1
TAJUK M/S
3
PENGENALAN 6
13
BAB 1 SEJARAH NLP 49
BAB 2 MENGENALI KARAKTER 69
BERDASARKAN NLP
BAB 3 TEKNIK BELAJAR NLP
TEKNIK BELAJAR
3.1 UNTUK ORANG
VISUAL
TEKNIK BELAJAR
3.2 UNTUK ORANG
AUDITORI
TEKNIK BELAJAR
3.3 UNTUK ORANG
KENESTATIK
PENUTUP
2
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt…
Terima kasih kepada anda yang telah
mendapatkan ebook ini. Ebook ini
merupakan buah tangan khas untuk anda
daripada ALAF Training. Ebook “Teknik
Belajar NLP” ini banyak menyentuh tentang
bagaimana cara untuk membantu pelajar
supaya mampu belajar dengan cara yang
berkesan dengan menggunakan ilmu neuro
sains iaitu ilmu berkenaan bagaimana minda
manusia berfungsi. Ilmu itu bernama Neuro
Linguistic Programming (NLP).
Berdasarkan kajian NLP manusia
mempunyai karakter yang berbeza-beza dan
manusia juga turut mempunyai daya cerapan
maklumat yang berbeza-beza. Ada manusia
yang dikatakan sebagai manusia visual, ada
3
manusia manusia auditori malah ada juga
manusia dikategorikan sebagai manusia
kinestetik. Setiap manusia ini mempunyai
karakter yang tertentu, daya cerapan yang
tertentu dan gaya belajar yang tertentu.
Dengan mengenali diri kita, sama ada
tergolong dalam kategori visual, auditori
atau kinestetik, ia dapat membantu kita
untuk meningkatkan lagi potensi minda
seterusnya mencapai kejayaan yang
diidamkan. Oleh itu, tujuan buku ini ditulis
ada dua. Pertamanya buku ini akan
membantu para pelajar mengenali
karakter masing-masing, dan yang kedua
akan membantu para pelajar untuk
mengatahui cara belajar yang berkesan
berdasarkan karakter yang tersendiri.
Semoga ebook ini dapat meningkatkan
4
prestasi para pelajar dan dapat menjadikan
pelajar lebih meminati dan mencintai ilmu.
Wallahualam..
Yang benar,
Mohamad bin Mohshin (Che’ Mat)
#inspiratorpelajar
#ustazmotivasi
5
BAB 1
Saya mulakan buku ini dengan
bercerita kepada anda tentang apakah itu
NLP. Anda pernah dengar tentang NLP?
Apakah itu ilmu NLP? Siapakah yang
mengasaskannya? NLP (Neuro Lingustic
Program) bermula pada awal 1970-an ketika
dua orang lelaki yang bernama John
Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di
University of California yang terletak di
Santa Cruz serta Richard Bandler, yang
merupakan pelajar psikologi di universiti
tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik
dengan persoalan tentang apakah faktor
yang menyebabkan seseorang itu cemerlang,
6
dan kita boleh mengulangi kecemerlangan
itu bila-bila masa yang dikehendaki.
John Grinder
Richard7Bandler
Pemerhatian mereka mendapati,
individu yang mereka kaji menunjukkan
bahawa setiap daripada mereka
mempamerkan corak tingkah laku dan gaya
fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya
membina prinsip-prinsip asas dalam NLP.
Pada asalnya, mereka mengkaji
beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang
terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls,
seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang
juga telah mengasaskan teknik terapi yang
meluas yang dinamakan sebagai Gestalt.
Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil
kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli
hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia.
Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah
Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga
yang telah banyak menyelesaikan krisis
rumahtangga yang dikendalikannya.
8
“NLP maybe the most powerful vehicle for change
in existence.”
-Modern Psychology Magazine
Bandler dan Grinder tidaklah berniat
untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka
hanya kagum dengan kejayaan proses-proses
‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan
oleh tokoh-tokoh tersebut. Contohnya,
seorang perokok tegar boleh berhenti
merokok selepas beberapa sessi terapi,
seorang yang pemabuk dan pemarah
menjadi seorang suami yang penyantun.
