The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 330-12-farhanah, 2022-09-15 08:14:00

MPU3062 FOLIO PPIM

MPU3062 FOLIO PPIM

LEMBARAN KERJA SIMPULAN DAN IKATAN

1. Nyatakan fungsi bagi jenis simpulan di atas
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan fungsi bagi jenis ikatan di atas.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

147

ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT
I. PENGENALAN

• Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit
beruniform seperti Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap dan
lain-lain yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara
serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander).

• Berkawad ialah berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris
atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh
ketua.

• Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan
berpasukan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan
ketataterbitan dalam pasukan.

• Kawad bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin
tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.

• Dua bentuk latihan diutamakan iaitu:
a. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad
b. Latihan pergerakan

II. OBJEKTIF KAWAD
• Membentuk peribadi individu
• Menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah
• Menanam perasaan yakin
• Membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan
bertatatertib
• Menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama
• menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin
dan berhemah tinggi

148

III. BAHASA HUKUMAN
- Terdapat tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad iaitu:

Ingatan •Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan
Harkat/Amaran tentang apa yang akan mereka buat.
Perbuatan •Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau
pergerakan yang akan dilakukan oleh skuad.
•Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad
(dilafazkan dengan suara yang amat nyaring oleh
komander/pemimpin kawad.

- Contoh bahasa hukuman adalah seperti berikut:

BAHASA HUKUMAN KAWAD TINDAKAN

Bergerak ke kanan bertiga-tiga Ingatan

Ke kanan….. Harkat/Amaran

Pusing Perbuatan

- Latihan asas dalam membina bahasa hukuman iaitu:
a. Masuk baris
b. Sedia
c. Luruskan barisan
d. Paras
e. Senang diri
f. Rehatkan diri
g. Keluar baris
h. Pusing ke kanan
i. Pusing ke kiri
j. Pusing/menghadap ke belakang
k. Pusing/menghadap ke hadapan
l. Kawad jalan kaki
m. Berhenti semasa berkawad/jalan kaki
n. Bersurai

149

IV. KAWAD STATIK DAN DINAMIK

HUKUMAN ARAHAN

Masuk Baris

Diberikan apabila latihan

kawad hormat hendak

dimulakan atau selepas

skuad berada dalam

kedudukan KELUAR

BARIS (berehat)

Paraskan Skuad
Diberikan selepas skuad
berada dalam kedudukan
SEDIA

Luruskan Barisan
Diberikan selepas skuad
berada dalam kedudukan
SEDIA

KE KANAN…..LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil
mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri
rakan sebelah. Kemudian, skuad menghentakkan
kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik
sahaja barisan telah diluruskan)

150

Senang Diri
a. Diberikan selepas SENANG…..DIRI!
skuad berada
dalam kedudukan
SEDIA
b. Diberikan selepas BARIS!
skuad berada (Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri)
dalam kedudukan
REHATKAN DIRI

Rehatkan Diri REHATKAN ….. DIRI!

Diberikan selepas skuad

berada dalam kedudukan

SENANG DIRI

Sedia

a. Diberikan selepas BARIS!

skuad berada BARIS…..SEDIA!

dalam kedudukan

REHATKAN DIRI

b. Diberikan jika BARIS…..SEDIA!

skuad berada

dalam kedudukan

SENANG DIRI

151

Buka Barisan BUKA BARISAN…..GERAK!

Diberikan selepas skuad (Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua

berada dalam kedudukan langkah ke hadapan manakala barisan belakang

SEDIA akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang)

Tutup Barisan TUTUP BARISAN…..GERAK!

Diberikan selepas skuad (Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua

berada dalam kedudukan langkah ke belakang manakala barisan belakang

SEDIA akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan)

Pusing ke Kanan
Diberikan selepas skuad
berada dalam kedudukan
SEDIA

Pusing ke Kiri
Diberikan selepas skuad
berada dalam kedudukan
SEDIA

152

Pusing / Menghadap ke
Belakang
Diberikan selepas skuad
berada dalam kedudukan
SEDIA

Kawad Jalan Kaki
Diberikan selepas skuad
berada dalam kedudukan
SEDIA

Berhenti Semasa BARIS, BERHEN…..TI!

