NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
MPU20342
KEPANTASAN TEKNOLOGI
YANG MEMPENGARUHI
JENAYAH SIBER DI
NEGARA MALAYSIA
JEVINIE REENA ANAK TERRY 20DPM21F1008
ERICA JULAN PAULUS 20DPM21F1903
SABRINA SERENU ANAK BULAN 20DPM21F1002
JACQUELINE PIRA ANI ANAK CHA’IR 20DPM21F1027
CHARLENE AUDREY BINTI AUGUSTINE 20DPM21F1018
PENSYARAH: PUAN NINIE AMIRA DRAHIM
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan, akhirnya kumpulan kami mampu
menyiapkan tugasan projek E-folio Nilai Masyarakat (MPU20342)
bagi tahun 2022. Saya merasakan tugasan projek ini tidak akan
disempurnakan tanpa bantuan dan bimbingan pensyarah yang
mengajar kami, rakan-rakan dan ibu bapa juga.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
yang banyak membantu iaitu Puan Ninie Amira Drahim. Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan yang sama kumpulan dengan saya
iaitu, Jevinie Reena, Erica Julan, Jacqueline Pira Ani dan Charlene
Audrey.
Saya ingin mengucapkan juga terima kasih kepada ibu bapa yang
memberi dorongan untuk kami bersemangat menyiapkan kerja
tugasan projek E-folio ini juga. Tanpa dorongan mereka, tugasan
projek ini tidak dapat disempurnakan.
Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang kami
hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat
kepada diri sendiri.
Sekian, terima kasih.
OBJEKTIF
Objektif dalam melaksanakan kerja E-Folio Nilai Masyarakat
Malaysia ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Di
antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih
mendalam lagi tentang faktor berlakunya jenayah siber di
Malaysia. Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan
tentang kesannya apabila berlaku jenayah siber di kalangan rakyat
Malaysia. Saya dan ahli kumpulan saya akan menggunakan
kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk menyelidiki sesuatu
kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Begitu
juga, saya dapat mengetahui tentang cara berkesan untuk
menangani berlakunya jenayah siber di kalangan masyarakat
Malaysia. Maklumat yang diselidiki oleh kami membolehkan saya
bahwa cara tersebut adalah benar-benar berkesan. Maka dengan itu,
kajian ini dapat menjadikan teladan dan iktibar malah
menyedarkan semua orang betapa bahayanya jenayah siber di
kalangan masyarakat di Negara kita kerana ia dapat menjejaskan
keselamatan masyarakat dan ekonomi negara. Selain itu, ia juga
akan memberi nilai moral kepada para pengguna media sosial
untuk menggunakan gadget mereka dengan penuh tanggungjawab.
PENGENALAN
Kerancakan kemajuan dan pembangunan teknologi dan maklumat tidak dinafikan
telah banyak membawa kemudahan dan perhubungan komunikasi yang lebih
efisien. Namun di sebalik semua itu, penyalahgunaan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab yang menggunakan medium siber sebagai platform jenayah
muncul dan amat membimbangkan. Maka dengan itu, wujudlah masalah social
iaitu jenayah siber. Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada
abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman
dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan
satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh
sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber,
berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada
benar atau salah, idea, ideologi, propaganda, menciplak laman web perbankan dan
tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Oleh itu, tidak hairanlah
penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.
