The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Literasi Awal (2+ Tahun) (Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang etc.) (z-lib.org)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2022-06-27 09:14:20

Modul Literasi Awal (2+ Tahun) (Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang etc.) (z-lib.org)

Modul Literasi Awal (2+ Tahun) (Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang etc.) (z-lib.org)

Penulis:
Zainiah binti Mohamed Isa
Juppri bin Bacotang
Mazlina binti Che Mustafa
Nur Fatin binti Zainuddin
Azizuddin bin Kastari

Tahun Terbitan: 2018

Alamat:
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak
Malaysia

Penghargaan:
Modul ini merupakan dapatan kajian “Pembinaan Sebuah Modul untuk Pecutan Penguasaan
Asas Literasi bagi Kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ Tahun” yang mendapat dana
daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Skim Geran Penyelidikan
Fundamental (FRGS), Kod Penyelidikan: 2013-0062-107-02.

Hak Cipta Terpelihara 2018 © LY2018001965

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini sama ada dalam
bentuk tulisan atau ilustrasi secara elektronik, fotokopi, mekanik dan lain-lain sebelum

mendapat kebenaran daripada penulis.
2

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT
5
1.0 PENGENALAN 5
6
1.1 Kemahiran Literasi Awal 6
7
1.1.1 Bahasa dan Komunikasi 7
8
1.1.2 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran 8
10
1.1.3 Fonemik dan Fonetik 12
13
1.1.4 Bacaan dan Kefahaman Naratif 14
17
1.1.5 Tulisan Awal 21
25
1.2 Senarai Aktiviti 27
30
1.3 Panduan Pelaksanaan Aktiviti
34
1.4 Kesimpulan
35
2.0 KOMPONEN 1.0: BAHASA DAN KOMUNIKASI 38
42
Aktiviti 1: Cermin oh Cermin 46
50
Aktiviti 2: Cantuman Muka 53
54
Aktiviti 3: Perasaan Saya 58
60
Aktiviti 4: Kucing Comel 63

Aktiviti 5: Bahagian Kereta

Aktiviti 6: Kenali Bunyi Saya

3.0 KOMPONEN 2.0: KONSEP CETAKAN DAN CETAKAN

PERSEKITARAN

Aktiviti 7: Buku Adik

Aktiviti 8: Cerita Keluarga Saya

Aktiviti 9: Haiwan di Ladang

Aktiviti 10: Memilih Makanan

Aktiviti 11: Simbol Tandas

4.0 KOMPONEN 3.0: FONEMIK DAN FONETIK

Aktiviti 12: Bunyi Kenderaan

Aktiviti 13: Ikut Rentak Muzik
Aktiviti 14: Lagu „Bangun Pagi‟
Aktiviti 15: Lagu „Abu Ada Ayam‟

3

Aktiviti 16: Membuat Huruf „s‟ 66
5.0 KOMPONEN 4.0: BACAAN DAN KEFAHAMAN
68
NARATIF
Aktiviti 17: Susun Buku 69
Aktiviti 18: Ayuh, Belek Buku 72
Aktiviti 19: Semut yang Rajin 74
Aktiviti 20: Adam Ada Bola 80
Aktiviti 21: Penggembala dan Biri-biri 83
6.0 KOMPONEN 5.0: TULISAN AWAL 86
Aktiviti 22: Garisan Mudah 87
Aktiviti 23: Muka „Smiley‟ 89
Aktiviti 24: Capan Tapak Tangan 92
94
Aktiviti 25: Kapas Berwarna

4

1.0 PENGENALAN

Sebelum ini penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran membaca dan menulis dianggap
bermula semasa pengajaran membaca secara standard sama ada di prasekolah ataupun di
sekolah rendah. Namun, kebanyakan kajian menunjukkan pembelajaran kemahiran tersebut
merupakan proses perkembangan sejak awal umur lagi dan berlaku secara berterusan yang
dikenali sebagai kemahiran literasi awal. Kebiasaannya, kanak-kanak yang memasuki
prasekolah dengan pengalaman dan kemahiran literasi awal yang baik juga akan dapat
membaca dan menulis dengan baik. Ini banyak bergantung pada interaksi dan bimbingan
yang diperoleh kanak-kanak daripada golongan dewasa terutamanya ibu bapa dan pendidik.

Justeru, sebuah modul aktiviti kemahiran literasi awal untuk kanak-kanak telah dibina
yang dikenali sebagai Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk Kanak-kanak berumur 2+
Tahun. Modul ini dibina khusus untuk kanak-kanak yang berumur 2 Tahun 3 bulan
hingga 3 tahun 2 bulan. Modul ini dapat melengkapkan lagi Kurikulum PERMATA Negara
terutamanya dalam bidang pembelajaran Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi
Awal untuk kanak-kanak. Ini bermakna, modul ini bukan untuk menggantikan kaedah
pengajaran atau aktiviti yang sedia ada, tetapi merupakan sumber tambahan kepada ibu bapa
dan pendidik untuk mendedahkan kemahiran literasi awal kepada kanak-kanak dengan lebih
awal. Semoga modul ini dapat memberi nafas baharu dalam pembelajaran dan pengajaran
literasi awal bagi kanak-kanak di Malaysia.

