The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2021-08-12 12:02:04

RPA BERTEMA 1

RPA BERTEMA 1

Keywords: RPA BERTEMA 1

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

RANCANGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI
(RPA) BERTEMA DI TASKA

Tema LAMPIRAN 1 :

1. HARI GURU
2. HARI IBU
3. PEKERJAAN
4. CUACA
5. PAKAIAN
6. BONUS TEMA : BULAN RAMADHAN

Sebarang bahan di dalam EBOOK panduan ini tidak boleh dicetak kembali,
dipindahmilik dalam apa jua format samada mekanikal, elektronik, rakaman,
fotokopi, imbasan atau dalam sebarang format simpanan bagi tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada penulis sendiri kecuali bagi tujuan ulasan.

RPA TASKA ADALAH UNTUK KEGUNAAN TASKA ANDA SAHAJA.

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) BERTEMA di TASKA
Copyright Mei 2017 oleh Nor Azura Ismail
Hakcipta Terpelihara

1

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Disclaimer
Penulis adalah sedaya upaya memastikan ebook ini mengandungi RPA yang terkini
dan lengkap yang mengikut format dalam Kurikulum PERMATA NEGARA. Namun
demikian penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang perubahan
format tanpa dijangka dalam membangunkan RPA ini.
Penulis juga telah sedaya upaya menghasilkan RPA yang terbaik untuk digunakan
oleh para pendidik di TASKA. Sebarang salah guna terhadap RPA ini adalah tidak
dibenarkan sama sekali. Penjualan semula Ebook ini tanpa kebenaran dan
pengetahuan dari penulis juga adalah suatu kesalahan dan dilarang sama sekali
kecuali telah mendapat kebenaran dari penulis.
Penulis tidak boleh dianggap sebagai seorang pemberi nasihat professional dalam
bidang kewangan, perakauan, perniagaan atau undang-undang kepada pembaca.
Pembaca disarankan mendapat bantuan pakar dan khidmat nasihat daripada yang
berkelayakan.
Penulis juga tidak bertanggungjawab atas segala risiko, kehilangan dan liabiliti
samada secara peribadi atau tidak yang berlaku akibat dari penggunaan secara
langsung atau tidak langsung

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) BERTEMA di TASKA
Teks : Nor Azura Ismail
[email protected]
Image : Carian Google

Nor Azura Ismai

2

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Tentang Penulis

Nama saya NorAzura Ismail. Saya telah berkecimpung selama lebih dari 17 tahun
dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Walaupun saya mempunyai
kelulusan akademik yang berbeza dari bidang yang saya ceburi sekarang, kerana
minat saya telah memulakan karier saya dengan mengusahakan perniagaan
TADIKA TASKA sendiri disamping menjadi trainer jemputan.

8 tahun kemudian saya mengambil keputusan untuk bekerja semula dan jawatan
saya ialah sebagai Ketua Program ‘Childcare’ di sebuah Pusat Bertauliah Swasta.
Tugas saya ialah mengetuai segala program dan urusan yang melibatkan bidang
asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Di situ saya juga merupakan salah seorang
pengajar kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga dalam bidang
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak.

Ketika genap 10 tahun penglibatan saya dalam bidang ini, saya telah diiktiraf
sebagai Pakar Pengajar di dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) di bawah
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sepanjang
penglibatan dalam bidang ini saya telah berpeluang mengikuti pelbagai kursus
berkaitan yang telah banyak meningkatkan pembangunan dan kemahiran diri saya
sendiri dalam bidang ini . Pernah juga terlibat di dalam siri pembangunan soalan
kemahiran, menjadi panel pembangunan NOSS kemahiran dan juga beberapa kali
terlibat sebagai penilai luar untuk peperiksaan akhir SKM.

Antara penglibatan lain saya dalam bidang ini ialah saya juga telah berpeluang
menjadi jurulatih dan fasilitator untuk Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
PERMATA NEGARA selain pernah terlibat secara langsung sebagai penyelaras
untuk kursus ini.

Kini, saya masih ingin bergiat aktif dalam bidang ini. Saya aktif menulis blog
(http://pnnorazuraismail.blogspot.com) dan mengendalikan pelbagai bengkel
asuhan dan didikan kanak-kanak di bawah syarikat saya sendiri iaitu Norazura
Training and Consultancy. Saya juga dalam perancangan untuk menghasilkan
beberapa buah ebook berkaitan. Selain itu, saya juga aktif memberi perkhidmatan
perunding dan penubuhan TASKA, TADIKA, Pusat Jagaan dan juga khidmat
perunding berkaitan Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu(PPT)

Matlamat jangka panjang saya ialah ingin terus aktif di dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak ini dan akan terus menyalurkan ilmu yang berkaitan. Semoga
usaha saya di berkati dan dapat memberi manfaat kepada industri Pendidikan Awal
Kanak-Kanak.

Nor Azura Ismail

3

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

SINGKATAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN SAHSIAH, PSSEKR
SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN PF
PERKEMBANGAN FIZIKAL
PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK PAMPL
DAN PEMIKIRAN LOGIK PDPDP
PERKEMBANGAN DERIA DAN PBKLA
PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN BAHASA, PKE
KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL
PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN
ESTETIKA

NOTA:

1. RPA ini dihasilkan mengikut tahap perkembangan kumpulan umur kanak-
kanak 3 – 4 tahun sahaja sebagaimana panduan di dalam Modul Kurikulum
PERMATA Negara yang memfokuskan aktiviti BERTEMA untuk kanak-kanak
3 – 4 tahun sahaja.

2. Namun, pendidik boleh menyesuaikan RPA ini mengikut umur dan bilangan
serta situasi persekitaran kanak-kanak jika perlu.

3. Cara perancangan dan pelaksanaan sesuatu akltiviti bergantung kepada
tahap perkembangan dan kebolehan kanak-kanak itu sendiri.

4. Pendidik digalakkan menyediakan bahan aktiviti yang diperbuat sendiri dari
bahan terpakai atau dari bahan kos rendah.

5. Pendidik perlu kreatif dalam mempelbagaikan cara pengendalian aktiviti. RPA
ini sekadar memberi panduan dan idea kepada para pendidik.

