kuantitatif telah dianalisis berdasarkan frekuensi dan min manakala data kualitatif
dianalisis berdasarkan tema yang dijanakan daripada respon kutipan daripada
responden. Analisis data menunjukkan bengkel ini adalah berkesan dari segi
tempoh bengkel dan persediaan TPU. Penggunaan Flipped Classroom membantu
peserta dari segi persediaan, sesuai diaplikasikan sebagai amalan pedagogi dan
membolehkan mereka berkolaboratif. Walau bagaimana pun, peruntukan masa
dan arahan perlu diberikan lebih awal. Responden juga mengemukakan banyak
“gangguan” daripada tugas lain semasa bengkel. Mereka berpendapat aplikasi
platfom digital yang lain seperti Telegram adalah pelengkap yang sesuai
diaplikasikan bersama. Peserta bengkel lebih memilih mod bersemuka supaya
dapat memberi tumpuan yang lebih baik. Mereka mencadangkan mod hibrid bagi
slot-slot yang tertentu.
Kata kunci: IBSE, flipped classroom, bengkel atas talian, platform digital
KEBERKESANAN INOVASI DIGITAL KANAK BAGI MURID SJKC
Iffah Aiman Binti Ahamad1, N Siva Perumal Narayanan2
1IPG Kampus Bahasa Melayu
2IPG Kampus Bahasa Melayu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Inovasi Digital KaNAK
bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Hal ini kerana, kebanyakan murid dari
SJKC sukar untuk menguasai penggunaan huruf besar dan kecil dalam penulisan. Oleh itu,
objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kata nama dalam
kalangan murid SJKC dan mengklasifikasikan kesalahan golongan kata dari aspek kata
nama iaitu kata nama am dan kata nama khas dalam tatabahasa bahasa Melayu di
Malaysia. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah kajian
kuasi eksperimental. Reka bentuk ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam kajian
ini, populasi terdiri dari 60 orang murid Tahun 3 SJKC di Lembah Pantai, Kuala Lumpur
yang kurang menguasai kata nama dalam bahasa melayu. Kaedah pensampelan yang akan
digunakan ialah kaedah pensampelan berkelompok. Instrumen pengumpulan data yang
digunakan ialah ujian. Ujian pra menunjukkan bahawa penguasaan kata nama bahasa
melayu peserta kajian berada pada tahap sederhana dan lemah. Seterusnya, pada ujian
pasca menunjukkan penguasaan peserta berada pada tahap menguasai dan sederhana.
Bagi kajian selanjutnya, dicadangkan supaya pengkaji menjalankan kajian bagi murid tahap
2 pula. Kesimpulannya, daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Inovasi
Digital KaNAK berkesan untuk meningkatkan penguasaan kata nama bagi murid SJKC.
Kata kunci : inovasi, ujian pos dan pasca, kata nama
51
PENGARUH KECERDASAN EMOSI DAN PERSONALITI GURU BESAR TERHADAP
PRESTASI KERJA GURU SEKOLAH RENDAH DI SABAH
Rosdah Herawaty Hamid1, Rosnah @ Kamalam Abdul Razak2
1sekolah Kebangsaan Lahad Datu Iii, Lahad Datu
2institut Perguruan Guru Kampus Tawau, Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Kecerdasan emosi seseorang pemimpin sekolah pada masa kini sangat diperlukan
memandangkan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan yang memerlukan
sekolah dipimpin oleh guru besar yang mampu mengawal dan mengurus emosinya dengan
berkesan. Selain itu, guru besar juga perlu memiliki personaliti dan tingkah laku kepimpinan
yang konsisten dalam membangunkan sumber manusia. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti pengaruh dan hubungan kecerdasan emosi dan personaliti guru besar
terhadap prestasi kerja guru sekolah rendah di Sabah. Kajian dijalankan menggunakan
kaedah tinjauan menggunakan soal selidik. Seramai 419 orang responden telah dipilih
dalam kalangan guru dari 50 buah sekolah rendah di Sabah yang dipilih secara rawak
menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Data Kajian
diperoleh menggunakan soal selidik tertutup mengandungi 58 item. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
Korelasi Pearson bagi kedua-dua variabel kecerdasan emosi dan personaliti adalah pada
tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan wujud hubungan signifikan secara positif bagi kedua-
dua variabel dengan prestasi kerja guru sekolah rendah di Sabah. Analisis regresi
menunjukkan kedua-dua variabel turut memberi pengaruh yang signifikan terhadap prestasi
kerja guru sekolah rendah di Sabah. Berdasarkan data empirikal yang dibincangkan, kajian
ini boleh dijadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam bidang pendidikan dan penyelidikan dalam meningkatkan prestasi kerja
guru terhadap organisasi.
Kata kunci: Kecerdasan emosi, personaliti, prestasi kerja.
THE EFFECTIVENESS OF CHEMFOR AND PERTAB STUDY KIT ON STUDENT’S BASIC
CONCEPT OF CHEMISTRY AMONG FORM FOUR STUDENTS IN SMK BUKIT GARAM
II, KINABATANGAN,SABAH
Nurfarah Dina Binti Kahar
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam II, Kinabatangan, Sabah
[email protected]
ABSTRACT
This research was conducted to testify the effectiveness of ChemFor and PerTab
study kit on student’s level on basic Chemistry concept among Form 4 students in
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan Sabah. The study involved a sample of 6 male
and 6 female students aged 16 years old. Descriptive statistics were used to analyze
the level of understanding of basic concept among students. The descriptive statistical
results indicated that the science process skills for students were at a moderate level.
52
The independent t-test result revealed that there was no significant difference between
male and female students' basic concept although they got better scores compared to
male students with a p-value (0.684) that was more than 0.05 (p> 0.05). As a
conclusion, the effectiveness of ChemFor and PerTab study kit among students was at
a satisfying level. This indicates the need for more attention being paid towards the
inquiry based science education (IBSE) activities to nourish students’ acquisition on
the basic Chemistry concept in the future.
Key words: ChemFor and PerTab Study Kit, concept, students
AMALAN PENGAJARAN GURU DAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA,
MENULIS DAN MENGIRA BAGI KANAK-KANAK TANPA NEGARA
DI SEKOLAH ALTERNATIF
Mad Rosli Saraamu, Abdul Hamid Abdul Rahim, Mohd Hanip Hassan, Nordin Bula, Ismail
Husin, Halimatussadiah Mad Saad
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Sekolah alternatif merupakan pendidikan bukan tradisional yakni pendekatan pengajaran
dan pembelajaran berbeza dengan sekolah aliran perdana serta fokusnya terhadap pelajar
berisiko tercicir. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji amalan pengajaran
guru dan tahap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira bagi kanak-kanak
tanpa negara di sekolah alternatif. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
kualitatif. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kes. Lokasi kajian di sebuah
sekolah alternatif di daerah Semporna, Sabah. Peserta kajian melibatkan 20 orang kanak-
kanak tanpa negara berumur 7–16 tahun yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan.
Di samping itu, peserta kajian turut melibatkan 2 orang guru dan 2 orang pengurusan
sekolah. Manakala proses pengumpulan data kajian melibatkan kaedah temubual dan ujian
saringan. Kaedah temubual menggunakan instrumen protokol temubual semi struktur,
sementara set soalan ujian saringan kemahiran membaca, menulis dan mengira telah
digunakan sebagai instrumen dalam kaedah kutipan data secara ujian. Hasil kajian
mendapati amalan pengajaran guru sekolah alternatif bersifat fleksibel dan memenuhi
kehendak dan keperluan murid. Di samping itu, kajian juga mendapati majoriti kanak-kanak
tanpa negara menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Justeru, pelbagai
cadangan dikemukakan sebagai amalan pengajaran guru dan cadangan yang melibatkan
dasar berkaitan pendidikan kanak-kanak tanpa negara di sekolah alternatif.
Kata kunci: sekolah alternatif, fleksibel, penguasaan
53
MENGANALISIS BAHASA AGAMA DALAM MULTIKULTURAlLISME
MASYARAKAT INDONESIA
Dinda Ayu Lestari, Jasila Ayudya
Fakultas Agama Islam, Universitas Darmawangsa, Indonesia
[email protected]
ABSTRAK
Bahasa agama juga mencakup dalam multikulturalisme bagi masyarakat Indonesia.
Indonesia merupakan sebuah negara yang memiliki keragaman etnik tetapi memiliki tujuan
yang sama, yakni menuju masyarakat adil makmur dan sejahtera. Multikulturalisme
merupakan suatu konsep yang relatif paling anyar dalam khazanah ilmu pengetahuan,
khususnya dalam ilmu-ilmu sosial, sehingga konsep multikultural sangat penting untuk
dikenalkan dan masuk dalam ranah pendidikan, terutama pendidikan dasar Islam
sebagaimana nilai-nilai multikultural sebaiknya diajarkan sedari dini untuk menumbuhkan
kesadaran pentingnya perbedaan dan kesetaraan keadilan.Dalam perspektif sosiologi,
agama dipandang sebagai sistem kepercayaan yang diwujudkan dalam perilaku sosial
tertentu.
Kata Kunci: Bahasa Agama; Multikulturalisme
MENGUKUHKAN KEFAHAMAN MURID BERKEPERLUAN KHAS UNTUK SUBJEK
BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN APLIKASI MYBACA PKHAS TAHUN 4
Mohammad Arif Ab Samat, Alias Bakar, Nurul Natrah Azizan, Siti Hajar Mat Isa@Halim, Nur
Farah Anis Mat Rawi
Sekolah Kebangsaan Kurong Hitam
[email protected]
ABSTRAK
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kurong Hitam tahun empat
Rajawali menunjukkan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan didalam
mengusai topik didalam matapelajaran Bahasa Melayu pendidikan khas tahun empat.
Kebanyakan murid sudah mampu menguasai kemahiran mengeja dan membaca suku kata
namun mereka agak sukar memahami konsep pembelajaran . Setelah dikenal pasti
masalah, guru mula merancang satu intervensi dengan menghasilkan satu aplikasi digital
yang diberi nama My Baca Pkhas Tahun 4. Sebelum inovasi ini diperkenalkan kesemua
murid mendapat markah dibawah 45% semasa ujian penilaian 1. Namun setelah murid
diperkenalkan dengan inovasi ini kesemua murid tahun 4 kelas Rajawali berjaya mendapat
markah 50% keatas didalam ujian penilaian 2. Inovasi MyBaca Pkhas Tahun 4 ini telah
berjaya membantu murid Pendidikan khas didalam memahami topik dan konsep
pembelajaran untuk subjek Bahasa Melayu tahun empat. Aplikasi ini boleh dimuat turun
daripada Google Play Store secara percuma dan murid boleh membuat latihan yang ada
didalam aplikasi ini pada bila-bila masa.
Kata kunci: pembelajaran digital, aplikasi mobile, konsep pembelajaran latihan interaktif
54
REFLEKSI PRAKTIKUM PELAJAR PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH
PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON SABAH
Ramlan Mala, Seminar Sunari, Falawangi Lahama
IPG Kampus Tawau, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh refleksi praktikum iaitu Refleksi rakaman
video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah
Penyelia terhadap pencapaian praktikum guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Zon Sabah yang ditempatkan di sekolah terpilih dalam negeri Sabah. Seramai 190
orang daripada 649 pelajar terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan
rekabentuk konvensional dengan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik dan diedarkan kepada responden guru pelatih PDPP Ambilan Jun
2021. Data dianalisis bagi statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai manakala
analisis inferens bagi ujian -t , Analisis Varians (ANOVA), dan Analisis Regresi. Semua
faktor demografi yang diuji dalam kajian menunjukkan wujud pencapaian yang signifikan
berdasarkan lokasi P .004 dan jantina P 0.032 manakala tidak signifikan pada kemudahan
internet yang disediakan P 0.522. Korelasi antara pencapaian praktikum dengan refleksi
praktikum iaitu refleksi rakaman video PdPc ialah r .283. Implikasi kajian ini juga
mencadangkan agar pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memantapkan
pengurusan pelaksanaan program praktikum dalam pelbagai aspek pelaksanaan praktikum
dan membuat penambahbaikan yang difikirkan perlu dalam pelbagai situasi dan kaedah.
