSHAFIZA BINTI MOHAMAD RODI
17. PN. NORSAFINA MOHAMED
18. PN. SALFARINA BINTI SAMSI
19. PN. HARTINI MOHD ISA
20. EN. REZA AFFENDI MOHAMAD KHIR
21. EN. SHAHRUL BIN OSMAN
22. PN. AZLINA AHAMAD
23. PN. ELIZABETH SANTIAGO
24. EN. FAIRUZ FAIZUL BIN ANUAR
25. EN. MOHD AZADDIN BIN NASIR
26. EN. SYARIZ IMRAN KAMARUDDIN
27. PN. KALAIVANI A/P KUMAR
28. EN. ALIF HUAZAM
29. EN. MOHD NORAZRI BIN ABD AZIZ
30. PN. NORFAEZAH BINTI ABU YAZID
31. DR. CECILLIANN VERONICA
32. EN. ARTHI
33. EN. MOHD FAIZAL ROSLI
34. PN. KAVITHA
35. PN. FAIRUZ BINTI FADZIL
36. EN. MOHD FATHDZIL BIN MUSTAPHA ALI
37. PN. RUZANNA MOHAMED
38. EN. MOHAMAD FADZIL SABRI
39. PN. MARIANI BINTI ABDUL MAJID
40. EN. TUN MOHD IMRAN BIN MOHD SURIA AFFANDI

17

41. PN. NUR SYARENA BINTI ABDULLAH
42. EN. FADIL BIN AZIZ
43. EN. VIJAY SHEELAN
44. PN. AYU ROYANI BINTI KAMARUDDIN
45. EN. KAMARUL ANNUAR B ABD JALIL
46. EN. SUFFIAN SHAHABUDDIN
47. EN. WAN MOHD NORSHAFIQ BIN WAN MANSOR
48. EN. ROSHAIMI BIN MAT ROSELY
49. EN. NOR AZMI BIN MUSTAFA
50. PN. SITTY CHADIJAH BINTI SYARIFUDDIN
51. PN. ROSANITA BINTI MOHD ROSLI
52. PN. NURUL SHAKINA
53. EN. AKMAL FAUZI BIN NEK
54. PN. PUNGKANI SUBRAMANIAM
55. PN. AZWA BINTI MD SARIF
56. EN. MOHD AFANDY BIN YUSOF
57. EN. MUHAMMAD FADHIRUL IKHRAM
58. PN. HASLIZA IDRIS SHAARI
59. PN. NOREHAN ABD GHANI
60. EN. TANIGESWARAN THANGGARAJOO
61. PN. THANIA BT MOHD MUSTAPA
62. EN. SHIVA KUMAR
63. EN. AHMAD SHARIL BIN HASHIM
64. EN. THINAGARAN MANIYAM
65. EN. MAGINDRA RAW
66. PN. SUMATHY
67. EN. MOHD IZ BIN SABTU
68. PN. NUR FADIA BINTI MOHAMED RADZUAN
69. PN. LOGESVARI
70. PN. SHARIFAH ZUHRIAH
71. EN. MUHAMMAD FADHIRUL IKHRAM
72. PN. AZLINA AHAMAD
73. PN. VEERAMAH RAMAN
74. PN. SHARIFAH ZUHRIAH