6. Adalah diharapkan RPA yang telah dihasilkan ini dapat memberi manfaat dan
digunakan sebaiknya oleh semua pendidik TASKA dan mereka yang
berkaitan dengannya.

4

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) BERTEMA
Apakah definisi aktiviti bertema?
Aktiviti bertema adalah aktiviti yang memfokuskan kepada perkara@subjek tertentu.
Tema yang dipilih perlulah berkaitan perkara atau subjek yang;

i. Berkaitan pengalaman yang biasa dilalui oleh kanak-kanak
ii. Sesuatu yang diminati oleh kanak-kanak
iii. Latar belakang diri dan keluarga kanak-kanak
iv. Persekitaran yang terdapat disekeliling kanak-kanak
v. Masa sesuatu aktiviti itu berlaku

Berikut adalah prinsip keberkesanan pengajaran bertema: ( rujukan; Buku Modul
PERMATA Negara)

 Berkait terus dengan pengalaman dan budaya kehidupan seseorang,
masa , tempat, minat dan latarbelakang.

 Mereangkumi konsep untuk meneroka dan mengetahui dengan lebih
mendalam.

 Melalui aktiviti yang disepadukan daripada 6 bidang pembelajaran.
 Menngabungjalinkan antara komponen, isi pembelajaran dan proses.
 Satu usaha untuk mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai

pembelajaran serta pemikiran kreatif.
 Maklumat yang disampaikan dengan penglibatan kanak-kanak secara

langsung dan mereka boleh memahami dan melihatnya.
 Aktiviti disampaikan dengan cara dan emosi kanak-kanak.
 Melibatkan keluarga kanak-kanak dan komuniti.
 Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

5

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Memahami Kanak-Kanak (sumber; Buku Modul PERMATA Negara)

Siapakah kanak-kanak?
Mengikut takrifan Konvention Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC, 1989), kanak-kanak
adalah individu yang berumur 18 tahun ke bawah.
Mengikut Akta Kanak-Kanak 1984, juga kanak-kanakadalah individu yang berumur
18 tahun ke bawah.

Berikut adalah kategori kanak-kanak dalam beberapa peringkat mengikut UNESCO;
Bayi : 0 – 1 tahun
Kanak-Kanak Tatih : 1- 2 tahun
Awal Kanak-Kanak : 2- 4 tahun
KAnak-Kanak: 4 – 6 tahun
Pertengahan Kanak-kanak : 7 – 12 thun
Remaja: 13 – 16 tahun
Awal Belia : 17 – 18 tahun

Mengikut perspektif Kurikulum PERMATA Negara, Kanak-kanak ialah insan yang
fitrahnya ialah senantiasa ingin tahu dan sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru.
Kanak-kanak telah mula belajar sejak di dalam kandungan lagi. Dia belajar
memahami perasaan dan apa sahaja tindakan ibunya yang turut memberi kesan
sahsiah dan emosi kepada dirinya yang berada di dalam kandungan tersebut. Inilah
langkah pertama yang akan membentuk sahsiah dan sikapnya kelak.
Kanak-kanak adalah individu yang sangat unik yang mempunyai pelbagai potensi
diri yang tersendiri. Sejak lahir lagi, kualiti dirinya boleh diperkembangkan dari
pelbagai aspek seperti fizikal, emosi, rohani, sosial dan intelek.

Kajiantelah menunjukkan bahawa 3 tahun pertama umur kanak-kanak adalah tahap
kritikal untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Pada umur 3 tahun ini, kanak-kanak
telah membina sebanyak 1,000 trilion jaringan neuron dalam otak iaitu kira-kira dua
kali ganda yang ada pada otak orang dewasa.

6

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Apabila umurnya menjelang 10 tahun, sedikit demi sedikit minda kanak-kanak ini
akan mula tepu dengan maklumat.
Paling penting untuk diketahui ialah kanak-kanak belajar melalui pengalaman
mereka bermain setiap hari. Pada waktu tempoh umur yang kritikal inilah, setiap
aspek perkembangan kanak-kanak perlu digalakkan dan diperhatikan oleh orang
dewasa

Pendekatan Aktiviti Bertema di TASKA

Pendekatan Bertema adalahsalah satu pendekatan aktiviti yang digunakan dalam
merancang aktiviti yang dapat mengalakkan pelbagai aspek perkembangan kanak-
kanak di TASKA.
Selain memberi maafaat kepada kanak-kanak pendekatan pembelajaran secara
bertema juga banyak membantu dan memudahkan pendidik untuk merancang dan
menyediakan tajuk aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak.
Sebaiknya, perancangan aktiviti bertema ini perlu dibuat dalam takwim awal tahun di
TASKA supaya para pendidik mempunyai masa untuk mencari dan mengumpul
maklumat dan idea berkaitan tema yang akan dijalankan.

Berikut dalah aspekperkembangan kanak-kanak mengikut kurikulum PERMATA
NEGARA

 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Keohanian
 Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
 Perkembangan Fizikal
 Perkembagan Deria dan Pemahaman Dunia Persekiaran
 Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
 Perkembangan Kreativiti dan Estetika

7

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

EBOOK RPA AKTIVITI BERTEMA DI TASKA – LAMPIRAN 1 :
1. HARI GURU
2. HARI IBU
3. PEKERJAAN
4. CUACA
5. PAKAIAN
6. BONUS TEMA : BULAN RAMADHAN

8

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

RANCANGAN PELAKSANAAN
AKTIVITI (RPA) BERTEMA
TEMA :HARI GURU

9

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIO-EMOSI DAN KEROHANIAN

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang
Perkembangan Terima kasih cikgu
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
Objektif
KEROHANIAN
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh menghormati cikgu di TASKA

(PSSEKR)

1. Kanak-Kanak boleh menunjukkan rasa penghargaan

kepada cikgu di TASKA (PSSEKR)

2. Kanak-Kanak boleh menyanyikan lirik lagu berkaitan

penghargaan kepada cikgu (PBKLA)

3. Kanak-kanak boleh memegang dan salam tangan

cikgunya (PF)

Ruang Aktiviti TASKA
i. ‘DIY’ buku besar tajuk; ‘ Cikgu TASKA saya’ atau

gunakan kad imbasan gambar cikgu.
ii. Lagu dari ‘You tube’; Tajuk – Terima kasih cikgu

(Upin Ipin)

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
pelaksanaan 2. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-

kanak duduk di dalam satu bulatan.

