The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Q Hospital Sultan Ismail Petra, 2024-03-26 22:52:50

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP for print

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP

JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN © 2023 HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA. HAK CIPTA TERPELIHARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA


Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra berjaya diterbitkan. Sebagai satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam, Hospital Sultan Ismail Petra hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan luar jangka atau insiden bencana pada bila-bila masa. Kesiapsiagaan menangani bencana di Hospital Sultan Ismail Petra ini meliputi aspek-aspek pencegahan & kawalan, tindakbalas sewaktu bencana, serta pelan pemulihan yang efektif bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas sewaktu menangani bencana. Kesemua ini sudah tentu memerlukan perancangan sumber manusia, peralatan, kewangan serta pentadbiran yang tersusun dan terancang. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra ini telah menggabungkan semua pelan tindakan bencana sama ada luaran atau dalaman secara komprehensif dengan mengambil kira kesemua empat fasa bencana. Dengan perancangan yang holistik, latihan yang mencukupi serta pemantauan berterusan, saya percaya setiap warga Hospital Sultan Ismail Petra dapat memberi respons dan menangani setiap insiden yang berlaku dengan baik dalam memastikan kakitangan, pesakit, pelawat dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Adalah menjadi harapan saya agar dokumen ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan hospital sebagai panduan dan dokumen rujukan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana. Ia akan dibekalkan ke semua Jabatan serta Unit dan turut dipamerkan di laman sesawang Hospital Sultan Ismail Petra untuk rujukan semua. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Kerja dan Pihak Konsesi yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus dalam penghasilan dokumen Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra. Sekian, terima kasih. PRAKATA PENGARAH Ybrs. Dr. Nik Mohd Faizal B. Zainal Abidin Pengarah Hospital Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan. PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP III


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IV JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP PENASIHAT: PENGERUSI: SETIAUSAHA: PENOLONG SETIAUSAHA: DR. NIK MOHD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN Pengarah Hospital Sultan Ismail Petra DR. MUHAMMAD ALI BIN SHAFEE Timbalan Pengarah (Perubatan) I Hospital Sultan Ismail Petra DR. WAN MOHD MUIZUDDIN BIN WAN SALLEH Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Sultan Ismail Petra DR. NUR HAFIZAH BINTI KAMARUDIN Timbalan Pengarah (Perubatan) III Hospital Sultan Ismail Petra DR. MOHD SHUKRUDDEEN BIN SALLEH Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan (JUSA C) Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. ISMADI BIN ISMAIL Penolong Pegawai Perubatan U42 Unit Penyeliaan Hospital EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. AZIZOL BIN MOHAMAD @ MOHD JUDIN Ketua Jabatan dan Pakar Anestesiologi (UD56) Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. NORAINI BINTI AB RAHMAN Ketua Jabatan dan Pakar Pediatrik (JUSA C) Jabatan Pediatrik DR. ZUNAIDAH BINTI YA@ZAKARIA Ketua Jabatan dan Pakar Psikiatri (JUSA C) Jabatan Psikiatri AHLI JAWATANKUASA: JAWATANKUASA TEKNIKAL


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP V JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP DR. NUR LAILA BINTI OMAR Pakar Obstetrik Dan Ginekologi Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi DR. NOOR AZIZAH BINTI ABDULLAH Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Kecemasan Dan Trauma DR. ABDUL RAZAK BIN AHMAD Pegawai Perubatan UD52 Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental DR. ANIS FATINAH BINTI AB AZIZ Pegawai Perubatan UD48 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan EN. AMME BIN AMMERAN Pegawai Sains Mikrobiologi C44 Jabatan Patologi PN. NORAYUNI BT MOHAMED Pegawai Sains C44 Jabatan Patologi DR. FAUZAH BINTI MOHAMAD Pegawai Perubatan UD43 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. NOR AZMI B ABDULLAH Penolong Pegawai Perubatan U42 Klinik Pakar 1 & 3 CIK NUR NAJIEHAH BINTI AWANG Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. AL HAPIS BIN ABDUL LATIF Jurutera J41 Ketua Unit Kejuruteraan (Kawal Selia) EN. HASSIM HJ CHE DAUD Pengurus Fasiliti Radicare (M) Sdn Bhd AHLI JAWATANKUASA:


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VI JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP EDITOR: EN. ROSMAN BIN GHAZALI Penolong Pegawai Perubatan U36 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MAT @ ABD HAMID Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal PN. IRMA SURIYATI BINTI IDERIS Jururawat U32 (KUP) Jabatan Obstetrik & Ginekologi EN. MOHD ZAIDUNI BIN MAT DRIS Juru X-Ray U32 Jabatan Radiologi EN. ZUHARI BIN AB LAH @ ABDULLAH Juru X Ray U32(TBK) Jabatan Radiologi EN. AZRI BIN GHANI Pembantu Keselamatan KP22 (TBK1) Unit Keselamatan EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ EN. MUHAMMAD NAIM BIN SULAIMAN EN. ABDULLAH BIN MD ZIN @ ARIFIN CIK WAN NUR AMANI AISYAH BINTI WAN ABDUL HALIM AHLI JAWATANKUASA:


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP ISI KANDUNGAN POLISI VII JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP 1.0 Pengurusan Insiden Khusus (Kebakaran)..........................................................1-16 1.1 Secara Am 1.2 Pengenalan / Dasar / Rujukan 1.3 Risiko Kebakaran 1.4 Perancangan Keselamatan Kebakaran 1.5 Latihan Dan Kesiapsiagaan 1.6 Kenyataan Polisi Keselamatan Kebakaran HSIP 1.7 Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran 1.8 Penubuhan Jawatankuasa Kecil Peringkat Jabatan / Unit / Wad 2.0 Tindakan Pencegahan Dan Kesediaan Kawalan Kebakaran...........................17-26 2.1 Sijil Keselamatan Bangunan. 2.2 Fasiliti Hospital 2.3 Peralatan Dan Sistem Pelindung Kebakaran 2.4 Pelan Laluan Keluar Kecemasan 2.5 Kawasan Larangan Merokok 2.6 Peraturan Dalam Jabatan/Wad/Unit 2.7 Pemeriksaan Pejabat 2.8 Latihan Asas Untuk Kakitangan. 3.0 Carta Alir & Tindakan Semasa Kebakaran........................................................27-29 3.1 Carta Aliran Tindakan Semasa Menghadapi Kebakaran 3.2 Tatacara Pengaktifan Insiden Code Red / Kejadian Kebakaran 3.3 Peranan Jabatan / Unit Dalam Hospital Ketika Mengharungi Kejadian Kebakaran