ISI KANDUNGAN
1 FAKTOR JENAYAH SIBER
2 KESAN JENAYAH SIBER
3 CARA MENGATASI JENAYAH SIBER
4 CONTOH ISU JENAYAH SIBER YANG BERLAKU DI
MALAYSIA
1 | FAKTOR JENAYAH SIBER
KURANG INSAN YANG BERPENGETAHUAN DALAM DUNIA
TEKNOLOGI
Pada masa kini, memang ramai insan yang kurang berpengetahuan tentang
pengendalian teknologi yang terkini seperti komputer, telefon pintar, televisyen
dan peralatan elektronik lain yang dapat mengelirukan golongan dewasa
misalnya warga emas. Mereka yang kurang berpengetahuan dalam dunia
teknologi seakan - akan dijadikan sasaran utama oleh penjenayah siber kerana
mereka yang tidak pandai dalam pengurusan pengendalian komputer ataupun
telefon pintar. Bukan itu sahaja, golongan dewasa ini juga kadang-kala tidak
mengetahui tentang cara-cara untuk mengelakkan diri mereka daripada jenayah
s“iMbearc.aCuosnctaomh”n.ya, jenayah yang masih beroperasi sehingga kini iaitu jenayah
KEWUJUDAN INTERNET SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI TERKINI
Selain itu, kewujudan Internet sebagai alat komunikasi terkini serng digunakan
oleh masyarakat kini untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja tugasan
mereka melalui Internet atau mencari info sekiranya info tersebut sahih ataupun
tidak. Internet juga memaparkan beberapa jenis laman web sama ada ianya
bInetnearrneattabuagtiidamkejmugpaenmgaernujhaidipseanlgaghusnaatu–pupnecnaggjuennaayakhomsipbuetreriniyamngengbaijwakal.
Penggunaan Internet bukan sahaja ada kebaikannya tetapi ada juga keburukan
sekiranya kita sebagai pengguna sering menekan pautan-pautan yang
mencurigakan dalam Internet. Maka itulah kita sebagai pengguna semestinya
berwaspada semasa melayari Internet tanpa adanya penipuan siber menimpa
kepada kita.
SIKAP MANUSIA YANG SUKAR UNTUK DIKAWAL
Di samping itu, sikap – sikap manusia yang sukar untuk dikawal dan memiliki
sifat untuk mencuba sesuatu yang dapat menimbulkan konflik dalam dunia
teknologi. Individu-individu yang tidak bertanggungjawab akan menyerang
sistem-sistem dalam komputer akibat perasaan ingin mencuba atau
mempergunakan ilmu yang mereka pelajari dalam internet seperti mencipta laman
web yang haram yang dapat mencuri maklumat kita sebagai para pengguna
komputer. Mereka juga mengambil kesempatan untuk mendesak mana – mana
pihak untuk menekan pautan yang telah dicipta untuk kepentingan mereka sendiri.
PENGGUNAAN PERBANKAN ONLINE SECARA MELUAS
DIPERKENALKAN KEPADA PENGGUNA
Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga kegunaan perbankan secara online yang
telah diperkenalkan kepada pengguna yang lain. Penggunaan perbankan online ini
amat mudah serta menjimatkan masa dan tenaga kerana ramai juga pengguna
beralih arah menggunakan aplikasi bank secara online. Malahan, ramai juga pihak
mengambil kesempatan dengan menciptakan laman web perbankan untuk mencuri
maklumat pelanggan bank. Hal ini dilakukan oleh penjenayah siber dengan
menggunakan taktik “phishing” iaitu penghasilan laman web yang palsu
menyerupai laman web yang benar. Dengan itu, pelanggan bank akan mudah
tertipu oleh penjenayah siber dengan memasukkan kata laluan di laman web yang
palsu. Maklumat tersebut akan dicuri oleh golongan yang tidak bertanggungjawab
seperti penjenayah siber.
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah siber harus
ditegakkan pada masa kini kerana ramai pengguna yang rugi kerana kehilangan
maklumat yang penting secara online seperti akaun bank, nombor telefon dan
nombor kad pengenalan yang membolehkan penjenayah siber mudah mengakses
maklumat ke dalam sistem mereka. Malah, siasatan terhadap jenayah siber
memakan masa yang lama dalam membendung hal ini kerana kurangnya pihak
berkuasa yang mengendalikan kes ini kerana kurang ilmu pengetahuan dalam hal
siber. Bukan itu sahaja, banyak juga kes yang tertangguh. Hal ini boleh dikatakan
agensi-agensi kerajaan kini tidak serius dalam menangani jenayah siber ini malah
tidak saling bekerjasama antara satu sama lain. Akta dan undang-undang yang
sedia ada juga sudah lapuk dan tidak sama dengan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi yang berkembang dengan pesatnya.