10

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

3. Pendidik mula mengucapkan salam dan ucapan selamat
pagi kepada kanak-kanak sambil menggalakkan kanak-
kanak juga menjawab ucapan tesebut.

4. Pendidik mula bertanya kepada kanak-kanak;
“ Siapa suka pergi TASKA?”
“ Di TASKA, boleh jumpa siapa?”
“Siapa sayang pada cikgu?”

5. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak bahawa kanak-
kanak mesti selalu berbuat baik kepada cikgu kerana
cikgu adalah orang yang mengasuh dan mendidik kanak-
kanak. Pendidik juga beritahu bahawa cikgu juga sentiasa
sayang kepada semua anak-anak di TASKA.

6. Pendidik keluarkan sebuah buku besar (buat sendiri) atau
kad imbasan (buat sendiri) bertajuk ‘Cikgu TASKA saya’.
Dalam buku tersebut, terdapat gambar tugas-tugas cikgu
di TASKA seperti mandikan kanak-kanak atau sikat
rambut kanak-kanak. Pendidik mula bercerita dan berbual
dengan kanak-kanak berkaitan tajuk buku tersebut.

7. Pendidik bercerita dan berbual dengan gaya serta aksi
yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak.

8. Pendidik beritahu kanak-kanak yang mereka perlu hormat
dan tunjukkan rasa penghargaan kepada cikgu; antaranya
dengan salam dan cium tangan cikgu sambil
mengucapkan ‘ terimakasih cikgu’

9. Pendidik tunjukkan demo dan minta semua kanak-kanak
berbaris lalu bersalaman dengan pendidik sambil ucapkan
terimakasih.

10. Pendidik bimbing agar kanak-kanak dapat memahami
bagaimana meluahkan rasa penghargaan kepada cikgu.

11

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Perhatian 11. Pendidik pasangkan lagu dari tajuk ‘ Terima kasih cikgu’
Refleksi Pendidik dan minta kanak-kanak nyanyi bersama-sama sambil
salam dan ciun tangan cikgu.

12. Pendidik terus beri bimbingan kepada kanak-kanak
berbuat demikian dan beri pujian kepada kanak-kanak
yang telah lakukan.

13. Pendidik beri galakan lagi jika adakanak-kanak malu atau
tidak mahu bersalaman dengan pendidik.

14. Pendidik ulang beberapa kali lagu tersebut sambil minta
kanak-kanak bersama menyanyikannya.

15. Pendidik ulang lagi aktiviti menyanyi sambil salam tangan
cikgu lagi.

16. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih
pula kepada kanak-kanak.

1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

selamat

Refleksi Kanak-
Kanak

12

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang
Perkembangan Kad Ucapan Hari Guru
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
Objektif
Kanak-kanak sudah boleh menghias kad ucapan mengikut
Tempat/Ruang kreativitinya sendiri(PKE)
Bahan
1. Kanak-Kanak boleh menmbuat kolaj pelbagai dalam
menghias kad ucapan gergasi
– Selamat hari Guru ( PKE)

2. Kanak-Kanak boleh menghias kad ucapan gergasi
bersama-sama dalam kumpulan (PSSEKR)

3. Kanak-kanak boleh mengucapkan 3 baris ayat berbentuk
ucapan kepada cikgunya (PBKLA)

Ruang Aktiviti
i. Manila kad ( 2 helai) yang telah di lipat dua dan
dilakar.
ii. Gambar semua guru di TASKA
iii. Serbuk@serpihan asahan pensil
iv. Kertas warna
v. Kacang hijau
vi. Daun hijau

13

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

vii. Gam putih
viii. Apron

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
pelaksanaan 2. Pendidik memulakan aktiviti dengan mengajak kanak-

kanak menyanyikan lagu ‘ Good Morning to You’ – versi
lagu ‘ Happy Birthday’

Good Morning to You (2x)
Good Morning (2x)
How are you today

3. Pendidik kemudian ucapkan sekali lagi;Salam, Selamat
Pagi dan ‘Good Morning’

4. Pendidik bercerita kepada kanak-kanak mengenai
sambutan hari guru.

5. Pendidik beritahu aktiviti yang akan dijalankan sempena
hari guru iaitu menyediakan dan menghias kad ucapan
gergasi ‘ Selamat Hari Guru’ dengan cara buat kolaj
pelbagai bahan.

6. Pendidik bantu kanak-kanak memakai apron.
7. Pendidk keluarkan dan perkenalkan bahan-bahan

kepada kanak-kanak satu persatu.
8. Pendidik tunjukkan contoh cara bagaimana menghasilkan

kolaj dari bahan-bahan tersebut.
9. Pendidik bahagikan kanak-kanak kepada 2 kumpulan.

Setiap kumpulan diberi sehelai kad manila lipat dua yng
telah dibuat lakaran ayat ‘Selamat Hari Guru’.
10. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak ayat tersebut dan
minta kanak-kanak sebut sama-sama ayat tersebut.
11. Pendidik minta kanak-kanak mula membuat kolaj pada
kad manila mengikut kreativiti mereka sendiri.
12. Pendidik beri peluang kepada kanak-kanak buat kolaj
mengikut bahan-bahan yang mereka pilih sendiri.

14

Perhatian NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

13. Pendidik beri bimbingan berterusan dan galakan agar
kanak-kanak terus menghasilkan kolaj yang kreatif
bersama-sama dalam kumpulan.

14. Pendidik minta kanak-kanak tampal gambar guru secara
rawak di dalam kad ucapan tersebut.

15. Setelah kad ucapan gergasi siap dihias, pendidik minta
kanak-kanak berdiri memegang kad sambil membimbing
kanak-kanak mengucapkan ayat berikut.
Pendidik sebut dan minta kanak-kanak ikut.

Selamat Hari Guru.
Terima kasih Cikgu
Saya sayang cikgu saya

16. Pendidik minta kanak-kanak ulang sebut beberapa kali.
17. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak atas aktiviti

yang berjaya dilakukan itu.
18. Pendidik ambil kad ucapan gergasi dan letakkan di

tempat yang sesuai agar semua kanak-kanak boleh
melihatkad tersebut.
19. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak
bersama-sama mengemas tempat aktiviti.
20. Pendidik ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.