Berkawad atau Berjalan (Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan

Kaki cara suku kata TI disebut sebaik sahaja kaki kiri

Diberikan selepas skuad skuad mencecah ke tanah)

berada dalam kedudukan

KAWAD JALAN KAKI

atau HENTAK KAKI

Keluar Baris KELUAR…..BARIS!

Diberikan selepas skuad

berada dalam kedudukan

SEDIA

Skuad Bersurai BERSU…..RAI!

Diberikan selepas skuad (Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan

berada dalam kedudukan ketika KELUAR BARIS)

SEDIA

153

V. KAWAD FORMASI
a. PENGENALAN
• Kawad formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga
pergerakan bukan kawad asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur
gerak yang menarik.
• Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak
kawad yang unik.

b. UNSUR GERAK

Keindahan
Gerak

Gerakan Unsur Kekayaan
Penutup Gerak Gerak Formasi
Kawad
Formasi

Unsur Unsur
Suara Penghayatan

c. SYARAT-SYARAT KAWAD FORMASI
• Tidak boleh memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti entak kaki,
up atau ‘pssstt’ sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun
bagi mengendalikan platun.
• Isyarat memulakan formasi dibenarkan daripada ketua platun sahaja.
• Unsur suara
-Unsur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN bertujuan
untuk memberi hukuman/arahan kawad formasi
-Contoh unsur suara yang dibenarkan ialah seperti teriakan slogan
secara serentak atau berkumpulan
• Ketua skuad boleh masuk dalam persembahanformasi.
• Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke hadapan dan
pergerakan dimulakan dan ditamatkan dengan tiga barisan rakan
kekanan lurus.

154

• Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikuti
prosedur tabik yang sah dalam disiplin kawad kaki.

• Contoh seperti tabik sambil melompat atau dengan sebelah kaki atau
seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

155

LEMBARAN KERJA ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT

1. Lengkapkan jadual di bawah. TINDAKAN
BAHASA HUKUMAN KAWAD

Bergerak ke kanan bertiga-tiga
Ke kanan……
Pusing

2. Nyatakan arahan kawad bagi luruskan barisan.
___________________________________________________________________

3. Mengapakah perlu adanya arahan buka barisan dan tutup barisan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

156

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

I. PENGENALAN

• Pertolongan cemas ditaktifkan sebagai bantuan permulaan, bantu
mula atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit
secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau
sebelum mangsa dihantar ke hospital.

II. TUJUAN DAN PRINSIP
a. TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

• Selamatkan nyawa
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam
situasi yang mengancam nyawa seperti pendaharaan yang
banyak, terhenti pernafasan dan jantung, kulit terbakar atau
melecur dan yang seumpama dengannya.

• Mengelakkan daripada bertambah buruk
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas
untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi
bertambah buruk.

• Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.

• Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di
tempat kejadian.

b. PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran daran (carotid/brachial)

157

III. ANDUH DAN BALUTAN
a. PENGENALAN
• Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang
digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera.
• Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam
aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk
pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Ukuran kain anduh
yang biasa digunakan ialah 137cm panjang X 91cm lebar.

b. KEGUNAAN ANDUH
i. Mengampu bahagian yang cedera atau patah
ii. Menghentikan atau menahan pendaharaan
iii. Menetapkan bahagian yang cedera
iv. Dapat digunakan sebagai pengipas
v. Menutup tempat yang luka atau cedera
vi. Sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais)

158

c. JENIS-JENIS ANDUH Fungsi
Jenis • Mengampu bahagian anggota

Anduh Besar atas yang luka atau cedera
(Large Arm Sling) • Mengurangkan pergerakan

serta sakit anggota atas

Anduh tiga segi • Menahan pendarahan anggota
(Triangular Sling)
atas
Anduh Kecil
(Small Sling) • Mengampu kecederaan

Anduh Leher dan Lengan bahagian bahu dan tulang
(Collar and Cuff Sling)
skapula.