Begitu juga dengan kes orang yang
menghadapi tekanan perasaan melampau,
dan boleh bertukar menjadi seorang yang
ceria positif. Mereka berusaha
mengenalpasti corak dan kaedah yang
digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan
membandingkan antara satu sama lain.
9
Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan
yang sungguh memeranjatkan. Walaupun
setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan
personaliti yang jauh berbeza, namun
mereka semua mempunyai corak asas yang
sama!
Bandler dan Grinder pun
mengenalpasti corak-corak tersebut,
memantapkannya dan membangunkan
model dan teknik yang dinamakan sebagai
Neuro Linguistic Programing (NLP).
Selepas itu, ramai orang yang turut
menyumbangkan kepada pembangunan
idea-idea NLP sehingga menjadi satu
‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.
Itulah serba sedikit maklumat asas
tentang NLP. Semoga sedikit info ini
membantu anda memulakan pengembaraan
10
dalam NLP. Sumber info ini kami ambil dari
alam maya internet dan website NLP
Malaysia. Anda juga sangat digalakkan ke
seminar anjuran mereka untuk mengetahui
lebih lanjut berkaitan ilmu NLP. Cari di
www.nlpmalaysia.net
11
BAB 2
2. Mengenali Karekter
Berdasarkan NLP
2.1 : Cara Mengenali 2.2 : Tiga Jenis Karekter
Karekter NLP NLP
Sebenarnya terdapat banyak modul
yang dapat membantu manusia mengenal
karakter diri, pasangan dan ahli pasukan.
Antaranya ialah mengenal karakter
berdasarkan tulisan tangan, tanda tangan,
12
warna kegemaran, kajian psikologi
geometri, kajian otak kanan otak kiri dan
sebagainya. Ilmu NLP ini juga merupakan
sebahagian daripada cara untuk mengenal
karakter diri kita sendiri.
Saya ringkaskan, untuk mengenal
karakter berdasarkan kajian NLP, terdapat
dua cara yang paling mudah. Pertama adalah
menjawab soalan kaji selidik, dan yang
kedua adalah dengan cara menggunakan
teknik kue ekses mata.
13
2.1 : Cara Mengenali
Karekter Berdasarkan
NLP
2.1.1 : Soal Selidik 2.1.2 : Kue Akses Mata
2.1.1 Menjawab soalan kaji selidik:
Saya sudah mencari banyak soal selidik
/questionaire untuk membantu anda
mengenal karekter berdasarkan NLP. Saya
fikir soal selidik paling mudah dan ringkas
adalah soal selidik yang diambil daripada
penulis bernama Micheal J.Loiser.
Beliau ada menulis sebuah buku
bertajuk Law Of Connection iaitu Hukum
Perhubungan. Buku ini menggunakan ilmu
NLP sebagai asas perbincangan. Buku ini
sudah diterbitkan dalam Bahasa Melayu
oleh penerbit PTS dan anda boleh
dapatkannya di mana-mana kedai buku
berhampiran. Cuma stoknya saya tak tahu
apakah masih ada atau dah habis. Ini contoh
soal selidik yang anda perlu jawab dengan
tenang dan jujur. Hanya tandakan angka
14
pada skala 1 hingga 4 sebagai setuju atau
tidak pada jawapan.
[Skala 1 hingga 4]
4 = Menggambarkan Diri Saya
3 = Hampir Menggambarkan Diri Saya
2 = Agak Menggambarkan Diri Saya
1 = Kurang Menggambarkan Diri Saya
Contoh Soalan :
Saya Membuat Keputusan Penting
Berdasarkan:
Contoh Jawapan :
4 Naluri Dan Tahap Keselesaan Saya.
1 Bagaimana Saya Mendengar Idea Itu.
3 Keadaannya Pada Pandangan Saya.
2 Laporan/Kajian Yang Tepat Mengenai Isu
Itu.
Baiklah, di sini saya lampirkan soalan-
soalan kaji selidik untuk mengenal karekter
15
kita berdasarkan NLP. Sila ikut arahan yang
diberi satu persatu untuk mendapatkan hasil
yang tepat.
