The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandi.uthm, 2019-11-22 04:11:41

Laporan 01Tahun TNCHEPA UTHM

Laporan 01Tahun TNCHEPA UTHM

Laporan 1 Tahun

TNCHEPA UTHM

15 November 2018 hingga 14 November 2019





Disediakan Oleh

Afandi Bin Ahmad
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[email protected]
14 November 2019

© HAK CIPTA TERPELIHARA 2019
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel,
ilustrasi, audio, video dan isi kandungan laman ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari penulis dan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

KENALI TNCHEPA UTHM

• Mendaftar sebagai pelajar ITTHO • Melapor diri sebagai Tutor di Jabatan Dilantik Ketua Panel Bidang
• Pengerusi Kelab Kejuruteraan Elektrik (Mikroelektronik), Jabatan Kej
• Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kej Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektronik, FKEE
• Pendebat Universiti • Cuti belajar (Sarjana di UKM)

Sarjana Muda Sains Kejuruteraan • Sarjana Sains (Mikroelektronik) UKM
Elektrik (Teknologi Komputer), • Lapor diri sebagai Pensyarah UTHM
ITTHO/UTM

• Doktor Falsafah Kej Elektronik & Komputer, Dilantik/Dipinjamkan sebagai
Ketua Jabatan Kej Komputer,
Brunel University, London FKEE
• Kembali bertugas sebagai Pensyarah UTHM

Dilantik sebagai Pengetua Cuti Belajar (PhD di Brunel University, London) –
Kolej Kediaman Perwira UTHM Bidang Reconfigurable Computing & Medical
Image Processing

• Pengetua Kolej Kediaman Perwira Timbalan Naib Canselor
• Dekan FKEE UTHM (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UTHM

• Pengetua Kolej Kediaman Perwira UTHM Penolong Naib Canselor Perancangan
• Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Strategik & Perhubungan Korporat, UTHM

FKEE UTHM

Prakata YBrs TNC HEPA UTHM 08

Asas Usaha 10

Bahagian 1: 15 Nov 2018 hingga 30 Jan 2019 11
1.1 Fokus Awal 12
1.2 Tindakan Awal 14
15
1.2.1 Hala Tuju & Gagasan HEPA 2018-2021 20
1.2.2 Saluran Media Sosial Rasmi TNCHEPA 21
1.2.3 Sesi Libat Sama & Kumpulan Fokus 22
1.2.4 Setulus Kasih TNCHEPA: Kasih Umar Al-Khattab 24
1.2.5 Setulus Kasih TNCHEPA: Pasti Skor
26
Bahagian 2: 31 Jan 2019 hingga 14 Nov 2019 28
2.1 Amanat 2019 TNCHEPA 30
32
2.1.1 Hala Tuju 1 – Kemenjadian Mahasiswa Tanggungjawab Bersama [S – Student] 37
2.1.1.1 Kerangka Kemenjadian Mahasiswa 38
2.1.1.2 Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) Berkaitan Pelajar 40
1. Penekanan Elemen 4C 44
2. Sistem Bidaan Aktiviti Pelajar 50
3. Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) 50
4. Projek Hussein Global Go For It! 51
5. Kebersihan di Kolej-kolej Kediaman 51
6. Pengukuhan Peranan Pelajar Tanpa Asrama (PTA) 52
7. Pembendungan Tabiat Merokok 53
8. Penelitian Komponen Hiburan
2.1.1.3 Ringkasan Hala Tuju 1 [Student]

2.1.2 Hala Tuju 2 – Staf Berkualiti sebagai Nadi Citra Kecemerlangan [S – Staff] 54
2.1.3 2.1.2.1 Penetapan Nilai Teras Pasukan 56
2.1.2.2 Sesi Awayday 56
2.1.2.3 HEPA Leadership Cafe 58
2.1.2.4 Sesi Budaya Ilmu & Pertemuan Bersemuka 59
2.1.2.5 HEPA Power Walk & Plogging 61
2.1.2.6 Ringkasan Hala Tuju 2 [Staff] 63
Hala Tuju 3 – Penjajaran Sistem Demi Ekosistem Kampus Menyeluruh [S – System] 64
2.1.3.1 Sistem Data Raya HEPA 66
2.1.3.2 Komponen Pembangunan Pelajar untuk Kenaikan Pangkat 68
2.1.3.3 Anugerah Staf Harapan HEPA 68
2.1.3.4 Anugerah Bitara HEPA 69
2.1.3.5 Pengukuhan Organisasi HEPA 70
2.1.3.6 Ringkasan Hala Tuju 3 [System] 79

