50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
50 KOLEKSI IDEA KREATIF PERMAINAN KANAK-KANAK
Penulis : Nor Azura Ismail
Teks : Nor Azura Ismail
Imej : Koleksi Peribadi dan Carian Google
Fanpage: http://Facebook Nor Azura/Norazura childcare practitioner
Emel : [email protected]
Blog : http://pnnorazuraismail.blogspot.com
1
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
2
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Ebook ini dihasilkan hanya untuk kegunaan di TASKA TADIKA sahaja.
Sebarang pengedaran atau penjualan semula ebook ini tanpa kebenaran bertulis
dari penulis adalah melanggar etika dan tidak dibenarkan sama sekali.
Sebarang bahan di dalam ebook panduan ini juga tidak boleh dicetak kembali,
dipindahmilik dalam apa jua format samada mekanikal, elektronik, rakaman,
fotokopi, imbasan atau dalam sebarang format simpanan bagi tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada penulis sendiri kecuali bagi tujuan ulasan.
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak
Copyright Mei 2015 oleh Nor Azura Ismail
Kemaskini edisi kedua - Januari 2017
Hakcipta Terpelihara
Disclaimer
Penulis adalah sedaya upaya memastikan ebook ini mengandungi maklumat dan
idea yang berguna dan bermanfaat kepada pembaca. Namun demikian penulis
tidak bertanggungjawab sekiranya koleksi idea yang dikongsi di sini tidak boleh atau
kurang sesuai digunakan. Semuanya bergantung kepada kreativiti pembaca sendiri.
Pembaca boleh menjadikan ebook ini sebagai panduan dalam melaksanakan aktiviti
permainan bersama kanak-kanak.
Penulis tidak boleh dianggap sebagai seorang pemberi nasihat professional dan
pakar akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Pembaca
disarankan mendapat bantuan pakar dan khidmat nasihat daripada badan
professional yang bertauliah.
Penulis juga tidak bertanggungjawab atas segala risiko, kehilangan dan liabiliti
samada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat dari penggunaan secara
langsung atau tidak langsung ebook ini.
3
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Tentang Penulis
Nama saya NorAzura Ismail. Saya telah berkecimpung selama lebih kurang 15
tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak ini. Walaupun saya mempunyai
kelulusan akademik yang berbeza dari bidang yang saya ceburi sekarang, kerana
minat saya telah memulakan karier saya dengan mengusahakan perniagaan
TADIKA TASKA sendiri disamping menjadi trainer jemputan.
8 tahun kemudian saya mengambil keputusan untuk bekerja semula dan jawatan
saya ialah sebagai Ketua Program ‘Childcare’ di sebuah Pusat Bertauliah Swasta.
Tugas saya ialah mengetuai segala program dan urusan yang melibatkan bidang
asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Di situ saya juga merupakan salah seorang
pengajar kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga dalam bidang
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.
Ketika genap 10 tahun penglibatan saya dalam bidang ini, saya telah diiktiraf
sebagai Pakar Pengajar di dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) di bawah
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sepanjang
penglibatan dalam bidang ini saya telah berpeluang mengikuti pelbagai kursus
berkaitan yang telah banyak meningkatkan pembangunan dan kemahiran diri saya
sendiri dalam bidang ini . Pernah juga terlibat di dalam siri pembangunan soalan
kemahiran, menjadi panel pembangunan NOSS kemahiran dan juga beberapa kali
terlibat sebagai penilai luar untuk peperiksaan akhir SKM.
Antara penglibatan lain saya dalam bidang ini ialah saya juga telah berpeluang
menjadi jurulatih dan fasilitator untuk Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
selain terlibat secara langsung sebagai penyelaras untuk kursus ini.
Terkini, saya masih aktif sebagai Pengajar Sijil Kemahiran Mahiran Malaysia dan
Diploma Kemahiran Malaysia. Saya akan terus bergiat aktif dalam bidang ini.
4
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Saya juga masih bergiat aktif dalam bidang ini. Selain dari aktif menulis blog
(http://pnnorazuraismail.blogspot.com), turut dalam perancangan untuk
menghasilkan seberapa banyak ebook berkaitan bidang yang saya ceburi. Saya
juga aktif memberi perkhidmatan perunding dan penubuhan TASKA, TADIKA, Pusat
Jagaan dan juga khidmat perunding berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia
secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu(PPT)
Matlamat jangka panjang saya ialah ingin terus aktif di dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak ini.
Nor Azura Ismail
5
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
ISIKANDUNGAN EBOOK
Pendahuluan dan Pengenalan
50 Koleksi Idea Permainan Kanak-Kanak
Koleksi Gambar Tambahan Idea Permainan Kanak-Kanak
Lampiran
Penutup
Isikandungan Ebook 50 koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak ini
mengandungi himpunan@koleksi pelbagai bahan permainan kanak-
kanak yang boleh dibuat sendiri di rumah maupun di TASKA TADIKA
dengan menggunakan bahan terpakai atau bahan yang murah dan
senang diperolehi. Koleksi ini saya kumpulkan dari pelbagai sumber
saya perolehi samada ketika saya mengikuti kursus, mengendalikan
bengkel@kursus, juga banyak daripada sumber google dan juga
melalui buku offline.
