The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2021-08-05 10:21:34

E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

Keywords: E-book SOP Pengendalian Kanak-Kanak di Taska

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 SOP BIMBING GOSOK GIGI

Posisi paling bagus untuk pengasuh berdiri ialah di belakang
atau tepi kanak-kanak.
Picit ubat gigi sebesar kacang pea di atas berus gigi yang
sesuai saiznya dengan kanak-kanak .

Pegang rahang bawah anak dengan lembut.
Letakkan berus gigi pada kedudukan yang sesuai .
Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana
bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat
senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian
permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi
belakang.
Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar
dan dalam gigi.
Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran
supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
Pengasuh boleh menyanyi lagu ‘Mari berus gigi’ sambil
memberus gigi kanak-kanak untuk menyeronokkan mereka.
Minta kanak-kanak ludahkan lebihan ubat gigi yang berada dalm
mulut.
Beruskan bahagian atas lidah kanak-kanak untuk membunuh
kuman bacteria.
Bilas mulut kanak-kanak dengan menyuruh kanak –kanak
berkumur dan ludahkan semuanya. Untuk memudahkan kanak-
kanak, beri kanak-kanak secawan air untuk berkumur.

51

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Ajar kanak-kanak kumurkan air dalam mulut dan ludahkan
semua lebihan air keluar dari mulut.
Sekiranya kanak-kanak tertelan sedikit ubat gigi yang
mempunyai kandungan florida rendah, ini tidaklah
memudaratkan mereka.
Jangan lupa memuji kanak-kanak kerana telah berjaya
memberus gigi.

 SOP MENGGUNAKAN FLOS GIGI

Lilit flos sepanjang 18 inci kepada kedua-dua jari tengah
pengasuh dan tinggalkan dalam jarak 1 inci di antara kedua jari.
Regangkan flos.
Masukkan flos di celah gigi kanak-kanak dan gerakkan ke atas
dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan
gigi di aras garisan gigi.

Bersihkan juga permukaan belakang bagi gigi yang paling
belakang.
Perlahan-lahan pengasuh perlu buka lilitan di jari untuk
mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti
mmembersih gigi dijalankan.
Gunakan flos sekurangnya sekali sehari.
Pengasuh boleh beri peluang kepada kanak-kanak 3 -4 tahun
untuk mencuba sendiri menggunakan flos gigi tersebut.

52

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 SOP MELATIH KANAK-KANAK LATIHAN KE TANDAS

Lihat tanda awal kanak-kanak menunjukkan tanda sudah boleh dilatih ke
tandas.
Kenalkan kanak-kanak mengenai Tandas , boleh dengan cara ;

- Tunjukkan tandas dan peralatan di dalamnya.
- Jalankan aktiviti, contoh bercerita menggunakan big book mengenai

tandas.
- Jalankan aktiviti berbual mengenai penggunaan tandas dan kaitkan

dengan aspek kebersihan.
- Buat aktiviti nyanyian dengan lirik dan pergerakan yang menjurus pada

penggunaan tandas.
Bawa kanak-kanak ke tandas pada selang masa tertentu. Pengasuh boleh
mulakan dengan selang masa ½ jam. Bukakan pampers kanak-kanak, lihat
samada dia telah buang air atau tidak dalam tempoh tersebut.
Cuba kenalpassti jarak masa kanak-kanak buang air.
Bawa kanak-kanak ke tandas untuk buang air pada setiap selang masa
tersebut.
Catatkan selang masa tersebut dalam Jadual kanak-kanak ke Tandas.
Bila pengasuh sudah boleh agak wak kanak-kanak buang air, jangan
pakaikan lagi kanak-kanak dengan pampers. Sebaliknya bawa kanak-kanak
untuk cuba buang air di Tandas secara berkala.
Sentiasa tanyakan pada kanak-kanak keperluan mereka ke Tandas.
Sentiasa ingatkan kanak-kanak supaya tidak membuang air dalam seluarnya.

53

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 MEMAKAIKAN PAKAIAN DAN DANDANAN UNTUK KANAK-KANAK TATIH
a. SEBELUM
1. Selepas kanak-kanak tatih mandi, mereka akan dibawa ke ruang

persiapan diri dan dandanan untuk disiapkan.
2. Lapkan badan kanak-kanak hingga kering.

b. SEMASA

1. Baringkan kanak-kanak 1 – 2 tahun untuk di pakaikan dengan lampin pakai
buang.Memakai lampin dalam posisi baring akan dapat memastikan lampin
dipakaikan dengan kedudukan yang betul.