2 | KESAN JENAYAH SIBER
HILANG KEUNTUNGAN DALAM SEBUAH SYARIKAT
Jenayah siber ini bukanlah menyasarkan kepada seseorang individu
yang tertentu seperti golongan dewasa dan remaja tetapi ianya boleh
tertimpa terhadap syarikat-syarikat yang sedang membangun.
Sesebuah syarikat akan mengalami kehilangan keuntungan di syarikat
mereka kerana maklumat sulit kewangan syarikat mengalami krisis
kebocoran, kecurian dari segi maklumat serta dipergunakan oleh pihak
luar dalam mengeluarkan dana dari akaun bank syarikat secara haram.
Mendedahkan akaun bank sesebuah syarikat secara tidak sah kepada
khalayak ramai dapat memberikan kesan yang buruk terhadap syarikat
tersebut serta pekerja syarikat iaitu pekerja yang menguruskan hal
kewangan syarikat haruslah tidak cuai ketika melakukan kerja seperti
meminta kebenaran daripada pihak atasan (CEO) atas pengeluaran
wang yang hendak diperlukan oleh sesebuah syarikat. Selain itu juga,
ianya boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya terjejas
disebabkan jenayah siber sehingga menyebabkan kerugian pendapatan
yang berharga dalam perniagaan seseorang individu.
MENJEJASKAN IMEJ ATAU REPUTASI SESEBUAH SYARIKAT
Selain itu, jenayah siber juga boleh menjejaskan imej atau reputasi sesebuah
syarikat tersebut. Penjenayah siber tanpa sedarnya akan menyebarkan
maklumat atau imej – imej yang tidak menyenangkan tentang syarikat tersebut
bagi menjatuhkan air muka majikan dan pekerja syarikat. Lebih – lebih lagi,
syarikat yang mengalami kecurian atau penggunaan tidak sah bagi rekod
penggunaan dan nama baik syarikat. Hal ini boleh memberikan kesan buruk
terhadap pelanggan sehingga mereka mula hilang keyakinan terhadap
kemampuan syarikat bagi menjaga keselamatan mereka. Pekerja juga harus
memainkan peranan untuk menjaga tingkah laku semasa keberadaan di luar
pada waktu bekerja bagi mengelakkan reputasi syarikat jatuh.
MENGURANGKAN PRODUKTIVITI
Seterusnya, jenayah siber akan mengurangkan produktiviti dalam sesebuah
syarikat. Banyak syarikat sudah mula dalam mengambil langkah untuk
menaikkan taraf keselamatan syarikat mereka kerana pekerja dikehendaki
memasukkan lebih banyak kata laluan atau pin keselamatan serta melaksanakan
pekerjaaan lain yang memakan masa yang sepatutnya digunakan bagi
menyelesaikan kerja mereka. Hal ini menganggu kerja harian pekerja dan
menyebabkan produktiviti merosot. Pekerja juga harus berusaha dalam
membendung mana – mana pihak yang sering bertanyakan maklumat penting
tentang syarikat bagi mengelakkan maklumat dicuri oleh sesiapa dalam Internet
mahupun secara atas talian.
MANGSA AKAN MENGALAMI TEKANAN PERASAAN
Di samping itu, bagi mangsa yang sering terpedaya akan penjenayah siber melalui
online akan mengalami tekanan perasaan Seseorang individu tersebut akan
mengalami trauma setelah sering ditipu oleh penjenayah siber sehingga ianya dapat
menjejaskan perhubungan antara keluarga, rakan sekerja dan orang lain. Selain itu,
mangsa akan berasa diperbodohkan oleh penjenayah siber kerana sikapnya yang licik
dalam melakukan penipuan terhadap orang lain. Dengan itu, mangsa harus meminta
bantuan daripada sesiapa untuk melaporkan hal tersebut kepada polis agar pihak
berkuasa seperti polis akan segera membantu mangsa yang menjadi mangsa dalam
jenayah siber.