18

SENARAI KEHADIRAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-50

HADIR CATATAN

BIL. NAMA
1 PN. INDRANI A/P LETCHUMANAN (GURU BESAR)
2 PN. MANIS BT. ABDUL SAMAD (GPK KURIKULUM)
3 PN. ROZZALITA BT. ABDULLAH (GPK HAL EHWAL MURID)
4 PN. SHARIFAH NOR HAMIZA BT. SYED EDRUS (GPK KOKURIKULUM)
5 CIK BHARATHI USHA A/P MARTHEVEERAN
6 CIK AZIAM BT. SULAIMAN
7 PN. NURUL IZZATI BT. IZAHAR
8 CIK TING MEI CHING
9 EN. MUHAMMAD SAIDI B. RASID
10 CIK RUHANA BT. ZJANIS
11 PN. FARHANA BT. IBRAHIM
12 CIK NIK NOR FARAH ASMIDA BT MOHAMAD
13 PN. NORLIAH BINTI BACHOK
14 PN. NOOR FAZIMA BT. IBRAHIM
15 PN. NOR AQIDAH BT. ABU BAKAR
16 PN. NUR FADZLINDAH BT. ABU
17 PN. NUR IYLIA AMALINA BT. MOHD ZAINUDDIN
18 PN. ROSLIZA BT. YACOB
19 PN. ROZILA BT. GHAZALI
20 PN. SHAHRUL BARIAH BT. AHMAD
21 PN. KHAIRUL BARIAH BINTI YAZID
22 PN. SITI AMNAH BT. AZMI
23 EN. SASI A/L RAJA
24 PN. SITI ROSIDAH BT. MOHAMAD NOOR
25 CIK VANITHA CHANDRAN
26 PN. HURUL AINI BT ABAS
27 PN. NUR ATIQAH BT. MD RODIZH
28 CIK HALIMAHTUSAADIAH BT. GHAZALI
29 PN. AIMI AMALINA BT. GHAZALI
30 CIK CLARISSA LEE CHING CHING
31 PN. MAS MUNIROH BINTI RAMLI

TIDAK HADIR NAMA CATATAN
BIL. CUTI SAKIT
1 PN. ROHAIDA BT. HASHIM

19

20

LAPORAN KEWANGAN 2020/2021

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN KEWANGAN
BERAKHIR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

21

22

23

24

25

MESYUARAT AJK PIBG SESI 2020/2019 DAN KEHADIRAN AJKKE
MESYUARAT AJK PIBG

AJK IBU BAPA Nama Mesyuarat Mesyuarat Mesyuarat
AJK ke-1 AJK ke-2 AJK ke-3
AJK GURU EN. AHMAD FAUZI BIN ABD RAHMAN 29/5/2020 24/72020 27/3/2021
EN. SABRI BIN YASA
PN. NURLINDA BINTI ABDUL RAHMAN / / /
/ / /
EN. REZA AFFENDI BIN MOHD KHIR / /
EN. FAIZAL BIN IBRAHIM / / Urusan
/ / keluarga
PN. KAMARIAH LIZA BINTI OSMAN / /
EN. AZMIL AKHYAR BIN BAHARI / / /
PN. SHAHRUL BARIAH BINTI AHMAD / /
PN. SITI AMNAH BINTI AZMI / / Urusan
PN. HURUL AINI BINTI ABAS / keluarga
PN. ROZILA BINTI GHAZALI / Cuti sakit
/ /
CIK CLARISSA LEE CHING CHING / /
CIK HALIMAHTUSAADIAH BINTI /
GHAZALI Cuti sakit Pindah
EN. SASI A/L RAJA /
/ /
/ /

/
/

/

Pindah

26

LAPORAN KOKURIKULUM 2020

AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50
27

28

29

30

31

SENARAI AKTIVITI PIBG

1. Memperuntukan dana bantuan PKP pada keluarga yg terjejas dengan
arahan kerajaan mematuhi PKP. 7 keluarga utk fasa 1 dan 20
keluarga untuk Fasa 2. Dana gabungan tabungan adalah daripada
pihak Westar, AJK PIBG dan sumbangan daripada ibu bapa.

2. Meluluskan dana penyelenggaraan kerosakan injap tangki air tandas
pelajar.

3. PIBG bersama KSIB menghulurkan bantuan untuk memenuhi
tuntutan SOP menjelang pembukaan semula sekolah pasca Covid-19
iaitu sumbangan tong air, tong sampah, sinki, kipas di kelas-kelas
tertentu serta termometer untuk menyukat suhu murid.