Kata kunci: refleksi, praktikum, penyeliaan, guru pembimbing, pensyarah penyelia, guru
pelatih
MATSUSHITA LEADERSHIP AND CLINICAL LEADERSHIP: AN ALTERNATIVE
APPROACH TO LEADERSHIP IN SCHOOL DIGITALIZATION
Mohamad Firdaus Bin Ghozali1, Richeal Phil Thien Kim How2
1Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
2IPG Kampus Tawau
[email protected]
ABSTRACT
The COVID-19 pandemic has accelerated networking within and across schools in an
unprecedented way. It has demanded new forms of leadership and leadership practices that
are network based and technologically driven (Harris et al, 2021). By examining this
situation, a study needs to be conducted to identify the influence of principal’s leadership on
teachers’ digital technology integration with a specific leadership style. The propose study
focuses on the principals of Matsushita leadership philosophy which based on human dignity
and humanistic management (Kuriyama, 2021). Japan has a stronger team approach to
leadership characteristic in comparison to other Asian countries. As Japanese culture values
team honor, employing a team approach to leadership could facilitate teachers'
55
professionalism and commitment (Chen et al, 2017). This study will also propose aligning
clinical leadership with Matsushita leadership framework. Principals in school perceived by
other staff as knowledgeable leaders who demonstrate leadership in providing high-quality
“patient care”. Effective communication and collaboration ensure the needs of the students
which perceived as patient are the central focus to the organisation's aims and delivery. On
the premise that cross-national research of leadership behaviours could enhance the
academic value of the research results. Thus, this study will provide a framework for based
on suitable criterion variables from both type of leaderships in fostering digital learning and
develop skilled teacher and students for lifelong learning. Researcher will conduct the
proposed research with mixed method analysis in Malaysia school context.
Kata kunci: Matsushita Leadership, Clinical Leadership, Leadership in School Digitalization.
CABARAN DAN IMPAK PENDIDIKAN DALAM KALANGAN PELAJAR MADRASAH
TAHFIZ DI DAERAH TAWAU: SATU KAJIAN TINJAUAN
Norjanah Ambo1, Khairul Zamri Othman2, Naima Kadir3
1Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
2Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan impak pendidikan dalam kalangan
pelajar madrasah tahfiz di daerah Tawau. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
melalui soal selidik bersama pelajar dan temu bual menerusi perbincangan meja bulat
dengan para mudir. Seramai 117 responden telah dipilih melalui sampel bertujuan daripada
5 buah madrasah tahfiz di Daerah Tawau, Sabah. Maklum balas yang diterima dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 25.0. Dapatan menunjukkan terdapat lima bentuk
cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu (i) cabaran daripada keluarga (ii) cabaran
dalaman pelajar (iii) cabaran kehidupan di asrama (iv) cabaran dengan rakan sepengajian
dan (v) cabaran dalam pembelajaran. Kajian ini juga menunjukkan terdapat 10 impak positif
sistem pembelajaran di sekolah madrasah tahfiz terhadap diri dan kemenjadian pelajar.
Namun demikian, temubual separa berstrukur dengan para mudir mendapati terdapat
beberapa dapatan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan antaranya termasuklah
tahap pendidikan tenaga pengajar, sistem pengurusan data, prasarana dan intensif bayaran
kepada tenaga pengajar. Natijahnya, pendidikan sekolah madrasah juga memerlukan
perhatian kerana institusi ini juga bakal melahirkan modal insan penerus kegemilangan
bangsa. Mereka bukan sahaja perlu dimantapkan dengan ilmu Al-Quran serta akhlak terpuji,
tetapi juga peluang dan ruang terbuka agar mereka mampu mencapai kejayaan dunia dan
akhirat.
Kata kunci : madrasah tahfiz, cabaran,, impak pembelajaran.
56
KEBOLEHGUNAAN DAN PENERIMAAN APLIKASI REALITI LUASAN (AR) BAGI
KURSUS SKR 3302 PENYELENGGARAN SISTEM PENYAMANAN UDARA
KENDERAAN DI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK
Muhamad Asrul Affendi Mat Nor, Farah Waheda Othman, Nurhan Ayub
Kolej Komuniti Pasir Salak
[email protected]
ABSTRAK
Aplikasi Realiti Luasan (AR) merupakan sebuah aplikasi pembelajaran yang direka khusus
bagi pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti yang mengambil kursus SKR
3302 Penyelenggaraan Sistem Penyamanan Udara Kenderaan. Aplikasi pembelajaran ini
menggabungkan kaedah aplikasi mudah alih dan teknologi Augmented Reality (AR) yang
boleh dicapai menerusi telefon pintar menggunakan aplikasi AR Edu:My AC Kit dan
digunakan bersama Augmented Reality BlippAR. Objektif aplikasi ini dibina adalah sebagai
medium rujukan serta pembelajaran kendiri pelajar di mana terdapat 4 item yang boleh
dicapai didalam aplikasi ini iaitu Nota, Video, Dokumen Penilaian dan juga permainan untuk
menarik minat pelajar supaya menggunakan aplikasi ini. Sebanyak 32 orang pelajar
Program Sijil Servis Kenderaan Ringan Semester 3 yang terlibat di dalam kajian ini. Kajian
yang menggunakan kaedah deskriptif ini adalah untuk menilai kebolehgunaan dan
penerimaan aplikasi yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik
beskala likert 5 pilihan. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar sangat berpuas
hati terhadap aplikasi yang dibangunkan ini. Tambahan pula, nilai Min dari aspek aplikasi ini
meningkatkan kemahiran pengguna terhadap kursus Penyelenggaraan Sistem Penyamanan
Udara Kenderaan amat tinggi. Secara kesimpulannya, pembinaan aplikasi mudah alih ini
berjaya dibangunkan dan berpotensi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
Kursus Penyelenggaraan Sistem Penyamanan Udara Kenderaan di seluruh Kolej Komuniti
Malaysia.Konsep pembelajaran yang digunakan dalam aplikasi ini adalah selari dengan
agenda terkini negara serta perkembangan teknologi terkini dalam memenuhi cabaran
Pembelajaran Abad ke-21 dan revolusi industri 4.0.
Kata kunci: Aplikasi, Augmented Reality, Sistem Penyamanan Udara Kenderaan
KAEDAH KONTEKSTUAL DALAM PENGAJARAN SEJARAH
Musirin Bin Mosin, Hennylie Liau
Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran berasaskan realiti oleh guru yang
bertujuan menggalakkan murid aktif dan berinteraksi sesama mereka. Subjek Sejarah pula
dikategorikan sebagai mata pelajaran padat dengan fakta dan membosankan apabila
disampaikan melalui kaedah-kaedah konvensional.Isu-isu yang dinyatakan menjadi asbab
yang kuat untuk melaksanakan kajian ini dengan meneliti pelaksanaan dan kesannya
terhadap pembelajaran subjek Sejarah. Kajian yang dilaksanakan di daerah Kudat ini
mensasarkan tiga orang informan dengan kaedah mengutip data melalui temu bual dan
pemerhatian ke atas informan yang dipilih secara bertujuan. Analisis data berasaskan
tematik dan data dilaporkan dalam bentuk teks verbatim dan jadual pemerhatian. Daripada
57
analisis menunjukkan pelaksanaan pembelajaran kontekstual berdasarkan panduan yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pembelajaran kontekstual ini juga
dapat meningkatkan keupayaan mengingat fakta dan peristiwa serta menggalakkan interaksi
murid dengan guru. Rumusannya kaedah pembelajaran kontekstual yang dikaitkan dengan
realiti persekitaran dapat mengukuhkan ingatan murid kepada fakta dan peristiwa Sejarah
sesebuah negara.
Kata kunci: Kaedah, kontekstual, pengajaran, Sejarah
PASANGAN PERKAHWINAN JARAK JAUH DILANDA BADAI:
SATU PENELITIAN EMOSI DAN PERSONALITI
Azman @ Liha Bin Koong, Samsuddin bin Sulaiman
Institusi Pendidikan Guru Kampus Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Pasangan Perkahwinan jarak jauh (PJJ) bermaksud satu corak hubungan yang bercirikan
pertemuan yang jarang dilakukan antara suami dan isteri dan kebiasaannya pasangan itu
tinggal di lokasi geografi yang berbeza dengan tempoh masa yang agak lama. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti pasangan perkahwinan jarak jauh yang boleh menimbulkan badai.
Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti rawatan pemulihan yang
bersesuaian. Kaedah kajian menggunakan kaedah kualitatif berbentuk kajian kes. Jumlah
sampel kajian yang terlibat ialah seorang peserta yang dipilih menggunakan teknik
pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dijalankan menggunakan alat ujian psikologi
iaitu ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) dan protokol temubual semi struktur.
Hasil kajian menunjukkan masalah utama pasangan perkahwinan jarak jauh yang boleh
menimbulkan badai adalah klien keseorangn untuk mengurus hal-ehwal rumah tangga iaitu
hidup bersendiriaan bersama seorang anak, tanpa kehadiran suami, ditambah lagi
wujudnya kehadiran orang ketiga. Ini menyebabkan klien agak tertekan serta kurang
bermotivasi melaksanakan tugas sebagai pelajar. Rawatan pemulihan telah dilaksanakan
melalui proses kaunseling dengan menggunakan pendekatan integeritif iaitu teori realiti dan
pemusatan klien. Sesi rawatan kaunseling telah membuahkan hasil dan berjaya mengubah
pemikiran, emosi dan tingkah laku klien. Hasilnya, badai yang melanda klien kekal bersama
suami, serta stress dapat dikurangkan dan memperlihatkan tahap penghargaan kendiri klien
meningkat berbanding sebelum rawatan dilaksanakan. Justeru, adalah dicadangkan kepada
para kaunselor agar menggunakan pendekatan integeratif dalam usaha merawat klien
mengalami isu pasangan perkahwinan jarak jauh yang boleh menimbulkan badai
Kata kunci: Depression, Anxiety dan Stress serta lokasi berbeza.
58
KESAN MODUL PISPP TERHADAP PEMIKIRAN SAINS KEUSAHAWANAN MURID
TAHUN LIMA DI SEKOLAH BANDAR
Jamilah Ahmad1, Nyet Moi Siew2
1Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
2Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Dalam mendepani tuntutan pendidikan yang ingin melahirkan bangsa pencipta seiring
Revolusi Industri 4.0, kajian mengenai pemikiran sains keusahawanan amat signifikan.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan Modul PISPP yang mengintegrasikan
pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda terhadap pemikiran sains
keusahawanan. Satu modul pengajaran dan pembelajaran dibina sebagai panduan kepada
guru dalam melaksanakan kaedah PISPP dalam meningkatkan pemikiran sains
keusahawanan murid tahun lima. Kajian secara kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimental dilaksanakan ke atas 345 murid tahun lima di sekolah rendah bandar di
Tawau, Sabah. Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan secara rawak iaitu i) Kaedah
Berasaskan Pendekatan Isu Sosiosaintifik Berbantukan Peta Pemikiran Roda (PISPP,
n=115), ii) Kaedah Pendekatan Isu Sosiosaintifik (PIS, n=115) dan iii) Kaedah Konvensional
(KONV, n=115). Data dianalisis menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan Saiz Kesan. Hasil
analisis MANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifikan secara statistik
merentasi ketiga-tiga kumpulan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi pemikiran sains
keusahawanan. Sementara itu, hasil analisis ANCOVA menunjukkan terdapat kesan yang
signifikan secara statistik bagi kaedah PISPP berbanding kaedah PIS dan KONV terhadap
pemikiran sains keusahawanan. Kaedah PISPP menunjukkan min skor pascaujian lebih
tinggi berbanding kaedah PIS, seterusnya min skor pascaujian PIS lebih tinggi secara
signifikan berbanding kaedah KONV dalam pemikiran sains keusahawanan. Hasil dapatan
membuktikan bahawa modul PISPP memberikan impak positif terhadap pemupukan
pemikiran sains keusahawanan.