Tujuan pengumpulan koleksi idea kreatif permainan kanak-kanak ini
ialah untuk memudahkan para pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA
maupun ibu bapa sendiri mendapatkan idea yang mudah bagaimana
untuk menghasilkan bahan permainan ciptaan sendiri untuk anak-anak
dan seterusnya mengendalikan aktivit bersama kanak-kanak. Dengan
adanya koleksi yang terkumpul ini, diharapkan dapat memudahkan lagi
para pengasuh@pendidik TASKA TADIKA maupun ibu bapa yang peka
dan kreatif pada perkembangan anak-anak.
Ebook ini bukan hanya terdapat 50 koleksi bahkan saya telah berjaya
mencari dan mengumpul koleksi gambar tambahan untuk pembaca
semua.
6
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
PENDAHULAN
DAN
PENGENALAN
7
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Bermain adalah tugas hakiki kanak-kanak. Dunia kanak-kanak adalah bermain dan
terus bermain. Dengan kata lain, dalam kehidupan rutin seharian kanak-kanak
sedari bangun dari tidur, apa yang terlintas di fikiran mereka hanyalah bermain.
Kanak-kanak akan menggunakan apa sahaja di persekitaran mereka untuk
dijadikan bahan permainan mereka. Kanak-kanak memang kreatif dan mempunyai
daya imiginasi yang tinggi. Walaupan hanya ada sehelai kertas di depan mereka,
kanak-kanak masih boleh berimiginasi untuk menjadikan kertas tersebut sebagai
bahan permainannya. Begitu juga dengan seorang bayi akan mengambil apa sahaja
yang berada di sisinya sebagai bahan permainannya. Ada sahaja idea bahan
permainan anak. Bila bermain, kanak-kanak memang fokus sehingga kadang-
kadang tidak ingat untuk rehat dan makan.
8
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Sebenarnya bermain memang sangat perlu untuk kanak- kanak kerana dengan
bermain kanak-kanak akan meningkatkan kebolehan dan tahap perkembangannya
dari pelbagai aspek samada dari aspek fizikal, bahasa, pemikiran dan sebagainya.
Sekiranaya ada seorang kanak-kanak yang hanya duduk diam dan tidak mahu
bermain, ini merupakan tingkahlaku yang tidak normal, pasti, ada sesuatu telah
berlaku kepada kanak-kanak tersebut, mungkin dia demam.
Saya teringat sebuah kisah jiran saya dulu. Walaupun dia mempunyai anak kecil
yang berusia 3 tahun akan tetapi keadaan dalam rumahnya sentiasa tersusun
kemas dengan pelbagai peralatan hiasan seperti pasu-pasu kecil dan juga bunga-
bungaan. Memang agak pelik dan saya tertanya ,mengapa anaknya yang berusia 3
tahun itu, sedikit pun tidak mengusik barang-barang hiasan ibunya. Memang begitu
baik sekali nampaknya. Pada waktu itu, saya yang masih belajar memahami kanak-
kanak rasa sangat teruja akan sikap anak itu memandangkan di rumah saya sendiri
memang tidak boleh ada hiasan. Anak-anak yang masih kecil di rumah, pantang
nampak benda pelik sikit, habis semua di buatnya bermain. Kekadang bekas dan
cawan plastik di dapur pun hilang dibawa anak main masak-masak. Aduhai
memang pening.
Pada suatu hari saya sempat bertanya pada jiran itu apa rahsianya sehinga
anaknya begitu baik sekali. Kalau bertandang ke rumah saya pun, hanya duduk
diam disebelah ibunya. Jiran saya telah bercerita dengan bangganya bahawa
sebenarnya sedari anaknya baru pandai berjalan lagi, jiran saya telah memukul
tangan anak keciinya itu sekiranya anak itu cuba utuk mencapai barangan hiasan di
dalam rumah. Setiap kali dicuba akan ditepuk tangannya berkali-kali sehingga anak
itu faham bahawa barang hiasan dalam rumah memang tidak boleh disentuh apatah
lagi dibawa main. Bila anak dah mula faham arahan, jiran saya akan marah
anaknya dan pesan berkali-kali pada anak jangan usik barang hiasan di dalam
rumah. Apa yang dilakukan oleh jiran saya itu berterusan hinggalah kini anak itu
berusa 3 tahun. Kesannya memang anak itu kelihatan sungguh baik, duduk diam
dan tidak berani usik apa-apa pun di dalam rumah.
9
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Wahai para pembaca ibu bapa, pendidik maupun pengasuh semua, cuba tanya
pada diri anda sendiri, adakah itu yang dikehendaki oleh kanak-kanak? Betulkah
cara jiran saya itu mengajar anaknya?
