4. Pelbagai kecerdasan
Pada tahun 1983, Dr. Howard Gardner memperkenalkan Teori Kecerdasan.
Terdapat 8 jenis kecerdasan yang mengukur kecerdasan manusia. Antaranya ialah:
Kecerdasan verbal- linguistik
Kecerdasan logik- matematik
Kecerdasan fizikal- kinestatik
Kecerdasan visual- ruang
Kecerdasan muzikal- ritma muzik
Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan naturalis
Kesimpulannya, pengurusan pelbagai upaya amat penting terutamanya kepada golongan
berkeperluan khas. Dengan adanya pendidikan inklusif, murid berkeperluan khas berpeluang
untuk mendapat pendidikan yang juga membantu mereka mendapatkan perkerjaan. Oleh itu, usaha
kerajaan dan Kementerian Pendidikan dalam membantu golongan ini patut dihargai dan dipuji.
49
BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Norazlinda Saad dan Surendran Sankrash (2000) menjelaskan bahawa sekolah merupakan sebuah
institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan
sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan
mental. Persekitaran pula membawa maksud keadaan sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti
latar belakang seseorang atau sesuatu (Kamus Dewan, 1989). Persekitaran sekolah secara fizikal
terdiri daripada bilik darjah, kantin, pusat sumber sekolah dan lain-lain lagi. Persekitaran sekolah
secara psikososial pula merangkumi keadaan atau suasana yang selesa dan selamat untuk murid.
Hubungan dan interaksi antara guru kepada murid dan murid dengan murid di sekolah dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. Oleh itu, sekolah dan
persekitaran merupakan aspek penting dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Hubungan Sekolah dengan Masyarakat
Hubungan antara sekolah dengan masyarakat dapat dilihat dengan peranan yang dilaksanakan oleh
sekolah itu sendiri. Sebagai sebauah institusi masyarakat, sekolah berperanan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan, menanamkan nilai yang penting, mengekalkan peraturan
masyarakat dan lain-lain lagi yang membawa kearah perkembangan dan kemajuan murid. (Atan
long, 1978). Menurut Mohd. Yusof Hashim (1986), beliau menjelaskan bahawa konsep
masyarakat merupakan sebuah kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan
teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama.
Menurut Willard Waller (1932), terdapat 4 sebab yang menyatakan bahawa sekolah merupakan
sebuah unit sosial. Antaranya ialah;
1. Mempunyai anggota yang nyata
2. Mempunyai struktur sosial yang jelas
3. Suasana yang membantu dalam perhubungan yang harmoni
4. Mempunyai budaya yang tersendiri
50
Hubungan Sekolah Dengan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengetahui perkembangan semasa dalam sesebuah
sekolah. Penglibatan ibu bapa terhadap sekolah sangat penting dalam pencapaian dan kemajuan
sekolah tersebut. Oleh itu, pihak sekolah telah membentukkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
(PIBG) supaya ibu bapa dapat memberi komitmen dan mengetahui keadaan semasa persekitaran
sekolah itu. Ibu bapa juga diberi peluang untuk memberi pendapat dan cadangan untuk mengatasi
apa-apa masalah yang dihadapi oleh sekolah. Ketidakfahaman antara ibu bapa dengan pihak
sekolah boleh menjatuhkan prestasi sekolah. Dengan adanya persatuan ini, hubungan silaturahim
antara pihak sekolah dengan ibu bapa dapat dieratkan.
Hubungan Sekolah Dengan Guru
Di sekolah guru mengambil alih peranan sebagai ibu bapa. Guru bukan sahaja bertugas untuk
menyampaikan ilmu, malah segala kebajikan murid harus diberi perhatian oleh mereka. Sepanjang
murid berada di sekolah, guru diberi amanah untuk menjaga dan memberi layanan yang baik
kepada kesemua muridnya. Jika ada murid yang sakit, merekalah yang ertungkus lumus membawa
murid tersebut ke klinik atau hospital.
