The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2021-08-08 10:12:39

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

Keywords: 50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 23 : JOM MAIN KERETA

BAHAN & PERALATAN
Kotak terpakai

Kereta mainan kecil , warna air

CARA BUAT
1. Bentangkan dan lebarkan kotak seperti dalam gambar. Kalau rajin, anda
boleh hiaskan kotak supaya nampak lebih kreatif.
2. Gunakan kereta kecil sediada.
3. Anda boleh juga buat kereta sendiri daripada kotak terpakai.

AKTIVITI CADANGAN :
Beri kanak-kanak kereta kecil dan biar mereka main kereta atas kotak tersebut.

51

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 24 : ULAT BULU

BAHAN & PERALATAN

Bekas telur, pen marker
Warna air, straw

Spring bersalut, gam

52

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

CARA BUAT

1. Gunting tempat bekas telur ikut panjang yang anda suka.
2. Lukiskan mata ulat bulu dengan pen marker
3. Warnakan dan hiaskan menjadi seperti ulat bulu.
4. Cucuk spring bersalut pada bahagian kepala ulat bulu untuk dijadikan

sesunggut.
5. Untuk jadikan kaki ulat bulu, tebuk lubang di bahagian atas ulat bulu dan

masukkan straw (seperti dalam gambar)

AKTIVITI CADANGAN :
Sesi bercerita tentang kisah ulat bulu atau beri anak main bebas.
Meningkatkan perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran.

Lagu Ulat Bulu:
Ada si ulat bulu
Punya kaki seribu
Siapa curi kakiku, kakiku
Jikalau tak tak dapat
Terpaksa ku melompat
Dengan kaki seribu, kurang satu.

53

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 25 : LEBAH COMEL

BAHAN & PERALATAN

Bekas roll tisu
Warna air

Kertas keras

CARA BUAT
1. Gunting kertas keras, buat bentuk bulat. Lukiskan bahagian untuk dijadikan
muka lebah.
2. Gunting juga kertas keras tadi bentuk sayap lebah dan juga untuk sesunggut
lebah.
3. Warna dan hiaskan roll tisu.
4. Dah jadi lebah yang comel

AKTIVITI CADANGAN:
Mengenali lebah dan main bebas.

54

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 26 : RUMAH BESAR

BAHAN & PERALATAN

Kotak besar
Warna air

CARA BUAT
1. Sediakan kotak besar seperti kotak televisyen atau kotak peti sejuk.
2. Potong bahagian untuk dijadikan pintu dan tingkap rumah.
3. Warnakan dan hiaskan rumah ini.

AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh ajak anak main pondok. Pastikan anak boleh masuk ke dalam kotak ini.
Main bersama dengan rakan-rakan sebaya. Permainan ini dapat meningkatkan
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian kanak-kanak.

55

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 27 : TENG TENG NOMBOR

BAHAN & PERALATAN
Kertas Mahjong@kertas kotak
Kertas warna,Gam
Warna air

56

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

CARA BUAT

1. Sediakan 2 atau 3 keping kertas mahjong. Cantumkan kertas mah-jong
tersebut.

2. Potong kertas warna bentuk empat segi dan tampal nombor di atasnya. Anda
juga boleh tulis nombor guna pen marker.

3. Susun nombor seperti dalam permainan tent-teng.
4. Hiaskan sekeliling kertas mahjong tersebut.
5. Teng teng juga boleh dibuat menggunakan kotak yang dipotong dan

dicantumkan menjadi bentuk teng teng.
6. Balutkan kotak dengan kertas warna atau pun warnakan kepingan kotak

dengan warna yang berlainan.

AKTIVITI CADANGAN :
Ajak anak main teng-teng sambil mengira nombor. Permainan teng teng boleh
meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh melompat sambil
mengira nombor atau pun mengenal warna pada petak teng teng. Ini boleh
meningkatkan Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik kanak-kanak.

57

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 28 : BOWLING BOTOL

BAHAN & PERALATAN
Botol minuman, warna air, kertas putih
Warna spray/Marker pen
Kertas majalah@suratkhabar

CARA BUAT

1. Spray botol minuman dengan warna-warna yang berlainan. Anda boleh tulis
nombor pada botol-botol tersebut.

2. Ataupun balut botol dengan kertas putih. Tlis nombor atau warnakan kertas
putih pada botol tersebut.

3. Buat bola dengan menggunakan kertas majalah atau suratkhabar.

AKTIVITI CADANGAN:
Susun botol dan ajak anak main bowling. Anak-anak juga boleh belajar kenal warna
atau nombor pada botol.

