The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ramlanmala, 2022-10-23 04:01:19

Buku Program SepZon22

Buku Program SepZon22

1

Ybhg. Dr Rusmini Ku Ahmad
Rektor

Institut Pendidikan Guru Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia Makmur Bersama.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kerana sudi memberi peluang kepada saya membariskan sepatah dua sebagai bingkisan dan tatapan tuan-tuan dan
puan-puan dalam buku program ini.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru peringkat Zon Sabah terutamanya Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau sebagai tuan rumah kerana berjaya bekerjasama mengadakan Seminar
Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Zon Sabah Tahun 2022.
Pada hemat saya, tema seminar kali ini iaitu “Solusi Melalui Penyelidikan”merupakan satu wahana ilmu yang paling
praktikal dan terkesan kerana ia akan menggalakkan lagi proses penyelidikan pendidikan berimpak tinggi melalui
penerokaan terhadap pengetahuan baharu dalam bidang pedagogi sekaligus menjana minda perintis dalam kalangan
pendidik sama ada di sekolah rendah, menengah atau pendidik yang terlibat dalam pelbagai organisasi berkaitan
pendidikan tidak terkecuali pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Sehubungan itu, kita berharap Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Zon Sabah Tahun 2022 ini
memangkinkan lebih ramai pensyarah IPGM melibatkan diri dalam bidang penyelidikan ilmu dan yang paling utama
pengalaman yang diperoleh dimanfaatkan dan disebarluaskan kepada umum.
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada Jawatankuasa Seminar Penyelidikan Pendidikan Serantau
Peringkat Institut Pendidikan Guru Zon Sabah 2022 ini kerana telah bertungkus-lumus merealisasikan seminar ini
dengan jayanya. Hayati dan fahami serta telusurilah wacana ilmu yang tersurat dan tersirat di sepanjang seminar ini.
Semoga hasil dapatan dan inovasi baharu yang diperolehi dapat meningkatkan profesionalisme pendidik dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.

Sekian, terima kasih.Sekian dan terima kasih
Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

2

Dr Najamuddin bin Hj. Bachora
Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera,

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya dahului kata-kata aluan ini dengan memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Zon Sabah dapat menganjurkan Seminar Penyelidikan
Pendidikan Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2022 dengan nama SepZon22. Untuk tahun 2022 ini, IPG Kampus
Tawau diberikan tanggungjawab sebagai penyelaras seminar ini.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada YBrs Dr Rosli bin Yakob, Timbalan Rektor Kanan ,Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) kerana sudi merasmikan seminar ini walaupun dilaksanakan secara dalam talian. Begitu juga
kepada YBrs Dr Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia kerana sudi menyempurnakan
majlis penutupan.

Tidak lupa juga penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Mohd Nasruddin bin Basar, Timbalan
Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi IPGM kerana sudi memberikan ucaptama 1 dan Dr Gerturude
Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya sebagai penyampai ucaptama 2 di dalam seminar ini.

Dengan tema seminar tahun ini “Solusi melalui Penyelidikan”, adalah diharapkan para pembentang dapat berkongsi
ilmu dan dapatan kajian masing-masing dengan semua orang agar permasalahan dalam dunia pendidikan dapat
ditangani. Sebagai seorang pendidik, tugas kita tidak setakat mengajar di dalam bilik darjah tetapi juga
bertanggungjawab memberikan idea melalui penyelidikan dalam merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) mencapai sekolah berkualiti dan kemenjadian pelajar.

Semoga seminar pada kali ini akan memberikan input yang berguna kepada semua orang yang bergelar pendidik
agar isu-isu yang berkisar dalam pendidikan dapat diselesaikan.

Di dalam kesempatan ini juga, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pengarah dan timbalan
pengarah IPG Kampus zon Sabah yang turut sama menyumbang idea bagi menjayakan seminar kali ini. Begitu juga
kepada ahli jawatankuasa pelaksana yang diterajui oleh IPG Kampus Tawau yang telah bertungkus lumus
merancang dengan sebaik mungkin agar tanggungjawab menjayakan seminar dapat dilaksanakan.

Kepada semua pembentang, selamat membentang semoga ilmu yang dikongsi akan berguna kepada kita semua dan
menjadi saham akhirat, insyah allah.

Sekian dan terima kasih

3

Dr Abdul Hamid bin Abdul Rahim
Penyelaras SepZon22

Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Assalammualikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, Seminar
Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Zon Sabah tahun 2022 (SepZon22) dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan SepZon22 khususnya kepada rakan-rakan
penganjur bersama iaitu IPGK Gaya, IPGK Kent dan IPGK Keningau. Dengan kerjasama padu rakan penganjur telah
merealisasikan SepZon22.
Ucapan penghargaan dihulurkan kepada para pembentang dan peserta kerana sudi menyertai SepZon22. Pelbagai
tajuk penyelidikan telah dikongsikan dalam seminar ini selari dengan tema SepZon22 iaitu solusi melalui
penyelidikan. Oleh yang demikian, idea yang telah dihimpunkan ini diharapkan dapat memberi solusi kepada isu-isu
pendidikan masa kini. Semua perkongsian ini telah dikompilasikan dalam buku prosiding SepZon22 untuk rujukan
semua pada masa akan datang.
Sehubungan itu, tidak lupa ucapan terima kasih tidak terhingga turut dihulurkan kepada seluruh ahli jawatankuasa
SepZon22 khususnya kepada ahli jawatankuasa Pengumpulan Artikel Penyelidikan dan Buku e-Prosiding yang telah
berusaha mengumpul dan menyusun artikel penyelidikan para pembentang sekaligus dibukukan dalam Buku
Prosiding SepZon22 ini.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan SepZon22.

Dr. Abdul Hamid Bin Abdul Rahim,
Penyelaras SepZon22 Merangkap Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
.

4

ATUR CARA SEMINAR HARI PERTAMA (26 OKTOBER 2022 - RABU)

MASA ATURCARA

7.30 am – 8.30 am Pendaftaran peserta dan pembentang seminar
8.30 am – 8.45 am Taklimat seminar

8.45 am - 9.00 pm MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
9.00 am - 10.00 am ✓ Kehadiran pembentang / peserta seminar
✓ Kehadiran tetamu jemputan
✓ Nyanyian lagu Negaraku
✓ Nyanyian lagu Sabah Tanahairku
✓ Bacaan doa oleh En. Hamli bin Salleh

Ucapan alu-aluan Ybrs. Dr. Najamuddin bin Hj. Bachora,

Pengarah Institut Pendidikan Guru. Kampus Tawau
✓ Ucapan perasmian pembukaan oleh Dr. Rosli bin Yacob,

Timbalan Rektor Kanan IPGM
✓ Persembahan Montaj
✓ Penyampaian cenderahati
✓ Sesi e-Fotografi

10.00 am – 11.00am UCAPTAMA 1
Dr. Mohd. Nasrudin bin Basar
“ Idea baharu dalam penyelidikan: Wadah solusi dan resolusi”

Moderator: Dr. Hj. Nordin bin Bula

11.00am – 12.30pm Pembentangan sesi selari I

12.30 pm. – 2.00 Rehat
pm. Pembentangan sesi selari 2

2.00 pm. – 4.30 pm.

5

ATUR CARA SEMINAR HARI KEDUA. (27 OKTOBER 2022 - KHAMIS)

MASA ATURCARA
08.00 am – 10.00am Pembentangan sesi selari 3
10.00 am – 10.30 am
10.30 am – 11.30 pm Rehat
Pembentangan sesi selari 4

11.30 am – 12.30 pm UCAPTAMA II

Dr. Gerturude Jock
“Order passion”

Moderator: Dr. Mohd. Hanip bin Hasan

12.30 pm – 02.00 pm Rehat

2.00 ptg. – 2.30 ptg. MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
2.30 ptg. – 4.00 ptg. ✓ Kehadiran peserta / pembentang
✓ Kehadiran tetamu jemputan
✓ Nyanyian lagu Negaraku
✓ Nyanyian lagu Sabah Tanahairku
✓ Bacaan doa oleh Encik Hamli bin Salleh
✓ Pembentangan dan penyerahan resolusi seminar
✓ Ucapan oleh Ybrs. Dr. Najamuddin bin Hj. Bachora,

Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau
✓ Ucapan perasmian penutupan oleh Ybrs.Dr. Rusmini bt.

Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
✓ Persembahan Montaj
✓ Penyampaian cenderahati
✓ Sesi e-Fotografi

✓ Majlis bersurai

6

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH

(SepZon22)

Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa
Host : 11.00 – 12.20 tgh. (Sesi Selari 1)
Moderator 2.00 – 5.00 ptg. (Sesi Selari 2)

Admin : IPGK Tawau (11.00 – 12.20 tgh.)
: Pn. Latifah Monnas (2.00 – 3.30 ptg.)
: En. Mohd. Fikri Mohd. Amin Sabidol (3.30 – 5.00 ptg.)
: Pn. Titi Abdul Razak

: Ain Zulaikha Binti Azhari (PISMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : https://meet.google.com/gqa-judi-jkw

BILIK GM 1

BIL SESI SELARI 1 TAJUK / INSTITUSI
MASA PEMBENTANG / PENULIS

11.00 Mohd Firdaus bin Abd Salam Penggunaan “E-Fon” Bagi Meningkatkan
1 11.20 am Kefahaman Elemen Fonologi Dalam Kalangan
Nurkhausar Norim bt. Ahmad Pelajar Tingkatan Enam
11.20 Rahmawati bt. Mohd Shariff
3 11.40 am SMK Gunsanad, Keningau
Mohd Firdaus bin Abd Salam
4 11.40 Ducy @ Easter binti Jus @ Permainan “Kanzul Bahshil Arabie”
12.00 pm Justin
Mazleen binti Mohd Deros Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1)
12.00 Meningkatkan Penguasaan Elemen Tatabahasa
5 12.20 pm Kasmah Rajikan Berbantukan “I-Morsin” Dalam Kalangan Pelajar
Sinon Longguyu Tingkatan Enam

SMK Gunsanad, Keningau Sabah

Tahap Kepekaan Tentang Kesihatan Mental Dalam
Kalangan Ketua Pentadbir Di Daerah Kota Belud

KPD SPsK PPD Kota Belud
Guru Besar SK Labuan Kota Belud

7

SESI SELARI 2

2.00 Najamuddin bin Bachora Pengetahuan Mengenai ICT Dan Hubungannya
2.20 pm (Ph.D)1, Gerturude Jock Dengan Amalan Pedagogi Era Pandemik Covid-19
(Ed.D)2, Doti bin Asing3, Dalam Kalangan Guru Pedalaman Dan Pulau
5 Rosmawati binti Hamzah Di Sabah
(Ph.D)4
2.20 ¹Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
2.40 pm ²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
6 ³Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
⁴ Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
2.40
3.00 pm M.Nadarajan A/L Manickam Strategi Kesinambungan Pendidikan Era Covid-19 Di
7 (Ph.D) Malaysia: Pengalaman Julung Guru Pelatih Ipg
3.00 Liong Kon Thai (Ph.D) Kampus Keningau
3.20 pm Roziah binti Rusdin (Ph.D)
8 Dayang Rafidah binti Shariff Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
(Ph.D)
3.20 Kad Youlearn Meningkatkan Pembudayaan
9 3.40 pm Jamilah binti Morhad, Pembelajaran Kendiri Berasaskan Digital Bagi
Norayah binti Edip Matapelajaran Bahasa Arab Tahun 6
3.40
10 4.00 pm Norjanah Ambo Phd1 Sekolah Kebangsaan Sembirai
Khairul Zamri Othman2 Cabaran Dan Impak Pendidikan Dalam Kalangan
4.00 Naima Kadir3 Pelajar Madrasah Tahfiz Di Daerah Tawau : Satu
11 4.20 pm Kajian Tinjauan
Muhammad Akmal Amin Bin
4.20 Mahamat IPG Kampus Tawau
12 4.40 pm Mohd Isa Hamzah
Teras Kesyukuran Keluarga Malaysia Dalam
4.40 Kang Fairuz Konteks Pendidikan
13 5.00 pm
Universiti Kebangsaan Malaysia
A Concept For Flexible Integrated Stem In Malaysian
Post-Pandemic Education

Rayner Bin Tangkui Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
, Bawani A/P Sincaroo Kesan Penggunaan Powtoon Terhadap Pencapaian
Donatus Justin Dan Minat Murid Dalam Sains
Roziah binti Rusdin
Junaidi @ Patrick Bin Jair STEM, Institut Pendidikan Guru Kampus
Kang Fairuz Keningau, Sabah

Khorrey Jimond Persepsi Guru Pelatih Opsyen Bahasa Melayu
Levitriz Dennes Mengenai Elemen Sastera Dalam Sesi Pengajaran
Hafifi Hafidz Horace Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Azman @ Liha Bin Koong Pasangan Perkahwinan Jarak Jauh Dilanda
Samsuddin bin Sulaiman Badai: Satu Penelitian Emosi Dan Personaliti

Institusi Pendidikan Guru Kampus Tawau

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH

(SepZon22)

Tarikh : 27 Oktober 2022
Masa
: 8.00 – 10.00 pg. (Sesi Selari 3)
Host 10.30 – 11.50 pg. (Sesi Selari 4)
Moderator
: IPGK Tawau (8.00 – 9.00 pg.)
Admin : Dr. Rosnah Jamba (9.00 – 10.00 pg.)
: Dr. Rozani Ahmad (10.30 – 11.50 pg.)
: Pn. Rajunah Radin

: Nuradzra Ain Binti Ruspin (PISMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : https://meet.google.com/gqa-judi-jkw

BILIK GM 1

BIL SESI SELARI 3 TAJUK / INSTITUSI
MASA
PEMBENTANG /
8.00 PENULIS
8.20 am
Nor Azian binti Sapiai Meningkatkan Pemahaman Topik Sifat-Sifat Huruf
1 Dengan Menggunakan Alat “Peluncur Sifat Huruf
(Psh)” Dalam Kalangan Pelajar 4 Kkq Di Sekolah
Smk Agama Keningau, Sabah

SMK Agama Keningau

8.20 Mohd. Fadzly Bin Pembelajaran Aktif Melalui Kaedah Flipped
2 8.40 am Wasriep Classroom

8.40 Roslianna Bily @ Universiti Malaysia Sabah
9.00 am Sylvester
3 Bambu Stik Sebagai Alat Alternatif Dalam
1Ramdan bin Ali Meningkatkan Kreativiti Murid
4 9.00 2Abdul Said bin
9.20 am Ambotang SRK. St Theresa Tambunan,
Sabah

Pengaruh Kemahiran Insaniah Terhadap
Kebolehgajian Pelajar-Pelajar Politeknik Kota
Kinabalu, Sabah

1Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah.
2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti
Malaysia Sabah.