Selain itu, guru juga dilihat sebagai kerani yang membantu pentadbiran di sekolah. Guru-guru
diberi tanggungjawab untuk menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan menyemak semula
selepas dijawab oleh semua murid. Kadang kala, guru juga ditugaskan untuk menyediakan surat-
surat rasmi atau jemputan untuk diberi kepada ibu bapa murid untuk memaklumkan acara atau
aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Akhir sekali, guru juga dilihat sebagai seorang kaunselor dimana guru berusaha untuk
membimbing setiap murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Guru juga membantu murid
dalam membuat pilihan yang baik dalam kehidupan mereka. Hubungan antara murid dan guru juga
menjadi rapat dan murid akan memberi perhatian dalam pelajaran. Dengan ini, murid-murid dapat
belajar dengan tenang dan prestasi akademik pun dapat ditingkatkan.
51
Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran yang positif amat memberi kesan baik kepada murid,
guru dan ibubapa. Peranan ibu bapa dan guru-guru sangat penting dalam mencapai prestasi sekolah
yang optimum. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dalam memajukan sesebuah sekolah.
52
BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Noradanisha (2012), beliau menjelaskan bahawa pengurusan sebagai satu seni bagi
melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta
mempunyai garis panduan tertentu. Manakala Lee Shok Mee (1997), menjelaskan pembelajaran
membawa maksud perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta
pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku hasil daripada
pengalaman. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. (Atan Long,
1978). Oleh itu, guru-guru haruslah bertanggungjawab dalam mencari kaedah-kaedah
pembelajaran yang sesuai supaya difahami oleh semua murid dan dapat mencapai objektif
pelajaran.
Prinsip Pembelajaran Abad Ke-21: 4 C
1. Collaborative (Kolaboratif)
2. Communication (Komunikasi)
3. Critical Thinking (Pemikiran Kritis)
4. Creativity (Kreativiti)
Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL): 6 C
1. Collaborative (Kolaboratif)
2. Communication (Komunikasi)
3. Critical Thinking (Pemikiran Kritis)
4. Creativity (Kreativiti)
5. Citizenship (Kewarganegaraan dan Komuniti)
6. Character (Karektor Pendidikan)
53
Persekitaran Kondusif
Eleman yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan alam pembelajaran ialah mewujudkan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Suasana yang kondusif dan pengurusan
bilik darjah merupakan perkara yang perlu diber perhatian kerana ia mampu merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran murid. Kemudahan-kemudahan seperti kerusi, meja, kipas dan
lampu haruslah lengkap dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Pencahayaan
dan pengudaraan yang baik serta bilangan kerusi-meja yang mencukupi dan bersesuaian agar
murid dapat belajar dengan keadaan yang selesa. Penyusunan kerusi dan meja secara berkumpulan
perlu dibuat dengan teratur dan mengikut penyusunan atur cara meja-kerusi gaya abad ke-12.
Selain itu, guru juga haruslah pandai mengawal emosi dalam mengawal kerenah dan sikap murid-
muridnya. Sikap guru yang tegas dan mesra murid amat digalakkan. Dengan ini, murid dapat
memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam bilik darjah. Malah guru juga dapat menjalankan proses
pengajaran dengan lancar.
Keadah Pengajaran
Keadah-kaedah pengajaran guru yang kreatif dan efektif harus diigalakkan dalam setiap
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini.
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran abad ke-21 yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah, kaedah set induksi, dimana guru akan melontarkan soalan-soalan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Selain itu, guru
juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan aktiviti yang
melibatkan murid dalam aktiviti-aktiviti berbentuk koperatif, stimulasi/lakonan, kerja lapangan,
main peranan, pembentangan dan lain-lain lagi. Melalui pengaplikasian keadah-kaedah pengajaran
abab ke 21, murid dapat meningkatkan kefahaman dengan semua mata pelajaran ayng dipelajari.
Perasaan ingin tahu dalam kalangan murid-murid sudah pasti akan menarik minat mereka untuk
belajar. Murid-murid juga tidak mudah berasa bosan dan lebih bersemangat untuk belajar sekali
gus meningkatkan pencapaian akademik.
54
Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran penting demi membawa perubahan positif pada
diri murid-murid. Oleh itu, guru-guru hendaklah mempertingkatkan profesionalisme pengajaran
mereka mengikut perkembangan pendidikan terkini. Dengan ini, guru-guru boleh menghasilkan
generasi muda yang cemerlang dan terbilang.
