The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMEN PITAS2030 (UPDATED 7 OKTOBER 2021)-compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Officer Gov., 2022-03-09 03:43:51

DSAXCZZEWWE12415YRRGFDFQQWEQ

DOKUMEN PITAS2030 (UPDATED 7 OKTOBER 2021)-compressed

Pengarah merangkap Ketua Editor I :
Prof. Madya Dr. Mohd Zaki bin Hamzah

Ketua Editor II :
Muhamad Hafizullah bin Muda

Ketua Penulis I :
Zulhimi bin Abd Rahman

Ketua Penulis II :
Ahmad Azhar bin Che Ali

Editor :
Tasnim Ng bin Abdul Halim, Wan NurulHidayah binti Wan Ismail Sahaimi,
Che Wan Mohd Faizul bin Che Wan Yusof, Nadhirah binti Ahmad@Mustaffa

Penulis :
Juliana Sharida binti Abdullah, Ahmad Haziq bin Che Adlan,
Nadiah binti Azahar, Hazrin Izwan bin Che Haron,
Muhammad Firdaus bin Mohd Shihabuddin, Afifah binti Zanal

Rekabentuk Grafik :
Muhammad Syafiq Irfan bin Nor Mazlim

HAK CIPTA TERPELIHARA
© MAJLIS TINDAKAN PITAS
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian daripada
bahan cetakan ini atau memindahkannya ke dalam sebarang bentuk melalui sebarang
cara, sama ada secara elektronik atau mekanik, termasuk fotokopi, rakaman atau
sebarang bentuk penyimpanan maklumat dan sistem menyalin, sebelum mendapat
keizinan bertulis daripada Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS), 2021.

MAJLIS TINDAKAN PITAS
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
No Lot PT 2486 & PT 3942, Jalan Kemajuan 20300, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09 628 4818 / 09 628 4039
Faks : 09 628 4819
Web : https://pitas2030.terengganu.gov.my/

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA

(PITAS2030)

ISI KANDUNGAN

Perutusan Menteri Besar 08
Perutusan Setiausaha Kerajaan Terengganu 09

PENDAHULUAN 14
15
Pengenalan 16 - 19
Konsep 7P
Cabaran & Potensi Terengganu 22
23
PELAKSANAAN PITAS2030 24
25
Pelaksanaan PITAS2030
Visi & Misi 28 - 30
Logo PITAS2030 31 - 38
Huraian Logo 40 - 45
46 - 56
MODEL PITAS2030 58 - 59

Rumah PITAS2030 60
Tujuh (7) Prinsip PITAS2030
Lima (5) Pembolehdaya 64 - 73
Sepuluh (10) Teras Strategik
Tiga (3) Sasaran PITAS2030 76
Glosari
79
MERCU TANDA 80
81 - 82
Lima Puluh (50) Mercu Tanda PITAS2030 82 - 85
85 - 86
IMPAK PITAS2030 87 - 88

Impak PITAS2030

PELAN TINDAKAN

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 1
Objektif, Mercu Tanda, MT20
● Teras Strategik 1 - Objektif 1
● Teras Strategik 1 - Objektif 2
● Teras Strategik 1 - Objektif 3
● Teras Strategik 1 - Objektif 4

4 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 2 89
Objektif, Mercu Tanda, MT20 90
● Teras Strategik 2 - Objektif 1 91 - 92
● Teras Strategik 2 - Objektif 2 93 - 95
● Teras Strategik 2 - Objektif 3 96 - 97
● Teras Strategik 2 - Objektif 4 98

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 3 99
Objektif, Mercu Tanda, MT20 100
● Teras Strategik 3 - Objektif 1 101
● Teras Strategik 3 - Objektif 2 102 - 107

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 4 109
Objektif, Mercu Tanda 110
● Teras Strategik 4 - Objektif 1 111
● Teras Strategik 4 - Objektif 2 112 - 114
● Teras Strategik 4 - Objektif 3 115 - 119
● Teras Strategik 4 - Objektif 4 119 - 121
● Teras Strategik 4 - Objektif 5 122

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 5 123
Objektif, Mercu Tanda 124
● Teras Strategik 5 - Objektif 1 125 - 127
● Teras Strategik 5 - Objektif 2 127 - 128
● Teras Strategik 5 - Objektif 3 129
● Teras Strategik 5 - Objektif 4 130 - 131
● Teras Strategik 5 - Objektif 5 131
● Teras Strategik 5 - Objektif 6 132

