The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(FOLIO NOTA)
THIVEYA ELANGGOVIN
D 20191088099

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by THIVEYA ELANGGOVIN, 2020-08-09 06:05:50

KPS FOLIO NOTA THIVEYA ELANGGOVIN

KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN
(FOLIO NOTA)
THIVEYA ELANGGOVIN
D 20191088099

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
ISMP TESL

SEMESTER 2 2019/2020
KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 1:
FOLIO (NOTA)

NAMA : THIVEYA A/P ELANGGOVIN
NO. MATRIK : D20191088099
KUMPULAN :N
NAMA PENSYARAH : DR. AZLI BIN ARIFFIN

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA
SURAT
1. BAB 1: Sosiologi dan Pembelajaran
2. BAB 2: Interaksi dan Pembelajaran 1-6
3. BAB 3: Pengurusan dan Pembelajaran 7 - 12
4. BAB 4: Kepimpinan dan Organisasi 13 - 17
5. BAB 5: Pengurusan Murid 18 - 21
6. BAB 6: Pengurusan Bilik Darjah 22 - 25
7. BAB 7: Pengurusan Sumber 26 - 29
8. BAB 8: Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran 30 - 32
9. BAB 9: Pengurusan Tingkah Laku 33 - 36
10. BAB 10: Pengurusan Penasihatan Murid 37 - 39
11. BAB 11: Pengurusan Pelbagai Budaya 40 - 43
12. BAB 12: Pengurusan Pelbagai Upaya 44 - 46
13. BAB 13: Sekolah dan Persekitaran 47 - 49
14. BAB 14: Pengurusan Alam Pembelajaran 50 - 52
15. Rujukan 53 - 55
56 - 59

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Tokoh sosiologi yang terawal, Auguste Comte (1798-1857) telah memperkenalkan istilah
sosiologi di dalam bukunya yang berjudul, ‘Positive Philosophy’ yang diterbitkan pada tahun
1842. Perkataan sosiologi terbentuk oleh Auguste Comte pada tahun 1839, berasal dari perkataan
latin iaitu “sosio” yang membawa maksud ‘berkongsi’. Perkataan ini juga merupakan gabungan
antara perkataan Yunani dan Rom yang membawa maksud ‘pengetahuan mengenai masyarakat’.
Selain itu, Vander Zanden (1996) juga menyatakan bahawa sosiologi merupakan kajian saintifik
mengenai interaksi sosial dan organisasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosiologi
membawa makna kajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan, dan masyarakat manusia.
Di sini dapat disimpulkan bahawa sosiologi merupakan sebuah kajian saintifik dan sistematik
mengenai manusia dan interaksi sosial antara mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.
Prespektif sosiologi ini bertumpukan pada tingkah laku, masyarakat, memahami corak interaksi
dan proses kelompok.

Antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal ialah; 2. Auguste Comte (1798-1857)
1. Ibn Khaldun (1332-1406)

1

3. Karl Marx (1818-1883) 4. Emile Durkheim (1858-1917)

4. Max Weber (1864-1920) 6. Goerge Herbert Mead (1863-1931)

2

Perspektif sosiologi terbahagi kepada dua, iaitu sosiologi mikro dan sosiologi makro.

1. Sosiologi mikro
 Sosiologi ini bertumpu pada kelompok kecil dan memberi kesan kepada individu sahaja.
 Contoh: Tiada pekerjaan adalah masalah / pilihan individu.
 Amat berkait rapat dengan Teori Interaksionalisme Simbolik.

2. Sosiologi makro
 Sosiologi ini bertumpu pada kelompok yang besar, kompleks dan bercorak masyarakat atau
organisasi seperti peperangan & pengganguran.
 Contoh: Jenayah seperti kecurian berlaku dalam mayarakat berpunca daripada tiada
pekerjaan.
 Amat berkait rapat dengan Teori Fungsionalisme dan Teori Konflik.

Terdapat tiga teori utama sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme, Teori Konflik dan Teori
Interaksionalisme Simbolik.

1. Teori Fungsionalisme

Teori Fungsionalisme ini dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Teori ini mengkaji tentang
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbangkan kepada pengekalan
masyarakat. Di dalam teori ini, masyarakat dilihat sebagai organisma yang mempunyai bahagian
struktur yang terdiri daripada agama, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Masyarakat juga
dianggap sebagai sebuah tubuh badan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Teori ini juga
menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat untuk mencapai keharmonian dan
kestabilan dalam masyarakat.

Menurut Brinkerhoff dan White (1989), terdapat tiga andaian ahli fungsionalisme iaitu stabiliti,
harmoni dan evolusi. Stabiliti merangkumi kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh
mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Hormoni menunjukkan bagaimana sesebuah tujuan
dapat dicapai melalui kerjasama daripada semua struktur masyarakat. Evolusi pula
menggambarkan perubahan masyarakat yang berlaku melalui proses adaptasi daripada struktur
sosial kepada pembaharuan.

3

2. Teori Konflik

Teori Konflik diasaskan oleh Karl Marx (1818-1883). Teori ini berfokus pada analisis yang
berkaitan dengan konflik-konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Teori ini dibentukkan
kerana Karl Marx tidak bersetuju dengan pandangan dari teori fungsionalisme. Beliau berpendapat
bahawa konflik dalam sesebuah masyarakat adalah aspek utama yang akan menyumbang kepada
perubahan sosial dan pembentukan sesebuah masyarakat baru adalah disebabkan oleh konflik
kelas sosial yang mahu menguasai ekonomi. Beliau juga mengkritikkan kapitalisme dimana sistem
ekonomi hanya pemilik modal diberi kebebasan atau hak dalam menentukan harga barangan dan
pasaran demi mengaut keuntungan yang tinggi. Dalam teori ini, undang-undang merupakan alat
utama dalam menjaga dan mengawal kepentingan masyarakat dan mereka yang berkuasa.

Teori ini kemudian diikuti oleh Max Webber (1864-1920) tetapi beliau mengkritik pandangan Karl
Marx. Beliau menyatakan bahawa konflik kelas sosial bukan berlaku hanya disebabkan oleh faktor
ekonomi tetapi lebih daripada itu. Mereka mahu mendapat pengiktirafan atau proses Legitimisasi
(pengesahan) supaya dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat sekeliling.

3. Teori Interaksionalisme Simbolik

Teori ini dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini mengkaji bagaimana
individu dapat menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan dan pandangan masing-masing
dalam masyarakat. Bagi teori ini, setiap individu harus memahami dunia masyarakat daripada
sudut individu itu sendiri. Teori ini percaya bahawa hubungan akan bertambah mesra apabila
makna simbolik (Symbolic Interactionism) seperti perkataan, perlakuan, objek dan bahasa
digunakan dalam interaksi sesama manusia. George Ritzer (1992) mengutarkan beberapa prinsip
asas teori interaksi simbolik. Pertama sekali, interaksi sosial membentuk keupayaan berfikir
manusia. Kedua, makna dan simbol dipelajari oleh manusia untuk berinteraksi. Ketiga, simbol dan
makna boleh diubah suai mengikut keadaan/situasi. Akhir sekali, manusia boleh menjangkakan
kemungkinan kesan tindakan dan membuat penilaian kebaikkan dan keburukkan yang menentukan
tindakan yang sesuai. Oleh itu, interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia
dengan dunia luar.

4

PENDIDIKAN
Secara amnya, pendidikan merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan
perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Pendidikan haruslah mampu mencipta
keseimbangan antara pembinaan difat perseorangan dengan sifat kemasyarakatan. Teori sosiologi
juga amat berkait dengan pendidikan. Sosiologi pendidikan merupakan kajian yang sistematik dan
saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat yang seterusnya
mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

1. Pendidikan dari sudut Teori Fungsionalisme
 Memberi penekanan bahawa fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan
masyarakat.
 Teori ini juga menekankan pengaruh luar ke atas pendidikan dari aspek kurikulum,
pedogogi, disiplin murid dan sebagainya.
 Perkembangan individu tidak diberi keutamaan.