9.20 Nurul Jannah binti Teknik Spider Web Dalam Meningkatkan Tahap
9.40 am Masran Penguasaan Bacaan Murid Tahun Tiga Dalam
5 Bidang Tilawah (Surah Al-Asr)

9.40 Muhamad Asrul Affendi SK Tamu Darat, Kota Belud
10.00 am Mat Nor1 Kebolehgunaan Dan Penerimaan Aplikasi Realiti
Farah WahedaOthman2, Luasan (Ar) Bagi Kursus Skr 3302 Penyelenggaran
6 Nurhan Ayub3 Sistem Penyamanan Udara Kenderaan Di Kolej
Komuniti Pasir Salak
10.30
10.50 am Kolej Komuniti, Pasir Salak
7
10.50 SESI SELARI 4
11.10 am
Nor Azlinda binti Abdul Penggunaan Saluran Youtube Untuk Pdpc Dalam
8 Aziz¹ Kalangan Guru Pendidikan Islam
Khadijah Abdul Razak²
11.10 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
11.30 am Junaidy Mohamad Malaysia
Hashim, Ph.D,
9 Rosli Hamid, Ph.D Teras Pengajaran Mengajar Konten Subjek
11.30 Mohd Foazi Md Nor Pendidikan Jasmani Siswa/I Program Diploma
11.50am Mohd. Hairul Nizam Pascasiswazah Pendidikan (Pdpp) Ambilan Jun &
Jamil Oktober 2021 Berasaskan Model Proses Kurikulum
10 Wheeler (1967)

¹Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim
²Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Rosdah Herawaty Pengaruh Kecerdasan Emosi Dan Personaliti Guru
Hamid¹ Besar Terhadap Prestasi Kerja Guru Sekolah
Rosnah @ Kamalam Rendah Di Sabah
Abdul Razak²
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III, Lahad Datu
Dinda Ayu Lestari Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau
Jasila Ayudya
Menganalisis Bahasa Agama Dalam
Multikulturallisme Masyarakat Indonesia

Jurusan Pendidikan Agama Islam, Fakultas Agama
Islam Universitas Darmawangsa

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH

(SepZon22)

Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa
Host : 11.00 – 12.20 tgh. (Sesi Selari 1)
Moderator 2.00 – 5.00 ptg. (Sesi Selari 2)

Admin : IPGK Gaya (11.00 – 12.20 tgh.)
: Dr. Rahmah Ghani (2.00 – 3.30 ptg.)
: Dr. Ngui Geok Kim (3.30 – 5.00 ptg.)
: Dr. Joanna Ting Hie Ping

: Muhammad Hariss Bin Md Lukmanul Hakim (PISMP PAI 4 ambilan Jun
2022)

Pautan : https://meet.google.com/qkr-sqec-soa

BILIK GM 2

SESI SELARI 1

BIL PEMBENTANG / TAJUK / INSTITUSI
MASA PENULIS

11.00 Mohammad Hazrul Bin Md Penggunaan Templet Track O-T-A-K Membantu
11.20 Jori Pelajar Menulis Kandungan Taklimat Pekerjaan
1 am Dalam Kursus Penyeliaan Bengkel Automotif

Penyelaras Penyelidikan TVET, Kolej Vokasional
Taiping

11.20 Rahmawati Binti Mohd NyaSeCip: Amalan Terbaik Kbat Meningkatkan
2 11.40 Shariff Kemahiran Mengingat Dan Membezakan Huruf
Qalqolah
am
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1)
11.40
12.00 Azimah A. Samah, Keberkesanan Aktiviti Kembara Seni Visual Kepada
3 pm Tafsiran Persepsi Mental Dan Ekspresi Simbol
Kamarudin Yusof, Kamsiah
OdamnaSr,uNfiaunruSl’AukinhaSiariffar Ullah Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim

12.00 Nur Azmah binti Mohamad Amalan Solat Fardu Dalam Kalangan Pelajar Kolej
12.20 Saleh Komunti Klang, Selangor
4 pm
Kolej Komuniti Klang

SESI SELARI 2

2.00 Muhammad Nur Asnawi bin Inovasi Kit Cahu: Kit Bahan Bantu Belajar (Bbb)
2.20 pm Romly1*, Yang Digunakan Bagi Meningkatkan Penguasaan
Mohd Asmadi bin Zainal Kemahiran Membina Perkataan Dalam
Abidin2 Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Kepada
Murid Orang Asli Semai Tahun 3

1SK Pos Musoh LZ, Tapah, Perak Darul Ridzuan
5 2SK Pos Gedong, Bidor, Perak Darul Ridzuan

2.20 Quek Lee Sin Meningkatkan Kemahiran Murid Tingkatan 3
6 2.40 pm Anggerik Dalam Melukis Unjuran Ortogon Melalui
Aktiviti Secara Hands On

SMK Sanzac, Kota Kinabalu, Sabah

2.40 Nurramdzan Ahmad Malindo Almayyitu Shogiri : Meningkatkan Kemahiran Amali

7 3.00 pm Joslan Mengkafankan Jenazah Dalam Kalangan Murid

Kelas 3 Alphard Smk Tinusa Sandakan

SMK Tinusa, Sandakan

3.00 N Siva Perumal Narayanan Aplikasi Teknik Fuzzy Delphi Terhadap Reka

3.20 pm Vijayaletcmy Muniyandy Bentuk Dan Pembangunan Kalendar Penjodoh

Jeeva Nanthini Sinnayah Bilangan

8

IPG Kampus Bahasa Melayu

Morris Anak Lat1 Pembentukan Sahsiah Dalam Kalangan Murid
3.20 Dg. Norizah Ag. Kiflee @ Sekolah
9 3.40 pm Dzulkifli PhD2
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Ghazali @ Hassan Bin Universiti Malaysia Sabah
Sulaiman PhD3
Anniliza Mohd Isa PhD4

3.40 Abdul Said Ambotang, Lena Hubungan Pengetahuan Pedagogi,Pengetahuan
4.00 pm Anuar & Christina Andin Kandungan Dan Komitmen Guru Terhadap Kualiti
10 Pengajaran

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti
Malaysia Sabah

4.00 1 Minute Journal: Meningkatkan Keupayaan Murid
4.20 pm Frenysia Frencis Menguasai Konsep Sains Melalui Penulisan Jurnal
Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
11 Sains Bagi Murid – Murid 5 Sastera

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan

4.20 Dr Syahrul Nizam Bin Hubungan Kefahaman Dan Sikap Terhadap Kendiri
4.40 pm Salam, Pelajar
Dr Abdul Said Ambotang
12 Dr Ghazali Sulaiman Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, Kampus
Dr Christina Andin Antarabangsa Labuan, UMSKAL
Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS
13 Abdul Aziz Institut Aminuddin Baki, IAB, Cawangan Kota
4.40 Erni Suyani Kinabalu, Sabah
5.00 pm Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS

Analisis Bahasa Dan Komunikasi Pendidikan Dalam
Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin
Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi

Universitas Dharmawangsa1, Indonesia

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH

(SepZon22)

Tarikh : 27 Oktober 2022
Masa
: 8.00 – 10.00 pg. (Sesi Selari 3)
Host 10.30 – 11.50 pg. (Sesi Selari 4)
Moderator
: IPGK Gaya (8.00 – 9.00 pg.)
Admin : Dr. Rahmah Ghani (9.00 – 10.00 pg.)
: Dr. Ngui Geok Kim (10.30 – 11.50 pg.)
: Dr. Joanna Ting Hie Ping

: Muhamad Nasruddin Bin RozalI (PISMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : https://meet.google.com/qkr-sqec-soa

BILIK GM 2

BIL SESI SELARI 3 TAJUK / INSTITUSI
MASA
PEMBENTANG /
1 8.00 PENULIS
8.20 am
Marlyn Omar Keberkesanan Pembelajaran Scaffolding
2 8.20 Anuar Ahmad Terhadap Kemahiran Penulisan Taakulan
8.40 am (Reasoning) Sejarah Pelajar Tingkatan 6 Di
Bandar Utama
8.40
3 9.00 am Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama

Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Khairul Ekmal Bin Roselee Pemikiran Reka Bentuk Dalam Subjek
Bahasa Melayu Membantu
Murid Berfikir Dengan Lebih Kritis Dan
Kreatif

SK Pokok Sena, TS25 Pulau Pinang

Sabriah binti Maili @ Mohd Aplikasi Teknik Wdep Dalam Teori Realiti
Rasli Meningkatkan Kesediaan Untuk Berubah
Remaja Terlibat Penyalahgunaan Dadah:
Satu Kajian Kes

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,
Sabah

Laurah Markus Instructional Strategies And Activities For
Secondary School Quantum Physics In An
4 9.00 Integrated Stem Education: A Systematic
9.20 am Literature Review

5 9.20 SMK Libaran, Sandakan
9.40 am
Cyantia Vesta Joannes Using Freytag’s Pyramid Approach In
6 9.40 Narrative Writing
10.00 am
Roy Bin Eduardo SMK Tawau, Tawau, Sabah
7 10.30
10.50 am Reka Bentuk Pengajaran Menggunakan
Aplikasi ‘Obs’ Dalam Meningkatkan
8 10.50 Kemahiran Menulis Esei Pelajar Tingkatan 6
11.10 am
Pusat Tingkatan Enam SMK Tamparuli
9 11.10 Sabah
11.30 am
SESI SELARI 4
11.30
11.50am Samsul Daulay Dampak Penggunaan Bahasa Etika Agama
10 Ahmad Munada Dalam Media Sosial
Nazwa Ardatami
Fakultas Pendidikan Agama Islam
1Mohd Mustaza bin Abd Universitas Dharmawangsa
Manap,
2Richeal Phil Thien Kim Strategi Pengajaran Tatabahasa Bahasa
How Melayu Tingkatan Enam: Adaptasi Norma
Baharu

1Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
IPG Kampus Tawau

Nurfarah Dina Binti Kahar The Effectiveness Of Chemfor And Pertab
Study Kit On Student’s Basic Concept Of
Mohammad Arif b. Ab Chemistry Among
Samat1 Form Four Students In SMK Bukit Garam II,
Alias b. Bakar2 , Kinabatangan,Sabah
Nurul Natrah bt Azizan3
, Siti Hajar bt Mat Isa SMK Bukit Garam II,
@Halim4 , Kinabatangan,
Nur Farah Anisbt Mat Sabah
Rawi5
Mengukuhkan Kefahaman Murid
Berkeperluan Khas Untuk Subjek Bahasa
Melayu Menggunakan Aplikasi Mybaca
Pkhas Tahun 4

Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN

ZON SABAH (SepZon22)

Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa
Host : 11.00 – 12.20 tgh. (Sesi Selari 1)
Moderator 2.00 – 5.00 ptg. (Sesi Selari 2)

Admin : IPGK Tawau / IPGK Kent (11.00 – 12.20 tgh.)
: Dr. Rozani Ahmad (2.00 – 3.30 ptg.)
: Dr. Rosnah Jamba (3.30 – 5.00 ptg.)
: Pn. Rajunah Radin

: Muhammad Fikri Bin Affendi (PISMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : : https://meet.google.com/rud-wcxz-bsp

BILIK GM 3

BIL SESI SELARI 1 TAJUK / INSTITUSI
MASA PEMBENTANG / PENULIS

1 11.00 Yusmail Bin Jusup Aplikasi Model Addie Pembangunan Modul
11.20 am Pembelajaran Berasaskan Projek Stem Literasi
Tenaga Murid Sekolah Rendah

Ipg Kampus Tawau

11.20 Muhammad Norsalam Bin Mengukuhkan Hafazan Surah Pilihan Murid Tahun
2 11.40 am Norselin
4 Menggunakan Aplikasi
‘E-Ngat’

Institut Pendidikan Guru

Kampus Darul Aman

11.40 Azzuhri bin Busu Leman Improving Unparallel Thesis Statement In Muet
3 12.00 pm Essays Through 4mcpe Strategy Among Form Six
Students
12.00 Aman Shah Syed Ali
4 12.20 pm Zamri Mahamod Sekolah Menengah All Saints
Mohammed Azlan Mis 88805 Kota Kinabalu, Sabah

Tahap Kebolehgunaan Modul Mengarang Atas-K
Dalam Kalangan Murid Etnik Bajau Di Daerah
Semporna, Sabah

IPG Kampus Tawau
Fakulti Pendidikan, UKM
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UKM