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 6 133
Objektif, Mercu Tanda 134
● Teras Strategik 6 - Objektif 1 135 - 137
● Teras Strategik 6 - Objektif 2 137 - 138
● Teras Strategik 6 - Objektif 3 139
● Teras Strategik 6 - Objektif 4 140 - 143
● Teras Strategik 6 - Objektif 5 144 - 147
● Teras Strategik 6 - Objektif 6 147 - 149

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 5

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 7 151
Objektif, Mercu Tanda, MT20 152
● Teras Strategik 7 - Objektif 1 153 - 154
● Teras Strategik 7 - Objektif 2 155
● Teras Strategik 7 - Objektif 3 156
● Teras Strategik 7 - Objektif 4 157 - 159
● Teras Strategik 7 - Objektif 5 160 - 161
● Teras Strategik 7 - Objektif 6 161

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 8 163
Objektif, Mercu Tanda, MT20 164
● Teras Strategik 8 - Objektif 1 165 - 166
● Teras Strategik 8 - Objektif 2 167
● Teras Strategik 8 - Objektif 3 168 - 169
● Teras Strategik 8 - Objektif 4 169 - 171
● Teras Strategik 8 - Objektif 5 172

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 9 173
Objektif, Mercu Tanda, MT20 174
● Teras Strategik 9 - Objektif 1 175 - 176
● Teras Strategik 9 - Objektif 2 177
● Teras Strategik 9 - Objektif 3 178 - 179
● Teras Strategik 9 - Objektif 4 180 - 181
● Teras Strategik 9 - Objektif 5 182 - 183
● Teras Strategik 9 - Objektif 6 184

PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK 10 185
Objektif, Mercu Tanda, MT20 186
● Teras Strategik 10 - Objektif 1 187 - 188
● Teras Strategik 10 - Objektif 2 189 - 190
● Teras Strategik 10 - Objektif 3 191
● Teras Strategik 10 - Objektif 4 192 - 193
● Teras Strategik 10 - Objektif 5 193

PUISI 194 - 195
PENUTUP 197

6 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah piagam undang-undang bertulis yang
menjadi bukti pengamalan sistem perundangan Islam dan sebagai sumber
sejarah Islam dalam pensejarahan Melayu

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 7

8 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PERUTUSAN SUK

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 9

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu

10 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 11

Keindahan Masjid Ar-Rahman, Pulau Perhentian
yang boleh memuatkan jemaah sehingga 1000
orang dan menjadi sebuah pulau mesra Islam

12 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 13

Pengenalan

Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) merupakan
pelan induk yang menggabungkan pembangunan manusia dan
pembangunan ekonomi secara holistik dan komprehensif.
Secara makronya, hala tuju pembangunan manusia memberi
tumpuan kepada melahirkan rakyat yang beragama, bermasyarakat
dan berkebajikan. Manakala hala tuju pembangunan ekonomi
memberi tumpuan kepada meningkatkan peluang pekerjaan
dan menghasilkan pendapatan baharu kepada Kerajaan Negeri
Terengganu Darul Iman. Kedua-dua elemen dalam PITAS2030 ini
akan mewujudkan model pembangunan Islam yang akan menjadi
contoh kepada masyarakat Malaysia.

14 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Konsep 7P

Secara mikronya, konsep pembangunan PITAS2030 mengambil kira tujuh
(7) agenda penting yang dinamakan sebagai Konsep 7P Pembangunan
PITAS2030 iaitu:

1 Merupakan pelan perancangan pembangunan Terengganu yang
lebih holistik dan komprehensif dalam membawa dasar negeri
“Maju, Berkat, Sejahtera” dengan berteraskan prinsip-prinsip Islam.

2 Memanfaatkan keperluan dan potensi sumber keberhasilan
ekonomi negeri yang sedia ada dalam memacu pertumbuhan
ekonomi yang mampan.

3 Memperkukuhkan keupayaan pembangunan insan dalam
meningkatkan daya saing dan produktiviti negeri.

4 Memaksimumkan perkhidmatan sistem penyampaian yang
responsif dan pantas melalui Kerajaan Digital bagi memenuhi
kehendak rakyat.

5 Memperkayakan personaliti budaya dan warisan negeri yang dilihat
berpotensi untuk dimajukan sehingga ke peringkat antarabangsa.

6 Menyelaraskan pembangunan dan inisiatif daripada kerajaan
persekutuan sesuai dengan konsep Budaya Politik Matang
Sejahtera (BPMS).