Walaupun dari satu sudut anak itu kelihatan baik dan berdisplin, tetapi dari satu
sudut lain, ibunya telah menafikan hak anaknya untuk membelek, memegang,
meneroka, merasa, mencari pengalaman, menguji dan akhirnya bermain apa yang
disukainya. Kasihan bukan. Sifat semulajadi seorang kanak-kanak ialah ingin tahu,
ingin mencuba dan meneroka sesuatu yang baru ditemuinya. Kanak-kanak
mempunyai keingin dan daya imiginasi yang tinggi untuk dalam melakukan sesuatu
perkara.
Justeru itu, salah sama sekali jika anda tidak membenarkan dan menggalakkan
anak untuk bermain. Kalau agak-agak anda takut pasu-pasu di rumah pecah dan
membahayakan anak, jangan sesekali hiaskan rumah dengan pasu-pasu tersebut.
Tunggulah anak sudah besar dan dah bersekolah dan mereka memang sudah
faham. Sementara anak masih kecil, mereka memang perlukan bermain dan sangat
berkehendak kepada bahan@alat permainan yang menyeronokkan untuk mereka.
Peranan anda sebagai ibu bapa, pengasuh atau pendidik ialah menyediakan
persekitaran bermain yang kondusif (sesuai, selesa dan selamat untuk kanak-
kanak). Dalam konteks ini , peranan orang dewasa juga ialah untuk menyediakan
bahan@alat permainan untuk kanak-kanak. Anda juga perlu sentiasa ada idea
bahan permainan anak. Maknanya kenalah membeli permainan untuk anak-anak.
Tetapi ini tidak bermaksud anda perlu beli apa sahaja yang diminta oleh anak. Nanti,
anak akan naik lemak pula. Pilihan di tangan anda, jadi belilah permainan yang
anda rasa sesuai untuk dimain oleh anak-anak dan tentulah permainan tersebut
mampu dibeli oleh anda.
Oleh kerana anda perlu kena beli permainan untuk anak, apakata anda survey
sebentar harga barangan permainan di kedai@ di pasaraya. Amboi! ada yang
sampai mencecah ratusan ringgit.
10
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Kalau permainan biasa pun dan berkualiti sikit, harganya berpuluh-puluh ringgit.
Kalau anak anda hanya seorang dua, mungkin anda tidak kisah membelinya. Tetapi
kekadang, anda membeli sudahlah mahal, namun sebaik sahaja permainan itu tiba
ke tangan anak anda, tidak sampai seminggu habis diteroka dan di eksperimennya
sehingga kekadang tidak berupa permainan lagi. Anak-anak adalah kreatif? Tidak
percaya?
Cuba tanya ibu bapa yang ada anak kecil di rumah? Atau cuba tanya pada para
pendidik@pengasuh di TASKA? Berapa lama ketahanan permainan yang anda
beli? Sebab itulah kekadang di TASKA TADIKA, pengusaha hanya display je
barang permainan, tapi jarang beri kebebasan anak pilih permainan yang ada. Betul
tak? Kalau tak disimpan, alamatnya berkali-kali lah pihak TASKA TADIKA terpaksa
beli permainan baru memandang ianya merupkan pra syarat di TASKA TADIKA.
Saya tahu sebab saya sendiri pernah melalui pengalaman bersama
pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA dalam mengendali barang permainan
kanak-kanak ini. Sebenarnya salah kalau pihak TASKA TADIKA tidak membenarkan
anak main dengan peralatan permainan yang ada.
Bayangkan, kalau anda ada anak kecil 3 atau 4 orang, bagaimana pula? Daripada
asyik beli permainan, lebih baik beli makanan. Itu selalu yang saya katakan
memandangkan saya sendiri mempunyai anak yang ramai.
Pada hari ini saya sudah faham dan sudah tahu. Saya boleh jimatkan wang saya
dari asyik membeli permainan di kedai tetapi dalam masa yang sama, saya tetap
masih boleh sediakan bahan permainan sendiri di rumah untuk anak-anak saya.
Bagaimana caranya? Sekali lagi, anda perlu ada pelbagai idea bahan permainan
anak yang sepatutnya anda boleh sediakan sendiri. Macamana pula nak sediakan?
11
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Cuba lihat di persekitaran anda, ada pelbagai bahan atau peralatan yang anda ingin
buang tetapi sebenarnya boleh digunakan semula untuk mencipta peralatan
permainan untuk anak-anak. Permainan yang disediakan sendiri ini bukan sahaja
perlu disediakan oleh ibu bapa di rumah bahkan sangat digalakkan supaya di
sediakan oleh para pengasuh@pendidik di TASKA TADIKA masing-masing. Untuk
pengusaha TASKA TADIKA, ini adalah satu cara mengurangkan kos perniagaan
anda, tak perlu asyik beli barang permainan sahaja.
Adakah anda telah menyediakan bahan permainan yang sesuai untuk anak-anak?
12
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Jom saya tunjukkan apakah antara barang yang anda jangan buang lepas ni, tapi
anda kumpul dan anda gunakan bahan tersebut untuk dijadikan idea bahan
permainan anak.