Arahan : Sila jawab soalan berikut
dengan meletakkan skala 1 hingga 4 pada
jawapan. Empat untuk paling SETUJU
dan 1 untuk paling TIDAK SETUJU.
1. Saya membuat keputusan penting
berdasarkan kepada :
- Naluri dan tahap keselesaan saya.
- Bagaimana saya mendengar idea
itu.
- Keadaannya pada pandangan saya.
- Laporan/Kajian yang tepat
mengenai isu itu.
2. Ketika berlaku pertikaian, saya
mungkin dipengaruhi oleh :
- Bunyi bising dan nada suara orang
lain.
16
- Sama ada saya dapat melihat sudut
pandang orang lain atau tidak.
- Logik dan kewajaran pendapat
orang lain.
- Sama ada orang lain sensitif pada
perasaan saya atau tidak.
3. Ketika berkomuniskasi dengan
orang lain, apa yang pentig untuk
saya adalah :
- Rupa dan cara saya berpakaian.
- Berkongsi perasaan dan
pengalaman saya.
- Mengetahui maksud kata-kata saya
fahami.
- Didengari dan mendengari.
4. Ketika seseorang bertanyakan
soalan penting, saya cenderung :
- Mendengar dengan teliti,
kemudian bertanyakan soalan bagi
memastikan saya faham.
17
- Mengambil masa memikirkan hal
itu dan memilih kata-kata dengan
berhati-hati.
- Menghargai apabila memberi masa
bagi mencari jawapan.
- Menjawab dengan pantas dan
menghuraikan dalam bentuk
gambaran.
5. Saya menganggap diri saya:
- Sudah terbiasa dengan bunyi di
persekitaran saya.
- Dapat memahami fakta dan data
baru dengan mudah.
- Sensitif dan fleksibel dalam
perhubungan.
- Kreatif dan mampu menangani
sejumlah besar maklumat dengan
cepat.
6. Orang lain benar-benar dapat
mengenali saya apabila mereka :
- Dapat memahami perasaan saya.
18
- Dapat melihat perspektif saya.
- Mendengar dengan teliti apa yang
saya katakana dan cara ia
disampaikan.
- Menunjukkan minat pada apa yang
saya kongsikan.
7. Semasa bekerja dalam kumpulan,
saya lebih cenderung :
- Mahu meningkatkan proses
dengan idea saya.
- Ingin menjadi sebahagian daripada
visi dan proses perancangan.
- Mahu menyusun rancangan
mengikut turutan dan teratur.
- Ingin membantu membina
hubungan baik yang lebih mantap.
8. Apabila menghuraikan sesuatu
perkara kepada saya :
- Tunjukkan kepada saya adalah
lebih jelas.
19
- Saya dapat mengingati dengan
baik hanya dengan mendengar.
- Menulisnya dapat membantu saya
memahaminya.
- Membentangkan fakta secara
logik, lebih mudah diterima akal.
9. Ketika mengalami tekanan, saya
rasa tercabar apabila perlu:
- Mempercayai orang, situasi atau
konsep.
- Menjadi diplomatik dan berterus
terang.
- Memisahkan perasaan saya
daripada perasaan orang lain
- Menjadi flesksibel dan menukar
masa yang sdah ditetapkan.
10. Secara semula jadi saya merasa
mudah bagi:
- Menerima inspirasi dalaman
- Menyatakan kesesuaian
penggunaan idea baru
20
- Mengikuti kaedah ‘Cuba Jaya’.
- Menguruskan dan merancang
kegiatan.
21
Langkah 1 :
Salin semula jawapan bagi setiap soalan dari
Soal Selidik Penilaian Diri ke ruangan di
bawah ini. Lihat Contoh berikut:
1. Contoh Soalan
Saya membuat keputusan penting
berdasarkan kepada :
(Pada skala 1 hingga 4)
4 K Naluri dan tahap keselesaan saya.
1 A Bagaimana saya mendengar idea itu.
3 V Keadaannya pada pandangan saya.
2 D Laporan/Kajian yang tepat mengenai
isu itu
22
1. 2. 3. 4. 5.