2. Pendidikan dari sudut Teori Konflik
 Pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kuasanya.
 Teori ini juga mengaitkan kejadian di sekolah dengan perkara yang berlaku di luar.
 Perkembangan individu tidak diberi keutamaan

3. Pendidikan dari sudut Teori Interaksionalisme Simbolik

 Pedidikan dilihat dari sudut individu.
 Teori ini memberi tumpuan pada interaksi murid, guru dan pihak pentadbiran di sekolah.
 Teori ini tidak mengaitkan kejadian yang berlaku di sekolah dengan kejadian yang berlaku

dengan masyarakat.

5

Kesimpulannya, sosiologi memainkan peranan yang besar dalam sesebuah masyarakat. Sosiologi
memberi peluang kepada individu untuk mengenalpasti hubungan di antara kehidupan peribadinya
dengan kehidupan sosial masyarakat sejagat. Kita tidak dapat menafikan bahawa sosiologi masih
releven pada masa kini kerana ia mampu menjawab persoalan-persoalan yang difikirkan oleh
manusia. Sosiologi juga penting dalam pendidikan kerana keupayaannya dalam mempengaruhi
dan menentukan tingkah laku kita. Oleh itu, sosiologi penting dan perlu diamalkan dalam
kehidupan seharian kita.

6

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, interaksi membawa maksud tindakan atau perhubungan
aktif yang saling bertindak balas antara satu sama lain. Pembelajaran pula didifinisikan sebagai
satu proses yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera.
Rangsangan ini kemudian diproses dan disimpan sebagai pengalaman. Pengalaman ini pula akan
digunakan untuk mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kesan
pembelajaran menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku atau sikap dalam diri murid
sama ada kearah kebaikkan ataupun keburukkan. Pembelajaran bukan sahaja berlaku bilik darjah,
malah ia merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat kita. Proses pembelajaran dalam
bilik darjah merupakan satu interaksi antara murid-murid, guru dan isi pembelajaran. Oleh itu,
interaksi di sekolah, khususnya antara guru dengan murid-murid sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan juga luar bilik darjah.
Interaksi di dalam bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Terdapat
beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah. Antaranya ialah:

1. Interaksi Sehala
Interaksi sehala atau interaksi tradisional merupakan interaksi yang berlaku dari guru kepada
murid. Interaksi ini juga merupakan kaedah pengajaran yang lama dan pasif. Kaedah-kaedah
pengajaran seperti pendekatan memusatkan guru, memberi arahan, demonstrasi, aktiviti
pemulihan dan lain-lain lagi akan menggalakkan interaksi sehala. Interaksi ini menyekatkan murid
daripada berinteraksi dengan murid yang lain dan hanya tertumpu pada guru. Bukan itu sahaja,
murid juga harus menerima segala arahan atau pengajaran yang diberi oleh guru tanpa sebarang
bantahan yang menghalang pekembangan pemikiran murid.

7

GURU MURID
MURID

MURID
Corak interaksi sehala

2. Interaksi Dua Hala

Interaksi dua hala merupakan interaksi antara guru dengan murid. Kaedah pengajaran ini adalah
bercorak aktif dan dinamik. Interaksi ini amat menggalakan murid untuk memberi pendapat
masing-masing apabila disoal oleh guru. Kaedah-kaedah pengajaran menyoal, sokratik, kaedah
individu, pendekatan perbincangan akan menggalakkan interaksi dua hala. Namun, interaksi
sesama murid masih tidak diamalkan. Hal ini menyebabkan murid berasa cepat bosan dan hilang
tumpuan di dalam bilik darjah kerana perlu menerima dan memahami banyak maklumat-maklumat
dan fakta-fakta yang baru dipelajari.

MURID

GURU

MURID

MURID
Corak interaksi dua hala

8

3. Interaksi Pelbagai Hala

Interaksi pelbagai hala merupakan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Dalam interaksi pelbagai hala, guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator dan murid-
murid berinteraksi dengan aktif sesama mereka di dalam bilik darjah. Teknik-teknik atau kaedah
kaedah pengajaran seperti lakonan, projek, kerja kumpulan, stimulasi, perbincangan akan
menggalakkan pernyertaan yang aktif dalam kalangan murid. Melalui interaksi ini, hubungan
antara guru dan murid dapat dieratkan sekali gus meningkatkan penglibatan murid sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran.

GURU MURID
MURID

MURID
Corak interaksi pelbagai hala

9

Interaksi-interaksi Yang Berkesan Di Bilik Darjah.
Terdapat beberapa cara untuk mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Interaksi
yang berkesan amat penting supaya maklumat yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima
dan difahami dengan jelas oleh penerima. Berikut merupakan 10 cara untuk mewujudkan interaksi-
interaksi yang berkesan khususnya di dalam bilik darjah.

Mengamalkan sikap kepimpinan yang demokratik

Mengelolakan banyak aktiviti berkumpulan

Menggunakan teknik menyoal

Menggunakan percakapan yang sesuai

Menggunakan strategi memusatkan murid

Memperbanyakkan penggunaan alat bahan bantu
mengajar (ABBM)

10

Mewujudkan suasana interaktif yang kondusif

Membantu murid yang bermasalah

Keadaan emosi (guru) di dalam bilik darjah

Memperbanyakkan pengajaran bercorak amali

KOMUNIKASI
Menurut Effendy (1989), interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku
atau kegiatan diantara angota-angota masyarakat. Mead (1934) berpendapat bahawa individu-
indivu saling berinteraksi dengan menggunakan simbol-simbol yang mengadungi tanda-tanda,
isyarat dan kata-kata.
Bentuk-bentuk Komunikasi
1. Komunikasi lisan (Oral Communication)
2. Komunikasi tanpa lisan
3. Komunikasi persuratan (Written Communication)
4. Komunikasi visual

11

Jenis Komunikasi
1. Komunikasi intraperibadi (Interpersonal Communication)
2. Komunikasi Antaraperibadi (Intrapersonal Communication)
3. Komunikasi Kumpulan
4. Komunikasi Keorganisasian

Kemahiran Kommunikasi yang Berkesan
Kemahiran berkomunikasi yang berkesan membolehkan maklumat difahami dan dikongsi oleh
penghantar dan penerima. Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang.
Antaranya ialah:
1. Kemahiran tingkah laku
2. Kemahiran menimbulkan minat orang
3. Kemahiran memberi perhatian
4. Kemahiran mendengar
5. Kemahiran pemerhatian
6. Kemahiran mengemukan soalan
7. Kemahiran memberi refleksi perasaan
8. Kemahiran memberi maklum balas

Kesimpulannya, interaksi dalam bilik darjah sangat penting dalam menjamin kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang wajib dikuasai
oleh setiap guru. Guru yang mempunyai kemahiran komunikasi dapat menyampaikan maklumat
dengan berkesan. Dengan ini, ia dapat mengelakkan murid daripada keliru dan salah faham dengan
maklumat yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, para guru haruslah berusaha untuk menguasai
dan memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan interaksi.