Sepit baju Bekas roll tisu
Kotak ubat gigi Bekas telur
Majalah lama Tin minuman
13
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Botol minuman plastik
Straw terpakai
Pelbagai saiz kotak
Kotak minuman
Suratkhabar lama
Bekas sabun cecair pencuci pakaian
Semua bahan ini adalah bahan yang biasa kita pakai@guna @yang ingin kita buang
sehari-hari. Ada banyak lagi bahan yang berguna.
14
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Selain dari itu, anda cuma perlu sediakan bahan-bahan yang mudah dan murah
dibeli untuk membuat bahan permainan kanak-kanak ini. Antaranya;
Gam
Benang & Jarum
Kertas warna
Kad manila
Kertas keras
Kertas mah-jong
Polistrin
Peralatan warna/Alat tulis
Span
Gelang getah
Selotep
BANTLAH ANAK ANDA MENCAPAI POTENSI DIRINYA
15
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
Gambar di atas menunjukkan aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak
mengikut kurikulum PERMATA NEGARA
Tahukah anda, apakah kaitan antara bermain dengan aspek perkembangan
menyeluruh kanak-kanak? Aktiviti permainan dan melalui bermain, secara tidak
langsung dapat menggalakkan serta meningkatkan tahap perkembangan
pembelajaran kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan menyeluruh
seseorang kanak-kanak. Bila bermain, kanak-kanak memerlukan bahan permainan
bagi menjadikan sesi bermain lebih menyeronokkan.
Untuk menyediakan bahan permainan yang diperbuat sendiri dari pelbagai bahan
terpakai, bahan permainan tersebut perlulah menepati beberapa ciri seperti berikut;
16
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
1. Bahan permainan perlulah sesuai digunakan mengikut tahap umur dan
kebolehan kanak-kanak.
2. Bahan permainan diperbuat daripada bahan yang bersih dan selamat untuk
kanak-kanak.
3. Saiz bahan permainan juga sesuai mengikut tahap umur kanak-kanak.
4. Bahan permainan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi untuk kanak-
kanak bermain bersama-sama.
5. Bahan permainan disediakan dengan kreatif.
6. Kanak-kanak boleh diajak untuk bersama menyediakan bahan permainan
yang sesuai.
7. Bahan permainan yang di sediakan perlu dapat membantu menyumbang
kepada aspek perkembangan menyeluruh kanak-kanak secara langsung dan
secara tidak langsung.
17
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
50 KOLEKSI
IDEA KREATIF
PERMAINAN
KANAK-KANAK
18
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 1 : RAMA- RAMA CANTIK
BAHAN & PERALATAN
Pinggan Kertas warna putih
Batang aiskrim, Warna air/span
Spring bersalut, Gunting/‘Double side tape’
CARA BUAT (boleh buat bersama anak-anak)
1. Gunting pinggan kertas putih menjadi seperti bentuk sayap rama-rama. Boleh
juga guna pinggan kertas berwarni@bercorak.
2. Bancuhkan warna air (beberapa warna berlainan). Celupkan span dan tekap
secara rawak atas pinggan kertas yang telah digunting tadi.
3. Sapukan warna pada batang aiskrim. Bila catnya telah kering, tampal ‘double
side tape ‘ dan lekatkan sayap rama-rama di kedua-dua belah batang
aiskrim.Lukiskan mata rama-rama
4. Potong sepanjang 5 cm spring bersalut dan jadikan ia sebagai sesunggut
rama-rama. Dah siap seekor rama-rama yang cantik.
19
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
AKTIVITI CADANGAN :
Meningkatkan Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Kanak-Kanak. Siapkan beberapa kreativiti rama-rama dan ceritakan
mengenai kehidupan rama-rama agar kanak-kanak dapat mengenali rama-
ramayang cantik. Menggunakan bahan kreativiti sambil mengimiginasi rama-
rama sedang terbang.
Sebelum bahan siap, anak-anak boleh bersama menghias rama-rama
mengikut kreativiti dan imiginasi mereka sendiri bagi meningkatkan
Perkembangan Kreativiti mereka.
20
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 2 : MOBILE BILIK BAYI
BAHAN & PERALATAN
Bekas penutup aiskrim@kertas keras
Pelbagai jenis@warna tutup botol@kertas warna
Manik kecil (jika perlu), Tali
CARA BUAT
1. Dengan menggunakan tali , sambungkan semua penutup botol dan manik
dalam bentuk untaian. Buat beberapa untaian. (4 untaian ). Boleh gunakan
kertas warna.
2. Tebuk 6 lubang pada penutup bekas aiskrim, 4 lubang di setiap bahagiaan
tepinya dan 2 lagi lubang di bahagian tengah penutup aiskrim.
3. Ikat setiap untaian pada setiap lubang bahagian tepi penutup aisrim.
4. Letak tali pada 2 lagi lubang bahagian tengah penutup untuk tujauan
mengantung mobile nanti.
5. Mobile boleh digantung di bilik pada jarak yang sesuai dengan pandangan
mata bayi.