58

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 29 : MARACAS

BAHAN & PERALATAN
Tin Minuman@ Botol mineral , Kertas

Selotep@getah, Kacang hijau@batu kecil, pelbagai manik kecil berwarna
CARA BUAT

1. Cuci bekas tin minuman atau botol mineral hingga bersih.
2. Masukkan sedikit kacang hijau @ batu kecil @ manik berwarna ke dalam

tin@ botol mineral. Anda boleh masukkan apa saja dalam tin@ botol yang
berlainan untuk menghasilkan bunyi yang berlainan.
3. Tutup tin@botol dengan kemas supaya bahan di dalamnya tidak terkeluar.
4. Sekarang, anda perlu hias tin@botol tersebut mengikut kreativiti anda

AKTIVITI CADANGAN:
Tin berisi kacang hijau ini sesuai di buat alat muzik untuk kegunaan kanak-kanak.

59

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 30 : JOM SUSUN TIN

BAHAN & PERALATAN

Tin susu
Kertas majalah

Gam

CARA BUAT

1. Bersihkan bekas tisu susu. Pastikan bahagian permukaan tin tersebut tidak
tajam.

2. Sekarang anda boleh hias tin susu tersebut mengikut kreativiti anda.

AKTIVITI CADANGAN:
Susun tin susu bertingkat. Main seperti main bowling.

60

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 31 : DAPUR MASAK SAYA

61

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

BAHAN & PERALATAN

Pelbagai saiz kotak pembungkus
Pinggan/cawan polistrin, kotak, tutup botol

Botol mineral, Kertas keras, Kertas A4

62

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

CARA BUAT

1. Anda boleh guna kotak-kotak pembungkus seperti kotak sabun, kotak ubat
gigi @ kotak biskut. Gunakan kretaiviti anda untuk menghasilkan peralatan di
dapur menggunakan kotak-kotak tersebut.

2. Anda boleh cipta dapur masuk, peti sejuk dan sebagainya. Beri anak main.

AKTIVITI CADANGAN :
Anak-anak boleh main masak-masak @ main peranan. Tentu seronok dapat main
masak-masak olok-olok.

63

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 32 : KETUHAR @ OVEN

BAHAN & PERALATAN

Kertas warna
Kotak saiz sederhana

Gam/gunting

CARA BUAT

1. Pilih kotak saiz agak sederhana
2. Potong bahagian depan kotak untuk dijadikan pintu ketuhar.
3. Balutkan kotak dengan kertas warna yang berwarna seakan warna ketuhar.
4. Hiaskan ketuhar tersebut.

AKTIVITI CADANGAN :
Main masak-masak juga

64

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 33 : CARTA BUAH-BUAHAN

BAHAN & PERALATAN
Polistrin, Warna air

Gunting@pemotong polistrin
CARA BUAT

1. Mula-mula anda perlu lakar gambar buah-buahan di atas polistrin putih yang
besar.

2. Gunakan pemotong polistrin untuk memotong gambara tersebut. Boleh juga
menggunakan pisau lipat.

3. Warnakan gambar buah-buahan tersebut.
4. Hasilkan pelbagai jenis buah-buahan.

AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh gunakan prop buah-buahan ini sebagai bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran aktiviti kanak-kanak.
Kenali jenis buah-buahan. Permainan ini meningkatkan kemahiran Deria dan
Pemahaman Dunia Persekitaran kanak-kanak.

65

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 34 : BUKU BESAR/BUKU SKRAP
BUKU CERITA

66

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

67

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

BAHAN & PERALATAN
Kad manila@kotak, Kertas majalah/Kertas warna
Kertas A4, Alat tulis, kertas lembut

CARA BUAT
Anda boleh hasilkan buku cerita bersaiz besar untuk anak-anak. Gunakan kad
manila untuk dijadikan helaian buku. Boleh juga guna kotak kalau inginkan buku
yang agak keras. Hiaskan buku ikut kesesuaian bahan pembelajaran@aktiviti anak-
anak.

AKTIVITI CADANGAN:
Gunakan sebahgai bahan pengajaran bagi sesi bercerita.

68

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 35 : GULA-GULA GIANT

BAHAN & PERALATAN
Bekas keropok kentang@ Roll tisu

Kertas pembalut hadiah@kertas majalah

CARA BUAT
Letakkan bekas atas kertas majalah atau kertas hadiah dan gulung seperti kertas
gula-gula.