12

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Menurut Stoner (1984), pengurusan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang merancang,
mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-
sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Bagi pembelajaran pula, Kamus Dewan
mentakrifkannya sebagai proses belajar dan belajar dinyatakan sebagai satu usaha untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Sepertimana kita tahu, pengajaran berlaku
apabila terhasilnya pembelajaran. Tanpa pembelajaran, proses pengajaran tidak dapat
dibentukkan. Di sini, guru memainkan peranan utama dalam memastikan pengurusan
pembelajaran murid bagi melahirkan insan-insan yang berkualiti. Guru seharusnya menyediakan
perancangan pengajaran yang cekap agar murid bersedia dan berkebolehan dalam memperoleh
sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru. Pengurusan pembelajaran murid yang baik dapat
mempengaruhi motovasi dan penglibatan murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa pengurusan dan pembelajaran amat penting untuk memastikan keberkesanan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kepada murid.

Terdapat 4 konsep yang perlu dititik beratkan oleh guru bagi mewujudkan pengurusan dan
pembelajaran murid yang berkesan di bilik darjah. Antaranya ialah mengawal, merancang,
pengalaman dan mengarah.

1. Mengawal

Dalam aspek mengawal, kawalan bilik darjah diberi keutamaan kerana ia mempunyai hubungan
yang rapat dengan disiplin pelajar. Guru dilihat sebagai ketua di dalam bilik darjah. Kawalan bilik
darjah merupakan cara guru membimbing murid-murid melakukan tindakan atau bertingkahlaku
baik yang mempunyai tujuan dalam menjayakan pencapaian matlamat pengajaran. Oleh itu, guru
perlu memastikan bahawa semua pelajar faham dan akur pada peraturan di sekolah. Guru juga
perlu memastikan murid sentiasa mematuhi arahan yang diberinya. Jika murid tidak mempunyai
masalah disiplin, proses pengajran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan guru juga
dapat mengawal bilik darjah secara menyeluruh.

13

2. Merancang

Dalam aspek merancang, guru dilihat sebagai pengurus bilik darjah. Proses pengajaran bermula
dengan perancangan objektif pengajaran yang teliti. Objektif pengajaran perlu ditentukan terlebih
dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semasa membuat objektif
pengajaran, guru perlu menentukan pengetahuan sedia ada murid berkaitan dengan isi pengajaran
yang hendak diajar. Objektif pengajaran ini juga akan membantu guru dalam pemilihan teknik atau
kaedah pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar dan penyediaan isi pelajaran yang sesuai.
Dengan ini, guru dapat membuat penilaian sama ada objektif pengajaran tersebut dapat dicapai
atau sebaliknya pada penghujung pengajarannya. Jika objektif tersebut tidak dapat dicapai, guru
dapat menkaji semula dan memperbaiki kaedah pengajaran itu. Berikut merupakan carta
pengajaran mengikut De Cecco (1968).

OBJEKTIF PENGAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA ADA MAKLUMAT BALIK
KAEDAH PENGAJARAN

PENILAIAN
Carta pengajaran mengikut De Cecco (1968)

14

3. Pengalaman

Dalam aspek pengalaman, guru mengaitkan pembelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid.
Pembelajaran melalui pengalaman adalah berbeza dengan kaedah pembelajaran lain yang
disampaikan oleh guru. Menurut John Dewey (1938), pengasas “pembelajaran melalui
pengalaman”, beliau menyatakan bahawa pembelajaran daripada pengalaman merupakan pembina
hubung kait ulang-balik antara apa yang kita buat dengan apa yang kita dapat belajar daripada
pengalaman melakukan aktiviti. Melalui pembelajaran pengalaman, murid berpeluang untuk
mendapatkan pengalaman yang kukuh melalui aktiviti yang membentuk konsep dam prinsip.
Berikut merupakan ciri-ciri kitaran pembelajaran melalui pengalaman.

Pengalaman peribadi dalam
bilik darjah atau makmal

Penanggapan dan teori Pemerhatian, analisis dan
peribadi untuk diujikan dalam refleksi

situasi baru

Penanggapan dan
merangkakan prinsip

Ciri kitaran pembelajaran melalui pengalaman

15

4. Mengarah
Dalam aspek mengarah, kita dapat lihat bagaimana guru mengarah murid untuk melakukan sesuatu
untuk menjamin keadaan bilik darjah yang stabil, sistematik dan tersusun. Aspek mengarah ini
amat berkait rapat dengan aspek mengawal. Sebelum mengarah murid untuk mematuhi sesuatu
arahan, guru terlebih dahulu menerangkan kepada murid-murid bahawa arahan yang diberi kepada
mereka adalah untuk kebaikan semua pelajar sekali gus mencapai objektif-objektif bilik darjah dan
sekolah. Dengan ini murid akan mematuhi semua arahan yang diberi oleh guru seperti menjawab
soalan apabila diutarkan, melakukan tugasan harian bilik darjah dan sebagainya.

Prinsip-prinsip pengajaran yang baik dalam mewujudkan pengurusan dan pembelajaran
murid secara efisien.
Terdapat 12 prinsip-prinsip pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru. Antaranya ialah:
1. Murid-murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dalam penyanpaian pengajaranya.
3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.
4. Guru hendaklah menggunakan penggerakkan murid-murid untuk memudahkan pembelajaran

mereka.
5. Pengajaran hendaklah memberikan pertimbangan pada perbezaan sifat-sifat perseorangan yang

ada pada murid-murid.
6. Pengajaran guru hendaklah dirancangkan.
7. Guru hendaklah lebih banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah.
8. Guru hendaklah selalu memberi galakkan.
9. Guru hendaklah mengaitkan situasi-situasi yang sebenar di dalam pengajaran.
10. Guru hendaklah sentiasa memberikan rangsangan kepada murid.
11. Guru hendaklah mewujudkan suasana demokratik di dalam bilik darjah.
12. Guru perlu menggalakkan inegrasi pengetahuan murid-murid.

16

Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran murid merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian yang tinggi oleh para guru. Kemahiran pengurusan pembelajaran murid sangat
membantu guru dalam menjalankan tugas mereka dengan baik. Guru hendaklah mengunakan
pelbagai kaedah atau teknik mengikut keadaan perseorangan murid (tahap kebolehan murid), jenis
pelajaran, waktu mengajar dan sebagainya. Dengan ini, semua murid tidak akan ketinggalan dalam
menimba ilmu-ilmu pengetahuan yang baru.

17

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Menurut Stodgill (1958), kepimpinan bermaksud proses mempengaruhi sesuatu kumpulan yang
tersusun ke arah menentukan dan memenuhi matlamatnya. Robert M. Fulmer (1976) juga,
menjelaskan bahawa kepimpinan melibatkan keupayaan atau kekuatan untuk menyakinkan orang
lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat, kemahiran atau kebolehan untuk mereka
mencapainya. Organisasi pula seperti dikatakan oleh Robbins (2003), bermaksud suatu badan yang
dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai untuk menjalankan tugas dan
peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama. Sekolah berperanan sebagai sebuah
institut atau organisasi penyampai ilmu pengetahuan yang memberi peluang kepada generasi muda
(murid-murid) mempelajari pelbagai perkara dalam jangka masa yang pendek (Atan Long, 1978).
Di dalam konteks sekolah, guru besar merupakan pemimpin di sekolah rendah manakala pengetua
merupakan pemimpin di sekolah menengah. Guru kelas dan guru mata pelajaran pula merupakan
pemimpin di dalam bilik darjah. Organisasi di sekolah terdiri daripada guru besar / pengetua yang
berperanan sebagai ketua pentadbir, diikuti dengan beberapa penolong guru kanan, guru-guru
kanan mata pelajaran, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Terdapat empat jenis gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Antaranya ialah, autokratik,
demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.

