The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 4 KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT HSIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Q Hospital Sultan Ismail Petra, 2024-03-26 22:52:53

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 4 KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT HSIP for print

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 4 KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT HSIP

JILID 4 KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT © 2023 HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA. HAK CIPTA TERPELIHARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA


Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra berjaya diterbitkan. Sebagai satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam, Hospital Sultan Ismail Petra hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan luar jangka atau insiden bencana pada bila-bila masa. Kesiapsiagaan menangani bencana di Hospital Sultan Ismail Petra ini meliputi aspek-aspek pencegahan & kawalan, tindakbalas sewaktu bencana, serta pelan pemulihan yang efektif bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas sewaktu menangani bencana. Kesemua ini sudah tentu memerlukan perancangan sumber manusia, peralatan, kewangan serta pentadbiran yang tersusun dan terancang. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra ini telah menggabungkan semua pelan tindakan bencana sama ada luaran atau dalaman secara komprehensif dengan mengambil kira kesemua empat fasa bencana. Dengan perancangan yang holistik, latihan yang mencukupi serta pemantauan berterusan, saya percaya setiap warga Hospital Sultan Ismail Petra dapat memberi respons dan menangani setiap insiden yang berlaku dengan baik dalam memastikan kakitangan, pesakit, pelawat dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Adalah menjadi harapan saya agar dokumen ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan hospital sebagai panduan dan dokumen rujukan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana. Ia akan dibekalkan ke semua Jabatan serta Unit dan turut dipamerkan di laman sesawang Hospital Sultan Ismail Petra untuk rujukan semua. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Kerja dan Pihak Konsesi yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus dalam penghasilan dokumen Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra. Sekian, terima kasih. PRAKATA PENGARAH Ybrs. Dr. Nik Mohd Faizal B. Zainal Abidin Pengarah Hospital Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan. PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP III


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IV JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP PENASIHAT: PENGERUSI: SETIAUSAHA: PENOLONG SETIAUSAHA: DR. NIK MOHD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN Pengarah Hospital Sultan Ismail Petra DR. MUHAMMAD ALI BIN SHAFEE Timbalan Pengarah (Perubatan) I Hospital Sultan Ismail Petra DR. WAN MOHD MUIZUDDIN BIN WAN SALLEH Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Sultan Ismail Petra DR. NUR HAFIZAH BINTI KAMARUDIN Timbalan Pengarah (Perubatan) III Hospital Sultan Ismail Petra DR. MOHD SHUKRUDDEEN BIN SALLEH Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan (JUSA C) Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. ISMADI BIN ISMAIL Penolong Pegawai Perubatan U42 Unit Penyeliaan Hospital EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. AZIZOL BIN MOHAMAD @ MOHD JUDIN Ketua Jabatan dan Pakar Anestesiologi (UD56) Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. NORAINI BINTI AB RAHMAN Ketua Jabatan dan Pakar Pediatrik (JUSA C) Jabatan Pediatrik DR. ZUNAIDAH BINTI YA@ZAKARIA Ketua Jabatan dan Pakar Psikiatri (JUSA C) Jabatan Psikiatri AHLI JAWATANKUASA: JAWATANKUASA TEKNIKAL


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP V JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP DR. NUR LAILA BINTI OMAR Pakar Obstetrik Dan Ginekologi Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi DR. NOOR AZIZAH BINTI ABDULLAH Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Kecemasan Dan Trauma DR. ABDUL RAZAK BIN AHMAD Pegawai Perubatan UD52 Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental DR. ANIS FATINAH BINTI AB AZIZ Pegawai Perubatan UD48 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan EN. AMME BIN AMMERAN Pegawai Sains Mikrobiologi C44 Jabatan Patologi PN. NORAYUNI BT MOHAMED Pegawai Sains C44 Jabatan Patologi DR. FAUZAH BINTI MOHAMAD Pegawai Perubatan UD43 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. NOR AZMI B ABDULLAH Penolong Pegawai Perubatan U42 Klinik Pakar 1 & 3 CIK NUR NAJIEHAH BINTI AWANG Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. AL HAPIS BIN ABDUL LATIF Jurutera J41 Ketua Unit Kejuruteraan (Kawal Selia) EN. HASSIM HJ CHE DAUD Pengurus Fasiliti Radicare (M) Sdn Bhd AHLI JAWATANKUASA:


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VI JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP EDITOR: EN. ROSMAN BIN GHAZALI Penolong Pegawai Perubatan U36 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MAT @ ABD HAMID Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal PN. IRMA SURIYATI BINTI IDERIS Jururawat U32 (KUP) Jabatan Obstetrik & Ginekologi EN. MOHD ZAIDUNI BIN MAT DRIS Juru X-Ray U32 Jabatan Radiologi EN. ZUHARI BIN AB LAH @ ABDULLAH Juru X Ray U32(TBK) Jabatan Radiologi EN. AZRI BIN GHANI Pembantu Keselamatan KP22 (TBK1) Unit Keselamatan EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ EN. MUHAMMAD NAIM BIN SULAIMAN EN. ABDULLAH BIN MD ZIN @ ARIFIN CIK WAN NUR AMANI AISYAH BINTI WAN ABDUL HALIM AHLI JAWATANKUASA:


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VII 1.0 Pengenalan...................................................................................................1 2.0 Objektif Pelan Tindakan................................................................................2 3.0 Fungsi Pelan Tindakan Bencana..................................................................2 4.0 Skop Pelan Tindakan Bencana.....................................................................3 5.0 Definisi Bencana...........................................................................................4 6.0 Jenis-Jenis Punca Bencana..........................................................................4 7.0 Kategori Situasi Kecemasan.........................................................................5 8.0 Tahap-tahap Bencana..................................................................................6 9.0 Tahap Pengurusan Bencana........................................................................7 10.0 Pelaksanaan Pelan tindakan Bencana HSIP................................................8 11.0 Analisa Risiko Bencana di sekitar HSIP.......................................................9 12.0 Organisasi & Jawatankuasa Pengurusan Bencana....................................11 13.0 Fasa Bencana.............................................................................................18 14.0 Fasa Pencegahan dan Mitigasi...................................................................19 15.0 Fasa Pengaktifan Pelan Tindakan Bencana: CODE YELLOW...................20 16.0 Fasa Pengaktifan Pelan Tindakan Bencana: CODE RED..........................24 17.0 Fasa Pengurusan Di Tempat Kejadian.......................................................27 18.0 Pengurusan Pengangkutan Mangsa...........................................................34 19.0 Fasa Pengaktifan Rawatan Kecemasan di Hospital...................................34 20.0 Fasa Pengaktifan Pengurusan Klinikal/Pentadbiran Semasa Bencana.....49 21.0 Fasa Pemulihan Selepas Bencana.............................................................59 22.0 Action Card.................................................................................................62 23.0 Lampiran...................................................................................................110 ISI KANDUNGAN JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VIII SINGKATAN PERKATAAN APM Angkatan Pertahanan Awam Malaysia BMU Bed Manager Unit CPRC Crisis Preparedness Response Centre CRW Cardiac Rehabilitation Ward CTW Cardiothoracic Ward DR Doctor DVI Disaster Victim Identification EMTS Emergency Medicine And Trauma Services ETD Emergency and Trauma Department FFC Forward Field Commander HDU High Dependancy Unit HMC Hospital Medical Commander HOD Head Of Department HOS Head Of Service HSIP Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai ICT Information And Communication Technology JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IX ICU Intensive Care Unit IIR Infection Isolation Room JKT Jabatan Kecemasan Dan Trauma JT Jururawat KJ Ketua Jururawat KPJH Ketua Penyelia Jururawat Hospital KPH Ketua Penyelia Hospital KPP Ketua Penolong Pengarah KPPK Ketua Penolong Pengarah Kanan KKM Kementerian Kesihatan Malaysia LND Labour And Delivery MECC Medical Emergency Coordinating Centre MELO Medical Liaison Officer MKN Majlis Keselamatan Negara NGO Non-Governmental Organization O & G Obstetric And Gynaecology JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP X OMC On Scene Medical Commander ORL Otorhinolaryngology OSC On Scene Commander OT Operation Theater PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah PFA Psychological First Aid PHC Prehospital care PHCAS Prehospital Care And Ambulance Services PKPK Pusat Koordinasi Panggilan Kecemasan PKTK Pusat Kawalan Tempat Kejadian PPE Personal Protective Equipment PPK Pembantu Perawatan Kesihatan PPP Penolong Pegawai Perubatan PRA Pasukan Respon Ambulan PRO Public Relations Officer PT Pembantu Tadbir JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP XII RIC Respiratory Infectious Complex SAR Search And Rescue START Simple Triage And Rapid Treatment VIP Very Important Person JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 1 1.0 PENGENALAN Menurut Arahan No 20 (Semakan Semula) Majlis Keselamatan Negara, kejadian “Bencana” ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara. Insiden ini melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif. Insiden-insiden seperti ini memerlukan pengurusan sumber manusia, peralatan serta kemahiran khas dari pelbagai agensi.Koordinasi secara efektif diperlukan memandangkan jangkamasa pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa yang lama dan berpanjangan.Falsafah ini diterimapakai oleh semua agensi yang terlibat di dalam Pengurusan Bencana di negara ini termasuk agensi di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Persediaan bagi menangani bencana diperlukan oleh semua agensi kerajaan yang terlibat termasuklah hospital. Hospital perlu mempunyai keupayaan untuk memberikan tindakbalas dengan segera bagi menghadapi situasi bencana. Persediaan dan perancangan perlu dilakukan secara taktikal dan teknikal bagi memastikan kelestarian perkhidmatan hospital berterusan dalam menangani influks pesakit yang maksimum sewaktu bencana berlaku. Ini termasuklah bencana yang berlaku di peringkat dalaman (internal) mahupun peringkat luaran (external). Pengendalian bencana adalah berbeza mengikut kemampuan sesebuah hospital, dari segi kemudahan infrastruktur, kepakaran, kekuatan anggota dan peralatan yang mampu disediakan. Pasukan Perubatan Hospital memainkan peranan yang penting dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan memberikan rawatan yang cepat dan berkesan bermula dari tempat kejadian sehingga ke hospital Sebagai salah satu hospital berpakar major di Kelantan, HSIP telah menyediakan pelan dan perancangan di dalam menghadapi situasi bencana . Pelan tindakan bencana ini adalah penting dan mesti diketahui serta difahami oleh setiap warga kerja HSIP. Ia merupakan garispanduan bagi setiap kakitangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang datang dalam pelbagai bentuk dan pada bila-bila masa. Ianya mestilah mudah difahami dan dapat digunapakai dalam setiap keadaan oleh mereka yang terlibat dalam menghadapi bencana. Pelan ini juga hendaklah dikaji dan diperbaiki secara berkala supaya ianya bersesuaian dengan keperluan semasa JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 2 2.0 OBJEKTIF 2.1 Objektif Umum Memaksimakan bilangan mangsa yang dapat diselamatkan 2.2 Objektif khusus 2.2.1 Mewujudkan satu sistem untuk memindahkan anggota dan pesakit dari tempat bencana ke tempat yang lebih selamat dengan cara yang teratur dan selamat. 