2.2 Pengukuhan Inisiatif 80
2.2.1 Pesan & Tips TNCHEPA 81
2.2.2 Rajah Masa Kalendar Akademik 82
2.2.3 Setulus Kasih TNCHEPA Dengan Kerjasama Domino 83
2.2.4 Siri Kekal Positif Bersama TNCHEPA 84
2.2.5 Penulisan Artikel & Liputan Media 86
2.2.6 Lawatan Kerja & MBWA TNCHEPA 88
2.2.7 Kunjungan Sokongan 90
2.2.8 Ulang Tahun Kelahiran Warga Staf HEPA 92
2.2.9 Ikrar Warga HEPA 93

Rumusan & Tindakan Seterusnya 94

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM PRAKATA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dengan izinNya, kini genap 365 hari pertama
memikul amanah sebagai TNCHEPA UTHM.
Jalannya tidak mudah, tetapi tanggungjawab yang
dipikul mesti diusahakan sebaiknya. Pastinya juga
perlu dilunaskan dengan penuh dedikasi dan integriti.

Laporan ini dihasilkan bertujuan untuk
melaporkan usaha penambahbaikan kualiti
berterusan (CQI) yang telah dilakukan dalam
tempoh setahun. Pelaporan ini juga
dikongsikan kepada semua pihak pemegang
taruh secara telus agar lebih banyak input
dapat diberikan serta mana-mana kelemahan
mesti ditangani dengan lebih berkesan. Ini
amat signifikan agar dalam tempoh berbaki
dua (2) tahun berikutnya usaha untuk Memacu
Pengalaman Kampus Menyeluruh dapat terus
diperkukuhkan.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM PRAKATA

1 TAHUN TNCHEPA UTHM Menerusi laporan ini, diharapkan usaha
yang sedang dan akan dilaksanakan
Hari dapat terus sama-sama dipikul secara
berpasukan. Perlu lagi dan lagi
Jutaan terima kasih diucapkan kepada diingatkan bahawa jawatan yang ada ini
semua pihak merangkumi kepimpinan, bukanlah tentang kedudukan, tetapi
warga kerja HEPA serta anak-anak adalah tentang tindakan. Pada tahun
pelajar yang memberikan kerjasama yang mendatang, usaha untuk
dan menyambut baik perubahan yang membawa pendekatan mestilah lebih
sedang diusahakan. Walaupun terdapat inklusif. Mohon doa, teguran dan
kekangan dan persepsi di sana dan kerjasama semua pihak dalam
sini, namun amatlah penting untuk meneruskan baki tempoh amanah
perjuangan ini diteruskan tanpa kenal sebagai TNCHEPA ini.
erti jemu dan kecewa.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM ASAS USAHA

Seawal menjalankan tugas, dua (2) perkara utama dijadikan asas:
1. penilaian terhadap status quo; dan
2. perancangan asas tindakan.

Untuk tujuan itu, penilaian terhadap status quo dilaksanakan menerusi persoalan:
1. apakah yang ingin diubah dalam tempoh tiga (3) tahun mendatang?
2. apakah kesan jika perubahan dibuat?
3. apakah pula kesan jika tiada perubahan dilakukan?
4. apakah masalah yang berulang di HEPA?
5. apakah simptom dan masalah pokok isu tersebut?

Bagi membolehkan tindakan awal dilakukan, tujuh (7) perkara berikut dijadikan prosedur asas:
1. mengenalpasti penyataan masalah;
2. mengesahkan permasalahan;
3. mencadangkan solusi;
4. memperincikan pelan tindakan;
5. melaksanakan tindakan;
6. menyemak dan menilai tindakan serta impaknya; dan
7. melakukan penambahbaikan berterusan.

Bahagian 1

15 November 2018 hingga 30 Januari 2019

1.1 Fokus Awal
1.2 Tindakan Awal

1.2.1 Hala Tuju & Gagasan HEPA 2018-2021
1.2.2 Saluran Media Sosial Rasmi TNCHEPA
1.2.3 Sesi Libat Sama & Kumpulan Fokus
1.2.4 Setulus Kasih TNCHEPA: Kasih Umar Al Khattab
1.2.5 Setulus Kasih TNCHEPA: Pasti Skor

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / FOKUS AWAL

Seawal memimpin HEPA, beberapa perkara berikut dinyatakan dengan jelas sebagai satu bentuk
perubahan awal organisasi:

1. Gelaran
Gelaran YBrs digunakan mewakili Yang Berusaha untuk salutasi kepada TNCHEPA
dalam semua majlis termasuk urusan surat menyurat.

2. Cenderahati
Tiada cenderhati perlu diberikan kepada TNCHEPA dalam setiap majlis. Akan tetapi,
usai majlis hanya perlu dikirimkan emel rasmi oleh Pengarah Program (Pelajar) kepada
TNCHEPA.

3. Jemputan
Bagi program bersifat dalaman, memadai jemputan kepada TNCHEPA. Manakala, bagi
program yang berhasrat menjemput YBhg Naib Canselor, Ketua PTj perlu terlebih
dahulu mendapat izin TNCHEPA.