• Mengampu anggota atas yang

cedera

• Mengampu kecederaan di
bahagian bahu

• Mengampu tulang klavikal
yang cedera

• Mengampu anggota atas yang
cedera

• Mengampu pergerakan

anggota atas yang mengalami

patah tulang klavikal

159

d. PEMBEBATAN (DRESSING)
• Fungsi/Kegunaan:
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan
diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang
cedera.

• Tujuan:
a. mengurangkan kesakitan
b. menggalakkan penyembuhan luka
c. memperbaiki kosmetik kulit
d. mengawal penyebaran mikroorganisma
e. mengawal kontanimasi luka
f. memberi tekanan pada tempat tercedera
g. mengawal pendarahan
h. mengawal kecederaan lanjut

• Jenis-jenis Pembebatan
a. Pembebatan Medan
-bagi kegunaan pasukan keselamatan
b. Pembebatan Luka
-mengikut ukuran-ukuran luka
c. Pembebatan Hospital
-jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm

160

e. PEMBALUT ATAU BULATAN
• Fungsi/Kegunaan
a. Melindungi luka daripada dijangkiti kuman
b. Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau
lambat sembuh
c. Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan
d. Mengurangkan kesakitan
e. Mencegah dan menghisap kotoran seperti darah, nanah dan
serum
• Jenis Pembalut
a. Pembalut Kain Tiga Segi
-untuk menganduh, membalut, mengampu, mengipas dan
pengikat gelung cinta
b. Pembalut Bergulung
-untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiral
dan balutan padi

f. PERATURAN AM MEMBEBAT ATAU MEMBALUT LUKA
a. Bersihkan tangan terlebih dahulu.
b. Digalakkan memakai sarung tangan.
c. Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat
dan membalut luka. Saiz perlulah lebih besar daripada kawasan
luka.
d. Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan
pembebatan dan pembalutan.
e. Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

161

IV. MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
a. MERAWAT LUKA
• Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang
mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah sama
ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh benda atau
alat yang tajam atau tumpul.
• Tiga jenis pendarahan:
i. Pendarahan Luaran (External)
-Luka terhiris (disebabkan benda yang tajam seperti pisau)
-Luka terkoyak (disebabkan cakaran binatang atau dawai)
-Luka berdarah (kena pukulan tepat benda yang tumpul)
-Luka tempus (luka yang disebabkan oleh tikaman pisau,
jarum dan tembakan)
ii. Pendarahan Dalaman (Internal)
-Perut (muntah berdarah)
-Rahim (tumpah darah)
-Tali usus (darah pada dubur)
-Buah Pinggang (kencing berdarah)
-Paru-paru/saluran pernafasan (batuk berdarah)
-Tengkorak (darah mengalir melalui telinga atau hidung)
iii. Pendarahan Dalaman Tanpa Kesan
-Limpa dan hati pecah
-Pendarahan dalam otak
• Luka terbahagi kepada dua kategori:
i. Luka Terbuka
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang
mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang
banyak, renjatan dan jangkitan kuman.
ii. Luka Tertutup
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau
tumpahan darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan
bahagian yang cedera menjadi lebam.

162

• Cara Merawat Luka Terbuka
i. Luka-luka Kecil
-Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
-Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman
-Langkah-langkah rawatan:
1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
5. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
6. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
7. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
ii. Luka-luka Kecil Yang Ada Benda Asing
-Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan
dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam,
jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
-Cara terbaik untuk rawatan
1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan
tisu atau tuala yang sudah disteril,
5. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua
bahagian atau persekitaran objek
6. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
7. Buat balutan sekeliling objek sehingga boleh membalut
tanpa menekan objek.
8. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

163

b. MERAWAT GIGITAN

• Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan
memindahkan kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat
pada mulut binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan
dengan segera.