1. Autokratik

Gaya kepimpinan autokratik mengamalkan interaksi sehala. Pemimpin autokrasi sangat
mementingkan perlaksanaan tugas dan memimpin menggunakan sumber kuasa formal. Di
peringkat sekolah, pengetua berkuasa mutlak dalam semua hal. Kepimpinan ini melarangkan guru-
guru untuk memberi sebarang pendapat atau cadangan dan mereka terpaksa akur pada segala
arahan yang diberi oleh pengetua. Ini menyebabkan tahap motivasi kerja dalam kalangan guru
menjadi rendah kerana perlu sentiasa mengharapkan atau terlalu bergantung pada pengetua.
Hubungan antara pengetua dengan guru juga menjadi dingin dan regang. Selain itu, guru yang
mengamalkan gaya kepimpinan ini pada murid juga akan menyebabkan murid berasa takut dan
hilang minat untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.

18

2. Demokratik

Gaya kepimpinan demokratik ini mengamalkan interaksi dua hala. Pemimpin demokratik akan
menggalakkan kesemua ahlinya untuk melibatkan diri dalam mengambil sesuatu keputusan. Di
peringkat sekolah, pengetua akan berbincang dan meminta pendapat atau cadangan dari guru-guru.
Keputusan yang mutamad akan dibuat berdasarkan persetujuan majoriti daripada kalangan guru
dan kakitangan sekolah. Para guru akan berasa diri mereka dihargai oleh pengetua kerana mereka
diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh guru-
guru dan juga kakitangan sekolah kerana ia menjamin kepuasan dengan pekerjaan mereka. Ini
mewujudkan suasana sekolah dan kerja yang kondusif dan harmoni. Guru juga akan lebih
bersemangat dan yakin dalam menjalankan tugasnya.

3. Laissez-Faire

Gaya kepimpinan Laissez-Faire ini bertentangan dengan gaya kepimpinan autokratik. Pemimpin
Laissez-Faire kurang minat dalam tanggungjawab yang diamanahkan dan memberi kebebasan
kepada orang bawahnya untuk membuat keputusan. Perkataan Lassez-Faire pula bermaksud tidak
mempunyai keyakinan dan matlamat diri. Di peringkat sekolah, pengetua tidak menentukan tugas
ahlinya dan akan memberikan kebebasan yang penuh kepada semua guru untuk membuat
keputusan masing-masing. Pengetua juga hanya akan membuat penilaian, kritikan, pandangan dan
lain-lain apabila diminta oleh ahlinya. Prestasi sekolah dan pencapaian pihak guru diendahkan oleh
pengetua. Gaya kepimpinan ini memerlukan usaha penuh dari ahlinya yang menyebabkan mereka
(guru-guru) bertindak sebagai ketua dalam organisasi sekolah.

4. Kontingensi

Gaya kepimpinan Kontingensi ini sangat bergantung pada keadaan atau keperluan sepertimana
yang dijelaskan oleh Noriati A. Rasyid et.el (2010) bahawa teori atau model kontingensi seringkali
disebut sebagai teori situasi kerana teori ini mengemukakan kepimpinan yang bergantung pada
situasi. Pemimpin Kontingensi akan menyesuaikan gaya kepimpinannya pada setiap situasi yang
dihadapinya. Di peringkat sekolah, pengetua tidak akan menggunakan cara khusus yang sama

19

dalam semua situasi semasa mengedalikan dan memimpin organisasi sekolah. Di dalam Teori
Kontingensi Feidler, terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi keadaan dan keberkesanan
seseorang pemimpin iaitu, hubungan antara pemimpin, struktur tugasan dan posisi kuasa.

Kepimpinan di Bilik Darjah

Kepimpinan bilik darjah sepertimana yang dijelaskan oleh Hook dan Vass (2003), merupakan satu
kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk menguruskan diri sendiri dan
berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi
dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka supaya
mengikutinya. Dalam kepimpinan di bilik darjah, guru berperanan sebagai pemimpin manakala
sesetengah pelajar yang terpilih seperti ketua kelas, penolong kelas dan pengawas sekolah akan
membantu guru dalam memimpin bilik darjah sewaktu ketiadaan mereka.

Kepimpinan Pengajaran

Menurut De Bevoise (1984), beliau menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran merupakan
segala tindakan yang dilakukan seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk
menggalakan pertumbuhan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Terdapat tiga jenis pembelajaran, iaitu:
1. Pembelajaran formal
2. Pembelajaran informal
3. Pembelajaran non-formal

Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran, iaitu:

1. Pembelajaran secara langsung
2. Pembelajaran secara tidak langsung
3. Pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar.

20

Kesimpulanya, kepimpinan sangat penting dan memainkan peranan penting dalam sesebuah
organisasi. Pengikut atau ahli juga menjadi penyumbang terbesar dalam sesebuah kepimpinan
yang berkait rapat dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi itu. Di sekolah, bukan
sahaja pengetua, malah seluruh pihak sekolah harus bekerjasama dan berusaha dalam memastikan
matlamat sekolah dapat dicapai. Pemimpin yang cemerlang seharusnya dapat menggabungkan
kesemua gaya kepimpinan dalam organisasinya.

21

BAB 5: PENGURUSAN MURID

Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input
organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Pengurusan
ini bertujuan untuk mengeluarkan output (perkhimatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya
mencapai objektif organisasi. Manakala murid atau pelajar membawa maksud orang yang belajar
atau mengaji dan juga orang yang menyelidiki ilmu (Kamus Dewan, 2002). Seseorang guru
haruslah mementingkan pengurusan murid. Dengan mengetahui murid-muridnya, guru dapat
menyampaikan pengajaran yang berkesan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai
dengan keadaan murid-murid yang diajarnya. Di dalam proses pengurusan murid, terdapat tiga
aspek penting yang perlu diberi perhatian iaitu, perancangan, pentadbiran dan pengawalan atau
pemulihan. Terdapat 3 peranan guru dalam menjayakan proses pengurusan murid. Antaranya
ialah, mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.

1. Mengurus Rekod Murid

Di sekolah, guru kelas bertanggungjawab dalam mengurus rekod murid. Pengurusan rekod murid
ini dapat melicinkan pengurusan pentadbiran di sekolah. Guru-guru seharusnya mengemaskini
kesemua maklumat-maklumat murid untuk mengetahui kehidupan atau persekitaran setiap
muridnya. Guru boleh mengemaskini maklumat murid-murid secara menulis (manual) dan dalam
talian.
Jenis-jenis Rekod Pengurusan Murid
i. Educational Management Information System Online (EMIS)
ii. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
iii. Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
iv. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
v. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

22

Dengan ini, penyimpanan rekod murid dapat disimpan dengan selamat dan diuruskan dengan
lebih sistematik. Selain itu, pengurusan rekod murid menyimpan segala rekod prestasi akademik
yang dicapai oleh murid dalam sistem talian. Dengan ini, ia membantu guru dalam mengetahui
kelemahan dan kekuatan setiap murid untuk mempertingkatkan dan menetukan kaedah
pengajarannya. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak ketinggalan dalam mengetahui
perkembangan prestasi akademik anak mereka.

2. Kesediaan Murid Belajar

Bruner (1966) menjelaskan bahawa konsep kesediaan murid belajar adalah apa jua perkara yang
dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat
perkembangannya. Guru haruslah bijak dalam meningkatkan kesediaan murid belajar kerana dapat
membantu murid-murid bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.

Jenis Kesediaan Belajar
i. Kesediaan Kognitif – Berkaitan dengan peringkat perkembangan mental dalam memahami,

berfikir dan menaakul dalam pembelajaran yang baru.

ii. Kesediaan Afektif – Berkaitan dengan sikap, keinginan, perasaan, minat dan ketekunan murid
dalam menerima pembelajaran yang disampaikan.

iii. Kesediaan Psikomotor – Berkaitan dengan penguasaan kemahiran murid uag berpusat pada
tindakan fizikal.

23

Faktor Mempengaruhi Kesediaan Belajar

I. KEMATANGAN
Tahap pertumbuhan dan perkembangan murid dari segi mental, emosi,

fizikal dan sosial.

