3. Pelajar auditori biasanya, kurang menulis
dan kurang melihat. Cara yang boleh
membantu orang auditori meningkatkan
pembelajaran adalah memberi tumpuan di
dalam kelas. Bukan semata-mata hanya
mendengar, tetapi dengan melihat guru yang
sedang mengajar sambil mencatat nota-nota
yang penting.
51
4. Pelajar auditori biasanya mempunyai
daya tahan yang lama ketika membaca
berbanding pelajar visual. Oleh itu, antara
teknik belajar yang bagus untuk pelajar
auditori adalah membaca dalam jangka masa
yang lama sambil meningkatkan tumpuan
ketika membaca. Catatkan apa yang dibaca,
buatkan nota dan kongsikan pada kawan.
Kaedah ini boleh meningkatkan kuasa
pembelajaran pelajar auditori.
52
5. Pelajar auditori digalakkan untuk
membaca buku/teks dengan menggunakan
suara yang keras ataupun kuat dan bukannya
membaca di dalam hati. Mungkin pelajar
auditori boleh memahami apabila membaca
di dalam hati, namun apabila menggunakan
suara yang keras kuasa pembelajaran
auditori akan lebih meningkat.
6. Pelajar auditori juga boleh belajar
sambil mendengar muzik ataupun
instrumental tetapi dengan syarat muzik
tersebut tidak mempunyai lirik atau
senikata kerana lirik dan senikata itu akan
mengganggu minda ketika belajar.
Kenapa ya? Kerana setiap lirik dan
senikata itu akan masuk ke dalam minda
dan membentuk imej yang berbeza
daripada ilmu yang dipelajari. Semua
perkataan akan membentuk imej dalam
53
minda sama ada secara sedara atau tidak.
Jika anda mendengar lagu cinta sambil
membaca buku sains, saya pasti wajah
‘cinta’ itu lebih banyak masuk berbanding
ilmu sains.
Oleh itu, jika anda mahu mendengar
muzik sambil belajar, pastikan muzik itu
hanyalah instrumental semata-mata kerana
belajar sambil mendengar muzik yang
mengandungi lirik dan senikata akan
membuatkan kualiti pembelajaran orang
auditori menurun.
54
7. Salah satu kaedah yang terbaik untuk
meningkatkan daya hafalan pelajar auditori
adalah dengan menghafal sesuatu
menggunakan lagu. Contohnya, menghafal
karangan Bahasa Inggeris dengan
menggunakan lagu. Saya ingin berkongsi
satu pengalaman di mana seorang kawan
yang saya kenali sewaktu saya masih berada
di alam persekolahan dahulu, beliau
menghafal karangan Bahasa inggeris
menggunakan lagu. Dengan takdir Allah,
sewaktu tibanya peperiksaan, karangan yang
beliau hafal menggunakan lagu itu tadi
keluar di dalam peperiksaan dan beliau
mendapat A dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu
pada saya teknik ini merupakan salah satu
cara yang berkesan untuk orang auditori
menghafal. Hafallah dengan menggunakan
lagu.
55
3.3 Teknik bejalar orang Kinestetik:
1. Pelajar kinestetik adalah pelajar yang
banyak mencerap maklumat melalui
pergerakan, sentuhan ataupun pengalaman.
2. Cara yang terbaik untuk pelajar
kinestetik belajar adalah belajar sambil
membuat demostrasi ataupun ujikaji.
Dengan menggunakan demostrasi ataupun
ujikaji, mereka lebih cepat memahami dan
menghayati ilmu tersebut.
56
3. Pelajar Kinestetik disarankan belajar di
dalam kumpulan kerana pelajar kinestetik
mempunyanyi semangat berkumpulan yang
tinggi. Dengan cara ini pelajar kinestetik
akan mendapat banyak kelebihan, iaitu
mudah belajar dan dapat membantu pelajar-
pelajar lain untuk turut sama cemerlang
dalam pelajaran.
57
4. Selain itu pelajar kinestetik juga
digalakkan melakukan lawatan sambil
belajar kerana pelajar kinestetik mudah
belajar melalui pengalaman. Contohnya,
melawat ke tempat-tempat yang bersejarah,
melawat ke tempat-tempat yang ditulis di
dalam buku teks dan pada masa yang sama
membuka atau membaca bab-bab yang ada
di dalam buku tersebut di tempat sejarah
yang dilawati itu.