55
RUJUKAN
Adawiah Ran. (2018). KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN. Diperolehi daripada
https://www.academia.edu/37780194/FOLIO_KPS3014_PENGURUSAN_PEMBELAJA
RAN
Ahmad Az-Zuhud. (2018). Pengurusan Sumber. Diperolehi daripada
https://grengo46.blogspot.com/2018/12/bab-6-pengurusan-sumber.html
Ahmad Zainuddin. (2013). Menggelola seting kelas. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/ahmadzainuddin583/03mengelola-setting-kelas
Aiman Ahmad. (2018). Pengurusan Murid pelbagai Upaya. Diperolehi daripada
http://aimanahmad47.blogspot.com/2018/12/bab-12-pengurusan-murid-pelbagai-
upaya.html
Asyikin. (2018). Bab 1 Sosiologi Dan Pembelajaran. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-1-sosiologi-dan-pembelajaran
Asyikin. (2018). Pengurusan Pelbagai Budaya. Dipeolehi daripada
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/pengurusan-pelbagai-budaya
Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Percetakan Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Atan Long. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Azni. (2016). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada
http://cikguazni87.blogspot.com/2016/03/maksud-interaksi-interaksiialah-proses.html
56
Azurah Razak. (2013). Pengurusan Penasihatan Murid. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/AzurahRazak/pengurusan-penasihatan-murid-18242709
Cell Analogy. (2018). Pengurusan Penasihatan Murid. Diperolehi daripada
http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/pengurusan-penasihatan-
murid.html
Hassan, M. (2013). Pelaksanaan Program Inklusif bagi pelajar Pendidikan Khas bermasalah
pembelajaran di program integrasi. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Diperolehi daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/44622/1/MurnieHassanMFP2013.pdf
Izyan Nadia. (2015). Pengurusan Bilik Darjah. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/izyannadia/pengurusan-bilik-darjah-54607411
KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. (2019). Diperolehi daripada
https://myguru.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_201903
06093837_Topik%202%20Interaksi%20dan%20Pembelajaran.pdf
Lee Shok Mee. (1998). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Kumpulan budiman Sdn Bhd.
Mohd. Farid. (n.d.). Gaya Kepimpinan. Pengurusan Persatuan dan Kelab (UQP1021).
Diperolehi daripada
https://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/gaya_kepimpinan.pdf
Nor Azah. (2011). Definisi disiplin. Diperolehi daripada
http://unitdisiplinhsbm.blogspot.com/2011/07/definisi-disiplin.html
Nur Hayati Ibrahim. (2013). My presentation. Sejarah Perkembangan Sosiologi, Teori Sosiologi
& Sosiologi Pendidikan. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/NurhayatiIbrahim/my-presentation-17134151
57
Paklong Cikgu. (2012). Apa itu Sosiologi? Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/cikgupaklong/apa-itu-sosiologi
Pengurusan Pembelajaran. (2018). Diperolehi daripada
http://kps3014pengpem.blogspot.com/2018/12/bab-7-strategi-mengurus-bilik-darjah.html
Pengurusan Sumber. (2018). Diperolehi daripada
http://pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-7-pengurusan-
sumber.html
Perempuan Titanium. (2019). BAB 12: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN. Diperolehi daripada
http://elhaurawareesha.blogspot.com/2019/05/bab-12-sekolah-dan-persekitaran.html
Prema Selvi. (2014). Kepimpinan. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/premaselvi_veeraiah/kepimpinan-33739944
Puteri Farahin. (2013). Interaksi dalam Pengurusan Pembelajaran. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/puterifasya/interaksi-dlm-pngurusan-pembljrn
Rani Muthalib. (n.d.). Kepimpinan. Diperolehi daripada
https://www.academia.edu/4673499/KEPIMPINAN
Ridzuan Kamis. (2017). Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan. Diperolehi daripada
https://www.pendidik.com.my/2017/06/09/pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/
Sosiologi dan Pembelajaran. (2019). Diperolehi daripada
https://mygcdn1.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_20190
306093747_Topik%201%20Sosiologi%20dan%20Pembelajaran.pdf
Umagul. (2015). Pengurusan Tingkah Laku. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/umagul/pengurusan-tingkah-laku-52740259
58
Yahaya, A. B., & Ahmad, R. B. (2016). Faktor-Faktor Penyebab Masalah Disiplin Di Sekolah.
Diperolehi daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/10404/1/FAKTORFAKTOR_PENYEBAB_MASALAH_
DISIPLIN_DI_SEKOLAH.pdf
Zuzan Michael Japang. (2012). Interaksi dalam Pendidikan. Diperolehi daripada
https://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/interaksi-dalam-pendidikan
59