1.1 Kemahiran Literasi Awal

Umumnya, kemahiran literasi awal merujuk pada pengetahuan, kemahiran, dan sikap kanak-
kanak tentang asas membaca dan asas menulis sebelum mereka diajar secara standard oleh
ibu bapa atau pendidik. Kebanyakan kajian mendapati, kemahiran literasi awal sesuai
diperkenalkan pada awal umur kanak-kanak lagi iaitu dalam lingkungan umur 2+ hingga 4+
tahun. Dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun, terdapat lima komponen
yang difokuskan iaitu bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran,
fonemik dan fonetik, bacaan dan kefahaman naratif, dan tulisan awal. Kesemua komponen
tersebut pula mempunyai beberapa fokus tertentu yang disusun dari mudah ke susah
mengikut kesesuaian peringkat umur kanak-kanak. Pelaksanaan modul tersebut dijalankan

5

secara berperingkat-peringkat dan bersepadu antara komponen dengan fokus kemahiran
literasi awal. Ini seterusnya dapat meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak
dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

1.1.1 Bahasa dan Komunikasi

Perkembangan bahasa melibatkan beberapa kemahiran penting yang dapat membantu kanak-
kanak untuk mendengar dan memberi respon apabila orang lain bercakap, memahami makna
perkataan dan konsep, memperoleh maklumat baharu tentang objek, dan mengeluarkan idea
dan pandangan mereka sendiri dengan menggunakan bahasa tertentu. Komunikasi pula
merujuk pada pemindahan maklumat daripada seseorang kepada orang lain melalui
pertuturan, lisan, tulisan, dan bukan lisan (mata, tangan, ekspresi muka, dan bahasa badan).
Antara fokus komponen bahasa dan komunikasi yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk
Kanak-kanak berumur 2+ Tahun adalah seperti berikut;

i) Kemahiran mendengar dengan aktif dalam pelbagai situasi (soalan).
ii) Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
iii) Memberi respon menggunakan mimik muka / bahasa badan.
iv) Penglibatan diri dalam perbualan (mengeluarkan pendapat / persoalan).
v) Penguasaan asas kosa kata (perbendaharaan kata yang diperoleh mengikut umur).

1.1.2 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Konsep cetakan ialah pemahaman kanak-kanak tentang asas dan kegunaan cetakan,
pemahaman ciri-ciri dan bahagian buku, hubungan antara bunyi dengan huruf, dan
mengetahui fungsi cetakan. Cetakan persekitaran pula lebih merujuk pada simbol, tanda, atau
gambar yang terdapat di sekeliling kanak-kanak, misalnya simbol tandas, simbol, dan logo
makanan segera (KFC, McDonald, Pizza Hut). Antara fokus komponen konsep cetakan dan
cetakan persekitaran yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+
Tahun adalah seperti berikut;

6

i) Penerokaan bahan bercetak (buku cerita).
ii) Fungsi buku (menunjukkan beberapa bahagian dan ciri buku seperti depan /

belakang / tajuk).
iii) Kefahaman gambar (membezakan antara cetakan dengan gambar).
iv) Cetakan persekitaran (simbol / logo / huruf / nombor).

1.1.3 Fonemik dan Fonetik

Fonemik didefinisikan sebagai kebolehan memanipulasi bunyi-bunyi huruf yang terdapat
dalam perkataan, dan memahami perkataan dibina daripada bunyi-bunyi tunggal yang
bergabung secara berurutan, misalnya “/a/, /y/, /a/, /m/ = ayam”. Fonetik pula merujuk pada
hubungan antara huruf dengan bunyi (fonem), misalnya “i-ikan”, dan “b-bola”. Dalam
konteks bahasa Melayu, pengajaran bacaan dimulakan dengan penyebutan fonetik setiap
bunyi huruf, kemudian penggabungan bunyi huruf menjadi suku kata dan perkataan. Antara
fokus komponen fonemik dan fonetik yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk Kanak-
kanak berumur 2+ Tahun adalah seperti berikut;

i) Mengenal pasti dan memanipulasi bunyi dalam persekitaran.
ii) Pengetahuan tentang bahasa berirama.
iii) Pengetahuan bunyi / nama huruf yang terdapat dalam abjad.

1.1.4 Bacaan dan Kefahaman Naratif

Apabila kanak-kanak belum dapat membaca, idea dan konsep diperoleh melalui kemahiran
mendengar dan interaksi individu. Setelah kanak-kanak dapat membaca, idea dan konsep
dapat dibina melalui interaksi dengan perkataan dalam teks. Ini bermakna kefahaman
merupakan proses mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan,
atau lambang-lambang tertentu. Kefahaman naratif pula merujuk pada proses membina
makna daripada aksi, pertuturan, dan teks dalam cerita dengan menghubungkan idea daripada
cerita dengan pengalaman sedia ada, menceritakan semula jalan cerita, dan mengetahui
perkataan baharu untuk memahami konsep tertentu. Antara fokus komponen bacaan dan

7

kefahaman naratif yang ditekankan dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+
Tahun adalah seperti berikut;
i) Minat membaca / mendengar cerita.
ii) Memahami cerita (menceritakan semula).