AKTIVITI CADANGAN :
Selain dapat menceriakan bilik bayi, ia boleh digunakan sebagai aktiviti untuk bayi.
Gantung mobile dari jarak penglihatan yang sesuai mengikut umur bayi. Biarkan bayi
mengikut pegerakan mobile yang berayun kiri kanan bila terkena kipas.
21
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 3 : KERETA DARIPADA PINGGAN POLISTRIN
BAHAN & PERALATAN
Pinggan polistrin, Warna Krayon, Marker pen/ Kertas putih, Penutup botol
Kertas kad warna hitam, Gam Uhu & Gam biasa, Gunting
CARA BUAT (boleh buat bersama anak)
1. Potong pinggan polistrin kepada setengah bahagian. Lukiskan dua suku
bulatan untuk dijadikan tingkap kereta pada pinggan polistrin.
2. Minta anak-anak warnakan pinggan polistrin tersebut dengan warna krayon.
Biar anak-anak pilih warna yang mereka suka.
3. Sementara itu potong kertas kad hitam kepada kepingan bersaiz kecil.
Dengan guna gam uhu , lekatkan penutup botol pada kepingan kertas kad
hitam tadi.
4. Lekatkan nombor pada setiap kereta polistrin yang telah siap, guna kertas
putih.
22
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
AKTIVITI CADANGAN :
Boleh buat bersama anak-anak. Biarkan mereka menghias kereta mengikuti
kreativiti dan imiginasi mereka. Bila kereta dah siap, beri pada anak-anak dan
sekali lagi biarkan mereka berimiginasi seperti sedang memandu kereta. Main
bersama rakan-rakan atau sendirian.
23
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 4 : RUMAH DARI KOTAK
24
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
BAHAN & PERALATAN
Beberapa kotak terpakai saiz sederhana
Kertas warna, Gunting @pisau lipat, Gam
CARA BUAT
1. Anda perlu potong 3 kotak yang bersaiz sederhana kepada 2 bahagian.
Jadikan kotak seperti ini.
Tebuk lubang empatsegi untuk dijadikan tingkap@ pintu
2. Potong 2 kotak lagi seperti ini.
3. Tebuk juga lubang empatsegi jika perlu untuk dijadikan tingkap. Hias kotak.
25
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
4. Potong pula kotak menjadi 3 kepingan seperti ini.
5. Letak kotak selang seli atas bawah dan juga sebelah menyebelah ikut
kreativiti anda sehingga terhasil sebuah rumah kotak. Anda boleh ajak anak-
anak untuk hias rumah kotak ini bersama-sama anda.
ATAU
Dengan menggunakan satu kotak yang bersaiz sederhana, tebuk lubang
untuk dijadikan pintu dan tingkap. Hias rumah kotak bersama kanak-kanak.
AKTIVITI CADANGAN :
Sekarang boleh main sama-sama anak. Biar anak berimiginasi dengan rumah
tersebut. Boleh juga digunakan untuk aktiviti main peranan atau main olok-olok.
Anak-anak boleh letakkan perabot ciptaan sendiri di dalam rumah tersebut. Jika
kanak-kanak main bersma-sama rakannya, aktiviti ini dapat meningkatkan
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal Kanak-Kanak dan juga
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian.
26
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 5 : KOTAK BENTUK (SHAPE BOX)
27
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
BAHAN & PERALATAN
Sebuah kotak bersaiz sederhana
Kertas warna
Gunting @pisau lipat, Gam
CARA BUAT
1. Ambil satu kotak bersaiz sederhana.
2. Tebuk beberapa lubang pada kotak menjadi beberapa bentuk, ikut pilihan
anda. (segiempat, bulat, segitiga)
3. Hiaskan kepingan kotak yang telah menjadi bentuk tadi dengan kertas warna
atau anda boleh warnakan kepingan kotak tersebut dengan warna air.
4. Hiaskan juga kotak utama tadi.
5. Sekarang anda boleh ajak anak main masukkan kepingan kotak ke dalam
kotak utama mengikut bentuk pada lubang kotak.
AKTIVITI CADANGAN :
Untuk menggalakkan Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran logik Kanak-
Kanak.
Kanak-kanak boleh belajar berfikir dengan permainan ini. Mereka akan cuba
masukkan kepingan bentuk melalui lubang yang betul dan sesuai sambil mengenali
bentuk-bentuk yang berlainan.
28
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 6 : KETUHAR DARIPADA KOTAK
BAHAN & PERALATAN
KOTAK TERPAKAI (Kotak VCD, kotak dapur masak), Boleh juga guna kotak kasut
Beberapai helai kertas warna (berlainan warna), Gam/Gunting
29
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
CARA BUAT
1. Cari kotak berbentuk segiempat tepat bersaiz sederhana
2. Gamkan atau selotepkan keliling kotak supaya kemas dan tidak terbuka.
3. Potong bahagian depan kotak (seperti dalam gambar) untuk dijadikan ruang
pemanas ketuhar. Jangan potong habis. Bahagian terpotong dijadikan pintu
pembuka ketuhar.