5. Seterusnya, pelajar kinestetik mudah
belajar dengan melakukan aktiviti. Oleh itu,
pelajar kinestetik dicadangkan membuat
sebanyak mungkin latihan kerana dengan
membuat latihan dan menjawab soalan-
soalan ramalan akan membantu pelajar
kinestetik untuk belajar dengan lebih cepat.
58
6. Untuk membantu pelajar kinestetik ini
meningkatkan prestasi pembelajaran,
mereka dicadangkan untuk melakukan
pembacaan secara aktif (active reading).
Antara teknik pembacaan aktif adalah
seperti membaca sambil berjalan bukannya
membaca sambil duduk atau berbaring. Hal
ini kerana dengan membaca sambil berjalan,
ia akan dapat meningkatkan keaktifan
pelajar kinestetik. Selain itu, pelajar
kinestetik juga boleh membaca dengan cara
mencatat nota selepas membaca dan mereka
mengajar semula kawan mereka.
59
7. Pelajar kinestetik biasanya akan bosan
apabila tiada aktiviiti. Cara untuk membantu
mereka belajar dengan cepat adalah
membuat jadual belajar. Dengan adanya
jadual belajar, proses ini dapat membantu
mereka untuk mengetahui perkara yang
mereka perlu lakukan pada satu-satu ketika,
menyusun keutamaan seterusnya
menghilangkan kebosanan.
60
8. Pelajar kinestetik digalakkan banyak
bertanya apabila berada di dalam kelas
kerana apabila mereka bertanya sesuatu,
minda mereka menjadi aktif. Pelajar
kinestetik suka kepada keaktifan, oleh itu
minda yang aktif akan meransang mereka
menjadi aktif. Insha Allah dengan cara
tersebut akan membuat orang kinestetik
lebih mudah meningkatkan prestasi
pelajaran.
61
Alhamdulillah, terima kasih kepada
anda yang telah membaca sehingga ke muka
surat ini. Bermakna anda telah pun tahu
apakah personaliti anda berdasarkan kajian
NLP, dan teknik belajar berkesan untuk
anda. Sekiranya anda menemui kelebihan
anda melalui kajian personaliti NLP,
bermakna di sini kita harus bersyukur dan
menggunakan kelebihan itu ke tempat yang
betul dan jika anda menjumpai kelemahan
anda berdasarkan kajian personaliti NLP
tersebut, bermakna kita juga harus bersyukur
dan berterima kasih kepada ALLAH di atas
kelemahan itu.
Itulah tanda kita hanyalah manusia
biasa. Di sinilah kita belajar untuk
62
memperbaiki kelemahan kita dengan cara
meminta bantuan orang lain. Kekuatan pula
digunakan untuk membantu orang lain.
Bukankah kita hidup sebagai manusia kena
selalu tolong menolong?
Sebagai penutupnya, saya mendoakan
semoga para pembaca dapat mengamalkan
buku Teknik Belajar NLP ini dan saya
berharap semoga anda dapat menyebarkan
ilmu ini kepada seberapa ramai orang yang
boleh. Sekian sahaja, kita jumpa lagi pada
buku yang akan datang.
63
BIODATA PENULIS
Profil Diri Che’ Mat
Nama sebenar beliau adalah Mohamad bin
Mohshin. Beliau lebih mesra dengan panggilan Che'
Mat. Merupakan penulis buku 'Mudahnya
Mengendalikan Usrah'.
Bidang Kepakaran
Membangunkan modul dakwah & kepimpinan
berasaskan usrah
Motivasi dari sudut agama, psikologi, dan
kajian sains Neuro Linguistic Programming
Modul pembangunan diri, pembentukkan
sikap dan pengukuhan pasukan berasaskan
usrah (pendekatan spiritual)
Pendidikan & Kelayakan Profesional
64
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti
Mu'tah Jordan
Certified Competence Trainer by Kementerian
Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Certified NLP Practitioner
Certified TAMRIN Trainer
Certified Professional Learning Facilitator by
Take Charge Sdn.Bhd
Certified Power Succes Trainer by Global
Genius Sdn. Bhd
Menghadiri Kursus Jurulatih Profesional oleh
Irshad HR Consulting
Penampilan Media
• Slot Motivasi di Radio Malaysia Negeri FM
• TV Al-Hijrah dalam Rancangan
Assalamualaikum
• Motivator Jemputan Rancangan Adik-Adikku,
TV1
• Panelis/ Kolumnis Majalah GenQ
65