Kata kunci: pendekatan isu sosiosaintifik, pemikiran roda, pemikiran sains keusahawanan
ANALISIS BAHASA DAN KOMUNIKASI PENDIDIKAN DALAM RUBRIK KOMPAS,
DARURAT PENDIDIKAN, ANAK MISKIN SEMAKIN TERTINGGAL PELAJARAN
SELAMA PANDEMI, PENULIS SONYA HELLEN SINOMBOR
EDISI 30 AGUSTUS 2020
Abdul Aziz, Erni Suyani
Universitas Dharmawangsa
[email protected]
ABSTRAK
Penelitian ini bertujuan untuk menemukan gaya bahasa dalam Rubrik Kompas, Darurat
Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya
Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020 dari segi, jenis gaya bahasa sindiran, sinisme. Jenis
penelitian ini deskriptif-kualitatif, dengan pendekatan teori gaya bahasa. Sumber data
penelitian ini adalah Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal
59
Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020 dan
data penelitian ini adalah kalimat di dalamnya mengandung beberapa kalimat gaya bahasa
sinisme. Teknik pengumpulan data dalam penelitian ini menggunakan teknik dokumentasi.
Data yang akan diteliti sudah didokumentasikan sebelumnya, hal ini bertujuan untuk
membantu peneliti dalam memperoleh data yang diinginkan. Pengambilan data dalam
penelitian ini dilakukan dengan cara pencatatan kalimat bahasa berupa penggalan kalimat
yang mempunyai konteks utuh. Data diidentifikasi berdasarkan gaya bahasa sinisme data
dikumpulkan dan diurutkan secara sistematis berdasarkan format data identifikasi dan
klasifikasi yang telah ditentukan. Berdasarkan hasil analisis data, ditemukan hasil dari jenis
gaya baahsa sinisme. Seperti kutipan terdapat pengunaan majas sinisme Secara global,
survei Unicef menemukan 72 persen murid yang tidak dapat mengakses pembelajaran
adalah anak-anak yang berasal dari rumah tangga termiskin di negaranya. Secara tidak
langsung ujaran dari kalimat tersebut menyindir anak-anak miskin yang tidak dapat
mengakses pembelajaran bahkan sudah menemukan 72 persen murid.
Kata-kata kunci : sinisme dalam rubrik kompas Edisi 30 agustus 2020
PENGGUNAAN “E-FON” BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN ELEMEN FONOLOGI
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
Mohd Firdaus bin Abd Salam
SMK Gunsanad, Keningau
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan Fonologi yang merupakan satu
daripada tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Enam semester satu.
Seramai 16 orang pelajar terlibat sebagai kumpulan sasaran yang kajiannya berasaskan
model Kemmis & MacTaggart yang terdiri daripada fasa perancangan, tindakan,
pemerhatian, dan refleksi. Hasil semakan latihan, tinjauan soal selidik dan temu bual,
didapati pelajar menghadapi masalah dalam menguasai elemen Fonologi. Bagi
mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menghasilkan “E-Fon” yang merupakan
bahan infografik sebagai bahan bantu semasa melaksanakan sesi PdPC secara
bersemuka. Bahan ini mengandungi elemen Fonologi seperti Alat Artikulasi, Carta Vokal,
Carta Diftong dan Jadual Konsonan. Bagi tujuan menambahbaikan amalan PdPC,
pengkaji telah melaksanakan fasa tindakan selama empat minggu diikuti pemerhatian
selama seminggu. Hasil semakan latihan dan tinjauan soal selidik pascaintervensi
terdapat perubahan yang signifikan dalam penguasaan pelajar. Perubahan tersebut
menepati pencapaian tiga objektif khusus kajian, iaitu: i) Menambah baik amalan PdPC
bagi meningkatkan pencapaian Fonologi dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Seni
Visual, ii) Meningkatkan skor markah Fonologi dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam
Seni Visual, dan iii) Menjelaskan elemen Fonologi secara indvidu berbantukan “E-Fon”
dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Seni Visual. Rumusannya, “E-Fon” merupakan
bahan alternatif yang dapat membantu guru dan pelajar dalam memaksimunkan proses
PdPC Fonologi.
Kata Kunci: Fonologi, E-Fon, Infografik
60
APLIKASI MODEL ADDIE PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK STEM LITERASI TENAGA MURID SEKOLAH RENDAH
Yusmail Bin Jusup1, Sabariah Bt Sharif2
1IPG Kampus Tawau
2Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, UMS
[email protected]
ABSTRAK
Pembangunan modul berasaskan projek STEM bertujuan untuk mengatasi masalah murid
sekolah rendah dalam meningkatkan literasi tenaga yang mencakupi pencapaian, sikap dan
tingkah laku murid melalui topik Tenaga dan Elektrik. Modul ini menggunakan kaedah
pembelajaran berasaskan projek dengan strategi pengajaran dan pembelajaran STEM iaitu
model Proses Reka Bentuk Kejuruteraan yang mengandungi langkah-langkah pembelajaran
dengan aktiviti yang spesifik untuk membimbing murid melaksanakan projek STEM. Modul
ini dibangunkan berasaskan model pembangunan ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu
analisis keperluan, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Temubual
melibatkan tiga orang guru dan empat orang murid dilaksanakan dalam fasa analisis
keperluan. Fasa rekabentuk melibatkan penentuan objektif berpandukan kurikulum DSKP,
strategi pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran murid yang berpandukan teori dan model
yang berkaitan. Fasa pembangunan melibatkan penjelmaan modul melalui pembinaan RPH,
aktiviti murid, pemilihan media dan bahan, dan melibatkan penilaian kualiti oleh pakar.
Seramai sembilan orang pakar telah dilantik bagi proses kesahan kandungan modul ini.
Fasa pelaksanaan melibatkan kajian rintis modul yang dilaksanakan terhadap 35 orang
murid. Akhir sekali fasa penilaian untuk menilai kebolehpercayaan dan penambahbaikan
modul selepas pelaksanaan dilakukan. Dapatan menunjukkan modul sesuai untuk
digunakan kepada murid dengan nilai kebolehpercayaan 0.85. Kesimpulan, penggunaan
modul pembelajaran berasaskan projek STEM sesuai digunakan bagi tujuan kajian
keberkesanan dalam meningkatkan literasi tenaga murid sekolah rendah.
Kata kunci: pembangunan modul, model ADDIE, pembelajaran berasaskan projek, STEM,
literasi tenaga
PENDIDIK DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’AN & HADIST
Siti Nur Azizah
Fakultas Agama Islam, Universitas Dharmawangsa, Indonesia
[email protected]
ABSTRAK
Pendidik dan peserta didik adalah dua etnis yang tak dapat terpisahkan dalam dimensi
pendidikan terutama pada pendidikan Islam, kedunya mempunyai interaksi continue yang
menghasilkan perambahan intelektual. Pendidik dalam Islam adalah orang yang mempunyai
tanggung jawab dan mempengaruhi jiwa serta rohani seseorang yakni dari segi
pertumbuhan jasmaniah, pengetahuan, keterampilan, serta aspek spiritual. Dalam konteks
pendidikan islam, istilah pendidik sering disebut dengan Murobbi, Mu’allim, Mu’addib,
61
Mudarris, Mursyid, Al-Muzakki, Al-Ulama dan Al-Faqih. Pendidik adalah spritual father
(bapak rohani), bagi peserta didik yang memberikan santapan jiwa dengan ilmu, pembinaan
akhlak mulia dan meluruskan perilakunya yang buruk. Oleh karena itu, pendidik memiliki
kedudukan tinggi. Profesionalisme pada dasarnya berpijak ada 2 kriteria pokok, yakni
merupakan panggilan hidup dan keahlian. Guru berfungsi sebagai pemberi inspirasi. Guru
membuat si terdidik dapat berbuat. Berdasarkan Modul Racangan Penelitian 2019 yang
diterbitkan ristekdikti, penelitian kualitatif bisa dipahami sebagai prosedur riset yang
memanfaatkan data deskriptif, berupa kata kata tertulis atau lisan dari orang-orang dan
pelaku yang dapat diamati. Metode penelitian kualitatif menekankan pada sisi kualitas
entitas yang diteliti. Dalam bentuk kata benda “Rabba” ini digunakan juga untuk nama tuhan
dikarena tuhan juga bersifat mendidik mengasuh memelihara, masalah mencipta.
Kata Kunci: Perspektif, Islam, Pendidikan, Al-Qur’an dan Hadist
MENINGKATKAN PENGUASAAN ELEMEN TATABAHASA BERBANTUKAN “i-
MORSIN” DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
Mohd Firdaus bin Abd Salam, Ducy @ Easter binti Jus @ Justin, Mazleen binti Mohd Deros
SMK Gunsanad, Keningau Sabah
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan elemen tatabahasa dalam
kalangan pelajar Tingkatan Enam semester dua. Seramai 23 orang pelajar terlibat
sebagai kumpulan sasaran yang kajiannya dilaksanakan berpandukan Model
Kemmis & McTaggart. Hasil temu bual dan semakan latihan praujian, ramai
pelajar mengakui bahawa tajuk tatabahasa merupakan tajuk yang luas dan sukar
dikuasai sehingga menjejaskan skor markah latihan mereka. Bagi menambah baik
amalan PdPC guru berkaitan tajuk ini serta meningkatkan penguasaan pelajar,
pengkaji telah menyediakan “i-MORSIN” yang merupakan bahan infografik sebagai
bahan bantu semasa melaksanakan sesi PdPC. Bahan ini mengandungi elemen
ringkas tatabahasa seperti Morfem, Kata, Frasa, Klausa dan Ayat. Pengkaji telah
melaksanakan fasa tindakan selama lima minggu diikuti pemerhatian selama dua
minggu. Hasil semakan latihan pascaujian dan temu bual pascaintervensi, pengkaji
mendapati berlaku perubahan yang signifikan terhadap penguasaan pelajar.
Perubahan tersebut selari dengan pencapaian dua objektif khusus, iaitu: i)
Meningkatkan skor latihan elemen morfologi berbantukan “i-MORSIN” dalam
kalangan pelajar Tingkatan Enam, dan ii) Meningkatkan skor latihan elemen
sintaksis berbantukan “i-MORSIN” dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam. Kajian
juga mendapati “i-MORSIN” boleh diadaptasi untuk pelajar lain yang mempelajari
tajuk sama misalnya pada peringkat SPM, seterusnya menambah baik amalan
PdPC guru di dalam kelas.
Kata Kunci: i-MORSIN, Infografik Tatabahasa, Linguistik
62
OGA APPS: MARKAH DI HUJUNG JARI
Jahidih Saili
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu
ABSTRAK
Sudah menjadi kelaziman bagi setiap universiti untuk mengumumkan markah penilaian
berterusan kepada pelajar sebelum peperiksaan akhir dijalankan. Walau bagaimanapun,
markah ini tidak diurus dengan sistematik kerana biasanya dihebahkan dengan
menggunakan kaedah tradisional melalui cetakan kertas atau pun melalui pelantar media
sosial seperti aplikasi Telegram dan WhatsApp. Oleh itu, kertas penyelidikan ini bertujuan
untuk mencadangkan aplikasi telefon pintar yang dapat mengurus markah penilaian
berterusan pelajar di UiTM Kota Kinabalu bagi kursus mata pelajaran umum (MPU). Sebuah
aplikasi yang dinamakan sebagai OGA APPS berjaya dibangunkan dengan menggunakan
model ADDIE. Aplikasi ini memudahkan pensyarah untuk memuat naik markah penilaian
berterusan seterusnya dapat disemak oleh pelajar dengan menggunakan telefon pintar.
Pembangunan aplikasi ini perlu ditambah baik dengan melaksanakan kajian lanjutan
mengenai keberkesanan aplikasi melibatkan pensyarah dan pelajar mencakupi aspek
persepsi, ujian kuasi eksperimen dan fungsi tambahan yang boleh diterapkan dalam aplikasi
OGA APPS.
Kata Kunci: Aplikasi pentaksiran, PdP pasca COVID-19, M-Pembelajaran
KEBERKESANAN AKTIVITI KEMBARA SENI VISUAL KEPADA TAFSIRAN PERSEPSI
MENTAL DAN EKSPRESI SIMBOL
Azimah A. Samah, Kamarudin Yusof, Kamsiah Omar, Nurul’Ain Saffar Ullah dan Sufian
Sukhairi.