_ K _A _V _A _A
_A _V _K _D _D
_V _D _D _V _K
_D _K _A _K _V
6. 7. 8. 9. 10.
_K _A _V _D _D
_V _V _A _A _A
_A _D _K _K _K
_D _K _D _V _V
Soalan V A K D JUMLAH
Contoh 3 1 4 2 10
1 10
2 10
3 10
4 10
5 10
6 10
7 10
23
8 10
9 10
10 10
Jumlah 100
Susunan Pemprosesan Komunikasi Saya adalah :
_______ (v) ______ (A)______ (K) _______ (D)
Contohnya:
__35____(v) _29___ (A)__21__ (K)__15____(D)
[Tertinggi] [Terendah]
24
Skor tertinggi mewakili gaya dominan atau
gaya pilihan kita apabila berkomunikasi
dengan orang lain. Gaya ini juga digunakan
bagi mentafsirkn setiap maklumat yang
diterima.
Skor terendah mewakili gaya terlemah atau
gaya bukan pilihan kita apabila
berkomunikasi dengan orang lain dan juga
bagi mentafsirkan maklumat yang diterima.
Skor yang sama menunjukkan kita
mempunyai keutamaan yang tinggi bagi dua
atau lebih gaya komunikasi. Apabila kita
mempelajari setiap gaya komunikasi di
bahagian selanjutnya, kita dapat mengenal
pasti jenis gaya yang lebih cenderung atau
kerap kita gunakan.
25
Walaupun terdapat perbezaan satu
markah dalam skor, ia sudah memadai bagi
menentukan jenis gaya pilihan atau gaya
dominan kita.
Ini salah satu contoh soal selidik yang
boleh membantu anda mengenali karekter
masing-masing. Ada beberapa lagi contoh
soal selidik namun contoh ini pun sudah
memadai, inshAllah. Dapatkan buku Law Of
Connection, tulisan Michael J. Losier, buku
edisi terjemahan, terbitan oleh PTS
Publication.
Selain menjawab soalan kaji selidik,
anda boleh mengenal diri dengan
menggunakan cara yang lebih mudah. Baca
lagi dalam bahagian yang seterusnya.
26
2.1 : Cara Mengenali
Karekter Berdasarkan
NLP
2.1.1 : Soal Selidik 2.1.2 : Kue Akses Mata
2.1.2 Bagaimana mengenali manusia
menggunakan teknik Kue Akses Mata
Berdasarkan ilmu NLP, keadaan fizikal
manusia akan melambangkan keadaan
minda. Minda dan fizikal sentiasa berkaitan.
Sekiranya minda kita berada dalam keadaan
sedih, maka fizikal kita akan menampakkan
ciri-ciri orang yang sedih seperti badan yang
tertunduk, mata yang memandang ke bawah,
mengeluarkan air mata, berjalan perlahan
dan seumpamanya. Apabila minda manusia
berada dalam keadaaan cergas atau
bersemangat pula, ia turut dipancarkan juga
pada fizikal seperti bahu yang tegak, mata
27
yang buntang, berjalan dengan cepat, muka
yang tersenyum, suara yang lebih kuat dan
ceria.
Apa yang ingin saya sebutkan di sini
adalah setiap perubahan yang berlaku pada
fizikal adalah menunjukkan berlakunya
perubahan pada minda dan setiap kali
berlaku perubahan dalam minda, maka akan
berlaku juga perubahan pada fizikal
termasuklah gerakan pada anak mata.
Oleh itu, dengan menggunakan teknik kue
ekses mata, kita dapat mengenal karakter
seseorang. Secara asasnya, terdapat tiga
prinsip tentang gerakan anak mata:
Tiga Prinsip Gerakan Anak Mata
28
Prinsip gerakan anak mata yang pertama:
Anak mata manusia bergerak apabila
manusia berfikir. Maksudnya, apabila
manusia berfikir, anak mata akan turut
bergerak. Contohnya ketika kita sedang
bercakap dengan seseorang, kita akan dapat
saksikan anak mata manusia akan sentiasa
bergerak. Itu menunjukkan manusia sedang
berfikir. Pergerakan anak mata manusia itu
mencerminkan manusia sebenarnya seperti
sedang mencari maklumat yang tersimpan di
dalam minda.
