The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandi.uthm, 2019-11-22 04:11:41

Laporan 01Tahun TNCHEPA UTHM

Laporan 01Tahun TNCHEPA UTHM

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

a) Setelah distruktur semula sebagai entiti tersendiri, PTA mula menyusun semula fungsi mereka
ke arah yang lebih berkesan.

b) Pembentukan MKP tersendiri yang juga diberikan kemudahan seperti MKP kolej-kolej lain juga
telah mula disusun semula.

c) Walau bagaimanapun, aspek Felo Kehormat masih lagi dalam fasa tertangguh yang perlu
diberikan penyelesaian segera pada tahun berikutnya.

a) Dalam tempoh setahun ini, pameran bagi memberikan informasi kepada para pelajar telah
dilaksanakan di beberapa kolej kediaman. Walau bagaimanapun, keberkesanan dan
kepelbagaian aktiviti perlu ditambah baik bagi menarik lebih ramai pelajar khususnya
memanfaatkan informasi yang dikongsi.

b) Pencerapan data gejala merokok perlu digerakkan bagi membolehkan tindakan rawatan
diberikan. Pada masa depan juga, fokus kepada isu-isu kesihatan remaja juga perlu
diketengahkan bagi memberikan mesej pentingnya pembudayaan ilmu kesihatan dalam
kalangan para pelajar.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1 / CQI BERKAITAN PELAJAR

a) Dalam tempoh setahun ini, aspek ini masih tidak digagaskan secara menyeluruh berbanding
hanya peringatan lisan yang ada ketikanya tidak diambil dan difahami secara serius.

b) Kefahaman secara umum juga masih mencapah dan ini ada masanya tidak selari dengan misi
UTHM yang bertunjangkan Paradigma Tauhid.

c) Panduan pelaksanaan program hiburan atau dasar yang berkaitan juga masih tiada
diwujudkan dan perlu digerakkan pada tahun berikutnya.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 1

Ringkasnya, tindakan-tindakan dalam tempoh setahun pertama bagi hala tuju menjayakan
agenda berkaitan kemenjadian mahasiswa boleh diringkaskan seperti berikut:

Perkara Status Tindakan
Sistem Bidaan Aktiviti Pelajar
Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) 
Projek Hussein Global Go For It! 
Peranan Pelajar Tanpa Asrama (PTA)
Pembendungan Tabiat Merokok 
Penelitian Komponen Hiburan 



*Status Tindakan

Lemah 

Sederhana 

Memuaskan 

Baik 

Cemerlang 



Staff

2.1.2 HALA TUJU 2

Staf Berkualiti sebagai Nadi Citra Kecemerlangan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

Setiap organisasi dalam komponen HEPA telah diminta menyediakan nilai teras pasukan selari
dengan fungsi organisasi masing-masing. Nilai teras ini ditekankan bagi membolehkan semua ahli
organisasi merujuk dan menghargai nilai yang sama ke arah pemerkasaan kebersamaan pasukan.

Nilai teras pasukan juga perlu selari dengan naratif empat (4) elemen penting dalam falsafah HEPA
yang merujuk kepada Tanggungjawab, Budaya Kerja, Kerangka dan Halatuju. Namun begitu,
walaupun nilai ini telah diwujudkan, pada tahun pertama perkara ini kelihatan seperti top-down
sahaja dan masih memerlukan penjiwaan ahli organisasi dengan lebih baik.

Usai Amanat 2019 TNCHEPA, buat pertama kalinya sesi Awayday seluruh warga HEPA telah
berjaya dilaksanakan. Apabila mula diperkenalkan, secara sedikit demi sedikit budaya ini telah
mula berjalan.

Selain daripada dilakukan di luar organisasi dalam suasana yang ringkas, pengisian Awayday ini
juga perlu diberikan lebih perhatian demi manfaat yang lebih baik. Namun begitu, dalam tahun
pertama ini tiada pemantauan khusus dibuat misalnya dalam aspek kekerapan dan tinjauan
kepuasan ahli organisasi dan inilah antara ruang yang perlu diperbaiki.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

Bertemu di luar lokasi rutin
pejabat bagi memperkukuh
muafakat

Sesi Awayday Pejabat TNCHEPA Bil. 3

Sesi Awayday Pusat Pembangunan & Pengembangan Pelajar

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik HEPA Leadership Cafe Siri 4 bersama Bahagian Pengangkutan
aspek kepimpinan strategik dalam kalangan Pelajar, Pejabat HEP
pemimpin pelajar dan juga staf HEPA. Sesi
yang dijalankan secara ringkas dan santai
memberikan peluang kepada staf dan pelajar
bertanya dengan lebih dekat berkaitan aspek
kepimpinan.