4. Ambil lagi kotak dan potong menjadikan tray pemegang ketuhar.
5. Dengan kotak juga, gunting untuk dijadikan gambar makanan.
6. Hiaskan dengan gambar makanan. Boleh juga dilukis.
AKTIVITI CADANGAN :
Main masak-masak @ main peranan bersama rakan-rakan.
Boleh meningkatkan Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-
kanak.
30
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 7 : MOBILE DARIPADA KERTAS WARNA @
KERTAS MAJALAH
BAHAN & PERALATAN
Kertas keras /kotak, Benang @ Tali,
Kertas majalah@Kertas warna
31
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
CARA BUAT
1. Kertas keras atau kotak dipotong bulat untuk dijadikan bahagian atas tempat
mengantung mobile.
2. Boleh juga digantung terus dari siling.
3. Gunting kertas majalah menjadi bentuk hati dalam kuantiti ikut pilihan anda.
Lagi banyak lagi baik kerana mobile akan nampak banyak juntaian.
4. Buat lubang kecil pada setiap keping kertas bentuk hati dan cantumkan guna
tali atau benang. Buat seperti untaian, panjangnya ikut pilihan anda.
5. Satu lagi cara, ialah dengan membuat banyak gelung kertas dari kertas
warna. Cantumkan menjadi untaian yang panjang.
AKTIVITI CADANGAN :
Letakkan mobile ini berdekatan dengan kipas angin di bilik bayi untuk mencantikkan
dan menceriakan bilik bayi
Mobile seperti ini juga boleh digunakan untuk menceriakan bilik aktiviti kanak-kanak.
32
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 8 : JOM BALING BOTOL KE LUBANG KOTAK
BAHAN & PERALATAN
Sebuah kotak, Kertas warna terpakai atau kertas suratkhabar.@ kertas majalah
Selotape, Gunting atau pisau lipat
CARA BUAT
1. Ambil kotak saiz sederhana. Tebuk lubang di tengah kotak.
2. Supaya lebih kreatif hiaskan kotak anda dengan menarik. Buat ini dengan
kanak-kanak. Hias kotak dengan tampalan kertas majalah atau kertas warna
terpakai.
3. Pastikan saiz lubang di tengah sesuai dengan bola anda.
4. Sekarang boleh buat bola sendiri daripada kertas.
5. Keronyokkan beberapa helai kertas suratkhabar@majalah hingga menjadi
sebiji bola. Gunakan selotep untuk kemaskan bola.
AKTIVITI CADANGAN :
Hias kotak bersama kanak-kanak. Galakkan Perkembangan Fizikal kanak-kanak
dengan meminta anak baling bola masuk ke dalam kotak. Jarakkan ikut kebolehan
anak.
33
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 9 : APARTMENT TINGGI
BAHAN & PERALATAN
Bekas air minuman@susu segar, Warna air
Berus cat, Marker pen
CARA BUAT
1. Bersihkan bekas minuman. Warnakan bekas minuman dengan warna poster.
2. Tampal lukisan tingkap atau lukiskan sahaja imej seperti tingkap dan pintu
untuk dijadikan seperti apartment.
3. Senang sahaja kan.
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh kenalkan anak-anak dengan jenis rumah. Boleh juga biar anak-anak
main bebas sambil berimiginasi sendiri.
34
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 10 : HELIPKOPTER DARI BEKAS TELUR
BAHAN & PERALATAN
Bekas telur, Kertas keras, Warna air/ Gam, Gunting
CARA BUAT
1. Potong@Gunting bekas telur menjadi kecil kepada satu bahagian tempat
meletak sebiji telur sahaja.
2. Potong lagi bekas telur untuk dijadikan ekor helipkopter.
3. Sekarang, hiaskan bekas telur dengan mewarnakannya. Gunakan warna
poster.
4. Setelah siap, boleh gunting kertas keras menjadi bentuk seperti kipas
helipkopter dan lekatkannya di bahagian atas helikopter.
Jimat nya, boleh buat banyak helikopter selepas ni.
AKTIVITI CADANGAN :
Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran. Mengenali kenderaan di
udara dan cara helicopter bergerak. Boleh juga bagi anak main bebas sambil
berimiginasi. Tunjukkan pada anak-anak gambar helipkopter yang sebenar.
35
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 11 : TOPENG BURUNG HELANG
BAHAN &PERALATAN
Kotak
Kertas warna, Gam
CARA BUAT
1. Topeng kotak ini sangat senang dan mudah sekali dibuat.
2. Gunakan kotak sederhana besar yang boleh dimasukkan ke dalam kepala
kanak-kanak atau diguanakan oleh pendidik dalam sesi bercerita.
3. Lipat penutup bahagian bawah atau atas kotak ke dalam untuk menghasilkan
lubang.
4. Kemaskan kotak supaya tidak tertanggal.
5. Buat lubang kecil untuk bahagian mata supaya senang melihat.
6. Sekarang boleh hias kotak dengan hiasan muka burung helang atau
binatang lain. Hiaskan kotak supaya nampak lebih kreatif.