AKTIVITI CADANGAN :
Berikan permainan ini kepada bayi umur 10 – 12 bulan untuk aktiviti main bebas.

69

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 36 : ACUAN/PUZZLE BENTUK

BAHAN & PERALATAN
Kad keras
Warna air
Gunting

CARA BUAT
1. Lukiskan pelbagai bentuk di atas kad keras berwarna putih.
2. Sekarang anda boleh potong bentuk yang telah dilukis itu.
3. Warnakan bentuk tersebut.
4. Hiaskan kad keras tersebut. Pastikan ruang bentuk yang ditinggalkan tadi
tidak dipotong@digunting hingga terputus.

AKTIVITI CADANGAN :
Gunakan sebagai bahan pembelajaran. Anda boleh minta anak untuk sesuaikan
bentuk dengan acuannya.

70

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 37 : PUZZLE BUAH

BAHAN & PERALATAN

Kepingan kotak@kad keras
Warna air
Gunting

CARA BUAT

1. Anda boleh gunakan kotak atau kertas keras untuk untuk melukis beberapa
gambar buah-buahan atau anda boleh lukis apa sahaja

2. Gunting@potong gambar dari kotak@kertas keras tersebut berhati-hati.
3. Kemudian anda gunakan pensil untuk lukiskan garisan sebagai penanda bagi

menceraikan gambar tersebut kepada beberapa kepingan puzzle.
4. Gunting mengikut garisan tersebut untuk dijadikan kepingan kecil. Beberapa

banyak kepingan puzzle pada gambar bergantung kepada umur anak.

AKTIVITI CADANGAN :
Susun dulu puzzle dalam bentuk asalnya, kemudian ceraikan kepingan di hadapan
anak . Minta anak berfikir bagaimana untuk mencantum semula kepingan puzzle
tersebut.

71

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 38 : ULAT BULU KAIN

BAHAN & PERALATAN

Perca kain
Benang/jarum

CARA BUAT

1. Potong @gunting perca kain kepada beberapa kepingan empatsegi. Saiz
mengikut kesesuaian anda

2. Masukkan perca kain yang telah digunting kecil ke dalam kepingan kain
bersaiz segiempat ini. Buatkan ia bentuk membulat atau sedikit membujur
untuk dijadikan badan ulat bulu.( 3@ 4 bahagian)

3. Cantumkan semua bahagian badan ulat.
4. Hiaskan.

AKTIVITI CADANGAN :
Boleh dijadikan soft toys untuk anak-anak tatih bermain.

72

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 39 : GELUNG DARI KERTAS MAJALAH

BAHAN & PERALATAN
Kertas majalah@kertas suratkhabar, Air, Selotep

CARA BUAT

1. Basahkan kertas dengan air. Keroyokkan kertas dan bentukkan menjadi
gelung besar.

2. Biarkan kering seketika.
3. Supaya gelung lebih kemas, selotepkan sekeliling gelung tersebut.

AKTIVITI CADANGAN :
Bila gelung dah siap, anda boleh main di padang bersama anak-anak.

73

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 40 : DOH BUAT SENDIRI

74

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

BAHAN & PERALATAN

Tepung gandum
Minyak
Garam

Pewarna makanan

CARA BUAT

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Campurkan dan uli sehingga
lembut dan sehingga menjadi doh.

2. Bentukkan doh menjadi pelbagai rupa, contoh bentuk doh menjadi kuih muih.
Ajak anak-anak bentuk doh bersama.

AKTIVITI CADANGAN :

Meningkatkan Perkembangan Kreativiti kanak-kanak.
Buat bentuk dari doh, juga dapat menggalakkan perkembangan moto halus kanak-
kanak.

75

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 41 : MASUKKAN TALI DALAM LUBANG

BAHAN & PERALATAN

Kertas keras @ kotak
Tali kasut

Pensil warna
Pen marker
Penebuk lubang

CARA BUAT
Anda boleh guna kertas keras atau kotak yang dilakar dengan bentuk haiwan yang
anda suka. Warnakan dan hiaskan. Kemudian tebuk lubang sekeliling bentuk
haiwan tersebut menggunakan penebuk lubang.

AKTIVITI CADANGAN :
Kanak-kanak boleh masukkan tali mengikut lubang yang ada. Aktiviti seperti ini
dapat menguatkan moto halus kanak-kanak.