7 Meletakkan sasaran 2030 seiring dengan matlamat pembangunan
lestari (SDG) yang diadaptasi mengikut prinsip-prinsip Islam.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 15

Cabaran & Potensi Terengganu
Cabaran

Isu Covid-19 – • Kadar pengangguran di Terengganu pada tahun 2019 ialah
Pengangguran 3.5% (DOSM, 2021).

Meningkat • Kadar pengangguran meningkat kepada 3.8% pada suku kedua
tahun 2020 (EXCO Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri
Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu).

• Kadar pengangguran di Malaysia ialah 4.8% iaitu 764.4 ribu
orang pada November 2020 (DOSM, 2021).

Sumber • Sepanjang tahun 2019, kerajaan negeri Terengganu telah
Pendapatan menerima 1.28 billion Wang Tunai Petroleum (WTP) atau
bergantung 85% royalti petroleum. Ia telah menjadikan punca pendapatan
dengan Royalti negeri bergantung kepada royalti sebanyak 85%.
Petroleum

KDNK Rendah • Terengganu mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dari
2.5% pada 2018 kepada 3.3% pada 2019. Namun Terengganu
berada di tangga ke 12 dari 15 negeri termasuk Wilayah
Persekutuan & Wilayah Labuan (DOSM, 2021).

16 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Peluang Pelaburan • Terengganu dicatatkan memperolehi approved
Terendah investment sebanyak RM1.4 bilion pada tahun 2019,
kedua terendah dalam Malaysia selepas Perlis (MIDA,
2021).

Masalah • Kuala Terengganu masih tidak mempunyai rangkaian
Pengangkutan bas awam yang kukuh, dengan hanya satu syarikat bas
yang memberikan perkhidmatan untuk seluruh kawasan
di sekitar Kuala Terengganu. Terengganu masih jauh
ketinggalan dalam soal pengangkutan awam.

• Tahap perkhidmatan pengangkutan awam darat di Kuala
Terengganu masih lemah di mana terdapat banyak ruang
untuk dibangunkan dan dipertingkatkan (APAD, 2021).

Masalah • 1785 jumlah penagih di Terengganu pada tahun 2019
Sosial di (AADK, 2021).
Terengganu
• 2123 kes penagihan dadah di Terengganu pada tahun
a) Dadah 2019 (AADK, 2021).
b) Jenayah Juvana
c) Hiburan Melampau • 293 kes jenayah kekerasan pada 2019.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 17

Potensi

Sumber • Terengganu kaya dengan sumber air khususnya dengan
Air kewujudan tasik dan sungai-sungai di setiap daerah. Air yang
ada khususnya di Tasik Kenyir adalah air bersih dan berkualiti.
Sumber air ini sekiranya diurus dengan baik, sudah pasti akan
memberi pulangan kepada negeri dan rakyat.

• Enakmen Sumber Air Terengganu (JBANT, 2021).

Lokasi dan • Perkampungan budaya (Berita Harian, 2020).
Produk • Percutian berbaloi di Terengganu (Berita Harian, 2021).
• Lokasi Eco-Tourism (Sinar Harian, 2021).
Pelancongan

Pertanian • Lebih separuh daripada rakyat Terengganu terlibat dengan
sektor pertanian di pelbagai peringkat. Penglibatan ini
menunjukkan potensi besar pertanian Terengganu dan
kebarangkalian ia untuk melonjak sangat tinggi.

• 8000 hektar tanah terbiar berpotensi untuk pertanian.

• Sektor Pertanian merekodkan pemulihan kepada 6.0%
(2018: -2.5%) disokong oleh pertumbuhan dua angka dalam
pengeluaran buah tandan segar dan peningkatan perikanan
marin. (DOSM, 2021).

18 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Industri • Perlombongan dan pengkuarian menyumbang
Galian sebanyak 3.2% KDNK negeri pada tahun 2019 (DOSM,
2021).

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 19

Terrapuri (The Land of Palaces) menampilkan rumah –
rumah klasik yang mempunyai ciri-ciri seni binaan tradisional

20 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 21

Pelaksanaan PITAS2030

Dalam menjayakan pelaksanaan PITAS2030, Majlis Tindakan PITAS (MTP)
ditubuhkan bagi memastikan perancangan dan pemantauan dapat dijalankan
secara lebih efektif dan tersusun. MTP dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri
Menteri Besar sendiri. Centre of Excellence PITAS (CoE PITAS) akan menjadi
sekretariat utama terhadap MTP ini. Struktur pergerakan PITAS2030 dapat
dilihat seperti rajah di bawah:

22 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Visi PITAS2030

Terengganu Negeri Maju Berkat Sejahtera
Menjelang 2030.