II. PENGALAMAN
Pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada murid dalam mencapai

pembelajaran yang baru.

3. Memotivasikan Murid

Motivasi bermaksud kecendrungan diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkahlakunya
untuk melakukan sesuatu. Motivasi merupakan elemen utama dalam meniingkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran bilik darjah, guru perlulah sentiasa
memotivasikan murid yang dapat membantu meningkatkan minat dan potensi murid dalam
mencapai sesuatu matlamat dengan jayanya.

Tiga Pendekatan Mewujudkan Motivasi

i. Pendekatan Behavioris – Menegaskan motif ekstrinsik/luaran (pujian dan ganjaran)
ii. Pendekatan Kognitif – Menegaskan keperluan individu untuk mengetahui dan memahami

sesuatu perkara.
iii. Pendekatan Humanis – Menegaskan motif intrinsik/dalaman (kecekapan, berdikari dan

kesempurnaan kendiri).

24

Kesimpulannya, peranan sekolah terutamanya pihak guru amatlah penting dalam memastikan
kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Setiap guru
harus berusaha dalam menyediakan proses pembelajaran yang berkesan yang merangkumi
pencapaian kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif murid-muird. Kaedah
pengajaran yang kreatif dan inovatif dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan ini, guru-
guru mampu membentuk dan melahirkan generasi muda yang berkualiti.

25

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan sebuah tempat dimana murid-murid menimba pelbagai ilmu dari pendidik.
Guru merupakan pendidik di sekolah. Tugas seorang pendidik tidak terhenti dengan mengajar atau
memberi ilmu pengetahuan, malah mereka juga bertanggungjawab dalam membentuk sikap dan
akhlak yang mulia kepada murid-murid. Oleh itu, pengurusan bilik darjah di sekolah harus dititik
beratkan untuk mewujudkan susasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada guru
dan juga murid-murid. Sepertimana yang dijelaskan oleh Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan
bilik darjah merupakan satu proses atau pergerakkan yang memerlukan kerjasama dan campur
tangan dari ahli organisasi tersebut bagi mencapai matlamat mereka sendiri. Antara tugas utama
guru dalam pengurusan bilik darjah termasuk merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan
mengawal.

Dalam aspek pengurusan bilik darjah, terdapat dua faktor yang mempengaruhi keberkesanan
pengurusan bilik darjah iaitu;

1. Faktor Fizikal
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sesebuah
sekolah. Sebuah bilik darjah wajib dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan seperti kerusi,
meja, papan putih, almari, kipas dan lampu. Bilangan kerusi dan meja haruslah cukup dan
bersesuaian dengan saiz, berat dan tinggi murid-murid supaya mereka dapat menggunakannya
dengan selamat. Lampu dan kipas juga hendaklah berfungsi dengan baik. Pencahayaan dan
pengudaraan yang baik harus diberi keutamaan supaya murid dapat belajar dalam keadaan yang
selesa. Penyusunan kerusi dan meja secara berkumpulan perlu dibuat dengan teratur dan rapi agar
murid dapat bergaul dan berinteraksi sesama ahli kumpulan dan guru dengan baik. Ia juga
memudahkan pergerakan guru dan murid di dalam bilik darjah. Dengan adanya bilik darjah yang
kondusif, murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya sekali gus membolehkan guru
menjalankan sesi pengajarannya tanpa sebarang halangan dan ganguan.

26

2. Faktor Kemanusiaan
Faktor kemanusian merangkumi hubangan dan interaksi antara murid-murid yang mempunyai
latar belakang dan sifat yang berlainan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, murid yang periang
dan ceria akan sentiasa aktif dan suka bergaul dengan murid yang lain manakala murid yang
pendiam akan melakukan sebaliknya. Oleh itu, guru harus memahami murid-muridnya dan bijak
menguruskan proses pengajarannya yang mampu melibatkan kesemua murid yang berbeza sifat.
Selain itu, sikap yang ditonjolkan oleh guru juga mampu mempengaruhi emosi murid di dalam
bilik darjah. Guru yang bersikap positif, sabar, tegas dan mesra pelajar akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang seronok dan berdisiplin. Murid-murid juga akan lebih yakin dan bersemangat
untuk menjawab dan melakukan aktiviti yang diberi oleh guru apabila guru sentiasa memberi
semangat dan pujian kepada murid muridnya di dalam bilik darjah. Dengan ini, hubungan antara
guru dan murid menjadi erat dan murid lebih minat mempelajari mata pelajaran yang diajar oleh
guru tersebut.

8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah

Intimidation

Pengawalan tingkah laku pelajar seperti ancaman, sindiran paksaan
dan sebagainya yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar.

Authoritarian

Guru mewujud dan mengekalkan peraturan bilik darjah kepada murid-murid.

27

Cookbook Management

Guru mendapatkan petua atau nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman
dalam menagani murid-murid.

Sosioemosi

Pembentukkan antara interpersonal yang baik bagi mewujudkan suasana bilik darjah dan
pembelajaran yang positif.

Permisif

Guru memberi kebebasan yang penuh kepada murid-murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk memperkembangkan potensi dan bakat mereka.

Pengubahan Tingkah Laku

Guru memberi galakkan, pujian dan ganjaran untuk menggalakan tingkah laku yang baik
dalam kalangan murid.

Pengajaran

Penyediaan bentuk pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat murid supaya
mereka dapat memberi tumpuan di bilik darjah.

Proses Kumpulan

Guru berperanan dalam mewujudkan sistem sosial yang produktif dan interaktif.
Di bilik darjah, kumpulan murid-murid diklasifikasikan sebagai satu sistem sosial.

28

Terdapat beberapa prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah yang perlu diketahui oleh seorang
guru. Antaranya;
i. Hubungan baik antara guru dan pelajar
ii. Sikap guru yang optimis
iii. Bersikap positif kepada semua pelajar
iv. Mencegah lebih baik dari merawat
v. Membentuk prosedur pengurusan yang tegas
vi. Memberi dorongan yang positif kepada pelajar

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen yang penting dalam merangsang
proses pengajaran dan pembelajaran. Sesebuah bilik darjah harus mewujudkan susasana atau
keadaan yang membolehkan setiap murid belajar mengikut keupayaan masing-masing dan
berkerjasama dengan guru untuk menghasilkan proses pembelajaran yang baik. Pengurusan bilik
darjah yang cemerlang mampu mencapai objektif dan matlamat pembelajaran.

29

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

Menurut Buck (2010), pengurusan merupakan pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang
terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan
tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan. Sumber pula bermaksud bahan-
bahan yang digunakan sebagai rujukan oleh manusia untuk kesahihan sesuatu maklumat atau
carian. Pengurusan sumber amat penting untuk seseorang guru dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan sumber yang mantap dapat menghasilkan pencapaian
objektif pangajaran yang optimum. Pemilihan sumber pengajaran juga boleh dikaitkan dengan
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai. Alat bantu mengajar ini dibahagikan kepada
dua bentuk, iaitu bentuk visual dan bukan visual. Bentuk visual merangkumi gambar, carta, model,
filem dan slaid manakala bukan visual pula merangkumi demonstrasi, lakonan, perbincangan dan
lain-lain lagi. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam memilih sumber pengajaran yang sesuai supaya
murid-murid dapat pendedahan yang terperinci yang membolehkan mereka memahami sesuatu
topik dengan mudah. Sumber pengajaran yang kreatif dan inovatif dapat menarik minat pelajar
dan akan memberi penglibatan yang aktif di dalam bilik darjah.