4. Menu
Hanya perlu menu buah-buahan bersama air minuman kosong bagi sebarang
mesyuarat bersama TNCHEPA (sekiranya ada). Bagi acara rasmi lain, perlu
dibincangkan bersama Peg Khas TNCHEPA.

5. Foto
Bagi sebarang rekaan poster, kain rentang, bunting hendaklah hanya menggunakan
foto rasmi yang akan dikongsi oleh Peg Khas TNCHEPA serta setelah keizinan
diperolehi.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / FOKUS AWAL

6. Persembahan
Setiap acara yang dihadiri TNCHEPA, bentuk persembahannya mesti dipersetujui
terlebih dahulu oleh TNCHEPA menerusi Peg Khas TNCHEPA.

7. Mesyuarat/Program
Hendaklah terlebih dahulu dibentangkan kepada Peg Khas TNCHEPA perincian dan
kandungannya.

8. Kehadiran Majlis Rasmi
Majlis rasmi yang melibatkan TNCHEPA perlu dihadiri oleh semua kepimpinan HEPA
(Ketua PTj HEPA, Pengetua, TDHEPA, Ketua Badan Beruniform). Sekiranya terdapat
keuzuran, pastikan diwakili oleh staf yang berkaitan dan dimaklumkan kepada
penganjur.

9. Kehadiran Mesyuarat
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh TNCHEPA yang berkaitan perlu dihadiri oleh
semua kepimpinan HEPA (Ketua PTj HEPA, Pengetua, TDHEPA, Ketua Badan
Beruniform). Sekiranya terdapat keuzuran, pastikan diwakili oleh staf yang berkaitan
dan dimaklumkan kepada urusetia.

10. Jawatan Giliran Terbuka
Bermula 2019, semua jawatan giliran akan diiklankan kepada semua yang berminat.
Panel penilai akan dilantik bagi membantu TNCHEPA untuk memberikan syor kepada
pihak YBhg Naib Canselor.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Dalam tempoh bermula 15 November 2018 hingga 30 Januari 2019, tindakan-tindakan berikut telah
dilaksanakan:

1. menetapkan hala tuju dan gagasan HEPA 2018 – 2021;
2. mewujudkan saluran media sosial rasmi TNCHEPA;
3. melaksanakan Sesi Libat Sama bersama staf, pelajar dan alumni;
4. melaksanakan Sesi Kumpulan Fokus bersama pemimpin pelajar dan kumpulan staf; dan
5. melaksanakan program Setulus Kasih TNCHEPA, iaitu turun padang mendekati kumpulan

kecil pelajar di kolej kediaman dan rumah sewa.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

TEMA HEPA UTHM 2018-2021

Sinergi HEPA UTHM Memacu Pengalaman Kampus
Menyeluruh merupakan proses

penambahbaikan kualiti
berterusan (CQI) ke arah
merealisasikan kemenjadian
mahasiswa. Menghargai
mahasiswa sebagai aset yang
sangat berharga, memberikan
kasih sayang serta melalui
pengalaman ekosistem kampus
yang menyeluruh adalah
signifikan untuk menghadapi
kehidupan sebenar selepas
bergraduan yang jauh lebih

kompleks.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

NARATIF FALSAFAH HEPA 2018-2021

H Mahasiswa Tanggungjawab
Holistik
HEPA UTHM bertanggungjawab untuk melahirkan
E Berbudaya mahasiswa holistik demi agama, bangsa dan
Endah negara

P Ahli Budaya Kerja
Profesional
Warga kerja HEPA UTHM mesti berbudaya endah
A Alumni agar mahasiswa dapat dididik menjiwai citra
Global kecemerlangan

Kerangka Kerja

Kerangka utama aktiviti di HEPA UTHM mestilah
menjurus ke arah menjayakan Falsafah Pendidikan
Universiti untuk melahirkan sumber manusia
kompeten dan ahli profesional

Halatuju

Menjadi hasrat HEPA UTHM untuk mengangkasa
anak didik UTHM sebagai alumni global yang
bukan sahaja unggul di Malaysia malah di arena
antarabangsa serta kembali memberi semula
kepada UTHM, masyarakat dan negara

Naratif bagi Falsafah HEPA UTHM dibentuk bagi membolehkan pelajar, staf dan
alumni memahami dengan lebih mendalam empat (4) elemen penting merangkumi
Tanggungjawab, Budaya Kerja, Kerangka dan Halatuju yang menjelaskan fungsi
komponen HEPA di UTHM

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

LONJAKAN HEPA 2018-2021

Jasmani & Emosi Kesukarelawanan Inovatif

4 5 6 Minggu Transformasi
3 Mahasiswa

2Akhlak & Integriti 15 2018 - 2021 7 Kolej Mahasiswa Pusat
1Kebitaraan Diri Pembelajaran Kedua
Lonjakan HEPA UTHM
8 Aplikasi Kad Skor
Mahasiswa Holistik Mahasiswa
Alumni Global
9 Pusat Transformasi
Mahasiswa