2. Buangkan pita pelekat pada lampin.
3. Minta kanak-kanak angkat sedikit punggungnya
4. Letakkan lampin di bawah punggung kanak-kanak.
5. Bawakan bahagian depan lampin pakai buang ke depan
6. Tutup serta rapatkan ke bahagian punggung bayi dengan pita pelekat tadi.
7. Jika kanak-kanak menggunakan lampin seperti seluar (yang tidak

menggunakan pita pelekat ), ianya boleh dipakaikan kepada kanak-kanak
dengan posisi berdiri.
8. Pastikan kanak-kanak merasa selesa dengan pemakaian lampin tersebut.
9. Minta kanak-kanak berdiri dan kemaskan pemakaian lampin tersebut.

54

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
10. Bubuh sedikit bedak dan sedikit losyen merata pada bahagian badan kanak-

kanak. Pastikan kanak-kanak menggunakan barangan peribadi mereka
sendiri untuk menggelakkan masalah alahan.
 Pakaikan baju kanak-kanak. Jika baju ’roundneck’ masukkan baju melalui
kepala kanak-kanak dan masukkan pula bahagian lengan baju berkaitan ke
kedua-dua belah tangan kanak-kanak. Kemaskan pakaian kanak-kanak.

3. Jika kanak-kanak memakai baju berbutang, pastikan butang baju dipakai
betul dan kemas.

4. Seterusnya pakaikan seluar dengan memasukkan bahagian kaki seluar
setiap belah ke bahagian kiri dan kanan kaki kanak-kanak. Kemaskan.

5. Sesekali pengasuh boleh memberi kanak-kanak tatih ini untuk mencuba
memakai pakaian mereka sendiri.

55

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

c. SELEPAS
1. Pastikan kanak-kanak telah disiapkan dan didandan.
2. Simpan semua peralatan persiapan diri di tempat sesuai.
3. Bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.

 MEMAKAIKAN PAKAIAN DAN DANDANAN UNTUK KANAK-KANAK 3 – 4 TAHUN
a. SEBELUM
1. Selepas mandi, kanak-kanak akan ke ruang persiapan diri.
2. Pastikan kanak-kanak dapat mengambil pakaian dan peralatan persiapan diri

dengan mudah. Bantu kanak-kanak jika perlu.
3. Bimbing dan beri peluang kepada kanak-kanak 3-4 tahun mengelap badan

sendiri.
4. Minta kanak-kanak sidai tuala selepas digunakan.
5. Latih kanak-kanak 3-4 tahun mengambil pakaian sendiri di rak pakaian yang

mudah dicapai oleh kanak-kanak.

56

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
b. SEMASA

1. Tunjukkan dan bimbing cara pakai baju dan seluar yang betul kepada
kanak-kanak 3 – 4tahun ini.

2. Biar kanak-kanak mencuba pakai baju @ seluar sendiri Pengasuh
boleh membantu membetulkan cara pemakaian mereka sekiranya
salah.

3. Beri peluang kanak-kanak mencuba membutangkan baju mereka
sendiri.

4. Ajar mereka memasukkan baju melalui bahagian yang betul
5. Beri peluang kanak-kanak 3 -4 tahun membubuh bedak dan losyen

57

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

8.MEMANDIKAN BAYI

a. SEBELUM
1. Sediakan bayi untuk mandi
2. Siapkan peralatan dan bahan mandian bayi
3. Siapkan ruang untuk mandi
4. Siapkan pakaian bayi

b. SEMASA
1. Bawa bayi ke tempat mandi.
2. Letakkan di atas tempat yang beralas yang disediakan.
3. Tanggalkan pakaian. Balut tubuh bayi dengan tuala besar.
4. Lembapkan kapas, bersihkan matanya dari arah hidung ke hujung mata

kiri dan kanan. Gunakan kapas untuk sekali guna sahaja.
5. Bersihkan telinga dan hidung dengan kapas lembap yang baru.
6. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang lembap. Kemudian, lap dengan