2.2.2 Untuk mengatur penempatan anggota di hospital bagi membantu merawat mangsa dengan cekap. 3.0 FUNGSI PELAN TINDAKAN BENCANA 3.1 Menyediakan satu pasukan perubatan yang dilengkapi peralatan sesuai, berupaya membantu usaha menyelamat dan memindahkan mangsa yang terlibat di tempat kejadian dengan cepat dan cekap tanpa mengabaikan skop perkhidmatan hospital yang sedia ada. 3.2 Menubuhkan organisasi dan mewujudkan satu mekanisma pengurusan yang efisyen serta menentukan peranan dan tanggungjawab kakitangan hospital semasa menangani sesuatu bencana. 3.3 Berupaya mengaktifkan sistem yang menggabungkan semua kakitangan HSIP. Ianya melibatkan pelbagai perkhidmatan dan peringkat kategori pada bila-bila masa yang diperlukan. 3.4 Berupaya menyediakan kemudahan kelengkapan segera seperti Bilik Gerakan Bencana, Wad Bencana, Zon Perawatan serta lain-lain kemudahan untuk menangani kejadian bencana. 3.5 Mewujudkan satu sistem bagi menerima dan mengendalikan jumlah mangsa bencana yang dihantar ke Hospital dalam satu masa. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 3 3.7 Menyelaras semua aktiviti-aktiviti perawatan dan pengendalian mangsamangsa di hospital dan untuk rujukan ke hospital lain. 4.0 SKOP PELAN TINDAKAN Pelan Tindakan ini bertindak sebagai dokumen rujukan bagi operasi perawatan pesakit semasa bencana yang berlaku di sekitar daerah Kuala Krai dengan; 4.1 Mewujudkan sistem yang membolehkan setiap jabatan dan kakitangan hospital bertindak sebagai satu pasukan semasa bencana. 4.2 Mengenalpasti semua risiko dan ancaman yang ada di daerah Kuala Krai. 4.3 Mengenalpasti kemudahan dan sumber yang ada di daerah Kuala Krai dan HSIP. 4.4 Menyediakan asas penambahbaikan bagi melancar semuaaktiviti berkaitan bencana. 3.6 Menubuhkan satu sistem kawalan dan rangkaian komunikasi yang efektif dengan tempat kejadian bencana, lain-lain hospital sokongan dan pihak yang terlibat seperti agensi kerajaan dan bukan kerajaan, media masa, komuniti dan orang awam. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 4 5.0 DEFINISI BENCANA 5.1 Suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat dan ia berkemungkinan untuk merebak ke kawasan yang lebih besar. 6.0 JENIS-JENIS PUNCA BENCANA 6.1 Bencana Bersifat Semulajadi Banjir, ribut taufan, tanah runtuh, Tsunami dan lain-lain lagi. 6.2 Bencana Disebabkan oleh Aktiviti Manusia Kebakaran, kemalangan jalanraya, kemalangan kapal terbang, bangunan runtuh, kemalangan Industri, kemalangan nuklear, rusuhan awam, serangan pengganas, ancaman bom dan lain-lain. 6.3 Bencana Hybrid Merangkumi kedua-dua elemen diatas contohnya, Bangunan runtuh semasa banjir, kemalangan jalanraya yang melibatkan mangsa yang ramai semasa ribut taufan dan lain-lain lagi. 6.4 Bencana Yang Berkemungkinan Berlaku Di Dalam Hospital (Internal Disaster) 6.4.1 Kebakaran 6.4.2 Gegaran Bangunan/Bangunan Runtuh 6.4.3 Banjir Kilat 6.4.4 Ancaman letupan bom 6.4.5 Kejadian letupan bom sebenar 6.4.6 Kegagalan sepenuhnya sistem bekalan elektrik (power failure) 6.4.7 Tindakan penjenayah atau pengganas menahan tebusan di hospital 6.4.8 Lain-lain JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 6.5.1 Kemalangan jalanraya yang melibatkan banyak kenderaan dan mangsa. 6.5.2 Perlanggaran atau pergelinciran keretapi. 6.5.3 Kebakaran yang melibatkan bangunan tinggi dan kawasan yang padat penduduk. 6.5.4 Kebakaran di terowong-terowong keretapi, letupan, kebakaran, kebocoran melibatkan bahan-bahan merbahaya (harzadous material) daripada kilang-kilang berkaitan di kawasan-kawasan industri. 6.5.5 Gegaran bangunan 6.5.6 Runtuhan bangunan-bangunan tinggi 6.5.7 Nahas udara serta pendaratan kecemasan pengangkutan udara 6.5.8 Kejadian tanah runtuh di lereng-lereng bukit yang mengancam kawasan perumahan atau lebuhraya di sekitarnya. 6.5.9 Serangan-serangan pengganas di tempat-tempat awam 6.5.10 Tindakan penjenayah atau pengganas yang menahan ramai orang awam bagi memenuhi tuntututan mereka 6.5.11 Rusuhan awam 6.5.12 Bencana alam 6.5.13 Ancaman letupan bom 6.5.16 Lain-lain Zon Bilangan Mangsa Merah Melebihi 7 orang mangsa serentak dalam satu masa yang sama 5 6.5 Kejadian Bencana Yang Berkemungkinan Berlaku Sekitar/Luar Hospital (External Disaster) 7.1 Bencana (Disaster) 7.1.1 Apabila mangsa yang terlibat melebihi bilangan di zon-zon berikut; 7.0 KATEGORI SITUASI KECEMASAN JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 6 7.1.2 Pengisytiharan bencana adalah dinamik bergantung kepada sumber pada sesuatu masa dan mestilah melalui Ketua Jabatan Kecemasan Dan Trauma dan diisytiharkan oleh Pengarah Hospital. 