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VIII JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP 4.0 Prosedur Evakuasi...............................................................................................29-41 4.1 Definisi Proses Evakuasi Hospital 4.2 Tugas Dan Tanggungjawab 4.3 Pelan Evakuasi 4.4 Evakuasi Bangunan 4.5 Mengeluarkan Pesakit Dari Kawasan Bahaya 4.6 Jenis Evakuasi 4.7 Kuasa Mengisytihar Evakuasi. 4.8 Pemilihan Lokasi Pemindahan Apabila Evakuasi Dijalankan 4.9 Peringkat-Peringkat Evakuasi 4.10 Pelan Evakuasi Pesakit Di HSIP 5.0 Pemindahan Pesakit Dan Penempatan Semula................................................42-47 5.1 Kategori Pesakit Semasa Pemindahan 5.2 Teknik Pemindahan Pesakit Lampiran A......................................................................................................................50 Carta Alir Pengendalian Insiden Kebakaran (Code Red) Lampiran B......................................................................................................................51 Carta Alir Kebakaran Lampiran C......................................................................................................................52 Carta Alir Bilik Gerakan Kebakaran Lampiran D......................................................................................................................53 Carta Alir Pengaktifan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman HSIP Lampiran E......................................................................................................................54 Senarai Semak Insiden Kebakaran Hospital Sultan Ismail Petra Action Card Pelan Tindakan Kebakaran..................................................................56-60


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IX SINGKATAN PERKATAAN EMRT Emergency Medical Response Team ERT Emergency Response Team ETD Jabatan Kecemasan dan Trauma (Emergency and Trauma Department) HDU High Dependency Unit HSIP Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai JBPM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JT Jururawat Terlatih KKM Kementerian Kesihatan Malaysia MECC Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (Medical Emergency Coordination Centre) MKN Majlis Keselamatan Negara MO Pegawai Perubatan (Medical Officer) OKK Organisasi Keselamatan Kebakaran PDRM Polis Di Raja Malaysia PPK Pembantu Perawatan Kesihatan PPP Penolong Pegawai Perubatan SOP Standard Operating Procedure JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 1 1.0 PENGURUSAN INSIDEN KHUSUS (KEBAKARAN) 1.1 Secara Am Di waktu kebelakangan ini, banyak kes kebakaran telah berlaku di semua premis di Agensi/Kementerian/Jabatan sama ada disebabkan oleh bencana ataupun kelalaian/kelemahan manusia, di mana kadangkala telah melibatkan banyak harta benda dan nyawa musnah. Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) tidak berkecuali dalam perkara ini. Berpandukan akta dan bagi menangani kejadian kebakaran (Pekeliling Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 1.2 Pengenalan / Dasar / Rujukan Pelan tindakan bencana dalaman (kebakaran) ini di sediakan berpandukan kepada: 1.2.1 Arahan Perkhidmatan 1986, Bab Lapan Peraturan Am; (a) Mencegah Kebakaran Jabatan-jabatan hendaklah mengadakan latihan dari masa ke semasa bagi kakitangan-kakitangan mereka tentang cara-cara mencegah kebakaran seperti penggunaan pemadam api dan tindakan-tindakan menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran di pejabat-pejabat, terutamanya di bangunan-bangunan tinggi. Latihan-latihan ini patut di adakan sekali setahun. Jabatan Bomba akan sedia memberi nasihat dan membantu di dalam latihanlatihan ini patut diaturkan oleh jabatan-jabatan. Untuk tujuan di atas, adalah juga perlu bagi ketua-ketua jabatan menghantar pegawai mereka ke Pusat Latihan Bomba untuk menerima latihan persendirian tentang mencegah kebakaran atau bertindak semasa berlaku kebakaran di pejabat-pejabat. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 2 (b) Pemeriksaan Tahunan Pemadam Api Ketua-ketua jabatan hendaklah menentukan bahawa alat-alat pemadam api mestilah di buat pemeriksaan secara berkala dengan perakuan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sekurangkurang (1) tahun. (c) Bilik Rekod Simpanan Api Jabatan-jabatan tertentu seperti Jabatan Rekod Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Hasil hendaklah mengadakan bilik simpanan rekod-rekod penting yang tahan api atau lain-lain cara penyimpanan rekod supaya apabila atau sekiranya berlaku sebarang kebakaran pada bangunan maka rekod-rekod penting tidak akan terhangus. 1.2.2 Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan; (27)dlm. KKM-75/T/(657) bertarikh 31hb Mac 1993 1.2.3 Garis panduan kawalan dan pencegahan kebakaran di jabatanjabatan kerajaan keluaran Ibupejabat Bomba dan Penyelamat (Undang-undang kecil bangunan seragam 1984) ; dan 1.2.4 Surat Pekeliling Am. Sulit Bil 1 Tahun 1993 Meningkatkan Kualiti Kawalan Keselamatan Perlindungan di jabatan-jabatan kerajaan. 1.2.5 Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 2 2016 – Penubuhan Pelaksanaan dan Kawal Selia Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK)- Tujuan: Menggariskan prosedur dan tatacara penubuhan pelaksanaan dan kawal selia OKK di premis ditetapkan. 