tuala kering.
7. Ampu kepala bayi dengan tangan kiri mengarah ke besen. Basahkan

rambut bayi.
8. Syampu rambutnya perlahan-lahan. Gunakan tuala kecil untuk

membersihkan lebihan syampu. Jangan guna kuku untuk mencuci kepala
bayi.
9. Bilas rambut dengan air hingga kesan syampu hilang.
10. Lap rambut hingga kering dengan sebahagian dari tuala yang membalut
tubuhnya.
11. Tanggalkan tuala dari tubuh bayi.
12. Sokong kepala bayi dengan tangan kiri, pegang kuat di bawah ketiak
kirinya terlebih dahulu.
13. Masukkan bayi perlahan-lahan ke dalam besen dengan memasukkan
kakinya terlebih dahulu. Elakkan air masuk ke dalam telinga dengan
menutup lubang telinga menggunakan ibu jari dan jari manis.
14. Basuhkan badan, sabun dan bersihkan di pelipat dan ketiak serta seluruh
badan. Bilas dengan air sehingga bersih.

58

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
15. Untuk memandikan bahagian belakang badan dan punggung, sokong

bahagian depan dengan tangan kanan anda dan pegang kuat di bawah
ketiak kirinya.
16. Bila selesai, angkat perlahan-lahan dari besen dan letakkan bayi ke atas
tuala kering.
17. Lap badan terutama di pelipat peha dan ketiak. Sapukan losyen atau
minyak bayi ke seluruh badannya. Urutan dapat meransang bayi.

c. SELEPAS
1. Bawa bayi ke ruang memakai pakaian
2. Kemas ruang, peralatan dan bahan mandian.

59

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

9. URUTAN BAYI

a. SEBELUM
1. Sediakan bayi. Pastikan kesediaan bayi untuk sesi urutan
2. Pastikan juga pengasuh bersedia untuk mengurut bayi.
3. Sediakan peralatan dan bahan urutan
4. Pastikan ruang mengurut yang kondusif.

b. SEMASA
1. Pastikan kedudukan bayi dengan pengasuh adalah betul – perlu bertentang

mata dengan bayi.

2. Letakkan minyak atau losyen atas telapak atangan dan gosok di kedua –dua
belah tapak tangan supaya ia tidak sejuk.
60

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

3. Urut kening bayi hingga hujung pelipis dengan kedua dua ibu jari
4. Urut bahagian atas tulang sambil turun ke atas bahagian tulang pipi guna

kedua dua ibu jari.

5. Urut bahagian antara hidung dan bibir dri tengah hingga ke pipi dengan
kedua-dua ibujari. Urutan ini boleh menggalakkan pertumbuhan gigi bayi yang
belum tumbuh.

6. Urut bahagian bawah bibir dari tengah kearah luar dengan menggunakan
kedua dua ibujari.

7. Urut bahagian belakang telinga hingga ke bawah dagu dengan menggunakan
jari jemari anda.

8. Urut kepala bayi dengan urutan bulatan kecil.

61

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

9. Urutan silang – urut serong ke arah atas bahu, kemudiaan turun serong ke
bawah, seterusnya bertukar tangan dan urut serong ke bahu yang satu lagi
tanpa mengangkat kedua dua belah tapak tangan.
62

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

10. Urutan rama-rama – Urut bahagian tengan atas dada dari dalam keluar seperti
sayap rama-rama hingga ke tengah dada tanpa mengangkat kedua-dua belah
tapak tangan.

11. Urutan I L U – Urutan ‘I’ dari bawah, terbalik sambung selepas ‘I’, dan ‘U’ juga
terbalik di bahagian perut bayi. Lakukan sambil menyebut ‘I Love you” dan
nama bayi tersebut.

63

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

12. Urut perut bayi – dengan menggunakan hujung jari, urut mengikut gerakan
bentuk ‘U’ terbalik tadi, dari kiri ke kanan.

13. Urutan separa bulatan – urut mengikut urutan kiri ke kanaan tetapi hanya
separuh bulatan.

14. Urutan pergerakan roda – mengurut seolah-olah pergerakan roda
menggunakan tepi tangan.

64

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
15. Untuk menguatkan otot otot bayi, angkat kaki bayi dan lipatkan di bahagian

lutut. Sekiranya bayi enggan melakukan urutan ini, dengan menggerakkan
kakinya biarkan dahulu kemudian cuba lagi.

16. Mengurut tangan dari pangkal lengan hingga ke pergelangan tangan, dengan
satu tangan pengasuh memegang pergelangan tangannya.