8.1 Jenis Tahap Bencana 8.1 Bencana Perubatan (Mass Casualty Incident) - Merujuk kepada kejadian di mana bilangan mangsa yang melampaui perkhidmatan perubatan yang sedia ada. TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 Dikenali sebagai Mass Casualty Incident (MCI). Lebih serius Lebih meluas daripada tahap 2 Berlaku setempat kawasan dan tidak berpontensi untuk merebak Berpotensi untuk merebak keluar kawasan dan berpotensi memberi ancaman Merebak ke luar kawasan Melibatkan Daerah Melibatkan Negeri Melibatkan Kerajaan Pusat Tidak kompleks Bersifat kompleks Memerlukan kepakaran dari luar negara Kehilangan nyawa dan harta benda yang minima Kehilangan nyawa yang banyak serta kerosakan harta benda dan infrastruktur yang teruk Kehilangan nyawa yang banyak serta kerosakan harta benda dan infrastruktur yang tidak dapat dipulihkan Tidak mengganggu pekerjaan harian penduduk setempat Mengganggu pekerjaan atau aktiviti harian kawasan itu Mengganggu pekerjaan atau aktiviti harian beberapa negeri. Boleh dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan Pihak berkuasa tempatan tidak mampu mengendalikannya dan kepakaran luar mungkin diperlukan. Lebih meluas daripada tahap 2 8.0 TAHAP-TAHAP BENCANA JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 7 9.0 TAHAP PENGURUSAN BENCANA 9.1 Pengurusan Bencana Tahap 1 Pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi - agensi yang terlibat di dalam pengurusan bencana di Peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar atau dengan bantuan luar yang terhad. 9.2 Pengurusan Bencana Tahap 2 Pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah dalam negeri yang sama. Ianya memerlukan pengemblengan sumber di peringkat negeri dengan bantuan daripada peringkat pusat yang terhad. 9.3 Pengurusan Bencana Tahap 3 Pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau bersifat kompleksyang memerlukan penyelarasan dan pengemblengan sumber di peringkat pusat atau dengan bantuan luar negara. 9.4 Tahap Pengurusan Bencana Penilaian dijalankan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat. Penilaian tersebut hendaklah berdasarkan elemenelemen seperti berikut; 9.4.1 Kompleksiti dan magnitude 9.4.2 Kemusnahan dan kerosakan 9.4.3 Kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan 9.4.4 Kepakaran 9.4.5 Bantuan 9.4.6 Tempoh masa tindakbalas JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 8 10.0 PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN BENCANA HSIP JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 9 11.0 ANALISA RISIKO BENCANA LUARAN Matriks risiko merupakan gabungan kekerapan pendedahan dan magnitud sesuatu ancaman. Penilaian risiko sesuatu ancaman mestilah realistik dan tidak bergantung semata-mata kepada senario paling buruk. Rujukan terhadap pengalaman lalu, statistik mortaliti dan morbiditi, laporan metereologi dan situasi semasa boleh digunakan. Ia boleh dirumuskan sebagai Matriks Risiko seperti dalam Jadual 1 dan digunakan bagi setiap ancaman yang dikenalpasti. Jadual I. Matriks Risiko JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP TAHAP RISIKO KAWASAN RISIKO DIKENALPASTI TINGGI Jaringan jalan yang sibuk seperti jalan Gua Musang - Machang terutamanya diwaktu perayaan Kemalangan yang akan melibatkan banyak kenderaan dan ramai mangsa, kejadian tanah runtuh dan hakisan di tepi lebuhraya dan sebagainya. TINGGI Banjir melibatkan bandar Kuala Krai dan sekitar hospital Berpotensi menyebabkan jalan tersekat, kerosakan harta benda dan kehilangan tempat tinggal dan kematian SEDERHANA RENDAH Nahas udara Berpotensi menyebabkan kecederaan, kehilangan harta benda dan kematian. RENDAH Kemalangan atau keretapi tergelincir, Berpotensi menyebabkan kematian ramai mangsa. RENDAH Kebakaran dan runtuhan yang melibatkan bangunan tinggi Berpotensi menyebabkan kehilangan harta benda dan kematian RENDAH Rusuhan awam Berpotensi menyebabkan kehilangan harta benda dan kematian. 10 Antara kemungkinan bencana di sekitar hospital ini mengikut Matriks Risiko adalah seperti di Jadual II. Jadual II. Penilaian Risiko Bencana JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 11 12.0 ORGANISASI & JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA 12.1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana dianggotai oleh; 12.1.1 Pengarah Hospital 12.1.2 Timbalan-timbalan Pengarah Hospital (Perubatan dan Pengurusan) 12.1.3 Ketua-ketua Penolong Pengarah Hospital 12.1.4 Ketua-ketua Jabatan Klinikal, Bukan Klinikal dan Sokongan Klinikal 12.1.5 Ketua Penyelia Hospital 12.1.6 Ketua Penyelia Jururawat Hospital 12.1.7 Pakar-pakar Perubatan Klinikal 12.1.8 Penyelia-penyelia Hospital dan Penyelia-penyelia Jururawat 12.1.9 Ketua Unit Keselamatan 12.1.10 Pengurus Fasiliti Perkhidmatan Sokongan Klinikal 12.2 Pengurusan Bencana di peringkat hospital dikoordinasikan oleh seorang Koordinator Klinikal dan seorang Koordinator Pentadbiran. 12.3 Ketua Jabatan Kecemasan akan memainkan peranan sebagai Koordinator Klinikal dan mengkoordinasikan respon klinikal serta tindakan-tindakan yang berkaitan dengan perawatan pesakit. 12.4 Timbalan Pengarah (Perubatan) memainkan peranan sebagai Koordinator Pentadbiran yang akan mengkoordinasikan segala aktiviti pentadbiran berkaitan dengan aktiviti sokongan bagi pengurusan dan pentadbiran. 12.5 Bilik Gerakan Bencana Luaran HSIP akan dibuka di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 Pentadbiran manakala Bilik Operasi Bencana akan dijalankan di Bilik Seminar Jabatan Kecemasaan & Trauma. 12.6 Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Rujuk Rajah II dan Carta Perkhidmatan Rawatan Kecemasan Semasa Bencana - Rujuk Rajah III 12.7 Selain daripada fasiliti kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi luar juga terlibat dalam pengurusan bencana termasuklah Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 12 12.7 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga mempunyai skop dan tanggungjawab berdasarkan kepada peruntukan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No 20 (Arahan MKN 20) yang bertanggungjawab mempastikan bahawa perlaksanaan Arahan MKN 20 dipatuhi oleh semua agensi berkaitan selaras dengan Arahan Kabinet bertarikh 26 Ogos 2015. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 13 Rajah II. Carta Organisasi Jawatankuasa Bencana HSIP JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 14 Rajah III. Carta Perkhidmatan Rawatan Kecemasan Semasa Bencana Luaran 12.8 Peranan dan Tanggungjawab 12.8.1 Pengerusi Bencana Pengarah Hospital secara automatik menjadi Pengerusi Bencana dibantu oleh Koordinator Klinikal dan Koordinator Pentadbiran. 