1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
3. Pastikan tiada bahan yang merbahaya di tempat aktiviti.
4. Pastikan bahan-bahan untuk kolaj yang digunakan

adalah bersih, sesuai dan selamat.
5. Pastikan kanak-kanak memakai apron
6. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.

15

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

16

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang
Perkembangan Hadiah untuk cikgu
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN FIZIKAL
Objektif
Kanak-kanak sudah boleh melipat kertas secara bebas (PF)
Tempat/Ruang
Bahan 1. Kanak-Kanak boleh membalut kotak hadiah (PF)
2. Kanak-Kanak boleh menghias kotak hadiah mengikut

kreativiti mereka (PKE)
3. Kanak-kanak boleh merasa teruja memberikan hadiah

kepada cikgu (PSSEKR)
Ruang Aktiviti

i. Pelbagai hadiah kecil seperti ‘key chain’ , penanda
buku dan pen. (ikut bilangan kanak-kanak)

ii. Kotak-kotak kecil terpakai ( ikut bilangan kanak-
kanak) seperti kotak ubat gigi, kotak sabun dan
sebagainya.

iii. Kertas majalah terpakai@kertas iklan
iv. Selotep
v. Gunting
vi. Bahan untuk hiasan kotak

17

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bertanyakan khabar

kanak-kanak.
3. Pendidik minta kanak-kanak berdiri dan bersama-sama

ucapkan ayat ‘Selamat Hari Guru’ kepada pendidik.
4. Pendidik minta kanak-kanak duduk dalam bulatan dan

beritahu kanak-kanak antara cara untuk menghargai
guru ialah dengan memberikan hadiah tanda terima
kasih.
5. Pendidik beritahu aktiviti yang akan dijalankan iaitu
menyediakan kotak hadiah kepada semua cikgu di
TASKA.
6. Pendidik berikan dulu sehelai kertas majalah kepada
kanak-kanak dan minta kanak-kanak lipat bebas.
7. Pendidik kemudiannya keluarkan pelbagai saiz kotak
kecil dan minta kanak-kanak pilih satu kotak yang
disukainya.
8. Pendidik beritahu yang hadiah akan dimasukkan ke
dalam kotak lalu pendidik keluarkan hadiah-hadiah kecil
dan minta kanak-kanak masukkan ke dalam kotak
masing-masing.
9. Sambil beritahu yang kotak tersebut akan dibalut seperti
kotak hadiah, pendidik ambil kertas majalah atau kertas
iklan dan tunjukkan cara bagaimana membalut hadiah
tersebut. Pendidik lekatkan selotep agar balutan kotak
menjadi kemas.
10. Pendidik beri kanak-kanak kertas majalah atau kertas
iklan dan minta kanak-kanak pula cuba balut kotak
hadiah masing-masing.
11. Pendidik bimbing, beri galakan dan bantu kanak-kanak
balut kotak jika perlu.

18

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Perhatian 12. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak yang berjaya
Refleksi Pendidik balut kotak menjadi kotak hadiah.

13. Pendidik tunjukkan contoh menghias kotak menjadi
lebih cantik misalnya dengan meletakkan riben kecil
pada kotak.

14. Pendidik minta kanak-kanak pula hias kotak hadiah
mengikut kreativiti mereka sendiri.

15. Setelah siap, pendidik minta kank-kanak pegang kotak
hadiah masig-masing dan berikan kepada mana-mana
guru di TASKA.

16. Pendidik bimbing kanak-kanak beri hadiah sambil
ucapkan ayat ‘ Selamat hari Guru’.

17. Pendidik tanyakan perasaan kanak-kanak melakukan
aktiviti tersebut.

18. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima
kasih.

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood
yang baik.

2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.

Refleksi Kanak-
Kanak

19

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu
Umur 3 – 4 tahun Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang
Perkembangan Mari Mengecam huruf
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI
Objektif
AWAL
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh mengenalpasti huruf-huruf bentuk

abjad(PBKLA)

1. Kanak-Kanak boleh mengikut sebutan huruf yang
membentuk perkataan ‘CIKGU’ satu persatu. (PBKLA)

2. Kanak-Kanak boleh mencari dan memadankan huruf
perkataan ‘Cikgu’ dengan bimbingan. (PAMPL)

3. Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu ‘Guruku tersayang’

dengan penuh perasaan (PSSEKR)

Ruang Aktiviti TASKA

i. Huruf-huruf yang membentuk perkataan CIKGU

( 6 set)

CIKGU

ii. Gam

iii. Manila kad yang di potong 6

iv. Kad Imbasan besar perkataan CIKGU

v. Pen Marker pelbagai warna
vi. Lagu dari ‘You Tube’ – Guruku Tersayang

20

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik minta kanak-kanak duduk secara berpasangan 2

orang.
3. Pendidik memulakan aktiviti dengan bermesra terlebih

dahulu dengan kanak-kanak.
4. Pendidik beritahu kanak-kanak aktiviti yang dijalankan

iaitu menyusun dan menampal perkataan – CIKGU.
5. Pendidik keluarkan kad imbasaan perkataan CIKGU dan

mula sebut ejaan setiap huruf sambil meminta kanak-
kanak mengikuti sebutan huruf tersebut.
6. Pendidik beri galakan untuk kanak-kanak sebut huruf-
huruf yang membentuk perkataan CIKGU beberapa kali.
7. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak yang berjaya
ikut sebut huruf-huruf tersebut.
8. Pendidik terus beri galakan jika ada kanak-kanak tidak
mahu menyebut huruf-huruf tersebut.
9. Pendidik mula keluarkan sebuah kotak kecil yang
mengandungi huruf- huruf yang boleh membentuk
perkataan CIKGU ( 6 set huruf CIKGU)
10. Pendidik letakkan kad imbasan perkataan CIKGU dan
minta kanak-kanak pilih huruf-huruf dari kotak yang boleh
membentuk perkataan CIKGU.
11. Pendidik keluarkan kad manila yang telah dipotong 6 dan
berikan setiap kad kepada pasangan kanak-kanak.
12. Setelah kanak-anak berjaya dapatkan huruf yang sama,
pendidik minta kanak-kanak tampal huruf pada kad manila
dengan bimingan pendidik.
13. Pendidik minta kanak-kanak hias kad manila perkataan
tersebut menggunakan marker pen
14. Setelah huruf di tampal membentuk perkataan CIKGU,
pendidik mula memasang lagu ’Guruku Tersayang’ dan
mintakanak-kanak bersama-sama menyanyikan lagu

21

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Perhatian tersebut sambil memegang kad manila perkaatan
Refleksi Pendidik CIKGU
15. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih.
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood

yang baik.
2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.