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
[email protected]
ABSTRAK
Aktiviti penerokaan Seni Visual dalam ruang terbuka sangat penting bagi pembangunan
tafsiran persepsi mental dan penterjemahannya melalui ekspresi simbol. Kajian kuantitatif ini
dilaksanakan bagi mengenalpasti kemampuan pelajar dalam mengolah sumber flora kepada
rupa dan bentuk simbol. Ekspresi simbol ini kemudian diasosiasikan dengan kemahiran
insaniah, nilai keusahawanan. Responden terdiri daripada keseluruhan 57 orang guru
pelatih dari pelbagai opsyen berlainan yang mengambil kursus elektif Pendidikan Seni
Visual iaitu Asas Menggambar, dan Membuat Corak dan Rekaan. Data dianalisis secara
statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).
Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian cenderung memilih flora yang mempunyai nilai
pemakanan untuk ditransformasikan kepada simbol. Data menunjukkan gred pencapaian
yang tinggi dalam kalangan sampel kajian dalam mengolah sumber flora kepada lakaran
bentuk mudah yang mengekalkan keaslian identiti asal flora. Sampel kajian menunjukkan
kemampuan membuat tafsiran mudah sumber flora menjadi logo yang relevan sebagai
jenama produk. Ini berdasarkan gred pencapaian yang diwakili data selanjar. Kajian yang
dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti penerokaan dilapangan dalam kalangan pelajar
berupaya merangsang daya persepsi mental dalam mentransformasikan objek alami kepada
63
grafik yang menarik. Karya pelajar juga membuktikan adanya nilai tambah aspek insaniah
iaitu nilai keusahawanan yang terhasil melalui jenama produk dari simbol flora tempatan.
Kata kunci: kembara seni visual, persepsi mental, ekspresi simbol
IMPROVING UNPARALLEL THESIS STATEMENT IN MUET ESSAYS THROUGH 4MCPE
STRATEGY AMONG FORM SIX STUDENTS
Azzuhri bin Busu Leman
Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]
ABSTRACT
Writing is one of the components in MUET and many teachers have problems delivering a
successful writing lesson. This was evident from the students’ weaknesses related to writing
an essay thesis statement. From my initial observation, my students’ essay thesis
statements were not parallel. In order to solve this issue, I needed to improve on students’
understanding of the thesis statement first. They need to understand that a thesis statement
is the focal point of an essay. Readers would refer to the thesis statement to get an idea
about the contents of the essay. Therefore, I taught my students the important parts of an
academic essay and conducted a pre-test. The findings showed that 100% students wrote
thesis statements which were not parallel. As a result, I designed the 4MCPE Strategy as
intervention so that students could use the strategy to check if their thesis statements were
parallel or not. The strategy required students to identify specific main ideas, locate the cut-
off point, recognize the main idea grammatical pattern and experiment with the main ideas.
Then, I analysed students’ writing and short-response questionnaire. I found that the
4MCPE Strategy helped students to write a parallel thesis statement. The students said that
the 4MCPE Strategy was a good strategy and a reliable guidance when writing an essay,
more specifically, in writing a clear and solid thesis statement. They also added that it
encourages writers to think logically, checking whether the points listed are parallel, whether
an essay is off-topic or whether the sentence is grammatically correct. For future research, I
will extend the duration of the research to give more time for reinforcement practice and to
cater to the needs of less proficient learners.
64
IMPROVING THE TEACHING AND LEARNING OF COMPUTATION PROCESS IN
SOLVING MATHEMATICS (M) LINEAR PROGRAMMING PROBLEMS
USING SIMPLEX METHOD THROUGH THE USE OF
CM-CMD ALGORITHM AMONG
FORM SIX STUDENTS
Chung Fui Han
SM All Saints Kota Kinabalu
[email protected]
ABSTRACT
The research aimed to share another algorithm of computing new tableaus in simplex
method for solving a Linear Programming problem. A total of 4 students were involved in the
research. The past experience of teaching and reflection showed that the Form 6 Students
who took Mathematics (M)/(S) were having difficulties to solve a Linear Programming
problems using simplex method in a shorter time due to the complicated operations of
computing new tableaus. Teacher also needed to spend more time to repeat the
explanation of computing process using the traditional method. A new algorithm, Cross
Multiply from Pivot entry, minus another Cross Multiply and Divide with pivot entry, (CM-
CMD) was developed. In the research the students were introduced two methods: the
traditional method and CM-CMD algorithm. The research had been carried out for two
days. The result showed that students were able to solve Linear Programming problems
accurately and faster by applying CM-CMD algorithm in computing tableaus in simplex
method and teacher’s lesson was more effective and productive.
Keywords: Mathematics, Linear Programming, Simplex Method
PENGETAHUAN MENGENAI ICT DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN
PEDAGOGI ERA PANDEMIK COVID-19 DALAM KALANGAN
GURU PEDALAMAN DAN PULAU DI SABAH
Najamuddin bin Bachora1, Gerturude Jock2, Doti bin Asing3,
Rosmawati binti Hamzah4
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
³Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
⁴Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap pengetahuan mengenai
ICT dengan amalan pedagogi dalam melaksanakan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPr) semasa era pandemik covid-19 dalam kalangan guru-guru
pedalaman dan pulau di Sabah. Aspek-aspek yang dikaji adalah mengenai tahap
pengetahuan mengenai teknologi ICT dan amalan pedagogi guru-guru pedalaman dan
pulau di Sabah semasa era pandemic covid-19 yang melaksanakan PdPr. Sampel kajian
seramai 346 orang guru yang mengajar di pedalaman dan pulau-pulau seluruh Sabah.
65
Kajian ini merupakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik skala likert 5 mata yang
diubahsuai dari kajian lepas sebagai instrumen untuk mengutip data. Prosedur analisis data
melibatkan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden mempunyai tahap pengetahuan mengenai ICT yang baik dan dapat membantu
semasa melaksanakan PdPr. Bagi tahap amalan pedagogi guru pula, aspek pelaksanaan
pdpr yang menunjukkan tahap sederhana manakala bagi perancangan dan pentaksiran,
guru-guru memberikan maklum balas yang baik. Malahan, dapatan kajian turut mendapati
terdapat hubungan yang positif di antara pengetahuan mengenai ICT dengan amalan
pedagogi guru. Ini membawa kepada beberapa cadangan penambahbaikan pelaksanaan
PdPr tyang diberikan oleh guru-guru berkenaan. Perkara ini perlu diberi perhatian
khususnya Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan seterusnya Kementerian Pelajaran agar guru-guru lebih bersedia mengajar dalam
situasi yang tidak menentu seperti apa yang berlaku semasa era pandemik covid-19..
Kata Kunci : Guru pedalaman dan pulau, pandemik, covid-19, ICT
TAHAP KEPEKAAN TENTANG KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN KETUA
PENTADBIR DI DAERAH KOTA BELUD
Kasmah Rajikan1, Sinon Longguyu2
1PPD Kota Belud
2SK Labuan Kota Belud
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini untuk mengetahui sejauhmana tahap kepekaan iaitu tahap kesedaran dan
pengetahuan berkaitan kesihatan mental di kalangan ketua pentadbir sekolah rendah dan
menengah di daerah Kota Belud yang terdiri daripada 66 buah sekolah. Objektif kajian ini
ialah mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan mental di
kalangan ketua pentadbir iaitu pengetua dan guru besar(PGB) di Daerah Kota Belud. Hasil
kajian ini mendapati PGB mempunyai pengetahuan berkaitan kesihatan mental iaitu Skor
Tahu 57%, di ikuti, Sedikit Tahu 30%,Sangat Tahu 9.5%, Tidak Tahu 6.3% dan Sangat
Tidak Tahu iaitu 4.7% sahaja. Metodologi kajian adalah kaedah kuantitatif sepenuhnya.
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebanyak 10 item yang mengandungi 5
skala. Sumber data adalah hasil kutipan melalui google form yang mempunyai analisis
secara automatik. Walau bagaimanapun min keseluruhan dianalisis secara manual dan
diterjemah dalam graf. Kesedaran dan pengetahuan tentang kesihatan mental diharapkan
dapat membantu atau memberi bimbingan kepada kepada staf di bawah jagaan masing-
masing.
Kata Kunci: kesejahteraan psikologi, Kesihatan mental, Kepekaan Ketua Pentadbir
66
AMALAN SOLAT FARDU DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNTI KLANG,
SELANGOR
Nur Azmah binti Mohamad Saleh
Kolej Komuniti Klang
[email protected]
ABSTRAK
Solat merupakan tiang agama, ia merupakan rukun Islam yang kedua dan hukum
perlaksanaanya adalah wajib. Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap amalan solat
fardu dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Klang (KK Klang), faktor-faktor yang
mendorong mereka melaksanakan solat dan sejauh mana mereka mengetahui kepentingan
solat dalam kehidupan. Kajian ini melibatkan keseluruhan pelajar Muslim di KK Klang yang
mengambil program Sijil Senggaraan Komputer dan Rangkaian, dan dilaksanakan secara
kuantitatif diskriptif. Keesahan soalan adalah tinggi dengan nilai alpha Cronbach 0.93.
Borang soal selidik telah diedarkan menggunakan Google Form dan dianalisa menggunakan
IBM SPSS Statistic v25. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan solat dalam kalangan
pelajar KK Klang adalah di dalam lingkungan sederhana ke tinggi iaitu antara 3.64 – 4.81.
Faktor tertinggi yang mendorong mereka untuk melaksanakan solat adalah keyakinan
mereka bahawa solat dapat memperbaiki diri mereka dengan nilai min 4.84. Pelajar juga
sangat bersetuju kepentingan melaksanakan solat adalah untuk mengelakkan dari azab
neraka dengan nilai min 4.83. Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai garis panduan
untuk melaksanakan program yang sesuai untuk pelajar KK Klang dan melahirkan pelajar
yang cemerlang dalam bidang akademik tanpa meninggalkan kewajipan seorang Muslim.
Kata kunci: amalan solat, pelajar Muslim
TAHAP KEBOLEHGUNAAN MODUL MENGARANG ATAS-K DALAM KALANGAN
MURID ETNIK BAJAU DI DAERAH SEMPORNA, SABAH
Aman Shah Syed Ali1, Zamri Mahamod2, Mohammed Azlan Mis3
1IPG Kampus Tawau
2Fakulti Pendidikan, UKM
3Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehgunaan Modul
Mengarang ATAS-K dalam kalangan murid etnik Bajau di tujuh buah sekolah rendah yang
terletak di daerah Semporna, Sabah. Seramai 216 orang murid tahun 5 telah dipilih sebagai
responden kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik yang
diadapatasi daripada soal selidik kebolehgunaan USE (Lund 2011) dan menggunakan skala
likert 5 mata. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk melihat nilai min kebolehgunaan
modul dan analisis inferensi untuk melihat perbezaan tahap kebolehgunaan modul dalam
kalangan murid mengikut sekolah. Murid diarahkan menggunakan modul selama enam
minggu sama ada di rumah atau semasa sesi PdP secara bersemuka dengan guru di dalam
bilik darjah. Tahap kebolehgunaan modul diukur dengan melihat kepada tiga aspek iaitu, (i)
kebergunaan (usefulness), (ii) kepuasan (satisfaction), dan (iii) mudah guna (ease of use)
67
berdasarkan Model Kebolehgunaan Produk CUE. Berdasarkan analisis borang soal selidik,
dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi ketiga-tiga aspek kebolehgunaan modul adalah
berada pada tahap tinggi. Selain itu, analisis ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebolehgunaan modul dalam kalangan murid bukan etnik
Bajau mengikut sekolah. Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa Modul
Mengarang ATAS-K sesuai dan boleh digunakan oleh murid bukan penutur natif khususnya
murid daripada kalangan etnik Bajau sama ada semasa pembelajaran kendiri di rumah atau
semasa sesi PdP bersemuka di dalam bilik darjah.
Kata kunci: Mengarang, Bajau, kebolehgunaan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENYEBUT HURUF HIJAIYAH ، \ط
تUNTUK HIJAIYAH KID SUPER MENGGUNAKAN) )ـFATHAH BERBARIS \ ح،س\ص
ك \ق، هMURID TAHUN 1
Anis A’fifa Mohamad Amini, Ahmad Tamizi Abu
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
[email protected]
ABSTRAK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dilihat memberi banyak faedah pada
masa kini khususnya dalam bidang pendidikan. Mendapat inspirasi menerusi
pembelajaran kendiri di rumah (PdPr) kerana pandemik Covid-19, aplikasi Super Kid
Hijaiyah telah dicipta sebagai satu strategi baharu dalam pedagogi pengajaran guru.