Misi PITAS2030

Meneraju pembangunan negeri secara lestari dan
komprehensif berpandukan model pembangunan
Islam.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 23

Logo PITAS2030

Gradient

Warna
Hitam / Putih

24 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Huraian Logo

Anak Panah Konstruktif

Reka bentuk anak panah yang Konstruktif membawa maksud
membawa maksud meneraju ke membina, di mana pelan
hadapan, ke arah merealisasikan PITAS2030 ingin membina
negeri Terengganu ke arah
Pelan Induk Terengganu
Sejahtera (PITAS2030). pencapaian yang lebih prestij
berpaksikan prinsip Islam.

Warna Hijau Fluorescent Hitam

Membawa maksud kelestarian alam Membawa maksud warna yang solid
semula jadi. Melambangkan kesegaran, dan kuat. Warna hitam juga adalah
warna yang elegan. Tambahan lagi
kedamaian atau relaksasi. Dari sudut hitam juga merupakan warna identiti
psikologi warna hijau sangat membantu Terengganu di mana PITAS2030 ingin
menyeimbangkan emosi & memudahkan membawa ideologi dan halatuju yang
jelas untuk diketengahkan kepada
keterbukaan dalam komunikasi. Ini rakyat Terengganu dalam membantu
kerana warna hijau mempunyai efek dan memelihara kesejahteraan rakyat.

rileksasi & ketenangan.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 25

Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung,
memberikan ia sudut unik, ia juga turut dikenali sebagai
‘Masjid Terapung’, senibinanya gabungan pengaruh moden dan ‘moor’

26 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 27

28 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 29

Rumah PITAS2030

PITAS2030 dilakarkan dalam sebuah model yang
dinamakan sebagai RUMAH PITAS2030. Model ini
merangkumi Falsafah, 7 Prinsip, 5 Pembolehdaya,
10 Teras Strategik dan 3 Sasaran.

Falsafah

Membina sebuah masyarakat & pemerintahan
yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup
Islam dan hukum-hakamnya menuju
keredhaan Allah.

30 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Tujuh (7) Prinsip PITAS2030

1. Pematuhan 2. Insan Berkualiti 3. Pembangunan
Kepada Prinsip Aset Terpenting Lestari.
Islam. Negeri (Kerajaan
Teknokrat).

4. Kekayaan & Hasil
Tempatan Adalah
Untuk Rakyat.

5. Negeri
Berkebajikan.

6. Kerajaan Negeri
Sebagai Pemandu,
Pemudahcara &
Pemantau.

7. Budaya Politik
Matang dan
Sejahtera.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 31

1. Pematuhan Kepada Prinsip Islam
Definisi

Perancangan negeri mestilah mengambil kira ketetapan syariat dan prinsip Islam
yang bersumberkan kepada al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.

Konsep
Setiap pembangunan sama ada dasar, polisi, strategi dan aktiviti negeri mesti
merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama supaya setiap
keputusan yang dibuat tidak bercanggah dengan syariat dan prinsip Islam.

32 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

2. Insan Berkualiti Aset Terpenting Negeri (Kerajaan Teknokrat)
Definisi

Perancangan negeri mestilah mengambil kira pandangan pakar-pakar
dari pelbagai bidang yang menjadi aset kepada negeri. Dalam masa yang
sama, kerajaan akan merancang dan menambahbaik latihan kepakaran kepada
penjawat awam dan rakyat Terengganu untuk merancakkan pembangunan
negeri.

Konsep
Insan berkualiti ini melibatkan dua aspek penting iaitu aspek pembangunan
kepakaran insan yang melibatkan penjawat awam dan masyarakat, dan aspek
menggunapakai kepakaran yang sedia ada sesuai dengan konsep Kerajaan
Teknokrat. Kedua-dua aspek ini akan dibangunkan dengan konsep Ubudiyyah,
Mas’uliyyah, Itqan dan Islah (UMII) bagi menyeimbangkan pembangunan dunia
dan akhirat.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 33

3. Pembangunan Lestari

Definisi

Perancangan negeri mestilah diasaskan dengan konsep pembangunan lestari
Islam yang mengambil kira tiga (3) gabungan utama iaitu ekonomi, sosial dan
alam sekitar dengan menjadikan Islam sebagai asas dan rujukan utama.