Refleksi Kanak-
Kanak

22

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang
Perkembangan Jom hias dengan belon
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN DERIA DAN PEHAMAN DUNIA
Objektif
PERSEKITARAN
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh tahu tentang udara yang terdapat di

Langkah persekitaran.
Pelaksanaan
1. Kanak-kanak boleh tahu udara yang ditiup ke dalam belon

menyebabkan belon boleh membesar (PDPDP)

2. Kanak-kanak boleh meniup udara ke dalam belon (PF)

3. Kanak-kanak boleh membuat contengan bebas pada

belonmenggunakan marker pen mengikut kretiviti mereka

(PKE)

Ruang halaman TASKA

i. Belon ( ikut bilangan kanak-kanak)

ii. Pen marker pelbagai warna

1. Pendidik bawa kanak-kanak ke halaman TASKA.

2. Pendidik minta kanak-kanak beratur di halaman sambil

membuat senaman menarik nafas.

3. Pendidik ingatkan pada kanak-kanak yang bila kanak-

kanak bernafas kanak-kanak akan menyedut udara di

persekitaran halaman. Pendidik beritahu dengan cara

yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

23

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

4. Pendidik bawa kanak-kanak berjalan-jalan di halaman
TASKA.

5. Pendidik bentangkan tikar di halaman dan minta kanak-
kanak duduk atas tikar tersebut.

6. Pendidik keluarkan belon dan beritahu aktiviti seterusnya
iaitu tiup udara dari mulut ke dalam belon. Pendidik
tunjuk cara meniup belon.

7. Pendidik berikan satu belon kepada setiap kanak-kanak
dan minta kanak-kanak pula cuba meniup belon masing-
masing.

8. Pendidik beritahu kanak-kanak belon akan membesar
bila ditiupkan udara dari mulut masig-masing ke dalam
belon tersebut.

9. Pendidik beri galakan kepada kanak-kanak untuk terus
meniup belon hingga belon membesar.

10. Pendidik beri pujian bila kanak-kanak berjaya tiup belon
tersebut dan faham mengapa belon membesar.

11. Pendidik akan membantu jika ada kanak-kanak tidak
boleh meniup belon mereka.

12. Setelah belon membesar, pendidik beri kanak-kanak
sebatang pen marker setiap seorang dan tunjukkan pula
contoh mebuat contengan bebas pada belon.

13. Pendidik beri peluang kanak-kanak menconteng belon
masing-masing secara bebas mengikut kreativiti masing-
masing. Kanak-kanak diberi peluang memilih warna pen
marker yang disukainya.

14. Selesai belon dihias pendidik minta kanak-kanak bantu
mengantung belon pada dinding untuk hiasan sempena
sambutan Hari Guru di TASKA.

15. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terimakasih
kepada kanak-kanak

24

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Perhatian .
Refleksi Pendidik 1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood

yang baik.
2. Pststikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.
4. Pastikan kank-kanak mencuci tangan selesai aktiviti.

Refleksi Kanak-
Kanak

25

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang
Perkembangan PENANDA BUKU BENTUK BAJU
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN
Objektif
LOGIK
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh membezakan warna.

1. Kanak-kanak boleh mengasingkan penanda buku
mengikut warna . (PAMPL)

2. Kanak-kanak boleh buat hiasan pada penanda buku
bentuk baju untuk cikgu mengikut kreativitinya sendiri.
(PKE)

3. Kanak-Kanak boleh berbual mengenai penanda buku
bentuk baju yang dihasilkan. (PBKLA)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Penanda buku bentuk baju pelbagai warna yang siap
disediakan.
ii. Bahan-bahan untuk hiasan
iii. Gam dan gunting
iv. Penebuk lubang
v. Riben halus
vi. Bakul@bekas kecil

26

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti
2. Pendidik berbual mesra mengenai sambutan hari guru

terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti.
3. Pendidik beritahu kanak-kanak, sempena hari guru,

kanak-kanak akan menyediakan penanda buku untuk
dihadiahkan kepada guru.
4. Pendidik keluarkan penanda buku bentuk baju yang
terdiri dari pelbagai warna dan diletakkan secara
rawak di hadapan kanak-kanak.
5. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak warna-warna
yang ada pada penanda buku dan tunjukkan cara
bagaimana asingkan penanda buku tersebut ke dalam
bakul@bekas
6. Pendidik mula minta kanak-kanakpula asingkan
penanda buku tersebut mengikut warna dan letakkan
di dalam bakul@bekas yang sama warna dengan
penanda buku.
7. Pendidik beri galakan kepada kanak-kanak untuk
mengasingkan penanda buku mengikut warna.
8. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak yang dapat
mengasingkan penanda buku dan berterusan beri
galakan jika ada kanak-kanak keliru untuk asingkan.
9. Pendidik minta kanak-kanak pilih mana-mana penanda
buku yang disukainya dan bersama-sama dengan
kanak-kanak menghias penanda buku tersebut.
Pendidik tunjukkancara membuat lubang dan
memasukkan riben pada penanda buku tersebut.
10. Pendidik beri peluang kanak-kanak cuba aktiviti itu.
11. Setelah penanda buku siap, pendidik berbual-bual
dengan kanak-kanak mengenai penanda buku bentuk
baju yang akan diberi kepada semua cikgu di TASKA.

27

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Perhatian 12. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak
Refleksi Pendidik sama-sama mengemas bahan dan pendidik ucapkan
terimakasih.

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood
yang baik.

2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.