Terdapat beberapa jenis sumber yang boleh diggunakan oleh guru dan juga pelajar di sekolah
untuk mempertingkatkan proses pembelajaran. Antaranya ialah;

1. Pusat Sumber
Pusat sumber adalah sebuah tempat yang mempunyai pelbagai bahan-bahan bacaan dalam bentuk
digital, bercetak dan bukan bercetak seperti buku, majalah, pita video (CD) dan lain-lain lagi yang
boleh digunakan oleh murid dan guru. Pusat sumber ini mengandungi banyak sumber maklumat-
maklumat yang berkualiti yang harus dikunjungi dan digunakan oleh semua murid untuk
menambah maklumat tambahan selain daripada buku teks dan pengajaran guru. Oleh itu,
pengurusan pusat sumber perlulah dijalankan dengan teratur supaya dapat menarik minat murid
dan memupuk budaya membaca dalam kalangan murid serta mencapai objektif pusat sumber di
sekolah.

30

Berikut merupakan objektif pusat sumber di sekolah.

OBJEKTIF PUSAT SUMBER

1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu
dan sumber.

2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
dan pelajar mereka.

3. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat,
membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.

4. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5. Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan.

2. Makmal Sains

Makmal sains merupakan sebuah bilik khas disekolah dimana guru bersama-sama dengan murid-
murid melakukan pelbagai kajian, aktiviti atau experimen saintifik khususnya dalam mata
pelajaran sains, kimia, fizik dan biologi. Guru akan menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penemuan dan inkuiri ini menegaskan aktiviti
sebagai satu proses pembelajaran. Pembelajaran sebegini adalah berpusatkan murid yang sudah
pasti memerlukan penglibatan murid yang sepenuhnya. Di sini, peranan guru hanya sebagai
penasihat atau fasilitator kepada murid-murid dalam mencari jawapan dan menyelesaikan masalah
yang diberi. Melalui aktiviti atau experimen, murid lebih senang memahami tentang sesuatu
perkara kerana segala maklumat yang diperoleh adalah daripada hasil penemuan mereka sendiri.
Murid-murid dapat mengaitkan pengetahuan teori yang dipelajari secara amali.

31

3. Makmal Komputer
Makmal komputer merupakan sebuah bilik atau tempat khas di sekolah yang mempunyai beberapa
komputer untuk kegunaan murid dan guru. Makmal komputer diwujudkan di sekolah supaya murid
mengenal peralatan-peralatan komuputer dan dapat mengasahkan kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Penggunaan ICT dapat meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, makmal komputer juga mempunyai rangkaian internet bagi memudahkan
murid mencari maklumat atau bahan pembelajaran lain. Di samping itu, guru harus memastikan
murid-murid menggunakan peralatan-peralat komputer dengan baik supaya tidak berlaku apa-apa
kerosakkan. Guru juga perlu memastikan yang murid hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal
komputer jika guru tersebut hadir sekali di makmal komputer.
Kesimpulannya, guru dan murid haruslah memanfaatkan sumber-sumber pembelajaran yang ada
di sekolah. Pengurusan sumber yang baik oleh guru dapat meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman murid tentang mata pelajaran yang dipelajari. Penggunaan sumber-sumber
pembelajaran yang sesuai dapat merangsangkan minda murid-murid dan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan maklumat tanpa bergantung pada guru sahaja. Oleh itu, guru-guru
harus berusaha dalam mempertingkatkan pengurusan sumber di sekolah agar memperoleh
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.

32

BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Menurut Loenard dan Karen (1996), bilik darjah bermaksud sesebuah tempat yang berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran yang wajib ada di sekolah. Strategi pula membawa maksud
rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau
kejayaan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Strategi mengurus bilik pembelajaran yang baik dapat
memastikan kecekapan dan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid-murid serta
melahirkan individu yang berdaya saing dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pendidikan pada masa kini amat berbeza dengan pendidikan dahulu. Perlaksanaan pendidikan
abad ke-21 jelas memberi tumpuan pada susun atur bilik pembelajaran dan juga gaya dan aktiviti
pengajaran guru. Perkembangan pendidikan kearah abad ke-21 dilaksanakan bagi menyediakan
generasi muda menghadapi cabaran dunia luar pada masa hadapan.

Terdapat 2 unsur yang mempengaruhi strategi pengurusan bilik pembelajaran, iaitu persekitaran
fizikal dan interaksi di bilik darjah.

1. Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif penting dalam mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang bermakna. Dulu, susun atur bilik darjah adalah sama dan tidak berubah. Murid-
murid juga mempunyai tempat duduk yang tetap. Susun atur bilik darjah cara dahulu harus
ditukarkan. Susun atur bilik darjah abad ke-21 amat menitik beratkan tentang keselesaan murid
dan juga guru. Susun atur kerusi meja yang menarik diperkenalkan bagi mewujudkan bilik darjah
yang menyeronokan. Antara jenis susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah termasuk formasi
huruf ‘U’, formasi corak tim, meja konferensi, lingkaran, kelompok untuk kelompok, tempat kerja,
pengelopokkan terpisah, susunan chevron, kelas tradisional, dan auditorium. Berikut menunjukkan
illustrasi susun atur meja dan kerusi abad ke-21.

33

SUSUN ATUR MEJA DAN KERUSI ABAD KE-21

Formasi Corak Tim Formasi Huruf ‘U’

Formasi Meja Konferentasi Formasi Lingkaran

Formasi Kelompok Untuk Kelompok

34

Formasi Tempat Kerja (Workstation)

Formasi Penggelopokkan Terpisah Formasi Susunan Chevron

Formasi Kelas Tradisional Formasi Auditorium

35

2. Interaksi Di Bilik Darjah

Guru haruslah mewujudkan sesi pengajaran yang bertumpu pada interaksi antara murid dengan
murid dan guru dengan murid. Interaksi sangat penting dalam bilik darjah kerana guru dapat
menilai sama ada murid-muird memahami pengajaran yang disampaikan. Terdapat tiga jenis
interaksi didalam bilik darjah. Antaranya ialah interaksi sehala, dua hala dan pelbagai hala.
Interaksi yang harus diamalkan oleh guru ialah interaksi dua hala dan pelbagai hala. Pengamalan
kedua-dua interaksi ini akan membuatkan murid-murid selesa untuk belajar dengan guru tersebut.
Guru-guru harus menggunakan pertuturan yang sopan dan mengawal nada suara semasa mengajar
dan berinteraksi dengan pelajar. Guru juga harus pandai mengawal emosi dalam menghadapi
karenah-karenah murid. Dengan ini, murid-murid akan menghormati guru dan memberi tumpuan
yang penuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, guru dapat mengawal disiplin pelajar
dan proses pengajaran juga akan berjalan dengan lancar.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Melibatkan Interaksi

1. Lakonan
2. Perbincangan
3. Kaedah menyoal
4. Kaedah demonstrasi
5. Bercerita
6. Projek
7. Permainan
8. Simulasi

Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik pembelajaran merupakan unsur utama yang bantu
meningkatkan perkembangan ilmu dalam diri murid. Persekitaran bilik darjah yang tenang dan
positif akan membentuk murid yang memberi kerjasama dengan guru dalam menjayakan sesi
pengajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan secara mendalam tentang strategi
menguruskan bilik darjah dan mengamalkannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

36

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Sekolah merupakan sebuah institusi masyarakat yang bertujuan untuk menggalakan dan
memperkembangkan perubahan tingkah laku kanak-kanak (murid) mengikut arah yang
dikehendaki oleh masyarakat (Atan Long, 1978). Kamus dewan memberi definisi tingkah laku
sebagai kelakuan atau gerak-geri seseorang. Secara amnya, disiplin seringkali dikaitkan dengan
pembentukkan kelakuan individu mengikut nilai masyarakat. Menurut Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979, disiplin membawa maksud kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu
dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain. Ragbir Kaur (2005) menjelaskan pengurusan tingkah laku
sebagai satu rancangan memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Di sekolah, pengurusan tingkah laku yang cekap merupakan
asas kepada perkembangan pembelajaran yang berkesan. Pengurusan tingkah laku dalam kalangan
murid dapat diurus dengan menetapkan peraturan-peraturan sekolah dan bilik darjah. Guru perlu
memastikan peraturan telah dipatuhi oleh murid-muird pada setiap masa.