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun 1 meningkatkan tahap kemahiran ()ـ
fathah berbaris ك\ق، ح\ه، س\ص، ت\طhijaiyah huruf menyebut dan mengenal menggunakan
aplikasi Super Kid Hijaiyah. Penyelidikan kes ini berpandukan model Kurt Lewin (1948).
Melalui ujian diagnostik, seramai empat orang murid dari sebuah sekolah di kawasan
Jitra telah dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Dapatan kajian telah diperoleh
melalui pemerhatian tidak berstruktur, analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian
juga telah menunjukkan perbezaan peserta kajian antara sebelum dan selepas
menjalani intervensi Super Kid Hijaiyah. Sehubungan itu, aplikasi Super Kid Hijaiyah ini
telah berjaya meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam dengan) )ـfathah berbaris
ك\ق، ح\ه، س\ ص، ت\طhijaiyah huruf menyebut dan mengenal betul. Oleh itu, berdasarkan
penemuan akhir dalam kajian ini, aplikasi Super Kid Hijaiyah ini dapat membantu murid-
murid dalam mengenal dan menyebut huruf penyelidikan untuk digunakan dapat dan) )ـ
fathah berbaris ك\ق، ح\ه، س\ص، ت\طhijaiyah masa hadapan.
Kata Kunci: Modul Iqra’, Huruf Hijaiyah Tahun 1, aplikasi Super Kid Hijaiyah.
68
INOVASI KIT CAHU: KIT BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) YANG DIGUNAKAN
BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBINA PERKATAAN
DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS KEPADA MURID ORANG
ASLI SEMAI TAHUN 3
Muhammad Nur Asnawi bin Romly1, Mohd Asmadi bin Zainal Abidin2
1SK Pos Musoh LZ, Tapah, Perak Darul Ridzuan
2SK Pos Gedong, Bidor, Perak Darul Ridzuan
*[email protected]
ABSTRAK
Projek inovasi ini berkaitan inovasi Kit CAHU iaitu singkatan kepada Cawan Huruf. Objektif
projek inovasi ini ialah sebagai bahan bantu belajar bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran membina perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada murid Orang
Asli Semai Tahun 3. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji sehingga mendorong inovasi ini
dilaksanakan ialah murid masih lemah dalam membina perkataan mudah dalam Bahasa
Melayu bagi perkataan KV, KVK, KVKV, KVKVK, dan KVKVKV walaupun sudah di tahun 3.
Selain itu, kit ini juga bersifat serampang dua mata di mana ianya juga boleh digunakan bagi
membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membina perkataan Bahasa Inggeris bagi
perkataan CVC. Murid bukan sahaja membina perkataan dalam Bahasa Inggeris malah turut
dapat meningkatkan kemahiran menggunakan kamus (dictionary skills) mereka dengan
mencari makna perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu. Asasnya mudah iaitu
penggunaan Cawan Huruf sebagai bahan bantu belajar untuk membantu murid tersebut.
Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi ini mempunyai tahap signifikan yang tinggi dan
dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Kajian juga mendapati inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti,
mempermudahkan atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan kos yang sama atau lebih rendah. Dapatan kajian turut membuktikan inovasi ini
telah berjaya dilaksanakan secara percubaan dan mencapai matlamat penciptaannya.
Projek inovasi ini mempunyai potensi yang besar untuk disebar luaskan bukan sahaja
kepada guru di sekolah yang sama malah kepada pihak yang lain juga. Inovasi ini dapat
melonjakkan martabat pendidikan masyarakat Orang Asli Semai ke arus perdana.
Kata Kunci: kit bahan bantu belajar, Orang Asli Semai
GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN KEPUASAN BEKERJA DALAM
KALANGAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
TUARAN, SABAH
Rosinah binti Edinin, Adeline Leong Suk Yee, Hapsah binti Magit
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Gaya kepimpinan mempunyai pengaruh yang besar terhadap organisasi yang dipimpinnya.
Gaya kepimpinan seseorang pemimpin akan mempengaruhi cara pekerja bekerja dan
69
sekaligus mempengaruhi kualiti kerja yang dihasilkannya. Kepimpinan yang betul akan
memotivasikan seseorang pekerja untuk memperbaiki kerja dan secara langsung akan
memberi kepuasan bekerja kepada pekerja. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap dan
hubungan empat aspek gaya kepimpinan transformasi dan kepuasan bekerja AKP yang
bertugas di IPG Kampus Kent. Kajian ini amat penting terutamanya kepada pentadbir untuk
mengenalpasti aspek gaya kepimpinan transformasi dan kepuasan bekerja AKP. Kajian
tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang melibatkan sampel seramai 56 orang
AKP yang bertugas di IPG Kampus Kent. Analisis data menggunakan perisian SPSS 26.0
yang melibatkan analisis deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi
(ujian korelasi Pearson). Kebolehpercayaan alat kajian yang digunakan dalam kajian ini
adalah ideal dengan melihat kepada nilai pekali Alfa Cronbach bagi semua konstruk adalah
melebihi 0.70. Hasil kajian mendapati bahawa tahap gaya kepimpinan transformasi secara
keseluruahan dan mengikut aspek adalah berada pada tahap yang tinggi. Kepuasan
bekerja AKP juga berada pada tahap yang tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek pengaruh ideal dan
kepuasan bekerja AKP (r = 0.519, p<0.01), aspek motivasi berinspirasi dan kepuasan
bekerja AKP (r = 0.610, p<0.01), aspek stimulasi intelektual dan kepuasan bekerja AKP (r =
0.586, p<0.01), aspek pertimbangan individu dan kepuasan bekerja AKP (r = 0.540, p<0.01)
dan gaya kepimpinan transformasi dan kepuasan bekerja AKP (r = 0.585, p<0.01). Dapatan
kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pelbagai pihak khususnya pihak pentadbir
organisasi dan kepimpinan IPG Kampus Kent dalam menentukan aspek kepimpinan
transformasi yang sesuai diamalkan terhadap kakitangan mereka bagi memastikan semua
pegawai mencapai kepuasan kerja yang tinggi agar dapat terus memberi komitmen yang
baik terhadap organisasi.
Kata kunci: gaya kepimpinan transformasi, Anggota Khidmat Pelanggan, kepuasan
bekerja
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH BERMAIN DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH BELURAN
Daniel Ariff Misbah
Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran
[email protected]
ABSTRAK
Menurut Fazlulaini Mohd Yunus et.al (2017), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berhasrat untuk menjadikan sistem pendidikan kebangsaan sebagai sistem pendidikan yang
bertaraf dunia. Hasrat itu bukanlah suatu ungkapan yang sekadar mudah disebut, tetapi ia
menuntut banyak sumbangan dan pengorbanan dari semua pihak dalam industri pendidikan
nasional. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincangkan mengenai persepsi guru
terhadap penggunaan kaedah bermain dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di
sekolah rendah kerana betapa pentingnya menentukan persepsi bagi para guru tersebut
selaras ia berperanan dalam membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada peringkat
awal (Mohd Azhar Abd Hamid, 2001). Melalui Pendekatan Belajar Melalui Bermain (PBMB)
ia dapat melahirkan rasa seronok seiring dengan fitrah keinginan semula jadi kanak-kanak
yang minat dengan bermain (Duncan dan Lockwood, 2008). Oleh itu, kajian ini dilakukan
berbentuk kajian kuantitatif yang melibatkan sampel secara rawak seramai 50 orang guru
70
sekolah rendah di sekitar Daerah Beluran yang terdiri daripada guru mata pelajaran yang
berbagai-bagai seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Reka Bentuk dan Teknologi dan Pendidikan Muzik. Instrumen
kajian ini menggunakan borang soal selidik secara google form dan diberikan kepada semua
responden iaitu dalam kalangan guru sekolah rendah.
Kata kunci: Persepsi Guru, Kaedah Bermain, Pembelajaran dan Pengajaran Sekolah
Rendah
STRATEGI KESINAMBUNGAN PENDIDIKAN ERA COVID-19 DI MALAYSIA:
PENGALAMAN JULUNG GURU PELATIH IPG KAMPUS KENINGAU
M.Nadarajan a/l Manickam, Liong Kon Thai, Roziah binti Rusdin, Dayang Rafidah binti
Shariff
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
[email protected]
ABSTRAK
Wabak pandemik COVID-19 telah mengakibatkan seluruh pelusuk negara terlantar lumpuh,
namun Malaysia membuat keputusan awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk
mengawal penularan virus itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat strategi
kesinambungan pendidikan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
semasa penutupan institusi Pendidikan sebagai langkah mengawal penularan COVID-19.
Artikel ini mengkaji strategi penyaranan oleh KPM untuk memastikan penyampaian
pembelajaran secara berterusan kepada semua pelajar diinstitusi pendidikan di negara ini.
KPM memperkenalkan lima komponen strategi yang dilaksanakan semasa COVID-19, iaitu
(1) pedagogi fleksibel, (2) pembelajaran sinkronus dan asinkronus, (3) sokongan pengajaran
dalam talian, (4) penglibatan maya; dan 5) cabaran komunikasi. Kajian deskriptif ini
melibatkan 59 pelajar dengan persampelan rawak mudah digunakan. 62% pelajar bersetuju
dengan fleksibiliti dalam pedagogi manakala 87% siswa pelajar secara kolektif tidak
bersetuju dengan sokongan pengajaran dalam talian. Kesemua pelatih mengaku cabaran
komunikasi merupakan halangan utama dalam meneruskan kesinambungan pembelajaran
mereka. Strategi yang dilaksanakan membolehkan sistem pendidikan mengatasi isu
penutupan mengejut institusi pendidikan dan menyampaikan pendidikan yang diperlukan
kepada pelajar semasa pandemik.
Kata kunci: COVID-19, Pembelajaran Dalam Talian, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.
71
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 3 ANGGERIK DALAM
MELUKIS UNJURAN ORTOGON MELALUI AKTIVITI SECARA HANDS ON
Quek Lee Sin
Smk Sanzac, Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Murid-murid didapati tidak dapat melukis unjuran ortogon walaupun telah diajar.Tujuan
kajian tindakan ini diadakan adalah untuk mengubah presepsi murid-murid dan
meningkatkan keyakinan murid-murid mengenai lukisan unjuran ortogon daripada sukar dan
mengelirukan kepada mudah. Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari
penyelesaian masalah murid yang kurang mahir dalam melukis unjuran ortogon
terutamanya bagi satah mengufuk dan mencancang. Ini adalah kerana unjuran ortogon
merupakan asas bagi topik Pelan dan Dongakan.Seramai 21 orang murid Tingkatan Tiga
Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan murid, borang soal selidik dan ujian pra.
Hasil dapatan daripada tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir dalam melukis
unjuran ortogon. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk
meningkatkan kemahiran dengan menggunakan aktiviti secara Hands On. Keputusan ujian
pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra dengan
peningkatan min ujian daripada 4.8% kepada 38.1%. Hasil kajian menunjukkan aktiviti ini
adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran murid dalam melukis unjuran ortogon.
MY MAGIC IQRA’
Mohd Shaffique Bin Abd Kahar & Syed Mohd Hafiz Bin Said Edin
SK. Sandau, Kinabatangan
[email protected]
ABSTRAK
Pada tahun yang lalu, Sektor Pendidikan Islam (SPI) Negeri Sabah telah mengadakan satu
program khas bersama guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah seluruh Negeri Sabah
secara atas talian bagi mengkongsikan satu modul yang dinamakan sebagai Modul Itqan.