Dalam tahun yang pertama ini, inisiatif hanya
lebih bersifat pengenalan dan tiada pencerapan
impak dibuat. Komponen ini perlu ditambahbaik
dalam tahun berikutnya.

Merupakan sesi “leadership coaching”
untuk memacu kecemerlangan HEPA

04 Sesi Bersama Staf 06 Sesi Bersama Pelajar HEPA Leadership Cafe Siri 10 bersama Kelab Pengurusan
Teknologi & Perniagaan
39 orang 161 orang

Penglibatan Staf Penglibatan Pelajar

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

a) Bagi membolehkan pertemuan bersemuka

bersama warga HEPA dilaksanakan,

program Perhimpunan Bulanan

dilaksanakan. Walaupun pada awalnya

dihasratkan secara bulanan, namun

perubahan dibuat kepada secara sukuan.

Menerusi sesi ini beberapa input

pembudayaan ilmu organisasi

disampaikan. Namun, aspek kepatuhan

kehadiran masih perlu diberikan perhatian Perhimpunan Bulanan Sukuan II

serius oleh kepimpinan dan warga HEPA

demi manfaat organisasi.

b) Pertemuan bersemuka bersama kumpulan Amanat TNCHEPA 2019 Perhimpunan Bulanan Sukuan II
pemandu Pejabat Hal Ehwal Pelajar juga
berjaya dilakukan pada tahun yang 223 orang 128/189 orang
pertama ini sebagai isyarat kepada semua
warga HEPA akan kepentingan perkara ini. Penglibatan 68 % Penglibatan
Sesi telah berjalan dengan penuh manfaat,
memberikan ruang kepada pemandu Perhimpunan Bulanan Sukuan III
menzahirkan pandangan untuk sama-
sama memajukan HEPA UTHM. 125/187 orang

67% Penglibatan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

Perhimpunan Bulanan Sukuan III

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

a) Aktiviti ini disyorkan ke arah pembudayaan
gaya hidup sihat serta memupuk sikap
cintakan kebersihan dalam kalangan
warga HEPA.

b) Pembudayaan pada tahun yang pertama
ini masih di peringkat awal dan perlu
diperturunkan dalam skala kecil bagi
setiap organisasi.

Sesi pertama telah dijalankan di sekitar kampus

Sesi Pertama Sesi Kedua

323 orang 125 orang

Penglibatan Penglibatan

Sesi kedua di KK Perwira & Bestari

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

Sambil beriadah menyihatkan badan, sambil memperkukuh muafakat

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 2

Secara keseluruhannya, tindakan-tindakan dalam tempoh setahun pertama bagi hala tuju berkaitan
dengan staf adalah seperti berikut:

Perkara Status Tindakan
Penetapan Nilai Teras Pasukan
Sesi Awayday 
HEPA Leadership Cafe 
Sesi Budaya Ilmu & Pertemuan Bersemuka 
Sesi HEPA Power Walk & Plogging 


*Status Tindakan

Lemah 

Sederhana 

Memuaskan 

Baik 

Cemerlang 



System

2.1.3 HALA TUJU 3

Penjajaran Sistem Demi Ekosistem Kampus Menyeluruh

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

a) Setelah setahun, jelas menunjukkan banyak komponen dalam HEPA datanya diuruskan secara
manual dan bersendirian. Ini bukanlah kaedah yang baik malah memakan masa serta
menjadikan pergerakannya kurang efisyen.

b) Walaupun idea agar sistem MyAktiviti yang merupakan teras bagi pengurusan aktiviti pelajar
dipindahkan sepenuhnya secara atas talian, namun setelah setahun keadaan masih tidak
berubah dan hal serupa juga berlaku kepada idea pelaksanaan untuk pembangunan aplikasi
Total Campus Experience (TCE).

c) Menerusi pemerhatian juga, sistem pengeluaran surat jaminan pelajar adalah secara manual
dan ini menyulitkan dalam beberapa keadaan yang memerlukan tindakan segera dilakukan.

d) Sistem tempahan kenderaan pelajar juga masih secara manual, walaupun difahamkan sudah
bermula usaha untuk menjadikannya secara atas talian.

e) Agihan beban pemandu juga berlaku secara manual dan usaha ke arah menjadikannya
lengkap dengan sistem penilaian wajar diberikan perhatian yang serius.

f) Semakan data pengisian dan kekosongan di kolej-kolej kediaman juga masih secara manual.
Ini amat menyulitkan untuk tujuan semakan dan kemaskini.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

g) Dalam pada itu, aspek komunikasi strategik HEPA terus diberikan penekanan, merangkumi
bagaimana semua organisasi di dalam komponen HEPA berkomunikasi secara berkesan
dengan pemegang taruh utama, iaitu pelajar selain alumni. Selain daripada laman sesawang,
saluran media sosial telah mula digerakkan tetapi untuk tahun berikutnya perkara ini
memerlukan penelitian yang lebih mendalam khususnya dalam aspek impak.