Kumpulan Komunikasi 10 Pusat Inovasi Mahasiswa
11 Pusat Kerjaya Mahasiswa
15Strategik HEPA 12

14MBWA Ziarah Kasih 13 Pusat Kajian Dasar Mahasiswa
Mahasiswa

Alumni/Korporat Penyayang

Ke arah merealisasikan cita-cita untuk melonjakkan HEPA UTHM, terdapat 10
pemangkin yang telah dikenalpasti dan diambil tindakan berkaitan. Pemangkin ini
adalah signifikan ke arah memastikan lima (5) keberhasilan yang ditetapkan
sebagai ciri semua graduan UTHM menjadi realiti.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

HALA TUJU & GAGASAN HEPA 2018-2021

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Gambaran berikut memberikan lebih
penjelasan proses yang dilalui oleh

seorang pelajar seawal mendaftar di
UTHM dan seterusnya sistem
sokongan yang ada ke arah
menjayakan hasrat untuk

merealisasikan iltizam kemenjadian
mahasiswa.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Seiring dengan perkembangan semasa serta bagi membolehkan info lebih mudah disampaikan,
saluran Facebook dan Instagram dimanfaatkan sepenuhnya dengan pencapaian berikut dalam
tempoh setahun.

Selain daripada bilangan likers dan followers
ini, analisa terhadap jumlah pengguna yang
sampai di kedua-dua saluran ini juga
dimanfaatkan. Lebih memberikan impak juga,
ramai para pelajar menggunakan keterbukaan
akses menerusi Instagram untuk
berkomunikasi secara terus bersama
TNCHEPA, misalnya untuk mendapatkan
nasihat dan memberikan pandangan selain
menyampaikan isu-isu berkaitan mahasiswa.

Membolehkan info 2,211 LIKERS | 2,257 Follows
disampaikan dengan lebih
menyeluruh Menerusi Facebook

2,794 FOLLOWERS

Menerusi Instagram

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Proses libat sama dan kumpulan fokus banyak
membantu dalam konteks menyampaikan
secara jelas agenda yang ingin dibawa dalam
memimpin HEPA. Selain itu, beberapa isu dan
tindakan bersama juga dapat dicadangkan
untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan.

Perkongsian hala tuju Siri Kumpulan Fokus bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM
kerangka HEPA 2018 – 2021

untuk difahami bersama

08 SESI 07 SESI

Dilaksanakan Dilaksanakan

396 orang 266 orang

Penglibatan Penglibatan
228 Pelajar 168 Staf 170 Pelajar 96 Staf

Siri Libat Sama bersama Staf UTHM Kampus Pagoh

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Walaupun dengan skala yang kecil, tindakan Setulus Kasih TNCHEPA: Kasih Umar Al-Khattab
awal menerusi program Setulus Kasih Umar Al di Kolej Kediaman Perwira
Khattab yang bertujuan untuk turun padang
mendekati kumpulan pelajar di semua kolej-
kolej kediaman dan rumah sewa (pelajar tanpa
asrama) sangat bermanfaat. Peluang ini
membolehkan secara dekat isu-isu berkaitan
aspek perumahan pelajar diperolehi secara
terus bagi tujuan tindakan yang berkaitan.

Menzahirkan rasa empati &
kasih sayang

09 bilik Setulus Kasih TNCHEPA: Kasih Umar Al-Khattab
bersama Pelajar Tanpa Asrama
Bilik (KKTSN, KKTDI, KKTF)

18 rumah

(KKP, KKB, KKPg1, KKPg2, KKPg3)

02 rumah

Pelajar Tanpa Asrama (PTA)

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Setulus Kasih TNCHEPA: Kasih Umar
Al-Khattab di Kolej Kediaman Pagoh 1

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Menyantuni pelajar pada musim peperiksaan Setulus Kasih TNCHEPA: Pasti Skor Sem I 2018/2019
dilaksanakan dengan bertemu para pelajar
dengan edaran pisang dan air mineral berjaya
dilaksanakan di kedua-dua kampus. Ini juga
merupakan antara strategi untuk melakukan
kajian dan pemerhatian terhadap tabiat
pengambilan sarapan dan makanan pada
musim peperiksaan dalam kalangan pelajar.