Modul tersebut bertujuan membantu murid mempercepatkan bacaan Buku Iqra’ dan
seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik. Hal demikian, pembacaan Buku Iqra’
sedia ada merupakan kaedah yang lama, lambat dan tidak menyeronokkan. Sungguhpun
begitu, pihak SPI tidak mendedahkan satu kaedah atau pendekatan khusus yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid menggunakan Modul Itqan ini. Oleh yang
demikian, Guru Pendidikan Islam SK. Sandau, Kinabatangan berbincang dan cuba
menghasilkan satu inovasi baru seiring dengan kehendak SPI Sabah. Selain cepat
membaca Al-Quran, inovasi ini bertujuan membantu menjelaskan kekeliruan murid dalam
mengenal sebutan huruf. Nama huruf, baris atas, baris bawah dan baris depan. Metod yang
kami gunakan ialah dengan menggunakan kaedah lisan kepada 3 buah kelas tahap 1
dengan cara menguji tahap kefahaman murid terhadap huruf dan baris huruf. Lebih 50%
murid gagal menjawab soalan dengan betul. Perkara ini memberi kebimbangan kepada
guru-guru Pendidikan Islam di SK. Sandau. Maka, dengan itu terhasillah inovasi ini.
72
PENGGUNAAN KAD DALIL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI
MAMPU MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR TAHAP SATU SK PEKAN
MENGENAL DAN MENULIS HURUF JAWI TUNGGAL DENGAN LEBIH KEMAS
Nirwana Binti Harun1, Nordin bin Hj Bula2
1Sk Pekan Lahad Datu
2Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
[email protected]
ABSTRAK
Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab iaitu menggunakan huruf-huruf Arab yang
dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan
satu jenis tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan agama
Islam di Malaysia. Jawi merupakan bidang yang ditekankan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Penggunaan kad
dalil secara umumnya telah meluas dalam kalangan guru agama dan telahpun diguna
pakai mengikut kreativiti guru itu sendiri. Penggunaan Kad dalil Jawi juga mampu untuk
meningkatkan serta memberi penguasaan kepada murid untuk lebih mengenal huruf
tunggal jawi selain dapat menulis huruf jawi dengan lebih kemas di buku tulis. Secara
keseluruhannya, kertas konsep ini dihasilkan agar dapat membantu guru-guru agama
mempraktikkan penggunaan kad dalil Jawi di sekolah rendah terutamanya. Namun
terdapat beberapa elemen dari sudut input dan proses perlu ditambahbaik bagi
mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran jawi di sekolah rendah.
Kata Kunci : Jawi, Kad dalil, amalan pengajaran
KAD YouLEARN MENINGKATKAN PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN KENDIRI
BERASASKAN DIGITAL BAGI MATAPELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 6
(Penulis)
Sekolah Kebangsaan Sembirai
Pembelajaran kendiri adalah salah satu cara yang dapat digunakan bagi mengatasi
masalah perbezaan individu. Memetik hasil penulisan Kamdi Kamil (1990), menyatakan
bahawa dengan mengaplikasikan budaya pembelajaran kendiri satu-satu aktiviti itu
sebenarnya telah pun dirangka dan diprogramkan selaras dengan keupayaan dan
kebolehan pelajar serta dapat menarik minat, memberikan motivasi dan cabaran dalam
sesuatu pembelajaran.Tambahan pula, pendidikan di abad 21 berbeda dengan abad
sebelumnya. Pendidikan abad 21 bersifat konstruksional dan memanfaatkan teknologi
informasi dan komunikasi. Pembelajaran harus dapat mengembangkan keterampilan
critical thinking and problem solving, creativity and innovation, communication,
collaboration. Oleh sebab itu, guru harus kreatif dan inovatif dalam menciptakan
pembelajaran yang menumbuhkan berpikir tingkat tinggi pada peserta didik. Salah
satunya dalam pemilihan media pembelajaran yang variatif dan berbasis digital sesuai
dengan perkembangan pendidikan abad 21.
73
ALMAYYITU SHOGIRI: MENINGKATKAN KEMAHIRAN AMALI MENGKAFANKAN
JENAZAH DALAM KALANGAN MURID KELAS 3 ALPHARD
SMK TINUSA SANDAKAN
Nurramdzan Ahmad Malindo Joslan
SMK Tinusa, Sandakan
[email protected]
ABTRAK
Kaedah demonstrasi pengurusan jenazah di dalam kelas adalah suatu proses
pengajaran tradisonal seperti “kuliah” dan “chalk and talk”. Kaedah ini menjadikan murid
berasa bosan di dalam kelas dan kurang memberi perhatian penuh ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk menambah
baik teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Selaras dengan pembelajaran abad ke-21,
dalam SKPMg2 yang merangkumi aspek guru sebagai perancang, pemudahcara dan
pembimbing serta menjadikan murid sebagai pembelajar aktif, Almayyitu Shogiri
merupakan suatu bahan bantu mengajar bagi meningkatkan keupayaan daya ingatan
murid terhadap tatacara mengkafankan jenazah. Ia merupakan suatu gabungan
daripada elemen pengintegrasian pembelajaran dalam permainan dan menjadikan suatu
pembelajaran lebih menyeronokkan di dalam bilik darjah. Dengan menerapkan konsep
3R recycle, reuse dan reduce, penggunaan bahan kitar semula dapat dimanfaatkan
dengan baik dalam membantu murid menjalankan suatu amali tanpa mengeluarkan
dana yang besar. Tinjauan penelitian awal pengkaji mendapati bahawa murid masih
lemah dalam menguasai sepenuhnya topik mengkafankan jenazah dengan betul dan ini
telah dibuktikan oleh keputusan Ujian Pra yang mendedahkan tahap kefahaman yang
sangat rendah dalam ujian tatacara pengurusan jenazah. Berdasarkan refleksi yang
pengkaji kumpulkan, kebanyakan murid menyatakan bahawa mereka mengalami
kesukaran untuk menghafal susunan tatacara mengkafankan jenazah. Almayyitu Shogiri
yang didedahkan kepada murid melalui proses amali mampu membantu meningkatkan
penghafalan dan kefahaman kepada topik tersebut. Hasilnya, murid menunjukkan
prestasi yang baik dalam Ujian Pasca dan ini membuktikan pengunaan Almayyitu
Shogiri sememangnya memberi impak positif kepada murid terhadap daya ingatan dan
kefahaman dalam proses pengurusan jenazah tersebut.
Kata kunci : Pengurusan Jenazah, Pengajaran dan Pembelajaran, Bahan Bantu
Mengajar.
74
CAM PAZ-MAP Ca Z: MENINGKATKAN PENGHAFALAN DAN KEFAHAMAN MURID
DALAM UJIAN KATION
Patronella bte William Yaw
SMK Tinusa, Sandakan
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambah baik cara saya mengajar topik
Ujian Kation dalam Bab 6: Asid, Bes dan Garam, Standard Kandungan 6.11: Analisis
Kualitatif Garam. Topik Analisis Kualitatif Garam (Ujian Kation) terkenal sebagai ‘killer
topic’ di kalangan murid yang mengambil subjek Kimia. Oleh itu, satu teknik yang
dipanggil CaM PAZ-MAP Ca Z telah dicipta sebagai satu cara yang inovatif untuk
meningkatkan keupayaan murid untuk menghafal dan memahami topik Ujian Kation.
Topik Ujian Kation adalah penting untuk murid belajar kerana topik ini antara yang
popular dan selalu ditanya dalam soalan SPM Kertas 2 Bahagian B atau C yang
membawa kira-kira 20 markah. Andaian awal saya bahawa murid masih lemah dan
belum menguasai sepenuhnya topik Ujian Kation telah dibuktikan oleh keputusan Ujian
Pra yang mendedahkan tahap kefahaman yang sangat rendah dalam Ujian Kation.
Berdasarkan refleksi yang kami kumpulkan, kebanyakan murid menyatakan bahawa
mereka kurang memahami dan mengalami kesukaran untuk membezakan kation yang
hadir dalam mendakan berwarna putih. Teknik CaM PAZ-MAP Ca Z yang didedahkan
dengan murid mampu membantu meningkatkan penghafalan dan kefahaman kepada
topik Ujian Kation. Hasilnya, murid menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam Ujian
Pasca dan ini membuktikan teknik CaM PAZ-MAP Ca Z sememangnya memberi kesan
positif kepada penghafalan dan kefahaman dalam Ujian Kation.
Kata kunci: Ujian Kation, Penghafalan, Pengajaran dan Pembelajaran
KAD PERMAINAN PINTEJA MENINGKATKAN PENGUASAAN
EJAAN BAHASA MELAYU
ADELINE JOPRINE
Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu.
[email protected]
ABSTRAK
Inovasi Kad Permainan PINTEJA ini direka khusus berdasarkan keprihatinan saya
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid untuk menguasai pengenalpastian
ejaan Bahasa Melayu yang tepat. Hasil daripada pemerhatian saya sebagai guru
Bahasa Melayu, murid-murid amat lemah dalam menganalisis kesalahan ejaan.
Kelemahan dalam penguasaan ejaan yang betul akan menjejaskan markah bahasa
dalam penulisan karangan. Oleh sebab itu, saya telah mereka bentuk satu inovasi untuk
meningkatkan penguasaan ejaan yang dikenali sebagai PINTEJA. Tujuan kajian ini
adalah untuk menambahbaik amalan saya sebagai guru Bahasa Melayu dengan
menggunakan Kad Permainan PINTEJA. Saya menggunakan kaedah pemerhatian,
ujian pra-ujian pasca dan temu bual untuk melihat impak inovasi ini. Kajian ini telah
75
dilaksanakan ke atas 20 orang murid Tingkatan 2 Capella. Dapatan kajian mendapati
penggunaan Kad Permainan PINTEJA melalui pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21
(Fun Learning) dilihat dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan ejaan yang
betul dengan lebih baik di samping mengubah iklim pembelajaran dalam bilik darjah
daripada suasana yang membosankan kepada suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Hasil temu bual bersama pelajar 2 Capella juga menunjukkan inovasi
PINTEJA memberi impak positif kepada pelajar. Kajian seperti ini dapat menyediakan
alternatif kaedah pengajaran untuk membantu guru dalam pengajaran dan
memaksimumkan proses pembelajaran serta penguasaan dalam kalangan pelajar.
Kata kunci: PINTEJA, kad permainan, Bahasa Melayu
PENGGUNAAN TEMPLET TRACK O-T-A-K MEMBANTU PELAJAR MENULIS
KANDUNGAN TAKLIMAT PEKERJAAN DALAM KURSUS
PENYELIAAN BENGKEL AUTOMOTIF
Mohammad Hazrul Bin Md Jori
Kolej Vokasional Taiping, Perak
[email protected]
ABSTRAK
Kursus penyeliaan bengkel Automotif (MTA 4012) merupakan salah satu kursus semester
akhir program Teknologi Automotif peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di Kolej
Vokasional. Kursus ini melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran mentadbir serta
menyelia keseluruhan proses kerja yang berlaku dalam sesebuah bengkel automotif dimana
pelajar seharusnya kompeten bagi setiap kompetensi dalam kursus ini. Walaubagaimana
pun, berdasarkan hasil refleksi terhadap amalan pengajaran menunjukkan terdapat lapan
orang pelajar masih belum kompeten dalam kompetensi 2 (K2) iaitu menyampaikan sesi
taklimat pekerjaan. Hasil penelitian yang mendalam terhadap isu ini menunjukkan pelajar
tidak mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang perlu disampaikan dalam sesi taklimat
pekerjaan. Justeru, Objektif kajian tindakan ini ialah untuk membantu pelajar menulis
kandungan kandungan taklimat dengan betul berdasarkan sub kompetensi yang
dikehendaki dan membentuk idea penulisan dengan mengaitkannya dengan kompetensi 1
(K1). Kajian tindakan ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan yang diasaskan oleh
Kemmis dan McTaggart (1988) yang terdiri daripada proses merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada lapan orang pelajar
semester 4 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Program Teknologi Automotif di Kolej
Vokasional Taiping. Bagi menyelesaikan isu kepada permasalahan ini, satu intervensi
diperkenalkan dengan menggunakan templet track O-T-A-K iaitu kaedah pengajaran yang
menggunakan sehelai templet bagi menjejaki (track) semula item-item kompetensi yang
penting. Intervensi dilaksanakan berdasarkan tiga strategi iaitu pemahaman, bimbingan dan
penulisan. Hasil daripada intervensi ini menunjukkan terdapatnya peningkatan markah dan
keseluruhan kumpulan sasaran telah kompeten dalam kompetensi 2 (K2) ini. Secara
kesimpulannya, kajian tindakan ini berjaya membantu pelajar menulis idea dalam penulisan
taklimat mengikut sub kompetensi yang dikehendaki seterusnya kompeten dalam
menyampaikan sesi taklimat pekerjaan.