1.2.6 Perintah Tetap Ketua Pengarah Bilangan 3 2016 – Penubuhan, Pelaksanaan dan Kawal Selia Pasukan Keselamatan Kebakaran (Emergency Response Team – ERT) – Tujuan : Menggariskan tatacara dan prosedur penubuhan pelaksanaan dan kawal selia pasukan keselamatan kebakaran yang dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT) di bangunan yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 3 1.3 Risiko Kebakaran Risiko untuk berlakunya kebakaran di hospital amat tinggi dengan penggunaan gas mudah terbakar dan barangan elektrik, tambahan pula kedudukan dan susun atur peralatan yang padat. Apabila berlaku kejadian kebakaran, kecekapan bertindak boleh mengurangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Ianya bergantung kepada kesiapsiagaan, kemahiran dan pengetahuan anggota selain dari ketentuan Ilahi. Kejadian kebakaran hospital atau seumpamanya adalah satu kemalangan tragis yang boleh dihindari atau dicegah sekiranya langkah-langkah keselamatan dan pencegahan diberi keutamaan dan diamalkan. Persiapan rapi adalah perlu bagi memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi situasi kebakaran. Satu pelan tindakan yang lengkap perlu dibuat agar tindakan yang berkesan dapat diambil oleh kakitangan HSIP sekiranya berlaku insiden kebakaran dalam premis HSIP bagi memastikan perkhidmatan hospital masih dapat diteruskan. 1.4 Perancangan Keselamatan Kebakaran Peringkat HSIP Satu jawatankuasa keselamatan kebakaran dibentuk untuk menyelaraskan pengurusan dan aktiviti berkaitan keselamatan kebakaran di hospital. Pegawai Keselamatan Kebakaran dilantik untuk menyelaras aktiviti dan akan dibantu oleh pihak pengurusan hospital, jabatan kecemasan, radicare dan wakil OKK daripada setiap bahagian dan unit dalam hospital. Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra sebagai jawatankuasa bencana dalaman yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 4 1.4.1 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Carta Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5 1.4.1 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Sila rujuk Lampiran B 1.5 Latihan Dan Kesiapsiagaan Latihan yang berkaitan hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memberikan pendedahan yang mencukupi kepada kakitangan HSIP dalam menghadapi insiden kecemasan dalaman atau bencana. Kekerapan latihan pengurusan krisis dan bencana untuk kakitangan HSIP adalah seperti berikut; i. CME : Sekali setiap enam (6) bulan. ii. Table-top Exercise : Sekali setahun. iii. Drill : Sekali setahun. 1.6 KENYATAAN POLISI KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP Polisi Keselamatan Kebakaran Hospital Sultan Ismail Petra adalah bertujuan memastikan semua bangunan dan tempat kerja diakui selamat dari risiko bencana kebakaran dengan mencegah dan mengelakkan kebakaran berlaku. Semua bahagian/unit mestilah melantik sekurang-kurangnya seorang wakil yang dipertanggungjawabkan memberi penerangan terhadap kepentingan keselamatan kebakaran. Memastikan papan tanda “DILARANG MEROKOK”, “TEMPAT BERKUMPUL”, simbol pintu “KELUAR”, dan “PELAN LANTAI” dipamerkan setiap bahagian/unit. Pengujian dan pemeriksaan pada peralatan menentang kebakaran dijalankan mengikut jadual dan direkodkan. Semua laluan untuk menyelamatkan diri sentiasa bebas dari halangan serta pintu keluar boleh dibuka daripada sebelah dalam tanpa menggunakan kunci atau apa-apa pengetahuan khas. i. ii. iii. iv. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 6 Penyimpanan (storage) bahan-bahan yang berbahaya atau mudah meletup atau cecair mudah terbakar hendaklah di tempat yang selamat dan terkawal. Melaporkan kepada syarikat konsesi sekiranya berlaku kerosakan elektrik, air atau lain- lain keperluan alatan menentang kebakaran aktif atau pasif. Mengadakan latihan kebakaran tahunan sekali dalam setahun secara keseluruhan atau sebahagian bangunan. Menubuhkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) hospital yang dilatih oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk bertindak semasa berlaku kebakaran sehingga pihak JBPM. Melaporkan dan menyiasat setiap kejadian yang berkaitan dengan kebakaran yang terjadi di setiap Bahagian. Semua pesakit dalam dan waris-waris yang menjaga perlu diberi taklimat laluan kecemasan dalam program orientasi wad. Memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan yang boleh bertindak semasa berlakunya kebakaran. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 7 1.7 JAWATANKUASA KESELAMATAN KEBAKARAN – TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1.7.1 Ketua Operasi ( Pengarah Hospital ) Menubuhkan Jawatankuasa Induk Kebakaran peringkat Hospital. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bagi program dan aktiviti pencegahan kebakaran termasuk latihan kawad kebakaran. Melantik Pegawai Penyelaras Kebakaran (FSO) Hospital. Menjadi Penaung Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) peringkat Hospital Mengisytiharkan Evakuasi bangunan (evakuasi) atas nasihat Pegawai Bomba atau sekiranya perlu. Menentukan tempat untuk berkumpul dipatuhi. Menghubungi Hospital lain untuk bantuan sekiranya perlu. Menubuhkan dan mengetuai bilik gerakan. Maklumkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri sebarang kejadian kebakaran di hospital. Arahan menduduki semula bangunan selepas mendapat nasihat daripada pihak Bomba. Menentukan penempatan semula pesakit yang terlibat, jika bangunan tidak boleh digunakan semula. Pesakit di tempatkan di lokasi yang sesuai dan selamat. Menubuhkan Ahli Jawatankuasa Penyiasat (post mortem). Memastikan latihan Evakuasi bangunan dan cara menggunakan pemadam api dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Mengambil langkah-langkah pencegahan secara berterusan. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 8 1.7.2 Pegawai Keselamatan Kebakaran 1 (Fire Safety Officer) - FSO Memastikan langkah-langkah keselamatan kebakaran yang digariskan oleh Jawatankuasa Kawalan Kebakaran di patuhi setiap masa oleh semua kakitangan hospital. Menyimpan rekod tindakan keselamatan kebakaran yang telah diambil atau dilaksanakan sepanjang tahun. Memeriksa alat-alat pemadam api, sistem pancur basah atau pancur kering (sprinkler), alat semburan bantu mula (hose reel) dan sistem penggera kebakaran berada di dalam keadaan baik dan berfungsi setiap masa. Alat-alat perlu diperiksa bersama pihak Bomba (jika ada keperluan yang dibangkitkan) atau pemeriksaan secara berkala bersama-sama PSH-Radicare perlu dibuat. Memastikan lampu-lampu pintu keluar kebakaran dipasang dan berfungsi dengan baik. Menghubungi pihak Bomba untuk mengadakan latihan kepada kakitangan tentang cara cara menggunakan alat-alat kawalan pemadam api, cara-cara menyelamatkan diri dan cara-cara memindahkan pesakit sekurang-kurangnya sekali setahun. Menghubungi pihak PDRM & JBPM untuk mengadakan kawad (drill) kebakaran sekali setahun dan (Table top) kebaran dua kali setahun. Membantu Pengarah Hospital menyelaras operasi kawalan kebakaran semasa berlaku kebakaran. Mendapatkan Laporan kebakaran daripada Bomba, Polis, JKR, Pejabat Keselamatan dan lain-lain agensi/jabatan lain yang berkaitan dan menyusun draf laporan akhir untuk Pengarah Hospital. 1.7.3 Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Hospital Memastikan langkah-langkah keselamatan kebakaran yang digariskan oleh Jawatankuasa Kawalan Kebakaran di patuhi setiap masa oleh semua kakitangan hospital. Bekerjasama dengan Pegawai Keselamatan Kebakaran dalam latihan keselamatan kebakaran. Bekerjasama dengan Pegawai Keselamatan Kebakaran dalam penilaian risiko serta audit dan pemeriksaan keselamatan kebakaran.14 Menyimpan Laporan kebakaran daripada Bomba, Polis, JKR, Pejabat Keselamatan dan lain-lain agensi/jabatan lain yang berkaitan dan menyusun deraf laporan akhir untuk Pengarah Hospital. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 9 1.7.4 Pegawai Keselamatan Kebakaran 2 (Unit Kejuruteraan) Memantau penyelenggaraan peralatan keselamatan kebakaran yang dilakukan oleh PSH-Radicare di Hospital. Memberi laporan tentang kedudukan keselamatan kebakaran di hospital serta mengambil tindakan susulan atas segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa tersebut pada setiap mesyuaratnya. Menyimpan rekod segala pelan lantai hospital. Memastikan alat-alat pemadam api, sistem pancur basah atau pancur kering (sprinkler), alat semburan bantu mula (hose reel) dan sistem penggera kebakaran berada di dalam keadaan baik dan berfungsi setiap masa. Alat-alat perlu diperiksa bersama pihak Bomba (jika ada keperluan yang dibangkitkan). Bekerjasama dengan pegawai keselamatan kebakaran dalam mengadakan latihan berkaitan keselamatan kebakaran Membantu Pengarah Hospital menyelaras operasi kawalan kebakaran semasa berlaku kebakaran. Mendapatkan laporan kebakaran daripada Bomba, Polis, JKR, Pejabat Keselamatan dan lain-lain agensi/jabatan lain yang berkaitan dan menyusun deraf laporan akhir untuk Pengarah Hospital. 1.7.5 Pegawai Keselamatan Kebakaran 3 (Pengurus Syarikat Konsesi Hospital (RADICARE) Menyelenggara peralatan keselamatan kebakaran di Hospital. Memberi laporan tentang kedudukan keselamatan kebakaran di hospital serta mengambil tindakan susulan atas segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa tersebut pada setiap mesyuaratnya. Menyimpan rekod segala tindakan keselamatan kebakaran yang telah diambil atau dilaksanakan sepanjang tahun. Menjalankan pemeriksaan bersama FSO dan Jurutera untuk memastikan alat-alat pemadam api, sistem pancur basah atau pancur kering (sprinkler), alat semburan bantu mula (hose reel) dan sistem penggera kebakaran berada di dalam keadaan baik dan berfungsi setiap masa. Alat-alat perlu diperiksa bersama pihak Bomba (jika ada keperluan yang dibangkitkan). Memastikan lampu-lampu pintu keluar kebakaran sentiasa dipasang dan berfungsi sepenuh masa. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 10 Bekerjasama dengan pegawai keselamatan kebakaran dalam mengadakan latihan dengan dibantu urusetia oleh Unit Pentadbiran (Bahagian Latihan) kepada kakitangan tentang caracara menggunakan alat-alat kawalan pemadam api, cara-cara menyelamatkan diri dan cara-cara memindahkan pesakit sekurang-kurangnya sekali setahun. Menghubungi pihak PDRM & JBPM untuk mengadakan kawat (drill) kebakaran sekali setahun. Membantu Pengarah Hospital menyelaras operasi kawalan kebakaran semasa berlaku kebakaran. Mendapatkan laporan kebakaran daripada Bomba, Polis, JKR, Pejabat Keselamatan dan lain-lain agensi/jabatan lain yang berkaitan dan menyusun deraf laporan akhir untuk Pengarah Hospital. 1.7.6 Pegawai Khidmat Pelanggan (Telefonis) Menjadi penghubung utama saluran komunikasi semasa kebakaran. Memaklumkan kejadian kebaran kepada Pengarah Hospital. Menelefon Jabatan Bomba & Penyelamat Terdekat Membuat pengumuman kejadian kebakaran setelah diarahkan. Memaklumkan kejadian kepada FSO & semua anggota dalam directori Keselmatan Kebakaran. 1.7.7 Anggota Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Menjadi wakil anggota bantuan awal semasa mencegah kebakaran daripada berlaku dan bertindak memadam kebakaran sekiranya berlaku Bertindak mengawal kebakaran daripada merebak sementara menanti kehadiran Bomba bagi mengelak kemusnahan besar- besaran; Membantu kakitangan lain memindahkan pesakit dari zon kebakaran / bencana ke zon berkumpul; Membantu memindahkan pesakit dari zon berkumpul ke wad penempatan semula selepas Evakuasi. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 11 1.7.8 Pengawal Keselamatan Bila loceng kebakaran berbunyi, perhatikan Fire Alarm Panel. ; Lihat lampu zon mana yang menyala Lihat bahagian manakah yang terlibat dari gambar mimik Siasat bahagian tersebut. Beritahu kepada pegawai atau anggota Wad / Unit terlibat yang bertanggungjawab. Mengawal lalulintas di dalam kawasan hospital. Menunjuk arah dan melancarkan laluan kepada kenderaan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Halang orang awam dari mendekati atau memasuki kawasan kebakaran. Menerima arahan dari masa ke semasa dari pihak yang bertanggungjawab. 1.7.9 Pegawai Kawalan Insiden Bertindak sebagai ketua operasi tempat kejadian semasa kejadian kebakaran. Bertanggngjawab untuk mengurus dan mengawal kejadian kecemasan kebakaran. Mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat untuk menjalankan tugas, mengawal kerosakan peralatan & menyelamatkan mangsa pada peringkat awal insiden. Mengumpulkan segala maklumat berkaitan kejadian kebakaran daripada mencari menyelamat awal, pasukan Evakuasi, kawalan keselamatan dan pasukan perawatan dari masa ke semasa. 