Total Campus Experience (TCE) Data Raya
MyAktiviti
HEPA
e-tempahan kenderaan pelajar
e-surat jaminan pelajar
e-pemandu
e-penginapan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

a) Setelah setahun, usaha awal penetapan wajaran 5 hingga 5-10%
10% elemen pembangunan pelajar diambil kira sebagai
mandatori bagi kenaikan pangkat staf akademik masih Elemen pembangunan pelajar
dalam tindakan awal. diambil kira sebagai mandatori
bagi kenaikan pangkat staf
b) Untuk tahun kedua ini, tekanan kreatif mesti diberikan akademik
kepada pihak berkuasa berkaitan agar hasrat mewujudkan
sistem kenaikan pangkat yang lebih holistik menjadi
kenyataan.

a) Ke arah menghargai staf yang berpotensi serta memberikan Perhimpunan Bulanan Sukuan II
khidmat terbaik, dalam setahun pertama ini telah berjaya
diwujudkan Anugerah Staf Harapan HEPA yang 09 orang
disampaikan dalam sesi Perhimpunan Bulanan.
Perhimpunan Bulanan Sukuan III
b) Usaha kecil ini sedikit sebanyak memberi impak dalam
pembudayaan kualiti kerja yang lebih baik. Untuk rekod, 09 orang
sejumlah 18 staf telah diberikan pengiktirafan sebagai Staf
Harapan HEPA pada tahun 2019.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

Mengambil kira pengurusan yang lebih berkesan, Anugerah Bitara HEPA disalurkan menerusi
Anugerah Inspirasi Cendekiawan (Komponen HEPA). Anugerah ini merupakan usaha untuk
memberikan penghargaan kepada warga UTHM khususnya ahli akademik yang telah menjadi
tulang belakang dalam membangun dan mengembangkan potensi para pelajar.

Selain itu, buat pertama kalinya juga staf yang telah memberikan sumbangan berkaitan hal ehwal
pelajar dan alumni juga diberikan pengiktirafan menerusi AIM dengan pelbagai kategori
termasuklah Anuegrah Prihatin Pelajar yang terbuka untuk diundi sepenuhnya oleh para pelajar.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

a) Demi kelangsungan organisasi yang lebih berkesan, dua (2) kluster utama dalam HEPA
dibentuk, iaitu perkhidmatan dan pembangunan.

b) Perubahan ini secara jelasnya merangkumi:

i - Organisasi Baharu

Asal Terkini Singkatan
Dinaiktaraf sebagai Pusat Kaunseling PCU
• Jabatan Kaunseling Universiti (PCU)
Pusat Pembangunan & Pengembangan Pelajar PBU
Dinaiktaraf sebagai Pusat Kebudayaan
• Seksyen Kebudayaan & Seni Warisan Universiti (PBU) Singkatan
• Seksyen Kebudayaan & Seni Persembahan PBP
PRP
Pejabat Hal Ehwal Pelajar PKKA
PSU
ii - Penjenamaan Semula Pusat Tanggungjawab PTP

Asal Terkini KKTSN
PTTA
Pusat Pembangunan & Pengembangan Pelajar (P3P) Pusat Pembangunan Pelajar (PBP)

Pusat Perumahan & Pengangkutan Pelajar (P2P) Pusat Perumahan Pelajar (PRP)
Pusat Kemajuan & Hubungan Alumni (CARE) Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni (PKKA)
Pusat Sukan (PS) Pusat Sukan Universiti (PSU)
Pusat Perniagaan & Keusahawanan (CBER) Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP)
Kolej Kediaman Tun Syed Nasir & Pelajar Tanpa Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN)
Asrama (KKTSN/PTA) Pejabat Pelajar Tanpa Asrama (PPTA)

