The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2021-08-05 10:21:34

E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

Keywords: E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

EBOOK

PANDUAN SOP PENGENDALIAN
KANAK – KANAK DI TASKA

Norazura Ismail

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
2

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Fanpage: http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
Emel : [email protected]
Blog : http://pnnorazuraismail.blogspot.com

Sebarang bahan di dalam buku panduan ini tidak boleh dicetak kembali,
dipindahmilik dalam apa jua format samada mekanikal, elektronik, rakaman, fotokopi,
imbasan atau dalam sebarang format simpanan bagi tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada penulis sendiri kecusli bsgi tujusn ulasan.

EBOOK ini hanya untuk kegunaan TASKA anda dan sebarang penjalan semula
ebook ini kepada pihak lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Panduan ‘SOP’ Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA
Copyright April 2015 oleh Nor Azura Ismail
Semakan terkini Januari 2017.
Hakcipta Terpelihara

Disclaimer

Penulis adalah sedaya upaya memastikan ebook ini mengandungi maklumat yang
terkini dan lengkap. Namun demikian penulis tidak bertanggungjawab terhadap fakta
dan maklumat yang terdapat dalam ebook ini kerana perkembangan peraturan atau
penguatkuasaaan agensi dalam negara yang tidak dijangka.

Penulis tidak boleh dianggap sebagai seorang pemberi nasihat professional dalam
bidang kewangan, perakauan, perniagaan atau undang-undang kepada pembaca.
Pembaca disarankan mendapat bantuan pakar dan khidmat nasihat daripada yang
berkelayakan.

Penulis juga tidak bertanggungjawab atas segala risiko, kehilangan dan liabiliti
samada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat dari penggunaan secara
langsung atau tidak langsung.

Panduan SOP Pengendalian Kanak-Kanak di TASKA ini boleh dijadikan panduan
dalam mengendalikan aktiviti rutin di TASKA. Anda digalakkan untuk mengubah SOP
ini mengikut keperluan TASKA anda.

3

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Tentang Penulis

Nama saya NorAzura Ismail. Saya telah berkecimpung selama lebih 17 tahun dalam
bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Walaupun saya mempunyai kelulusan
akademik yang berbeza dari bidang yang saya ceburi sekarang, kerana minat saya
telah memulakan karier saya dengan mengusahakan perniagaan TADIKA TASKA
sendiri disamping menjadi jurulatih jemputan untuk bengkel latihan TADIKA.

8 tahun kemudian saya mengambil keputusan untuk bekerja semula dan jawatan
saya ialah sebagai Ketua Program ‘Child care’ di sebuah Pusat Bertauliah Swasta.
Tugas saya ialah mengetuai segala program dan urusan yang melibatkan bidang
asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Di situ saya juga merupakan salah seorang
pengajar kemahiran untuk Persiijilan Kemahiran Malaysia (SKM) juga dalam bidang
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.

Ketika genap 10 tahun penglibatan saya dalam bidang ini, saya telah diiktiraf sebagai
Pakar Pengajar di dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) di bawah Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sepanjang penglibatan
dalam bidang ini saya telah berpeluang mengikuti pelbagai kursus berkaitan yang
telah banyak meningkatkan pembangunan dan kemahiran diri saya sendiri dalam
bidang ini . Pernah juga terlibat di dalam siri pembangunan soalan kemahiran,
menjadi panel pembangunan NOSS kemahiran dan juga kerap kali terlibat sebagai
penilai luar untuk peperiksaan akhir SKM.

Antara penglibatan lain saya dalam bidang ini ialah saya juga telah berpeluang
menjadi jurulatih dan fasilitator untuk Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
selainpernah terlibat secara langsung sebagai penyelaras untuk kursus ini.

Terkini, saya masih aktif sebagai Pengajar Sijil Kemahiran Mahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malaysia. Saya akan terus bergiat aktif dalam bidang ini. Selain
dari aktif menulis blog ( http://pnnorazuraismail.blogspot.com ) dan mengendalikan
bengkel latihan, saya juga dalam perancangan untuk menghasilkan beberapa buah
ebook berkaitan, saya juga aktif memberi perkhidmatan perunding dan penubuhan
TASKA, TADIKA, Pusat Jagaan dan juga khidmat perunding berkaitan Persijilan
Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu(PPT)

Matlamat jangka panjang saya ialah ingin terus aktif di dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak ini.

Nor Azura Ismail

4

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

ISIKANDUNGAN

PENGENALAN SOP PENGENDALIAN KANAK-KANAK DI TASKA
1. MENERIMA KEDATANGAN KANAK-KANAK KE TASKA

 LANGKAH BERTUTUR DENGAN IBU BAPA
 KEHADIRAN KANAK-KANAK/BAYI

2. MEMULANGKAN KANAK-KANAK KEPADA IBUBAPA

3. MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN & FIZIKAL
KANAK-KANAK
 SOP MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KE
ATAS BAYI
 SOP MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KE
ATAS KANAK-KANAK

4. PENGENDALIAN PEMAKANAN BAYI

 PENYEDIAAN MAKANAN
 MEMBERI BAYI & KANAK-KANAK MAKAN
 SOP PENYIMPANAN SUSU IBU
 SOP MENYEDIAKAN BOTOL SUSU
 SOP MENYEDIAKAN SUSU IBU UNTUK

PENYUSUAN BAYI
 SOP MENYEDIAKAN SUSU FORMULA BAYI

5

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

5. PENGENDALIAN AKTIVITI KANAK-KANAK

 AKTIVITI PERKEMBANGAN
 AKTIVITI BEBAS
 PERBUALAN PAGI
 AKTIVITI MAIN AIR
 AKTIVITI MAIN PASIR
 AKTIVITI ‘NATURE WALK’ – BERJALAN DI

TAMAN
 AKTIVITI LAWATAN LUAR

6. PENGENDALIAN WAKTU TIDUR KANAK-KANAK

 BAYI
 KANAK-KANAK

7. PERSIAPAN MANDI KANAK-KANAK

 MANDI KANAK-KANAK 1 – 2 TAHUN
 MANDI KANAK-KANAK 3 – 4 TAHUN
 SOP BIMBING GOSOK GIGI
 SOP MENGGUNAKAN FLOS GIGI
 SOP MELATIH KANAK-KANAK LATIHAN KE

TANDAS
 MEMAKAIKAN PAKAIAN DAN DANDANAN UNTUK

KANAK-KANAK TATIH
 MEMAKAIKAN PAKAIAN DAN DANDANAN UNTUK

KANAK-KANAK 3 – 4 TAHUN

6

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

8. MEMANDIKAN BAYI
9. URUTAN BAYI
10. MEMBEDUNG BAYI
11. MEMAKAIKAN PAKAIAN BAYI

 MEMAKAIKAN SUT BAYI
 MEMAKAIKAN BAJU BAYI – BAJU ‘ROUND NECK’
 MEMAKAIKAN SELUAR BAYI

12. MENCUCI TANGAN
13. MENGENDALIKAN KEMALANGAN DAN PENYAKIT DI

TASKA
 CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KEMALANGAN
KECIL
 CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KEMALANGAN
BESAR
 CARTA ALIRAN PENGENDALIAN UBATAN
 CARTA ALIRAN PENGENDALIAN PENYAKIT DI
TASKA

14. PROSEDUR MENGURUSKAN PERTUDUHAN

7

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

PENGENALAN SOP PENGENDALIAN KANAK-KANAK DI TASKA.