Refleksi Kanak-
Kanak

28

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

RANCANGAN PELAKSANAAN
AKTIVITI (RPA) BERTEMA
TEMA : HARI IBU

29

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI GURU
Bidang Kad Ucapan ‘ Hari Ibu”
Perkembangan
Pengetahuan PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN
sedia ada
Objektif KEROHANIAN

Tempat/Ruang Kanak-kanak sudah boleh menzahirkan rasa sayang kepada
Bahan
ibunya

1. Kanak-Kanak boleh memahami pengorbanan ibunya

(PSSEKR)
2. Kanak-Kanak boleh menghias kad ucapan ‘ Selamat hari

Ibu’ mengikut kreativiti mereka sendiri. (PKE)
3. Kanak-kanak boleh mengucapkan ayat ‘Selamat hari Ibu,

Saya sayang Ibu’ (PBKLA)

Ruang Aktiviti TASKA

i. Kad Imbasan - gambar tugas-tugasibu di rumah.

Contoh ibu beri kanak-kanak makan
ii. Kad ‘Selamat Hari Ibu’ (1 kad untuk setiap kanak-

kanak)

iii. Warna Air

iv. Tempat bancuh warna dan berus warna

v. Apron

30

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan
minta kanak-kanak duduk di dalam bulatan.

2. Pendidik beri salam dan bermesra terlebih dahulu dengan
kanak-kanak.

3. Pendidik keluarkan beberapa kad Imbasan yang
menunjukkan gambar tugas ibu menjaga kanak-kanak.
Contoh kad imbasan;
Ibu beri makan
Ibu mandikan
Ibu peluk kanak-kanak
Ibu tidurkan
Dan sebagainya yang sesuai

4. Pendidik tunjukkan kad imbasan tersebut satu persatu
sambil bercerita mengenai pengorbanan ibu menjaga
kanak-kanak.

5. Pendidik memastikan kanak-kanak faham akan
pengorbanan seorang ibu.

6. Pendidik beripujian bila kanak-kanak dapat faham
pengorbanan ibu .

7. Pendidik bercerita lagi tentang pengorbanan ibu jika ada
kanak-kanak yang masih kurang faham.

8. Pendidik beritahu seterusnya kanak-kanak akan
menghias kad ucapan ‘ Selamat Hari Ibu’ untuk diberi
kepada ibu masing-masing.

9. Pendidik keluarkan kad ‘Selamat Hari Ibu’ dan telah siap
dilakar dan beri pada setiap kanak-kanak yang ada.

10. Pendidik minta kanak-kanak pakaikan apron.
11. Pendidik tunjukkan contoh bagaimana menghias lagi kad

ucapan tersebut. Pendidik picitkan warna dalam bekas
pembancuh warna dan celup warna guna berus.

31

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Perhatian Seterusnya pendidik cop@tekan berus lukisan tersebut
Refleksi Pendidik pada kad untuk menghasilkan corak.
12. Pendidik beri peluang pula kepada kanak-kanak untuk
cuba menghias kad ucapan ‘Selamat hari Ibu’ masing-
masing seperti yang telah ditunjukkan.
13. Setelah siap kad ucapan, pendidik minta kanak-kanak
simpan untuk diberi kepada ibu masing-masing.
14. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak
bersama mengemas tempat aktiviti dan ucapkan terima
kasih.
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood

yang baik.
2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas selesai

aktiviti.

Refleksi Kanak-
Kanak

32

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASAI DAN LITEASI AWAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI IBU
Bidang
Perkembangan Ibu saya super
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASAI DAN LITEASI
Objektif
AWAL
Tempat/Ruang Kanak-kanak sudah boleh sebut ayat ‘Saya sayang Ibu saya’
Bahan
1. Kanak-kanak boleh berbual dan bercerita mengenai ibu
Langkah masing-masing. (PBKLA)
Pelaksanaan
2. Kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan sayang
kepada ibunya. (PSSEKR)

3. Kanak-kanak boleh menampal gambar ibu dalam kad
carta gambar ibu. (PF)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Gambar ibu kepada kanak-kanak. (minta kanak-kanak
bawa ke TASKA)
ii. Kad imbasan gambar ibu yang besar
iii. Kad carta gambar ibu ( diperbuat daripada kad manila
– telah dilekat gambar kanak-kanak)
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik mulakan aktiviti dengan mengajak kanak-kanak
menyanyikan lirik lagu ibu.

33

Perhatian NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

3. Bimbing kanak-kanak untuk nyanyikan lagu ini.
“Ibu, Ibu… engkaulah ratu hati saya
Ibu, Ibu. Engkaulah yang saya sayang
Bila ibu tersenyum
Saya rasa gembira
Ibu, Ibu…engkaulah ratu hati saya

4. Pendidik beritahu aktiviti yang akan dijalankan iaitu
berbual dan bercerita mengenai ibumasing-masing.

5. Pendidik keluarkan kad imbasan gambar ibu dan beritahu
kanak-kanak itu adalah gambar seorang ibu. Pendidik
tanyakan soalan;
‘Siapa sayang ibu?’

6. Pendidik minta kanak-kanak sebut ayat ‘ Saya sayang Ibu
saya’

7. Pendidik minta kanak-kanak keluarkan gambar ibu
masing-masing dan ajak bersama berbual dan bercerita
mengenai ibu masing-masing.

8. Pendidik beri galakan semua kanak-kanak bercerita dan
berbual mengenai ibu masing-masing.

9. Pendidik keluarkan ‘kad carta ibu’ dan bimbing kanak-
kanak untuk lekatkan gambar ibu masing-masing di
sebelah gambar kanak-kanak.

10. Pendidik tunjukkan cara meletakkan gam pada gambar
dan lekatkan gambar pada kad carta tersebut.

11. Pendidik terus beri bimbingan dan galakan untuk jalankan
aktiviti ini

12. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih
kepada kanak-kanak.
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood
yang baik.
2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.

34

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,
bersih dan selamat.