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

iii - Penyusunan Semula Portfolio Pusat Tanggungjawab

Asal Terkini
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
• Pusat Perniagaan & Keusahawanan (CBER)
Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)

iv - Penaiktarafan Jawatan & Pemurnian Gelaran bagi Ketua Pusat Tanggungjawab

PTj Asal Terkini Gelaran
PKKA Timbalan Dekan Dekan
Pengarah
PSU Pentadbiran
Asal – Pengurus
PHEP Pentadbiran Terkini – Pengarah

Asal – Ketua Pejabat
Terkini – Pengarah

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Pusat Pembangunan Pelajar (PBP)
Memberikan perkhidmatan merangkumi aspek bantuan Menyelaras potensi bakat-bakat pelajar merangkumi nilai
kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa, pelaksanaan tambah penting pelajar seperti sijil komptensi, inovasi,
aktiviti pelajar (kelab, persatuan, sekretariat) serta nilai dan kesukarelawanan.
pengangkutan pelajar.
Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP)
Pusat Perumahan Pelajar (PRP) Menyelaras pembudayaan keusahawanan dalam
Menyelaras perkhidmatan penempatan perumahan pelajar kalangan pelajar dengan fokus kepada domain utama
bagi semua kolej-kolej kediaman dan pelajar tanpa keusahawanan iaitu teknousahawan dan keusahawanan
asrama serta sewaan penginapan. sosial.

Pusat Kesihatan Univesiti (PKU) Pusat Sukan Universiti (PSU)
Menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk pelajar dan Menyelaras aktiviti sukan dan rekreasi di Universiti untuk
staf termasuk perkhidmatan pergigian dan farmasi. pelajar dan staf serta aspek pembangunan bakat dan
kemudahan sukan.
Pusat Kaunseling Universiti (PCU)
Menawarkan perkhidmatan sokongan kepada pelajar dan Pusat Kebudayaan Universiti (PBU)
staf merangkumi psikososial dan kesejahteraan psikologi Menyelaras aktiviti seni, budaya dan warisan di Universiti
serta pengkayaan pelajar. untuk pelajar dan staf serta aspek pembangunan bakat
berkaitan.
Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni (PKKA)
Menyelaras proses pembangunan latihan industri dan
kerjaya pelajar serta memperkukuh rangkaian alumni.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

PENYUSUNAN KEKANANAN ORGANISASI HEPA

Sektor Perkhidmatan HEPA Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar &
Pengarah Alumni/Pembangunan & Penerbitan)
1. Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) 1. Pusat Pengajian Siswazah
2. Pusat Perumahan Pelajar (PRP) 2. Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
3. Pusat Kesihatan Univesiti (PKU) 3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
4. Pusat Kaunseling Universiti (PCU) 4. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan
5. Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan
Sektor Pembangunan Pelajar HEPA 6. Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional
Pengarah 7. Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
1. Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni (PKKA) 8. Fakulti Teknologi Kejuruteraan
2. Pusat Pembangunan Pelajar (PBP) 9. Fakulti Sains Gunaan & Teknologi
3. Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP) 10.Pusat Pengajian Diploma
4. Pusat Sukan Universiti (PSU)
5. Pusat Kebudayaan Universiti (PBU) Ajutan/Ketua Badan Beruniform
1. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Pengetua 2. Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)
1. Pelajar Tanpa Asrama (PTA) 3. Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA)
2. Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN) 4. Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR)
3. Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KKTDI) 5. Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS)
4. Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF) 6. Kor Siswa Bomba (BOMBA)
5. Kolej Kediaman Perwira (KKP) 7. Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UTHM
6. Kolej Kediaman Bestari (KKB)
7. Kolej Kediaman Pagoh 1 (KKPg1) (KELANA SISWA)
8. Kolej Kediaman Pagoh 2 (KKPg2) 8. Bulan Sabit Merah Malaysia UTHM (BSMM)
9. Kolej Kediaman Pagoh 3 (KKPg3) 9. Pandu Puteri UTHM (Pandu Puteri)

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

STRUKTUR ORGANISASI HEPA

Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTHM

Perkhidmatan

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Pusat Perumahan Pelajar

Pentadbiran & Kewangan Pentadbiran & Kewangan
Kebajikan & Kesejahteraan Pelajar Perumahan
Aktiviti Pelajar
Pengangkutan Pelajar Pusat KAUNSELING Universiti

Pusat Kesihatan Universiti Pentadbiran & Kewangan
Kaunseling Staf
Pentadbiran & Kewangan Psikososial & Kesejahteraan Psikologi
Perkhidmatan Perubatan Pengukuhan & Pengkayaan Pelajar
Pergigian
Farmasi
Makmal Perubatan
Kesihatan Persekitaran
Fisioterapi
X-Ray
PKU Kampus Pagoh