DEFINISI PIAWAIAN PELAKSANAAN PROSEDUR (SOP)

Prosedur ini disediakan sebagai panduan kepada pengusaha
/penyelia/pengasuh atau pembantu TASKA dalam melaksanakan
program pengasuhan dengan lebih bersistem, teratur dan lancar.

SOP ini dibina bertujuan untuk memastikan bahawa terdapat
keselarasan dalam perjalanan program di semua TASKA.

Prosedur ini meliputi aspek:

1. Perjalanan rutin harian
2. Pengendalian aktiviti
3. Pengawasan dan Keselamatan
4. Kesihatan dan Pemakanan
5. Pengendalian tingkahlaku kanak-kanak

SOP dapat memudahkan dan melancarkan operasi pengendalian
kanak-kanak di TASKA.

Pengasuh perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan semasa
menjalankan tugasan di TASKA.

8

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
9

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

1. MENERIMA KEDATANGAN KANAK-KANAK KE TASKA

a. SEBELUM
1. Pengasuh memastikan persekitaran TASKA bersih dan telah
dikemaskan.
2. Pengasuh memastikan semua rekod berkaitan telah di sediakan.
3. Pengasuh telah bersedia dan sihat dari segi fizikal dan mental.
4. Pengasuh sentiasa bersedia menunggu kedatangan kanak-kanak dan
ibubapa berhampiran dengan pintu utama TASKA.

b. SEMASA
1. Pengasuh menyambut kedatangan bayi/kanak-kanak dan ibubapa
dengan memberi salam/menjawab salam dengan senyuman .
2. Pengasuh menyambut kedatangan ibu bapa dan kanak-kanak dengan
ucapan dan kata-kata mesra
3. Pengasuh menerima kanak-kanak daripada tangan ibu bapa dengan
mesra,sentuh dan peluk kanak-kanak sambil menegur dengan nada
yang perlahan dan lembut.
4. Pujuk kanak-kanak sekiranya mereka menunjukkan tingkahlaku yang
negatif.

10

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

5. Tarik perhatian kanak-kanak supaya ibubapa mudah untuk
meninggalkan kanak-kanak.

6. Pengasuh boleh terus bertanya mengenai kesihatan kanak-kanak
pada hari tersebut kepada ibu bapa

7. Menerima buku log harian kanak-kanak dan sebarang pesanan lisan
dari ibu bapa sekiranya ada

8. Pengasuh menerima barangan peribadi kanak-kanak daripada ibu
bapa dan memeriksa kelengkapan harian kanak-kanak mencukupi

9. Galakkan kanak-kanak bersalaman dengan ibu bapa sebelum ibubapa
kanak-kanak balik

10. Pengasuh perlu memastikan ibu bapa telah “slot in” kedatangan
kanak-kanak

11. Galakkan kanak-kanak menyimpan barang peribadi mereka sendiri di
tempat atau rak yang telah di labelkan nama mereka

 LANGKAH BERTUTUR DENGAN IBU BAPA

 Gunakan bahasa yang sopan dan teratur.
 Gunakan nada dan intonasi suara yang sesuai.
 Minta ibu bapa tandatangan borang kehadiran kanak-kanak.
 Tanyakan keadaan kesihatan dan fizikal kanak-kanak
 Tanyakan sebarang perkara yang perlu anda ketahui contoh

mengenai sukatan ubat yang dibawa.
 Minta ibu bapa tunggu sebentar untuk anda jalankan pemeriksaan

fizikal keatas kanak-kanak
 Tanyakan mengenai barangan peribadi kanak-kanak yang dibawa

jika perlu.

11

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

c. SELEPAS

1. Bawa kanak-kanak ke bilik aktiviti kanak-kanak atau bilik bayi dan
serahkan kepada pengasuh lain yang bertugas di bilik tersebut

2. Memastikan semua barangan peribadi kanak-kanak telah dilabelkan.
Sekiranya barangan tidak di labelkan, pengasuh perlu melabelkan atau
pesan kepada ibu bapa secara lisan ataupun menulis di dalam buku log
harian supaya melabelkan semua barang peribadi anak-anak mereka

3. Barangan peribadi bayi/kanak-kanak perlu di keluarkan dari beg mereka
dan di asingkan mengikut keperluan seperti di bawah :

i. Pakaian pagi ( tuala,baju,seluar dan pampers ) – disediakan untuk
persediaan mandi pagi

ii. Pakaian petang (tuala.,baju,seluar dan pampers) – di susun pada
rak atau tempat yang telah di sediakan

iii. Beg pakaian rak kanak-kanak di susun di rak beg mengikut nama
mereka

 KEHADIRAN KANAK-KANAK/ BAYI

a. SEBELUM

1. Kehadiran awal atau lewat dari operasi TASKA, perlulah diberitahu
sebelum menghantar dan mengambil kanak-kanak dan dicaj.

2. Kanak-kanak/ bayi dihantar terus kepada Pengasuh yang bertugas.
3. Minta ibu bapa hubungi dan maklumkan kepada pihak TASKA jika

kanak-kanak tidak hadir

12

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA

1. Pastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat semasa dihantar
2. Pengasuh perlu hubungi ibu bapa sekiranya kanak-kanak tidak hadir 2

hari berturut-turut

c. SELEPAS

1. Ibu bapa perlu mencatat waktu ketibaan dan waktu pulang kanak-kanak
didalam buku rekod kedatangan.

2. MEMULANGKAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA

a. SEBELUM

1. Memastikan kanak-kanak dalam keadaan bersih dan kemas
- Periksa lampin pakai buang kanak-kanak
- Pastikan kebersihan muka
- Tangan telah dibasuh bersih
- Rambut disikat
- Baju dalam keadaan yang kemas

2. Memastikan kelengkapan peribadi kanak-kanak dimasukkan ke dalam beg
- Lipatkan pakaian kotor dan masukkan kedalam beg plastik yang
berasingan
- Memastikan semua peralatan didalam keadaan yang bersih (botol
susu, bekas makanan, ubat-ubatan dan lain-lain)
- Masukkan semua peralatan didalam beg

13

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

3. Mengemaskini Buku log
- Menyemak buku log sebelum balik
- Memastikan setiap pesanan untuk ibu bapa telah dicatatkan dalam
buku log.
- Masukkan semula buku log kedalam beg