MEMBERIKAN KESAN YANG BURUK KEPADA GENERASI YANG BARU
DALAM PENGGUNAAN INTERNET
Akhir sekali, jenayah siber akan memberikan kesan yang buruk kepada generasi yang
baru dalam penggunaan Internet. Generasi yang baru akan berasa tidak selamat dan
takut semasa menggunakan Internet atau “browser”. Insan yang muda seperti remaja
akan kurang kepercayaan terhadap maklumat-maklumat sama ada ianya sahih
ataupun tidak semasa melakukan pencarian maklumat dalam Internet untuk
melakukan kerja sekolah mereka. Generasi yang baru haruslah berwaspada semasa
menekan pautan-pautan atau laman web yang mencurigakan kerana satu tekanan
dapat menghantar terus maklumat yang penting kepada penjenayah siber seperti
penggodam atau dikenali sebagai “hacker”, seorang pengumpul maklumat atau
memusnahkan maklumat yang terdapat di dalam komputer.
3 | CARA MENGATASI JENAYAH SIBER
MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN ETIKA DAN PENGGUNAAN
SIBER
Pendidkan etika dalam penggunaan teknologi harus diperkenalkan pada setiap
institusi pendidikan. Setiap masyarakat yang hidup di bumi ini mempunyai
gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan dalam kehidupan seharian mereka.
Namun demikian, etika dan cara penggunaanya tidak dididik dengan betul.
Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan
tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan palsu perlu diajar kepada
kanak-kanak dan juga golongan remaja. Hal ini demikian kerana, seseorang
mudah terpengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari
keuntungan.
MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT
Masyarakat haruslah diberi kesedaran akan ancaman sebenar jenayah siber
yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media
cetak mahupun media digital haruslah diperluaskan dan mencapai seluruh ahli
masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan
teknologi pada masa kini. Penjenayah siber menggunakan pelbagai taktik yang
licik bagi memerangkap mangsa mereka. Oleh hal yang demikian, bagi
memberikan kesedaran kepada masyarakat pengasimilasi dalam iklan dan
kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul
memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatam dalam
menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam alat teknologi masing-masing.
MENGADAKAN KERJASAMA ANTARA NEGARA SECARA GLOBAL
Dalam usaha memerangi jenayah siber secara berkesan di rantau ini, pihak
berkepentingan dan pemegang taruh dalam industri Asia Tenggara perlu sedia
menjalankan inisiatif bersama. pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi
keselamatan siber, sektor perbankan, institusi pendidikan seta agensi kerajaan
dan swasta perlu bekerjasama bagi mencari cara yang terbaik dalam menangani
serangan siber di negara ini. Salah satu kerjasama yang diperlukan adalah latih
tubi ujian siber di peringkat nasional dan juga serantau. Justeru, bagi
menambah baik dan meningkatkan agenda keselamatan siber serantau, negara-
negara di Asia Tenggara harus terus memperkukuhkan kerjasama sedia ada dan
mengenal pasti jurang yang ada.
MENINGKATKAN KEUPAYAAN DALAM MENGHADAPI SERANGAN
PENJENAYAH SIBER
Perlu bekerjasama dengan negara maju seperti Amerika Syarikat & Britain
untuk memerangi penjenayah siber. Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan
CyberSecurity perlu diberikan lebih kuasa dari segi perundangan bagi
mengambil tindakan lebih cepat terhadap kegiatan jenayah siber. Bagi
memastikan pihak penguat kuasa dapat bersaing dengan penjenayah siber yang
kelihatan lebih pantas dalam oenggunaan aplikasi teknologi, peralatan forensik
digital dan alatan penyelidikan yang moden serta latihan yang bersesuaian
dengan kehendak semasa juga perlu diberikan.