12.8.1.1 Pengisytiharan Fasa Kod Kuning dan Kod Merah (Declaration of Code Yellow & Code Red). 12.8.1.2 Menyediakan laporan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan KKM. 12.8.1.3 Mengaktifkan dan mengerakkan semua sumber yang sedia ada untuk menghadapi bencana. 12.8.1.4 Interaksi dengan agensi-agensi berkaitan. 12.8.1.5 Mengetuai Bilik Gerakan Bencana Luaran. 12.8.1.6 Mengendalikan sidang akhbar dan menyalur maklumat bencana. 12.8.1.7 Menguruskan orang kenamaan dan Penguasa Tempatan yang berkenaan. 12.8.1.8 Mengetuai Debriefing and Reporting Session JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 15 12.8.2 Koordinator Klinikal Koordinator Klinikal dilantik oleh Pengarah Hospital dan akan disandang oleh Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma atau Pakar Perunding Perubatan Kecemasan. Beliau berperanan untuk menyelaras perkhidmatan kecemasan di tempat kejadian dan di hospital. 12.8.2.1 Menyelaras pasukan klinikal di zon rawatan kecemasan dan perkhidmatan pra hospital serta menguruskan pengangkutan dan pemindahan pesakit. 12.8.2.2 Menyelaras dan mengagih pasukan petugas klinikal dalam pengurusan rawatan di tempat bencana. 12.8.2.3 Menyelaras perjalanan zon-zon rawatan klinikal. 12.8.2.4 Menyelaras Zon Triaj dan penurunan mangsa bencana. 12.8.2.5 Sentiasa berhubung dengan Koordinator Pentadbiran bagi tujuan mendapatkan peralatan, sumber manusia dan lainlain. 12.8.2.6 Memberi laporan dari masa ke semasa kepada Pengarah Hospital tentang situasi terkini bencana serta pengurusan pesakit dan pergerakan anggota hospital yang terlibat. 12.8.3 Koordinator Pentadbiran Koordinator Pentadbiran ini disandang oleh Timbalan Pengarah Perubatan (Direktorat Perubatan). Beliau akan mengurus pesakit dalam, sumber manusia, perkhidmatan sokongan, rawatan khas dan penempatan peralatan untuk bencana. 12.8.3.1 Pengurusan perkhidmatan forensik dan pembedahan 12.8.3.2 Pengurusan pesakit dalam. 12.8.3.3 Pengagihan tenaga kerja untuk sokongan klinikal dan bukan klinikal. 12.8.3.4 Pengurusan perkhidmatan sokongan. 12.8.3.5 Pengurusan kawasan khas. 12.8.3.6 Pemantauan berterusan kepada keperluan semasa bencana. 12.8.3.7 Berkomunikasi dengan JKN atau pihak lain yang berkepentingan bagi menyelaras penempatan pesakit ke hospital lain jika wad di HSIP penuh. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 16 12.8.3.8 Memberi laporan kepada Pengarah Hospital dari masa ke semasa tentang pengurusan bencana yang dipertanggungjawabkan kepadanya. 12.8.4 Peranan dan Pemain Peranan Dalam Struktur Arahan JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 17 JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 18 13.0 FASA-FASA BENCANA 13.1 Pengurusan Bencana di setiap lokaliti melibatkan beberapa fasa seperti berikut; 13.1.1 Fasa Pencegahan dan Mitigasi 13.1.2 Fasa Pengaktifan Pelan Tindakan bencana : Code Yellow dan Code Red 13.1.3 Fasa Pengurusan di Tempat Kejadian / Pra Hospital 13.1.4 Fasa Pengurusan di Hospital – Pengaktifan Rawatan Kecemasan dan Pekhidmatan Sokongan Semasa Bencana 13.1.5 Fasa Pemulihan dan Penilaian Rajah IV. Fasa Pengurusan Bencana JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 19 14.0 FASA PENCEGAHAN DAN MITIGASI 14.1 Fasa pencegahan dan mitigasi menggariskan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau setidak-tidaknya mengurangkan kesan bencana sekiranya dapat dielakkan. 14.2 Langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau mengurangkan kesan bencana sekiranya dapat dielakkan. Langkah-langkah tersebut boleh dibahagikan kepada dua; 14.2.1 Perancangan struktur 14.2.2 Polisi pengoperasian 14.3 Selain daripada polisi yang direka untuk menggurangkan kesan bencana, latihan secara berkala diadakan untuk memberikan pendedahan kepadasemua kakitangan hospital berkaitan pengurusan bencana. Latih amal bencana (disaster drill) diadakan secara berkala samada berskala kecil atau besar. 14.4 Penglibatan daripada pelbagai pihak seperti PDRM, JBPM, APM, Bulan Sabit Merah dan lain-lain turut dirancang. 14.5 Kakitangan hospital juga dihantar menghadiri kursus berkaitan pengurusan bencana peringkat kebangsaan seperti AMERT, BMERT dan sebagainya. 14.6 Selain itu, langkah tindakan dan amaran yang berkaitan seperti amalan menutup suis bila keluar dari bilik, arahan melarang merokok, sistem perparitan dan sebagainya juga dilaksanakan bagi mengurangkan risiko bencana. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 20 15.0 FASA PENGAKTIFAN PELAN TINDAKAN BENCANA – CODE YELLOW 15.1 Fasa transisi ini kebiasaannya mendahului fasa Code Red. Ia boleh mengambil masa daripada beberapa minit sehingga ke beberapa jam. Hasil aktiviti dari fasa ini ialah pengisytiharan Code Red atau Stand down. 15.2 Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Pusat Panggilan, Jabatan Kecemasan akan memberitahu Ketua Jabatan/Pakar Perubatan Kecemasan/Penyelia U32 bertugas sebaik sahaja mendapat panggilan mengenai sesuatu kejadian. 15.3 Jika kejadian tersebut didapati berisiko tinggi maka Ketua Jabatan/Pakar Perubatan Kecemasan ini akan memberitahu Pengarah Hospital untuk pengistiharan CodeYellow iaitu satu keadaan yang meletakkan hospital dalam keadaan siap sedia sekiranya situasi memerlukan respons. 15.4 Cara Pengistiharan Bencana adalah melalui, 15.4.1 Pengumuman melalui pembesar suara. Contoh pengumuman; ”Perhatian ! Perhatian! Ini adalah pengumuman Code Yellow Disaster. Semua kakitangan diminta bersedia!” 15.4.2 Panggilan telefon oleh Operator Hospital. Operator Hospital yang bertugas akan menelefon semua Ketua Jabatan dan Pegawai di Senarai A Priority 1 untuk memaklumkan CodeYellow. 