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

35

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI IBU
Bidang
Perkembangan Frame Gambar Ibu
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN FIZIKAL
Objektif
Kanak-kanak sudah boleh menampal gambar pada kertas.
Tempat/Ruang
Bahan 1. Kanak-Kanak boleh menampal gambar ibunya dan
ayat‘ibu saya’ di dalam frame gambar (PF)

2. Kanak-Kanak boleh menghias frame gambar ibu (PKE)
3. Kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan teruja untuk

memberi frame gambar tersebut kepada ibunya .
(PSSEKR)
Ruang Aktiviti TASKA
i. Gambar ibu (minta kanak-kanak bawa gambar ibu

sendiri)
ii. Frame gambar telah disediakan( DIY)
iii. Ayat ‘Ibu saya’
iv. Bahan hiasan daripada kertas warna
v. Gam dan gunting

36

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanaan
1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
Perhatian 2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bertanyakan khabar

kanak-kanak sambil bermesra dengan kanak-kanak.
3. Pendidik beritahu aktiviti yang akan dijalankan pada hari

itu iaitu menyediakan frame gambar Ibu.
4. Pendidik keluarkan contoh frame yang terdapat gambar

ibu dan juga ayat ‘Ibu saya’
5. Pendidik tanyakan kepada kanak-kanak

‘Siapa yang nak buat frame gambar seperti ini dan
hadiahkan pada ibu di rumah?’
6. Pendidik minta kanak-kanak lihat bagaimana pendidik
tampal gambar ibu dan ayat‘Ibu saya’ ke dalam frame
gambar
7. Pendidik keluarkan beberapa rangka frame gambar yang
diperbuat daripada kotak dan mula beri pada kanak-
kanak setiap satu.
8. Pendidik minta kanak-kanak keluarkan gambar ibu
masing-masing dan tampal pada frame seperti yang
dirunjukkan tadi.
9. Seterusnya pendidik minta kanak-kanak bersama
menghias frame tersebut dengan menggunakan bahan
dari kertas warna. Pendidik beri peluang kanak-kanak
menghias mengikut kreativiti mereka sendiri.
10. Setelah frame gambar siap, pendidik beritahu kanak-
kanak untuk berikankepada ibu masing-masing di rumah
nanti.
11. Pendidik akhiri aktiviti dengan minta kanak-kanak sama-
sama mengemas dan pendidik ucapkan terima kasih
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood

yang baik.

37

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

38

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN KREATIVITI DN ESTETIKA

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI IBU
Bidang
Perkembangan Sambutan Hari Ibu
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETKA
Objektif
Kanak-kanak sudah boleh menghias persekitaran mengikut
Tempat/Ruang kreativitinya sendiri.
Bahan
1. Kanak-kanak boleh membantu guru menghias dinding
untuk sambutan hari ibu di TASKA mengikut kreativiti
mereka sendiri. (PKE)

2. Kanak-kanak boleh menyebut nama objek-objek yang
dijadikan hiasan dinding –contoh; bunga, kek, rama-
rama, kotak hadiah dan baju. (PBKLA)

3. Kanak-kanak boleh menampal objek-objek hiasan secara
bebas di dinding hiasa sambutan hari ibu. (PF)

Ruang TASKA
i. Pelbagai bahan hiasan untuk dinding –
diperbuat sendiri dari kertas pelbagai warna.
ii. Gam atau double side tape
iii. Potongan ayat ‘ SELAMAT HARI IBU’

39

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanaan
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
Perhatian 2. Pendidik beritahu kanak-kanak aktiviti yang akan di

jalankan iaitu menghias dinding di ruang aktiviti TASKA
sempena sambutan hari ibu.
3. Pendidik keluarkan bahan- bahan aktiviti; pelbagai bahan
hiasan yang diperbuat daripada kertas pelbagai warna
dan lampiran ayat ‘SELAMAT HARI IBU’
4. Pendidik tunjukkan contoh melekatkan hiasan pada
dinding iaitu dengan melekatkan gam terlebih dahulu dan
menampalkannya di ruang dinding TASKA.
5. Pendidik beri peluang kepada kanak-kanak untuk cuba
menampal bahan hiasan ke dinding ruang aktiviti TASKA
mengikut kreativiti mereka sendiri.
6. Pendidik beri galakan kepada kanak-kanak untuk terus
menghias ruang tersebut.
7. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak yang berjaya
tampal bahan hiasan ke dinding tersebut.
8. Pendidik beri bimbingan berterusan sepanjang aktiviti.
9. Setelah bahan hiasan ditampal ke dinding, pendidik
bimbing pula kanak-kanak sebut nama-nama objek pada
dinding tersebut satu persatu.
10. Pendidik minta kanak-kanak ulang sebut beberapa kali.
11. Pendidik ucapkan terima kasihkepada kanak-kanak di
atas aktiviti tersebut.
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood

yang baik.
2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.

40

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

41

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk HARI IBU
Bidang
Perkembangan Lakaran Bermakna

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI

AWAL

Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh boleh menghasilkan sesuatu lakaran
sedia ada bermakna – (Literasi Awal)
Objektif
1. Kanak-Kanak boleh menceritakan tntang ibunya melalui
Tempat/Ruang lakaran bermakna yang dihasilkannya yang
Bahan mengambarkan ibunya. (PBKLA)
Langkah
Pelaksanaan 2. Kanak-Kanak boleh menggunakan krayon unuk membuat
lakaran bermakna pada kertas lukisan (PF)

3. Kanak-Kanak boleh menterjemahkan perasaannya di
dalam lakaran bermakna yang dihasilkannya. (PSSEKR)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Kertas Lukisan – ikut bilangan kanak-kanak
ii. Krayon – ikut bilangan kanak-kanak
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bermesra dengan
kanak-kanak sambil menyanyikan lagu mudah yang telah
biasa diajar kepada kanak-kanak.

42

Perhatian NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

( contoh lagu; versi lagu ‘happy birthday’)

Saya sayang Ibu 2x
Ibu sangatlah baik
Ibu pun sayang saya

3. Pendidik bertepuk tangan setelah kanak-kanak selesai
menyanyi.

4. Pendidik beritahu aktiviti hari ini iaitu melukis gambar ibu
sendiri.

5. Pendidik ambil sehelai kertas lukisan dan krayon lalu
tunjukkan bagaimana pendidik melakar sesuatu di atas
kertas menggunakan krayon.

6. Pendidik berikan pula sehelai kertas lukisan dan krayon
kepada kanak-kanak dan mula galakkan kanak-kanak
cuba lukis gambar ibu masing-masing ikut kreativiti dan
daya imiginasi sendiri.

