97
II. CONTOH PERANCANGAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
98
99
III. PERANCANGAN TAHUNAN PERINGKAT IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
100
LEMBARAN KERJA TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
1. Berapakah bidang-bidang yang terkandung dalam pengisian kurikulum PPIM?
_________________________________________________________________
2. Nyatakan bidang-bidang pengisan kurikulum PPIM.
___________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan membuat perancangan aktiviti tahunan
sebelum waktu persekolahan bermula?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
101
KRAF PERKHEMAHAN
I. PENGENALAN
a. KONSEP KHEMAH
• Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat
dan mempunyai kemudahan asas yang minima.
• Tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan sama ada yang diperbuat daripada kanvas,
nilon, dedaun, buluh atau kayu dan batu yang mampu
berfungsi sebagai pelindung daripada hujan, panas, angin dan
kesejukan.
• Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan sama
ada di halaman atau belakang rumah, di dalam hutan, di
pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya.
• Aktiviti berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara
individu atau berkumpulan.
• Aktiviti berkhemah merupakan salah satu daripada cabang
ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal seseorang
dalam menggunakan sumber-sumber dan kemudahan yang
terhad. Berkhemah akan menguji kesanggupan setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan
ketidakselesaan.
b. KONSEP KRAF PERKHEMAHAN
• Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu
dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam
semula jadi dalam kegiatan luar atau dengan kata lain
perkhemahan.
• Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan
digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan
atau pengembaraan.
102
c. RASIONAL Melatih diri untuk menjadi lebih
d. OBJEKTIF mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula
Objektif
jadi dan habitatnya.
Memupuk perasaan cinta terhadap
alam semula jadi dan mensyukuri
ciptaan-Nya.
Mengamalkan nilai-nilai murni dan
menghayati keindahan alam flora
dan fauna yang terdapat di muka
bumi ini.
Melatih ahli untuk berdikari dan bersedia
menghadapi keadaan serba kekurangan
Melatih kadet menyelesaikan segala
tugasan dengan penuh tanggungjawab
Memberi pendedahan tentang kehidupan di
luar yang lebih mencabar
Merapatkan hubungan silaturrahim antara
ahli
Menanam sikap bekerjasama dalam
kalangan ahli
Memberi peluang kepada semua ahli untuk
mempamerkan kemahiran dan bakat yang
terpendam
103
II. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
a. JENIS-JENIS KHEMAH Ciri-ciri
Bil Nama Khemah
1. Ridge Tent • Mempunyai tiang yang melintang
di sepanjang bumbung
• Diperbuat daripada material nilon
yang ringan supaya mudah dibawa
dan dilipat
2. Dome Tent • Berbentuk gelembung dan
3. Frame Tent menggunakan material yang
4. Bell Tent sesuai dan fleksibel.
• Ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah
dan sebagainya
• Khemah jenis besar yang biasa
digunakan untuk perkhemahan
keluarga
• Rangka khemah akan dipasang
dahulu dan kanvas dipasang
kemudian
• Mempunyai satu tiang tinggi di
puncak khemah.
• Jarang digunakan dan digantikan
dengan khemah jenis ‘Dome’
104
b. JENIS-JENIS SHELTER Ciri-ciri
Bil. Nama Shelter • Mudah dan cepat dibina
1. Phonco-Lean-To • Diikat pada dua batang pokok
• Shelter tertutup pada satu
2. Phonco Tent
bahagian sahaja. Pastikan
3. One Man Shelter shelter tidak menghala arah
angin.
• Mudah dibina
• Diikat antara dua batang
pokok
• Shelter tertutup pada dua
bahagian kiri dan kanan
• Mudah dibina dan terhalang
dari rintangan angin
• Saiz yang kecil menjadikan ia
lebih sejuk dan nyaman
105
c. PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH
• Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau hampir
dengan khemah
• Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
• Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
• Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau
binatang lain dari memasuki khemah
• Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya
• Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan kemas
• Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah.
• Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk
digunakan
d. PENJAGAAN KHEMAH
• Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau
pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan pelincir
untuk memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan tiang
atau pancang.