1.1.5 Tulisan Awal
Tulisan awal ialah usaha kanak-kanak menggunakan tulisan untuk berkomunikasi melalui
penghasilan teks simbolik dalam cara yang bermakna. Misalnya, menghasilkan contengan,
lakaran, lukisan, peniruan gambar, dan seterusnya menulis huruf. Tulisan awal juga
melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam mengenal dan menggunakan pelbagai alat tulis
seperti pensil, warna, dan pemadam. Antara fokus komponen tulisan awal yang ditekankan
dalam Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun adalah seperti berikut;
i) Menggunakan alat tulis.
ii) Contengan / lakaran / lukisan yang bermakna kepada kanak-kanak.

1.2 Senarai Aktiviti
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun mengandungi 25 aktiviti yang disusun
mengikut komponen dan fokus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut;

8

Jadual 1:
Senarai Aktiviti Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun

KOMPONEN FOKUS NAMA AKTIVITI
1. Cermin Oh
1.1: Kemahiran mendengar dengan aktif dalam
Cermin
pelbagai situasi (soalan). 2. Cantuman

1.2: Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti. Muka

1.0: Bahasa 1.3: Memberi respon menggunakan mimik muka / 3. Perasaan Saya
dan bahasa badan.
Komunikasi 1.4: Penglibatan diri dalam perbualan (mengeluarkan 4. Kucing Comel
pendapat / persoalan).
5. Bahagian
1.5 Penguasaan asas kosa kata (perbendaharaan kata Kereta
yang diperoleh mengikut umur).
6. Kenali Bunyi
2.0: Konsep 2.1: Penerokaan bahan bercetak (buku cerita). Saya
Cetakan dan 2.2: Fungsi buku (menunjukkan beberapa bahagian
Cetakan dan ciri buku seperti kulit depan / belakang / tajuk). 7. Buku Adik
Persekitaran 2.3: Kefahaman gambar (membezakan antara cetakan 8. Cerita Keluarga
dengan gambar).
Saya
2.4: Cetakan persekitaran (simbol). 9. Haiwan di

3.1: Mengenal pasti dan memanipulasi bunyi dalam Ladang
persekitaran. 10. Memilih

3.0: Fonemik 3.2: Pengetahuan tentang bahasa berirama. Makanan
dan Fonetik 11. Simbol Tandas
12. Bunyi
3.3: Pengetahuan bunyi / nama huruf yang terdapat
dalam abjad. Kenderaan
13. Ikut Rentak
4.0: Bacaan 4.1: Minat membaca / mendengar cerita.
dan 4.2: Memahami cerita (menceritakan semula). Muzik
Kefahaman 14. Lagu „Bangun
Naratif
Pagi‟
5.0: Tulisan 5.1: Menggunakan alat tulis. 15. Lagu „Abu Ada
Awal
5.2: Contengan / lakaran / lukisan yang bermakna Ayam‟
kepada kanak-kanak. 16. Membuat

Huruf „s‟
17. Susun Buku
18. Ayuh, Belek

Buku
19. Semut yang

Rajin
20. Adam Ada

Bola
21. Pengembala

dan Biri-biri
22. Garisan Mudah
23. Muka „Smiley‟
24. Capan Tapak

Tangan
25. Kapas

Berwarna

9

1.3 Panduan Pelaksanaan Aktiviti

Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun mengandungi 25 aktiviti yang dibina
dalam bentuk rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA). Setiap RPA tersebut dibina dengan
menggunakan bahasa yang jelas dan mempunyai urutan arahan yang mudah diikuti oleh ibu
bapa atau pendidik.

Antara berikut merupakan panduan pelaksanaan bagi setiap aktiviti yang terdapat
dalam modul ini;

i) Setiap RPA dalam modul ini hanya merupakan cadangan awal daripada penulis
sahaja. Ibu bapa atau pendidik tidak perlu terikat dan mengikut sepenuhnya, tetapi
pelaksanaannya bergantung pada budi bicara dan kebijaksanaan mereka supaya
bersesuaian dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan minat kanak-kanak.

ii) Ibu bapa atau pendidik perlu menjalankannya secara fleksibel dan tidak terhad dalam
tempoh masa yang tetap bagi memastikan kanak-kanak mempunyai kebebasan dan
masa yang mencukupi untuk melengkapkan pelaksanaan setiap aktiviti dalam modul
ini.

iii) Kebiasaannya, setiap aktiviti dalam modul ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam
masa 20 hingga 30 minit.

iv) Modul ini tidak semestinya dilaksanakan dalam bentuk yang berstruktur atau formal.
v) Ibu bapa atau pendidik perlu memastikan semua kanak-kanak mendapat peluang yang

sama untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti dalam modul ini sama ada dijalankan
secara individu atau kumpulan.
vi) Terdapat beberapa prinsip pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan kanak-
kanak, ibu bapa, pendidik, dan persekitaran yang ditekankan dalam pelaksanaan
modul ini seperti dalam Jadual 2.
vii) Ibu bapa atau pendidik juga boleh menjalankan setiap aktiviti berdasarkan cadangan
jadual pelaksanaan aktiviti supaya lebih sistematik dan teratur seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.

10

Jadual 2:
Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun

BIL. PIHAK PRINSIP
1. Kanak-kanak 1. Setiap kanak-kanak unik dan berpotensi.
2. Ibu Bapa 2. Penglibatan kanak-kanak secara aktif.
3. Kebebasan dalam memilih bahan.
3. Pendidik 4. Kesaksamaan dalam memperoleh ilmu.
5. Perancangan pembelajaran individu.
4. Persekitaran
1. Penglibatan ibu bapa dan keluarga.
2. Penyediaan persekitaran membaca di rumah.
3. Amalan rutin membaca harian.