4. Memastikan kanak-kanak mengemas/ menyiapkan aktiviti yang sedang
dilakukan sebelum balik.

b. SEMASA
1. Ketika ibu bapa datang dan jika didapati kanak-kanak sedang melakukan
aktiviti, diminta ibu bapa menunggu sebentar sehingga selesai melakukan
aktiviti
2. Ajar kanak-kanak bersalaman dengan Pengasuh sebelum balik
3. Pengasuh memberi pesanan/ laporan kepada ibu bapa tentang apa yang
telah dijalankan di TASKA.
4. Pengasuh mengucap terima kasih dan jumpa lagi

c. SELEPAS
1. Pastikan ibu bapa telah menandatangani rekod keluar TASKA

14

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

3. MENJALANKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN FIZIKAL KANAK-
KANAK

a. SEBELUM
1. Pastikan kanak-kanak sihat sebelum hantar ke TASKA. Suhu badan
normal ialah 370c.
2. Ubat ubatan haruslah dibekalkan sekiranya kanak-kanak mengalami
demam, selsema dan batuk yang tidak kuat.
3. Kanak-kanak yang mengalami sintom penyakit berjangkit tidak boleh
hantar ke TASKA antaranya :
i. Sakit mata
ii. Demam campak
iii. Chickenpox
iv. Kudis
4. Sekiranya kanak-kanak didapati mengalami penyakit berjangkit ketika telah
dihantar dan diterima di TASKA;
i. Maklumkan segera kepada ibu bapa untuk datang mengambil
kanak-kanak
ii. Asingkan sementara kanak-kanak di bilik pengasingan

15

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA

1. Pengasuh terima kanak-kanak/ bayi daripada ibu bapa sambil
bertanyakan tahap kesihatan kanak-kanak/bayi

2. Sambil memegang kanak-kanak/bayi Pengasuh perlu memeriksa tanda-
tanda penyakit sekiranya ada

3. Sekiranya ibu bapa memberitahu anaknya mengalami demam, Pengasuh
perlu mengambil suhu kanak-kanak tersebut untuk memastikan ianya tidak
melebihi 37.50c.

4. Sekiranya kanak-kanak/bayi mengalami demam, batuk dan selesama yang
tidak terlalu kuat, Pengasuh perlu memastikan ibu bapa membawa ubat.
Jika tiada ubat yang dibekalkan, Pengasuh perlu meminta pada ibu bapa
kanak-kanak/bayi tersebut.

5. Pengasuh perlu memastikan segala ubat yang dibekalkan adalah dilabel
diatas nama kanak-kanak tersebut

6. Periksa nama dan tarikh ubat untuk kepastian.
7. Periksa juga keadaan fizikal kanak-kanak. Periksa jika terdapat sebarang

tanda lebam, calar, luka dan seumpamanya di keseluruhan badan kanak-
kanak.
8. Jika terjumpa kesan seperti di atas, maklumkan pada ibu bapa, dapatkan
maklumat dan catatkan dalam rekod pemeriksaan fizikal kanak-kanak.

16

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 SOP MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KE ATAS BAYI
i. Sediakan alas bayi dan baringkan bayi di atas alas tersebut.
ii. Sangat digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan bayi di hadapan ibu

bapa.
iii. Cuci tangan terlebih dahulu sebelum menjalankan pemeriksaan.
iv. Periksa suhu badan bayi dengan menggunakan jangkasuhu yang sesuai.
v. Catatkan bacaan jangkasuhu tersebut. Bacaan suhu badan bagi kanak-

kanak yang normal ialah 37 C. Sekiranya suhu badan kanak-kanak
melebihi bacaan normal, maklumkan pada ibubapa dan dapatkan
makluman lain seperti ubatan yang dibawa.
vi. Sekiranya bacaan suhu badan kanak-kanak mencecah tahap yang tinggi (
melebihi 39.4C dan melebihi 38.3C jika anak berusia kurang dari satu
tahun) , pihak TASKA tidak boleh membenarkan kanak-kanak tinggal di
TASKA. Sebaliknya pihak TASKA perlu menasihatkan ibubapa untuk
membawa kanak-kanak berjumpa dengan doktor.
vii. Tanggalkan keseluruhan pakaian bayi termasuk lampin pakai buangnya.
Periksa di seluruh anggota badan bayi untuk mengenalpasti sebarang
kecederaan pada anggota badan bayi. Contoh, kesan calar, lebam atau
luka.
viii. Cara periksa secara terperinci:

- Angkat tangan bayi ke atas
- Periksa antara jari tangan, jari kaki dan di setiap pelipat bayi
- Periksa di bahagian kemaluan bayi
- Terlentangkan bayi seketika dan periksa bahagian belakang bayi.
- Periksa sekitar bahagian muka dan kepala bayi.
ix. Periksa juga jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit atau sebarang
tanda luarbiasa. . Sekiranya ada tanda, kenalpasti jenis penyakit dan
sekiranya ia merupakan tanda penyakit berjangkit seperti campak atau
cacar air, bayi tidak dibenarkan tinggal di TASKA.
x. Catatkan semua pemeriksaan di dalam rekod kesihatan kanak-kanak.
xi. Pastikan juga ibu bapa mencatatkan maklumat kesihatan dan pemeriksaan
fizikal dalam buku log harian kanak-kanak.

17

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 SOP MENJALANKAN PEMERIKSAAN FIZIKAL KE ATAS
KANAK_KANAK

i. Sediakan ruang yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan fizikal
ii. Pastikan bahan dan peralatan telah disediakan.
iii. Sangat digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan fizikal kanak-kanak di

hadapan ibu bapa.
iv. Minta kanak-kanak 3-4 tahun berdiri tegak.
v. Untuk kanak-kanak 1-2 tahun, pengasuh boleh memangku kanak-kanak di

atas ribanya.
vi. Periksa suhu badan kanak-kanak dengan menggunakan jangkasuhu yang

sesuai.
vii. Catatkan bacaan jangkasuhu tersebut. Bacaan suhu badan bagi kanak-

kanak yang normal ialah 37 C. Sekiranya suhu badan kanak-kanak
melebihi bacaan normal, maklumkan pada ibu bapa dan dapatkan
makluman lain seperti ubatan.
viii. Sekiranya bacaan suhu badan kanak-kanak mencecah tahap yang tinggi,
pihak TASKA tidak boleh membenarkan kanak-kanak tinggal di TASKA.
Sebaliknya pihak TASKA perlu menasihatkan ibubapa untuk membawa
kanak-kanak berjumpa dengan doktor.
ix. Tanggalkan baju kanak-kanak. Periksa bahagian badan nya. Selak
seluarnya dan periksa. Periksa di seluruh anggota badan untuk
mengenalpasti sebarang kecederaan pada anggota badan kanak-kanak.
Contoh, kesan calar, lebam atau luka.