15.4.3 Sistem mass SMS/WA group yang dilakukan oleh Operator Hospital bertujuan memaklumkan kejadian bencana kepada semua yang terlibat mengikut Senarai A dengan cepat. (Rujuk Lampiran I) Contoh pesanan yang perlu dilakukan oleh operator, “Perhatian! Perhatian! Ini adalah pengumuman Code Yellow Disaster! Sila bersiap sedia”(2x) JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 21 15.5 Dalam situasi Code Yellow, semua jabatan atau unit boleh membuat langkah-langkah tertentu seperti memaklumkan kepada semua kakitangan supaya bersiap-sedia. 15.6 Langkah-langkah persediaan seperti menyemak jumlah kakitangan sedia ada dan jumlah kakitangan yang perlu dipanggil sekiranya keadaan memerlukan. 15.7 Dalam situasi ini, kakitangan yang bekerja ketika itu perlu membuat persediaan di jabatan masing-masing. Kakitangan hospital tidak perlu lapor diri di Bilik Gerakan. 15.8 Jabatan Kecemasan sebagai jabatan pertama yang menerima influk pesakit yang ramai sekiranya fasa Code Red berlaku. Oleh yang demikian, Jabatan Kecemasan perlu membuat persediaan rapi dalam semua aspek termasuklah; 15.8.1 Persediaan untuk membuka Bilik Operasi Bencana Jabatan Kecemasan HSIP di Bilik Seminar oleh Pakar Kecemasan, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas dan PPP/ Penyelia PHC yang bertugas di Pusat Panggilan. 15.8.2 Penyediaan kawasan Klinikal iaitu Zon Triaj, Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Kakitangan bertugas perlu memastikan peralatan adalah mencukupi di zon-zon klinikal dan tindakan mengosongkan kawasan rawatan pesakit dengan mempercepatkan proses kemasukan ke wad atau discaj. Semua pesakit dalam di kawasan klinikal hendaklah dihantar segera ke wad. 15.8.3 Organisasi sumber manusia - “Middle level” setiap kategori perlu menyemak jumlah kakitangan yang sedia ada dan jumlah kakitangan yang perlu dipanggil sekiranya berlaku Code Red. 15.9 Penyelia PHC bertugas bertanggungjawab menyediakan satu pasukan kejadian untuk meninjau (RECCE TEAM) dan menilai keadaan serta memberi perawatan awal. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 22 15.10 Bagi Pasukan Perubatan yang akan pergi ke tempat kejadian, mereka hendaklah membuat persedian rapi dari segi peralatan dan ambulan sebaik mendapat arahan CodeYellow. 15.11 Semasa Fasa CodeYellow, Penyelia PHC yang bertugas di Pusat Panggilan bertanggungjawab untuk memaklumkan dan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat dalam menangani masalah bencana seperti pihak Polis, Bomba, Biro Keselamatan Negara/ Majlis Keselamatan Negara. 15.12 PPP yang bertugas di Pusat Panggilan hendaklah memaklumkan pengesahan kejadian dari sumber yang boleh dipercayai kepada Pakar Perubatan Kecemasan untuk tindakan selanjutnya. 15.13 Sekiranya mendapati bahawa panggilan dan maklumat tersebut palsu, PPP yang bertugas di Pusat Panggilan juga dikehendaki memaklumkan kepada Pakar Perubatan Kecemasan yang kemudiannya akan memaklumkan kepada Pengarah Hospital untuk pengisytiharan Stand Down. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 23 Rajah V. Proses Kerja semasa fasa Code Yellow di Jabatan Kecemasan & Trauma JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 24 16.0 FASA PENGAKTIFAN PELAN TINDAKAN BENCANA – CODE RED 16.1 Fasa Code Red ini diisytiharkan oleh Pengarah Hospital. Dalam situasi ini, semua kakitangan terlibat perlu melapor diri ke Bilik Gerakan Bencana di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 Pengurusan Hospital. 16.2 Apabila maklumat yang diterima disahkan benar, PPP di Pusat Panggilan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Pakar Perubatan Kecemasan/ Penyelia Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas. Ketua Jabatan/Pakar Perubatan Kecemasan hendaklah memaklumkan kepadaPengarah Hospital untuk mengisytiharkan Fasa Code Red. 16.3 Cara Pengistiharan Code Red adalah sama seperti pengisytiharan Code Yellow, namun di fasa Code Red semua kakitangan yang terlibat perlu melapor diri di Bilik Gerakan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra 16.4 Cara Pengisytiharan Bencana adalah melalui; 16.4.1 Pengumuman melalui pembesar suara. Contoh pengumuman; Perhatian! Code Red Disaster! Code Red Disaster! Semua Ketua Jabatan dan anggota berkenaan, sila lapor diri ke Bilik Gerakan Hospital di Bilik Mesyuarat Utama! (2x) 16.4.2 Panggilan telefon oleh Operator Operator Hospital yang bertugas akan menelefon semua Ketua Jabatan dan Pegawai di Senarai A PRIORITY 1 untuk memaklumkan Code Red Disaster. (Rujuk Lampiran I) 16.4.3 Sistem mass SMS/WA group yang dilakukan oleh Operator Hospital bertujuan memaklumkan kejadian bencana kepada semua yang terlibat mengikut senarai A dengan cepat. Pesanan yang perlu dilakukan oleh operator adalah; “CODE RED DISASTER! CODE RED DISASTER! Anda dikehendaki melapor diri di Bilik Gerakan Hospital sekarang!” 16.5 Kakitangan yang terlibat mendaftar diri di Bilik Gerakan dan menerima Action Card mengikut peranan masing-masing. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 25 16.6 Pengarah Hospital akan memberi taklimat situasi terkini kejadian bencana kepada semua petugas yang mendaftar diri di Bilik Gerakan. 16.7 Petugas akan meneliti dan memahami tugas masing-masing mengikut Action Card. 16.8 Semua petugas kembali ke unit /jabatan untuk membuat persediaan dan memberi taklimat kepada kakitangan seliaan masing-masing sebagai persediaan menerima mangsa kejadian. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 26 Rajah VI. Proses Kerja semasa fasa Code Red JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 27 17.0 FASA PENGURUSAN DI TEMPAT KEJADIAN / PRA HOSPITAL 17.1 Pendahuluan 17.1.1 Satu pasukan perubatan akan ditubuhkan dan bersiap sedia ke tempat kejadian/bencana sebaik saja arahan Code Yellow diaktifkan. 