1. Bersepadu
2. Menyeronokkan
3. Belajar melalui bermain.
4. Menggalakkan kreativiti.
5. Penilaian berterusan.
6. Keseimbangan antara pembelajaran secara bimbingan dengan

penerokaan.
7. Peluang untuk pengayaan dan keperluan untuk pemulihan awal.
8. Penggunaan media yang pelbagai.
9. Kepelbagaian teknik pembelajaran.
10. Bermula dengan pengetahuan sedia ada dan berterusan.

1. Menjamin kesejahteraan kanak-kanak supaya rasa diterima.
2. Suasana yang ceria dan memberangsangkan.
3. Orang dewasa sebagai role model.
4. Menghargai kepelbagaian agama dan budaya.
5. Suasana pembelajaran yang kondusif (persekitaran yang

menyokong kurikulum).
6. Penghayatan literasi sepanjang hayat.

11

Jadual 3:
Cadangan Pelaksanaan
Modul Lit-A untuk Kanak-kanak berumur 2+ Tahun

MINGGU HARI KOMPONEN NAMA CATATAN
AKTIVITI

ISNIN 1.0: Bahasa dan Komunikasi

SELASA 2.0: Konsep Cetakan dan Sila rujuk
Cetakan di Persekitaran senarai aktiviti
dalam Senarai
1 RABU 3.0: Fonemik dan Fonetik Kandungan atau

KHAMIS 4.0: Bacaan dan Kefahaman Jadual 1.
Naratif

JUMAAT 5.0: Tulisan Awal

PERHATIAN:
 Sekurang-kurangnya satu aktiviti mengikut komponen perlu dijalankan oleh ibu bapa atau

pendidik dalam sehari.
 Ibu bapa atau pendidik memilih aktiviti mengikut susunan senarai aktiviti yang telah

ditetapkan mengikut komponen dan fokus dari mudah ke susah.
 Susunan komponen mengikut hari dalam Jadual 3 diulang bagi minggu yang seterusnya

sehingga semua aktiviti dapat dilaksanakan oleh ibu bapa atau pendidik.
 Namun, ini hanya CADANGAN sahaja. Ibu Bapa atau pendidik boleh melaksanakan

aktiviti mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing, asalkan semua aktiviti
dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak.

1.4 Kesimpulan

Kemahiran literasi awal harus dipupuk dalam kalangan kanak-kanak sejak awal usia mereka
lagi sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui perancangan yang dilakukan oleh
ibu bapa dan pendidik. Ini kerana kemahiran literasi awal merupakan landasan penguasaan
membaca dan menulis kanak-kanak pada masa hadapan. Kesemua komponen kemahiran
literasi awal yang mempunyai beberapa fokus tertentu perlu dibangunkan secara
berperingkat-peringkat dan bersepadu terhadap kanak-kanak. Ini seterusnya dapat
melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran literasi awal yang baik bagi menempuh dunia
literasi yang lebih standard sama ada di prasekolah mahupun di sekolah rendah.

12

KOMPONEN 1.0:
BAHASA DAN KOMUNIKASI

13

Aktiviti 1 Cermin oh Cermin

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Anggota Badan (Muka)

Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi

Fokus 1.1 Kemahiran Mendengar (Arahan / Cerita / Muzik / Ritma / Lagu /

Puisi)

Kesepaduan 3.2 Pengetahuan tentang Bahasa Berirama / Lagu

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Menyebut nama anggota muka seperti mata, hidung, mulut dan telinga.

b) Menunjukkan anggota muka seperti mata, hidung, mulut dan telinga yang disebutkan

oleh pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Cermin muka.
b) Lirik lagu „Muka Saya‟.

c) Pinggan polistrin

d) Bahan makanan (Kismis, buah oren, lobak)

Kosa Kata: mata, hidung, mulut, telinga

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi Pendidik menyanyikan lagu „Muka Saya‟ kepada kanak-kanak.

Perkembangan 1. Pendidik meminta setiap kanak-kanak mengambil cermin muka.

2. Kanak-kanak melihat wajah mereka di cermin muka.

3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan nama dan kedudukan

anggota seperti mata, hidung, mulut dan telinga muka kepada

kanak-kanak.

4. Kanak-kanak memegang anggota muka yang disebut oleh

pendidik, contoh;

a) Di mana mata?

14

Penutup b) Di mana hidung?
Pengayaan c) Di mana mulut?
Pengukuhan d) Di mana telinga?
5. Kanak-kanak menyebut nama anggota muka yang dipegang oleh
pendidik.
Pendidik menyanyikan semula lagu „Muka Saya‟ bersama-sama
dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak menunjukkan kedudukan dan menyebut nama anggota
badan seperti kepala, tangan, badan, dan kaki.
Kanak-kanak membuat bentuk muka menggunakan bahan makanan.

15

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Muka Saya‟

Saya ada mata, mata saya dua,
Saya ada hidung, hidung saya satu,
Saya ada bibir, bibir saya merah,
Saya ada rambut, rambut saya hitam.

(Melodi: Burung Kakak Tua)

Contoh Makanan Bentuk Muka

16

Aktiviti 2 Cantuman Muka

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Anggota Badan (Muka)

Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi

Fokus 1.2 Memberi Tumpuan Semasa Perbualan / Aktiviti.