76

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 42 : MENARA BERKEMBAR KUALA LUMPUR

BAHAN & PERALATAN
Kotak minuman@kotak susu
Bekas roll tisu
Pinggan polistrin
Kertas warna
Gam

CARA BUAT
1. Mula-mula kena hiaskan dulu kotak minuman dan bekas tisu roll tersebut
dengan kertas warna. Untuk jadikan seperti banguna, hiaskan dengakap
lukiskan dan sebagainya.
2. Sambungkan roll tisu seperti dalam gambar .

77

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

AKTIVITI CADANGAN :
Anda sudah boleh kenalkan anak-anak dengan bangunan menara berkembar ini.
Mungkin selepas iru anda boleh bawa anak-anak pergi lawatan. Boleh juga
tunjukkan pada anak-anak gambar menara bergambar yang sebenarnya.

78

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 43 : TOPENG HAIWAN

Lilit kepala

79

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

BAHAN & PERALATAN

Kad manila@kotak
Warna air
Gunting

Pen marker, tali

80

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

CARA BUAT

1. Mula-mula anda perlu lakar dahulu topeng haiwan pilihan anda di atas kad
manila ataupun kepingan kotak. Lengkapkan gambar dan warnakan.

2. Gunting topeng mengikut bentuk dan sambung dengan lilitan kepala yang
juga dibuat menggunakan kertas manila

AKTIVITI CADANGAN :
Anda boleh adakan aktiviti bercerita kepada kanak-kanak dengan menggunakan
topeng haiwan ini sebagai bahan prop haiwan.

81

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 44 : JOM BELAJAR BENTUK

BAHAN & PERALATAN

Kertas warna
Tali, pen marker

Straw

CARA BUAT

1. Potong@gunting kertas dalam beberapa bentuk – contoh segiempat,
segitiga. Hiaskan dan lekat pada straw sebagai alat pemegang.

AKTIVITI CADANGAN:
Anda boleh mengajar anak-anak mengenali pelbagai bentuk dengan cara bermain.

82

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 45 : WATAK SESI BERCERITA

BAHAN & PERALATAN
Senduk kayu (boleh beli di kedai RM2)
Benang kait
Marker Pen
Kertas warna

CARA BUAT
1. Mula-mula anda perlu lukis beberapa raut wajah watak yang anda
rancangkan.
2. Lepas tu, gunting benang kait, lekatkan di ats senduk untuk dijadikan rambut.
Anda boleh juga letakkan beberapa hiasan pada senduk.

AKTIVITI CADANGAN : Sekarang anda boleh jalankan sesi bercerita bersama
anak-anak. Sebagai contoh anda boleh bercerita mengenai watak-watak dalam
keluarga.

83

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 46 : KAWAN-KAWAN SAYA

BAHAN & PERALATAN

Batang Aiskrim
Kertas keras
Pensil warna
Benang kait
Gam

CARA BUAT

1. Di atas kertas keras lakarkan bentuk pakaian samada baju lelaki atau
perempuan. Warnakan dan hiaskan. Anda boleh minta anak-anak untuk
tolong warna dan juga hiaskan pakaian ini.

2. Selesai dihias, gamkan pakaian pada batang aiskrim
3. Lekatkan benang kait sebagai rambut

AKTIVITI CADANGAN :

Anda boleh beri permainan ini untuk anak-anak untuk main peranan, iaitu anak-anak

boleh bermain olok-olok sesama mereka menggunakan watak-watak batang aiskrim

ini. Tajuk main peranan boleh jadi tajuk ‘kawan-kawan saya’

84

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 47 : DAPUR IBU SAYA

BAHAN & PERALATAN

Kotak kek@ sebarang kotak
Kertas warna
Pen marker
Gam

CARA BUAT

1. Cari kotak kek @ anda boleh guna kotak bersaiz sederhana. Potong
bahagian sebelah atas kotak untuk dijadikan ruang yang terbuka.

2. Sementara itu, fikirkan peralatan dan perabot di dapur , kemudian reka
perabot tersebut menggunakan kotak atau kertas keras. Contoh perabot di
dapur ialah dapur masak, meja makan, kabinet dapur dan kerusi. Hiaskan
perabot dengan kertas warna.

3. Hias dapur anda mengikuti kreativiti anda.

AKTIVITI CADANGAN:
Bila dapur dah siap, boleh beri kanak-kanak main peranan juga. Tentu merek
seronok. Sebelum beri anak main, anda boleh bercerita kepada anak-anak
mengenai ruang dapur serta kegunaannya.