4. Mengadakan latihan pengendalian SmartBoard kepada guru-guru.

5. Menggerakkan dana sumbangan murid yang kematian bapa dan
mengumpul sumbangan bagi membantu Maahad Tahfiz Integrasi
Selangor yang terlibat dengan kebakaran.

6. Membuat pemeriksaan berkala alat pemadam api dan menambah unit
bilangan mengikut keperluan sekolah.

7. Menggerakkan proses sanitasi kelas-kelas dan kawasan umum
sekolah oleh staf PIBG.

8. Untuk fasa pasca pembukaan sekolah sesi 2021, pihak PIBG telah
menjalankan kerja penyelenggaraan iaitu membaiki kerosakan dan
kebocoran bumbung di blok A.

9. Membaiki kipas-kipas yang tidak berfungsi sebanyak 10 unit melalui
sumbangan ibu bapa termasuk memasang lampu tambahan di kelas
yang agak gelap.

32

10. Pemasangan 2 unit 1/2 Smart Digital Board melalui dana sumbangan
parent, badan korporat, pusat khidmat Parlimen, dan dana PIBG.

11. Mengusahakan sumbangan untuk memasang 17 unit kipas dinding
baru di blok B melibatkan 7 buah kelas.

12. Mendapatkan sumbangan untuk pemasangan papan putih dan papan
kenyataan baru di dua buah kelas tahun 4.

13. Mengusahakan kutipan sumbangan untuk pengawal keselamatan
Uskup yang kehilangan orang tersayang iaitu isteri beliau.

14. Mengusahakan aduan rasmi ke bahagian Kejuruteraan & Saliran
berkaitan penutup longkang laluan pejalan kaki sebelah hutan simpan.

15. Mengusahakan aduan rasmi ke Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan
& Datuk Bandar berkaitan pembaikan jejantas & laluan tangga dari
Jalan Ampang masuk ke sekolah.

16. Mengusahakan sumbangan berupa uniform sekolah sepersalinan
setiap seorang melibatkan 10 pelajar kurang berkemampuan.

17. Kerja menaiktaraf lantai makmal ICT dan dua kelas tahun 6 dari
vinyl floor kepada wooden flooring serta memberi dana
penyelenggaran pendingin hawa bilik ICT, bilik guru serta bilik
penolong kanan.

18. Memperoleh kebenaran termasuk mengurus, mengawal dan menyelia
daripada pihak USKUP AGUNG berhubung penggunaan lot parking
sejak dari sekolah dibuka sehinggalah jejantas kembali siap.

33

AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51

34

USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE-50 SESI
2020/2021

BIL USUL / CADANGAN JAWAPAN PENCADANG
1 Mohon pertimbangkan EZA HAMNI BIN
- Akan diambil tindakan MOHAMAD
untuk menyediakan locker oleh En. Saidi
untuk simpanan buku teks ADELIA JASMINE
fizikal di kelas bagi 1MAGENTA
meringankan bebanan beg.
Sementara dirumah murid - Surat telah dihantar oleh AHMAD SHARIL BIN
masih boleh mengulangkaji
menggunakan buku teks pihak PIBG pada 2 April HASHIM
digital.
2 Masalah kesesakan 2021 kepada :
lalulintas yang
disebabkan penggunaan 1. Jabatan Pengangkutan AISYAH 3MAGENTA
jejantas dan tangga ke Bandar DBKL.
pintu belakang CBN
tidak dibenarkan. 2. Datuk Bandar Kuala

3. Setiap kelas digalakkan Lumpur.
utk ada tabung sedekah
(guru kelas perlu pegang 3. Menteri Wilayah
tabung itu). Amalan
bersedekah setiap hari Persekutuan
dari anak-anak untuk
diberikan kepada anak- KAMARIAH LIZA
anak lain yg memerlukan
atau untuk peralatan alat - Akan dijalankan sepanjang OSMAN
tulis kelas, buku atau bulan puasa dan mengikut
lain-lain yang perlu
diganti. keperluan. HYREEN NUZRYN