Konsep

Semua program pembangunan infra dan ekonomi akan dilaksanakan secara
kolektif, oleh kerajaan dan / atau syarikat dan / atau individu dan mesti dirasai
kesan positifnya oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya masyarakat
setempat (konsep merakyatkan ekonomi).

a. Islam - Kesyumulan Islam sebagai Ad-Din yang merangkumi semua fasa
kehidupan insan sebagai khalifah.

b. Alam Sekitar - Semua program mesti selari dengan keupayaan menampung
(carrying capacity) alam semula jadi setempat.

c. Sosial - Semua program penjanaan ekonomi mesti dirasai oleh semua lapisan
masyarakat iaitu kerajaan, masyarakat setempat dan syarikat.

d. Ekonomi - Semua program penjanaan ekonomi dan pendapatan.

Ekonomi Islam
Alam
Sosial Alam Sekitar
Sekitar
Sosial

Ekonomi

Model Pembangunan Lestari

34 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

4. Kekayaan & HasilTempatan Adalah Untuk Rakyat
Definisi

Perancangan negeri mestilah meletakkan rakyat sebagai penerima hasil
kekayaan atau hasil tempatan yang paling utama.

Konsep
Kerajaan perlu memastikan setiap kekayaan negeri yang terhasil dari sumber
hasil galian, peluang pertanian dan sebagainya dapat memberi manfaat kepada
rakyat. Manfaat ini membolehkan rakyat mendapat manfaat secara langsung
atau rakyat diberi peluang terlibat dalam mengaut hasil dan kekayaan negeri
yang berkonsepkan anti-monopoli dan anti-kronisme.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 35

5. Negeri Berkebajikan
Definisi

Perancangan negeri mestilah memastikan rakyat dan komuniti bekerjasama
dengan kerajaan dalam pelan pembangunan negeri. Ini dapat menghasilkan
rakyat yang lebih berkualiti, berdaya saing dan bersemangat patriotik.

Konsep
Kerajaan perlu membuka ruang dan memperkasakan institusi rakyat / komuniti
dengan memberi peluang untuk menyelesaikan masalah sosial rakyat dan
membangunkan ekonomi negeri. Ini selari dengan konsep negeri berkebajikan
yang meletakkan rakyat dan swasta saling berlumba-lumba membuat kebajikan
kepada rakyat tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

36 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

6. Kerajaan Negeri Sebagai Pemandu, Pemudahcara & Pemantau
Definisi

Perancangan negeri mestilah membezakan peranan kerajaan, swasta dan
rakyat. Kerajaan hanya sebagai pemandu, pemudahcara dan pemantau kepada
swasta / rakyat bukannya sebagai pesaing dalam projek-projek yang mampu
dilaksanakan oleh rakyat.

Konsep
Setiap projek dan pelan pembangunan mestilah dibuka tawaran kepada swasta
dan rakyat supaya mereka dapat terlibat sekali dalam projek yang dicadangkan.
Kerajaan hanya menjadi sebagai pemudahcara untuk memudahkan sebarang
bentuk bantuan yang diperlukan.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 37

7. Budaya Politik Matang dan Sejahtera
Definisi

Dalam aspek pentadbiran negeri, perancangan dan pelaksanaan pembangunan
negeri mestilah membezakan antara fungsi badan politik dan kuasa ekonomi
dalam kerajaan negeri. Badan politik sebagai penentu hala tuju negeri, perancang
program dan pemantau. Kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan
syarikat pelaksana.

Konsep
Badan politik seperti Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis
Kerajaan Tempatan menentukan hala tuju negeri, perancangan program,
polisi dan pemantau. Penentuan syarikat pelaksana yang melibatkan projek
yang diputuskan oleh badan politik akan ditentukan oleh badan lain yang akan
mengkaji dari segi sudut keupayaan syarikat dan keberuntungan kepada
kerajaan. Ini bertujuan untuk mengelakkan budaya rasuah dan mengampu
kepada badan politik dan menghasilkan pengurusan yang telus dan berintegriti.