Ringkasnya, perubahan terkini
organisasi melihat “big picture” ke arah

peranan HEPA yang lebih berkesan.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTHM
Pembangunan

Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni Pusat Pembangunan Pelajar Pusat Teknousahawan Pelajar

Pentadbiran & Kewangan Pentadbiran & Kewangan Pentadbiran & Kewangan
Kerjaya Pelajar Pemerkasaan Bakat Pelajar Teknousahawan Pelajar
Latihan Industri Pelajar Inovasi & Kompetensi Pelajar Keusahawanan Sosial Pelajar
Alumni Nilai & Kesukarelawanan Pelajar

Pusat Sukan Universiti Pusat KEBUDAYAAN Universiti

Pentadbiran & Kewangan Pentadbiran & Kewangan
Fasiliti & Pengurusan Acara & Korporat Sastera & Warisan
Kecemerlangan Pelajar Tari & Teater
Muzik

PENGINAPAN PELAJAR Hepa fakulti BADAN BERUNIFORM

Pejabat Pelajar Tanpa Asrama Pusat Pengajian Siswazah PALAPES
Kolej Kediaman Tun Syed Nasir Fakulti Kej Awam & Alam Sekitar SUKSIS
Kolej Kediaman Tun Dr Ismail Fakulti Kej Elektrik & Elektronik SISPA
Kolej Kediaman Tun Fatimah Fakulti Kej Mekanikal & Pembuatan SISKOR
Kolej Kediaman Perwira Fakulti Peng Teknologi & Perniagaan RELASIS
Kolej Kediaman Bestari Fakulti Pend Teknikal & Vokasional BOMBA
Kolej Kediaman Pagoh 1 Fakulti Sains Komp & Tek Maklumat Kelana Siswa
Kolej Kediaman Pagoh 2 Fakulti Teknologi Kejuruteraan BSMM
Kolej Kediaman Pagoh 3 Fakulti Sains Gunaan & Teknologi Pandu Puteri
Pusat Pengajian Diploma

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

STRUKTUR FUNGSI HEPA FAKULTI

c) Selain daripada organisasi HEPA secara keseluruhan, penelitian aspek HEPA di Fakulti juga
dibuat dengan syor penyelarasan dikemukakan kepada Fakulti. Ini dibuat atas rasional bagi
membolehkan penyelarasan dan mengelakkan pertindanan fungsi.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Ketua Program Pembangunan Pelajar Ketua Program
Kebolehpasaran Graduan & Alumni

Penyelaras Kemajuan Penyelaras Kebajikan Pelajar Penyelaras Latihan Penyelaras Kebolehpasaran
Akademik Industri Graduan
1. Kebajikan B40
1. Program pelajar kelas 2. Bantuan pelajar susah 1. Persediaan latihan 1. Persediaan kerjaya
pertama 3. Insuran, kemalangan industri 2. Geran GE
4. Kerohanian 3. Temuduga syarikat
2. Program pelajar 2. Penyelarasan latihan
kedudukan bersyarat Penyelaras Nilai & industri dalam kampus
Kesukarelawanan 4. SKPG1 & SKPG2
3. Pencapaian prestasi 3. Pasca latihan industri
MUET 1. Pemindahan ilmu
2. Nilai murni Penyelaras Hubungan Alumni Penyelaras Data Strategik
Penyelaras Keusahawanan, 3. Indeks patriotisme
Inovasi & Kompetensi 1. Alumni dalam MTM 1. Penarafan (QS,
Penyelaras Organisasi 2. Program pra alumni SETARA)
1. Pembudayaan Pelajar 3. Program alumni
keusahawanan 2. Analisa data strategik
1. Kelab pelajar konvokesyen 3. Media (sosial, cetak
2. Pembentukan 2. Pertandingan 4. Akreditasi
"start up“ 3. Pemerkasaan bakat dll)

3. Sijil kompetensi
4. Inovasi pelajar

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

PEMETAAN FUNGSI HEPA FAKULTI

d) Selain itu, pemetaan setiap fungsi dengan organisasi di dalam HEPA juga disediakan bagi
menjelaskan lagi peranan masing-masing.