• Letakkan pelincir pada zip untuk memudahkan proses menutup
dan membuka khemah.
• Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk
mengelakkan daripada binatang atau serangga seperti semut
masuk ke dalam khemah.
• Sentiasa bersihkan khemah setiap kali setelah selesai
menggunakannya dan membuang semua sampah dan kotoran
yang ditinggalkan.
• Pastikan khemah betul-betul kering sebelum menyimpannya. Jika
khemah basah, elakkan daripada menekan atau menarik kerana
dikhuatiri khemah akan terkoyak.
• Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa
bateri di dalam khemah dalam usaha mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku seperti kebakaran.
106
e. PEMILIHAN KHEMAH
• Tahan lasak.
- Tidak mudah koyak.
• Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang.
• Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga.
• Kalis air
- Terlindung daripada air hujan.
• Ukuran
- Mengikut bilangan orang.
f. PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
• Tapak atau tanah rata.
• Berhampiran punca air.
• Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hampir
dengan punca air.
• Mudah mendapat bahan bakar.
• Keselamatan kawasan.
• Sesuai dengan bilangan peserta.
• Tapak perkhemahan sesuai, mudah untuk mendapatkan bantuan
jika perlu.
• Jauh daripada dahan mati.
• Terlindung daripada angin.
• Pandangan persekitaran menarik.
• Mendapat sumber cahaya matahari.
• Mempunyai hubungan dengan trek atau denai untuk bergerak bagi
tujuan kecemasan.
107
LEMBARAN KERJA PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
1. Apakah nama khemah di atas dan nyatakan ciri-ciri khemah tersebut?
Nama: ______________________________________________________________
Ciri-ciri:
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
2. Apakah nama shelter di atas dan nyatakan ciri-ciri khemah tersebut?
Nama: ______________________________________________________________
Ciri-ciri:
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
3. Nyatakan ciri-ciri pemilihan khemah yang baik.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
108
III. TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
a. PENGENALAN
Gajet didefinisikan sebagai perkakasan atau peralatan atau
perabot seperti pagar, kerusi, katil dan sebagainya yang
terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu
dengan menggunakan paku dan gam supaya kelihatan
kemas dan cantk serta sesuai dengan situasi tempat.
Gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada
buluh atau batang kayu yang diikat menggunakan tali
dengan simpulan dan ikatan yang tertentu. Simpulan dan
ikatan ini amat penting agar gajet yang dibina menjadi kukuh
dan selamat digunakan.
Gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft.
Gajet penting dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai
pelbagai fungsi antaranya adalah menggantikan perkakasan
dan perabot di rumah, memudahkan pengurusan tempat atau
kawasan perkhemahan dan menjadikan aktiviti perkhemahan
lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.
109
b. TUJUAN MEMBUAT GAJET
• Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajari
secara teori dan amali semasa perjumpaan persatuan.
• Membina semangat kekitaan, kerjasama, bertanggungjawab dan
semangat bergotong-royong dalam kalangan ahli dalam suasana
yang menyeronokkan.
• Membina kekuatan mental dan fizikal kerana memerlukan idea,
kreativiti, tenaga dan masa yang lama.
• Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang
aktiviti perkhemahan.
• Meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar
kelihatan kemas, bersih, selesa dan menarik.
• Menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing dengan
mendirikan pagar mengelilingi tapak khemah
• Dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan
memperagakan perkakasan, peralatan, bahan, maklumat, pakaian
dan sebagainya.
• Melindungi bahan-bahan makanan sama ada bahan kering atau
basah daripada tercemar.
• Memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan
perkhemahan tanpa sebarang masalah dan gangguan seperti
memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat dan
peralatan serta menjamin keselamatan semua ahli.
• Menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan
kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan.
c. FAEDAH MEMBUAT GAJET
• Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
• Menjimatkan kos
• Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
• Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
• Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
• Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin
110
d. KAEDAH MENDIRIKAN GAJET
• Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan
yang minimum
• Senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba
guru
• Menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang
dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi
• Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
• Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam
kawasan perkhemahan
• Jenis dan bilangan yang sesuai dengan bilangan peserta keluasan
tapak.
e. BAHAN-BAHAN UNTUK MENDIRIKAN GAJET
Pisau/Parang Gergaji Tali
Buluh Kayu Zink
Batu bata Dedaun Ranting/dahan
pokok
111
IV. JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA Kegunaan
Bil. Nama Gajet • Digunakan untuk
1. Tiang bendera
memasang bendera
persatuan
2. Pagar • Digunakan untuk
3. Pintu gerbang pusat kawalan ahli
dan tempat
memasang bendera
persatuan
• Pembahagian
kawasan
perkhemahan
sesebuah persatuan
dengan persatuan lain
• Digunakan sebagai
mercu tanda tapak
perkhemahan
sesebuah persatuan
112
4. Papan kenyataan • Digunakan untuk
5. Ampaian mempamerkan
maklumat berkaitan
ahli persatuan,
pengumuman
pemimpin, pelan atau
gambar rajah
kawasan
perkhemahan
• Digunakan untuk
menggantung dan
menjemur pakaian di
tapak perkhemahan
6. Pangkin, tempat duduk dan meja • Digunakan untuk meja
makan dan meja
persidangan atau
perbincangan antara
ahli persatuan
7. Rak kasut • Digunakan untuk
113 meletakkan kasut-
kasut ahli kumpulan di
kawasan
perkhemahan
8. Rak dapur atau tempat memasak • Digunakan untuk
memasak air atau
makanan sepanjang
perkhemahan
9. Rak barangan dapur • Digunakan untuk
10. Rak menyimpan makanan meletakkan
perkakasan atau
peralatan memasak
dan makan setelah
digunakan
• Mempamerkan
peralatan memasak
supaya mudah untuk
dicari
• Digunakan untuk
menyimpan makanan
yang belum atau telah
dimasak daripada
tercemar
11. Tempat buangan sampah basah dan • Digunakan sebagai
kering tempat pembuangan
sampah sisa makanan
sama ada basah atau
kering sepanjang
tempoh perkhemahan
114
LEMBARAN KERJA GAJET
1. Nyatakan nama-nama gajet di bawah.
2. Senaraikan tujuan-tujuan mendirikan khemah.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
115
IKHTIAR HIDUP
I. PENGENALAN
• Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan
sebagai suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami
kesukatan dalam usaha untuk meneruskan kehidupan terutamanya
semasa mengikuti akiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan
gunung.
• Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang
dilakuakn untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam
proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup
merupakan suatu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh
seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman
semasa menjalani aktiviti luar seperti perkhemahan.
• Situasi ikhtiar hidup berlaku apabila:
-Kehabisan bekalan makanan dan minuman
-Ancaman binatang buas
-Sesat di dalam hutan
-Masalah perlindungan
• Kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga akan
menyebabkan situasi ikhtiar hidup.
II. PRINSIP IKHTIAR HIDUP Usaha
Keselamatan
Kawalan diri Kerjasama
116
III. MASAKAN SOLAR/RIMBA/KELOMPOK
a. MASAKAN SOLAR
• Merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan
peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari
sebagai sumber tenaga pembakar.
• Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
• Periuk diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya
matahari.
• Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- Aluminium foil
- Periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- Kertas kadbod yang tebal atau kotak yang besar
- Gam
- Pelekat kertas
- Plastic lut sinar
- Tali rapia
- Tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak
• Contoh gambar:
117
b. MASAKAN RIMBA
• Merupakan satu cara memasak makanan semasa di dalam
hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan
memasak.
• Memasak menggunakan kaedah ini adalah lebih sukar
berbanding kaedah masakan solar, namun masakan rimba
boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu
ikhtiar hidup semasa berkhemah.