Di sekolah, terdapat unit disiplin yang bertanggungjawab dalam menjaga tingkah laku murid. Unit
disiplin ini terdiri penolong kanan hal ehwal murid, guru-guru disiplin dan dibantu oleh golongan
pengawas sekolah (murid). Selain itu, unit bimbingan dan kaunseling juga berperanan dalam
menangani masalah disiplin dan membimbing murid-murid yang bermasalah ke jalan yang betul.
Unit bimbingan dan kauseling terdiri daripada penolong hal ehwal murid, guru kauseling dan
dibantu oleh golongan pembimbing rakan sebaya (murid).

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Antaranya ialah;

1. Faktor ibu bapa dan keluarga
i. Kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
ii. Penderaan ibu bapa / ahli keluarga
iii. Kemiskinan keluarga

37

2. Faktor Sekolah
i. Tekanan (stress) di dalam sekolah. (beban kerja rumah banyak)
ii. Pengaruh rakan sebaya yang bermasalah.

3. Faktor diri murid
i. Keinginan untuk tahu dan mencuba perkara-perkara baru (negatif).
ii. Mempunyai masalah emosi (Phsycotic).

Terdapat 2 bentuk tingkah laku bermasalah di sekolah.

1. Tingkah Laku Bermasalah Positif.

Tingkah laku bermasalah positif terjadi apabila seseorang murid itu mempunyai keinginan yang
tinggi untuk mengetahui perkara yang dilihat. Oleh itu, murid ini akan sentiasa menunjukkan
kesungguhan yang melampau dengan bertanyakan pelbagai soalan kepada guru. Selain itu, ada
juga murid yang mempunyai keupayaan untuk cepat memahami topik yang baru dipelajari
berbanding dengan murid-murid yang lain di dalam bilik darjah. Tingkah laku ini menyebabkan
murid itu hilang tumpuan di dalam bilik darjah dan proses pengajaran tidak dapat dijalankan
dengan lancar. Oleh itu, guru-guru harus menyediakan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk
mengelakkan berlakunya perkara tersebut.

2. Tingkah laku Bermasalah Negatif.

Tingkah laku bermasalah negatif akan mengundang pelbagai gannguan dan halangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku ini merangkumi tingkah laku bergantungan, disruptif
dan distruktif. Tingkah laku bergantungan merupakan tingkah laku yang membahayakan diri
murid. Ciri-ciri murid yang mempunyai tingkah laku bergantungan ialah sentiasa
kebimbangan/kerisauan, pergantungan berlebihan, pengunduran diri dan suka mengasingkan diri.
Selain itu, tingkah laku distruptif merupakan tingkah laku yang membahayakan orang lain. Ciri-
ciri murid yang mempunyai tingkah laku distruptif ialah hiperaktif, nakal, bising, suka bergerak
sesuka hati dan agresif secara lisan dan fizikal. Akhir sekali, tingkah laku distruktif merupakan
tingkah laku yang membahayakan diri dan orang lain. Ciri-ciri murid yang mempunyai tingkah

38

laku distruktif ialah mempunyai permusuhan yang nyata, mempamerkan tindakan yang agresif
(lisan/fizikal), melakukan kegiatan vandelisme dan gangsterisme, bergaul dengan golongan orang
yang negative dan lain-lain lagi.
Cara-Cara Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin Murid
i. Amaran
ii. Pengasingan dalam bilik darjah (tidak benarkan murid terlibat dalam proses pembelajaran untuk

beberapa minit).
iii. Pengasingan di luar bilik darjah
iv. Menghantar murid berjumpa dengan pengetua (untuk kes-kes yang serius dan berat)
v. Dendaan
vi. Peneguhan (memberi ganjaran / pujian apabila murid mempamerkan tiingkah laku positif).

Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku penting dalam membentuk tingkah laku murid yang
cemerlang dan terpuji. Guru-guru juga harus mempamerkan ciri-ciri berdisiplin kepada murid
supaya ia menjadi ikutan mereka. Guru perlu memahami murid yang bermasalah dan berusaha
membantu murid tersebut untuk membentuk sahsiah yang baik. Tugas mendisiplinkan murid
memerlukan sokongan dan dorongan dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak sekolah, ibu bapa
dan masyarakat perlu bekerjasama dalam membendung masalah disiplin murid.

39

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Murid seringkali berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam dan di luar bilik darjah. Jika dilihat
dari segi emosi, perkembangan emosi seseorang adalah hasil daripada kematangan dan
pembelajaran (Atan Long, 1978). Murid-murid disekolah yang dikategorikan sebagai remaja,
lazimnya berada dalam fasa kekeliruan identiti dimana mereka mula mencari, memahami dan
menemtukan identity sendiri. Sebagai seorang guru, mereka harus memastikan setiap murid dapat
menangani masalah yang dilalui dengan baik. Setiap guru harus memahami perasaan atau emosi
murid dan dapat lihat dari sudut murid itu. Oleh itu, pengurusan penasihatan murid daripada
golongan berpengalaman sangat penting kepada murid-murid. Menurut Zuraida (1994), beliau
menyatakan bahawa memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan
perasaan individu yang terlibat. Kamus Dewan Edisi Keempat juga menjelaskan bahawa nasihat
merupakan ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau
menganjurkan kepada seseorang dalam pelbagai hal.

Konsep Pengurusan Penasihatan Murid

BIMBINGAN

PENASIHATAN MENTORING

40

1. Konsep Bimbingan

Setiap murid tanpa mengira bangsa dan agama, memerlukan bimbingan dari orang yang
berpengalaman dan dalam konteks sekolah, guru-guru memikul tanggungjawab sebagai seorang
pembimbing kepada murid. Menurut Crow and Crow (1983), dari aspek pendidikan, bimbingan
bermaksud bantuan atau pertolongan yang betul yang diberikan kepada murid berkenaan.
Bimbingan ini merangkumi perkembangan potensi diri murid dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial. Antara ciri-ciri utama konsep bimbingan ialah ia memberi tumpuan pada pencegahan
masalah individu (murid) sleagi perkara itu masih boleh dikawal oleh guru. Bimbingan ini
memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa murid, rakan sebaya
dalam mrmbantu murid berkenaan membuat pilihan/keputusan yang tepat dan sesuai. Selain itu,
aspek penting dalam bimbingan ini ialah murid harus menyertainya secara sukarela.

2. Konsep Penasihatan

Penasihatan merupakan satu proses memberi nasihat dimana guru memberi tumpuan tinggi pada
penyelesaian masalah yang dihadapi daripada murid itu sendiri. Menurut Micheal (1999), nasihat
yang diberikan kepada klien (murid) akan menyediakan mereka dengan maklumat berguna yang
mengajar mereka untuk berfikir dan bertindak. Penasihatan ini lazimnya datang dari orang-orang
yang berpengalaman dan pengetahuan dan diberi dalam bentuk arahan.

3. Konsep Mentoring

Mentoring membawa merupakan satu proses antara mantor (orang berpengalaman/
berpengetahuan) yang bertindak sebagai pembimbing yang memberi tunjuk ajar kepada mentee
(orang yang memerlukan pertolongan). Konsep mentoring ini berfokuskan kepada pencarian
potensi dan bakat yang membawa kepada pencapaian cemerlangan dalam perkembangan kendiri
dan kerjaya mentee. Mentor juga akan membantu mentee dalam menyelesaikan masalah-masalah
yang berkaitan dengan pelajaran. Ini akan melahirkan satu hubungan yang baik antara mentor
(guru) dengan mentee-nya (murid).