17.1.2 Pasukan ini dikenali sebagai Pasukan Pertama Perubatan di Tempat Kejadian. Ia merupakan pasukan peninjau (Recce Team) 17.1.2.1 Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 17.1.2.2 Seorang Pemandu Kenderaan Bermotor (PKB) 17.1.3 Sekiranya maklumat panggilan daripada sumber yang dipercayai contohnya polis atau JPBM, pasukan pertama (MERT1) yang dihantar ini terdiri daripada daripada; 17.1.3.1 Seorang Doktor 17.1.3.2 Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 17.1.3.3 Seorang PPW (jika ada) 17.1.3.4 Seorang Jururawat 17.1.3.5 Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 17.1.3.6 Seorang Pemandu Kenderaan Bermotor (PKB) 17.1.4 Sebaik sahaja Code Yellow diaktifkan, mereka yang terlibat hendaklah membuat persiapan dari segala aspek termasuk peralatan perubatan (responder bag dan trauma kit), ubat yang mencukupi, pakaian seragam bagi memudahkan identiti dikenali, PPE yang bersesuaian dan alat komunikasi yang berfungsi dengan baik. 17.1.5 Sekiranya Jabatan Kecemasan masih lagi dalam keadaan Code Yellow setelah persiapan rapi dibuat oleh MERT 1, mereka hendaklah meneruskan kerja asal mereka tetapi sentiasa bersedia untuk digerakkan apabila mendapat arahan dari Pakar Kecemasan yang bertugas atau Ketua Jabatan Kecemasan. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 28 17.1.6 Sebaik saja pengesahan kejadian diterima dan keadaan Code Red diisytiharkan, maka MERT 1 hendaklah berangkat ke tempat kejadian dengan segera. 17.1.7 Pasukan Perubatan Kedua di tempat kejadian (MERT 2) dibentuk dan membuat persiapan sebaik saja arahan Code Red diisytiharkan dan pasukan MERT 1 digerakkan. 17.1.8 Pergerakan pasukan MERT 2 ke tempat kejadian bergantung kepada maklumbalas dan analisa situasi yang dibuat pasukan MERT 1. 17.1.9 Pasukan MERT 1 hendaklah sentiasa berkomukasi dengan Bilik Operasi Bencana untuk memberitahu perkembangan bencana 17.1.10 Pasukan perubatan di tempat kejadian mestilah mempunyai; 17.1.10.1 Komander Perubatan di tempat kejadian/On Site Medical Commander (OMC) 17.1.10.2 Ketua Pasukan Perubatan Mencari Dan Menyelamat (Medical Search and Rescue Officer (M.E.S.A.R.O) 17.1.10.3 Medical Liason Officer (M.E.L.O) 17.1.10.4 Kuarter Master (Quarter Master, QM) 17.1.10.5 Koordinator Pengangkutan Perubatan (Transport Officer) 17.2 Pasukan MERT 17.2.1 Pasukan MERT bersifat dinamik dan boleh berubah mengikut keperluan situasi semasa bencana. 17.2.2 Tugas Ketua Pasukan MERT1 17.2.2.2 Membuat analisa situasi (situational analysis) dengan segera dan memberi maklum balas kepada Bilik Operasi Bencana, Jabatan Kecemasan. 17.2.2.1 Melaporkan kehadiran pasukan kepada On Site Commander (OSC) sebaik saja tiba di tempat kejadian. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 17.2.2.3 Bertindak sebagai On Site Medical Commander dan Liason Officer dengan agensi lain sebelum ketibaan pasukan MERT2. 17.2.2.4 Menjadi Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat (M.E.S.A.R.O) sebaik sahaja ketibaan Pasukan MERT 2 atau diarahkan oleh OSC. 17.2.2.5 Menubuhkan Medical Base di tempat kejadian untuk memberi rawatan kepada mangsa. Kawasan ini mestilah selamat di dalam zon kuning tetapi berdekatan dengan zon merah. 17.2.2.6 Melakukan Field Triage. 17.2.2.7 Sentiasa berkomunikasi dengan Bilik Operasi Bencana dan memberi maklumat terkini di tempat kejadian. 17.2.2.8 Memberi rawatan kecemasan kepada mangsa yang diselamatkan dan juga kepada petugas-petugas yang cedera. 17.2.2.9 Sentiasa berada di tempat kejadian dan mudah dihubungi sehinggalah arahan stand down dikeluarkan. 17.2.2.10 Bertanggungjawab mengkoordinasikan aktiviti pasukan perubatan dengan pasukan daripada hospital lain atau pasukan yang terlibat sama menangani kejadian ini seperti pasukan APM dan lain-lain lagi. 29 JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 30 Rajah VII. Aktiviti pasukan perubatan (MERT 1) di tempat kejadian 17.2.3 Tugas-tugas Ketua Pasukan MERT 2 17.2.3.1 Melaporkan ketibaan pasukan kepada On SiteCommander sebaik saja sampai di tempat kejadian. 17.2.3.2 Mengkoordinat kerja dan tugasan dengan MERT1. 17.2.3.3 Bertanggungjawab untuk mendirikan Medical Base sepenuhnya bagi merawat mangsa dan juga petugas. 17.2.3.4 Mengambil alih fungsi Ketua Pasukan MERT 1 sebagai Medical On Site Commander. Ini bagi membolehkan ketua pasukan MERT 1 menumpukan tugas sebagai ketua pasukan perubatan mencari dan menyelamat. 17.2.3.5 Meneruskan aktiviti triage dan merawat pesakit di Medical Base. 17.2.3.6 Bertanggungjawab mengkoordinasikan aktiviti pasukan sokongan perubatan di tempat kejadian. Antaranya termasuklah, Pendaftaran Taburan tenaga kerja pasukan perubatan dan rotasinya. Kawasan letak ambulan dan lain-lain kenderaan perubatan Peralatan perubatan dan penjagaannya JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 31 17.3 Proses Triaj di Tempat Kejadian 17.3.1 Pegawai Triaj akan memulakan proses triaj menggunakan kad triaj yang disediakan. 17.3.2 Evakuasi mangsa ke Medical Base akan dilakukan oleh pasukan yang bertanggungjawab mengikut keutamaan yang telah ditetapkan oleh Pegawai Triaj. 17.3.3 Setelah mangsa dibawa ke Medical Base, langkah-langkah resusitasi dan prosedur menyelamatkan nyawa dilakukan. 17.3.4 Mangsa disaring kembali menggunakan kaedah Triaj SAVE (Secondary Assessment of Victim Endpoint). Kaedah ini memudahkan lagi saringan untuk memastikan mereka yang mempunyai kadar kelangsungan hidup yang tertinggi diutamakan penghantaran ke hospital. 17.3.5 Kategori triaj mengikut keutamaan; JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 32 17.4 Konsep Zon di Tempat kejadian 17.4.1 Kawasan kejadian atau bencana boleh dibahagikan kepada 3 zon iaitu zon merah, kuning dan hijau. Keluasan dan bentuk setiap zon adalah bergantung kepada keadaan dan jenis bencana di tempat kejadian. Rajah VIII. Zon-zon di kawasan kejadian JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 33 17.4.2 Zon Merah 17.4.2.1 Merupakan zon dalaman. 17.4.2.2 Kawasan yang berisiko tinggi. 17.4.2.3 Selalunya lebih kurang 50-100 meter radius atau bergantung kepada penilaian On Scene Commander. 17.4.2.4 Untuk petugas-petugas yang terlibat dalm usaha mencari dan menyelamat. 