• Bahan-bahan yang boleh digunakan dalam masakan rimba:
- Buluh
- Keranjang alunimium
- Tanah
- Buah kelapa
- Daun
- Dan sebagainya
• Proses masakan rimba menggunakan buluh:
1. Pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
2. Pastikan buluh yang dipilih tidak retak
3. Basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
4. Sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh
5. Jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air
adalah sama banyak dengan sukatan beras
• Contoh gambar:
118
IV. MEMBUAT PERANGKAP
- Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau
binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan
di dalam hutan.
- Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
Jenis Penerangan
Perangkap/Jerat Pelanduk • Mudah untuk dibuat
• Tali jerut atau alas pemijak
perlu ditutup dengan
menggunakan daun.
Perangkap/Jerat Ayam Hutan • Jenis ini kurang popular
kerana badan ayam hutan
mungkin akan tersekat oleh
kayu lengkung yang
digunakan.
119
Perangkap/Jerat Hempap dan Jerut • Dibuat untuk
mencederakan binatang.
• Mudah dibuat
• Perangkap ini akan
memastikan kaki haiwan
terjerut serta dihempap oleh
batang kayu.
Perangkap Kurungan • Membolehkan kita untuk
menangkap haiwan secara
hidup-hidup
• Jenis ini kurang popular dan
tidak praktis kerana
mengambil masa yang
agak lama untuk disiapkan
dan membazirkan tenaga.
• Tiang perangkap perlu
ditanam ke dalam tanah
bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak
terbalik akibat dirempuh
binatang liar.
120
LEMBARAN KERJA IKHTIAR HIDUP
1. Apakah prinsip-prinsip ikhtiar hidup.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
2. Masakan rimba merupakan satu cara memasak makanan semasa di dalam hutan
tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak. Nyatakan bahan-bahan
semulajadi yang boleh digunakan dalam masakan rimba.
i. ______________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________
iv. ______________________________________________________________
v. ______________________________________________________________
3. Namakan perangkap di bawah.
______________________________________________
121
KEBUDAYAAN
I. NYANYIAN / LAGU PERKHEMAHAN
• Tujuan
i. Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi
negara dan negeri mengikut protokol yang betul.
ii. Menanamkan semangat patriotik dan cintakan negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.
iii. Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni
kata lagu PPIM dengan baik.
• Pelaksanaan Aktiviti
a. Panduan Mengajar Nyanyian
i. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat
lagu yang pendek, mudah difahami, lagu yang berulang
perkataan dan melodinya yang menarik dan senang diingati.
ii. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu
yang dipilih sebelum mengajar kepada para kadet.
iii. Nyanyikan berulang kali untuk para kadet
mendengarkannya.
iv. Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana, tidak terlalu
tinggi atau terlalu rendah.
v. Para jutulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap
para kadet supaya mereka dapat memperhatikan cara
jurulatih bernyanyi.
vi. Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada
sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau
dialek daerah.
b. Lagu-lagu Rasmi Negara
i. Lagu-lagu rasmi negara merupakan lagu-lagu yang wajib
dihafal dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang
berbilang kaum.
ii. Para jurulatih harus memastikan para kadet mampu
menyanyikan lagu rasmi negara dan memberi penjelasan
tentang protokol lagu-lagu rasmi negara.
• Contoh Lagu-lagu Perkhemahan:
122
123
II. PERMAINAN •Bertujuan untuk membantu
•Api unggun dinyalakan di kumpulan untuk memulakan
tempat terbuka dan dinyalakan proses membentuk diri mereka
saat malam hari. ke dalam pasukan.
•Cara membakarnya dengan •Permulaan perbualan biasanya
menggunakan kayu-kayu dibentangkan sebagai
kering. permainan untuk
•Setelah dibakar, duduklah 'memanaskan' kumpulan
bersama-sama mengelilingi api dengan membantu ahli-ahli
unggun itu. mengenal satu sama lain.
Api Unggun Ice Breaking
•Permainan tradisional seperti • Permainan ini terdiri daripada tiga
'Batu Seremban' dan 'Congkak' orang.
diadakan. • Pemain mestilah berpusing supaya
•Semua peserta melibatkan diri punggung saling berhadapan dan
dengan pertandingan. memaut lengan untuk membentuk
bulatan tiga orang.