Kata kunci: Menulis, Kandungan Taklimat, Pekerjaan
76
APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI TERHADAP REKA BENTUK DAN
PEMBANGUNAN KALENDAR PENJODOH BILANGAN
N Siva Perumal Narayanan, Vijayaletcmy Muniyandy, Jeeva Nanthini Sinnayah
IPG Kampus Bahasa Melayu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji reka bentuk kalendar penjodoh bilangan dalam pelaksanaan
pembelajaran penjodoh bilangan di sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah untuk reka
bentuk kalendar penjodoh bilangan berdasarkan kepada pandangan pakar. Pendekatan
yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah dengan menggunakan instrumen soal
selidik yang diedarkan kepada 15 orang pakar bagi menjawab persoalan kajian. Segala data
yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Interprestasi data untuk
pendekatan kaedah Fuzzy Delphi adalah berdasarkan penerimaan komponen utama dan
elemen kalendar penjodoh bilangan yang diterima oleh panel pakar. Nilai peratusan skor
penerimaan diambil kira bagi menentukan kesesuaian seluruh komponen dan elemen dalam
kalendar. Nilai peratusan harus melebihi 75% dan dianggap sesuai dan boleh
diimplimentasikan. Kesemua item telah mendapat kesepakatan pakar dengan nilai
persetujuan yang baik dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dapatan konsensus
pakar menunjukkan kesemua konstruk kalendar penjodoh bilangan mencapai kesepakatan
pakar iaitu melebihi 75%. Cadangan pemurnian diambil kira dan melakukan
penambahbaikan dalam kalendar sebelum ke fasa seterusnya iaitu pelaksanaan dan
penilaian kalendar penjodoh bilangan. Kalendar penjodoh bilangan ini terdiri daripada empat
komponen utama yakni nota komprehensif, latihan 3P, aktiviti penilaian dan uji minda yang
berfungsi sebagai rujukan utama murid dan guru dalam PdPc penjodoh bilangan peringkat
sekolah rendah.
Kata kunci: reka bentuk, pembangunan, kalendar penjodoh bilangan
5 MINIT SUPERKE
Elkah @ Ekah Binti Molukim
Pusat Tingakatan Enam SMK Usukan, Kota Belud
[email protected]
ABSTRAK
Menyelesaikan jawapan pada soalan yang berbentuk pengiraan atau Matematik merupakan
tanggungjawab besar pelajar. Pelajar memerlukan komitmen yang sungguh-sungguh
supaya dapat menjawab soalan dengan tepat dan sebagai kesannya, pelajar akan
mendapat markah yang memuaskan. Walaupun pengiraan dibuat menerusi bantuan
kalkulator saintifik, namun teknik dan strategi mengira pantas sangat wajib didedahkan
kepada pelajar. Selain menguasai teknik menjawab soalan dengan tepat, pelajar juga akan
lebih berhati-hati semasa menjawab soalan dan dapat menjimatkan masa menjawab soalan
dengan cara yang mudah dan efektif.
77
CABARAN PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
Ratizah Binti Sala, Abdul Halim Tamuri
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Keperluan mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam bilik
darjah adalah salah satu kompenan penting untuk memenuhi tuntutan cabaran
pendidikan abad ke-21 bagi mewujudkan generasi yang berdaya saing dan seimbang
dalam semua aspek kehidupan. Namun terdapat pelbagai cabaran dalam
mengintegrasikan KBAT secara berkesan terutamanya dalam kalangan guru
Pendidikan Islam walaupun selepas pasca pandemik melanda negara kita. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti cabaran pengintegrasian KBAT dalam kalangan guru
Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini adalah kajian pendekatan kualitatif
yang menggunakan kaedah temu bual formal separa berstruktur sebagai instrumen
kajian. Seramai 5 orang guru Pendidikan Islam di daerah Tuaran telah dipilih sebagai
sampel kajian menggunakan kaedah rawak mudah. Hasil temu bual telah dianalisis
dengan mengkategorikan cabaran pengintegrasian KBAT di dalam bilik darjah
meliputi aspek-aspek tertentu. Antaranya, adalah aspek kesediaan dan pengetahuan
guru itu sendiri, aspek kaedah pengajaran serta aspek keterlibatan murid. Sebagai
implikasi, semua pihak perlu memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha
meningkatkan pengintegrasian KBAT agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan
bagi memenuhi PPPM 2013-2025.
Kata kunci : Cabaran, KBAT, guru Pendidikan Islam
TERAS KESYUKURAN KELUARGA MALAYSIA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN
Muhammad Akmal Amin bin Mahamat, Mohd Isa Hamzah
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
[email protected]
ABSTRAK
Keluarga Malaysia adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri
Malaysia ke-9 pada 22 Ogos 2021. Gagasan ini secara keseluruhannya memberi mesej
bahawa Keluarga Malaysia dapat menerima persamaan dan perbezaan berdasarkan nilai
dan ciri Keluarga Malaysia berlandaskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara.
Gagasan ini secara umumnya memperlihatkan bahawa kerajaan menjaga keharmonian
semua agama, bangsa dan kaum tanpa mempunyai sebarang prejudis dalam aspek
ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Konsep Keluarga Malaysia mempunyai tiga teras
utama dalam mendasari setiap perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu teras
keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
membincangkan teras kesyukuran Keluarga Malaysia dalam konteks pendidikan. Kajian ini
berbentuk ulasan kepustakaan dengan merujuk kepada jurnal terbaru dari dalam dan luar
negara serta dianalisis secara analisis bersistematik. Hasil analisis menunjukkan bahawa
terdapat empat cabaran yang dihadapi iaitu penyalahgunaan kemudahan teknologi
maklumat, persepsi negatif terhadap penyaluran bantuan pendidikan, mempunyai fleksibiliti
78
dan penerapan nilai-nilai murni. Akhirnya, cadangan untuk penambahbaikan penerapan
elemen kesyukuran dalam pendidikan perlu diterapkan sebagai nilai-nilai murni dalam diri
individu untuk memastikan proses pendidikan dapat dilaksanakan secara sistematik dan
tersusun tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Kata kunci: Keluarga Malaysia, kesyukuran, pendidikan
PEMBENTUKAN SAHSIAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
Morris Anak Lat1, Dg. Norizah Ag. Kiflee @ Dzulkifli2, Ghazali @ Hassan Bin Sulaiman3,
Anniliza Mohd Isa4
1,3,4Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
2Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Pembentukan sahsiah ialah aspek perubahan sikap dan perbuatan yang dialami oleh setiap
individu dalam membentuk tabiat dan kebiasaan yang baik dan bertanggungjawab.
Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pembentukan
sahsiah dalam kalangan murid sekolah. Melalui kajian kepustakaan didapati pengetua dan
guru besar dilatih untuk menerapkan nilai-nilai sahsiah yang positif dalam kalangan
muridnya. Sementara, ibu bapa perlu memiliki kemahiran dan gaya keibubapaan yang
sesuai dengan perkembangan umur anak-anak. Manakala, sebagai pendidik guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu bahkan dalam masa yang sama turut berperanan membentuk
keperibadian, sahsiah dan akhlak murid. Justeru, dapat ditekankan bahawa peranan
pengetua atau guru besar, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang amat penting dalam
pembentukan sahsiah murid dalam memastikan kemenjadian murid selari dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Katakunci: Pembentukan Sahsiah, Murid, Pengetua, Guru Besar, Guru
“FIND YOURS”: APLIKASI FIREBASE MENYELESAIKAN MASALAH KEHILANGAN
BARANG
Lu Hou Yang, Timothy Thomas, Nur Adlina Binti Mohd Nazri, Nadia Nabila Binti
Yusup, Thillai Kumar A/L Pathatalli
Kolej Matrikulasi Labuan
[email protected]
ABSTRAK
“FIND YOURS”: Aplikasi Firebase menyelesaikan masalah utama yang telah didiagnosis
melalui tafsiran data yang terkumpul. Kehilangan barang yang berharga merupakan
masalah yang sering dihadapi oleh setiap pelajar matrikulasi. Oleh yang demikian bagi
menyelesaikan masalah berikut, suatu prakarsa iaitu ‘FIND YOURS’ telah dicipta untuk
memudahkan proses pencarian kehilangan barang. ‘FIND YOURS’ berkaliber dalam
memberi impak yang positif kerana dapat memudahkan proses pencarian barang yang
hilang dan menurunkan kadar statistik barangan yang tidak dituntut. Pada asalnya, proses
79
pembangunan asas prototaip merupakan hasil perbincangan ahli JANTSTEM INNOVATION
bersama pensyarah cemerlang sains komputer Kolej Matrikulasi Labuan, Encik Thillai
Kumar A/L Pathatalli untuk mengenal pasti masalah berpandukan STEM serta
menyelesaikan masalah berikut menggunakan kaedah saintifik dan matematik. Data
dikumpulkan berdasarkan borang soal selidik yang diisi oleh responden dan sesi temubual
bersama pelajar yang mengalami kehilangan barang lalu inovasi ini kemudiannya dicipta
oleh semua ahli JANTSTEM INNOVATION dengan bimbingan pensyarah menggunakan kos
yang rendah. Penggunaan inovasi ini dalam bentuk aplikasi dapat dalam talian
menjadikannya mudah diakses dan di implementasi di mana-mana sahaja. Inovasi ini
merupakan satu projek positif yang berpotensi untuk dikomersialkan di seluruh kolej
matrikulasi Malaysia.
Kata Kunci: ‘FIND YOURS’, Inovasi, Pangkalan data
THE RELATIONSHIP BETWEEN TEACHER READINESS AND TEACHER’S ATTITUDES
TOWARDS SECONDARY SCHOOLS QUANTUM PHYSICS TEACHING AMONG
PHYSICS TEACHERS IN SABAH
Stephanie Sungkim, Mohd. Zaki bin Ishak
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]
ABSTRACT
Quantum physics is no longer an unfamiliar concept in developed nations due to the rapid
advancement of quantum technologies in modern life. The majority of countries have
included quantum physics in secondary school physics curricula because of how crucial it is
to modern living. To keep up with international trends, Malaysia's physics curriculum begins
to include quantum physics in 2021. Teachers' readiness to teach quantum physics to
students in secondary schools is seen as being challenged by this new topic of quantum
physics. The study aims to investigate how teachers' attitudes and readiness for teaching
quantum physics in secondary schools relate to one another. Data from physics teachers in
Sabah were collected using a survey method. Through the use of Pearson's correlation
analysis, the responses from 175 physics teachers were analyzed using SPSS Version 28.0.
Based on the analysis, it has been shown that the correlation is moderate and positive
between teacher’s attitudes and readiness to teach quantum physics (r=.60) with a
significance of p < .05. The results of this study suggest that despite the difficulty of
understanding and teaching quantum physics, secondary school teachers are ready to teach
this topic to their students.
Keywords: Quantum physics, teacher readiness, teacher’s attitudes
80
A CONCEPT FOR FLEXIBLE INTEGRATED STEM IN MALAYSIAN POST-PANDEMIC
EDUCATION
Kang Fairuz
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
[email protected]
ABSTRACT
To curb the spread of COVID-19 infections, educational institutions across the country have
been instructed to close, causing a disruption to the learning norms of students. In ensuring
the continuity of learning, teaching and learning moved online. While this disruption is
temporary, the experiences and learnings gain therefrom would pave the way for educational
reform. Against backdrop of STEM education in response to the 4th Industrial Revolution,
here we propose a framework for a flexible integrated STEM approach suited for the
Malaysian post-pandemic education. This framework seeks to incorporate characteristics of
flexible learning, blended instructions and self-regulated learning in an approach to adapt to
the restrictions of the new learning norms. Practical implications are discussed,
recommending further research in affirming the usefulness of the framework in designing
future STEM learning experiences.