1.7.10 Pegawai Evakuasi Bertanggungjawab ke atas keselamatan penghuni atau anggota bangunan secara keseluruhan, terutama di unit yang berlakunya kebakaran. Menyelaras semua prosedur yang berkaitan dengan proses Evakuasibangunan. Dibantu oleh ketua tingkat/zon dan pasukan mencari dan menyelamat. Menyelaras semua aktiviti Evakuasi dan komunikasi dengan ketua kawalan insiden di bilik gerakan. Menjalankan pengiraan bilangan anggota, pesakit dan pelawat selepas proses Evakuasi. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 12 1.7.11 Pegawai Kawalan Keselamatan Betanggungjawab keatas kawalan keselamatan trafik dan keselamatan orang ramai di sekitar bangunan. Selalunya dipegang oleh ketua unit keselamatan hospital atau wakil pemegang konsesi yang dilantik. 1.7.12 Pegawai Perawatan Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal yang melibatkan pesakit di lokasi kebakaran. Bertanggungjawab memastikan kesinambungan perkhidmatan klinikal di 18tempat berkumpul sekiranya Evakuasi dilaksanakan. Pesakit yang mempunyai peluang kualiti hidup paling baik diberikan keutamaan untuk proses Evakuasi terlebih dahulu. Arahan diberikan kepada petugas wad untuk menggunakan ventilator mudah alih atau bag oksigen (bag valve mask) sementara dipindahkan ke wad alternatif. Memastikan rekod pesakit dibawa bersama ke tempat berkumpul. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan klinikal di tempat berkumpul sehinggalah semua pesakit dipindahkan ke tempat rawatan definitif. 1.7.13 Ketua Tingkat / Zon Bertanggungjawab terhadap penghuni aras dan zon sekiranya terdapat keperluan Evakuasi seluruh bangunan. Berhubung dengan pegawai Evakuasi bagi laporan situasi Evakuasi. Menerima pesakit dari zon yang berlainan sekiranya Evakuasi dilakukan secara mendatar (horizontal evacuation). Bertanggungjawab mengemaskini dan menyediakan senarai nama pesakit dan petugas. Membantu dan melaporkan kepada pegawai Evakuasi dalam proses pengiraan bilangan anggota, pesakit & pelawat. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 13 1.7.14 Pasukan Mencari & Menyelamat Pasukan ini terdiri daripada pasukan OKK yang telah dilatih oleh pihak JBPM dalam mengendalikan peralatan keselamatan kebakaran. Pasukan akan menerima arahan daripada pegawai kawalan insiden untuk memulakan tindakan dan melaporkan kejadian kepada pegawai tersebut. Kelengkapan Pelindung Diri PPE yang bersesuaian haruslah dipakai dengan lengkap untuk memberikan bantuan awal keselamatan kebakaran. Pasukan akan membantu pegawai dari JBPM sekiranya mereka telah tiba untuk bantuan pengurusan kebakaran. 1.8 PENUBUHAN JAWATANKUASA KECIL PERINGKAT JABATAN/UNIT/WAD Setiap Jabatan/Unit/Wad di syorkan supaya: Menubuhkan jawatankuasa kecil pencegahan kebakaran sendiri. Menyediakan pelan laluan kecemasan dan tindakan menghadapi kebakaran sendiri Mengatur pelan tindakan pegawai bertugas unit sebagai pegawai kawalan insiden, pegawai Evakuasi, pegawai perawatan, pegawai kawalan keselamatan & pegawai mencari & penyelamat. Menyediakan jadual giliran pemeriksaan bahaya risiko kebakaran di jabatan/wad/unit semasa dan selepas waktu pejabat. Membantu penyelenggaraan alat serta sistem kawalan kebakaran di jabatan masing-masing. 1.8.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Kecil peringkat Jabatan /Unit /Wad JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 14 1.8.2 Ketua Lokasi Selaku Urusetia Pelaksanaan Kebakaran Hospital Tanggungjawab: Mengetuai pasukan sewaktu berlakunya kebakaran. Menyediakan pelan lantai / laluan kecemasan di lokasi masing-masing. Membuat pemantauan berkaitan dengan keselamatan kebakaran di lokasi masing-masing Memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di lokasi masing-masing berfungsi dengan baik Menubuhkan ahli jawatankuasa kecil di bawah seliaannya di peringkat lokasi masing-masing (Pasukan Pemadam Api, Pasukan Pengusian Bangunan dan Pemantu Aspek Keselamatan). Mengenal pasti keperluan-keperluan bagi meningkatkan tahap keselamatan kebakaran di lokasi masing-masing. Mengemukakan laporan audit dan cadangan-cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan kebakaran. Bertindak menggerakkan evakuasi tanpa lengah sekiranya mendapat arahan atau sekiranya difikirkan perlu. Bertanggungjawab memastikan semua bilik yang berpotensi untuk dikunjungi oleh pesakit dan waris diperiksa dan dipastikan kosong. Menyediakan senarai bilangan anggota dan melicinkan ‘head count’ bagi anggota bertugas, pesakit, waris dan pelawat yang datang melawat sewaktu evakuasi. Bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak BOMBA dan melaporkan kepada pegawai keselamatan hospital situasi yang telah dilaksanakan dan memaklumkan sekiranya masih ada anggota / pesakit yang masih terperangkap di dalam bangunan. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 15 1.8.3 Peranan Ketua Insiden Semasa Operasi Di Setiap Lokasi Sekiranya Berlaku Kebakaran. 1.8.3.1 Jika kebakaran berlaku pada waktu pejabat, segala operasi kawalan kebakaran di lokasi akan diketuai oleh Ketua Jabatan/Unit yang terlibat. 1.8.3.2 Jika berlaku di luar waktu pejabat, Ketua Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan (oncall), akan mengetuai operasi sehingga ketibaan Ketua Unit, Ketua Bahagian atau Pengarah Hospital. 1.8.3.3 Tanggungjawab Pegawai berkenaan di atas: Memastikan pihak bomba telah dihubungi. Memastikan Telefonis Hospital telah dimaklumkan tentang kebakaran Memastikan anggota menjalankan tanggungjawab mengikut arahan di dalam action card masing-masing Memastikan bantuan segera di perolehi daripada unit-unit berhampiran. Memastikan arahan permindahan pesakit di laksanakan dengan segera dalam keadaan tenang, teratur dan selamat serta pastikan semua pesakit dan kakitangan berkumpul di tempat perhimpunan yang telah di tetapkan. Memastikan tiada sesiapa yang berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang tertinggal termasuk juga barang peribadi yang berharga. Memastikan roll-call di buat di tempat perhimpunan untuk memastikan semua pesakit dan kakitangan selamat. Memaklumkan kepada pihak Bomba sesiapa yang tidak dapat di kesan (jika ada). i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 16 Memastikan semua dokumen dan barangan penting di selamatkan jika sempat dan semua pintu rintangan api ditutup setelah pemindahan pesakit dari bangunan dilaksanakan. Memastikan pesakit-pesakit di tempatkan semula buat sementara waktu di wad-wad lain atau wad bencana setelah mendapat persetujuan dari Pengarah dan Ketua Jururawat berkenaan. Menyediakan Laporan tentang kebakaran sehingga ketibaan Ketua Unit Pentadbiran, Pegawai Keselamatan, Ketua Jabatan atau Pengarah Hospital. Sila pastikan action card bencana dikemaskini. ix. x. xi. xii. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 17 2.0 TINDAKAN PENCEGAHAN DAN KESEDIAAN KAWALAN KEBAKARAN 2.1 Sijil Keselamatan Bangunan Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran perlu memastikan bahawa keseluruhan bangunan hospital telah diperiksa oleh pihak Bomba dan Sijil Keselamatan Bangunan diperolehi. 2.2 Fasiliti Hospital Bangunan utama Hospital Sultan Ismail Petra terdiri daripada 6 tingkat bangunan dan dibahagikan kepada 5 zon khusus iaitu; Zon bangunan Klinikal Zon bangunan A Zon bangunan B Zon bangunan C Zon bangunan D Kesemua bangunan di Hospital Sultan Ismail Petra adalah jenis konkrik dan bertingkat. Alat dan sistem kawalan kebakaran berikut perlu pemeriksaan dan penyelenggaraan berterusan (contoh dibawah) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 18 2.3 Peralatan dan Sistem Pelindung Kebakaran 2.3.1 Perlindungan pasif: Laluan keluar keselamatan, dan Pintu rintangan api 2.3.2 Perlindungan aktif: Sistem pemadam yang menggunakan air: Pili Bomba, Sistem penyembur air automatik (Sprinkler), Sistem pancur basah (wet riser), Sistem pancur kering (dry riser), dan Sistem hose reel. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 19 Sistem pemadam yang menggunakan gas (Aerohub). Sistem penggera kebakaran Main Fire Alarm Panel Terletak di bilik kawalan kebakaran lobi utama Hospital Sultan Ismail Petra. Pada sistem ini, kompenan utama: Pada sistem ini, kompenan utama Smoke Detector Heat Detector Breakglass Sounder Sistem Hose Reel Sistem hose reel menggunakan kuasa elektrik dengan 2 Nos of Hose Reel pump (Duty & Standby) yang terletak di Fire Pump Room, M&E Block, 61 Nos of Hose Reel Drum. Bagi asrama pelatih dan asrama jururawat mempunyi system hos rel yang berasingan. Panjang minimun hos hendaklah melebihi 100 kaki dan Capacity 17m3 air. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 20 Sistem Sprinkler Sistem sprinkler merangkumi beberapa komponen yang berbeza seperti: Pam air Tangki simpanan air Rangkaian paip air ke seluruh tempat/bangunan Injap kawalan Loceng penggera Pemercik air Suis tekanan Pam Jockey buka 80 psi / 5.5 Bar Pam Jockey tutup 100 psi / 6.9 Bar Pam Duty buka 65 psi / 4.9 Bar Pam Duty tutup – Manual Pam Standby buka 55 spi / 3.8 Bar Pam Standby tutup - Manual JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 21 Warna bebuli dan kepekaan suhu Merah 68°C Pili Bomba / Hydrant Pemasangan rangkian paip yang bersambung terus dengan paip bekalan air utama. Terdapat 13 pili BOMBA di HSIP yang ditempatkan disekitar dalam premis. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 22 Sistem Kering (Dry Riser) Sistem pancur ini tidak mengandungi air, ianya hanya digunakan dengan air oleh pihak BOMBA bila berlaku kebakaran. Sebelah ‘Outlet’ pam disambung ke ‘inlet’ pancur kering dan pam akan memaksa air ke pancurnya. Injap udara automatik dihujung saluran terbuka dan membolehkan udara dipaip lepas keluar, tetapi akan tutup apabila paip dipenuhi air Terdapat 4 lokasi DRY RISER BREECHING INLET di HSIP PAC HDU A&E Jabatan Forensik Sistem Gas Pencegahan Kebakaran CO2 FM200 Wet Chemical IG55 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 23 2.4 Pelan Laluan Keluar Kecemasan Jawatankuasa kecil keselamatan kebakaran peringkat Jabatan perlu menyediakan Pelan Laluan Keluar Kecemasan bagi setiap unit/tingkat yang dipamerkan di tempat-tempat strategik. Pelan Laluan Keluar Kecemasan perlu menunjukkan dengan jelas kedudukan pintu-pintu keluar, keluar, laluan kecemasan yang patut di ikuti tanpa halangan, kedudukan pili Bomba, kedudukan alat pemadam api, kedudukan alat semburan bantu mula dan kedudukan alat penggera kebakaran. 2.5 Kawasan larangan Merokok 2.5.1 Papan tanda ”Kawasan Larangan Merokok” perlu dipamerkan dengan jelas di tempat strategik diseluruh kawasan hospital dandipastikan pematuhannya. 2.6 Peraturan Dalam Jabatan/Wad/Unit 2.6.1 Tidak menghalang atau mengunci pintu tangga atau keluar kecemasan, khusus semasa waktu pejabat dan semasa ada orang didalam bangunan. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 24 2.6.2 Tidak membawa bahan-bahan yang mudah terbakar, meletup dan mengeluar gas beracun sewenang-wenangnya ke dalam wad tanpa kawalan atau tanpa langkah-langkah keselamatan tertentu. Cecair mudah terbakar seperti ether, alkohol, methylated spirit dan solvents perlu di hadkan kuantitinya di wad dan disimpan di tempat yang jauh daripada punca yang boleh menyebabkan kebakaran. 2.6.3 Kebersihan bangunan serta keadaan yang teratur (good housekeeping) akan menghalang daripada berlakunya kebakaran. Kain -kain buruk, kertas–kertas, buku atau majalah lama perlu dibuang. 2.6.4 Tidak menghalang atau menggagalkan tindakan alat-alat pemadam api seperti menutup injap sistem pancur basah atau menghalang akses kepada alat pemadam api dengan menempatkan perabotperabot di hadapannya. 2.6.5 Peraturan Kawalan dan Keselamatan stor perlu dipatuhi. 2.6.6 Peraturan pengendalian bahan-bahan mudah terbakar perlu dipatuhi. 2.6.7 Peraturan pengendalian mesin dan jentera yang boleh mengeluarkan percikan api perlu dipatuhi. 2.6.8 Peraturan keselamatan elektrik perlu dipatuhi. Laporkan kepada Medivest alat-alat elektrik, punca kuasa elektrik atau pendawaian elektrik yang rosak atau terdedah. Gunakan alat-alat elektrik dan sistem pendawaian yang diluluskan dan jangan membebankan (overload) litar elektrik. Maklumkan kepada pihak Medivest untuk tindakan lanjut. 