Kesepaduan 2.3 Kefahaman Gambar (Pengetahuan Gambar / Membezakan Antara

Cetakan dengan Gambar)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membentuk gambar cantuman muka (mata, hidung, mulut, telinga dan rambut).

b) Menyebut nama anggota muka seperti mata, hidung, mulut, telinga dan rambut.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Gambar muka sebenar.

b) Kain felt pelbagai warna dan berbentuk muka

c) Kain felt anggota muka (mata, hidung, mulut, rambut dan telinga).

d) Double-sided tape.

Kosa Kata: mata, hidung, mulut.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Di Mana Dia‟ sambil membuat

pergerakan kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang bahagian

muka.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan gambar muka sebenar kepada kanak-kanak.

2. Pendidik menerangkan nama anggota yang terdapat pada muka

seperti mata, hidung dan mulut.

3. Kanak-kanak menyebut nama anggota muka yang ditunjuk oleh

pendidik.

4. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara membentuk anggota

17

Penutup muka dengan kain felt.
5. Kanak-kanak menampal bahan-bahan yang diambil untuk
Pengayaan
Pengukuhan menghasilkan muka yang lengkap dengan bimbingan pendidik.
1. Pendidik memberi pujian dan mempamerkan hasil kerja kanak-

kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama dan menunjukkan kedudukan

anggota muka berdasarkan hasil kerja mereka.
Kanak-kanak menyebut fungsi anggota bahagian muka.
Kanak-kanak membuat muka smiley di atas tepung / pasir.

18

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Di Mana Dia‟

Mana mata saya,
Tunjuk dengan jari,

Ini mata saya,
Buat kelip-kelip.

atau
Mana hidung saya,
Tunjuk dengan jari,

Ini hidung saya,
Main hidu-hidu.

atau
Mana mulut saya,
Tunjuk dengan jari,

Ini mulut saya,
Muah dekat pipi.

atau
Mana telinga saya,
Tunjuk dengan jari,

Ini telinga saya,
Main tarik-tarik

atau
Mana rambut saya,
Tunjuk dengan jari,

Ini rambut saya,
Goyangkan kepala.

19

LAMPIRAN:

Contoh Bentuk Muka (Kain Felt)

20

Aktiviti 3 Perasaan Saya

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Emosi

Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi

Fokus 1.3 Memberi Respon Menggunakan Mimik Muka / Bahasa Badan.

Kesepaduan 3.2 Pengetahuan Tentang Bahasa Berirama / Lagu

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membuat emosi wajah seperti gembira, sedih, marah.
b) Menyanyi lagu „Kalau Rasa Gembira‟ sambil membuat pergerakan bersama-sama

dengan pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik dan audio lagu „Kalau Rasa Gembira‟

b) Gambar emosi sebenar (gembira, sedih, marah).

c) Pembesar suara.

d) Komputer riba.

Kosa Kata: gembira, sedih, marah.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Kalau Rasa Gembira‟ sambal

membuat pergerakan kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang perasaan

mereka pada hari itu.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan gambar mimik muka

sebenar (gembira, sedih, marah) kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menunjukkan gambar mimik muka sebenar (gembira,

sedih, marah) mengikut arahan pendidik.

3. Kanak-kanak membuat mimik muka (gembira, sedih, marah)

bersama-sama dengan pendidik.

21

Penutup 4. Pendidik mengajar kanak-kanak menyanyikan lagu „Kalau Rasa
Pengayaan Gembira‟ sambil membuat pergerakan.
Pengukuhan
5. Kanak-kanak menyanyi lagu „Kalau Rasa Gembira‟ sambil
membuat pergerakan satu demi satu (mengikut emosi) bersama-
sama dengan pendidik.

Kanak-kanak menyebut nama emosi berdasarkan gambar yang
ditunjukkan oleh pendidik.
Kanak-kanak menyatakan sebab mereka mengalami sesuatu emosi
(gembira / sedih / marah).
Kanak-kanak membuat mimik muka emosi (gembira, sedih, marah)
dengan bimbingan pendidik.

22

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Kalau Rasa Gembira‟

Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa marah hentak kaki
Kalau rasa marah hentak kaki
Kalau rasa marah beginilah caranya
Kalau rasa marah hentak kaki

Kalau rasa sedih „uek-uek‟
Kalau rasa sedih „uek-uek‟
Kalau rasa sedih beginilah caranya
Kalau rasa sedih „uek-uek‟

23

Contoh Gambar Sebenar Emosi

gembira
sedih
marah

24

Aktiviti 4 Kucing Comel

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Peliharaan

Komponen 1.0 Bahasa Dan Komunikasi

Fokus 1.4 Penglibatan Diri Dalam Perbualan (Mengeluarkan Pendapat /

Persoalan)

Kesepaduan 5.3 Memahami Cerita (Meramal / Menghubungkan dengan Pengalaman

atau Pengetahuan / Menceritakan Semula)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Berbual tentang haiwan peliharaan seperti kucing.

b) Berbual tentang cara menjaga haiwan peliharaan seperti kucing.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Kucing sebenar.

b) Sangkar.

c) Kain penutup.

Kosa Kata: kucing

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik membawa sangkar yang ditutup kain dan meminta kanak-

kanak meneka apa yang terdapat dalam sangkar tersebut.