PTj/Organisasi HEPA Berkaitan

Skop Perkhidmatan Pembangunan

PHEP PRP PKU PCU PKKA PBP PTP PSU PBU KK BU

Ketua Program Pembangunan Pelajar ✓ ✓
1. Kemajuan Akademik ✓ ✓✓
2. Keusahawanan, Inovasi & Kompetensi
3. Organisasi Pelajar ✓
4. Kebajikan Pelajar
5. Nilai & Kesukarelawanan

Ketua Program Kebolehpasaran Graduan & Alumni

1. Latihan Industri ✓

2. Kebolehpasaran Graduan ✓

3. Alumni ✓

4. Data Strategik HEPA ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓✓

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

MANUAL KEPIMPINAN HEPA

a) Mengambil kira pengurusan yang lebih berkesan dengan perubahan kepimpinan bersilih ganti,
insiatif Manual Kepimpinan HEPA diwujudkan.

b) Ini berperanan sebagai manual rujukan asas bagi mana-mana staf yang diamanahkan
menjalankan tugas sebagai pemimpin di HEPA UTHM.

Manual asas kepimpinan HEPA
UTHM untuk rujukan pimpinan
terutamanya yang baru dilantik

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / AMANAT 2019 TNCHEPA / HALA TUJU 3

Secara keseluruhannya, tindakan-tindakan dalam tempoh setahun pertama bagi hala tuju ketiga
berkaitan dengan sistem adalah seperti berikut.

Perkara Status Tindakan
Sistem Daya Raya HEPA
Komponen Pembangunan Pelajar untuk Kenaikan Pangkat 
Anugerah Staf Harapan HEPA 
Anugerah Bitara HEPA 
Pengukuhan Organisasi HEPA 
Manual Kepimpinan HEPA 


*Status Tindakan

Lemah 

Sederhana 

Memuaskan 

Baik 

Cemerlang 

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2

Selain daripada tindakan awal yang dilaksanakan serta hala tuju yang dikelaskan kepada 3S
menerusi Amanat TNCHEPA 2019, beberapa pengukuhan insiatif berikut juga telah dilaksanakan
dalam tempoh setahun pertama ini.

1. Pesan & Tips TNCHEPA
2. Rajah Masa Kalendar Akademik
3. Setulus Kasih Umar Al Khattab – Kasih Sepotong Pizza
4. Siri Kekal Positif Bersama TNCHEPA
5. Penulisan Artikel & Liputan Media
6. Lawatan Kerja & MBWA TNCHEPA
7. Kunjungan Sokongan
8. Ulang Tahun Kelahiran Warga Staf HEPA
9. Ikrar Warga HEPA

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Bil. Tajuk FB IG

Like Reached Like
-
Inisiatif ini memanfaatkan saluran media 1 Memberi tidak akan membuat kita rugi… 72 760 73
sosial Facebook dan Instagram dengan 113
disediakan Pesan TNCHEPA yang berkisar 2 Setiap Hari Adalah Peluang… 75 604 78
tiga (3) nilai utama iaitu kasih sayang, 59
kegembiraan dan saling menghormati. Ini 3 Mengadulah kepadaNYA 45 479 67
dilihat penting bagi membentuk sistem nilai -
yang lebih holistik dalam kalangan pelajar. 4 Kasih Ibu & Ayah 218 3,006 135

5 Adab adalah Kunci Berkat 44 530 -
-
6 Minggu Ulang kaji: Gandakan usaha & doa 35 898 -
-
7 Tenang - Jangan Sampai Hilang 65 740 -
82 1,068 -
8 Aduh, malasnya nak study… (last Paper 75 779 -
Syndrom) -
121
9 Minggu 3/3 peperiksaan Akhir -
-
10 Minggu Akhir Cuti… 22 423 -
-
11 Awal Semester Jangan Leka 86 903 -
-
12 Hujung minggu usah dibiar "beku" 64 778 -
217
13 Sabar, usaha dan doa 34 456 164
170
14 Air Tangan Ibu... 158 1,041 377

15 Penat, Kecewa & Susah Hati... 59 817 328
217
16 Susahnya belajar... 186 1,855

17 Semoga Berjaya Ujian 1 48 498

18 Rajin dan rajin 52 643

19 Tiada sesiapa pun yang ada 25 jam, kecuali... 85 1,305

20 Sesungguhnya waktu Dhuha ini... 105 685

21 Apa doa kita minggu lalu? 16 328

Bil. Tajuk FB IG 22 Masa yang bersifat "cemburu" 37 516
Like Reached Like
23 Lelahnya Belajar... 104 2,147
220 4,578 75
1 Menghadapi Pembentangan PSM 1 & 2 42 713 67 24 Ramadhan & Air Tangan Mak 114 1,408
135 2,427 86
51 1,337 86 25 Latihan Industri/Latihan Mengajar 117 1,424
89 2,690 165
2 Persiapan Peperiksaan Akhir -1 26 Formula 4K untuk Cuti Semester 132 3,789
(Koleksi Soalan Exam)