x. Periksa juga jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit atau sebarang
tanda luarbiasa. . Sekiranya ada tanda, kenalpasti jenis penyakit dan
sekiranya ia merupakan tanda penyakit berjangkit seperti campak atau
cacar air, kanak-kanak tidak dibenarkan tinggal di TASKA.

xi. Catatkan semua pemeriksaan di dalam rekod kesihatan kanak-kanak.
xii. Pastikan juga ibubapa mencatatkan maklumat kesihatan dan pemeriksaan

fizikal dalam buku log harian kanak-kanak. (contoh; sama seperti di atas)

18

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
c. SELEPAS

1. Sekiranya hari itu didapati kanak-kanak tersebut mengalami sakit demam
atau tidak sihat, Pengasuh perlulah menelefon ibu bapa untuk mengambil
kanak-kanak/bayi tersebut

2. Sementara menunggu ibu bapa sampai, kanak-kanak/bayi haruslah di
asingkan/kuarantin dari kawan-kawannya untuk mengelakkan dari
dijangkiti.

3. Jika anak tersebut tidak hadir selepas 2 hari, Pengasuh perlu menelefon
ibu bapa untuk mengetahui perkembangan kesihatan kanak-kanak/bayi
tersebut.

4. Catit rekod pemberian ubat selepas memberi ubat kepada kanak-
kanak/bayi didalam buku rekod perubatan.

5. Kemaskini rekod kesihatan dan rekod pemeriksaan fizikal kanak-kanak

19

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

.4. PENGGENDALIAN MAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK

 PENYEDIAAN MAKANAN
a. SEBELUM
1. Tangan dibasuh terlebih dahulu
2. Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan.
3. Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih
4. Sayuran dan buahbuahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong.
5. Pastikan anda berada dalam keadaan bersih
6. Pilihlah makanan yang seimbang berdasarkan pyramid pemakanan
b. SEMASA
1. Jangan potong sayuran terlalu kecil. Mesti dipotong sejurus sebelum

dimasak.
2. Ayam dan daging dipotong sederhana besar
3. Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut

rasanya.
20

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

4. Tutup periuk atau kuali semasa memasak.
5. Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.

c. SELEPAS

1. Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup.
2. Bersihkan ruang memasak
3. Sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat
4. Pastikan makanan yang siap dimasak ditutup dan disimpan di tempat yang

selamat sebelum waktu menghidang.

 MEMBERI BAYI DAN KANAK-KANAK MAKAN
6 BULAN – 1 TAHUN

a. SEBELUM

1. Pengasuh mesti membasuh tangan terlebih dahulu
2. Sediakan makanan bayi
3. Pakaikan alas dada bayi (bip)
4. Pastikan bayi tidak berkongsi peralatan makanan
5. Pastikan bayi berada didalam keadaan selesa
6. Pengasuh membantu membacakan doa makan kepada bayi
b. SEMASA

1. Sudukan bayi air terlebih dahulu sebelum memberi makanan
2. Suapkan makanan pada bayi dengan jumlah yang sesuai untuk bayi
3. Beri bayi 2 sudu makanan dan diselangi dengan 1 sudu air
4. Berbual-bual dengan menyatakan khasiat makanan pada bayi

c. SELEPAS

1. Bacakan doa selepas makan
2. Lap mulut bayi dan tanggalkan alas dada bayi (bip)

21

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

3. Sendawakan bayi selepas makan
4. Kemaskan ruang di tempat bayi makan.

1 – 2 TAHUN

a. SEBELUM

1. Pengasuh sediakan makanan dan tempat makan kanak-kanak
2. Pengasuh membawa kanak-kanak membasuh tangan
3. Suruh kanak-kanak beratur untuk ke tempat makan

b. SEMASA

1. Kanak-kanak bersama Pengasuh membaca doa sebelum makan
2. Galakkan kanak-kanak menggunakan tangan kanan atau sudu dan

garfu untuk menyuap makanan
3. Pengasuh membantu kanak-kanak semasa makan
4. Pengasuh berbual tentang khasiat makanan dan menyerapkan nilai-

nilai murni sewaktu makan (cth : kunyah makanan perlahan-lahan,
khasiat makan sayur, latih kanak-kanak menghargai makanan dan
bersyukur nikmat allah )
5. Galakkan kanak-kanak menghabiskan makanan yang dihidang.
6. Beri minum kepada kanak-kanak

c. SELEPAS

1. Pengasuh dan kanak-kanak membaca doa selepas makan
2. Galakkan kanak-kanak membawa pinggan di tempat yang disediakan
3. Basuh tangan kanak-kanak menggunakan sabun

22

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

4. Galakkan kanak-kanak mengelap tangan sehingga kering
5. Galakkan kanak-kanak mengangkat dan menyusun kerusi dengan

bantuan Pengasuh

3 – 4 TAHUN

a. SEBELUM

1. Pengasuh mestilah membersihkan tangan sebelum menyediakan
makanan

2. Pengasuh sediakan besen untuk meletakkan pinggan kotor
3. Pengasuh menyediakan makanan kanak-kanak
4. Pengasuh menyuruh kanak-kanak mengambil kerusi dan letak dimeja
5. Pengasuh menyuruh kanak-kanak membasuh tangan
6. Pengasuh menyuruh kanak-kanak berbaris untuk mengambil

makanan
7. Kanak-kanak membawa makanan dan duduk dimeja yang disediakan

b. SEMASA

1. Kanak-kanak membaca doa makan sambil diperhatikan oleh
pengasuh

2. Galakkan kanak-kanak menggunakan tangan kanan atau sudu dan
garfu untuk menyuap makanan

3. Pengasuh berbual tentang khasiat makanan dan menyerapkan nilai
murni sewaktu makan (cth: kunyah makanan perlahan-lahan, khasiat
makan sayur)

4. Galakkan kanak-kanak menghabiskan makanan yang dihidang
5. Beri minum kepada kanak-kanak.

c. SELEPAS
1. Pengasuh dan kanak-kanak membaca doa selepas makan
2. Galakkan kanak-kanak menghantar pinggan ke tempat yang
disediakan

23

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
3. Ajar kanak-kanak membasuh pinggan sendiri
4. Ajar kanak-kanak mengelap pinggan dan meletakkan ditempat yang
telah disediakan
5. Basuh tangan dan lap tangan kanak-kanak sehingga kering

 SOP PENYIMPANAN SUSU IBU
i. Susu Ibu disimpan di dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.
ii. Susu Ibu yang diterima oleh pihak TASKA daripada ibu bapa perlu:-
 Dilabelkan tarikh perahan susu
 Dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.
 Satu bekas susu ibu adalah untuk sekali penyusuan sahaja.

iii. Penggendalian susu ibu oleh pihak TASKA
 Sebaik diterima dari ibubapa, pengasuh perlu segera merekod dan melabel tarikh
susu diterima.
 Pastikan ibubapa telah melabel tarikh perahan susu.
 Pastikan susu ibu dilabel dengan nama bayi berkenaan.
 Masukkan susu ibu terus ke dalam peti sejuk bahagian beku.
24

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 SOP MENYEDIAKAN BOTOL SUSU.

i. Sediakan Peralatan botol susu
ii. Pastikan botol susu diperbuat dari bahan yang selamat
iii. Cuci dan bersihkan botol susu

- Cara mencuci botol
 Gunakan berus botol yang sesuai.
 Gunakan cecair pencuci botol yang sesuai.
 Berus botol dengan cecair pencuci
 Bilas dengan air bersih.
 Cuci puting botol dengan berus yang sesuai
 Gunakan garam untuk menanggalkan kesan susu pada putting
 Gunakan pin untuk membersihkan kesan susu.
 Keringkan botol selepas dibasuh.