17. Urut tapak tangan ke jari bayi- bermula dari bawah hingga kea rah jari bayi
dengan menggunakan ibu jari.
65

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

18. Urut jari jemari satu persatu dalam bentuk separa ‘U’.

19. Urut pengelangan kaki bayi dengan menggenggam guna satu tangan
manakala tangan yang satu lagi mengurut kaki bayi dari peha ke pergelangan
kaki.

66

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

20. Urut tapak kaki bayi dengan ibu jaridari hujung tumit sehingga ke bahagian jari
kaki.

21. Urut jari jemari kaki satu persatu.

67

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

22. Urut belakang bayi dengan kedudukan tulang belakang di antara ibu jari dan
jari telunjuk. Mulakan urutan dari tengkuk ke punggung.

23. Urut belakang bayi dengan kedudukan tangan satu di atas dan satu di bawah
bertentangan arah.

24. Urut di bahagaian belakang bayi dengan hujung jari bentuk bulatan kecil.

c. SELEPAS
1. Lalukan tangan dengan sentuhan yang lembut dan perlahan dari tengkuk
hingga punggung.
2. Pengasuh juga boleh menepuk perlahan punggung bayi menunjukkan
sesi mengurut telah selesai.
3. Berikan ciuman kasih sayang dan puji bayi.
4. Sekiranya bayi menunjukkan reaksi penat atau mengantuk, tidurkan bayi.
5. Kemas ruang urutan dan simpan semua peralatan dan bahan
6. Cuci tangan.

68

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

10. MEMBEDUNG BAYI

1. Lipat salah satu ujung selimut. Tempatkan bayi anda di tengah-tengah
lipatan dengan kepalanya diatas lipatan tersebut.

2. Tarik sisi kiri selimut agar menutupi dada bayi anda, pastikan tangan
kanannya dibungkus disamping tubuhnya. Kemudian angkat tangan kiri
bayi anda dan sisipkan selimut dibawah tubuhnya.

3. Ambil bagian bawah selimut, tarik ke atas kemudian lipat ujungnya ke
belakang atau sisipkan ke dalam lipatan pertama. Lalu tarik ujung selimut
terakhir menutupi dada bayi, sehingga lengan kirinya disamping tubuhnya.

4. Tarik selimut kebawah punggung bayi anda sejauh mungkin. Ketika
mengangkat bayi anda, jaga agar tetap nyaman terbungkus.

69

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

11. MEMAKAIKAN PAKAIAN BAYI

 MEMAKAIKAN SUT BAYI

i. Angkat bayi sambil anda sambil anda meletakkan sehelai sut yang
bersih secara mendatar di atas alas .

ii. Bahagian hadapan sut menghala ke atas.
iii. Buka semua butang tekan pada sut .
iv. Baringkan bayi atas sut dengan lehernya berada pada leher sut.
v. Kumpulkan sebelah bahagian kaki sut di dalam tangan anda untuk

membuka bahagian kakinya.
vi. Perlahan-lahan masukkan sbelah kaki ke dalam. Tarik kaki pakaian itu

ke atas. Lakukan yang sama pada kaki sebelah lagi.

70

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

vii. Tolak ibu jari dan jari jari sebelah kanan anda melalui satu lengan baju.
Bermula dari hujung pergelangan tangan , kumpulkan kain lengan baju
tersebut di dalam tangan anda.

viii. Regangkan bukaan selebar mungkin.
ix. Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi, pandu genggaman

bayi ke dalam tangan anda yang pertama.
x. Sambil memegang tangan bayi di antara ibu jari dan jari anda, lalukan

lengan baju dengan perlahan dari tangan anda ke atas tangan bayi
anda dan tarik lengan baju it ke bahunya.

71

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

xi. Pasangkan semua butang tekan.

 MEMAKAIKAN BAJU BAYI – BAJU ‘ROUND NECK’
i. Telentangkan bayi, renggangkan leher baju dengan kedua belah tangan

kemudian dekatkan baju pada dagu bayi.
ii. Angkat bahagian belakang kepalanya dengan tangan kiri, lalu masukan

kepalanya kelubang leher baju. Gunakan tangan kanan anda untuk
menurunkan bagian belakang baju, setelah itu lalu turunkan kembali
kepalanya dengan hati-hati.
iii. Regangkan bahagian tangan baju dan tahanlah dengan jari anda secara
perlahan, masukan tangan bayi. Lakukan hal yang sama untuk melakukan
tangan lainnya.
iv. Tarik baju kebawah lalu tempatkan kedua kaki bayi pada lubang kaki baju
dan kancingkan butangnya.