4. Bila jejantas yang ZAHRAN
menghubungkan terus
ke CBN akan dibaiki? 5 EMERALD

- Sila rujuk usul nombor 2. ELINA HASHIM

LEIA IMAN
1 EMERALD

5. Sediakan loud hailer - Wisel akan disediakan MUHAMMAD RAIZAL
untuk mudahkan Encik untuk mengurus trafik. BIN AHMAD YUSOF
Dass uruskan trafik
waktu tamat sekolah - Loud hailer dikhuatiri NUR AISYAH
atau sekurang- menganggu penghuni HUMAYRAA
kurangnya wisel Rumah Cahaya. 1 EMERALD

35

6. Mengurangkan bebanan - Disyorkan penggunaan MOHAMMAD FADLI
beg sekolah pelajar loker. BIN ASFAANI
terutamanya darjah 1
IRDINA HUMAIRA BT
6. Pemulangan dan MOHAMMAD FADLI
pengagihan buku teks
dan aktiviti diadakan - Pemulangan dan M.KAVITHA
sebelum cuti hujung
tahun. pengagihan buku teks dan

aktiviti pada tahun 2020 M. TUHINA SHREE

lewat dijalankan 3 MAGENTA

berdasarkan arahan KPM.

- Pada tahun 2019 dan

tahun-tahun sebelumnya,

semua urusan diselesaikan

sebelum cuti hujung tahun.

36

LAMPIRAN

TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA
PENUH/SEKOLAH KAWALAN/SEKOLAH SUKAN 2019-2020

BIL 2019 2020
NAMA MURID TAWARAN NAMA MURID TAWARAN

1 ALYA DANIA SM SAINS TENGKU MIA RAIHANA BT MRSM

ABDULLAH NORAZMI

2 AREA NADINE KOLEJ TUNGKU AISHWARYA A/P MRSM
KURSHIAH PALANIAPPAN

3 NUR QISTINA KOLEJ TUNGKU MIA KHADIJA BT MRSM
DALILAH KURSHIAH BAZLAN

4 NUR ADRIANA DAMIA SM SAINS KUALA AISYA BT ASHRAF MRSM
SELANGOR

5 FARHAH NATALIA SESERI NUR AMIRA MRSM
6 NUR KAISAH SESERI SUFFIYAH BT M. MRSM
AFFANDI
RAISAH QAISARA

7 NUR EMELINE SM SERI PUTERI HADI NUR QISTINA TKC
CYBER JAYA

8 ZULAIKHA KOLEJ YAYASAN IRIS ZARA JAZMIN BT TKC
HANISOPHIA SAAD ERUWAN

9 KAYRA LARISSA KOLEJ YAYASAN PAVANA A/P SESERI
SAAD VISHVANATHAN

10 MANUSHRII KOLEJ YAYASAN DHIA KAIYESHAH BT SM SERI PUTERI
SAAD NOOR AZLI

11 NUR ALYA QISTINA SSTMI BANDAR DHIA MIRZA BT SM SAINS TELUK
PENAWAR AZRIN INTAN

12 ALYA FARHANA SM SUKAN NEGERI, MARISSA BT ZAIFUL SEKOLAH SUKAN
KL BUKIT JALIL

13 ZARA DAHLIA SEKOLAH RANIA BT ISMAIL KOLEJ YAYASAN
SAAD
AMINUDDINBAKI

14 NADHIRATUL SEKOLAH KARYSSA LYRA BT KOLEJ YAYASAN
RAHMAH SAAD
AMINUDDINBAKI FAIZAL

15 ALYA ADRIANA SEKOLAH

AMINUDDIN
BAKI

37

38

39


Click to View FlipBook Version