Permainan • Setelah berada dalam bulatan,
Tradisional mereka mesti berpusing perlahan
dalam satu bulatan.
• Sekiranya mereka tidak dapat
menjumpai sarang burung gagak,
mereka akan keluar.
Sarang Gagak
III. MALAM KEBUDAYAAN
Tarian Tarian Sketsa Cerita Nyanyian
Bollywood Tradisional Rakyat Kumpulan
•Pakaian •Pilihan muzik •Sketsa cerita •Pilihan melodi
bertemakan traisional yang rakyat yang lagu yang terkini
Bollywood sesuai dan berunsurkan •Aktiviti diadakan
•Penggunaan menarik teladan secara
alat muzik •Berpakaian •Boleh diselitkan berkumpulan.
digalakkan mengikut tema dengan unsur Semua ahli
•Tarian disertai tarian lawak terlibat
oleh semua ahli •Contoh tarian •Contoh: Si •Dengan bantuan
kumpulan tradisional: Tanggang, Batu alat muzik dan
Inang, Joget Belah Batu sebagainya
Melayu, Zapin, Bertangkup dll
Sumazau dll
124
LEMBARAN KERJA KEBUDAYAAN
1. Apakah aktiviti yang sesuai dilaksanakan semasa malam kebudayaan.
___________________________________________________________________
2. Mengapakah permainan ‘Ice Breaking’ selalu dimainkan semasa perkhemahan
berlangsung.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
125
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
I. TUJUAN
• Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
• Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama (team building dalam
kalangan kumpulan sasaran)
• Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dan sebagainya)
• Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
• Memberikan pengalaman baharu
• Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
• Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
• Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur
pengendalian aktiviti
II. PERATUAN DAN PERSEDIAAN
1. Kebenaran
i. Memohon kebenaran
ii. Memaklumkan mengenai aktiviti dan tujuan
iii. Kebenaran ibu bapa
iv. Kebenaran penjaga
2. Persediaan Alatan
- Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta
- Merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas
- Bukan ‘checkpoint’ kerana tiada penjaga
3. Penanda Kawalan
- Tujuan: membantu peserta tiba ke destinasi yang betul
- Menggunakan objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah
muda dan putih sebagai tanda
- Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang yang unik
(puncher) yang unik
4. Kad Kawalan
i. Setiap peserta perlu membawa kad kawalan bersama-sama
sebagai bukti atau pengesahan dalam setiap acara.
ii. Perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
iii. Isi kandungan kad kawalan: Nama, masa bermula
126
5. Peta Utama
- Peta yang telah ditandakan dengan landasan
- Disertakan dengan keterangan kawalan
- Landasan ini akan disediakan oleh perancangan landasan
6. Keterangan Kawalan
i. Siri titik kawalan
ii. Kod kawalan
iii. Keterangan mengenai kedudukan titik kawalan
7. Landasan
- Merupakan panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan
ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat
- Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh
peserta kemudiaanya
- Tanda yang berkenaan landasan adalah:
i. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi
ii. Titik kawalan dengan tanda bulatan
iii. Titik penamat dengan tanda dua bulatan bertindih
iv. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara dua titik kawalan
III. PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
SEBELUM AKTIVITI
1. Persiapan landasan
2. Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3. Semakan alatan dan logistik
4. Semakan peralatan kecemasan
SEMASA AKTIVITI
1. Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2. Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3. Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4. Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5. Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6. Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7. Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8. Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri
secara berkumpulan
127
SELEPAS AKTIVITI
1. Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya
mencukupi
2. Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3. Semua alatan hendaklah dikembalikan
4. Sesi renungan/refleksi
5. Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6. Semua barang disimpan di stor
7. Laporan aktiviti disediakan
IV. MEMBACA KOMPAS/GLOBAL/POSITIONING SATELITE (GPS)
a. ALAT-ALAT PENUNJUK ARAH
Alat Fungsi
Kompas Bidik • Mempermudah menghitung sudut
sasaran bidik (tempat atau benda)
secara langsung.