Prinsip gerakan anak mata yang kedua:
Anak mata manusia tidak bergerak
apabila manusia tidak berfikir atau tidak
perlu berfikir. Maksudnya, anak mata
manusia tidak akan membuat sebarang
pergerakan apabila manusia tidak berfikir.
29
Contohnya, apabila anda bertanya
sesuatu kepada seseorang dan orang tersebut
tidak menggerakkan anak matanya, boleh
jadi maklumat yang dia sampaikan itu
adalah maklumat yang dia tidak perlu untuk
berfikir.
Contoh pertanyaan : Cuba anda tanyakan
soalan berikut kepada kawan-kawan atau
sesiapa sahaja untuk melihat gerakan anak
matanya.
1. Siapakah nama awak?
2. Berapakah umur awak?
3. Di manakah awak tinggal sekarang?
Cuba perhatikan anak mata individu
tersebut apabila anda ajukan soalan di atas.
Biasanya anak mata manusia tidak bergerak
kerana maklumat tersebut tidak memerlukan
seseorang untuk berfiikir. Semua maklumat
30
tersebut biasanya manusia sudah ketahui
ataupun sudah ingat. Apabila maklumat
tersebut tidak memerlukan manusia untuk
berfikir, maka anak mata manusia tidak akan
bergerak.
Prinsip gerakan anak mata yang ketiga:
Kemana anak mata manusia bergerak
melambangkan siapakah manusia itu pada
ketika itu. Berdasarkan kajian NLP, anak
mata manusia bergerak kearah tiga tempat
yang dominan. Pertama, memandang ke
atas, kedua mendatar iaitu kiri dan kanan
dan yang ketiga kearah ke bawah. Setiap
satu ini melambangkan siapakah manusia
itu.
Anak mata manusia yang kerap
memandang ke atas disebut sebagai manusia
31
visual. Anak mata manusia yang
memandang kiri atau kanan (mendatar)
disebut sebagai manusia auditori manakala
anak mata yang kerap memandang ke
bawah disebut sebagai manusia kinestetik.
Jika anda perhatikan anak mata
seseorang semasa anda bercakap dengan
mereka, anda pasti sudah dapat kenal pasti
kategori apakah manusia itu yang
sebenarnya. Contohnya, A bercakap dengan
B, dan A mendapati mata B kerap
memandang ke atas. Dalam 10 kali gerakan,
terdapat 7 kali memandang ke atas, 2 kali
memandang ke kiri dan kanan dan 1 kali
memandang ke bawah. Pemerhatian ini
sudah boleh menunjukkan bahawa manusia
B adalah orang visual.
32
AB
Bagaimanakah anda boleh mengenali
karekter sendiri menggunakan teknik ini?
Mungkin timbul persoalan di kepala
anda bagaimana teknik ini boleh membantu
anda untuk mengenali diri sendiri? Untuk
menggunakan teknik ini, saya cadangkan
anda lakukan satu aktiviti yang sangat
mudah supaya anda dapat mengenali diri
anda dengan menggunakan teknik kue ekses
mata. Anda hanya perlukan dua alatan
sahaja. Alatan pertama yang anda perlukan
adalah kamera perakam ataupun smartfon.
33
Yang kedua adalah kawan yang sudi
membantu.
Arahan:
1. On kan aplikasi video
2. Minta bantuan rakan untuk merakam
perbualan/percakapan anda
3. Dalam masa 3 minit, sila ceritakan
pengalaman hari raya anda yang
terkini
Contoh: anda beraya dimana?
Dengan siapa? Makan apa? Dan
seumpamanya.
4. Rakam cerita ini selama 3 minit
5. Tonton semula selepas merakamnya
dan sila kenalpasti apakah kategori
anda sama ada visual, auditori,
kinestetik.
34
2.2 Tiga karakter berdasarkan kajian
NLP
Mengenali Karekter
Berdasarkan NLP
Cara Mengenali 2.2 : Tiga Jenis Karekter
Karekter NLP NLP
2.2.1 : Visual 2.2.2 : Auditori 2.2.3 : Kinestetik
2.2.1 : Karekter Manusia Visual
Sekiranya anda orang visual, maka anda
akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:
1. Melihat sesuatu seperti gambar.
2. Menghafal sesuatu dengan cara
mencipta gambaran visual.