SESI SELARI 2

2.00 Rosinah binti Edinin, Gaya Kepimpinan Transformasi Dan Kepuasan
5 2.20 pm Adeline Leong Suk Yee & Bekerja Dalam Kalangan Anggota Khidmat Pelanggan
Hapsah binti Magit (Akp) Di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,
2.20 Tuaran, Sabah
6 2.40 pm
2 & 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
2.40
7 3.00 pm Mohd Shaffique Bin Abd Kahar My Magic Iqra’

8 3.00 & Syed Mohd Hafiz Bin Said
3.20 pm
Edin Sk. Sandau, Kinabatangan
3.20
9 3.40 pm Patronella bte William Yaw Cam Paz-Map Ca Z: Meningkatkan Penghafalan Dan
Kefahaman Murid Dalam Ujian Kation
3.40 Elkah @ Ekah Binti Molukim
10 4.00 pm SMK Tinusa, Sandakan
Nur Adlina Binti Mohd Nazri,
11 4.00 Nadia Nabila Binti Yusup, 5 Minit Superkek
4.20 pm & Thillai Kumar A/L Pathatalli
4.20 Pusat Tingakatan Enam SMK Usukan, Kota Belud

12 4.40 pm “Find Yours”: Aplikasi Firebase Menyelesaikan
Masalah Kehilangan Barang
13 4.40
5.00pm Kolej Matrikulasi Labuan

Ashairi Suliman1, Mohamed Scrutinising Teachers’ Experience In The Malaysian
Yusoff Mohd Nor2 & Melor Dual Language Programme (Dlp) Implementation
Md Yunus3 Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak1, Universiti
Kebangsaan Malaysia2,3

Wirda Diyana binti Wan Meningkatkan Penguasaan Penambahan Dan
Ibrahim Penolakan Integer Menggunakan Blok 3d Berwarna

Noorsiah binti Laani Smk Agama Keningau

Shirley Kong Hwei Ming & Nb: Mengukuhkan Kemahiran Menganalisis
Samri bin Chongo Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Aliran Sains
Sosial
Di SM All Saints

Sekolah Menengah All Saints
Kota Kinabalu

Using Scratch To Increase Students’ Achievement
And Motivation Toward Solar System

IPG Kampus Pulau Pinang

17

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON

SABAH (SepZon22)

Tarikh : 27 Oktober 2022 (Sesi Selari 3)
Masa : 8.00 – 10.00 pg.

Host 10.30 – 11.50 pg.
Moderator
(Sesi Selari 4)
Admin
: IPGK Kent (8.00 – 9.00 pg.)
: Dr. Salina Abdullah Sangguro

: Dr. Ng Lee Fong
(9.00 – 10.00 pg.)

: Dr. Suraya Hani Zakaria
(10.30 – 11.50 pg.)

: Muhammad Nu A'im Bin Khairol Anuar (PISMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : https://meet.google.com/rud-wcxz-bsp

BILIK GM 3

BIL SESI SELARI 3 TAJUK / INSTITUSI
MASA PEMBENTANG / PENULIS

1 8.00 Musliha Ismai, Kbat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
8.20 am Nik Zul Azhar Nik Hassan Bahasa Arab

Ipg Kampus Tun Abdul Razak

2 8.20 Zulkifle Bin Mohamad Pendekatan Pembelajaran Modular Bagi
8.40 am Topik Ungkapan Algebra Dan Graf Fungsi

8.40 SMK Agama Keningau, Sabah
3 9.00 am
Penggabungjalinan Kaedah Kmr Prestemsi
4 9.00 Mazleezah Binti Abdul Muthalib (Pengintegrasian Kemahiran Reka Bentuk
9.20 am
Pendidikan Stem Secara Inkuiri
Dalam Subjek Reka Bentuk & Teknologi (Rbt)
Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Pulau
Pinang

Azrin Jalasi Pembangunan Aplikasi Carian Homestay
Ramdan Ali Mesra Muslim Di Sabah: Sebagai Contoh
Projek Dalam Kursus Rancangan Pemasaran

Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota
Kinabalu, Sabah

18

5 9.20 Voo Lee Ha Assessing Inquiry Learning Process In
9.40 am Hayati Mohd Abd.Ghani Learning Nanotechnology Units In Secondary
School In Kota Belud District Using The
6 9.40 Community Of Inquiry Framework
10.00 am
Universiti Malaysia Sabah
7 10.30 Adaptasi Teknik Pengucapan Awam
10.50 am Membantu Meningkatkan Kemahiran
Berkomunikasi Plo 4, Pelajar Diploma
8 10.50 Vokasional
11.10 am
Kolej Vokasional Klang
9 11.10
11.30 am SESI SELARI 4

10 11.30 Lawrence Law Sze Yung Penggunaan Hisdicom Dalam Pdpr Sejarah
11.50am Sekolah Rendah

Mad Rosli Saraamu (Ph.D) Ipg Kampus Batu Lintang
Abdul Hamid Abdul
Rahim (Ph.D) Amalan Pengajaran Guru Dan
Nordin Bula (Ph.D) Penguasaan Kemahiran Membaca,
Ismail Husin (Ph.D) Menulis Dan Mengira (3m) Bagi Kanak-
Halimatussadiah Mad Kanak Tanpa Negara Di
Saad (Ph.D) Sekolah Alternatif

Ramlan Mala IPG Kampus Tawau
Seminar Sunari
Falawangi Lahama Refleksi Praktikum Pelajar
Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan Institut Pendidikan
Guru Zon Sabah

IPG Kampus Tawau

Musirin Bin Mosin Kaedah Kontekstual Dalam
Hennylie Liau Pengajaran Sejarah

Fakulti Psikologi Dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

19

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON

SABAH (SepZon22)

Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa
Host : 11.00 – 12.20 tgh. (Sesi Selari 1)
Moderator 2.00 –5.00 ptg. (Sesi Selari 2)

Admin : IPGK Keningau (11.00 – 12.30 tgh.)
: Dr. Liong Kon Thai (2.00 – 3.30 ptg.)
: Dr. Roziah Rusdin (3.30 – 5.00 ptg.)
: Dr. Dayang Radiah

: Rifqi Khuarizmi Bin Ruhisyam (PISMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : https://meet.google.com/dvf-gnno-kup

BILIK GM 4

SESI SELARI 1

BIL PEMBENTANG / TAJUK / INSTITUSI
MASA PENULIS

1 11.00 Siti Nur Azizah Pendidik Dalam Perspektif Al-Qur’an & Hadist
11.20
am Mahasiswi Fakultas Agama Islam
Universitas Dharmawangsa
Indonesia

2 11.20 Jahidih Saili OGA APPS: Markah di Hujung Jari
11.40 Chung Fui Han
am 1 Universiti Teknologi MARA Cawangan
Sabah, Kampus Kota Kinabalu
3 11.40
12.00 Improving The Teaching And Learning Of
pm Computation Process In Solving Mathematics
(M) Linear Programming Problems Using
Simplex Method Through The Use Of Cm-
Cmd Algorithm Among Form Six Students

SM All Saints Kota Kinabalu

20

4 12.00 Anis A’fifa Mohamad Amini, Meningkatkan Kemahiran Mengenal Dan
12.20 Dr. Ahmad Tamizi Abu Menyebut Huruf Hijaiyah ،،\ ،
pm
،\،، ،\ ،، ، \ ، Berbaris Fathah ( ،،)

Menggunakan Super Kid Hijaiyah Untuk Murid

Tahun 1

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

SESI SELARI 2

Daniel Ariff Bin Misbah Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kaedah
5 2.00 Bermain Dalam Pembelajaran Dan
Pengajaran Di Sekolah Rendah Sekitar
2.20 pm Daerah Beluran

Nirwana Binti Harun Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran

6 2.20 Dr Nordin bin Hj Bula Penggunaan Kad Dalil Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Jawi Mampu Meningkatkan
2.40 pm Penguasaan Pelajar Tahap Satu Sk Pekan
Mengenal Dan Menulis Huruf Jawi Tunggal
Adeline Joprine Dengan Lebih Kemas
7 2.40
Sk Pekan Lahad Datu
3.00 pm Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Ratizah Binti Sala, Kad Permainan Pinteja Meningkatkan
Penguasaan Ejaan Bahasa Melayu
8 3.00 Abdul Halim Tamuri
Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu.
3.20 pm
Cabaran Pengintegrasian Kemahiran
Stephanie Sungkim, Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam
Kalangan Guru Pendidikan Islam
9 3.20 Mohd. Zaki bin Ishak
Universiti Kebangsaan Malaysia
3.40 pm
The Relationship Between Teacher Readiness
And Teacher’s Attitudes Towards Secondary
Schools Quantum Physics Teaching Among
Physics Teachers In Sabah

Universiti Malaysia Sabah

21

10 3.40 Muhammad Faiz Bin Salleh Hubungan Antara Pengetahuan Dan Amalan
Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong

4.00 pm Terhadap Kaedah Pembelajaran Hands On

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pendidikan Islam

Open University Malaysia (OUM)

Richeal Phil Thien Kim 1 Keberkesanan Penggunaan Visualiser Dalam
11 4.00 Almasiah Binti Hassan2, Pembelajaran Fungsi Kuadratik Untuk
4.20 pm Loretta @ Lily Polus3. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Mohd. Faizal bin Norwen4 (Kbat)

IPG Kampus Tawau
JPN Sabah

Azizul bin Abdul Aziz Kit Segi Tiga Osem’

12 4.20 Syaheela Atikah binti Hashmi

4.40 pm SK Bukit Lanjan (A) SK (2) Petaling Jaya

Jamilah Ahmad1, Kesan Modul Pispp Terhadap Pemikiran Sains
Keusahawanan Murid Tahun Lima Di Sekolah
13 4.40 Nyet Moi Siew2 Bandar
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,
5.00 pm Universiti Malaysia Sabah

22

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON
SABAH (SepZon22)

Tarikh : 27 Oktober 2022
Masa
: 8.00 – 10.00 pg. (Sesi Selari 3)
Host 10.30 – 11.50 pg. (Sesi Selari 4)
Moderator
: IPGK Keningau (8.00 – 9.00 pg.)
Admin : Dr. Liong Kon Thai (9.00 – 10.00 pg.)
: Dr. Roziah Rusdin (10.30 – 11.50 pg.)
: Dr. Dayang Radiah

: Fatien Awatiff Binti Nor Azmawi (PSIMP PAI 4 ambilan Jun 2022)

Pautan : https://meet.google.com/dvf-gnno-kup

BILIK GM 4

BIL SESI SELARI 3 TAJUK / INSTITUSI
MASA
PEMBENTANG /
1 8.00 PENULIS
8.20 am
Ruhana Venel Nopopkad
Natasha Nasir Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran

2 8.20 Mohd Adil Makmur Isu-Isu Psikologi Abnormal Dalam
Kalangan Pelajar Di Malaysia
8.40 am
Universiti Malaysia Sabah

Nadirah binti Mohamad Sarif Pro Tajwid 5-I: Penguasaan Konsep

3 8.40 Hukum Nun Sakinah Dan Tanwin

9.00 am

SK Taman Daya, Johor Bahru, Johor

Erny Julia Binti Abdullah

4 9.00 Kamal 1 Tahap Motivasi Pelajar Dalam
Siti Khadijah Binti Ahmad Mempelajari Topik ‘Molecules Of Life’

9.20 am Khairi 2 Dengan Menggunakan Bio-Der:
Gamifikasi ‘Digital Escape Room’
Noor Shazwani Binti Abu

Bakar 3 Kolej Matrikulasi Selangor

Munirah Binti Ahmad 4

23

Clora Ansu Penggunaan Peta I-Think Dalam
5 9.20 Meningkatkan Kefahaman Pelajar
Tingkatan 5 Bagi Menguasai Konsep
9.40 am “Asas Nilai Moral”

SMK Nambayan, Tambunan, Sabah

Ammani A/P Jeya Pirathaba The Effectiveness Of 3fo In Enhancing

6 9.40 Speaking Competence

10.00 am

Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi

Baru 2

SESI SELARI 4

Iffah Aiman Binti Ahamad Keberkesanan Inovasi Digital Kanak Bagi

7 10.30 N Siva Perumal Murid SJKC

10.50 am Narayanan

IPG Kampus Bahasa Melayu

Chiam Sun May, PhD Kajian Keberkesanan Bengkel Dalam

8 10.50 Chin Chee Keong, PhD Talian IBSE

11.10 am Ainon bt Hadim

Loretta @ Lily Polus Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,

Low Kee Sun Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku

Normadiah bt Bokoh Bainun,

Tan Cho Chiew Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Mohamad Firdaus Bin Matsushita Leadership And Clinical

9 11.10 Ghozali, Leadership: An Alternative Approach To

11.30 am Richeal Phil Thien Kim How Leadership In School Digitalization: A

Concept Paper

Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
IPG Kampus Tawau

10 Hemarani A/P Munisamy Teknik ‘Hotchaful’ Meningkatkan

11.30 Pelibatan Aktif Bagi Murid Bermasalah

11.50am Pembelajaran Dalam Kursus

Dandanan Rambut

SMPK Vokasional Indahpura, Johor

24

Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Seminar Penyelidikan Pendidikan
Peringkat Kebangsaan Zon Sabah Tahun 2022

(SepZon22)

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Dr. Najamuddin bin Hj. Bachora
Pengerusi Bersama (Pengarah IPGK Tawau)

Timbalan Pengerusi : Dr. Gerturude Jock
Penyelaras Program (Pengarah IPGK Gaya)
Penyelaras Program Bersama
:
Timbalan Penyelaras 1 (Pengarah IPGK Kent)
Timbalan Penyelaras 2
Setiausaha 1 : En. Doti Asing
Setiausaha 2 (Pengarah IPGK Keningau)
Bendahari : Dr. Lina bt. Thomas @ Tupang
Urusetia (Timbalan Pengarah IPGK Tawau)
: Dr. Abdul Hamid bin Hj. Abdul Rahim

(Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan &
Inovasi, IPGK Tawau)
: Dr. Widayati bt. Harun
(Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan &
Inovasi, IPGK Gaya)
: Dr. Saimin Ginsari
(Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan &
Inovasi, IPGK Kent)
: Dr. M.Nadarajan a/l Manickam
(Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan &
Inovasi, IPGK Keningau)
: Dr. Mohd. Hanip bin Hasan
(Timbalan Ketua Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi, IPGK Tawau)
: Dr. Hj. Nordin bin Bula
: Dr. Mad Rosli bin Saraamu
: Pn. Titi bt. Abdul Razak
Pn. Jamilah bt. Ahmad
: En. Muhammad Idris bin Musa
(Penolong Akauntan)
: Pn. Fazura bt. Othman
Pn. Noorazlinah bt. Sarapah
Pn. Norlizan bt. Oto
Pn. Sirianti bt. Abdul Rahil
En. Syam Indera bin Suratman

25

Jawatankuasa Pelaksana

AJK Pengumpulan Abstrak
1. Dr. Mohd. Asri bin Ispal (K)
2. Pn. Flora Hon Claudius (PK)
3. En. Rishijeet Singh Sekhon
4. Pn. Dg. Fatimah bt. Awang Taib
5. Pn. Suhaila bt. Harun

AJK Pengumpulan Artikel Penyelidikan dan Buku e-Prosiding
1. Pn. Normadiah bt. Bokoh (K)
2. Pn. Loretta @ Lily Polus (PK)
3. En. Mohd. Shahbudin bin Che Nawi
4. Pn. Almasiah bt. Hassan
5. Pn. Aminah bt. Puyong
6. En. Mohd. Hashim bin Abu
7. En. Yusmail bin Jusop

AJK Teks Ucapan, Kata Aluan dan Aturcara
1. En. Sukran bin Nalamin (K)
2. En. Mazania bin Kasimin (PK)
3. Pn. Hjh. Patimah bt. Dulah

AJK Bacaan Doa
1. En. Hamli bin Salleh (K)
2. Ust. Khalid bin Sa’at @ Jamil (PK)

AJK Pengacara Majlis
1. Ust. Khalid bin Sa’at @ Jamil (K)
2. Pn. Jamilah bt. Ahmad (PK)

AJK Ucaptama
1. Dr. Mohd. Nazmi bin Desa (K)
2. En. Richeal Phi Thien Kim How (PK)

AJK Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan Seminar
1. En. Khairul Zamri bin Othman (K)
2. Pn. Noor Hafizah bt. Ahmad (PK)
3. En. Aman Shah bin Syed Ali
4. En. Richeal Phi Thien Kim How
5. Dr. Mad Rosli bin Saraamu

AJK Siaran Langsung, Rakaman Video dan Fotografi
1. Dr. Ahmadi bin Abdul Wahab (K)
2. En. Shahrul Azrin bin Ayub (PK)
3. En. Rio Amri bin Ahmad
4. En. Yusly bin Salleh
5. En. Jamri bin Abdul

AJK Pendaftaran dan Cenderahati
1. Ust. Wan Azmi bin Wan Omar (K)
2. En. Samsuddin bin Sulaiman (PK)
3. Pn. Fazliaton bt. Ahmad

26

4. Pn. Nurul Farhana bt. Abd Rahman

AJK Sijil dan Poster Seminar
1. En. Haripin bin Kaping (K)
2. Pn. Esther Kwe Choi Lean (PK)

AJK Pelaporan Pembentangan dan Resolusi Seminar
1. Ustz. Sharifa bt. Samsudin (K)
2. Ustz. Dr. Halimatus Saadiah bt. Mat Saad (PK)
3. Dr. Ismail bin Husin
4. Pn. Siti Norfauziana bt. Mohd. Sah

AJK Buku Program
1. Dr. Hj. Ramlan bin Mala (K)
2. En. Hairi bin Yahya (PK)
3. En. Mhd.Yusuf bin Zakaria

AJK Pengurusan Sesi Pembentangan
1. Pn. Latifah bt. Monnas (K)
2. Dr. Rosnah bt. Jamba (PK)
3. Dr. Rozani bt. Ahmad
4. Pn. Rajunah bt. Radin
5. Mohd. Fikri bin Mohd Amin Sabidol
6. Dr. Rahmah Ghani (IPGK Gaya)
7. Dr. Ngui Geok Kim (IPGK Gaya)
8. Dr. Joanna Ting Hie Ping (IPGK Gaya)
9. Dr. Salina Abdullah Sangguro (IPGK Kent)
10. Dr. Ng Lee Fong (IPGK Kent)
11. Dr. Suraya Hani Zakaria (IPGK Kent)
12. Dr. Saimin Ginsari (IPGK Kent)
13. Dr. Liong Kon Thai (IPGK Keningau)
14. Dr. Roziah Rusdin (IPGK Keningau)
15. Dr. Dayang Radiah (IPGK Keningau)

AJK Penyediaan Studio Seminar
1. Pn. Fazura bt. Othman (K)
2. En. Mohd. Hanafiah bin Ahmad (PK)
3. En. Mohammad Aizam bin Azis
4. En. Emir Hamzah Bin Ahmad
5. En. Norazme bin Sarapah
5. En. Hairul Azmi bin Mokhtar
6. En. Darman Shah bin Abdul Rahman

AJK Teknikal dan Laman Web
1. Pn. Chin Chien Ping (K)
2. Pn. Rimi bt. Abd. Azis (PK)
3. En. Mohd Nizam bin Mohd. Nazri
4. En. Syam Indera bin Suratman
5. Sariyawan bin Sarijo
6. En. Taufiq bin Abdul Latif (IPGK Gaya)
7. Dr. Kok Boon Shiong (IPGK Kent)
8. Yazeed Tuah (IPGK Keningau)
9. Imbran Saari (IPGK Keningau)

27

AJK Event / Floor Manager
1. En. Iswandy bin Selamat @ Selama (K)
2. Dr. Mad Rosli bin Saraamu (PK)
3. Dr. Shukiman bin Sukardi (IPGK Gaya)
4. Dr. Maspi Peran (IPGK Kent)
5. Albert Mark Maguring (IPGK Keningau)
6. Dr. Rayner Tangkui (IPGK Keningau)
AJK Jemputan, Promosi dan Media
1. En. Falawangi bin Lahama (K)
2. Dr. Hj. Nordin bin Bula (PK)
3. Pn. Norlizan bt. Oto
AJK Kolaborasi / Penajaan
1. En. Iswandy bin Selamat @ Selama (K)
2. Dr. Mohd. Hanip bin Hj. Hasan (PK)
3. Ust. Wan Azmi bin Wan Omar
4. Dr. Hj. Ramlan bin Mala
AJK Makan / Minum
1. Pn. Hatimah @ Hasrul Hatimah bt. Ag. Damit (K)
2. Pn. Suriana bt. Hussin (PK)
3. Pn. Rosnani bt. Abdul Semin
Catatan:
K: Ketua
PK: Penolong Ketua

28

HIMPUNAN ABSTRAK

HUBUNGAN KEFAHAMAN DAN SIKAP TERHADAP KENDIRI PELAJAR

Syahrul Nizam Bin Salam1, Abdul Said Ambotang2, Ghazali Sulaiman3, Christina Andin4

1Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, UMSKAL
2,4Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS

3Institut Aminuddin Baki, Cawangan Kota Kinabalu.

[email protected]

ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan kefahaman konsep ekonomi (KKE)
dan sikap terhadap ekonomi (STE) terhadap konsep kendiri pelajar (KP) peringkat Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah
kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian serta melibatkan
seramai 150 responden melalui teknik pensampelan berperingkat. Analisis inferensi
menggunakan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan hubungan tahap kefahaman
konsep ekonomi (KKE) adalah tinggi. Manakala tahap sikap terhadap ekonomi (STE) adalah
sederhana tinggi. Sementara, tahap kendiri pelajar (KP) pula, juga adalah sederhana tinggi.
Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kefahaman konsep ekonomi (KKE) dan sikap terhadap ekonomi (STE) dengan kendiri
pelajar (KP). Kajian ini mencadangkan, konsep kendiri pelajar (KP) perlu sentiasa
dititikberatkan agar pencapaian dan prestasi pelajar ekonomi STPM sentiasa meningkat dan
berdaya saing bagi memudahkan pelajar melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

NB: MENGUKUHKAN KEMAHIRAN MENGANALISIS DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM ALIRAN SAINS SOSIAL
DI SM ALL SAINTS

Noorsiah binti Laani
Sekolah Menengah All Saints,Kota Kinabalu.

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk membantu pelajar mengatasi beberapa masalah ketika
berhadapan dengan soalan aneka pilihan dalam subjek Bahasa Melayu aspek tatabahasa.
Kajian ini melibatkan sepuluh orang pelajar Tingkatan Enam aliran Sains Sosial di SM All
Saints iaitu sembilan pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki. Tinjauan awal
dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja pelajar. Antara masalah
yang dihadapi ialah pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci dan kehendak soalan,
pelajar tidak dapat mengaitkan kata kunci dalam soalan atau pernyataan dengan sumber
rujukan (nota atau buku rujukan). Bagi mengatasi masalah ini, saya memperkenalkan Nota
Bimbingan (NB), iaitu panduan untuk menjawab soalan yang menekankan kemahiran
menganalisis berasaskan kemahiran berfikir Model R. Swartz dan Sandra Parks (1993).
Objektif kajian adalah untuk mengkaji bagaimana NB membantu pelajar mengukuhkan
kemahiran menganalisis, menghuraikan penggunaan NB dalam mengukuhkan kemahiran
menganalisis dan mengkaji keberkesanan NB dalam mengukuhkan kemahiran
menganalisis. Metodologi kajian melibatkan pemerhatian, temu bual, Ujian I dan Ujian II.
Data dianalisis secara manual untuk menjana kod dan tema. Dapatan kajian menunjukkan

29

bahawa NB mengukuhkan kemahiran menganalisis dalam kalangan pelajar.. Refleksi kajian
menunjukkan perubahan sikap positif pelajar, peningkatan prestasi pelajar dan pengajaran
berpusatkan pelajar.
Kata kunci: Kemahiran Menganalisis, Tatabahasa, Bahasa Melayu

KIT SEGI TIGA OSEM
Azizul bin Abdul Aziz1, Syaheela Atikah binti Hashmi2

1SK Bukit Lanjan (A)
2SK (2) Petaling Jaya
[email protected]

ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sering berubah mengikut keperluan.
Penekanan kemahiran operasi matematik melibatkan anu memerlukan kreativiti dan inovasi
guru yang dikongsi bersama murid supaya berjaya merangsang minat murid terhadap topik
tersebut. Hal ini kerana kemahiran operasi matematik melibatkan anu menjadi suatu
masalah bagi murid untuk dikuasai dan guru juga mengalami masalah untuk membantu
proses pemahaman murid bagi topik ini. Kit Segi Tiga Osem’ merupakan satu kaedah dan
juga projek inovasi bagi menyelesaikan operasi matematik yang melibatkan anu. Kit Segitiga
Osem' dilengkapi dengan Kad Segi Tiga Osem’ dalam bentuk papan putih mini, Kad soalan
Osem’, Kad kod QR permainan interaktif, pen marker, pemadam papan putih serta manual
penggunaan. Kit Segi Tiga Osem’ adalah fleksibel, menarik, mudah alih dan sangat
berfungsi sebagai bahan pengajaran dan sumber yang memenuhi elemen pembelajaran
abad ke-21. Selain itu, kit ini juga dapat menerapkan pembelajaran secara visual, sangat
mudah difahami dan boleh diaplikasikan untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
melibatkan anu. Murid juga dapat selesaikan soalan operasi matematik melibatkan anu
dengan mudah dan tepat. Produk ini berpotensi untuk disebarluaskan penggunaannya dan
dikomersialkan di pasaran luar kerana produk yang dihasilkan ini terbukti memberi impak
yang besar kepada murid, guru bahkan sekolah dalam usaha mengembangkan potensi
murid secara lebih bermakna.
Kata kunci: gambar rajah segi tiga, anu, operasi matematik

30

MENINGKATKAN PEMAHAMAN TOPIK SIFAT-SIFAT HURUF DENGAN
MENGGUNAKAN ALAT “PELUNCUR SIFAT HURUF (PSH)”
DALAM KALANGAN PELAJAR 4 KKQ
DI SEKOLAH SMKA KENINGAU

Nor Azian Binti Sapiai
SMK Agama Keningau

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk berikhtiar bagi
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kumpulan sasaran
bagi kajian saya ialah pelajar Ting 4 yang mengambil mata pelajaran Kelas Khas Kemahiran
Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ). Saya memfokuskan kepada bidang Tajwid di
dalam topik Sifatul Huruf. Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian di dalam
kelas, topik ini mempunyai banyak istilah dan mengelirukan. Justeru, bagi memperbaiki
amalan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar, saya telah memperkenalkan
penggunaan alat ‘Peluncur Sifat Huruf’ (PSH) yang bertujuan membantu pengajaran guru
dan meningkatkan pemahaman pelajar. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih untuk
menggunakan alat PSH ininuntuk mengenalpasti sifat-sifat huruf Hijaiyyah. Guru memulakan
dengan meminta pelajar mengenalpasti empat sifat huruf tertentu seperti berikut, iaitu huruf “
fa, qaf, lam dan jim’. Dalam masa 8-10 saat pelajar boleh menyenaraikan sifat-sifat huruf
dengan cepat dan betul. Pelajar sangat teruja dan seronok menggunakan alat PSH ini.
Justeru, alat ini juga dapat menambah pemahaman pelajar dan dapat dijadikan sebagai alat
bantu mengajar yang berkesan dalam menambahbaik amalan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar di dalam kelas.