Kompas Silva • Mempermudah perhitungan dan
Kompas Biasa pembacaan pada peta secara
langsung
*Badan atau pembungkus Kompas silva
selalu dibuat transparan untuk
mempermudah pembacaan peta yang
diletakkan di bawahnya.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli-
ahli pengembara menentukan hala
tuju di dalam hutan
• Kompas hendaklah digunakan
dengan teliti bagi mendapatkan arah
yang tepat
128
Kompas Digital • Digunakan untuk
b. PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
• Memeriksa bearing Kompas (arah yang hendak dituju) bagi
memastikan arah yang betul dan tepat
• Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus
menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah misalnya
pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di
persekitaran.
c. LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCARI KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT
DI ATAS PETA
1. Kedudukan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya
misalnya A dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat
dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana
garisan gred yang berhampiran
4. Sambungan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara
mengikut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang
menyambungkan kedua-dua titik tersebut.
d. AKTIVITI PENGGUNAAN KOMPAS 2. Mengenal arah mata angin
1. Aktiviti orienteering atau
pandu arah 4. Mencari kiblat
3. Mencari arah mata angin 6. Menggunakan peta
5. Mencari harta karun
129
V. KOMUNIKASI RADIO AMATUR/UHF/VHF
a. PENGENALAN
- Suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri,
perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang
memegang lesen radio amatur.
- Dapat digunakan bagi menghubungkan seseorang yang berada sama ada di
dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur
yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
- Penggunaan radio amatur sangat praktikal terutamanya apabila kita berkonvoi
ke dalam hutan belantara.
b. FUNGSI RADIO AMATUR
Membolehkan anda
berhubung dari mana-mana
Menerima dan Fungsi Berguna kepada
menghantar agensi-agensi
semula audio penyelamat
seperti bomba,
ke tempat yang polis dan
lain pada jarak pengawal
yang jauh keselamatan untuk
operasi
menyelamat
Digunakan dalam keadaan
darurat seperti bencana alam
sebagai alat perhubungan
c. UHF (Ultra High requency)
- Digunakan secara meluas oleh agensi-agensi perkhidmatan awam untuk
komunikasi radio dua hala
d. VHF (Very High Frequency)
- Sering digunakan untuk sistem pengemudian terestial (khususnya VOR),
komunikasi pesawat.
130
VI. MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAANNYA
a. PENGENALAN
- Peta topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah
kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta
topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik
pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan
antara garisan lintang dan bujur.
- Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50000. Skala
begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih
lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan
perbezaan dengan peta rupa bumi.
- Peta yang menunjukkan maklumat topografi dan filtur-filtur yang ada di atas
permukaan bumi. Contoh bukit, sungai, jalan dan lain-lain
- Peta yang baik membolehkan untuk kita membayangkan apa yang ada di
tempat tersebut dari segi saiz, jarak, ketinggian dan lain-lain
131
b. KEGUNAAN PETA TOPO Maklumat tentang
kepelbagaian bentuk dan
Memberi maklumat tentang ketinggian muka bumi dan
kewujudan, kolasi dan jarak jenis tumbuhan yang ada
antara ditur yang ada di bumi
(membolehkan kita membuat
perancangan perjalanan dan
perhubungan)
Penting untuk pihak tentera
bagi mempertahankan negara
dengan menentukan cara
pertahanan, pengangkutan
dan ligistik yang perlu ada.
VII. MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
Tanda/Simbol Penerangan
Ikut Jalan Ini
-Boleh digaris pada tanah atau
menggunakan ranting kayu atau batu-
batu kecil yang disusun mengikut bentuk
anak panah.
Jangan Ikut Jalan Ini
-Boleh digunakan sebagai tanda
berbahaya dan dibuat dengan
menggunakan ranting kayu, daun, batu-
batu kecil atau diconteng dengan kapur.
Lima Langkah Dari Sini Ada Surat
Tertanam
-Boleh dilukis atau digariskan dengan
kapur ataupun dibentuk dengan
menggunakan batu-batu kecil, ranting
dan sebagainya.
