E-Folio ini menjelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah siber di negara Malaysia. Antara faktor cabaran tersebut adalah kurang insan yang berpengetahuan dalam dunia teknologi, kewujudan Internet sebagai alat komunikasi terkini, sikap manusia yang sukar untuk dikawal, penggunaan online secara meluas diperkenalkan kepada pengguna dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Perbincangan jenayah siber ini telah disesuaikan dengan menghubungkaitkan isu semasa yang semakin berleluasa dan menyebabkan kesan-kesan yang mempengaruhi negara dari pelbagai sudut. E-Folio ini juga mengemukakan usaha-usaha dalam mengatasi masalah tersebut daripada terus berlaku