2. Kanak-kanak cuba meneka dengan bimbingan pendidik.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan haiwan dalam sangkar

tersebut iaitu kucing kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang kucing

tersebut.

3. Kanak-kanak membuat bunyi dan pergerakan kucing dengan

bimbingan pendidik.

Penutup Kanak-kanak menyentuh dan bermain dengan kucing mengikut giliran

25

Pengayaan dengan bimbingan pendidik.
Pengukuhan Kanak-kanak mewarna gambar kucing mengikut kreativiti masing-
masing.
Kanak-kanak bermain kucing dengan menggunakan tali atau bola.

26

Aktiviti 5 Bahagian Kereta

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Kenderaan

Sub Tema Kenderaan Darat

Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi

Fokus 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi

Mengikut Umur)

Kesepaduan 2.3 Kefahaman Gambar (Pengetahuan Gambar / Membezakan Antara

Cetakan dengan Gambar).

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Menyebut bahagian kereta seperti tayar, lampu dan cermin.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik lagu „ Bapaku Pulang dari Kota‟.

b) Model kereta mainan.

c) Model stereng kereta.

d) Model kereta yang tidak lengkap (bentuk puzzle 3D- kotak).

Kosa Kata: kereta, tayar, lampu dan cermin.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Bapaku Pulang dari Kota‟ sambil

membuat pergerakan kreatif.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang pengalaman

mereka menaiki kereta.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan bahagian kereta satu

demi satu seperti tayar, lampu dan cermin.

2. Kanak-kanak menunjukkan bahagian kereta yang disebut oleh

pendidik.

3. Kanak-kanak menyebut nama bahagian kereta yang ditunjukkan

oleh pendidik.

27

Penutup 4. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara melengkapkan
bahagian kereta.
Pengayaan
Pengukuhan 5. Kanak-kanak melengkapkan bahagian kereta dengan bimbingan
pendidik.

1. Kanak-kanak menyebut semula nama bahagian kereta yang
ditunjuk oleh pendidik.

2. Kanak-kanak menyanyi lagu „Bapaku Pulang dari Kota‟ sambil
membuat pergerakan bersama-sama dengan pendidik.

Kanak-kanak membuat model kereta dengan menggunakan lego.
Kanak-kanak melihat kereta sebenar di luar kelas dengan bimbingan
pendidik.

28

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Bapaku Pulang dari Kota‟

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa jumpa nenek

Pom-pom-pom-pom
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek

Contoh Gambar Model Kereta

29

Aktiviti 6 Kenali Bunyi Saya

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Ternakan

Komponen 1.0 Bahasa dan Komunikasi

Fokus 1.5 Penguasaan Asas Kosa Kata (Perbendaharaan Kata yang Diperolehi

Mengikut Umur).

Kesepaduan 3.1 Mengenal Pasti dan Memanipulasi Bunyi Dalam Pertuturan /

Persekitaran.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Menyebut nama haiwan seperti ayam, itik, kambing.

b) Membuat bunyi haiwan seperti ayam, itik, kambing.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):
a) Lirik lagu „Saya Ayam‟.

b) Kad imbasan haiwan seperti ayam, itik, kambing.

c) Video bunyi haiwan seperti ayam, itik, kambing.

Kosa Kata: ayam, itik, kambing.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Saya Ayam‟ kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang haiwan yang

mereka pernah lihat.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan gambar haiwan kepada

kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menyebut nama dan bersoal jawab dengan pendidik

tentang haiwan tersebut.

3. Pendidik menunjukkan video bunyi haiwan tersebut kepada kanak-

kanak.

4. Kanak-kanak membuat bunyi haiwan tersebut dengan bimbingan

30

Penutup pendidik.
1. Kanak-kanak membuat bunyi haiwan berdasarkan gambar yang
Pengayaan
Pengukuhan ditunjukkan oleh pendidik.
2. Kanak-kanak menyanyi lagu „Saya Ayam‟ sambil membuat

pergerakan dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak membuat bunyi dan pergerakan haiwan dengan
bimbingan pendidik.
Kanak-kanak membuat kolaj gambar haiwan dengan bimbingan
pendidik.

31

LAMPIRAN:

Lirik lagu „Bunyi Haiwan‟

Saya ayam kok kok kok
Saya itik kuek kuek kuek
Saya kambing bek bek bek bek..

Kami berbunyi...
Kok kok kok

Kuek kuek keuk
Bek bek bek...

32

Contoh Kad Imbasan Gambar Haiwan

ayam
itik
kambing

33

KOMPONEN 2.0:
KONSEP CETAKAN DAN
CETAKAN PERSEKITARAN

34

Aktiviti 7 Buku Adik

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Sekolah Saya

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.1 Fungsi Buku (Menunjukkan Beberapa Bahagian Buku Seperti Kulit

Depan / Belakang / Tajuk / Penulis)

Kesepaduan 4.1 Minat Membaca / Mendengar Pembacaan / Bercerita

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Menamakan bahagian buku seperti depan dan belakang.

b) Meneroka buku dengan bebas.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Buku Cerita Besar
b) Lagu „Didi & Friends 5 Buku‟.

 https://www.youtube.com/watch?v=dgJ9RszQbxk

Kosa Kata: depan, belakang.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „5 Buku‟ kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang amalan

membaca buku.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan buku cerita besar kepada kanak-kanak.