Memberikan semangat
kepada para pelajar

02 SESI Setulus Kasih TNCHEPA: Pasti Skor Sem II 2018/2019

600 orang*

Penglibatan Pelajar di UTHM
Kampus Induk Parit Raja

600 orang*

Penglibatan Pelajar di UTHM
Kampus Pagoh

*berdasarkan anggaran kos yang digunakan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 1 / TINDAKAN AWAL

Turut hadir YBhg Datuk Naib Canselor dalam
projek Setulus Kasih TNCHEPA: Pasti Skor
Sem II 2018/2019

Bahagian 2

31 Januari 2019 hingga 14 November 2019

2.1 Amanat 2019 TNCHEPA
2.1.1 Hala Tuju 1 – Kemenjadian Mahasiswa Tanggungjawab Bersama
[S – Student]
2.1.2 Hala Tuju 2 – Staf Berkualiti sebagai Nadi Citra Kecemerlangan
[S – Staff]
2.1.3 Hala Tuju 3 – Penjajaran Sistem Demi Ekosistem Kampus Menyeluruh
[S – System]

2.2 Pengukuhan Inisiatif

Bahagian 2

31 Januari 2019 hingga 14 November 2019

2.1 Amanat 2019 TNCHEPA

2.11 Hala Tuju 1 – Kemenjadian Mahasiswa Tanggungjawab Bersama
[S – Student]

2.12 Hala Tuju 2 – Staf Berkualiti sebagai Nadi Citra Kecemerlangan
[S – Staff]

2.13 Hala Tuju 3 – Penjajaran Sistem Demi Ekosistem Kampus Menyeluruh
[S – System]

2.2 Pengukuhan Inisiatif

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA

Setelah menilai status quo komponen HEPA di UTHM, sesi Amanat kepada seluruh warga kerja
HEPA telah dilaksanakan pada 31 Januari 2019. Amanat ini amat penting ke arah memastikan
seluruh warga kerja HEPA memahami hala tuju yang perlu dijadikan rujukan pada tahun 2019.

Tema “Memperkukuh Muafakat Memperkasa Wibawa” diangkat sebagai iltizam untuk
memperkemas hubungan dan sinergi dalam kalangan warga HEPA. Usaha memperteguh
muafakat semua entiti mesti dilihat dengan teliti. Menerusi muafakat pasti kita akan dapat
menghasilkan kualiti kerja yang akan memperkukuh wibawa HEPA.

Menerusi amanat ini, tiga (3) hala tuju telah ditetapkan dengan ringkasan 3S bersama perincian
untuk diambil tindakan.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM

3S hala tuju yang digariskan 3S
dalam Amanat 2019

Student Staff System

Hala Tuju 1 Hala Tuju 2 Hala Tuju 3
Kemenjadian Mahasiswa Staf Berkualiti sebagai Nadi Penjajaran Sistem Demi
Tanggungjawab Bersama Ekosistem Kampus Menyeluruh
Citra Kecemerlangan



Student

2.1.1 HALA TUJU 1

Kemenjadian Mahasiswa Tanggungjawab Bersama

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

Agenda “Kemenjadian Mahasiswa” mesti diarus perdanakan. Semua cabang dan peringkat di
UTHM perlu bergerak seiring memikul amanah ini. Untuk itu, persoalan berikut penting untuk
diperhalusi:

(a) adakah para pelajar yang berada di dalam sistem kita ini bersifat “menjadi”?
(b) adakah kelak, setelah bergraduan, mereka juga terus berperihal “menjadi”?
(c) bagaimanakah untuk diukur keadaan “menjadi” ini?
(d) adakah pencapain peratus kebolehpasaran graduan (GE) itu kayu ukur kemenjadian

mahasiswa?

Memperhalusi persoalan ini, tidak keterlaluan jika dikatakan GE boleh menjadi indikator
kemenjadian mahasiswa. Mahasiswa yang menjadi pasti berdaya saing dan menjadi rebutan dalam
pasaran (kebolehpasaran) setelah diambil boleh memenuhi jangkaan majikan (kebolehkerjaan).
Justeru, kerangka GE UTHM telah diilhamkan sebagai rujukan ke arah merealisasi keinginan
melihat mahasiswa di UTHM semuanya “menjadi”. Kerangka ini telah dibentangkan dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil 3/ 2019 pada 23 Jun 2019.

Kerangka merujuk kepada proses yang perlu dilalui oleh seseorang pelajar seawal bergelar
mahasiswa hingga kelak bergelar alumni UTHM. Walaupun kerangka ini terlalu awal untuk dinilai
impaknya kepada kemenjadian mahasiswa, namun usaha seumpama ini wajar dihargai.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

Dalam tempoh setahun ini juga, usaha penelitian berkaitan aspek GE di UTHM diberikan perhatian
dan keutamaan, lebih-lebih lagi apabila pencapaian GE UTHM untuk tahun 2018 menerusi Sistem
Kajian Pengesanan Graduan (SKPG1) mencatatkan pencapaian 74.7% berbanding 79.3% bagi
purata universiti awam (UA), lantas meletakkan UTHM di kedudukan 15 antara 20 UA lain. Untuk
rekod pencapaian UTHM pada 2017 ialah 76.9% di kedudukan 10 antara 20 UA.