17.4.2.5 Hanya petugas-petugas yang mempunyai pakaian (suit) yang sesuai dan selamat sahaja dibenarkan beroperasi di dalam kawasan ini. 17.4.3 Zon Kuning 17.4.3.1 Ruang pertengahan. 17.4.3.2 Menempatkan pasukan-pasukan sokongan. 17.4.3.3 Base Station bagi polis, Bomba dan pasukan perubatan di dirikan di kawasan ini. 17.4.3.4 Melakukan Triage dan memberi rawatan kepada mangsa atau petugas yang cedera. 17.4.3.5 Pusat Kawalan (Command Center). 17.4.4 Zon Hijau 17.4.4.1 Merupakan lingkungan paling luas. 17.4.4.2 Adalah kawasan paling selamat. 17.4.4.3 Wartawan dan wakil-wakil media di tempatkan di kawasan ini. 17.4.4.4 Tempat simpanan mayat (mortuary) sementara. 17.4.4.5 Kawasan di mana semua kenderaan dari setiap agensi ditempatkan. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 34 18.0 PENGURUSAN PENGANGKUTAN MANGSA 18.1 Pergerakan dan perkhidmatan ambulan mestilah diselenggara oleh OMC. 18.2 Mangsa Tag Merah dan Tag Kuning yang stabil dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulan (termasuk ambulan dari pasukan sokongan). 18.3 Mangsa Tag Hijau dihantar ke hospital atau premis kesihatan yang berhampiran dengan menggunakan lain-lain kenderaan termasuk kenderaan awam. 18.4 Mangsa Tag Putih (termasuk bahagian badan yang tercerai) dihantar ke Jabatan Forensik hospital dengan kenderaan polis. 18.5 OMC bertanggungjawab; 18.5.1 Berhubung dengan Unit Forensik hospital 18.5.2 Menyediakan mortuary sementara di Zon/Kodon Hijau Bencana dengan kawasan tertutup. 18.5.3 Mengurus dan mengendalikan mayat atau bahagian badan dengan sempurna. 18.5.4 Memastikan beg mayat mencukupi. 19.0 FASA PENGAKTIFAN RAWATAN KECEMASAN DI HOSPITAL 19.1 Pendahuluan 19.1.1 Jabatan Kecemasan hendaklah sentiasa bersediauntuk menerima influk pesakit dari kawasan kejadian atau bencana secara beramai-ramai dan mengejut tanpa mengambilkira bilangan kakitangan yang bertugas semasa kejadian tersebut. 19.1.2 Pakar Kecemasan yang bertugas akan bertindak sebagai Koordinator Kecemasan yang bertanggungjawab membuat persediaan sebaik sahaja keadaan Code Yellow diaktifkan. Pada ketika ini, Jabatan Kecemasan dalam keadaan bersedia menerima kedatangan mangsa ke hospital. 19.1.3 Pelan kontigensi hendaklah dirancang sebelum kejadian bencana bagi mengelakkan keadaan yang kelam kabut semasa kejadian sebenar. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 35 19.2 Penetapan Zon-Zon Klinikal Semasa Menghadapi Bencan 19.2.1 Kedatangan pesakit yang rutin bagi mendapatkan rawatan kecemasan semasa kejadian bencana berterusan dan keperluan mereka tidak boleh diabaikan. Mereka mestilah di rawat seperti biasa dan ketetapan piagam pelanggan mestilah dipatuhi. 19.2.2 Koordinator Kecemasan akan mengarahkan sama ada pengurusan mangsa-mangsa bencana dilakukan di zon-zon klinikal yang sedia ada atau satu kawasan baru bagi menempatkan zon-zon klinikal khas bagi merawat mangsamangsa yang terlibat dengan bencana. 19.3 Koordinator Kecemasan 19.3.1 Koordinator Kecemasan merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua prosesproses kerja klinikal di Jabatan Kecemasan semasa bencana. 19.3.2 Koordinator Kecemasan mestilah berkerja rapat dengan Koordinator Pentadbiran, Koordinator Klinikal dan juga pasukan yang berada ditempat kejadian. 19.3.3 Peranan Koordinator Kecemasan 19.3.3.1 Bertanggungjawab mengkoordinasi semua kerjakerja klinikal di Jabatan Kecemasan. 19.3.3.2 Memastikan Jabatan Kecemasan berada dalam keadaan siap sedia menerima kedatangan mangsamangsa. 19.3.3.3 Bertindak menyediakan dan menghantar pasukan ke tempat kejadian. 19.3.3.4 Membuka, mengetuai dan mengkoordinasi Bilik Operasi Bencana di Jabatan Kecemasan. 19.3.3.5 Berkerja rapat dan menjalinkan koordinasi dengan Koordinator Pentadbiran dan Koordinator Klinikal. 19.3.3.6 Memastikan pesakit di ruang pemerhatian di hantar ke wad dengan segera atau urusan discaj dipercepatkan. Ini bagi memastikan bebanan kakitangan Jabatan Kecemasan dapat dikurangkan dan katil tersebut dapat digunakan oleh mangsa bencana. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 36 19.3.3.7 Memastikan sekurang-kurang satu pasukan perubatan berada di tiap-tiap zon klinikal bagi menerima kedatangan mangsa-mangsa. 19.3.3.8 Melantik pegawai triaj di zon penerimaan pesakit/ kawasan triaj. 19.3.3.9 Mengkoordinasi semua pasukan yang pergi ke tempat kejadian (Despatch Medical Team) 19.3.3.10 Memastikan Kawalan Keselamatan yang ketat di Jabatan Kecemasan. Rajah X. Carta Fungsi Koordinator Kecemasan JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 37 19.4 Kaunter Triaj / Zon Penerimaan (Drop Zone) 19.4.1 Pegawai Triaj (Triage Officer) adalah petugas pertama yang menerima kedatangan mangsa ke Jabatan Kecemasan. 19.4.2 Pegawai Triaj memainkan peranan penting dalam memberi laluan yang lancar kepada mangsa-mangsa di mana keberkesanannya bergantung koordinasi danketepatan triage yang dilaksanakan. 19.4.3 Kakitangan yang akan berada di triage bencana adalah; 19.4.3.1 Pegawai Perubatan Kecemasan Senior 19.4.3.2 PPP Kecemasan Triaj 19.4.3.3 PPP Jabatan Psikiatri 19.4.3.4 PPP dari Unit Penyeliaan Hospital 19.4.3.5 PPK dari Unit Penyeliaan Hospital 19.4.3.6 Pembantu Tadbir (PT) dari Unit Kewangan dan Jabatan Rekod Perubatan 19.4.4 Satu kawalan ketat mestilah dilakukan oleh pihak keselamatan hospital bagi memastikan kelancaran pergerakan pesakit di Jabatan Kecemasan. 19.4.5 Penilaian terhadap keadaan dan kecederaan mangsa-mangsa akan dilakukan dan pesakit akan dilabelkan dengan tag-tag bewarna seperti berikut; 19.4.5.1 Tag merah ke zon merah (Zon Kritikal) 19.4.5.2 Tag kuning ke zon kuning (Zon Semi Kritikal) 19.4.5.3 Tag hijau ke zon hijau (Zon Tidak Kritikal) 19.4.6 Mangsa yang mati dalam perjalanan akan di hantar terus ke Unit Forensik. JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 38 19.4.7 Peranan dan tanggungjawab petugas di Zon Penerimaan JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 39 JILID 4 : KEMALANGAN & MASS CASUALTY INCIDENT | HSIP


Click to View FlipBook Version