• Tanda-tanda Gigitan
i. Luka yang dalam di daging
ii. Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit

• Kaedah Rawatan
i. Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
ii. Cuci dengan lautan cecair antiseptik/sapukan krim anseptik.
iii. Balut dengan pembalut steril.
iv. Dapatkan bantuan perubatan di klinik atau hospital berdekatan.

• Jika Digigit Anjing
i. Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
ii. Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan
larutan antiseptik.
iii. Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
iv. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
v. Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika
gigitannya adalah daripada anjing luar.

V. MELECUR, PITAM DAN PATAH
a. MELECUR
• Kecederaan disebabkan oleh haba lembap seperti air mendidih,
wap atau minyak panas dan kebiasaannya akan meninggalkan
parut atau kesan pada anggota badan yang melecur.
• Ketenatan mangsa bergantung pada:
i. Luas permukaan yang tercedera
ii. Tempat yang melecur
iii. Tahap melecur
iv. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

164

• Tahap Kecederaan
i. Tahap Pertama (Seperficial Burn)
-Kecederaan melecur pada bahagian kulit luar sahaja dan
melibatkan bahagian epidermis.
-Kulit kelihatan kemerah-merahan.
ii. Tahap Kedua (Intermidiate Burn)
-Melecur lapisan kulit pertama dan kedua (epidemis dan
dermis).
-Kulit kelihatan kemerah-merahan, gelap, leph dan
mengelembung.
iii. Tahap Ketiga (Deep Burn)
-Semua lapisan kulit telah rosak.
-Kulit kelihatan terbakar hitam atau putih kering

• Tindakan yang perlu diambil
i. Tindakan ‘3B’
-Burning Stop (Padamkan)
-Breathing Maintain (Periksa Pernafasan)
-Body Examine (Periksa tahap melecur)
ii. Tindakan ‘3C’
-Cool (Sejukkan)
-Cover (Tutup bahagian yang melecur)
-Carry (Bawa ke tempat selamat)
iii. Pengendalian Am
1. Hentikan kebakaran (air)
2. Alihkan punca daripada mangsa atau mangsa daripada
punca (mengikut keadaan)
3. Tentukan mangsa masih bernafas
4. Alirkan air bagi melecur tahap pertama dan tahap kedua
selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
5. Tentukan tahap melecur mangsa.
6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak
merebak supaya tidak berlaku renjatan elektrik.
7. Selimutkan mangsa dengan kain yang telah dubasahkan
8. Beri rawatan renjatan dan jika perlu hantar ke hospital
dengan segera.

165

b. PITAM

• Pitam atau pengsan merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang
singkat. Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang
tidak berfungsi dengan betul.

• Sebab-sebab berlakunya pitam ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak
ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan
terganggu
iii. Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga
menyebabkan pengsan.

• Cara Merawat
i. Baringkan pesakit dan rendahkan kedudukan kepala.
ii. Longgarkan pakaian yang ketat.
iii. Lap muka pesakit dengan tuala basah atau biarkan dia
menyedut larutan harum ammonia.
iv. Apabila pesakit telah sedar, minta pesakit bangun dengan
sendiri.
v. Apabila pesakit telah boleh bangun sendiri, berikan air
sama ada air kopi atau teh panas.

c. PATAH
• Tanda-tanda patah tulang
i. Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
ii. Bengkak dan lebam.
iii. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
iv. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan
dan ini amat ketara jika patah berlaku di tulang peha atau
pelvis.
• Cara Merawat
i. Baringkan pesakit untuk mencegah pergerakan bahagian
anggota yang patah.
ii. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut dan ikat
untuk mencegah pergerakan.
iii. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