38 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

Bandar Baharu Bukit Besar dijangka akan menjadi
pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 39

Lima (5) Pembolehdaya

1 Pembolehdaya Pertama:
Itqan Insani

Pembolehdaya Kedua: 2
Teknologi ICT dan IR 4.0

Pembolehdaya Ketiga:

3 Kesejahteraan
Pentadbiran

Pembolehdaya Keempat: 4
Infrastruktur dan
Pengangkutan

Pembolehdaya Kelima:

5 Dana dan Pelaburan
Pentadbiran

40 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

1 Pembolehdaya Pertama:
Itqan Insani

Itqan Insani merupakan modul yang dibangunkan bagi melahirkan
insan yang rabbani meliputi penekanan aqidah, syariah dan akhlak.
Penekanan modul ini adalah kepada semua lapisan masyarakat
termasuk dalam sumber manusia, belia, pendidikan dan sebagainya.
Modul ini dimasukkan dalam pembolehdaya kerana keperluan
pembangunan manusia merentasi portfolio dan jabatan bagi
memastikan teras strategik dapat dicapai dengan baik dan sempurna.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 41

2 Pembolehdaya Kedua:
Teknologi ICT dan IR 4.0

Teknologi ICT dan IR 4.0 menekankan transformasi digital
yang memberi impak besar dalam kehidupan dan ekonomi.
Pelaksanaan aktiviti digital ini dalam organisasi dan masyarakat
akan membentuk ekosistem digital yang baharu seterusnya
akan mencetus pembentukan masyarakat dan ekonomi digital.
Menyedari peluang yang disediakan oleh teknologi digital
terkehadapan (advanced digital technology), maka penekanan
Kerajaan Digital berasaskan teknologi ICT dan IR 4.0 perlu
diperkuatkan dan dilaksanakan melibatkan hampir kesemua teras
strategik.

42 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

3 Pembolehdaya Ketiga:
Kesejahteraan Pentadbiran

Kesejahteraan pentadbiran melibatkan perubahan polisi dan
birokrasi yang diperlukan bagi menjayakan PITAS2030. Dasar
Integriti Darul Iman (DIDI) akan diperluaskan dari sudut latihan dan
pemerkasaan pelaksanaan di semua peringkat. Penekanan
pentadbiran berteraskan nilai-nilai Islam akan ditambahbaik
dari semasa ke semasa termasuk sesi knowledge sharing,
inter-department dan inter-state bagi meningkatkan kecekapan
dalam pentadbiran negeri.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 43

4 Pembolehdaya Keempat:
Infrastruktur dan Pengangkutan

Pembangunan infrastruktur akan diselaraskan mengikut keperluan
teras strategik yang melibatkan pembangunan industri, pemerkasaan
pertanian dan pemantapan pelancongan. Ini juga termasuk
menaiktaraf akses pengangkutan awam bagi menyelesaikan
permasalahan rakyat seperti pembangunan jalan negeri dua lorong
dari Kemaman sehingga ke Besut, penambahan laluan bas dan
sebagainya.

44 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

5 Pembolehdaya Kelima:
Dana dan Pelaburan

Dana dan pelaburan negeri akan diperkasakan menerusi industri
pelancongan, pertanian, industri yang melibatkan minyak, gas,
galian dan sumber mineral. Menerusi mercu tanda PITAS2030,
dijangka akan meningkatkan pelaburan swasta negeri Terengganu
sebagaimana yang dipaparkan dalam impak PITAS2030.

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 45

Sepuluh (10) Teras Strategik

Teras Pemerkasaan Pelaksanaan Pembangunan Bandar
Baharu Lestari &
1Strategik Syariah & Pemantapan Kediaman Patuh Syariah
3Teras
Pendidikan
Strategik
2Teras

Strategik

Pengukuhan Pembangunan
Insan

4Teras Peningkatan Pengeluaran
Pertanian
Strategik
Teras
Penerokaan & Pemerkasaan
5Strategik
Sektor Industri & Sektor
7Teras
Pembuatan
Strategik
6Teras Pendigitalan Terengganu
& Pemantapan
Strategik Pelancongan

Keterangkuman Kebajikan Rakyat
& Peningkatan Kedayaan Wanita

9Teras 8Teras Pembinaan Belia Rabbani,
Penerusan Kecemerlangan Sukan
Strategik Strategik & Pemerkasaan NGO

Pengukuhan Infra, Pemerkasaan

Teknologi Hijau & Pengawalan

Impak Bencana

10Teras Pemerkasaan Keusahawanan &
Pengupayaan Sumber Manusia
Strategik

46 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 47

48 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)

PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030) 49

50 PELAN INDUK TERENGGANU SEJAHTERA (PITAS2030)


Click to View FlipBook Version