Kata kunci : Sifat-sifat huruf, Peluncur Sifat Huruf (PSH), KKQ

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SCAFFOLDING TERHADAP KEMAHIRAN
PENULISAN TAAKULAN (REASONING) SEJARAH PELAJAR TINGKATAN 6 I

BANDAR UTAMA

Marlyn Omar1, Anuar Ahmad2

1Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama
2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (KPM 2013) telah dilancarkan
dengan salah satu hasrat supaya setiap kanak-kanak akan menguasai pelbagai jenis
kemahiran kognitif-kognitif yang penting. Hal ini termasuklah pemikiran kritis, penaakulan,
pemikiran kreatif dan inovasi. Keperluan dunia pendidikan pada hari ini adalah untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai kemampuan yang seimbang untuk bersaing di
peringkat global. Kemampuan ini perlulah disokong melalui pengalaman pembelajaran
dalam semua mata pelajaran di sekolah termasuklah mata pelajaran Sejarah. Kajian
bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran scaffolding melalui pendekatan pembelajaran

31

konstruktivisme terhadap kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning) Sejarah pelajar
tingkatan enam. Kajian dijalankan terhadap 100 orang pelajar tingkatan enam di Bandar
Utama. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk kajian kuasi
eksperimen iaitu melibatkan soal selidik dan soalan esei. Dapatan kajian mendapati bahawa
prestasi pemahaman bagi sampel kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan
sampel kumpulan kawalan. Selain itu, analisis terhadap soal selidik untuk melihat hubungan
yang signifikan bagi keberkesanan penggunaan kemahiran penulisan ayat taakulan
(reasoning) Sejarah pelajar tingkatan enam dalam kumpulan rawatan adalah berada pada
tahap sederhana. Melalui kajian ini dapatlah dilihat bahawa penambahbaikan dapat
dilakukan jika kaedah ini diintegrasikan dengan penggunaan teknologi. Teknologi dilihat
mampu meningkatkan minat sekaligus membantu pelajar mengembangkan kefahaman
mereka terhadap topik mata pelajaran Sejarah tingkatan enam.
Kata kunci : Pembelajaran Scaffolding, Kemahiran Penulisan, Taakulan (Reasoning)
Sejarah

KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB

Musliha Ismail, Nik Zul Azhar Nik Hassan
IPG Kampus Tun Abdul Razak

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman guru tentang kemahiran berfikir aras tinggi
dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Selain itu ia mengenal pasti strategi dan aktiviti yang
menerapkan KBAT oleh guru-guru praktikum dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Arab. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunapakai kaedah temubual,
pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengutip data. Peserta kajian terdiri daripada 4
orang guru praktikum yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab dan menjalani praktikum
Fasa I di 2 buah sekolah kebangsaan di bahagian Samarahan, Sarawak. Hasil kajian
mendapati bahawa guru praktikum mempunyai kefahaman yang baik tentang KBAT.
Strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pula terdiri daripada
penyoalan aras tinggi dan strategi pembelajaran secara berkumpulan. Antara aktiviti KBAT
yang telah dilaksanakan terdiri daripada pembinaan peta i-think, mengkategori dan
menyempurnakan ayat bahasa arab dengan soalan yang disediakan oleh guru. Murid akan
menganalisis perkataan dari segi muzakkar dan muannasnya seterusnya menjawab soalan
yang diberikan.Murid juga membina buku skrap daripada bahan-bahan mudah dan
mewarnakannya mengikut citarasa masing-masing. Diharapkan kajian ini dapat diteruskan
untuk melihat perkembangan dan kemajuan guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan
KBAT ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kata kunci: kefahaman, strategi, aktiviti

32

NOPOPKAD

Ruhana Venel Natasha Nasir
Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghafal dalam kalangan pelajar 6
Dedikasi 2 dengan menggunakan NOPOPKAD bagi penulisan esei. Sampel kajian
melibatkan seramai 27 orang pelajar. Tinjauan awal telah dibuat melalui Praujian yang
diberikan menunjukkan pelajar gagal menguasai fakta. Kajian tindakan ini berfokus kepada
meningkatkan penguasaan fakta dalam kalangan pelajar bagi tajuk Pembangunan Insan Jati
Diri bagi novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Justeru, pelajar telah diterapkan dengan
pendekatan pembelajaran menggunakan pendekatan NOPOPKAD sebagai usaha
meningkatkan kemahiran dalam fakta. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar. Melalui kaedah tersebut pelajar dapat menggabungjalinkan kemahiran
kognitif, afektif dan psikomotor mereka menerusi penghasilan NOPOPKAD. Tuntasnya, hasil
dapatan telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap fakta telah
meningkat dan sekaligus mencapai objektif kajian yang disasarkan.

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI KAEDAH FLIPPED CLASSROOM

Mohd. Fadzly Bin Wasriep
Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Flipped classroom ialah kaedah pengajaran yang memberi tumpuan kepada sesi
pembelajaran murid di luar kelas. Kaedah berpusatkan murid ini membantu murid untuk
mendapatkan gambaran awal tentang tajuk yang akan dipelajari di dalam kelas. Penulisan
ini akan membincangkan dapatan kajian berkaitan aspek-aspek pembelajaran aktif melalui
kedah Flipped classroom. Sebuah kajian kes telah dijalankan di empat buah sekolah
rendah. Kajian ini disertai oleh empat orang guru cemerlang untuk melihat aplikasi kaedah
flipped classroom di dalam pengajaran subjek sains sekolah rendah. Antara dapatan penting
daripada kajian kes ini ialah penekanan aspek pembelajaran aktif yang dapat dilihat di fasa-
fasa pelaksanaan flipped classroom. Fasa tersebut merangkumi fasa sebelum, semasa, dan
selepas flipped classroom. Intisari pembelajaran aktif tersebut ialah, pencarian maklumat
pada fasa sebelum flipped classroom, penghasilan projek sains semasa flipped classroom,
dan pembentangan projek selepas flipped classroom. Kajian ini memerlukan pengujian lebih
meluas secara kualitatif mahupun kuantitatif di konteks lain peringkat sekolah rendah. Hal ini
adalah untuk menambahkan pemahaman tentang bagaimana kaedah flipped classroom
diaplikasi di sekolah rendah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains.

Kata kunci: Flipped classroom, Sains

33

PEMIKIRAN REKA BENTUK DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU MEMBANTU
MURID BERFIKIR DENGAN LEBIH KRITIS DAN KREATIF

Khairul Ekmal Bin Roselee
Sk Pokok Sena, Pulau Pinang

[email protected]

ABSTRAK
Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek teras yang mesti diikuti oleh murid-murid. Bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi kebangsaan yang berfungsi sebagai bahasa komunikasi
utama dalam negara. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
melahirkan hasrat untuk memartabatkan mata pelajaran Bahasa Melayu melalui inovasi.
Revolusi Perindustrian 4.0 telah banyak memberi kesan terhadap kehidupan kita. Sektor
pendidikan juga tidak terkecuali dalam menerima agenda perubahan ini. STEM merupakan
agenda utama pendidikan pada masa kini kerana ianya melibatkan kemahiran berfikir yang
lebih tinggi serta penerokaan pembelajaran yang lebih holistik. Pembelajaran berasaskan
projek amat digemari oleh murid-murid kerana ianya melibatkan aktiviti Hands On, KBAT
dan menarik. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Dalam
Subjek Bahasa Melayu dicipta bagi menarik kembali minat murid terhadap subjek Bahasa
Melayu. Tambahan pula, pendekatan ini juga merupakan satu platform untuk murid-murid
menghasilkan atau mencipta inovasi berdasarkan isu. Uniknya pendekatan ini kerana ianya
melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam menyelesaikan isu yang
dibincangkan. Memandangkan Pentaksiran Bilik Darjah menjadi medium utama dalam
pentaksiran kepada
murid-murid, pendekatan ini amat sesuai diterapkan kerana pendekatan ini membantu
murid- murid untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif di samping membentuk murid yang
aktif sewaktu PdP. Kesannya, guru dapat memberi TP yang cemerlang berdasarkan hasil
murid- murid. Pendekatan ini juga amat sesuai digunakan sewaktu PdPr. Banyak impak
yang dapat
dilihat apabila murid-murid menggunakan pendekatan ini. Murid yang pasif menjadi aktif dan
murid yang pendiam menjadi murid yang paling banyak memberikan idea. Kata kunci:
STEM, Pembelajaran Berasaskan Projek, KBAT, Hands On, Inovasi, Pentaksiran Bilik
Darjah

PENDEKATAN PEMBELAJARAN MODULAR BAGI TOPIK UNGKAPAN ALGEBRA DAN
GRAF FUNGSI

Zulkifle bin Mohamad
SMK Agama Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Pengetahuan sedia ada murid dapat mempengaruhi proses pembelajaran di dalam bilik
darjah. Walau bagaimanapun kemampuan murid untuk mengekalkan pengetahuan yang
diperoleh selepas sesi pembelajaran adalah terhad kepada tempoh tertentu sahaja. Kajian
tindakan ini dijalankan bagi menilai kemampuan 25 murid tingkatan satu Al Faruq dalam
menentukan nilai y bagi fungsi bukan linear dari topik Graf Fungsi tingkatan 2 selepas
mempelajari topik Ungkapan Algebra. Data dikumpulkan melalui penilaian formatif

34

menunjukkan murid tingkatan satu mampu menentukan nilai y bagi fungsi tidak linear
berdasarkan jadual nilai yang diberikan. Dapatan kajian ini menunjukkan topik Graf Fungsi
terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran tingkatan 2 boleh
dimodularkan bersama topik Ungkapan Algebra tingkatan 1.

Kata kunci : pendekatan modular, ungkapan algebra, graf fungsi

SU-ISU PSIKOLOGI ABNORMAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Mohd Adil Makmur
Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Psikologi abnormal merupakan fenomena yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat
sama ada secara sedar atau tidak. Keadaan ini berlaku apabila tingkah laku yang
ditunjukkan memberi masalah kepada seseorang atau kehidupan orang lain. Penyakit
psikologi abnormal boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latarbelakang
termasuklah juga pelajar. Pesakit yang mengidap psikologi abnormal akan mengalami
beberapa gangguan mental seperti gangguan kebimbangan, gangguan perasaan, gangguan
personaliti dan gangguan seksual. Salah satu cara dalam mengenalpasti penyakit psikologi
abnormal adalah melalui kognitif - tingkahlaku. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pengetahuan terhadap kesihatan mental dalam kalangan pelajar sangat rendah dan
wujudnya peningkatan kadar penyakit psikologi dalam kalangan pelajar di Malaysia. Justeru,
perlunya pengetahuan yang meluas agar dapat mewujudkan kesedaran tentang bahayanya
penyakit ini jika tidak dipulihkan sedari awal. Intervensi-intervensi yang efektif juga perlu
dipergiatkan agar dapat membantu pelajar yang mengalami masalah psikologi abnormal ini
kembali pulih seperti sedia kala dan dapat menjalankan aktiviti harian mengikut norma-
norma sosial.

Kata kunci : psikologi abnormal, intervensi, pelajar di Malaysia.

BAMBU STIK SEBAGAI ALAT ALTERNATIF DALAM
MENINGKATKAN KREATIVITI MURID.

Roslianna Bily @ Sylvester

SK. St Theresa Tambunan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kreativiti murid dalam aktiviti ukiran oleh
murid-murid Tahun 4 Arif. Seramai 33 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan St
Theresa Tambunan terlibat dan penglibatan seorang guru untuk kajian ini. Tinjauan awal
dilaksanakan melalui temu bual dan pemerhatian. Didapati murid enggan menjalankan
aktiviti mengukir kerana tidak mempunyai alat pengukir. Ini menyebabkan tidak ada kitaran
kreativiti berlaku dalam murid. Murid diperkenalkan alat alternatif iaitu Stik Bambu untuk
menjalankan aktiviti mengukir. Murid diberikan tema dan diberikan masa 4 minggu untuk

35

meneroka alat alternatif iaitu Stik Bambu dan diberi kebebasan memilih bahan untuk diukir.
Hasil temu bual melaui soal selidik menunjukkan berlaku perubahan persepsi terhadap
aktiviti ukiran. Hasil pemerhatian menunjukkan berlaku peningkatan kreativiti hasil-hasil
ukiran yang telah dipamerkan oleh murid.

Kata Kunci: Bambu stik, alat alternatif, kreativiti,

APLIKASI TEKNIK WDEP DALAM TEORI REALITI MENINGKATKAN KESEDIAAN
UNTUK BERUBAH REMAJA TERLIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH: SATU KAJIAN

KES

Sabriah binti Maili @ Mohd Rasli
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi teknik WDEP, iaitu Kemahuan
(Wants), Tindakan dan arah tuju (Doing and Direction), Penilaian (Evaluation) dan
Perancangan (Plan) terhadap kesediaan untuk berubah remaja terlibat penyalahgunaan
dadah. Kaunselor mengaplikasikan teknik WDEP bagi membantu klien memahami
keperluan asas yang tidak dipenuhi dalam diri klien iaitu love and belonging, fun and power.
Klien adalah seorang wanita dan merupakan banduan remaja yang dimasukkan di sebuah
institusi pemulihan di Kota Kinabalu. Klien melalui 8 sesi kaunseling individu, termasuk 1
sesi pra. Setiap sesi mengambil masa 45 minit sehingga 1 jam. Data kajian telah dikutip
menggunakan kaedah kualitatif iaitu berdasarkan sesi kaunseling individu, pemerhatian dan
temu bual. Data Kajian juga disokong dengan dapatan hasil ujian University of Rhode Island
Change Assessment (URICA) bagi melihat kesediaan klien untuk berubah. Analisis data
dilakukan dengan kaedah perbandingan hasil ujian pra dan pasca. Kutipan data kualitatif
dianalisis dalam bentuk naratif berdasarkan transkrip dan dapatan yang dicatat. Kajian ini
telah membuktikan bahawa Teknik WDEP berkesan meningkatkan kesediaan untuk
berubah ke atas klien salah guna dadah. Hasil ujian URICA menunjukkan skor pra 10.0
pada tahap pertimbangan (Contemplation) meningkat kepada 12.2 pada skor pasca iaitu ke
tahap persediaan dan tindakan (Participation and Action).