Setelah penelitian dibuat, beberapa tindakan drastik diambil merangkumi:
a) mewujudkan Jawatankuasa Pemandu GE UTHM;
b) menyusun semula fungsi perkhidmatan dan pembangunan pelajar di HEPA khususnya

berkaitan kerjaya, latihan industri dan alumni;
c) memperkasa fungsi penasihat akademik (PA) kepada penasihat akademik dan kerjaya (PAK);
d) memperkemas fungsi HEPA di fakulti-fakulti; dan
e) menambahbaik pembudayaan kerjaya dalam kalangan pelajar.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

KERANGKA KEMENJADIAN MAHASISWA

Modul MyFuture Modul GE Summer Camp (Lanjutan)

1. Penilaian Prestasi Awal Siswa (PPAS) 1. 4Cs Competency
2. Zero Draft Resume 2. Zero Draft Resume (Revision)
3. We Produce Professionals 3. Sijil kompetensi
4. Perkongsian Ikon Alumni 4. Simulasi temuduga

Modul GE Summer Camp (Asas)

1. 4Cs Competency
2. Zero Draft Resume (Revision)
3. Sijil kompetensi

A Sem II B Sem I Sem II C

Sem I Sem III Sem III

Tahun 1 Tahun 2

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

Modul Tindikan Kursus Akademik (GE)

1. Wajib untuk semua pelajar
2. Modul berkaitan GE

Modul MyMentor Modul MyCareer

1. Penglibatan IAP 1. Zero Draft Resume (Final)
2. Penglibatan alumni 2. Simulasi temuduga
3. Campus Recruitment
4. Pesta Kerjaya & Keusahawanan

Alumni - GAN

D E Sem III F Sem II Sem III

Sem I Sem II Sem I G

Tahun 3 Tahun 4

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

Menerusi usaha awal ini, pencapaian GE 2018 UTHM untuk SKPG2 telah menunjukkan
penambahbaikan pencapaian berbanding sebelum ini. Untuk tempoh berbaki bagi SKPG2 pada
tahun 2018, UTHM telah mencapai KPI tahun 2018 yang ditetapkan, iaitu 90%.

SKPG2 UTHM Pencapaian
2016

2017

2018*

*Data sehingga 14 November 2019

Bagi pencerapan data GE SKPG1 2019 pula, sehingga 14 November 2019 pencapaian peratus GE
UTHM mencatatkan 80.18% dan ini adalah lebih baik berbanding pencapaian GE UTHM 2018 iaitu
74.69% dan 76.5% untuk tahun 2017. Pencapaian yang lebih baik diharap berjaya dicapai sehingga
tarikh akhir pencerapan bagi SKPG1 dan ini benar-benar memerlukan sinergi semua pihak di
UTHM.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

Menerusi Amanat 2019 TNCHEPA, disebutkan usaha yang berterusan dan menyeluruh perlu
digerakkan untuk memberi cabaran 4C (communication, collaboration, creativity, complex problem
solving) kepada mahasiswa. Antaranya menerusi sistem bidaan aktiviti pelajar, Minggu
Transformasi Mahasiswa (MTM) dan Projek HUSSEIN Global Go For It.

Untuk itu, dalam tempoh setahun ini beberapa perkembangan, impak dan catatan penting terhadap
perkara-perkara berikut dihuraikan.

1. Penekanan Elemen 4C
2. Sistem Bidaan Aktiviti Pelajar
3. Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM)
4. Projek Hussein Global Go For It!
5. Kebersihan di Kolej-kolej Kediaman
6. Pengukuhan Peranan Pelajar Tanpa Asrama (PTA)
7. Pembendungan Tabiat Merokok
8. Penelitian Komponen Hiburan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

Elemen 4C diangkat sebagai kompetensi teras yang selari dengan lima (5) keberhasilan graduan
UTHM menerusi hala tuju HEPA 2018 – 2021 yang telah ditetapkan. Bagi mempromosikan perkara
ini dan kepentingannya, beberapa usaha yang telah dilaksanakan kepada para pelajar:

i. Beg yang diberikan kepada semua mahasiswa baharu dicatatkan Top 10 Skills pada tahun
2020 yang diperlukan oleh World Economic Forum (WEF). Ini bertujuan agar perkara ini
menjadi visual harian semua pelajar dan didedahkan seawal mereka mendaftar di UTHM.