2.6.9 Peraturan keselamatan kebakaran perlu dipatuhi pada setiap masa terutamanya di lokasi yang berisiko tinggi seperti Dietetik & Sajian, Makmal, Dewan Bedah, ICU, CSSD, Bengkel & Stor Pelupusan Bahan Kimia Medivest, Pejabat Rekod, dan Jabatan X-Ray. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 25 2.6.10 Pelan pengungsian bangunan untuk kakitangan dan pesakit perlu dipatuhi. Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota bagi memastikan tempat bertugas adalah selamat pada setiap masa. 2.7 Pemeriksaan Pejabat 2.8 Latihan asas untuk kakitangan. 2.7.1 Perlu dilakukan setiap hari sebelum tamat waktu bertugas. Perkara yang perlu dipastikan adalah 2.7.2 Lampu –lampu dan suis elektrik sudah dipadamkan. 2.7.3 Bahan-bahan kimia dan bahan-bahan mudah terbakar disimpan di tempat selamat. 2.8.1 Mengetahui dengan pasti laluan keluar kecemasan serta kedudukan tangga yang selamat untuk keluar dengan cepat tanpa bantuan. 2.8.2 Mahir tentang cara-cara menghidupkan sistem penggera kebakaran. 2.8.3 Mahir tentang cara-cara memanggil Bomba atau Telefonis apabila mengesan kebakaran. 2.8.4 Mahir menggunakan alat pemadam api dan alat semburan bantu mula untuk memadamkan kebakaran yang kecil. 2.8.5 Prihatin dengan keperluan menutup pintu-pintu rintangan api pada setiap masa. 2.8.6 Mahir tentang cara-cara menguruskan pengungsian bangunan supaya dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur, tenang dan selamat mengikut laluan laluan keluar kecemasan yang telah ditetapkan. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 26 2.8.7 Mahir tentang cara-cara menyelamatkan pesakit-pesakit yang paling hampir dengan kawasan kebakaran. 2.8.8 Mahir tentang cara-cara mengangkat dan memindahkan pesakit apabila arahan pengungsian bangunan dikeluarkan. 2.8.9 Mengenalpasti peralatan-peralatan mudah terbakar yang perlu dialihkan daripada kawasan kebakaran. 2.8.10 Memeriksa bilik-bilik untuk memastikan tiada kakitangan atau pesakit yang terperangkap semasa berlaku kebakaran. 2.8.11 Memilih seorang kakitangan untuk menunggu ketibaan Bomba dan menunjukkan arah laluan tepat ke lokasi kebakaran dan lokasi Pili Bomba. 2.8.12 Mahir tentang cara-cara membuat panggilan baris (roll-coll) bagi menentukan kehadiran semua kakitangan dan pesakit di kawasan perhimpunan. 2.8.13 Menganggap semua ceramah, demonstrasi dan kawad kebakaran sebagai perkara mustahak dan serius. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 27 3.0 CARTA ALIR & TINDAKAN SEMASA KEBAKARAN 3.1 Carta Aliran tindakan semasa menghadapi kebakaran adalah seperti berikut:- JANGAN PANIK Setiap anggota perlu memahami tanggungjawab masing-masing; Setiap anggota tahu bagaimana panduan melepaskan diri; Setiap anggota mesti menyelamatkan pasakit-pesakit yang hampir kepada bahaya; Setiap anggota menyelamatkan dokumen dan rekod; Setiap anggota mesti berpengetahuan dalam cara melawan kebakaran. Setiap anggota mesti bersedia dengan nada bunyi: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. nada loceng putus-putus – iaitu menandakan bersedia untuk mengosongkan bangunan dan memastikan bahawa tindakan akan di perlukan; nada loceng berpanjangan – iaitu menandakan tindakan mengosongkan bangunan akan bermula dan kerja-kerja menyelamat hendaklah menjalankan tugas mengikut tanggungjawab masing-masing. 3.2 Tatacara pengaktifan insiden Code Red / Kejadian Kebakaran Dail 0 untuk sambungan ke pegawai khidmat pelanggan (operator) Beritahu lokasi kebakaran. Beritahu bahan-bahan yang terbakar. Beritahu nama pemanggil. Keutamaan tindakan yang diambil bergantung kepada: Ancaman kepada pesakit di sekitar kawasan kebakaran. Lokasi, saiz serta kesemarakan kebakaran. Bilangan kakitangan sedia ada. Jika berlaku semasa waktu melawat, pelawat perlu dinasihatkan berada bersama pesakit. Laluan keluar kecemasan perlu dipastikan tiada apa-apa halangan. xi. Jangan sekali-kali menggunakan lif. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 28 Unit pendingin udara atau pengudaraan perlu dipadamkan. Suis utama elektrik tidak perlu dipadamkan jika berlaku kebakaran pada malam hari. Kakitangan serta pesakit perlu melihat dengan jelas laluan keluar kecemasan untuk menyelamatkan diri atau untuk evakuasi bangunan. Seorang kakitangan perlu ditugaskan menunggu pasukan penyelamat di pintu masuk hospital dan menunjukkan arah terdekat kepada pili Bomba dan lokasi kebakaran. xii. xiii. xiv. Hanya pihak Bomba sahaja yang berkuasa menentukan samaada keadaan sudah selamat untuk sesiapa memasuki semula kawasan kebakaran. Pasukan OKK HSIP telah dilatih untuk memberi bantuan awal semasa berlaku kebakaran, jika difikirkan selamat. 3.3 Peranan Jabatan / Unit Dalam Hospital Ketika Mengharungi Kejadian Kebakaran 3.3.1 Perkhidmatan Farmasi: Menyediakan keperluan perubatan dan bahan-bahan pakai buang secukupnya 3.3.2 Perkhidmatan Sajian: Menyediakan bekalan makanan secukupnya dan berterusan untuk pesakit dan anggota bertugas. 3.3.3 Perkhidmatan sokongan: Bertanggungjawab mengenai pemindahan peralatan. Bertanggungjawab mengenai kebersihan tempat. Bertanggungjawab mengenai pembuang sisa klinikal dan domestik. 3.3.4 Pentadbiran: Bertanggungjawab menyediakan bahan- bahan alat tulis yang diperlukan. Membantu dalam pengurusan discaj pesakit Bertanggungjawab mendaftar pesakit yang terlibat dalam Evakuasi. Bertanggungjawab menyediakan laporan insiden/krisis/bencana JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 29 3.3.5 Perkhidmatan Keselamatan: Bertanggungjawab mengenai keselamatan keseluruhan kawasan terlibat. Membantu mengawal waris pesakit, pelawat dan media massa. Bertanggunjawab mengawal lalulintas dalam kawasan hospital. 3.3.6 Perkhidmatan Pengangkutan: Bertanggungjawab mendapatkan kenderaan dari hospital/klinik berdekatan. Bertanggungjawab menguruskan keperluan pengangkutan pesakit / anggota / petugas hospital. Bertanggungjawab mengangkut barang-barang makanan serta minuman bagi pesakit dan petugas hospital. 4.0 PROSEDUR EVAKUASI 4.1. Definisi Proses Evakuasi Hospital Merupakan pergerakan kakitangan, pesakit dan pelawat dari mana-mana bahagian hospital yang dibuat secara teratur, cepat dan selamat ke tempat berkumpul setelah pengisytiharan evakuasi bangunan dibuat. 