2. Pendidik menunjukkan dan menerangkan bahagian buku (depan,

belakang) kepada kanak-kanak.

3. Kanak-kanak menyebut nama bahagian buku dengan bimbingan

pendidik.

4. Kanak-kanak menunjukkan bahagian buku mengikut arahan

pendidik.

5. Kanak-kanak meneroka buku dengan bebas.

35

Penutup 1. Kanak-kanak menyebut semula bahagian buku dengan bimbingan
pendidik.
Pengayaan
Pengukuhan 2. Pendidik menyanyikan semula lagu „5 Buku‟ dengan kanak-
kanak.

Kanak-kanak menghias muka depan buku mengikut kreativiti masing-
masing.
Knak-kanak memegang dan meneroka bahagian buku dengan bebas.

36

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Didi & Friends: 5 Buku‟

Tiga buku di atas meja
Jojo ambil satu dan baca

Jadi tinggal 2 sahaja
Siapa lagi nak baca?

2 buku di atas meja
Bingo ambil satu dan baca

Jadi tinggal 1 sahaja
Siapa lagi nak baca?

Satu buku di atas meja
Tata ambil satu dan baca
Marilah kawan kita membaca

Jadikan amalan kita.

(Melodi: 5 Little Monkeys)

37

Aktiviti 8 Cerita Keluarga Saya

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema Keluarga Saya

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.2 Penerokaan Bahan Bercetak (Buku Cerita / Buku Maklumat /

Cetakan

Persekitaran)

Kesepaduan 5.3 Memahami Cerita (Meramal / Menghubungkan Dengan

Pengalaman

atau Pengetahuan / Menceritakan Semula)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Membuat buku scrap (keluarga) dengan bimbingan pendidik.

b) Menceritakan tentang ahli keluarga dengan berpandukan buku scrap (keluarga) yang

telah dihasilkan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Buku scrap (kosong).

b) Gambar sebenar ayah, ibu, kakak dan abang kanak-kanak (dalam sampul surat).

c) Gam
d) Lirik lagu „Sayang Semuanya‟.

Kosa Kata: ibu, ayah, kakak, abang.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Sayang Semuanya‟ sambil membuat

pergerakan kreatif kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan

pendidik.

Perkembangan 1. Kanak-kanak bersoal jawabdengan pendidik tentang ahli keluarga.

2. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara membuat buku

38

Penutup skrap (keluarga) kepada kanak-kanak.
Pengayaan 3. Setiap kanak-kanak mendapat buku scrap yang kosong dan gambar
Pengukuhan
ahli keluarga mereka yang sebenar daripada pendidik.
4. Kanak-kanak menampal gambar ahli keluarga mereka dalam buku

scrap tersebut dengan bimbingan pendidik.
5. Setelah siap, kanak-kanak menunjukkan dan menceritakan setiap

gambar ahli keluarga mereka yang ada dalam buku scrap tersebut.
Kanak-kanak menyanyikan semula lagu „Sayang Semuanya‟ sambil
memuat pergerakan kreatif bersama-sama dengan pendidik.
Kanak-kanak membuat buku scrap dengan tema yang lain seperti
haiwan.
Kanak-kanak menyebut nama ahli keluarga berdasarkan gambar
keluarga.

39

LAMPIRAN:

Lirik lagu „Sayang Semuanya‟

Satu, satu
Saya Sayang Ibu

Dua, dua
Saya sayang Ayah

Tiga, tiga
Saya Sayang Kakak

Satu, dua, tiga
Saya sayang semuanya

40

Contoh Gambar Ahli Keluarga

ayah ibu

abang kakak

41

Aktiviti 9 Haiwan di Ladang

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Haiwan

Sub Tema Haiwan Ternakan

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.3 Kefahaman Gambar (Pengetahuan Gambar / Membezakan Antara

Cetakan dengan Persekitaran)

Kesepaduan 4.1 Mengenal Pasti dan Memanipulasi Bunyi dalam Pertuturan /

Persekitaran

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Memadankan dua gambar haiwan yang sama.

b) Membuat bunyi haiwan seperti lembu, ayam, itik dan kambing.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) 2 pasang gambar (lembu, ayam, itik, dan kambing).
b) Audio lagu „Pak Mamat‟.

Kosa Kata: lembu, ayam, itik dan kambing.

Langkah-langkah Aktivit Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik menyanyikan lagu „Pak Mamat‟ kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak bersoal jawab dengan pendidik tentang haiwan yang

mereka kenali.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan beberapa gambar haiwan

kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menamakan haiwan tersebut dengan bimbingan

pendidik.

3. Kanak-kanak membuat bunyi haiwan tersebut dengan bimbingan

pendidik.

4. Pendidik menunjukkan dan menerangkan cara memadankan 2

gambar haiwan yang sama.

42

Penutup 5. Kanak-kanak mengambil satu gambar haiwan secara rawak.
Pengayaan 6. Kanak-kanak mencari lagi satu gambar haiwan yang sama.
Pengukuhan 7. Kanak-kanak menyebut nama dan membuat bunyi haiwan tersebut

dengan bimbingan pendidik.
Kanak-kanak menyanyikan lagu „Pak Mamat‟ bersama-sama dengan
pendidik.
Kanak-kanak melakukan aktiviti padanan gambar lain seperti
makanan.
Kanak-kanak mewarna gambar haiwan mengikut kreativiti masing-
masing.