Beg pelajar baharu dengan catatan
Top 10 Skills pada 2020

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

ii. Pelaksanaan program kepimpinan harapan (PKH) anjuran Majlis Pengetua Kolej-kolej
Kediaman yang berteraskan hasil kompetensi teras 4C.

iii. Ke arah menyokong agenda pemberdayaan mahasiswa, jawatankuasa Pemandu
Pemberdayaan Mahasiswa diwujudkan dan ini juga secara falsafahnya selari untuk
mengukuhkan kompetensi teras 4C. Sebagai contoh, kumpulan pelajar diberi amanah
memimpin Task Force bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dan juga penubuhan Students’
Union.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

a) Sistem ini dilaksanakan atas rasional untuk menambahbaik pelaksanaan pengurusan aktiviti
pelajar bagi persatuan, kelab, sekretariat, majlis kepimpinan pelajar (MKP) di kolej kediaman
dan majlis perwakilan pelajar (MPP). Antaranya ialah melancarkan tempoh kelulusan kertas
kerja program.

b) Kertas-kertas kerja diluluskan secara berfasa setelah diperakukan oleh panel menerusi
pembentangan lisan yang perlu dibuat. Ini bukan sahaja dapat membina keyakinan diri pelajar
dan daya fikir malah pastinya menajamkan kemahiran komunikasi.

c) Menerusi sistem bidaan, program dan agihan bajet yang diperakukan merujuk kepada merit dan
tidak lagi menjurus semata-mata kepada program yang mahu dibuat, berbanding yang perlu
dibuat. Ini juga memberikan impak persaingan positif kepada organisasi pelajar untuk membida
program yang lebih berkualiti berbanding hanya mengejar kuantiti.

d) Dalam pada itu, pendekatan ini juga berupaya menegaskan semula fungsi bidang tujah setiap
organisasi pelajar seperti perlembangaannya. Program yang dijangkakan untuk dibida perlu
bersifat menyelesaikan masalah nyata dan bersifat inklusif serta merealisasikan agenda
“Universiti untuk Masyarakat”.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

e) Sistem bidaan juga secara tersiratnya adalah selari dengan Model Aktiviti Pelajar HEPA bagi
membolehkan imbangan antara komitmen akademik dan ko-kurikulum pelajar disusun dengan
lebih berkesan.

f) Dalam tahun pertama ini, sistem pengiktirafan program pelajar yang terdahulu dikenali
sebagai Majlis Anugerah Pelajar (MAP) dijenamakan kepada Anugerah Inspirasi Mahasiswa
(AIM). Beberapa pembaharuan dilaksanakan misalnya dengan sistem penilaian atas talian
serta keadah dan kriteria penilaian yang menekankan kompetensi teras 4C.

g) Sistem bidaan juga turut menekankan aspek kesepadanan dengan Model Aktiviti Pelajar yang
dicadangkan. Ini merujuk kepada pertimbangan yang mesti diberikan antara komitmen
akademik berbanding komitmen aktiviti dan program pelajar ke arah pelaksanaan program
yang lebih berimpak tinggi.

Rumusan Keputusan Bidaan Tahun 2019

Bidaan Tahun 2019 Bilangan Kertas Keputusan % Kejayaan
Kerja Perakuan
Berjaya Gagal

Fasa 1

Fasa 2

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

Proses bidaan yang meningkatkan keyakinan diri dan melatih komunikasi pelajar

Pelajar juga perlu mempertahan idea menerusi sesi soal jawab bersama panel

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

MODEL AKTIVITI UTAMA HEPA

1 MTM Februari 5 Bidaan Projek 1 9 MTM September 13 SKT Tahunan HEPA 17 Kepimpinan Harapan

2 Karnival Patriotisme 6 Wacana Ilmu 1 10 Karnival KAMI 14 Anugerah HEPA 18 MBWA Power Walk HEPA

3 Karnival Sukan 7 MTM Jun 11 Pesta Konvokesyen 15 Bidaan Projek 2 Komitmen Akademik

@tnchepauthm1 2 3
4 Karnival Kerjaya 8 Wacana Ilmu 2 12 Pemilihan MPP 16 Amanat Tahunan Komitmen Aktiviti Pelajar

56 7 8 9 10 11 12 14 16

18 18 18 13 15 18 18

17 4

1234 1234 1234 1234 1234 123 4 123 4 123 4 123 4 123 4 123 4 123 4

Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dec Jan

cas Semester II Cuti akhir semester Semester I Cas

Beban Komitmen akademik

Beban Komitmen akademik

Komitmen aktiviti pelajar

Komitmen aktiviti pelajar

(a) M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 (b) M9 M10 M11 M12 M13 M14 (c) (d)

(a) M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 (b) M9 M10 M11 M12 M13 M14 (c) (d)

MiMnignguguAAkkaaddemmiikk

PetuPnetjuunkj:uk:

(a) (a) Baki Cuti akhir Semester

Baki Cuti akhir Semester
(b) Cuti Pertengahan Semester (1 minggu)
(b)
(c)CuMti iPngegruteUnlgaanghkaanji Semester (1 minggu)

(1 minggu)

(c) (d)MinMginggugUu lPaenpgekriaksjia(a1nm(2inmginggug)u)

(d) Minggu Peperiksaan (2 minggu)

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

a) Terdahulu dikenali dengan jenama Minggu Haluan Siswa (MHS), perubahan dilaksanakan
dengan penilaian semula terhadap falsafah dan kandungannya mengambil kira kepentingan
program ini sebagai wadah pertama seawal pelajar mendaftar di UTHM.