4.2. Tugas Dan Tanggungjawab Proses evakuasi sesuatu lokasi kejadian hendaklah dengan arahan daripada Pengarah Hospital atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Hospital, setelah mendapat nasihat daripada agensi berkaitan. Proses evakuasi mestilah diselia oleh Pegawai Evakuasi dengan di bantu oleh Ketua Tingkat. 4.3. Pelan Evakuasi Setiap wad/unit/jabatan hendaklah mempamerkan pelan lantai yang menunjukkan dengan jelas arah laluan keluar sekiranya berlaku insiden yang memerlukan evakuasi dilakukan. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 30 Pelan ini mestilah; (i) Dicetak dalam saiz A3 (ii) Dipamerkan di lokasi yang mudah di lihat pada dinding unit/wad/jabatan. (iii) Mempunyai petunjuk bagi lokasi penggera kecemasan dan alatan bantu mula serta arah laluan keluar sewaktu kecemasan. Ketua Jabatan/Unit adalah bertanggungjawab untuk memastikan pelanevakuasi jabatan/unit masing-masing disediakan. 4.4 Evakuasi Bangunan Evakuasi bangunan ialah pergerakan memindahkan pesakit dan kakitangan keluar dari bahagian yang terbakar atau terancam dari segi keselamatan ke tempat yang selamat dari dalam bangunan ke luar bangunan tersebut. Beberapa perkara yang mustahak perlu diambil kira dalam membuat keputusan untuk evakuasi bangunan iaitu: Lokasi kebakaran Kemerebakan api/asap Adanya bahan-bahan mudah terbakar di tempat seperti oksigen, alkohol, dan lain-lain Jenis pesakit di wad 4.5 Mengeluarkan pesakit dari kawasan bahaya Semua pesakit dan anggota dikumpulkan pada jarak yang selamat daripada api dan asap. Bila kawasan terbakar dikosongkan, tutup semua pintu bagi menahan api dan asap dari terus merebak dengan cepat. Jika bencana/kebakaran yang berlaku melibatkan kawasan yang kecil dan terkawal, pindahkan pesakit yang berdekatan ke kubikel yang berdekatan. Contohnya, kebakaran di wad. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 31 4.6 Jenis Evakuasi Kelas I Evakuasi di kawasan hospital sahaja. Melibatkan pemindahan wad-wad berkaitan/ unit berkaitan sahaja. Tiada masalah dalam penempatan pesakit (cth; gangguan sistem lif, kebocoran kecil gas, wabak, bekalan elektrik) Kelas II Evakuasi sebahagian (partial) Hospital Interhospital (dalam hospital) (cth; kebakaran) Kelas III Evakuasi keseluruhan hospital Melibatkan penempatan kedua seperti pindah ke hospital lain . (cth; ancaman bom) 4.7 Kuasa mengisytihar Evakuasi. Pengarah Hospital Pegawai-pegawai yang diberi kuasa mengisytihar oleh Pengarah Hospital semasa ketiadaan beliau Timbalan Pengarah Hospital Timbalan Pengarah Pengurusan Ketua Jabatan Kecemasan & Taruma 4.8 Pemilihan Lokasi Pemindahan Apabila Evakuasi Dijalankan Lokasi Pemindahan (a) Perpindahan di antara Zon A/B/C/D – (Horizontal Evacuation) (b) Pindah ke kawasan dalam persekitaran hospital sahaja – ke tempat berkumpul masing- masing (Tempat berkumpul A,B dan C) (c) Pindah ke luar kawasan hospital samada sebagai transit (sementara menanti keadaan di hospital pulih) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Bil. Tempat Berkumpul Kawasan Terlibat 1 Tempat Berkumpul A (Depan Lobi) Unit Hasil, Farmasi, Hemodialisis Unit, Rehabilitasi, Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan, Penerangan, Xray, Wad-wad (5A, 5B, 5C, 5D, 6A,6B, 6C, 6D), Klinik Pakar 1,2,3 & 4; Pejabat Pakar 2 Tempat Berkumpul B (Depan Jabatan Kecemasan) Jabatan Kecemasan, PAC, CSSD, Stor Perubatan, Unit Dietetik dan Sajian, Dewan Bedah, ICU, CCU, NICU, HDW, Labour Room, Farmasi Kecemasan, Unit Angkut 3 Tempat Berkumpul C (Padang Bola) Pejabat Radicare, Unit Kejuruteraan, Unit Forensik, Unit Pentadbiran, Unit IT, Unit Rekod, Farmasi Tingkat 2, Farmasi Pesakit Luar, Unit Kualiti, Unit Pendidikan, Unit Kawalan Infeksi, Stor Alat Tulis, 32 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 33 4.8.1 Pelan Lokasi Tempat Berkumpul JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 34 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 35 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 36 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 37 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 38 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 39 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 40 4.9 Peringkat-peringkat Evakuasi Stage I - Mengeluarkan pesakit dari kawasan bahaya. Semua personel dan pesakit dikumpulkan pada jarak yang selamat dari ancaman. Dalam situasi kebakaran, apabila kawasan terbakar dikosongkan, tutup semua pintu bagi menahan api dan asap daripada merebak dengan cepat. Stage II - Membawa pesakit ke tempat selamat. Jika api dan asap terus merebak, semua pesakit dan personel dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Jika bangunan bertingkat, pindahkan ke aras bawah. Stage III - Evakuasi bangunan secara keseluruhan. 4.10 Pelan Evakuasi Pesakit di HSIP Jika Evakuasi melibatkan hanya satu wad di Aras, pesakit dipindahkan ke wad di zon bersebelahan/ berdekatan. Evakuasi di Wad Aras 6 Wad 6A - Wad Perubatan Lelaki Wad 6B - Wad Perubatan Perempuan Wad 6C - Wad Ortopedik Wad 6D - Wad Pembedahan Evakuasi di Wad Aras 5 Wad 5A - Wad Kanak-Kanak Wad 5B - Wad Multidisiplin Wad 5C - Wad Antenata Wad 5D - Wad Posnatal JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 41 Evakuasi Wad Khas Sekiranya pesakit perlu dievakuasi: Coronary Care Unit 8 katil Jika pesakit di ventilate : pesakit dipindahkan ke Wad perubatankubikel Akut atau di transferkan ke HRPZ II atau HTM. ICU & PICU 20 Katil Bagi kesinambungan perawatan pesakit kritikal dari ICU yang terpaksa dipindahkan, pesakit perlulah dihantar ke HRPZ II, HTM atau HUSM. NICU 22 Katil Bagi kesinambungan perawatan pesakit kritikal dari NICU yang terpaksa dipindahkan, pesakit perlulah dihantar ke HRPZ II, HTM atau HUSM. Dewan Bersalin Pengurusan pesakit dari dewan bersalin akan dipindahkan pengurusan sementara di PAC. Jabatan Kecemasan & Trauma Pengurusan pesakit dari Jabatan Kecemasan & Trauma akan dipindahkan operasi sementara ke Hospital Lama sebelum dipindahkan ke tempat yang lebih bersesuaian. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


Click to View FlipBook Version