166

VI. KERACUNAN DAN TERSELIUH
a. KERACUNAN
• Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau
berlebihanterhadap toksik (bahan-bahan beracun) sama ada
berbentuk cecair atau gas yang oleh menyebabkan penderitaan
sementara atau berkekalan.
• Tanda-tanda keracunan
i. Mangsa berasa loya dan mungkin akan muntah.
ii. Mangsa mengalami sakit abdomen.
iii. Cirit-birit
iv. Mungkin akan pengsan
• Cara Merawat
i. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka
dan dapatkan bantuan perubatan. Tanyakan mangsa
tentang apa yang telah dia makan.
ii. Jangan memaksa mangsa untuk muntah (kecuali jika
mangsa termuntah sendiri).
iii. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan
pernafasan iaitu CPR.
iv. Hantar mangsa ke hospital dengan segera.
• Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan ialah:
i. Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
ii. Rawatan kecemasan:
-Keluarkan dari tempat.kawasan yang disembur racun.
-Hirup udara segar di ruang terbuka
-Tanggalkan pakaian yang terkena racun
-Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan
air.
-Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat
mata bagi setiap mata.

167

b. TERSELIUH
• Terseliuh ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan
sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligament tetapi
tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
• Tanda-tanda ligament terseliuh ialah:
i. Sakit-sakit sendi
ii. Bengkak
iii. Bertambah sakit apabila bergerak
iv. Pergerakan yang terhad
• Cara Merawat
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan
kedudukan yang selesa)
I – Ice (Letakkan ketulan ais dan tuamkan pada bahagian
yang cedera)
C – Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan
tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal
kapas dan balut)
E – Elevate (Lipat atau tinggikan bahagian yang cedera)

VII. PEMULIHAN PERNAFASAN

a. PENGENALAN
• Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa
kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak
bernafas.
• Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke
mulut dan juga tekanan dada
• Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang
dihembus ke seluruh anggota badan.
• Dua sebab CPR dilakukan iaitu:
i. Terhenti pernafasan
ii. Tiada denyutan nadi.

168

b. PEMERIKSAAN DRABC
D : Danger (bahaya)
- Elakkan bahaya kepada mangsa dari persekitaran.
- Pastikan mangsa bebas daripada bahaya dan alih mangsa ke tempat
yang selamat sekiranya boleh.

R : Response (maklum balas)
- Periksa mangsa sama ada bertindak balas kepada deria cahaya,

suara, bunyi, sentuh, bau, panggil nama, tanyakan keadaan dan lihat
sebarang respons.
- Arahkan seseorang untuk menghubungi ambulans jika mangsa tidak
memberi sebarang respons.

A : Airway (saluran pernafasan)
- Pastikan pernafasan mangsa tidak tersekat-sekat.
- Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada bendasing yang

menghalang salur pernafasan.

B : Breathing (pernafasan)
- Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu

lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
- Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan

keadaan muka menghadap ke dada bangsa. Keadaan tersebut
membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan
nafas dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk melihat
pergerakan turun-naik dada.

C : Circulation (peredaran darah)
- Langkah ketiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
- Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti

atau nadi mangsa telah tidak berdenyut.
- Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu

meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga
mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan
dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa.
- Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.

169

c. KEDUDUKAN PEMULIHAN
170

LEMBARAN KERJA ASAS PERTOLONGAN CEMAS
1. Nyatakan fungsi-fungsi kain anduh.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Nyatakan tiga tahap kecederaan melecur.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
3. Pemeriksaan DRABC merupakan salah satu kaedah bantuan pemulihan pernafasan.
Huraikan kaedah tersebut berdasarkan huruf-huruf di bawah.
D: ________________________________
R: ________________________________
A: ________________________________
B: ________________________________
C: ________________________________

171

RUJUKAN
Ab. Alim Abdul Rahim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering. Penerbitan

Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Aizar Md. Jaman. (1998). Sejarah dan perkembangan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

PPIM.
Azizan Baharuddin et al. (1998). Pengenalan dan falsafah kurikulum Pergerakan Puteri Islam

Malaysia. PPIM.
Harun Din. (1984). Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsina Shamsuddin, Rabaishah Azirun, Siti Hajar Idrus & Zainab Bee Hamid. (2017).

Modul pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pergerakan Puteri Islam Malaysia).
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

172


Click to View FlipBook Version