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh main peranan atau bercerita dengan anak-anak, kisah burung helang di
hutan. Topeng kotak boleh diubahsuai menjadi binatang lain mengikut kesesuaian.
36
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 12 : HIDUPAN DALAM AIR – KOTAK AQUARIUM
Tutup bahagian belakang kotak, tampal kertas biru dan gambar
tumbuhan air.
37
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
BAHAN & PERALATAN
Kotak, Kertas keras, Benang, Marker pen/ Warna air,
Tutup botol, Kertas warna terpakai,
CARA BUAT
1. Potong kotak seperti dalam gambar.
2. Di kertas keras, lakarkan gambar ikan atau hidupan yang lain. Warnakan dan
gunting ikut bentuknya. Lakarkan juga gambar daun-daun dalam aquarium.
3. Ambil tutup botol. Tebuk lubang kecil di atas tutup botol tersebut. Tebuk juga
lubang kecil pada kertas keras bentuk ikan dan sebagainya tadi.
4. Masukkan benang ke tutup botol dan sambung benang pada bentuk haiwan
tersebut.
5. Pastikan tutup botol diletakkan di bahagian atas kotak.
6. Biarkan himej hidupan laut tergantung pada bahagian atas kotak.
7. Hiaskan kotak aquarium dan dasarnya dengan gulungan-gulungan kecil
kertas warna terpakai dan kepingan yang dijadikan seperti daun.
38
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh buat aktiviti bercerita mengenai haiwan dalam air@laut. Aktiviti ini boleh
meningkatkan Perkembangan Deria dan Dunia Persekitaran kanak-kanak.
Sambil itu anda boleh pusing-pusingkan tutup botol agar kelihatan haiwan seperti
bergerak. Untuk lebih kreatif , anda boleh hiaskan bahagian belakang kotak dengan
kertas warna biru yang melambangkan air dan tampal gambar tumbuhan dalam air
pada kertas biru tersebut.
Selain itu, sebelum aquarium siap, ajak kanak-kanak yang besar sama-sama
menghias aquarium tersebut.
39
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 13 : ULAR DARI STOKIN
BAHAN & PERALATAN
Stokin yang tidak digunakan lagi
Perca kain, Riben, Jarum & Benang, Gam
CARA BUAT
1. Untuk membuat permainan ini, anda perlukan lebih kurang 10 ke 12 stokin
kaki.
2. Gunting bahagian yang bergetah pada stokin.
3. Masukkan kain perca di dalam stokin supaya stokin nampak berisi dan padat.
4. Sekarang anda perlu sambung semua stokin dengan menjahit hujung ke
hujung setiap stokin tersebut.
5. Gunting sedikit perca kain untuk dijadikan mata ular. Kemudian potong sedikit
riben merah untuk dijadikan lidah ular.
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh gunakan model ular ini untuk sesi bercerita mengenai kisah haiwan di
hutan. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran.
40
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 14 : MASUKKAN BOLA @ JOM MENGIRA
BAHAN & PERALATAN
Bekas roll tisu, Kertas warna, bakul terpakai
Bola pingpong, Double side tape
CARA BUAT
1. Anda boleh lekatkan bekas roll tisu ke dinding seperti dalam gambar.
2. Sediakan bola pingpong.
3. Letakkan bakul seperti dalam gambar
AKTIVITI CADANGAN :
Permainan ini boleh meningkatkan kemahiran Fizikal dan Awal Matematik dan
Pemikiran Logik sekiranya kanak-kanak bermain mengira pingpong.
Anda boleh jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti asas mengira kepada kanak-kanak 4 ,
5 dan 6 tahun. Untuk kanak-kanak yang lebih muda, anda boleh minta anak-anak
masukkan bola pingpong dalam bekas roll tisu tersebut.
41
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 15 : GELONGSORKAN BOLA
BAHAN & PERALATAN
Kotak, Bola kecil
Kertas warna untuk buat bola
CARA BUAT
1. Potong kotak bentuk panjang seperti dalam gambar.
2. Lipat di hujung kedua-dua bahagian tepi kepingan kotak panjang tersebut.
3. Letakkan kotak dalam keadaan menurun dari tempat lebih tinggi.
4. Gunakan bola kecil sediada atau buat bola berwarna dengan kertas warna.
AKTIVITI CADANGAN :
Golekkan bola atas kotak dari bahagian atas kotak. Anak-anak boleh lihat bola
bergolek dari kotak tersebut.. Permainan ini meningkatkan perkembangan fizikal
kanak-kanak.
42
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 16 : PADAN DAN SUSUN
BAHAN & PERALATAN
Bekas roll tisu, Warna air
Pen marker
CARA BUAT
1. Potong roll tisu kepada beberapa saiz ikut kesesuaian. Jadikan ia dalam
kuantiti yang banyak
2. Warnakan roll tisu tersebut dan anda boleh tulis nombor atau anda boleh lukis
objek.