MENGADAKAN PEMANTAUAN BERKESAN
Pihak berkuasa perlu membuat pemantauan di alam siber supaya golongan
tidak bertanggungjawab dapat dikesan oleh PDRM dan meningkatkan rondaan
dalam internet iaitu di Cyber Crime Bukit Aman untuk membanteras jenayah
siber berlaku du negara ini. Perkara yang dapat dilakukan bagi menangani
jenayah di internet adalah mendapatkan kerjasama SKMM & CYBER
SECURITY MALAYSIA bagi memantau aktiviti jenayah siber.
4 | CONTOH ISU JENAYAH SIBER YANG
BERLAKU DI MALAYSIA
JENAYAH SIBER MEMBIMBANGKAN
Sepanjang Januari hingga 31 Oktober lalu, sebanyak 9,686 kes membabitkan
nilai lebih RM400 juta direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkaitan dengan penipuan siber
dan multimedia. Seperti yang dikatakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, polis menerima
antara 25 hingga 30 laporan setiap hari yang membabitkan penipuan itu.
Katanya, kegiatan jenayah siber ini masih lagi berleluasa dan membimbangkan
kerana membabitkan kerugian kepada mangsa berjuta ringgit. Statistik
merekodkan, 4,487 kes penipuan telekomunikasi dengan jumlah wang
membabitkan RM203 juta; pembelian dalam talian sebanyak 2,947 kes
(RM24.7 juta); 419 Scam atau African Scam sebanyak 1,303 kes (RM67.7 juta)
dan penipuan E-Kewangan sebanyak 753 kes (RM122 juta).
CYBERSECURITY MALAYSIA (CSM)
BERDEPAN CABARAN KAWAL JENAYAH
SIBER
Berikutan ciri-ciri internet yang pantas dan boleh
berlaku tanpa sempadan, CyberSecurity Malaysia
mengakui berdepan dengan cabaran untuk
mengawal kegiatan jenayah siber. Seperti yang
dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSM,
faktor kecanggihan teknologi, internet dan
kepakaran penjenayah sehingga mampu
melindungi identiti peribadi. Namun demikian,
beliau juga menyatakan bahawa pihaknya akan
terus bekerjasama dengan pelbagai pihak
termasuklah agensi penguatkuasaan lain bagi
memastikan kawalan terhadap jenayah itu pasti
dapat diatasi. Cabaran yang dihadapi oleh CSM
adalah apabila menyentuh untuk menjejak
penjenayah yang disebabkan oleh alam maya yang
dicipta tanpa nama. Bukan itu sahaja, mereka
sukar untuk mengambil tindakan tertentu kerana
ciri-ciri internet yang tidak mempunyai nama, laju
dan juga berlaku dengan pantas serta bersibat
tanpa sempadan.
KESEDARAN KESELAMATAN SIBER RAKYAT MALAYSIA MASIH RENDAH
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyatakan bahawa tahap
kesedaran keselamatan siber dalam kalangan rakyat di negara ini masih rendah sehingga
ramai menjadi mangsa jenayah siber dan masih ramai juga rakyat di negara Malaysia tidak
mengamalkan penggunaan teknologi dengan beretika dan bertanggungjawab. Sejak Januari
hingga Mei pada tahun 2021, KKMM menerusi CyberSecurity Malaysia telah menerima
laporan sebanyak 4,615 berkaitan insiden keselamatan siber menerusi Pusat Bantuan
Cyber999. Masyarakat perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai
keselamatan siber dan teknologi terbaharu serta sentiasa berwaspada terhadap bentuk
ancaman siber terkini walaupun tahap keselamatan siber di negara ini masih tidak
membimbangkan.