72

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA
 MEMAKAIKAN SELUAR BAYI
i. Telentangkan bayi.
ii. Regangkan bahagian kaki baju dan tahanlah dengan jari anda secara

perlahan, masukan kaki bayi. Lakukan hal yang sama untuk melakukan
kaki seluar sebelah lagi
iii. Tarik kedua belah seluar ke atas bahagian punggung bayi
iv. Kemaskan seluar.

73

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

12. MENCUCI TANGAN

Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya

Gosok tapak tangan

Gosok setiap jari dan celah-celah jari

Gosok kuku pada tapak tangan

Gosok belakang tangan

74

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering
tangan.

75

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

13. MENGENDALIKAN KEMALANGAN DI TASKA
CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KECEMASAN KECIL DI TASKA

Berlaku kemalangan kecil di TASKA
Tenangkan kanak-kanak

Kenalpasti jenis kecederaan kecil tersebut
Kenalpasti jenis rawatan yang perlu di beri

Berikan rawatan
Rekodkan kemalangan kecil
Maklumkan kepada ibubapa

76

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

CARTA ALIRAN PENGENDALIAN KECEMASAN BESAR DI TASKA
Berlaku kemalangan besar di TASKA
Tenangkan kanak-kanak

Kenalpasti jenis kecederaan besar tersebut
Kenalpasti jenis rawatan awal yang perlu di beri

Berikan rawatan awal
Rekodkan kemalangan besar
Maklumkan kepada ibubapa
Bawa kanak-kanak dapat rawatan di hospital@klinik dengan

segera.

77

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

CARTA ALIRAN – PENGGENDALIAN UBATAN
Terima ubatan dari ibubapa
Labelkan ubatan
Kenalpasti kanak-kanak yang menerima ubatan
Merekod ubatan yang di terima – isi maklumat yang betul
dari segi masa dan sukatan ubatan
Memberi ubat pada masa dan sukatan yang betul
Kemaskini rekod ubatan

78

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

 CARTA ALIRAN PENGGENDALIAN PENYAKIT DI TASKA
Kenalpasti penyakit biasa atau penyakit berjangkit

Jika penyakit berjangkit

Asingkan kanak2 Minta ibubapa bawa knk2 balik
Jika penyakit biasa

Kenalpasti penyakit
Periksa jika ibu bapa ada membekalkan ubatan

Maklumkan pada ibu bapa jika tiada ubatan
Berikan ubatan yang dibekalkan

Rekodkan/kemaskini kesihatan kanak2

79

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

TERIMA KASIH

Teks : Nor Azura Ismail
Image : Koleksi peribadi & Carian Google

80

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

DAPATKAN Perkhidmatan dan produk saya yang lain :

Khidmat Perundingan Penubuhan TASKA TADIKA
 Bimbingan & Panduan
 Penyediaan dokumen pendaftaran dan perlesenan

TASKA TADIKA

Khidmat dan Bimbingan PersijilanKemahiran Malaysia
(kelas penuh @ secara pentauliahan)

- Bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

81

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

RM 30
Ebook Panduan Perniagaan TASKA

Percuma
o Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

o Lampiran Aktiviti Kanak-Kanak
o Lampiran RPA TASKA

o EBOOK Tahap Perkembangan kanak-kanak

82

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

RM 25
Ebook 50 Koleksi Idea Kreatif

Permainan Kanak-Kanak
Percuma

o Koleksi gambar tambahan Idea Kreatif Permainan
o Lampiran Aktiviti Kanak-Kanak
o Lampiran RPA TASKA

o EBOOK Tahap Perkembangan kanak-kanak

83

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Ebook Panduan Mendidik Anak RM 30
Percuma Ebook

84

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Ebook Anak Pintar Cerdas RM 27
Percuma Ebook

85

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Rahsia Rezeki RM 20 Rahsia Sedekah RM 20

86

PANDUAN SOP PENGENDALIAN KANAK – KANAK DI TASKA

Rahsia Penulis RM 37

Nor Azura Ismail
http://pnnorazuraismail.blogspot.com
[email protected]

87


Click to View FlipBook Version