41

Proses Bimbingan dan Penasihatan
FASA 1

Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat murid.

FASA 2
Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan

dan penasihatan.

FASA 3
Proses mengenali murid.

FASA 4
Proses membimbing murid.

FASA 5
Analisis penilaian.

42

Kesimpulannya, setiap murid memrlukan bimbingan, penasihatan dan mentor daripada orang-
orang yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti seorang guru. Guru pula haruslah
memainkan peranannya sebagai pendidik dan pembimbing dalam meningkatkan perkembangan
diri murid. Dengan adanya pengurusan penasihatan murid, kadar masalah disiplin dapat dibendung
dan prestasi pelajaran murid dapat dipertingkatkan. Maka, akan lahirlah golongan-golongan
generasi muda yang berdaya saing.

43

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Menurut Tylor (1871), budaya membawa maksud keseluruhan yang kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk
keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Menurut Saha (1997),
pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai sebuah proses atau strategi pendidikan yang
melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras.
Malaysia merupakan negara yang unik kerana merangkumi masyarakat yang berbilang kaum yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Pendidikan pelbagai budaya
diwujudkan untuk melahirkan golongan masyarakat yang memahami dan menyesuaikan diri
dengan ahli-ahli masyarakat yang berlainan kaum yang mampu membina hubungan yang baik
sesama manusia. Salah satu tujuan Akta Pendidikan 1961 dibentuk adalah untuk menyatukan
kaum-kaum di Malaysia melalui pendidikan. Oleh itu, guru harus sedar akan peranannya dalam
mengurus murid-murid yang mempunyai pelbagai budaya dan latar belakang.

Menurut Banks (1989), terdapat tiga aspek utama dalam pendidikan pelbagai budaya. Antaranya
ialah;

i. Konsep

 Semua murid mempunyai hak yang sama rata untuk belajar di dalam bilik darjah tanpa
mengira kaum, jantina, kelas sosial dan lain-lain.

 Pekara ini disokong dalam Akta Pendidikan yang menjelaskan setiap warganegara
Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira
kaum, budaya, latar belakang dan kedudukan mereka.

ii. Gerakkan

 Sebuah usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga semua murid
memiliki peluang sama untuk belajar.

44

iii. Proses
 Satu proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua
murid.

Kepentingan Memahami Kepelbagaian Budaya

1. Guru sebagai agen dalam pemupukan dan pengukuhan perpaduan murid.

 Guru bertanggungjawab dalam memupuk dan mendidik unsur-unsur budaya kepada murid.

 Murid-murid akan memahami, menghormati, menerima dan menghargai kepelbagaian
budaya dan belajar untuk hidup bersama dalam masyarakat berlainan kaum. Murid- murid
mampu berinteraksi dalam kelompok murid yang berlain bangsa tanpa sebarang keraguan.

 Guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

 Sebagai contoh, guru menyusun atur cara meja kerusi murid di bilik darjah yang
mempunyai murid dari pelbagai kaum duduk bersama-sama dalam satu kumpulan.

 Guru mewujudkan sudut bacaan yang berfokus pada kepelbagaian budaya. Maklumat-
maklumat yang berkaitan dengan budaya, agama dan adat resam di Malaysia dapat
menambah ilmu pengetahuan murid.

2. Profesion perguruan dapat dipertingkatkan.
 Guru yang mempunyai pemahaman yang mendalam tentang budaya-budaya yang lain akan
lebih yakin dalam menguruskan murid-murid berlainan budaya.

45

 Guru akan berhati-hati dengan tidak membawa perkara yang menyentuh sensitiviti
perkauman dan tidak akan ada berprasangka dalam diri murid.

 Komunikasi secara verbal dan bukan verbal yang efektif antara guru dengan semua murid
dapat membantu guru dalam memahami dan membantu murid ketika mereka menghadapi
masalah.

 Layanan yang adil dan sama rata kepada semua murid akan membuatkan murid
mempunyai kepercayaan dan menghormati guru itu serta memberi kerjasama dan
penglibatan yang aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya amat penting dalam menjaga keamanan dan
keharmonian dalam kalangan murid. Kesamarataan pendidikan kepada semua murid tanpa
mengira kaum dan kedudukan sosial harus diperkukuhakan. Mata pelajaran seperti Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral harus dimasukkan dalam peperiksaan PT3 dan
SPM dan dijadikan sebagai subjek wajib lulus dalam peperikerana ia membantu pelajar memahami
kepelbagaian agama dan budaya. Selain itu, suasana pembelajaran yang baik dan mersa budya
dapat meningkatkan persefahaman antara pelajar yang berlainan latar belakang sekali gus
meningkatkan perpaduan antara kaum.

46

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan sebuah usaha yang dilaksanakan bagi membantu
murid-murid berkeperluan khas yang menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran. Sebelum
tahun 1961, golongan berkeperluan khas kurang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.
Lebih menyedihkan lagi, tiada peluang atau kemudahan diberi kepada golongan bekeperluan khas
dari segi pendidikan dan pekerjaan. Penekanan dalam perkembangan pendidikan khas dapat dilihat
apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui
Perakuan 169. Pada masa kini, Akta Pelajaran 1996 berperanan dalam mewujudkan kesaksamaan
peluang pendidikan dan pendidikan khas ditumpukan. Dengan adanya akta ini, ia membantu
meningkatkan potensi, keyakinan, kemahiran dan keupayaan berdikari dalam diri golongan
berkepeluan khas. Pendidikan inklusif telah diperkenalkan yang melibatkan murid-murid yang
terdiri daripada pelajar yang mengalami masalah penglihatan, masalah pendengaran atau masalah
pembelajaran. Menurut Lewis dan Doorlag (2003), inklusif bermaksud sebuah istilah yang
digunakan kini untuk menerangkan tentang penempatan bagi pelajar berkeperluan khas di dalam
pendidikan arus perdana. Dengan ini, murid-murid bekeperluan khas dapat belajar seperti murid-
murid lain.

Pengurusan pelbagai upaya kepada empat aspek, iaitu;

1. Pemulihan

 Pulih membawa maksud kembali seperti biasa atau kembali keadaan semula manakala
pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula
(Kamus Dewan Edisi Keempat).

 Program pemulihan ini bertujuan untuk membantu murid yang mempunyai masalah atau
kesukaran dalam penguasaan 3M (Membaca, Menulis & Mengira).

47

 Kesukaran dalam penguasaan 3M ini disebabkan oleh faktor persekitaran, bukannya faktor
kognitif.

2. Pengayaan

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), gaya bermaksud sikap dan cara
berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula membawa maksud
perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan.

 Pengayaan merupakan aktiviti- aktiviti tambahan yang dilakukan oleh golongan yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran untuk menambahkan ilmu dan meluaskan
pengalaman mereka.

 Terdapat 2 jenis pengayaan iaitu, pengayaan mendatar dan pengayaan menegak.
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti yang menumpukan kebolehan murid dalam
sesuatu kumpulan. Manakala pengayaan menegak pula adalah aktiviti yang menumpukan
pada minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

3. Berkeperluan khas

 Golongan berkeperluan khas merupakan golongan yang memrlukan bantuan khas,
sokongan dan rangsangan.

 Golongan berkeperluan khas termasuklah murid yang mengalami perkembangan yang
lambat, autistic, down syndrome, mempunyai masalah emosi, mempunyai masalah
kecelaruan dalam pertuturan dan bahasa dan lain-lain lagi.

48


Click to View FlipBook Version