43

LAMPIRAN:

Lirik Lagu „Pak Mamat Ada Kebun‟

Pak Mamat ada kebun iya iya yo
Di kebunnya banyak ayam iya iya yo
Dengan chick chick ni dan chick chick tu
Chick ni chick tu chick chick chick chick

Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Pak Mamat ada kebun iya iya yo
Di kebunnya banyak itik iya iya yo
Dengan kueck kueck ni dan kueck kueck tu
Kueck ni kueck tu kueck kueck kueck
Dengan chick chick ni dan chick chick tu
Chick ni chick tu Chick chick chick chick
Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Pak Mamat ada kebun iya iya yo
Di kebunnya banyak lembu iya iya yo
Dengan moo moo ni dan moo moo tu

moo ni moo tu moo moo moo
Dengan chick chick ni dan chick chick tu
Chick ni chick tu Chick chick chick chick
Dengan kueck kueck ni dan kueck kueck tu

Kueck ni kueck tu kueck kueck kueck
Pak Mamat ada kebun iya iya yo

Pak Mamat ada kebun iya iya yo
Di kebunnya banyak kambing iya iya yo
Dengan mbek mbek ni dan mbek mbek tu

mbek ni mbek tu mbek mbek mbek
Dengan chick chick ni dan chick chick tu
Chick ni chick tu Chick chick chick chick
Dengan kueck kueck ni dan kueck kueck tu

Kueck ni kueck tu kueck kueck kueck
Dengan moo moo ni dan moo moo tu

moo ni moo tu moo moo moo
Pak Mamat ada kebun iya iya yo

44

Contoh Gambar Haiwan (Padanan)
45

Aktiviti 10 Memilih Makanan

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil. Kanak-kanak

Tema Bahan

Sub Tema Makanan

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.5 Cetakan Persekitaran (Simbol / Logo / Huruf / Nombor)

Kesepaduan 1.4 Penglibatan Diri Dalam Perbualan (Mengeluarkan Pendapat /

Persoalan)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Memilih makanan sebenar berdasarkan logo makanan.

b) Menyebut nama logo makanan dengan bimbingan pendidik.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Kad logo makanan (gardenia - roti, dutch lady - susu kotak, milo-coklat).

b) Makanan sebenar (roti, susu, coklat).

c) Pita pelekat.

d) Apron

Kosa Kata: roti, susu, milo.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik memakai apron yang dilekatkan dengan logo makanan

(gardenia, dutch lady, milo).

2. Kanak-kanak bersoal ajwab dengan pendidik tentang logo

makanan tersebut.

Perkembangan 1. Pendidik menunjukkan dan menerangkan nama logo makanan

(gardenia, dutch lady, milo) satu demi satu kepada kanak-kanak.

2. Kanak-kanak menyebut nama logo makanan tersebut berdasarkan

logo yang ditunjuk oleh pendidik.

3. Pendidik menunjukkan dan menerangkan makanan sebenar bagi

setiap logo makanan (gardenia - roti, dutch lady - susu kotak, milo-

46

Penutup coklat) satu demi satu kepada kanak-kanak.
4. Kanak-kanak mengambil makanan sebenar berdasarkan logo
Pengayaan
Pengukuhan makanan yang ditunjuk oleh pendidik.
Kanak-kanak menikmati makanan (roti, susu, coklat) bersama-sama
dengan pendidik.
Kanak-kanak mengecam logo atau simbol lain di persekitaran.
Kanak-kanak mewarna logo makanan mengikut warna sebenar logo
tersebut.

47

LAMPIRAN:

Contoh Logo dan Makanan Sebenar

48

49

Aktiviti 11 Simbol Tandas

Tarikh / Hari

Masa

Umur 2+ Tahun

Bil Kanak-kanak

Tema Diri Saya

Sub Tema -

Komponen 2.0 Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran

Fokus 2.5 Cetakan Persekitaran (Simbol / Logo / Huruf / Nombor)

Kesepaduan 1.7 Berbahasa Mengikut Situasi / Budaya

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:

a) Memilih simbol tandas mengikut jantina.

b) Menggunakan ayat yang sesuai dan bersopan untuk ke tandas.

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

a) Simbol tandas lelaki dan tandas perempuan.

b) Model pintu tandas lelaki dan tandas perempuan.

Kosa Kata: lelaki, perempuan, tandas.

Langkah-langkah Aktiviti Pembelajaran

Set Induksi 1. Pendidik berlakon seolah-olah sakit perut.

2. Pendidik bertanya kepada kanak-kanak, ke mana harus pendidik

pergi untuk membuang air.

Perkembangan 1. Pendidik mengajar kanak-kanak cara meminta kebenaran untuk ke
tandas, misalnya “Cikgu, boleh saya ke tandas?”.

2. Pendidik menerangkan maksud simbol tandas lelaki dan tandas

perempuan kepada kanak-kanak.

3. Kanak-kanak mengambil simbol tandas mengikut jantina mereka.

4. Kanak-kanak berlakon ke tandas bersama pendidik, contoh;

a) Meminta kebenaran daripada pendidik.

b) Memasuki tandas yang betul (model pintu tandas) mengikut

jantina mereka.

Penutup Kanak-kanak menyatakan semula maksud simbol tandas mengikut

50


Click to View FlipBook Version