Kata kunci : Teknik WDEP, Kaunseling Individu, Kesediaan untuk berubah

36

PENGGABUNGJALINAN KAEDAH KMR PRESTEMSI (PENGINTEGRASIAN
KEMAHIRAN REKA BENTUK PENDIDIKAN STEM SECARA INKUIRI DALAM SUBJEK

REKA BENTUK & TEKNOLOGI

(Penulis)

ABSTRAK
Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid
dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini selaras dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi suatu landasan dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dan diperkembangkan
ke arah pembentukan jati diri yang seimbang di samping penerapan ilmu kajian masa depan.
Hasil pemerhatian pihak sekolah mendapati murid-murid tidak berminat dengan kaedah latih
tubi dan pembelajaran berpusatkan guru. Sebagai usaha ke arah merealisasikan usaha ini,
maka tercetus idea menjalankan kajian tindakan ini. Kajian tindakan ini lebih menjurus ke
arah kaedah Penggabungjalinan Kemahiran Mereka Bentuk (KMR) Pendidikan STEM
Secara Inkuiri (PRESTEMSI). Sebanyak 32 orang murid terlibat dalam kajian ini. Hal ini
secara langsung dapat membantu murid – murid menghasilkan projek melalui teknik inkuri,
penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek (PBL). Secara keseluruhannya
didapati penerokaan melalui kemahiran mereka bentuk (KMR) berjaya menarik minat murid
meneroka sesuatu reka bentuk dengan idea yang tersendiri.

Kata Kunci : Penggabungjalinan Kemahiran Mereka Bentuk (KMR) Pendidikan STEM Secara
Inkuiri (PRESTEMSI) dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT)

PRO TAJWID 5-i: PENGUASAAN KONSEP HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

Nadirah binti Mohamad Sarif
SK Taman Daya, Johor Bahru, Johor

[email protected]

ABSTRAK
Masalah tidak menguasai kemahiran konsep hukum nun sakinah dan tanwin iaitu bacaan
dengung dan bacaan tidak dengung dalam kalangan murid sering menjejaskan penguasaan
bacaan dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah. Selain itu, minat dan motivasi
murid juga kurang memberangsangkan dalam subjek Pendidikan Islam. Hal ini sering
menunjukkan tingkah laku introvert semasa sesi pengajaran dan pemudah cara (PdPC).
Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membuat penambahbaikan kepada
amalan guru dalam usaha membimbing murid untuk mengenalpasti hukum bacaan nun
sakinah dan tanwin dengan betul. Penggunaan Pro Tajwid 5-i merupakan inisiatif guru dan
pemudah cara kepada murid mengeluarkan kalimah hukum nun sakinah dan tanwin
daripada al-Quran seterusnya dapat membaca kalimah dengan sempurna. Selain digunakan
sebagai bahan bantu pembelajaran, intervensi Pro Tajwid 5-i juga merupakan medium terapi
untuk merangsang motor halus murid-murid melalui ulangan putaran roda dan putaran kiub.
Model kajian tindakan dengan satu kitaran tindakan-refleksi merangkumi enam langkah
utama iaitu proses memerhati, mereflek,bertindak,menilai, mengubah suai dan merancang

37

tindakan baharu bagi menjawab persoalan kajian. Pengumpulan data dibuat secara kualitatif
seperti pemerhatian tidak berstruktur, rakaman foto dan dokumen hasil kerja murid.
Seterusnya data dianalisis secara penulisan naratif untuk melihat perkembangan bimbingan
yang dijalankan kepada empat orang murid dari kelas tiga Jupiter. Implikasi kajian adalah
penting kepada guru dalam melihat proses pengubahsuaian amalan pengajaran kendiri
dengan menggabungkan kaedah tradisional seperti talaqqi musyafahah dan bahan bantu
mengajar yang dibangunkan iaitu Pro Tajwid 5-i. Perkembangan ini merupakan
pembelajaran utama guru sebagai guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan kemahiran
pedagogi dan penyampaian kandungan pelajaran bagi murid sekolah rendah.

Kata kunci: tajwid, hukum nun mati tanwin, Pro Tajwid 5-i

PENGARUH KEMAHIRAN INSANIAH TERHADAP KEBOLEHGAJIAN PELAJAR-
PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH

Ramdan bin Ali1, Abdul Said bin Ambotang2

1Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu.
2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.

[email protected]

ABSTRAK
Persaingan kerja dalam kalangan tenaga kerja berkolar putih semakin hebat dan lulusan-
lulusan pelajar TVET turut tidak terkecuali di dalam arus persaingan untuk mendapatkan
kerja. Kita disajikan dengan maklumat-maklumat yang membahas soal pengangguran
dalam kalangan pelajar-pelajar IPTA, IPTS mahupun pelajar lulusan TVET termasuk juga
lulusan pelajar Politeknik Malaysia. Banyak saranan agar para pelajar kita perlu memiliki
kemahiran-kemahiran teknikal mahupun kemahiran insaniah untuk survival mereka
dipasaran kerja kelak. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan dan
pengaruh kemahiran insaniah terhadap kebolehgajian pelajar Politeknik Kota Kinabalu
(PKK) yang sedang menjalani latihan industri di seluruh Sabah. Kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set
soal selidik dalam bentuk google form. Seramai 112 orang pelajar PKK yang sedang
menjalani latihan industri di seluruh Sabah telah dipilih sebagai sampel kajian. Data yang
diperolehi dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapatnya hubungan dan pengaruh yang signifikan di antara kemahiran insaniah dengan
kebolehgajian pelajar PKK. Implikasi kajian ini dapat membantu pihak pengurusan politeknik
dan kolej komuniti memperkasakan kurikulum yang sedia ada agar pelajar yang dihasilkan
dapat berdaya saing di pasaran kerja.

Keywords: Kemahiran Insaniah, Keboleh gajian Pelajar, Pelajar Latihan Industri PKK

38

INSTRUCTIONAL STRATEGIES AND ACTIVITIES FOR SECONDARY SCHOOL
QUANTUM PHYSICS IN AN INTEGRATED STEM EDUCATION: A SYSTEMATIC

LITERATURE REVIEW

Laurah Markus

SMK Libaran, Sandakan

[email protected]

ABSTRACT
Integrated STEM education is an emerging approach that has the potential to increase
students’ interest in STEM. However, the adoption of this approach is still lacking at schools
as teachers are not well-versed in integrating STEM education. This paper addresses this
issue by providing a framework for instructional practises and learning activities with an
integrated STEM education approach at a secondary school level by conducting a
systematic literature review to identify the common trust of instructional strategies and
activities through experimental data from previous studies. The findings of this study have
also contributed to the development of the Secondary School Quantum Physics (SSQP)-
STEM Instructional Module. The framework suggested three prominent instructional
strategies, which are inquiry-based learning (IBL) with the 5E learning model, project-based
learning with STEM discipline integration (STEM - PBL), and the Flipped Classroom, while
learning activities include problem-solving activities, STEM PBL tasks, presentations, and
scientific investigation. The proposed framework can benefit teachers in determining
instructional strategies and activities in the classroom and can potentially present integrated
STEM education in teaching and learning. However, further research is required to
determine the effectiveness of these strategies and activities in integrating STEM in teaching
and learning and towards students’ performances.
Keywords: Instructional activities, instructional strategy, integrated STEM education

PEMBANGUNAN APLIKASI CARIAN HOMESTAY MESRA MUSLIM DI SABAH:
SEBAGAI CONTOH PROJEK DALAM KURSUS RANCANGAN PEMASARAN

Azrin Jalasi, Ramdan Ali
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Pensijilan halal masih terhad dalam konteks perkhidmatan di Malaysia. Sebagai contoh, kita
mempunyai pensijilan halal dalam sektor hotel tetapi masih belum mempunyai garis
panduan pensijilan halal dalam sektor homestay. Pada masa ini, tiada garis panduan atau
piawaian halal untuk operasi homestay di Malaysia. Akibatnya, homestay tanpa peraturan
Syariah yang khusus telah menyebabkan konflik dan kesulitan kepada pengunjung Muslim.
Ia menimbulkan keraguan di dalam fikiran pengunjung Muslim apabila mereka berhasrat
untuk mengunjungi homestay, lebih-lebih lagi apabila pemilik homestay bukan beragama
Islam. Oleh itu, bagi mengurangkan konflik, kesulitan dan keraguan dalam kalangan
pengunjung Muslim ke inap desa di Sabah, penyelidik telah membangunkan Aplikasi Carian
Homestay Mesra Muslim ini (Aplikasi MUST). Penyelidik telah membangunkan aplikasi ini
bagi memudahkan pengunjung Muslim mencari homestay mesra Muslim semasa percutian
mereka di Sabah. Dengan menggunakan aplikasi ini, pengunjung beragama Islam boleh
mencari senarai homestay patuh Syariah. Aplikasi ini akan membantu pelancong Muslim

39

tempatan dan antarabangsa. Pada masa ini, tiada aplikasi sedemikian telah dibangunkan
oleh mana-mana penyelidik. Oleh itu, pembangunan Muslim Stay Tracer App (MUST App)
ini adalah amat penting.

Kata Kunci: Homestay, pengunjung Muslim, homestay mesra Muslim, aplikasi carian
homestay

TAHAP MOTIVASI PELAJAR DALAM MEMPELAJARI TOPIK MOLECULES OF LIFE
DENGAN MENGGUNAKAN Bio-DER: GAMIFIKASI ‘DIGITAL ESCAPE ROOM’

Erny Julia Binti Abdullah Kamal, Siti Khadijah Binti Ahmad
Khairi, Noor Shazwani Binti Abu Bakar, Munirah Binti Ahmad

Kolej Matrikulasi Selangor
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap motivasi pelajar dalam mempelajari topik
Molecules of Life melalui gamifikasi Bio-DER. Bio-DER merupakan permainan
‘digital escape room’ dan ia dipilih kerana konsep permainan ini popular dalam
kalangan remaja masa kini. Sampel kajian melibatkan 111 orang pelajar
Modul 1 dan 3 Program Sistem Dua Semester di Kolej Matrikulasi Selangor.
Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian pensyarah ketika sesi PdP
berjalan dalam talian. Hasil pemerhatian pensyarah mendapati pelajar kurang
bermotivasi apabila perlu menggunakan bahan dalam bentuk digital atau
dalam talian. Penerapan elemen gamifikasi dalam PdP diharapkan dapat
mengubah pelajar untuk menjadi lebih bermotivasi. Oleh itu, Bio-DER, sebuah
gamifikasi ‘digital escape room’ telah diperkenalkan kepada pelajar. Pelajar
dikehendaki untuk bermain Bio-DER dan setelah itu, pelajar diminta untuk
menjawab soal-selidik berkaitan tahap motivasi ketika bermain Bio-DER.
Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah soal selidik dengan
menggunakan Google Form. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif,
melibatkan analisis dalam bentuk min, nilai kekerapan dan peratusan. Melalui
analisis data, didapati nilai min keseluruhan bagi 10 item soal selidik berada
pada tahap tinggi iaitu 4.71. Ini membuktikan bahawa gamifikasi Bio-DER
berjaya membangkitkan motivasi pelajar untuk mempelajari topik Molecules of
Life.

Kata Kunci : escape room, gamifikasi, PdP dalam talian

40

TEKNIK SPIDER WEB DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN BACAAN
MURID TAHUN TIGA DALAM BIDANG TILAWAH (SURAH AL-ASR)

Nurul Jannah binti Masran
SK Tamu Darat Kota Belud

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid tahun 3
membaca Surah Al-Asr di dalam bilik darjah. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan
tahap penguasaan murid membaca Surah Al-Asr melalui teknik Spider Web ketika proses
pembelajaran. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kota Belud
yang melibatkan sembilan orang peserta kajian tahun tiga. Kajian ini dilakukan secara
kualitatif dengan menggunakan model Kurt Lewin (1946) yang mengemukakan empat
langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan ialah pemerhatian, analisis dokumen, soal selidik dan temu bual, manakala
instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data adalah borang soal selidik, jadual
pemerhatian dan transkrip temu bual. Hasil dapatan sebelum kajian menunjukkan
sebahagian besar murid tidak dapat membaca Surah Al-Asr dengan lancar selepas aktiviti
pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Spider Web telah
memberi kesan yang positif terhadap peserta kajian dalam meningkatkan tahap penguasaan
bacaan mereka dalam
Surah Al-Asr. Melihat kepada keberkesanan teknik Spider Web ini maka dicadangkan agar
teknik ini juga digunakan bagi pengajaran surah Al-Quran yang lain.