3. Cepat mempelajari sesuatu.
35
4. Cepat bosan apabila tiada sebarang
perancangan
5. Lebih suka mendapatkan gambaran
keseluruhan berbanding butiran jelas
6. Suka kepada gambar berbanding
tulisan.
7. Mementingkn penampilan dalam
berpakaian
8. Cepat memahami sesuatu, mudah lupa
sesuatu
9. Lebih suka membaca daripada
dibacakan
10. Apabila bercakap tangan bergerak-
gerak
11. Bercakap laju ketika berbicara
12. Selalu menggunakan suara yang
lantang
36
2.2.2 : Karekter Manusia Auditori
Sekiranya anda orang auditori, maka anda
akan menunjukkan karakter seperti:
1. Mudah mengingati apa yang mereka
dengar.
2. Suaranya sentimental dan perlahan.
3. Banyak belajar dengan cara
mendengar.
4. Biasanya bercakap dengan diri sendiri
ketika berfikir seperti (mmm, ooo,
aaah).
5. Seorang yang fasih berkomunikasi.
6. Seorang yang suka kepada
perbincangan.
7. Mudah memberikan
keterangan/penjelasan yang panjang
lebar.
37
8. Biasanya mempunyai idea yang
bernas.
9. Kebanyakan mereka adalah
pengarang dan editor yang hebat.
10.Mereka mungkin merajuk apabila
idea mereka tak diterima.
11.Mereka menyertai majlis dialog
namun memberikan syarahan yang
panjang lebar.
12.Suka kepada butiran kecil/penjelasan
yang panjang lebar.
38
2.2.3 : Karekter Manusia Kinestetik
Jika anda merupakan orang kinestetik, maka
anda akan menunjukkan karakter seperti :
1. Sering bercakap perlahan dan lemah
lembut.
2. Suka kepada aktiviti dan pergerakan
3. Sukar membuat keputusan yang cepat.
4. Tidak suka jika diminta untuk
memberi keputusan yang cepat.
5. Memerlukan masa untuk
menyesuaikan diri.
6. Suka kepada peralatan/permainan
yang mengasyikkan.
7. Bosan jika tiada aktiviti.
8. Suka kepada sentuhan semasa
komunikasi.
9. Merupakan ahli pasukan yang hebat.
39
10. Seorang yang pandai menjalinkan
hubungan.
11. Merasa sakit hati apabila diketepikan.
12. Mereka melakukan apa sahaja untuk
mengelakkan diri dari konflik.
13. Cenderung menjadi pasif daripada
terus mempertahankan pandangan
mereka.
Setelah anda membaca setiap satu
karekter Visual, Auditori, dan Kinestetik
tersebut, maka jelaslah kepada kita bahawa
setiap manusia mempunyai kelebihan atau
kelemahan tertentu. Perbezaan itu
disebabkan oleh daya cerapan maklumat
anda. Ada yang cerap maklumat
menggunakan mata lebih tinggi dari telinga.
Ada yang telinga lebih tinggi dari mata.
40
Namun itu tiada masalah, kerana manusia
ini memang diciptakan Allah unik dan
berbeza!
Sekiranya anda mempunyai personaliti
orang visual, maka anda perlu menggunakan
kaedah belajar visual. Sekiranya anda adalah
orang auditori maka anda perlu
menggunakan teknik belajar auditori dan
begitu jugalah kinestetik. Namun sekiranya
anda hanya menggunakan satu teknik belajar
sahaja, sebenarnya anda tidak mampu untuk
mencerap ilmu yang banyak. Oleh itu, setiap
pelajar haruslah menggunakan sebanyak
mungkin teknik sama ada teknik visual,
auditori ataupun kinestetik.