85

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 48: JOM BALING GELUNG KE BOTOL@KON

BAHAN & PERALATAN

Kertas warna@Kertas majalah, kad manila, kertas keras
Botol, warna air, Pasir, Selotep

86

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

CARA BUAT

1. Masukkan pasir ke dalam botol supaya botol tegap berdiri.
2. Untuk membuat gelung , anda boleh gula kertas majaalah. Dan bentukkan

menjadi gelung. Gunakan selotep sekeliling gelung supaya gelung lebih
kemas.
3. Kon juga boleh diperbuat daripada kertas kad manila. Bentukkan kad manila
menjadi kon. Lekat dengan selotep.
4. Letak dan tekapkan kertas keras di bawah kon supaya kon tidak jatuh dan
dapat berdiri tegap.
5. Hias kon samada dengan kertas warnaatau warna air.

AKTIVITI CADANGAN :

Permainan ini boleh dimain di luar kawasan rumah@TASKA atau di ruang aktiviti
yang luas. Minta kanak-kanak beratur dan mengikut giliran untuk membaling gelung
ke dalam botol pasir atau ke dalam kon kertas.. Anda akan melihat betapa teruja
anak untuk membaling gelung tersebut. Anda boleh ubah jarak kanak-kanak
membaling gelung dengan botol@kon kertas mengikut kebolehan anak.
Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan Fizikal kanak-kanak.

87

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 49 : RAMA-RAMA BOTOL

BAHAN & PERALATAN

Botol air mineral
Kertas keras berwarna

Kertas warna
Warna poster
Straw minuman
Gam@ double side tape

CARA BUAT

1. Warnakan botol dengan warna kesukaan anda.
2. Sementara menunggu warna kering, lakar bentuk sayap rama-rama, gunting

dan hiaskan.
3. Sekarang lekatkan sayap pada botol. Hiaskan bahagian depan botol seperti

dalam gambar.

AKTIVITI CADANGAN :
Bercerita mengenai kitaran hidup rama-rama.

88

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 50 : TELEFON

BAHAN & PERALATAN

Tin susu
Penebuk lubang

Tali

CARA BUAT
1. Gunakan 2 biji bekas tin susu. Tebuk di tengah-tengah bahagian dasar tin.
2. Sambungkan tali pada kedua-dua tin susu tersebut.
3. Jika suka, hiaskan tin tersebut.

AKTIVITI CADANGAN:
Beri anak main seperti telefon. Pastikan tiada bucu tajam pada tin.
Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan sahsiah diri kanak-
kanak.

89

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 51 : GITARKU

BAHAN & PERALATAN Bekas tisu Roll, kertas kotak
CARA BUAT Kotak tisu, Tali@getah
Kertas warna, warna air

1. Mula-mula hiaskan kotak tisu terlebih dahulu. Tengok gambar.
2. Susun tali@getah pada kotak tisu tersebut.
3. Akhir sekali letakkan bekas tisu roll di bahagian tepi kotak tisu tersebut.
4. Gitar juga boleh diperbuat daripada kertas kotak. Warna dan hiaskan gitar.

AKTIVITI CADANGAN : Main muzik, gitar saya.

90

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 52 : MARI PARKIR KERETA

91

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

BAHAN DAN PERALATAN

Kepingan kotak, Pen marker,
kertas berwarna, gam, kereta kecil

CARA BUAT

1. Bentangkan kertas kotak.
2. Lukiskan petak-petak parkir dengan menggunakan pen marker.
3. Tampal sedikit kertas warna-warna berlainan di atas petak parker.
4. Sediakan kereta-kereta kecil berlainan wara.

AKTIVITI CADANGAN:
Minta kanak-kanak gerakkan kereta dan parkir kereta pada petak yang sama warna
mengikut warna kereta.
Aktiviti permainan ini menyeronokkan untuk dimain bersama rakan sebaya. Ia dapat
meningkatkan kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik kanak-kanak.

92

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 53 : CONTENGAN BEBAS

BAHAN DAN PERALATAN :
Pen Marker, Sehelai kertas A4 @ Kertas Lukisan

AKTIVITI CADANGAN:
Berikan sehelai kertas A4 atau kertas lukisan kepada kanak-kanak. Berikan juga
sebatang pen marker pelbagai warna. Biar kanak-kanak buat contengan bebas di
atas kertas.