132
Ada Air Ke Arah Ini
-Boleh dilukis atau dibentuk dengan
menggunakan ranting kayu, batu-batu
kecil, tali dan sebagainya.
Ikut Arah Ranting Kayu Yang Patah
-Dibuat dengan mematahkan ranting dan
anak kayu.
-Bahagian yang dipatahkan itu
direbahkan kea rah yang dimaksudkan.
Ikut Arah Hujung Rumput Ini
-Dibuat dengan menyimpul rumput atau
Lalang dengan hujungnya dihalakan kea
rah yang dimaksudkan.
Ikut Arah Batu Kecil Ini
-Menggunakan batu yang disusun
berderet, dimulakan dengan batu yang
lebih besar dan semakin kecil ke
hujungnya.
-Hujung batu kecil menunjukkan arah
yang dimaksudkan
Ada Perkhemahan Di Kawasan Ini
-Boleh dibuat dengan garisan pada
tanah, melukisnya dengan kapur pada
tembok dan lain-lain atau menyusun
daun-daun di atas tanah.
-Anak panah menunjukkan arah
kawasan yang dimaksudkan.
Jalan Terus
-Bermaksud arah yang diikuti mesti
diteruskan.
-Boleh dibuat dengan meletakkan sebutir
batu kecil di atas batu besar atau melukis
rajah yang serupa dengan kapur.
133
Ikut Kiri
-Memberi arahan supaya membelok atau
mengikut jalan ke sebelah kiri.
-Boleh dibuat dengan menggunakan
sebutir baru kecil di atas batu besar dan
menyusun beberapa butir kecil lagi
menghala ke kiri.
Ikut Kanan
-Arahan supaya mengikut jalan ke
sebelah kanan
-Dibuat menggunakan susunan batu-
batu besar dan kecil seperti isyarat ‘ikut
ke kiri’ tetapi disusun menghala ke
kanan.
Saya Sudah Pulang
-Pesanan yang menunjukkan pembuat
isyarat telah balik ke rumah, ke kem atau
ke sekolah.
-Boleh dibuat dengan menggunakan
batu-batu kecil, ranting kayu atau dilukis
Tunggu Di Sini
-Arahan supaya berhenti dan tunggu atau
berehat sementara di tempat yang
ditandakan.
-Boleh dibuat dengan ranting, batu atau
dilukis
-Batu besar diletakkan di bawah sekali
dan dua butir atau lebih batu yang
semakin kecil disusun berlapis di
atasnya.
134
VIII. LAPORAN PENGEMBARAAN
A. CONTOH LAPORAN PENGEMBARAAN
135
LEMBARAN KERJA JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
1. Apakah fungsi radio amatur?
___________________________________________________________________
2. Namakan tanda dan simbol di atas? Nama
Tanda/Simbol
136
KHIDMAT KESUKARELAWANAN
I. PENGENALAN
• Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang
dilakukan secara rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa
mengharapkan balasan yang mendatangkan manfaat kepada sesuatu
pihak yang lain. Kegiatan ini banyak melibatkan perkara yang
melibatkan kemasyarakatan.
• Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela
i. Kasih sayang
ii. Kerjasama
iii. Keperihatinan sosial
iv. Persaudaraan/persahabatan
v. Menjana modal insan dan modal sosial
vi. Patriotisme
vii. Penupayaan masyarakat
viii. Ketahanan nasional
ix. Perpaduan
x. Nilai-nilai kemanusiaan
• Bentuk-bentuk kerja sukarela
i. Berkongsi idea, fikiran dan ilmu
ii. Menyumbang kebolehan atau kemahiran
iii. Menyumbang tenaga fizikal
iv. Berkongsi pengalaman
• Sasaran
i. Individu
ii. Kumpulan (kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana,
remaja, warga tua, pelarian perang)
iii. Keluarga
iv. Komuniti
v. Pertubuhan (Organisasi)
vi. Alam sekitar
vii. Masyarakat umum
137
II. MINGGU KERJA
III. BANTUAN BENCANA
IV. MASYARAKAT PENYAYANG
V. HARI PERINGATAN
138
VI. ALAM SEKITAR
139
LEMBARAN KERJA KHIDMAT KESUKARELAWAN
1. Nyatakan tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan dan kesan khidmat kesukarelawan pada
masyarakat dan negara.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
140
SIMPULAN DAN IKATAN
I. TALI TEMALI
a. JENIS-JENIS TALI
i. Tali Fiber Asli
-Merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan
tumbuhan dan haiwan.