Kata Kunci: Meningkatkan, Tahap Penguasaan Bacaan, Spider Web

USING FREYTAG’S PYRAMID APPROACH IN NARRATIVE WRITING

Cyantia Vesta Joannes
SMK Tawau, Tawau, Sabah

ABSTRACT
Narrative writing is one of the ways to present connected events in order to tell a good story.
It can be fiction or non-fiction. As long as a piece tells a story through a narrative structure,
it’s narrative writing. Somehow, students find it difficult in in narrative writing as they found to
face difficulties in planning their writing and organizing their idea since writing is described by
many cognitive psychologists as one of the most complex intellectual activities undertaken
by humans. Nonetheless, Freytag’s Pyramid is one of the approaches in narrative writing
and it is one of the dramatic structures. It helps students in understanding how the structure
works. Action research has been conducted by using the Freytag Pyramid approach in
building the plot structure especially in connect an event from one to another which is plot
series of events in a story. Plot is the most basic feature or narrative, that good stories must
have a beginning, middle, and end. It consists of exposition, rising action, climax, and
denouement. The Freytag Pyramid model approach is used to obtain a detailed diagram of
the plot structure. A total of 60 students are involve in the study. Sixty samples of draft using
the Freytag’s Pyramid diagram. In this paper, the benefits of the method are discussed in
terms of students' language, organizational, and critical thinking skills. The findings from the
students’ essays and surveys prove positive, from which insights are then taken into

41

consideration and significant relationship between learners’ performance in written narrative
tasks and their total creativity and also with some sub constructs of creativity: fluency,
originality and flexibility. Finally, the results were discussed in the context of language
teaching and learning.

ASSESSING INQUIRY LEARNING PROCESS IN LEARNING NANOTECHNOLOGY
UNITS IN SECONDARY SCHOOL IN KOTA BELUD DISTRICT USING
THE COMMUNITY OF INQUIRY FRAMEWORK

Voo Lee Ha
Universiti Malaysia Sabah

Email: [email protected]

ABSTRACT
Globalization has reshaped the operations in organizations and professionals across the
world and consequently, the industry required a human workforce with analytical thinking,
digital skills and sophisticated communication skills along with life skills. As technology and
machinery are taking human’s place in the workforce that requires routine cognitive and
manual input, they amplified the need to master 21st century skills. These skills are acquired
through learning process and scholars believed that these skills demand inquiry-oriented
approach in learning. As inquiry-based learning (IBL) possessed many benefits for the
learners, there is a desire to research the impact of inquiry-based education on students’
achievement. Hence, this present study seeks to evaluate if students experience of the
learning processes. The evaluation of education experience of students was assessed from
students’ perspective of the learning process by using the Community of Inquiry (CoI) survey
form. The survey was administered to the sample after three lessons of Applications of
Nanotechnology in Industry that adopted IBL approach. This survey was developed based
on the CoI framework that proposed that meaningful educational experience must be a blend
between three elements – teaching presence, cognitive presence and social presence. This
study adopted descriptive method to analyze 27 students’ responses who enroll in Chemistry
class in the district of Kota Belud, Sabah. This study also adopted the Pearson correlation
test to analyze correlation between students’ achievement in the learning unit and each
presence element in the CoI framework. From the study, it was found that CoI hold
Cronbach Alpha of .96 for teaching presence, .74 for social presence and .90 for cognitive
presence which indicated that the CoI form is reliable and valid to be used as a tool for
assessment. The correlation test showed that only teaching presence has moderate and
significant correlation with students’ achievement while there were very low but not
significant correlations of students’ achievement with both social presence and cognitive
presence. These findings showed that teaching presence contributes to students’
achievement as this presence intend to build a relationship with the students while also
determining the course of the learning processes.

Keywords: inquiry-based learning, community of inquiry, nanotechnology

42

PENGGUNAAN PETA i-THINK DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR
TINGKATAN 5 BAGI MENGUASAI KONSEP “ASAS NILAI MORAL”
Clora Ansu
SMK Nambayan, Tambunan, Sabah
[email protected]

ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Pendidikan Moral boleh
dijadikan medium yang berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi serta
melahirkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk
menilai sejauh mana keberkesanan kaedah peta i-Think dalam meningkatkan kefahaman
murid tentang Pendidikan Moral iaitu Konsep Asas Nilai Moral. Responden dalam kajian ini
terdiri daripada lapan orang tingkatan Lima. Data dikumpulkan melalui pemerhatian dan
catatan nota lapangan, ujian Pra dan ujian Pasca, temu bual, borang soal selidik, hasil kerja
murid, dan gambar. Hasil analisis data mendapati bahawa kelapan-lapan responden telah
mendapat peningkatan dalan ujian yang telah dijalankan. Penganalisisan data menunjukkan
bahawa kaedah peta i-Think sangat berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid
tentang konsep Pendidikan Moral “Asas Nilai Moral”. Selain daripada itu, implikasi kajian
terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think juga dapat meningkatkan pencapaian dan
tingkatkan sikap murid yang berkualiti tinggi dalam mempelajari Konsep Asas Nilai Moral.
Kata kunci: Peta i-Think,“Konsep Asas Nilai Moral”, meningkatkan kefahaman

PENGGUNAAN TEMPLET TRACK O-T-A-K MEMBANTU PELAJAR MENULIS
KANDUNGAN TAKLIMAT PEKERJAAN DALAM KURSUS PENYELIAAN
BENGKEL AUTOMOTIF

Mohammad Hazrul Bin Md Jori
Program Teknologi Automotif, Kolej Vokasional Taiping, Perak

[email protected]

ABSTRAK
Kursus penyeliaan bengkel Automotif (MTA 4012) merupakan salah satu kursus semester
akhir program Teknologi Automotif peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej
Vokasional. Kursus ini melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran mentadbir serta
menyelia keseluruhan proses kerja yang berlaku dalam sesebuah bengkel automotif dimana
pelajar seharusnya kompeten bagi setiap kompetensi dalam kursus ini. Walaubagaimana
pun, berdasarkan hasil refleksi terhadap amalan pengajaran menunjukkan terdapat lapan
orang pelajar masih belum kompeten dalam kompetensi 2 (K2) iaitu menyampaikan sesi
taklimat pekerjaan. Hasil penelitian yang mendalam terhadap isu ini menunjukkan pelajar
tidak mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang perlu disampaikan dalam sesi taklimat
pekerjaan. Justeru, Objektif kajian tindakan ini ialah untuk membantu pelajar menulis
kandungan kandungan taklimat dengan betul berdasarkan sub kompetensi yang
dikehendaki dan membentuk idea penulisan dengan mengaitkannya dengan kompetensi 1
(K1). Kajian tindakan ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan yang diasaskan oleh
Kemmis dan McTaggart (1988) yang terdiri daripada proses merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada lapan orang pelajar
semester 4 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Program Teknologi Automotif di Kolej
Vokasional Taiping. Bagi menyelesaikan isu kepada permasalahan ini, satu intervensi
diperkenalkan dengan menggunakan templet track O-T-A-K iaitu kaedah pengajaran yang
menggunakan sehelai templet bagi menjejaki (track) semula item-item kompetensi yang

43

penting. Intervensi dilaksanakan berdasarkan tiga strategi iaitu pemahaman, bimbingan dan
penulisan. Hasil daripada intervensi ini menunjukkan terdapatnya peningkatan markah dan
keseluruhan kumpulan sasaran telah kompeten dalam kompetensi 2 (K2) ini. Secara
kesimpulannya, kajian tindakan ini berjaya membantu pelajar menulis idea dalam penulisan
taklimat mengikut sub kompetensi yang dikehendaki seterusnya kompeten dalam
menyampaikan sesi taklimat pekerjaan.

Kata kunci: Menulis, Kandungan Taklimat, Pekerjaan

NyaSeCip: AMALAN TERBAIK KBAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT
DAN MEMBEZAKAN HURUF QALQOLAH

Rahmawati Binti Mohd Shariff
SK Putrajaya Presint 5(1), Putrajaya

[email protected]

ABSTRAK
Qalqolah merupakan salah satu tajuk yang terkandung di dalam Buku Teks Pendidikan
Islam Tahun 4. Sebelum menguasai cara bacaan Qalqolah murid perlu tahu huruf Qalqolah
itu terlebih dahulu. Kumpulan sasaran terdiri daripada seorang murid Kelas 4 Sapphire.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan
berpandukan kepada Model Gelung Kajian Tindakan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988).
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik amalan
saya dalam mengingat dan membezakan huruf Qalqolah dengan menggunakan teknik
NyaSeCip (nyanyi, sebut dan cipta). Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah
menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang dirancang dalam kajian ini dapat
membantu guru menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek amalan
terbaik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana murid mampu mencapai tahap
tertinggi KBAT dan boleh menjadi contoh tauladan kepada murid yang lain. Peserta kajian
turut dapat menyebut, membezakan dan mencipta lima huruf Qalqolah iaitu qof, to, ba, jim
dan dal. NyaSeCip juga merupakan sebuah teknik yang merentasi elemen kurikulum (EMK)
dan bersesuaian dengan situasi norma baharu.

Kata kunci: KBAT, NyaSeCip, EMK, Qalqolah

REKA BENTUK PENGAJARAN MENGGUNAKAN APLIKASI ‘OBS’ DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI PELAJAR TINGKATAN 6

Roy Bin Eduardo
Pusat Tingkatan Enam SMK Tamparuli Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Penggunaan aplikasi teknologi baharu dalam dunia pendidikan semakin menjadi perhatian.
Dalam era pandemik Covid-19, kecenderungan ini menjadi semakin rancak

44

diperbincangkan kerana Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) semakin kerap dijalankan
secara dalam talian. Proses PdPc dalam talian memerlukan reka bentuk yang sistematik
dengan bertunjangkan model pembelajaran tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
bagaimana aplikasi Open Broadcaster Software (OBS) dapat meningkatkan kemahiran
menulis esei Pengajian Am dalam kalangan pelajar. Objektif pertama ialah pelajar dapat
memberikan kehendak soalan dengan tepat. Objektif kedua ialah pelajar dapat memberikan
sekurang-kurangnya lima (5) Isi Utama berdasarkan kehendak soalan. Objektif ketiga ialah
pelajar dapat memberikan penghuraian yang matang. Kajian ini menggunakan rekabentuk
kajian tindakan dan menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart. Hasil
refleksi PdPc digunakan sebagai pencetus kepada permasalahan kajian yang disokong oleh
sorotan kajian lepas. Model ASSURE dijadikan panduan dalam intervensi OBS untuk
rekabentuk PdPc dalam menulis esei Pengajian Am. Kajian ini melibatkan seramai lapan
orang pelajar yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan serta dua orang guru.
Kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan bagi pengumpulan
data. Kajian mendapati, rekabentuk pengajaran menggunakan intervensi OBS telah berjaya
meningkatkan kemahiran menulis esei. Pembikinan video memudahkan pelajar mengingat
teknik memahami kehendak soalan. Pelajar juga dapat menyatakan Isi Utama kerana
penggunaan OBS memudahkan pelajar mengakses isu semasa dengan mudah dan cepat.
Pelajar dapat mengingat idea yang diterima melalui pembelajaran I-think. Pelajar lebih
mengingati fakta melalui pengajaran teknik grafik yang dapat dilakukan dengan lebih jelas
dan mudah. Aktiviti kolaborasi menggalakkan percambahan minda untuk membantu palajar
dalam penghuraian. Pelajar juga dapat mencerna idea melalui pembelajaran berunsur
kreatif dan kritis yang membantu pelajar dalam penghuraian. Pembelajaran inkuiri
membolehkan pelajar mengingat isu-isu semasa yang mengukuhkan keupayaan
menghurai.

Kata Kunci: Aplikasi Open Broadcaster Software (OBS); Teknologi Pendidikan; PdPc

ADAPTASI TEKNIK PENGUCAPAN AWAM MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BERKOMUNIKASI PLO 4, PELAJAR DIPLOMA VOKASIONAL
Hayati Mohd Abd.Ghani
ej Vokasional Klang

[email protected]

ABSTRAK
Hasil refleksi selepas sesi pengajaran dan pembelajaran pensyarah mendapati 15 orang
daripada 26 orang pelajar kurang mahir berkomunikasi dalam menyampaikan idea, pelajar
masih berada pada skala 2 daripada 5 skala pada rubrik Program Learning Outcomes (PLO
4), kemahiran berkomunikasi. Pelajar juga takut untuk bersuara bagi menyampaikan
pendapat masing-masing. Bagi mengatasi masalah ini pensyarah menjalankan satu aktiviti
kepada para pelajar iaitu teknik pengucapan awam bersama kaunselor. Tiga strategi
bertindak adalah teknik pernafasan, teknik menyusun ayat permulaan bicara dan bahasa
badan. Berdasarkan pemerhatian, 15 orang daripada pelajar dalam kumpulan sasaran dapat
menyatakan idea, walaupun diberi satu patah perkataan. Selepas intervensi ini
dilaksanakan, kemahiran berkomunikasi pelajar bertambah daripada skala 2 kepada skala 4
bagi PLO 4, kemahiran berkomunikasi dalam menyampaikan idea.

Kata kunci: Pengucapan awam, kemahiran komunikasi, vokasional

45

THE EFFECTIVENESS OF 3FO IN ENHANCING SPEAKING COMPETENCE

Ammani A/P Jeya Pirathaba
Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru 2

[email protected]

ABSTRACT
Speaking skills are a vitally important method of communication. Message will not be
delivered when minimum or no language is produced when questioned. The objective of
this research is to identify whether or not and to what extent the use of 3FO is able to
improve the students’ speaking competence. The sample of the research is 10 lower
intermediate and weak candidates of Form 3 of a school from Johor Bahru District, Johor.
The research methodology applied in this research is action research based on model
adaptation from Lewin (1946) and Laidlaw (1992). The data collected are the qualitative
data which is interview and observation. The quantitative data is the speaking test. The
qualitative data is analyzed using constant comparative method and quantitative data is
analyzed by using descriptive statistics. The implementation of 3FO has succeeded in
improving and enhancing the students’ English-speaking competence. It could be seen
from the indicator increase in the students’ achievement in speaking evaluation. In
conclusion, 3FO does improve students’ speaking competence. I would like to propose
some suggestions for the English teachers in school to: (1) apply 3FO to conduct the
teaching learning process in the speaking class; and (2) provide more chance for the
students to practice their English orally through 3FO.