93

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 54 : TAMPALAN BERGAMBAR

BAHAN DAN PERALATAN:
Warna Pensil, Kertas Lukisan, Kertas A4, Pensil, Gunting, Gam

CARA BUAT :
1. Ambil kertas lukisan dan lukisan apa sahaja objek berdasrkan tajuk aktiviti.
2. Warnakan gambar objek tersebut dengan pensil warna.
3. Gunting kemas gambar objek tersebut.

AKTIVITI CADANGAN:
Berikan kanak-kanak sehelai kertas A4. Berikan juga gambar objek yang telah
digunting. Berdasarkan tajuk aktiviti yang diberi, minta kanak-kanak tampal semula
gambar objek pada kertas A4 di ruangan yang betul dan sesuai mengikut kebolehan
kanak-kanak. Minta kanak-kanak bercerita mengenai gambar tersebut.

94

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 55 : BELON GERGASI BERWARNA

BAHAN DAN PERALATAN :
4 keping Kertas Mahjong, Warna Air, Selotep

CARA BUAT:
1. Lakarkan gambar belon besar di setiap kertas mah-jong (4 kertas mah-jong)
2. Warnakan belon-belon tersebut dengan warna berlainan.
3. Cantumkan 4 kertas mah-jong tersebut menggunakan selotep.

AKTIVITI CADANGAN :
Bentangkan kertas mah-jong lukisan belon yang besar tersebut.
Minta kanak-kanak main lompat ke atas belon sambil memasang lagu. Ikut kreativiti
pendidik bagaimana menjadikan aktiviti permaianan ini menyeronokkan untuk
kanak-kanak.
Kanak-kanak juga boleh belajar mengenali warna.

95

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 56 : KOTAK-KOTAK BLOK

BAHAN DAN PERALATAN :
Pelbagai jenis kotak pelbagai saiz, contoh kotak ubat gigi, kotak sabun dan
sebagainya.
Kertas warna@kertas majalah

CARA BUAT :
1. Balut kotak-kotak tersebut dengan kertas warna atau kertas majalah untuk
dijadikan blok.

AKTIVITI CADANGAN :
Selerakkan kotak-kotak blok di hadapan kanak-kanak. Bimbing kanak-kanak main
kotak seperti main blok.

96

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 57 : GELUNG BERTALI

BAHAN DAN PERALATAN:
Kertas warna atau kertas majalah(saiz A4), stapler, tali, gunting

CARA BUAT :
1. Gunting kertas warna menjadi
2. Satu kertas A 4 boleh dipotong 5.
3. Gulung kertas yang telah dipotong, stapler untuk sambungkan kertas.
4. Sediakan tali yang sesuai.

AKTIVITI CADANGAN :
Minta kanak-kanak masukkan gulungan kertas ke dalam tali.

97

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 58 : KOTAK-KOTAK KECIL

BAHAN DAN PERALATAN :
Kotak bersaiz kecil spt kotak mancis atau kotak boleh diperbuat sendiri, kertas
warna, kepingan kotak
Kotak set pin tudung@brooch, selotep, gunting

98

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

CARA BUAT:

1. Gunakan kotak mancis jika ada, balut kotak dengan kertas warna pelbagai.
2. Jika tiada kotak mancis, kotak-kotak kecil boleh dibuat sendiri dengan

menggunakan kepingan kotak yang dibentuk menjadi kotak-kotak kecil.
3. Gunakan kotak set pin tudung. Balut dengan kertas warna seperti dalam

gambar.

AKTIVITI CADANGAN :
Main seperti main blok. Untuk galakkan Perkembangan Awal Matematik dan
Pemikiran Logik, minta kanak-kanak main asingkan kotak-kotak samada mengikut
warna atau ikut saiz kotak.

Untuk permainan kotak set pin tudung, padankan kepingan dengan warna yang
sama pada kotak set pin tudung tersebut.

99

50 Koleksi Idea Kreatif Permainan Kanak-Kanak Nor Azura Ismail

IDEA 59 : ASINGKAN OBJEK

BAHAN DAN PERALATAN:
Bekas muffin, beberapa jenis objek kecil terpakai atau yang mudah didapati.

AKTIVITI CADANGAN :
Kemaskan bekas muffin.
Selerakkan pelbagai jenis objek kecil. Minta kanak-kanak masukkan objek sama
jenis dalam setiap ruang bekas muffin.

100


Click to View FlipBook Version