4,327 KES JENAYAH SIBER LIBATKAN KERUGIAN RM77 JUTA
DILAPORKAN
Pada tahun 2019, jumlah jenayah siber yang dilaporkan adalah sebanyak 11,875 kes,
dengan kerugian sebanyak RM 498 juta manakala pada tahun 2020, ia meningkat kepada
14,229 dengan jumlah kerugian RM 413 juta berdasar statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM). Seperti yang dinyatakan dalam ucapan perasmian Pameran yang diadakan secara
maya, perkara tersebut telah membuktikan bahawa jenayah siber memang menjadi
permasalah yang memerlukan perhatian yang serius. Susulan dilanda pandemik Covid-19
kebergantungan terhadap digital telah berlaku dengan pantas dan ketara seta di luar
jangkaan sekali gus mempercepatkan rancangan kerajaan untuk meningkatkan literasi
digital. Sementara ekonomi dan kerajaan terus meningkatkan kecekapan melalui
digitalisasi, kini, semakin ramai masyarakat Malaysia terlibat dalam e-dagang manakala
pelajar semakin terdedah kepada pembelajaran secara atas talian. Kebergantungan ini tidak
hanya mencipta peluang baru bahkan juga membuka pintu ancaman dan penjenayah siber
akan terus mengeksploitasi keadaan untuk melaksanakan niat jahat mereka.
RAMAI PENGGUNA INTERNET TIDAK PEDULI KEPENTINGAN
KESELAMATAN SIBER
Ramai pengguna Internet di Malaysia masih tidak cakna, naif dan juga bersikap acuh tak
acuh mengenai kepentingan keselamatan siber sehingga terpedaya dan seterusnya menjadi
mangsa jenayah siber. Walaupun telah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan baik
dalam bentuk peringatan mahupun kesedaran untuk mereka namun perkara tersebut masih
juga berlaku. Media amatlah penting untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai
peristiwa serta isu yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Selain mampu
menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat, peranan media
bukan sahaja sebagai perantara untuk penyebaran maklumat tetapi juga pendorong yang
kuat dalam mewujudkan dan membentuk pendapat umum.
KESIMPULAN
Munculnya Internet dan alat komunikasi yang serba canggih pada
masa kini telah menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat
yang memantapkan ilmu dan maklumat. Berjuta-juta laman web
telah dicipta dan dihidupkan kerana tiada siapapun yang dapat
mengawal perjalanan maklumat di dunia siber ini. Propaganda,
idea, ideologi serta bermacam-macam maklumat tanpa mengira
benar atau salah telah disebarkan melalui Internet. Perkara ini telah
mewujudkan satu jenayah iaitu jenayah siber kerana wujudnya
kemudahan dan kecanggihan teknologi pada masa kini.
Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap mahupun
dikesan kerana pihak yang bertanggungjawab sukar untuk
mengenal pasti penjenayah tersebut. Oleh hal yang demikian, kita
perlulah sentiasa berwaspada tanpa mengira masa mahupun
dimana kita berada. Bukan itu sahaja, bagi mengurangkan atau
melindungi kita daripada menjadi mangsa jenayah siber kita perlu
melindungi alat komunikasi kita dengan perisian-perisian dan juga
perlu berhati-hati semasa menggunakan Internet. Seperti yang
telah dibincangkan sebentar tadi, kita seharusnya tidak terlalu
mengharapkan undang-undang siber untuk melindungi kita dari
ancaman jenayah siber. Dalam dunia tanpa sempadan ini, serangan
boleh dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab
meskipun beribu-ribu batu jauhnya dari kalangan orang yang dekat
dengan kita. Oleh hal yang demikian, tanpa mengira usia dan
jantina, setiap masyarakat perlu memainkan peranan bagi
membanteras kes-kes jenayah siber yang semakin berleluasa pada
zaman era kini.