3. Minta kanak-kanak yang lebih besar susun nombor ke atas mengikut turutan
nombor.
4. Hasilkan beberapa objek yang sama warna.
5. Bagi kanak-kanak yang kecil, padankan roll dengan warna yang sama.
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh main aktiviti padanan objek. Untuk anak-anak TADIKA mereka boleh
belajar mengenali nombor atau huruf.
43
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 17 : JOM NAIK BOT
BAHAN & PERALATAN
Bekas Aiskrim
Tin susu
Batang Aiskrim
Kertas keras
Marker pen /Warna air
Getah@tali
CARA BUAT
1. Warnakan bekas aiskrim, tin susu dan juga batang aisrim. Hiaskan seperti
dalam gambar
2. Lekatkan tin susu di atas bekas aiskrim. Kemudian lekatkan juga batang
aiskrim di bahagian depan bekas.
AKTIVITI CADANGAN : Beri kanak-kanak main sendiri sambil mengenalkan kepada
kanak-kanak kenderaan yang bergerak di atas air. Anda boleh bawa gambar
kenderaan lain yang bergerak di atas air
44
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 18 : JOM MASUKKAN OBJEK DALAM KOTAK
BAHAN & PERALATAN
Kotak kasut@kotak tisu
Kertas keras/Kertas warna
CARA BUAT
1. Ambil kotak tisu@kotak kasut. Anda boleh hiaskan kotak dengan cantik
seperti balut kotak dengan kertas warna.
2. Buat beberapa lubang sepanjang 5cm pada kota seperti lubang tabung.
3. Ambil kertas keras dan potong dalam bentuk kepingan ikut saiz lubang pada
kotak. Hiaskan kepingan tersebut.
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh ajak anak-anak masukkan kepingan ke dalam kotak melalui lubang yang
telah dibuat. Kalau tidak ada kepingan kad tadi boleh juga gunakan siling. Anak-
anak pasti akan fokus untuk cuba memasukkan kepingan ke dalam kotak dan
meneruskan dapat meningkatkan koordinati mata-tangan kanak-kanak.
45
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 19 : KAPALTERBANG KOTAK
BAHAN & PERALATAN
Kotak
Gunting
Marker pen
CARA BUAT
1. Senang sahaja, anda cuma perlu hias kotak seperti rupa kapalterbang yang
simple. Buat corak menarik pada kotak kapal terbang tersebut.
AKTIVITI CADANGAN :
Ajak kanak-kanak sama-sama hias kotak.
Anak-anak boleh masuk dalam kotak dan berimiginasi sendiri seperti sedang
memandu kapalterbang. Buat beberapa kotak kapalterbang dan main bersama.
Permainan ini boleh meningkatkan Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan
Kerohanian kanak-kanak.
46
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 20: GELANG TUTUP BOTOL UNTUK BAYI
BAHAN & PERALATAN
Pelbagai tutup botol minuman
Tali
Gunting
47
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
CARA BUAT
1. Tebuk lubang kecil di tengah tutup botol. Sediakan tutup botol yang banyak.
2. Masukkan tali melalui lubang pada setiap tutup botol tersebut dan jadikan ia
seperti gelang.
3. Sudah siap.
AKTIVITI CADANGAN:
Anda boleh bagi pada bayi yang berumur 10 – 12 bulan untuk main dengan gelang
botol ini. Pastikan tutup botol tiada sebarang bucu atau permukaan yang tajam.
Untuk kanak-kanak yang lebih besar, sediakan tutup botol ini dalam kuantiti yang
banyak, dan minta kanak-kanak asingkan ikut warna atau saiz. Juga boleh main
susun tutup botol.
48
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 21 : GELANG KAIN UNTUK BAYI
BAHAN & PERALATAN
Pelbagai perca kain
Benang/jarum
CARA BUAT
1. Anda perlu gunting perca kain dalam bentuk segiempat tepat ikut saiz
sebesar dan sepanjang mana gelung yang anda inginkan.
2. Kemudian, anda perlu masukkan perca kain yang lain ke dalam perca lain
yang telah digunting bentuk segiempa tepat tadi.
3. Sekarang jahit dari hujung ke hujung kain segiempat tepat tadi dan
cantumkan hingga bentuk membulat menjagi gelung.
4. Kemaskan ia.
AKTIVITI CADANGAN:
Gelung ini boleh diberi main kepada bayi atau kanak-kanak tatih.
49
50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail
IDEA 22 : MOBILE KERTAS GANTUNG
BAHAN & PERALATAN
Kertas majalah
Benang /jarum @Plastik terpakai
CARA BUAT
1. Gunting kertas majalah dalam bentuk bulat kecil. Sediakan dalam kuantiti
yang banyak.
2. Boleh juga gunakan plastik terpakai.
3. Cucuk benang ke jarum dan cantumkan setiap helaian kertas tadi rapat-rapat.
4. Cantum sepanjang yang anda suka.
5. Gantungkan pada siling untuk dijadikan mobile.
AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh jadikan mobile @hiasan bilik bayi dan kanak-kanak
50