25

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

iv. Steril @ Merebus botol susu untuk membunuh kuman dan bakteria

 Cara penggunaan:
 Pastikan dahulu yang botol-botol bayi anda sesuai untuk ini.
 Anda perlukan periuk besar yang mempunyai penutup.
 Isikan periuk dengan air dan tengelamkan semua perkakasan
penyusuan sepenuhnya.
 Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol dan puting.
 Tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit.
 Selepas direbus selama 10 minit baru boleh tutup gas.
 Jangan buka tudung periuk sehingga anda perlu menggunakan
sesuatu perkakasan.

 SOP MENYEDIAKAN SUSU IBU UNTUK PENYUSUAN BAYI

i. Keluarkan botol@bekas susu dari peti sejuk beku.
ii. Periksa tarikh pada yang telah dilabelkan. Pastikan tarikh susu adalah antara

4 hingga 6 bulan.
iii. Letakkan susu ibu dibahagian suhu biasa dalm peti sejuk selama 12 jam.
iv. Susu ibu boleh juga didefrost dengan segera dengan meletakkannya di

bawah aliran air selama 30 minit.
v. Suamkan susu ibu sebelum diberi kepada bayi.

26

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 SOP MENYEDIAKAN SUSU FORMULA BAYI
i. Pastikan tarikh expired susu.

ii. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.
iii. Keringkan tangan dengan tuala yang bersih.

iv. Letakkan botol susu di permukaan yang bersih.
v. Keluarkan botol yang telah disteril.
vi. Masukkan air suam ke dalam botol
vii. Masukkan susu tepung mengikut sukatan, gunakan sudu yang ada

dalam tin.
viii. Pastikan susu disukat rata. Gunakan pisau perata.
ix. Bancuh susu mengikut kadar yang betul.
x. Perhatikan arahan pada tin susu. Arahan pada label tin sepatutnya

memberitahu bilangan skop yang betul yang terisi secara rata dan
tidak padat untuk ditambah pada setiap sukatan air.

27

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

xi. Adalah penting menetapkan nisbah ini dengan tepat. Jika membubuh
terlalu banyak susu formula, susu yang anda bancuh akan menjadi
terlampau pekat sehingga mendatangkan bahaya. Berat bayi mungkin
bertambah dengan terlalu banyak dan ginjalnya mungkin akan rosak.

xii. Selalu gunakan air yang segar dan sejuk untuk membuat penyusuan
bayi anda dan didihkan sekali sahaja.

xiii. Tutup botol susu dengan betul dan kemas.Goncang dengan perlahan tanpa
memegang putting botol untuk meratakan bancuhan susu.

xiv. Pastikan suhu botol tidak terlalu panas dan sesuai dengan bayi. (suam)Uji
suhu susu dengan menitikkan sedikit susu pada tangan anda.

28

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

5.PENGENDALIAN AKTIVITI KANAK-KANAK

 AKTIVITI PERKEMBANGAN
a. SEBELUM
1. Pengasuh perlu merujuk jadual aktiviti harian untuk menentukan
bidang pembelajaran
2. Pengasuh tentukan/pilih aktiviti yang hendak dijalankan mengikut
bidang pembelajaran
3. Pengasuh perlu tahu kebolehan sedia ada kanak-kanak semasa
memilih aktiviti yang hendak dijalankan
4. Tentukan objektif yang akan dicapai daripada aktiviti yang dipilih
5. Aktiviti yang dirancang mestilah menyokong kepada peningkatan
kemahiran kanak-kanak
29

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

6. Tulis rancangan pembelajaran aktiviti yang dipilih
7. Terapkan nilai sosial dalam aktivit yang dijalankan
8. Siapkan alat bantuan mengajar (ABM) yang mencukupi dengan jumlah

kanak-kanak
9. Tentukan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya

aktiviti yang dilakukan menggunakan perlatan yang tajam seperti
gunting ataupun aktivit yang melibatkan air seperti air, warna air, gam
10. Sediakan tuala, apron, tikar, plastic sampah, tuala kecil dan lain-lain
sekiranya aktiviti melibatkan perkembangan kreativiti
11. Pastikan tempat untuk menjalankan aktiviti sesuai dengan
perkembangan yang dipilih
12. Uruskan diri kanak-kanak sebelum memulakan aktiviti
13. Pastikan kanak-kanak sihat dan bersedia sebelum memulakan aktiviti

b. SEMASA

1. Pengasuh meminta kanak-kanak duduk didalam bulatan atau didalam
keadaan yang sesuai

2. Pengasuh bermesra dengan kanak-kanak mengikut rancangan
pembelajaran yang disediakan

3. Pengasuh menjelaskan kepada kanak-kanak mengenai aktiviti yang
hendak dijalankan

4. Pengasuh menunjukkan cara aktiviti itu dijalankan kepada kanak-
kanak

5. Pengasuh memberi keyakinan kepada kanak-kanak semasa aktiviti
dijalankan dan memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk memilih
bahan yang hendak digunakan

30

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

6. Semasa aktiviti berjalan pengasuh hendaklah fokus kepada proses
pembeljaran yang dilalui oleh kanak-kanak bukan kepada hasil
pembelajaran

7. Berterusan memberi pujian dan penghargaan kepada kanak-kanak
diatas penglibatannya. Elakkan dari pilih kasih dan menjatuhkan kanak-
kanak.