AKTIVITI PENGUKUHAN
RUJUKAN
Jenayah siber - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(n.d.). Jenayah Siber - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia
Bebas; ms.wikipedia.org. Retrieved May 30, 2022, from
https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siberprofil
Faktor berlakunya Jenayah Siber. Faktor Berlakunya Jenayah
Siber; pendidikjalanan.blogspot.com.
https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktor-
berlakunya-jenayah-siber.html
Kesan-Kesan Jenayah Siber. (n.d.). Kesan-Kesan Jenayah
Siber - Esei STPM; eseistpm.blogspot.com. Retrieved May 30,
2022, from https://eseistpm.blogspot.com/2013/12/kesan-kesan-
jenayah-siber.html
Langkah Mengatasi Jenayah Siber Dalam Kalangan
Masyarakat. (2020, April 13). Ipendidikan.My;
www.ipendidikan.my. https://www.ipendidikan.my/langkah-
mengatasi-jenayah-siber.html
Sidez, D. (2001, March 1). Jenayah siber. Jenayah Siber;
www.slideshare.net.
https://www.slideshare.net/fazleefaizan90/jenayah-siber-
15545014
Faktor Jenayah Siber | PDF. (n.d.). Scribd; www.scribd.com.
Retrieved May 30, 2022, from
https://www.scribd.com/document/177745530/Faktor-jenayah-
siberAuthor
Author, N. (2015, April 13). Kesan Jenayah Siber - Pi1M
Gunong. Pi1M Gunong; pi1mgunong.blogspot.com.
https://pi1mgunong.blogspot.com/2015/04/kesan-jenayah-
siber.html#:~:text=Berikut%20disenaraikan%20beberapa%20
kesannya%20%3A%201%20Hilang%20hasil%2Fkeuntungan
,mendapat%20kesan%20yang%20teruk.%20...%20More%20i
tems...%20
Scribd; www.scribd.com. Retrieved May 30, 2022, from
https://www.scribd.com/embeds/387758964/content?start_page
=1&view_mode=scroll&access_key=key-
fFexxf7r1bzEfWu3HKwf
CSM berdepan cabaean kawal jenayah siber. (n.d.).
www.astroawani.com. Retrieved May 30, 2022, from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/csm-berdepan-
cabaran-kawal-jenayah-siber-280872
Kesedaran keselamatan siber rakyat Malaysia masih rendah.
(n.d.). www.astroawani.com. Retrieved May 30, 2022, from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesedaran-
keselamatan-siber-rakyat-malaysia-masih-rendah-zahidi-
302555
Ramai pengguna Internet tidak peduli kepentingan
keselamatan siber. (n.d.). www.astroawani.com. Retrieved May
30, 2022, from https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/ramai-pengguna-internet-tidak-peduli-kepentingan-
keselamatan-siber-cybersecurity-malaysia-295878
TUAN MUHAMAD ADNAN, T. B. (2021, June 28). 4,327 kes
jenayah siber libat kerugian RM77 juta dilaporkan.
Sinarharian; www.sinarharian.com.my.
https://www.sinarharian.com.my/article/146770/BERITA/Nasio
nal/4327-kes-jenayah-siber-libat-kerugian-RM77-juta-
dilaporkan
E-Folio ini menjelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya
jenayah siber di negara Malaysia. Antara faktor cabaran
tersebut adalah kurang insan yang berpengetahuan dalam
dunia teknologi, kewujudan Internet sebagai alat komunikasi
terkini, sikap manusia yang sukar untuk dikawal, penggunaan
online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna dan
penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Perbincangan
jenayah siber ini telah disesuaikan dengan
menghubungkaitkan isu semasa yang semakin berleluasa dan
menyebabkan kesan-kesan yang mempengaruhi negara dari
pelbagai sudut. E-Folio ini juga mengemukakan usaha-usaha
dalam mengatasi masalah tersebut daripada terus berlaku.