Keywords: speaking; communication, mnemonics

PENGGUNAAN SALURAN YOUTUBE UNTUK PDPC DALAM KALANGAN
GURU PENDIDIKAN ISLAM

Nor Azlinda Binti Abdul Aziz, Khadijah Abdul Razak
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah membawa perubahan besar dalam bidang
pendidikan khususnya berkaitan aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru,
pendidikan digital merupakan medium pendidikan yang mampu mengubah cara
penyampaian dan pengajaran ilmu serta mampu membentuk persepsi positif dan minat
murid untuk menimba pengetahuan dengan lebih gigih lagi. TMK adalah sangat penting dan
perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik bagi merealisasikan dunia pendidikan
tanpa
sempadan tercapai. Selain itu, melahirkan warga yang bermaklumat serta berfikiran global
seiring dengan negara-negara maju. Salah satu komponen dalam TMK tersebut adalah
penggunaan saluran YouTube untuk menarik minat belajar murid dalam subjek Pendidikan
Islam sebagai medium pembelajaran terkini. YouTube merupakan salah satu saluran
alternatif yang dapat membantu guru dan murid dalam mendepani isu pendidikan global.
Tambahan pula setelah berlaku seluruh negara dilanda wabak pandemik COVID-19 yang

46

menyebabkan perubahan drastik dalam sistem pendidikan negara. Metod yang digunakan
adalah bersifat kajian kepustakaan dan melalui pemerhatian pengkaji. Oleh itu, kertas
konsep ini membincangkan teknologi trend terkini penggunaan saluran YouTube untuk
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru Pendidikan Islam, kesediaan
guru, kepentingan, cabaran dan cadangan penambahbaikan pada masa akan datang.

Kata kunci : Pendidikan Digital, TMK, YouTube.

DAMPAK PENGGUNAAN BAHASA ETIKA AGAMA DALAM MEDIA SOSIAL

Samsul Daulay, Ahmad Munada, Nazwa Ardatami
Fakultas Pendidikan Agama Islam, Universitas Dharmawangsa, Indonesia

[email protected]

ABTRAK
Artikel ini membahas “Dampak Penggunaan Bahasa Etika Agama Dalam Media Sosial“.
Media sosial merupakan salah-satu media yang paling sering di gunakan berbagai kalangan
dalam mencari sebuah informasi di era globalisasi saat ini, baik laki-laki maupun
perempuan, dewasa ataupun usia di bawah umur. Namun seiring perkembangan jaman
yang semakin tinggi, tetapi tidak di sertai dengan media filterisasi dalam menyaring baik
buruknya suatu informasi yang di terima seseorang dari media sosial. Alhasil, tidak sedikit
terdapat penyimpangan dalam penggunaan bahasa yang kurang baik dalam media sosial.
Tentunya hal ini, sedikit banyak juga akan berdampak terhadap pola pikir orang-orang di
luar sana, khususnya anak-anak yang belum bisa menimbang baik buruknya suatu informasi
yang mereka terima. Sungguh dampak yang bertolak belakang dengan salah-satu visi misi
bangsa dalam menciptakan generasi muda yang menjunjung tinggi moralitas dan etika.
Berangkat dari pemikiran inilah, kenapa kami menganggap pentingnya sebuah acuan etika
dalam media sosial. Yaitu agama, khususnya agama islam dengan Al-Qur’an yang memiliki
kandungan isi pedoman untuk semua manusia tentu bisa menjadi rujukan tertinggi. Karena
di dalam Al-Qur’an telah terjelaskan etika berkomunikasi dengan media sosial yang tidak
bertentangan dengan Konstitusi NKRI.

Kata Kunci : Bahasa Etika Agama, Media Sosial

KEBOLEHGUNAAN DAN PENERIMAAN APLIKASI REALITI LUASAN (AR) BAGI
KURSUS SKR 3302 PENYELENGGARAN SISTEM PENYAMANAN UDARA
KENDERAAN DI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
Muhamad Asrul Affendi Mat Nor, Farah Waheda Othman, Nurhan Ayub
Kolej Komuniti Pasir Salak
[email protected]

ABSTRAK
Aplikasi Realiti Luasan (AR) merupakan sebuah aplikasi pembelajaran yang direka khusus
bagi pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti yang mengambil kursus SKR
3302 Penyelenggaraan Sistem Penyamanan Udara Kenderaan. Aplikasi pembelajaran ini
menggabungkan kaedah aplikasi mudah alih dan teknologi Augmented Reality (AR) yang
boleh dicapai menerusi telefon pintar menggunakan aplikasi AR Edu:My AC Kit dan

47

digunakan bersama Augmented Reality BlippAR. Objektif aplikasi ini dibina adalah sebagai
medium rujukan serta pembelajaran kendiri pelajar di mana terdapat 4 item yang boleh
dicapai didalam aplikasi ini iaitu Nota, Video, Dokumen Penilaian dan juga permainan untuk
menarik minat pelajar supaya menggunakan aplikasi ini. Sebanyak 32 orang pelajar
Program Sijil Servis Kenderaan Ringan Semester 3 yang terlibat di dalam kajian ini. Kajian
yang menggunakan kaedah deskriptif ini adalah untuk menilai kebolehgunaan dan
penerimaan aplikasi yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik
beskala likert 5 pilihan. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar sangat berpuas
hati terhadap aplikasi yang dibangunkan ini. Tambahan pula, nilai Min dari aspek aplikasi ini
meningkatkan kemahiran pengguna terhadap kursus Penyelenggaraan Sistem Penyamanan
Udara Kenderaan amat tinggi. Secara kesimpulannya, pembinaan aplikasi mudah alih ini
berjaya dibangunkan dan berpotensi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
Kursus Penyelenggaraan Sistem Penyamanan Udara Kenderaan di seluruh Kolej Komuniti
Malaysia.Konsep pembelajaran yang digunakan dalam aplikasi ini adalah selari dengan
agenda terkini negara serta perkembangan teknologi terkini dalam memenuhi cabaran
Pembelajaran Abad ke-21 dan revolusi industri 4.0.
Kata kunci: Aplikasi, Augmented Reality, Sistem Penyamanan Udara Kenderaan

TERAS PENGAJARAN MENGAJAR KONTEN SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI SISWA/I
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) AMBILAN JUN &
OKTOBER 2021 BERASASKAN MODEL PROSES KURIKULUM
WHEELER (1967)

Junaidy Mohamad Hashim1, Rosli Hamid2, Mohd Foazi Md Nor3, Mohd. Hairul Nizam Jamil4

¹,2Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
3,4Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

[email protected]

ABSTRAK
Kajian tinjauan deskriptif ini bertujuan untuk memastikan penguasaan teras pengajaran
mengajar atau Knowledge Based of Teaching (KBoT) konten subjek Major Pendidikan
Jasmani dalam kalangan siswa/i pengkhususan Major Pendidikan Jasmani di Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang diplih berdasarkan jantina. Jumlah sampel kajian adalah
seramai 31 orang yang terdiri daripada 16 orang siswa dan 15 orang siswi. Analisis
menunjukkan tahap penguasaan teras pengajaran mengajar atau Knowledge Based of
Teaching (KBoT) konten subjek Pendidikan Jasmani oleh siswa/i ini adalah sangat
memuaskan. Analisis inferensi secara keseluruhan penguasaan teras pengajaran mengajar
konten subjek Pendidikan Jasmani juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di
antara guru pelatih lelaki dengan perempuan dimana nilai t (31) = -7.020, p = 0.000 (p <
0.05) adalah signifikan. Keputusan analisis ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan dalam skor min penguasaan teras pengajaran mengajar konten subjek
keseluruhan bagi guru pelatih lelaki (M = 82.94, SP = 2.43) dan guru pelatih perempuan (M
= 80.75, SP = 2.94) Major Pendidikan Jasmani di IPG. Dapatan kajian ini membuktikan
bahawa faktor jantina mempengaruhi penguasaan teras pengajaran mengajar konten
subjek Pendidikan Jasmani. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua
pihak yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah terutamanya pihak yang terlibat dengan
subjek Pendidikan Jasmani. Pihak pentadbir juga harus mengikis tanggapan yang subjek
Pendidikan Jasmani sebagai subjek kelas kedua dengan mengarahkan mana-mana guru

48

yang bukan opsyen untuk mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Tindakan pihak pentadbir
mengarahkan guru-guru yang bukan opsyen Pendidikan Jasmani mengajar mesti dielakkan
kerana ia akan mewujudkan tekanan kepada guru serta pelajar yang terlibat. Tahap
penguasaan teras pengajaran mengajar konten subjek guru yang rendah akan
membantutkan lagi pencapaian domain objektif dan matlamat subjek Pendidikan Jasmani
sekaligus tidak mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tindakan ini
sudah tentu menjadikan subjek ini tidak penting di mata masyarakat umum.
Kata kunci: Penguasaan konten, teras pengajaran mengajar, Pendidikan Jasmani, siswa/i
Major Pendidikan Jasmani

PENGGUNAAN HISDICOM DALAM PdPR SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Lawrence Law Sze Yung
Ipg Kampus Batu Lintang

[email protected]

ABSTRAK
Penggunaan HISDICOM (History Digital Comic) dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan kreatif yang berpusatkan
murid selaras dengan prinsip PAK21. HISDICOM merupakan pembinaan dan penggunaan
komik secara dalam talian untuk mengajar mata pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah. Bagi
mengenal pasti kebolehgunaan HISDICOM dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah,
pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan secara kolaboratif di dua buah sekolah rendah
di Kuching, Sarawak. Analisis hasil ujian kuiz murid menunjukkan peningkatan skor min
+48.5% dalam tempoh tiga minggu. Di samping itu, dapatan daripada temu bual yang
dijalankan dengan ketua panitia dan guru-guru sejarah juga mengesahkan kebolehgunaan
HISDICOM yang memberi kesan positif terhadap kehadiran, penyertaan dan kreativiti murid.
HISDICOM bukan sahaja dapat digunakan dalam mata pelajaran Sejarah, malahan ia juga
dapat digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
Kata Kunci: sejarah, PdPR, komik digital, kajian tindakan, PAK21, COVID-19

49

STRATEGI PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU TINGKATAN ENAM:
ADAPTASI NORMA BAHARU

Mohd Mustaza bin Abd Manap1, Richeal Phil Thien Kim How2
1Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, 2IPG Kampus Tawau

[email protected]

ABSTRAK
Pengajaran bahasa Melayu pada era norma baharu ini sangat mencabar, khususnya dalam
aspek kemahiran tatabahasa yang diajar secara dalam talian. Walaupun penguasaan
kemahiran tatabahasa merupakan satu unsur penting dan mencabar, namun perkara ini
perlu dikuasai dan dipelajari oleh para pelajar tingkatan enam. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk meneliti strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu tingkatan enam di daerah
Seremban, Negeri Sembilan. Data kajian diperoleh melalui kaedah kualitatif deskriptif, iaitu
temu bual ke atas 10 orang guru terpilih. Data kuantitatif pula, diperoleh melalui soal selidik
yang ditaburkan ke atas responden kajian, iaitu terdiri daripada 40 orang pelajar tingkatan
enam. Kajian ini turut mengambil kira pemerhatian kendiri pengkaji di dalam kelas
pengajaran. Hasil kajian mendapati bahawa strategi pengajaran tatabahasa bahasa Melayu
yang berasaskan teknologi didapati lebih berkesan dan mampu meningkatkan minat para
pelajar tingkatan enam dalam memahami dan menguasai aspek tatabahasa. Kajian juga
mendapati bahawa para pelajar tingkatan enam perlu didedahkan dengan pembelajaran
kemahiran tatabahasa yang menarik, interaktif dan efektif. Kajian ini boleh ditingkatkan
melalui pembinaan satu model teknologi interaktif bagi meningkatkan pemahaman, minat,
dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu para pelajar tingkatan enam.

Kata kunci: Strategi, pengajaran, tatabahasa, pelajar tingkatan enam

KAJIAN KEBERKESANAN BENGKEL DALAM TALIAN IBSE

Chiam Sun May1, Chin Chee Keong2, Ainon Hadim3, Loretta @ Lily Polus4, Low Kee Sun5,
Normadiah Bokoh6 , Tan Cho Chiew7

1,3,5,7 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
2Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

4,6 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji keberkesanan bengkal dalam talian IBSE dari segi tempoh
bengkel, persediaan TPU dan pandangan responden terhadap aplikasi flipped
classroom yang digunakan dalam bengkel ini. Kajian ini dilaksanakan di dua
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Seramai 41 responden yang terdiri daripada
SISC+, guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah yang pernah diberi
pendedahan kursus IBSE. Kajian ini mengutip data kuantitatif dan data kualitatif
melalui borang servei yang ditadbirkan melalui Google Form. Borang ini terdiri
daripada 3 bahagian, Bahagian A mengutip data demografi, Bahagian B menilai
keberkesanan tempoh bengkel dan persediaan TPU dalam 4 poin skala Likert dan
Bahagian C meminta komen berkenaan dengan ruang penambahbaikan. Data

50


Click to View FlipBook Version