-Contohnya:
• Tali gentian manila
• Tali sabut
• Tali sas
• Tali kapas
ii. Tali Fiber Buatan Manusia
-Merupakan talin sintetik yang terdiri daripada bahan-bahan campuran
berunsurkan tumbuhan dan kimia.
-Contohnya:
• Tali nylon
• Tali hawser-laid
• Tali karamental
• Tali polister
• Tali wayara.
• Tali drilena
b. PENJAGAAN TALI
• Tali yang basah tidak boleh disimpan kerana akan menyebabkan tali
menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan semula.
• Tidak boleh menjemur tali di bawah panas matahari atau menggunakan
kuasa wap sebaliknya tali perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam
suhu bilik.
• Tali yang hendak disimpan boleh diberi label dan panjangnya serta
digantung di tempat yang sesuai.
• Tali-tali yang digunakan untuk mengangkat, menarik dan menyelamat
perlu diuji supaya selamat semasa menggunakannya.
141
II. JENIS-JENIS SIMPULAN ASAS
a. SIMPUL MANUK
- Fungsi:
i. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak
ii. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat
iii. Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan
silang gunting
- Teknik:
1. Mulakan simpul pada kayu
2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali
b. SIMPUL BUKU SILA
- Fungsi:
i. Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz
ii. Digunakan untuk mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas
- Teknik:
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain
2. Masukkan hujung A di bawah B
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawahnya
142
c. SIMPUL TINDIH KASIH
- Fungsi:
i. Digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut
ii. Digunakan untuk menyelamatkan oorang dengan memasukkan
gegelung tali keliling badan mangsa
- Teknik:
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan
2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut
d. SIMPUL BUNGA GETI
- Fungsi
i. Menyambung dua tali yang tidak sama saiz
ii. Mengikat tali ke suatu gegelung tali
- Teknik
1. Mulakan simpul
2. Kemudian, masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul
3. Seterusnya, tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul
143
e. SIMPUL BALAK
- Fungsi:
i. Digunakan untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan
mudah
ii. Agar kayu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
iii. Digunakan untuk memulakan ikatan serong
iv. Digunakan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang
balak
- Teknik:
1. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu
2. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
f. SIMPUL BELIT
- Fungsi:
i. Digunakan untuk mengikat hujung tali pada pancang, pokok, tiang dan
sebagainya
- Teknik:
1. Mulakan simpul seperti dalam rajah
2. Kemudian, lakukan dua lengkungan
3. Tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
144
III. JENIS-JENIS IKATAN
a. IKATAN SERAYA
- Fungsi:
i. Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut
tepat
- Teknik:
1. Dimulakan dengan simpul manuk
2. Kemudian, dililitkan dengan kemas dan ketat
3. Seterusnya, dililit di selah kayu.
4. Akhirnya, matikan ikatan dengan simpul manuk
b. IKATAN SERONG
- Fungsi:
i. Digunakan untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang
bersilang
ii. Digunakan untuk membina jambatan, Menara, gajet dan sebagainya
- Teknik:
1. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang
2. Kemudian, belitkan membujur dan melintang
3. Belitkan tali dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas
4. Matikan ikatan serong dengan menggunakan simpul manuk
145
c. IKATAN LILIT KACANG
- Fungsi:
Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet
- Teknik:
1. Mulakan dengan menggunakan simpul manuka tau lilit balas
2. Ikat selang seli pada tubuh lantai dari atas ke wabah hingga selesai
146