7. Pendidik perlu beri peluang untuk kanak-kanak
mengilhamkan wajah ibu mlalui lakarannya sendiri.

8. Pendidik beri galakan seterusnya sambil memuji lakaran
bermakna yang kanak-kanak hasilkan.

9. Pendidik beri rangsangan dan dorongan kepada kanak-
kanak untuk cuba ceritakan lakaran bermakna tentang
ibunya tersebut.

10. Pendidik beri pujian lagi kepada kanak-kanak.
11. Pendidik terus beri galakan kepada kanak-kanak.

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood
yang baik.

2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,

bersih dan selamat.

43

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

44

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

RANCANGAN PELAKSANAAN
AKTIVITI (RPA) BERTEMA
TEMA : PEKERJAAN

45

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk PEKERJAAN
Bidang
Perkembangan Ayah kerja apa?
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA
Objektif
PERSEKITARAN
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh tahu beberapa jenis pekerjaan seperti

Langkah doKtor dan polis
Pelaksanaan
1. Kanak-Kanak boleh tahu pelbagai lagi jenis pekerjaan
yang ada. – beri beberapa contoh sesuai dengan

kebolehan kanak-kanak.(PDPDP)

2. Kanak-Kanak boleh bercerita mengenai pekerjaan ayah

dan ibu masing-masing. (PBKLA)

3. Kanak-Kanak boleh mengasingkan gambar jenis

pekerjaan mengikut jenisnya. (PAMPL)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Kad Imbasan besar – pelbagai jenis pekerjaan

ii. Bakul

1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.

2. Pendidik muakan aktiviti dengan membuat beberapa

pergerakan kreatif secara bebas bersama kanak-kanak.

3. Pendidik minta kanak-kanak duduk dalam satu bulatan

dan pendidik mulakan aktiviti dengan bertanyakan kerja

ayah masing-masing.

46

Perhatian NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

4. Pendidik beri bmbingan dan galakan supaya kanak-kanak
beritahu kerja ayah mereka.

5. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak bahawa terdapat
pelbagai jenis pekerjaan yang ada sambil pendidik beri
contoh pekerjaan ayah kanak-kanak .

6. Pendidik keluarkan kad imbasan besar – jenis-jenis
pekerjaan dan minta kanak-kanak ambil mana-mana kad
imbasan yang berkaitan dengan kerja ayah masing-
masing jika ada.

7. Pendidik memastikan kanak-kanak tahu pelbagai jenis
pekerjaan yang ada.

8. Pendidik beri galakan untuk kanak-kanak lebih tahu dan
tanyakan soalan.

9. Pendidik beri pjujian bila kanak-kanak menunjukkan
kefahaman tentang jens-jenis pekerjaanyang ada.

10. Penddikminta kanak-kanak terus berbual dan bercerita
tentang kerja ayah masing-masing sambil dibimbimg oleh
pendidik.

11. Pendidik tunjukpula cara bagaimana mengasingkan
gambar-gambar yang ada mengikut jenis pekerjaan.

12. Pendidik sediakan bakul dan minta kank-kanak cuba
asingkan gambar mengikut jenis pekerjaan

13. Pendidik terus beri galakan kepada kanak-kanak
sepanjang aktiviti.

14. Pendidikakhiri akhiri dengan ucapan tahniah dan terima
kasih kepada kanak-kanak
1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam mood
yang baik.
2. Pastikan tempat aktiviti bersih dan selamat.
3. Pastikan semua bahan yang digunakan juga sesuai,
bersih dan selamat.

47

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

48

NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk PEKERJAAN
Bidang
Perkembangan BOMBA DAN WARNA MERAH
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN
Objektif
LOGIK
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh tahu kereta bomba berwarna merah.

1. Kanak-Kanak boleh tahu tugas bomba ialah untuk
memadamkan kebakaran. (PAMPL)

2. Kanak-Kanak boleh menghias kereta bomba olok-olok
mengikut kretiviti mereka sendiri (PKE)

3. Kanak-kanak boleh berlakon (main olok-olok) sebagai ahli
bomba. (PSSKER)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Model kereta bomba diperbuat daripada kotak
ii. Kertas warna merah telah dipotong empat segi ( buat
banyak kepingan potongan)- telah dilekatkan dengan
pelekat
iii. Kad Imbasan tugas bomba – ahli bomba dengan
pakaian bomba dan ahli bomba sedang memadamkan
kebakaran.
iv. Set baju bomba (costume)

49

Langkah NORAZURA –RPA BERTEMA 1 2017
Pelaksanaan
v. Peralatan bomba seperti hoss dan getah air – DIY
1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Pendidik mulakan aktiviti dengan mengajak kanak-kanak

nyanyi lagu berkaitan dengan bomba.
3. Pendidik tanya kepada kanak-kanak

“ Pernah tak lihat kereta bomba?’
“Apa warna kereta bomba”

4. Pendidik keluarkan kad imbasan berkaitan ahli bomba
dan mula cerita kepada kanak-kanak tentang siapa ahli
bomba dan apa tugas ahli bomba.

5. Pendidik ujikefahaman kanak-kanak dengan cuba
bertanya soalan kepada kanak-kanak
‘Apa tugas ahli bomba?’

6. Pendidik beri rangsangan untuk kanak-kanak faham
tugasutama ahli bomba iaitu memadamkan kebakaran

7. Pendidik ucapkan pujian bila kanak-kanak telah tahu
tugas ahli bomba.

8. Pendidik keluarkan model kereta bomba (diperbuat
daripada kotak) dan minta kanak-kanak menghias kereta
bomba dengan menampal kertas warna merah pada
kotak model kereta bomba btersebut.

9. Pendidik tunjukkan cara menampal kepingan warna
merah pada model kereta bomba.

10. Pendidik minta kanak-kanak hias kereta bomba ikut
kreativiti mereka.

11. Pendidik keluarkan pula costume pakaian bomba dan beri
peluang kepada kanak-kanak main olok-olok menjadi ahli
bomba.

12. Pendidik teruskan aktiviti hingga kanak-kanak puas
bermain.

50


Click to View FlipBook Version