8. Memperbanyakkan interaksi dan komunikasi serta merangsang
pemikiran kanak-kanak

9. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, ceria dan gembira

c. SELEPAS
1. Memberi pujian kepada semua kanak-kanak kerana berjaya
menjalankan aktiviti yang dirancang
2. Mempamerkan semua hasil kerja kanak-kanak ditempat yang sesuai
3. Menggalakkan kanak-kanak membantu Pengasuh mengemas dan
membersihkan ruang aktiviti bersama
4. Membimbing kanak-kanak membasuh tangan selepas membuat aktiviti
5. Tamatkan aktiviti dengan lagu yang digemari kanak-kanak
6. Merekodkan hasil pemerhatian dalam buku log kanak-kanak pada
masa yang sesuai daripada catatan ringkas semasa aktiviti berjalan

31

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

AKTIVITI BEBAS

a. SEBELUM

1. Pengasuh perlu merujuk jadual aktiviti harian untuk menentukan
bidang pembelajaran

2. Pilih peralatan permainan yang sesuai untuk aktiviti bebas pada minggu
tersebut, contohnya: alat permainan main peranan(masak-masak,
doctor, restoran, mengemas rumah), anak patung, blok, puzzle,
congkak, manipulative blok dan lain-lain

3. Letakkan peralatan yang dipilih ditempat yang sesuai. Pastikan mainan
cukup dengan jumlah kanak-kanak

4. Pastikan mainan yang dipilih bersih dan selamat digunakan oleh kanak-
kanak dari segi saiz dan kondisinya

b. SEMASA

1. Pengasuh memerhati dan memantau kanak-kanak memilih permainan
yang mereka suka

2. Pengasuh berinteraksi dan bertanyakan soalan yang boleh
meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak untuk menyelesaikan
konflik

3. Pengasuh menerapkan nilai murni, boleh bekerjasama semasa
bermain, menunggu giliran dan berkongsi

4. Memastikan kanak-kanak tidak merosakkan mainan dan tidak
mencederakan rakan semasa bermain

5. Pengasuh meminta kanak-kanak hasil binaan mereka atau apa yang
mereka sedang lakukan

32

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
c. SELEPAS

1. memberi pujian kepada semua kanak-kanak diatas hasil ciptaan
mereka dan juga akhlak terpuji yang ditunjukkan semasa bermain

2. mempamerkan semua hasil kerja kanak-kanak ditempat yang sesuai
3. Pengasuh mengajak kanak-kanak untuk mengemas barang aktiviti dan

membersihkan ruang aktiviti
4. Membimbing kanak-kanak membasuh tangan selepas melakukan

aktiviti
5. Merekodkan hasil pemerhatian didalam buku log kanak-kanak pada

masa yang sesuai daripada catatan ringkas semasa aktiviti dijalankan

33

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 PERBUALAN PAGI (MORNING CIRCLE)
a. SEBELUM
1. Sediakan tempat untuk membuat aktiviti. Pastikan selamat selesa dan
bersih untuk melakukan aktiviti.
2. Pastikan kanak-kanak berada didalam bulatan atau barisan
3. Pengasuh mestilah bersedia dan tahu persiapan pengisian slot
4. Pengasuh harus menegur dan mengawal kanak-kanak sekiranya
kanak-kanak tidak mengikut arahan
5. Pastikan bahan peralatan seperti radio, cd dan lain-lain telah
disediakan

b. SEMASA
1. Pengasuh hendaklah memastikan kanak-kanak berada didalam bulatan
dan berada didalam keadaan bersedia
2. Gunakan bahasa yang mudah difahami oelh kanak-kanak.
3. Beri salam dan senyum kepada kanak-kanak
4. Tanyakan khabar kepada kanak-kanak
5. Berbual ringkas dengan kanak-kanak berkaitan diri kanak-kanak.
6. Pilih aktiviti yang sesuai - Bernyanyi, menari dan berselawat bersama
kanak-kanak

34

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
c. SELEPAS

1. Pengasuh meminta kanak-kanak duduk dan berehat seketika selepas
membuat aktiviti

2. Beri kanak-kanak minum air
3. Tanya kanak-kanak tentang aktiviti yang telah dilakukan sebentar tadi

dan lihat keterujaan kanak-kanak tersebut
4. Beri pujian kepada kanak-kanak kerana telah berjaya mengikuti aktivit

yang dijalankan

35

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
 AKTIVITI MAIN AIR

a. SEBELUM
1. Memastikan tempat yang selamat (tidak licin, ada paku dan berminyak)
2. Adakan kolam mandi kanak-kanak jika perlu dan sesuai.
- Sediakan kolam mandi yang berasingan mengikut jantina
- Pakaikan kanak-kanak seluar kecil ketika bermain di kolam
mandi.
- Pastikan bilangan kanak-kanak yang bermain di kolam sesuai
dengan saiz kolam.
- Jika saiz kolam kecil, main air dalam kumpulan bergilir
3. Menyediakan peralatan main air (besen, bekas berbagai bentuk seperti
botol, gelas, cawan)
36

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

4. Pengasuh mestilah :
i. Jika guna besen, sediakan air dalam bekas yang besar seperti
besen tetapi tidak terlalu banyak atas faktor keselamatan. Sediakan
bekas yang berbagai bentuk
ii. Bawa keluar tuala kanak-kanak dan meminta kanak-kanak beratur
iii. Minta kanak-kanak berjalan mengikut barisan ketempat bermain air

b. SEMASA

1. Pengasuh bersoal jawab dengan kanak-kanak
2. Beri masa untuk kanak-kanak bermain sendiri dengan selesa mengikut

kehendaknya
3. Pengasuh perlu memastikan kanak-kanak tidak bertolak semasa

aktiviti dijalankan
4. Pengasuh perlu mengawasi kanak-kanak ketika bermain
5. Pastikan aspek keselamatan dijaga
6. Jangan tinggalkan kanak-kanak bermain bersendirian
7. Sentiasa pantau tingkah laku kanak-kanak.

c. SELEPAS

1. Pengasuh hendaklah memberitahu kepada kanak-kanak agar
mengemas kembali peralatan yang telah digunakan

2. Pengasuh harus memastikan tempat yang telah digunakan tidak licin
3. Lap kanak-kanak sebelum masuk ke taska dan beratur

37

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
 AKTIVITI MAIN PASIR

a. SEBELUM
1. Pengasuh perlu memastikan pasir dalam keadaan yang bersih
2. Memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang sihat (tidak
berkudis dan berdarah)
3. Menyediakan air untuk membasuh tangan
4. Menyediakan peralatan permainan pasir (pasir, sudu, cawan, bekas
pasir dan lain-lain)

38

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA
1. Pengasuh mulakan aktiviti denagn memberitahu kanak-kanak
peraturan yang perlu dipatuhi iaitu pasir tidak boleh dibawa keluar dari
bekas pasir dan jelaskan yang pasir untuk dicedok bukan dimakan.
2. Galakkan kanak-kanak menyeduk pasir dan memindahkan ke dalam
cawan. Pengasuh memerhatikan tingkah laku sewaktu melakukan
aktiviti tersebut
3. Bantu kanak-kanak dan menunjukkan cara bagaimana melakukan
aktiviti tersebut.
4. Pengasuh mengawasi kanak-kanak ketika bermain
5. Ajar kanak-kanak membuat pelbagai bentuk menggunakan pasir

c. SELEPAS
1. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan selepas bermain pasir
2. Ajak kanak-kanak membantu mengemas peralatan yang digunakan
3. Memastikan kanak-kanak didalam keadaan bersih dan beratur untuk
masuk ke TASKA.