Secara ringkasnya, boleh saya katakan
sekiranya anda adalah orang visual, maka
anda perlu menggunakan teknik visual
sebanyak 50%, 25% lagi anda gunakan
41
teknik auditori dan 25% lagi teknik
kinestetik. Sekiranya anda adalah pelajar
auditori, maka anda perlu menggunakan
50% teknik auditori, 25% teknik visual dan
25% teknik kinestetik. Begitu jugalah
sekiranya anda adalah pelajar kinestetik.
Kuncinya disini adalah, semakin
banyak kita menggunakan teknik belajar,
semakin banyak ilmu yang dapat kita cerap
kerana manusia mencerap ilmu
menggunakan banyk deria seperti deria
mata, telinga dan anggota badannya. Tugas
kita adalah mengaktifkan semua deria ini
supaya semua deria ini membantu kita untuk
meningkatkan daya pembelajaran.
42
BAB 3
3. Teknik
Belajar NLP
3.1 : Visual 3.2 : 3.3 :
Auditori Kinestetik
Anda dah jawab soalan kaji selidik? Dah
buat teknik kue akses mata? Pastikan
dah habis buat baru masuk bab ini.
Setelah kita mengenali karekter berdasarkan
soalan kaji selidik dan teknik kue akses mata
43
di atas, mari kita perhalusi satu persatu
bagaimanakah teknik belajar yang berkesan
terhadap orang visual, auditori dan
kinestetik:
3.1 Teknik belajar untuk orang visual:
1. Oleh kerana orang visual suka akan
gambar, maka teknik belajar yang berkesan
adalah belajar menggunakan buku-buku
yang berilustrasi bukan buku yang hanya
teks semata-mata. Buku yang mengandungi
peta minda, diagram, jadual, dan infografik.
Buku jenis ini meningkatkan kualiti
pembelajaran pelajar visual.
44
2. Orang visual mudah memahami sesuatu
perkara secara menyeluruh maka cara
belajar yang terbaik untuk orang visual
adalah menggunakan teknik peta minda. Hal
ini kerana dengan melihat peta minda dia
akan dapat melihat gambaran keseluruhan
topik yang akan diperbincangkan.
45
3. Orang visual suka kepada warna. Maka
antara teknik yang bagus untuk orang visual
adalah belajar menggunakan pen yang
mempunyai banyak warna, ataupun
mengunakan color magic mahupun
highlighter yang pelbagai warna.
46
4. Orang visual mempunyai daya
penglihatan yang baik. Oleh itu, cara belajar
yang bagus untuk orang visual adalah
belajar menggunakan multimedia seperti
menonton siaran tv pendidikan, video,
youtube dan seumpamanya.
47
5. Pelajar visual biasanya mudah tertidur
ketika membaca. Oleh itu cara membaca
yang terbaik untuk pelajar visual adalah
dengan menggunakan penanda buku. Selain
itu pelajar visual perlu membaca
menggunakan kaedah “aktif reading” iaitu
bukan hanya membaca sahaja tetapi
membaca sambil menggaris, mencatat nota
mahupun membaca sambil berdiri. Dengan
kaedah ini, ia akan membantu pelajar visual
mengurangkan rasa penat dan bosan ketika
membaca.
48
3.2 Teknik bejalar orang Auditori:
1. Orang auditori adalah orang yang banyak
mencerap maklumat menggunakan telinga.
Oleh itu, orang auditori perlu belajar di
tempat sunyi kerana orang auditori tidak
suka dengan suasana yang ribut/bising dan
cepat tertekan dengan suasana yang
ribut/bising. Mencari tempat yang sunyi
sangat bagus untuk pelajar auditori, seperti
belajar di perpustakaan, di hening pagi
ataupun belajar di bilik seorang diri. Kaedah
seperti ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran.
49
2. Pelajar auditori boleh belajar
menggunakan rakaman suara. Bagaimana-
kah caranya? Cara yang pertama adalah
bermula dengan membaca buku. Kemudian,
tutup buku tersebut dan rakamkan apakah
yang difahami hasil daripada pembacaan
buku tersebut. Cara yang kedua pula adalah
merakam suara guru ketika guru sedang
mengajar dan mendengar semula rakaman
suara tersebut ketika belajar di rumah.
Dengan cara ini pelajar auditori mudah
untuk menangkap apa yang telah mereka
pelajari.
50