Logo Rasmi MTM

b) Fokus MTM menjurus kepada menjayakan elemen 4C, memperkemas pencerapan data awal

para pelajar berkaitan profil diri dan bakat ke arah manfaat data raya pelajar. Pencerapan profil

pelajar dilaksanakan menerusi Penilaian Prestasi Awal Siswa (PPAS) yang melibatkan semua

pelajar baharu.

Komponen dalam PPAS

BAHASA (MELAYU & INGGERIS)

MATEMATIK

ETIKA & MORAL

PENGETAHUAN AM

PROFIL DIRI, KEBAJIKAN & BAKAT

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

c) Pelaksanaan sepenuhnya secara berasingan
antara kedua-dua kampus juga berjaya
direalisasikan sepenuhnya untuk MTM
September Sem I 2019/2020 berbanding
pelaksanaan terdahulu yang dilakukan di UTHM
Kampus Induk dan kemudiannya baru dibawa
ke UTHM Kampus Pagoh.

d) Penekanan terhadap waktu solat dan aktiviti Waktu Aktiviti
kerohanian ditambahbaik misalnya dengan Selepas Subuh
pelaksanaan Kuliah Pagi (antara waktu selepas Kuliah Pagi
Solat Subuh dan Sarapan Pagi), Kuliah Maghrib Selepas Maghrib
dan Kuliah Nilai. Selain itu, untuk program pada Selepas Isyak di kolej-kolej kediaman
waktu malam juga hanya dilaksanakan setelah
semua pelajar beragam Islam menunaikan solat Kuliah MAGHRIB
Isyak secara berjemaah.
Pelajar beragama Islam

Kuliah nilai

Pelajar bukan Islam

Aktiviti malam

bermula hanya selepas solat Isyak

e) Setiap kolej kediaman juga dipastikan
menyediakan analisa kepuasan pelanggan
pada hari daftar masuk di kolej-kolej kediaman.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

f) Untuk MTM September Sem I 2019/2020 juga,
pindaan nama terhadap program yang asalnya
dikenali sebagai Starting School kepada
MyFuture dengan beberapa penambahbaikan
kandungan untuk menyambut keperluan dalam
kerangka GE UTHM.

g) Para pelajar juga mula diminta menyediakan

CV30Saat bermula MTM Jun Sem Khas

2019/2020 dan MTM September Sem I

2019/2020 sebagai usaha awal

membudayakan kepentingan berkaitan
“kebitaraan diri”.

h) Perubahan juga dilakukan untuk komponen
Malam Warisan Bangsa kepada Malam Bitara
yang memberikan fokus kepada elemen 4C
menerusi 6Minutes Idea (6MI) dan video nilai.
Selain itu, turut diketengahkan elemen sukan
dan kesukarelawanan dalam aktiviti MTM.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

Antara pelajar yang menghantar CV30s mereka pada MTM September Sem I 2019/2020

Antara pelajar yang menghantar CV30s mereka pada kemasukan Diploma sesi Jun 2019/2020

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

i) Mengambil kira MTM telah tiga (3) kali dilaksanakan, tinjauan yang teliti kepada para pelajar
baharu juga telah dibuat dan dilaporkan dalam Mesyuarat JK Induk MTM agar lebih banyak
CQI dapat terus dilaksanakan.

j) Demi terus memberikan sokongan seawal minggu pertama di UTHM juga, sebuah buku
elektronik “Universiti Bukan Sekadar untuk Lulus” dihasilkan khusus untuk para pelajar baharu.

Buku panduan yang boleh dimuat turun
secara atas talian

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

Pertandingan 6 Minutes Idea (6MI)

MTM diakhiri dengan rumusan yang diberikan oleh YBrs TNCHEPA

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

a) Dalam tempoh setahun ini, projek ini masih di peringkat terlalu awal.

b) Walau bagaimanapun, data bakat pelajar telah mula dimanfaatkan hasil PPAS dalam MTM
selain iklan dan promosi juga dijalankan pada MTM.

c) Trek kecemerlangan telah diwujudkan, antaranya merangkumi kepimpinan global, seni budaya,
sukan rekreasi, inovasi keusahawanan yang bertujuan untuk melahirkan ikon pelajar global.

a) Menerusi sesi management by walking about (MBWA) yang dijalankan, umumnya perkara ini
tidak begitu diberikan perhatian yang menyeluruh.

b) Tahap kebersihan di beberapa lokasi juga tidak memuaskan dan memerlukan penelitian serius
pada tahun berikutnya oleh semua pihak.


Click to View FlipBook Version