39

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 AKTIVITI ‘NATURE WALK’ – BERJALAN DI TAMAN

a. SEBELUM
1. Pengasuh meminta kanak-kanak beratur sebelum keluar dari TASKA.
2. Pastikan kanak-kanak dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai
alahan
3. Pengasuh memastikan kanak-kanak mengambil dan memakai
kasut/selipar semasa keluar

b. SEMASA
1. Pengasuh mengajak kanak-kanak berjalan melihat dunia persekitaran
di luar TASKA untuk menikmati keindahan alam
2. Pegasuh menggalakkan mereka meneliti dan meneroka seperti
(warna, bentuk, tekstur, baud an rasa)
3. Pengasuh memberi fokus kepada satu deria pada setiap kali kanak-
kanak keluar melihat persekitaran dan bersoal jawab dengan kanak-
kanak
40

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

4. Galakkan kanak-kanak menyentuh dan menghidu bau bunga atau
daun.

5. Bawa kanak-kanak melihat daun kering yang berguguran sambil
bercakap dengannya

6. Pastikan keselamatan kanak-kanak dijaga sebaiknya supaya tidak
berlaku kemalangan yang tidak diingini

c. SELEPAS

1. Memastikan kanak-kanak menyusun kasut ke tempat yang disediakan
2. Pastikan kanak-kanak membasuh kaki dan tangan selepas masuk ke

TASKA.
3. Memberi minuman kepada kanak-kanak

 AKTIVITI LAWATAN LUAR

a. SEBELUM

1. Pastikan tempat yang hendak dilawat bersesuaian dan selamat dengan
umur kanak-kanak

2. Hubungi pihak yang hendak dilawat untuk mendapat tarikh dan
kebenaran lawatan

3. Mengeluarkan surat maklum kepada ibubapa mengenai lawatan dan
mendapat keizinan dari awal tahun untuk membawa mereka membuat
lawatan

4. Menyediakan atucara lawatan
5. Mengambil kehadiran kanak-kanak sebelum pergi

41

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA

1. Memastikan anak berada didalam keadaan sihat untuk mengikuti
lawatan pada hari tersebut

2. Memastikan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi
3. Membawa peti pertolongan cemas
4. Membawa kanak-kanak pergi ke tandas sebelum bertolak
5. Pastikan semua kanak-kanak sudah bersarapan
6. Memakaikan kanak-kanak tanda nama mereka dibaju , isikan sekali

(nama kanak-kanak, nama ibubapa, nama pengasuh dan no telefon)
7. Pengasuh perlulah mencukupi untuk mengawal dan menjaga kanak-

kanak sepanjang tempoh lawatan
8. Memastikan kanak-kanak diberi makan dan minum mengikut waktu

yang telah ditetapkan didalam jadual atucara
9. Tanya kanak-kanak samada mahu ke tandas ataupun tidak
10. Kumpulkan semua kanak-kanak dan ambil semula kedatangan

sebelum berangkat pulang

c. SELEPAS

1. Waktu jangka masa tiba hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.
2. Menyediakan gambar untuk kenangan kepada ibu bapa
3. Bagi borang maklumbalas untuk diisi oleh ibu bapa tentang apa yang

kanak-kanak cerita mengenai lawatan tersebut dan pulangkan semula
kepada pihak TASKA.

42

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

6. PENGENDALIAN WAKTU TIDUR KANAK-KANAK

 BAYI (9 PAGI DAN 12.30 TENGAH HARI)
a. SEBELUM
1. Pastikan tempat tidur bayi kondusif - selamat, selesa, sesuai , kemas
dan bersih
2. Tutup langsir untuk menjadikan suasana malap
3. Pasang kipas/aircond – suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu
sejuk.
4. Pastikan perudaraan udara yang baik di dalam bilik tidur bayi.
5. Sediakan tempat tidur bayi yang sesuai.
6. Bayi di bawah 4 bulan boleh ditidurkan di dalam ‘kot bayi’ untuk
memastikan keselamatan bayi.

43

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA
1. Sebelum tidur, beri susu kepada bayi dan pangku bayi
2. Pastikan ketinggian kepala lebih tinggi daripada badan
3. Beri susu sehingga bayi kenyang
4. Sendawakan bayi selepas memberi susu
5. Pastikan tidak ada puting dan botol susu dimulut bayi
6. Pasang alunan zikir secara perlahan untuk memberi ketenangan
7. Pastikan bayi tidak ditinggalkan tanpa pengawasan
8. Bayi yang kecil tidurkan secara menelentang atau mengikut keselesaan
bayi. Kepada bayi yang lebih besar tidurkan secara meniarap
9. Dodoikan bayi.
10. Pastikan selimut/bantal tidak menutupi muka bayi
11. Tepuk bayi perlahan sambil berzikir sehingga bayi tidur
12. Awasi dan pantau bayi ketika tidur.

c. SELEPAS
1. Buka langsir
2. Tutup alunan zikir
3. Kemas alatan tidur bayi
4. Sediakan bayi untuk persiapan diri.

44

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 KANAK-KANAK (12.30 TENGAH HARI)

a. SEBELUM

1. Pastikan tempat tidur kanak-kanak kondusif, selesa, bersih, kemas,
sesuai dan selamat

2. Tutup langsir untuk mewujudkan suasana bilik yang malap.
3. Pasangkan kipas/aircond – pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan

tidak terlalu sejuk
4. Pastikan kanak-kanak beratur mengikut jantina
5. Sediakan dan ajak kanak-kanak 3 – 4 tahun membantu menyediakan

tempat tidur
6. Pastiakan tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan
7. Beri susu kepada kanak-kanak yang lebih kecil
8. Galakkan kanak-kanak membuang air sebelum tidur
9. Baca doa tidur bersama-sama kanak-kanak

b. SEMASA

1. Pasang alunan zikir atau alunan muzik yang lembut secara perlahan
2. Bimbing dan galak kanak-kanak tidur
3. Pastikan selimut tidak menutupi muka kanak-kanak
4. Jangan tinggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan
5. Sentiasa peka dan mengawasi kanak-kanak

45

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

6. Sekiranya kanak-kanak tidak mahu tidur, jalankan aktiviti senyap
dengan kanak-kanak.
- Bawa kanak-kanak ke ruang lain.
- Minta kanak-kanak berehat
- Beri kanak-kanak pilih aktiviti senyap yang diingininya seperti
membelek buku atau main dengan ‘soft toys’
- Pastikan kanak-kanak tidak membuat bising sehingga
mengganggu kawan-kawan lain yang sedang tidur.

c. SELEPAS
1. Buka langsir
2. Tutup alunan zikir@ muzik
3. Kejutkan kanak-kanak
4. Bimbing kanak-kanak membaca doa bangun tidur.
5. Galakkan kanak-kanak 3 -4 tahun mengemas tempat tidur
6. Bantu kanak-kanak menyimpan alatan tidur
7. Pastikan kanak-kanak beratur untuk keluar dari bilik tidur
8. Buat persiapan untuk mandi dan menyiapkan diri.