Kata kunci: Integrated STEM, flexible learning, blended learning
HUBUNGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI,PENGETAHUAN KANDUNGAN DAN
KOMITMEN GURU TERHADAP KUALITI PENGAJARAN
Abdul Said Ambotang, Lena Anuar & Christina Andin
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan
Kandungan dan Komitmen Guru terhadap Kualiti Pengajaran Guru sekolah rendah di
Sabah, Malaysia. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan teknik
persampelan kebarangkalian berstrata, kluster dan rawak mudah. Berpandukan formula
Krejcie dan Morgan, sampel dipilih sebanyak 500 orang. Data dikumpul menggunakan satu
set borang soal selidik yang diadaptasi. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences. Dapatan ujian Korelasi Pearson menunjukkan wujud
hubungan signifikan Pengetahuan Pedagogi (r=0.608, p<0.01), Pengetahuan Kandungan
(r=0.822, p<0.01), dan Komitmen Guru (r=0. 777, p<0.01) dengan Kualiti Pengajaran Guru.
Hasil Kajian membuktikan bahawa variabel kajian yang dijalankan iaitu pengetahuan
pedagogi, pengetahuan kandungan dan komitmen guru secara keseluruhannya mempunyai
hubungan yang kuat dengan kualiti pengajaran guru di sekolah. Secara perbandingan
pengetahuan kandungan menunjukkan hubungan yang paling kuat dengan kualiti pengajian
guru. Ini bermakna untuk memastikan kualiti pengajaran guru yang baik, aspek pengetahuan
kandungan guru perlu diberi perhatian serius tanpa mengabaikan faktor pengetahuan
pedagogi dan juga komitmen guru. Dapatan kajian diharapkan dapat memberi input dan
panduan yang jelas kepada pihak guru, pentadbir dan pihak penggubal kurikulum
khususnya pembuat dasar dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran guru pada masa
akan datang sesuai dengan keperluan kontemporari.
Kata kunci : Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan, Komitmen Guru, Kualiti
Pengajaran Guru.
81
SCRUTINISING TEACHERS’ EXPERIENCE IN THE MALAYSIAN DUAL LANGUAGE
PROGRAMME IMPLEMENTATION
Ashairi Suliman1, Mohamed Yusoff Mohd Nor2, Melor Md Yunus3
1Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, 2,3Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRACT
The Dual-Language Programme (DLP) is advocated to nurture bilingualism for enhancing
bilingual education. In Malaysia, the DLP highlights the use of English as the instructional
medium in the teaching and learning of science and mathematics. This study depicts
teachers’ experience in the implementation of the programme besides unveiling the
challenges faced along the programme execution. Contextualising into the teachers’ points
of view, 435 DLP teachers from all over Malaysia were involved in this study. From the
findings, it was unravelled that though teachers’ perceptions were on the positive level,
several prominent and persistent challenges were revealed by the respondents. These
challenges need to be addressed and resolved to ensure the success of this programme.
Specifically, teachers’ role is indispensable as they exude a positive vibe in students’
engagement. Thus, teachers’ welfare in the programme are of paramount importance to be
considered as this would escalate their confidence, positivity and readiness in the DLP
lessons.
Keywords: Dual-Language Programme (DLP); science and mathematics teachers; English
as second language
SEKOLAH HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN AMALAN GURU
ON HANDS KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MUHAMMAD FAIZ BIN SALLEH
Open University Malaysia (OUM)
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran hands on merupakan antara kaedah amalan pembelajaran abad ke-21 yang
menepati transformasi landskap pendidikan di negara kita. Walaupun sudah lebih sedekad
transformasi ini diperkenalkan serta diperluaskan, namun, pengetahuan dan amalan
pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) berkaitan sistem pendidikan ini masih berada pada
tahap yang sederhana. Maka, kajian kes ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan
antara pengetahuan dan amalan kaedah pembelajaran secara hands on dalam kalangan
guru-guru Pendidikan Islam di tempat sasaran iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong.
Objektif kajian ini termasuk (i) mengkaji pengetahuan guru-guru Pendidikan Islam tentang
konsep dan amalan kaedah pembelajaran secara hands on; (ii) mengkaji amalan kaedah
pembelajaran secara hands on oleh guru-guru Pendidikan Islam di dalam bilik darjah; dan
(iii) menganalisis hubungan antara pengetahuan dan amalan kaedah pembelajaran secara
hands on dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam di sekolah. Kajian kualitatif yang
berlandaskan reka bentuk kajian kes merupakan metodologi kajian yang digunakan dengan
saiz sampel seramai tiga orang GPI di sekolah berkenaan. Kaedah triangulasi yang
melibatkan temu bual separa struktur, pemerhatian dan analisis dokumen yang dijadualkan
dalam bentuk pengekodan tematik digunakan bagi mengumpulkan data berkaitan. Dapatan
82
utama kajian iaitu data temu bual mendapati ketiga-tiga responden mempunyai
pengetahuan tentang pembelajaran hands on namun, hanya dua daripada tiga orang
responden mengamalkan kaedah ini kerana beberapa kekangan seperti resos dan masa
terhad serta bilangan murid yang ramai dalam sesebuah kelas. Dapatan juga mendapati
terdapat hubungan yang rapat antara pengetahuan dan amalan pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Cadangan penambahbaikan yang melibatkan beberapa pihak telah diutarakan
seperti pembinaan modul pengajaran mesra pengguna dan pemerkasaan orientasi bilik
darjah PAK21 bagi mengatasi kekangan seterusnya memantapkan PdPc Pendidikan Islam
di sekolah.
Kata kunci: Guru Pendidikan Islam, hands on, pengetahuan dan amalan guru, pengajaran
abad ke-21
KESAN PENGGUNAAN POWTOON TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID
DALAM SAINS
Rayner Bin Tangkui, Bawani A/P Sincaroo, Donatus Justin, Roziah Binti Rusdin, Junaidi @
Patrick Bin Jair, Kang Fairuz
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kesukaran untuk memahami dengan baik fasa-fasa bulan telah memberi kesan ke atas
pencapaian dan minat murid terhadap tajuk tersebut. Dengan itu, kajian dengan reka bentuk
kuasi-eksperimen ujian pra dan ujian pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang ini adalah
bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Powtoon terhadap pencapaian murid
Tahun 5 dalam tajuk fasa bulan serta minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
(PdP) tajuk tersebut yang diintegrasi Powtoon. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang
murid Tahun 5 dalam dua buah kelas sedia ada (intact classes). Kumpulan kawalan terdiri
daripada 16 orang murid manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 18 orang murid.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam skor min markah
pencapaian ujian pasca, (t(62) = -3.54), p = .00), dengan kumpulan rawatan memperoleh
skor min markah pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Dapatan
kajian turut menunjukkan bahawa tahap minat murid terhadap PdP fasa bulan kesan
penggunaan Powtoon adalah tinggi (M = 4.04, SP = 0.65). Dapat disimpulkan bahawa
penggunaan Powtoon sebagai intervensi dalam PdP sains, khususnya bagi tajuk fasa bulan,
berupaya meningkatkan pencapaian serta tahap minat murid terhadap tajuk tersebut dengan
lebih optimum.
Kata kunci : Powtoon, sains, fasa bulan
83
1 MINUTE JOURNAL: MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENGUASAI
KONSEP SAINS MELALUI PENULISAN JURNAL SEMASA PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
BAGI MURID 5 SASTERA
Frenysia Frencis
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambunan
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan kerana ingin mencabar diri untuk menambahbaik amalan
pedagogi dalam menyelesaikan masalah yang sering saya hadapi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains tingkatan 5 iaitu kesukaran murid
menguasai konsep sains. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku jurnal
sains murid, pencapaian dalam peperiksaan penggal 1 dan pemerhatian di dalam bilik
darjah. Hasil tinjauan menunjukkan permasalahan utama yang wujud adalah murid tidak
mahir dalam membuat catatan pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan konsep sains murid 5
Sastera semasa pembelajaran sains melalui penulisan nota berpandu. Dengan nota
berpandu, saya menyediakan beberapa soalan rangsangan untuk memandu penulisan nota
murid pada ruangan kosong dengan membuat catatan pembelajaran selepas melaksanakan
aktiviti PdP yang telah dirancang. Kajian telah menunjukkan bahawa murid yang mencatat
nota dengan tangan belajar lebih banyak daripada mereka yang mencatat nota pada
komputer riba (Mueller & Oppenheimer, 2014). Dengan itu saya telah memperkenalkan 1
Minute Journal dimana murid dikehendaki membuat catatan pembelajaran selama 1 minit
selepas setiap fasa aktiviti utama PdPc selesai. Seramai 15 orang murid yang terlibat dalam
kajian ini dengan sebanyak 3 aktiviti PdPc dijalankan dalam tempoh 3 bulan. Berdasarkan
pemerhatian, semakan jurnal murid dan pencapaian peperiksaan penggal 2, terdapat
peningkatan prestasi dan respon yang positif dikalangan murid. Kaedah ini menjadikan
murid mempunyai nilai bertanggungjawab dan hak multak terhadap pembelajaran sendiri di
dalam bilik darjah. Amalan pedagogi seperti ini haruslah dikekalkan untuk membolehkan
murid sentiasa peka terhadap pengembangan pembelajaran sendiri.
Kata kunci: Nota berpandu; Catatan pembelajaran; Nota
84
KEBERKESANAN PENGGUNAAN VISUALISER DALAM PEMBELAJARAN FUNGSI
KUADRATIK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Richeal Phil Thien Kim How1, Almasiah Binti Hassan2, Loretta @ Lily Polus3,
Mohd. Faizal bin Norwen4
1,2,3IPG Kampus Tawau
4JPN Sabah
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah
penggunaan Visualiser dalam meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 4 dalam
penyelesaian soalan topik Fungsi Kuadratik berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tingkatan 4
dimana 5 orang murid tersebut adalah kategori sederhana rendah dalam subjek
Matematik bagi Peperiksaan Pertengahan Semester yang lepas. Data dikumpulkan
melalui instrumen iaitu melalui ujian pra dan ujian pasca dan borang pemerhatian. Hasil
analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan gred dalam ujian pos berbanding
ujian pra. Melalui analisis borang pemerhatian pula mendapati bahawa murid-murid amat
berminat terhadap pengajaran menggunakan kaedah penggunaan Visualiser. Keputusan
kajian secara menyeluruh menunjukkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan
Visualiser adalah berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam menyelesaikan
soalan topik Fungsi Kuadratik yang berbentuk KBAT.
Kata Kunci: Visualiser, Fungsi Kuadratik, KBAT, murid Tingkatan 4
PERSEPSI GURU PELATIH OPSYEN BAHASA MELAYU TERHADAP ELEMEN
SASTERA DALAM SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Khorrey Jimond, Levitriz Dennes, Hafifi Hafidz Horace
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru pelatih Bahasa Melayu
mengenai elemen sastera dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Responden kajian
terdiri daripada 50 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu yang berada dalam
lingkungan 19 hingga 25 tahun. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik
yang diedarkan melalui ‘google form’. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid terhadap elemen sastera dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dan kebaikan penggunaan elemen sastera sebagai
bahan bantu mengajar. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mendorong minat
murid terhadap penggunaan elemen sastera dalam subjek Bahasa Melayu, namun
tidak ramai dalam kalangan guru mencuba untuk memasukkan elemen sastera
dalam sesi pembelajaran atas beberapa alasan tertentu. Berdasarkan data, kajian
mendapati bahawa kebanyakkan guru pelatih bersetuju bahawa kreativiti, cara
penyampaian dan aktiviti yang dijalankan menjadi faktor utama yang mendorong
minat murid untuk meminati sastera. Oleh itu, kajian ini akan merungkai faktor-faktor
yang mendorong minat murid untuk mempelajari elemen sastera.
Kata kunci: Kesusasteraan Melayu; Bahasa Melayu, minat murid
85
Penghargaan
Ahli Jawatan Kuasa SepZon22 dengan sukacitanya mengucapkan jutaan
terima kasih kepada:
Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Timbalan-timbalan Rektor IPGM
Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu
Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Keningau
dan semua para penyumbang berupa kewangan,tenaga,sokongan dan
kerjasama yang diberikan sehingga terlaksana dengan jayanya seminar ini.
86
87