3 Persiapan Peperiksaan Akhir – 2 27 Anak-anak Diploma Sem Khas 64 747
(Perancangan Jadual)
Minggu Pertama Kuliah, Hati jangan Tisu
Awal semester, jangan ulang kesilapan 28 Sangat Kalau Nak Berubah 119 1,497
yang sama 122 2,279
4

29 Perubahan Sedikit Tetapi Konsisten

5 Tarik Diri (TD) atau "Drop" Kursus 30 Bila Kali Terakhir Al Quran Dibaca? 90 1100

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Inisiatif ini dilaksanakan juga menerusi saluran media sosial bertujuan membantu pelajar merancang
masa dengan lebih berkesan serta sebagai peringatan. Rajah masa dikeluarkan setiap minggu
dengan pesanan kata-kata hikmah agar dapat membuka fikiran para pelajar.

Rajah masa dengan catatan nasihat
dikeluarkan setiap minggu untuk
peringatan dan panduan para pelajar

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Program ini terus dikembangkan selain
merangkumi Ziarah Penghuni serta Pasti Skor,
dengan kerjasama Domino Pizza Parit Raja
turut dilaksanakan pemberian pizza dan kad
ucapan kepada kumpulan staf warga HEPA dan
anak-anak pelajar tanpa asrama (PTA) khusus
dengan latar belakang keluarga B40. Pada
tahun pertama ini tiga (3) PTj dan seramai 26
pelajar (PTA) telah mendapat manfaat
menerusi pengembangan inisiatif ini.

Turut diberikan kad ucapan
agar mereka lebih
bermotivasi

Pelajar PTA Telah Menerima Antara penerima inisiatif, staf dan pelajar
Telah Menerima

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Selain daripada memenuhi undangan Fakulti,
Kolej Kediaman dan Persatuan Pelajar, Siri
Kekal Positif bersama TNCHEPA juga berjaya
dijalankan pada tahun pertama ini.

Bil. Tajuk Penglibatan
1 My BF

2 Alumni Zon Tengah: Staf Cemerlang Siri 02: "Masih Belum Berjaya Menyesuaikan Diri di
Pangkat@Berkat? UTHM...Mengapa & Bagaimana?"

3 Sesi Kekal Positif bersama Penerima
Dermasiswa MyBFF YTN

Bil. Tajuk Penglibatan

1 Siri 01: Menguasai Peperiksaan Akhir (P. Raja)

2 Siri 01: Menguasai Peperiksaan Akhir (Pagoh)

3 Siri 02: "Masih Belum Berjaya Menyesuaikan Diri di
UTHM...Mengapa & Bagaimana?" (P. Raja)

4 Siri 02: "Masih Belum Berjaya Menyesuaikan Diri di Siri Kekal Positif: My Brighter Future
UTHM...Mengapa & Bagaimana?" (Pagoh)

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Siri Kekal Positif Bersama Ikon Membaca (Menguasai Peperiksaan Akhir)

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Untuk terus mengangkat martabat HEPA,
penulisan artikel khususnya berkaitan isu-isu
mahasiswa diteruskan. Dalam tahun pertama
ini, sejumlah 14 artikel diterbitkan menerusi
media massa serta sekali penglibatan sebagai
ahli panel dalam siaran TV.

Bilangan Penerbitan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Antara liputan akhbar yang diterbitkan

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Lawatan kerja dan management by walking
about (MBWA) adalah bertujuan melihat
dengan lebih dekat perjalanan operasi
organisasi secara keseluruhan. Pada tahun
pertama ini, 16 kali lawatan kerja telah dibuat
dan tujuh (7) kali MBWA dilaksanakan.

Lawatan untuk pemerhatian Lawatan Kerja ke PKU Kampus Pagoh
& mendapatkan first hand
information

Lawatan Kerja
Penglibatan

Lawatan Kerja ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Lawatan Kerja ke PTTA UTHM

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Pada tahun pertama ini juga, masa turut
disusun agar dapat hadir ke lokasi memberikan
sokongan kepada pasukan pelajar UTHM yang
mewakili dalam acara dan pertandingan
tertentu. Ini penting bagi menghargai
sumbangan pelajar mewakili Universiti serta
kes-kes berkeperluan khas.