46

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

7. PERSIAPAN DIRI KANAK-KANAK

 MANDI KANAK-KANAK 1 – 2 TAHUN

a. SEBELUM

1. Sediakan persiapan , peralatan dan ruang mandi kanak-kanak
2. Sediakan air mandian untuk kanak-kanak mandi. Pastikan air tidak

terlalu panas atau sejuk, dan tidak terlalu dalam.
3. Periksa keadaan kesihatan kanak-kanak 1 – 2 Tahun untuk

menyesuaikan cara mandi dengan keadan kesihatan dan fizikal kanak-
kanak.
4. Ajak dan pujuk (jika perlu) kanak-kanak untuk mandi. Aplikasi cara
berkomunikasi yang mesra dan harmoni.
5. Buka baju dengan didahului tangan kiri
6. Buka seluar dengan didahului kaki kiri
7. Pakaikan kanak-kanak dengan tuala mandi dan segera bawa kanak-
kanak ke bilik air. Jangan biarkan kanak-kanak berada di ruang tukar
pakaian dalam keadaan bertelanjang.
8. Asingkan kanak-kanak ikut jantina semasa proses menanggalkan
pakaian dan juga semasa mandi.
9. Bawa dan bimbing kanak-kanak pergi ke bilik mandi
10. Ajar kanak-kanak baca doa masuk tandas/bilik mandi
11. Buka lampin pakai buang sebelum mandi
12. Bersedia untuk mandi

47

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA

1. Mula mandikan kanak-kanak 1 – 2 tahun
2. Sekiranya kanak-kanak telah membuang air besar di dalam lampin

pakai buang nya, cuci dan bersihkan dulu bahagian bawahnya sebelum
dimandikan.
3. Latih dan bantu kanak-kanak memberus gigi.
4. Biarkan kanak-kanak bermain air dan buatkan masa mandi kanak-
kanak menyeronokkan dengan memberi mandian yang terapung
seperti bot atau itik mainan
5. Mandikan kanak-kanak tatih ini samada dalm tub mandian,
menggunakan air dalam besen mandian ataupun guna pancuran air
mandi.
6. Bersihkan bahagian badan kanak-kanak dengan air.Jangan menjirus
kepalanya dengan air dahulu
7. Bersihkan bahagian muka kanak-kanak.
8. Ambil sedikit sabun dan lumurkan ke seluruh badan kanak-kanak,
tangan, kaki dan bahagian belakang badannya dan biarkan kanak-
kanak bermain dengan buih sabun
9. Untuk membasuh rambut kanak-kanak gunakan syampu yang tidak
memedihkan mata.Basuh rambut kanak-kanak menggunakan sedikit air
yang mengalir dan bilas dengan air bersih.
10. Bilas badan dan rambut kanak-kanak dengan air yang bersih.

48

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

c. SELEPAS

1. Selesai mandi, lap badan kanak-kanak dengan tuala dan balut badan
kanak-kanak dengan tuala tersebut sebelum di bawa keluar dari bilik
mandi.

2. Bawa kanak-kanak semula ke ruang memakai pakaian.

 MANDI KANAK-KANAK 3 – 4 TAHUN

a. SEBELUM

1. Sediakan semua bahan dan peralatan dan ruang mandian
2. Periksa dan pastikan keadaan kesihatan kanak-kanak 3 – 4 Tahun

untuk menyesuaikan cara mandi dengan keadan kesihatan dan
fizikal kanak-kanak.
3. Minta dengan mesra kanak-kanak untuk mandi dengan sendiri.
Kebiasaannya kanak-kanak 3 – 4 tahun lebih mudah untuk di suruh
mandi. Walaupun begitu pengasuh perlu pujuk dan berkomunikasi
secara kreatif sekiranya kanak-kanak membuat kerenah tidak mahu
mandi.
4. Minta dan pantau kanak-kanak tanggalkan pakaian mereka sendiri.
Pengasuh perlu bimbing kanak-kanak sekiranya mereka tidak
berjaya menanggalkan pakaian mereka.
5. Minta kanak-kanak ambil dan pakai tuala untuk menutup bahagian
bawah mereka. Ajar kanak-kanak untuk tidak membiarkan diri
mereka tanpa pakaian . Sebaiknya minta kanak-kanak pakai seluar
dalam atau kain basahan mandi ( bersaiz kecil, sekadar untuk
menutup kemaluan kanak-kanak).
6. Minta kanak-kanak terus ke bilik mandi dan pastikan kanak-kanak
berada di bilik mandi yang betul mengikut jantina mereka.

49

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

b. SEMASA

1. Ajar kanak-kanak untuk membuang air besar dan mencuci bahagian
bawah sebelum mandi.

2. Latih, bimbing dan bantu kanak-kanak memberus gigi.
3. Kemudian, minta kanak-kanak untuk mula mandi serta membersihkan

diri. Kanak-kanak 3 -4 tahun boleh mandi samada dalam tub mandian,
menggunakan air dalam besen mandian ataupun guna pancuran air
mandi.
4. Mula-mula minta kanak-kanak bersihkan bahagian badannya dengan
air. Jangan biarkan kanak-kanak menjirus kepalanya dengan air dahulu
5. Minta kanak-kanak bersihkan bahagian mukanya dengan air.
6. Ajar kanak-kanak ambil sedikit sabun dan lumurkan ke seluruh badannya,
tangan, kaki, dan bahagian belakang badan dan biarkan kanak-kanak
bermain dengan buih sabun.
7. Gunakan syampu yang tidak memedihkan mata. Minta kanak-kanak
basuh rambut dengan menggunakan sedikit air yang mengalir dan bilas
dengan air bersih.
8. Bilas badan dan dengan air yang bersih.

c. SELEPAS

1. Selesai mandi, minta kanak-kanak lap badan dengan tuala dan
bantu kanak-kanak balut badannya dengan tuala tersebut
sebelum keluar dari bilik mandi.

2. Untuk semua langkah di atas, kanak-kanak perlu mandi di ruang
yang boleh dilihat oleh pengasuh. Walaupun kanak-kanak mandi
sendiri, pengasuh perlu melatih, membimbing dan memantau
kanak-kanak ini ketika mandi supaya cara mandi yang betul
dapat diaplikasi dan untuk mengelakkan berlaku kemalangan
ketika mandi.

50


Click to View FlipBook Version