Lawatan ke Latihan Kem Tahunan PALAPES Kluang Johor Bersama bakal pelajar yang menghadapi kekangan kewangan
UTHM untuk mendaftar di UTHM
Kunjungan sokongan Imagine Cup KLIA
UTHM ke Sydney UMP Memberikan sokongan & motivasi kepada pasukan Debat
Kunjungan Sokongan kepada Kontinjen Diraja UTHM
MASUM UTHM KPM
Majlis "Flag Off" Misi Sukarelawan Kedah
Siswa YSS-Asean Sarawak 2019 UNiMAP

Pertemuan bersama Bakal Pelajar UTHM Sabak Bernam,
Selangor
Lawatan Sokongan Pasukan Debat Diraja UiTM Shah Alam
UTHM Purtajaya

Ziarah & Penyampaian Sumbangan kepada
Keluarga Pelajar UTHM (Kebakaran Rumah)

Kunjugan sokongan IMAC 2019

Varsity Boat Race Putrajaya

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Bersama pasukan mendayung UTHM
dalam Varsity Boat Race

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Dalam tempoh setahun ini, setiap kali tiba hari kelahiran staf warga HEPA akan diutuskan sekeping
kad bertulisan tangan dan sepotong kek tanda ingatan. Diharapkan usaha kecil ini dapat
memberikan sedikit kegembiraan kepada warga kerja HEPA.

Tahun 2019 Bilangan Staf Kad Ucapan & Sepotong Kek

Januari 31
Februari 23
30
Mac 24
April 31
May 25
Jun 18
Julai 18
Ogos 18
September 28
Oktober 22
November 268
Jumlah

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM BAHAGIAN 2 / PENGUKUHAN INISIATIF

Inisiatif mewujudkan Ikrar Warga HEPA adalah bagi memastikan seluruh staf HEPA berdiri di atas
prinsip kepimpinan dan kerja berpasukan yang selari. Walaupun usaha ini masih di peringkat awal,
usaha berterusan agar ikrar ini benar-benar dijiwai dan menjadi teras perkhidmatan akan
diteruskan demi manfaat organisasi.

Kami, warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
dengan ini berikar akan sentiasa patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan
seperti berikut:

Pertama
Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip Rukun Negara;

Kedua
Berusaha untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan;

Ketiga
Berkhidmat dengan penuh integriti dan tanggungjawab;

Keempat
Berorganisasi dengan ikhlas dan penuh muafakat; dan

Kelima
Bekerja ke arah memajukan Universiti, Agama, Bangsa dan Negara.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM RUMUSAN

Secara keseluruhannya, perjalanan dalam tempoh setahun pertama ini masih terlalu banyak ruang
yang boleh diperbaiki. Dalam pada itu, beberapa pengajaran penting perlu dicatatkan untuk tempoh
yang berbaki.

1. Fasa awal ini banyak usaha diberikan untuk mengurus perubahan. Mengurus perubahan tidak
mudah, memerlukan kesabaran dan daya tahan yang tinggi. Persepsi adalah antara perkara
yang sukar dikawal, justeru perbaiki aspek komunikasi strategik agar lebih kefahaman dapat
disampaikan kepada semua pihak.

2. Bezakan antara perkara yang bersifat operasi dan dasar. Operasi mesti dikawal oleh standard
operating procedure (SOP) dan perlu dipastikan semua SOP dilaksanakan dengan penuh
integriti.

3. Lebihkan masa dan usaha untuk berfikir bagaimana untuk meneroka potensi baharu agar lebih
banyak pihak mendapat manfaat. Untuk itu, budaya BAU – business as usual mesti mula
dilenturkan kepada budaya kerja ikhlas dan ihsan serta sentiasa memberikan khidmat terbaik.

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM RUMUSAN

4. Momentum sinergi mesti terus dilincir dan disemarakkan menerusi segenap penjuru. Mengurus
manusia untuk membantu manusia memerlukan kefahaman yang sangat baik terhadap
konsep kepimpinan dan kepengikutan.

Akhirnya, semoga pelaporan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk terus bersama-sama
menjayakan gagasan Memacu Pengalaman Kampus Menyeluruh demi UTHM yang kita sayangi!

LAPORAN 1 TAHUN TNCHEPA UTHM RUMUSAN

1. Jawatan adalah tentang tindakan bukan kedudukan
2. Lebihkan bekerja daripada bercakap
3. Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua
4. Kurangkan kosmetik dan ropol, lebihkan isi dan impak
5. Sinergi = kerja berpasukan + kepimpinan + kepengikutan

afandi ahmad

97

98

99

Laporan 1 Tahun

TNCHEPA UTHM

15.11.2018 – 14.11.2019

Laporan 1 Tahun TNCHEPA UTHM

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni


Click to View FlipBook Version