The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Q Hospital Sultan Ismail Petra, 2024-03-26 22:52:50

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP for print

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 3 KESELAMATAN KEBAKARAN HSIP

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP KATEGORI KEBOLEHAN BERGERAK SENDIRI CATATAN Kategori 1 Pesakit yang tidak boleh bergerak langsung termasuk bayi-bayi Boleh menggunakan katil, stretcher, blanket Kategori 2 Berupaya untuk bergerak menggunakan peralatan dan dengan bantuan Boleh menggunakan kerusi roda Kategori 3 Berupaya bergerak dengan bantuan Boleh menggunakan kerusi roda Kategori 4 Berupaya bergerak sendiri dengan menggunakan peralatan Perlu dibantu semasa bergerak keluar Kategori 5 Berupaya bergerak sendiri Dipindahkan secara berkumpulan dan dikawal supaya tidak panic dan kelam kabut 42 5.0 PEMINDAHAN PESAKIT DAN PENEMPATAN SEMULA 5.1 Kategori Pesakit Semasa Pemindahan Kategori pesakit-pesakit dikelaskan mengikut kemampuan bergerak bagi memastikan pergerakan yang teratur dan terancang semasa berlaku bencana. Semasa Evakuasi, pesakit kategori 5 akan dipindahkan dahulu, kemudian diikuti dengan 4,3,2 dan 1. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 43 5.2 Teknik Pemindahan Pesakit 5.2.1 Memapah / ‘Human Crutch (Tongkat Manusia)’ Kaedah ini boleh digunakan bagi pesakit yang boleh bergerak dan memerlukan bantuan minima dan sedia bekerjasama 5.2.2 Angkatan Bomba (Fireman Carry) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 44 5.2.3 Angkatan Berdua (depan & belakang) 5.2.4 Angkatan Berdua (sisi) Menuruni Tangga Pandangan Sisi Depan Belakang JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 45 5.2.5 Tarik Kerusi Bersama Pesakit Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga dapatkan seorang pembantu bagi mengangkat pesakit menggunakan kerusi. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 46 5.2.6 Menggunakan cadar/selimut (heretan) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 47 5.2.7 Menggunakan cadar/selimut (pengusung) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


LAMPIRAN


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 50 LAMPIRAN A CARTA ALIR PENGENDALIAN INSIDEN KEBAKARAN (CODE RED) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 51 LAMPIRAN B JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 52 LAMPIRAN C CARTA ALIR BILIK GERAKAN (KEBAKARAN) JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 53 LAMPIRAN D CARTA ALIR PENGAKTIFAN PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HSIP JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 54 Senarai Semak Insiden Kebakaran Hospital Sultan Ismail Petra Maklumat Pelapor: Kronologi Insiden: JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP LAMPIRAN E


ACTION CARD PELAN TINDAKAN KEBAKARAN


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 57 Pengarah Hospital (Ketua Operasi) TP Perubatan 2 (Timb. Ketua Operasi) Ketua Jabatan Pegawai Kawalan Insiden Bertanggungjawab ke atas semua gerakan menyelamat semasa kebakaran bersama Ketua Pegawai Bomba bertugas. Mengetuai Bilik Gerakan. Memastikan pesakit mendapat rawatan berterusan. Mengarahkan pemanggilan kakitangan tambahan apabila diperlukan. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan bagi pihak Hospital dengan agensi-agensi luar, media massa dan lain-lain. Mengeluarkan arahan pengungsian lokasi-lokasi lain yang tidak terlibat dalam kebakaran setelah mendapat nasihat dari ketua pegawai bomba bertugas Meminta bantuan hospital lain bagi penempatan pesakit selepas arahan pengungsian dikeluarkan. Mengarah penempatan semula pesakit ke lokasi asal selepas mendapat nasihat dari ketua pegawai bomba bertugas Mengendalikan sekretariat Bilik Gerakan. Menghubungi pasukan Psychological First Aid HSA (PFA) untuk tindakan. Menyelaras pentadbiran Bilik Gerakan, peralatan, jadual kakitangan bertugas sepanjang masa. Menerima dan menyelarasan semua panggilan berkenaan dengan kebakaran dan memberi maklumat yang tepat kepada Bomba, Polis, JKR dan lain-lain yang berkaitan. Menguruskan pengangkutan untuk kerja-kerja pemindahan pesakit/mangsa-mangsa ke hospital lain. Mendapatkan bantuan yang di perlukan dari unit lain yang berhampiran. Mendapatkan maklumat dan merekod semua aktiviti semasa berlaku kebakaran. Melaksanakan segala arahan Pengarah Hospital Melaksanakan keputusan-keputusan serta arahanarahan Jawatankuasa Induk Pencegahan Kebakaran Hospital. Menyediakan Pelan tindakan bencana dalaman (kebakaran) di peringkat Jabatan masing-masing. Memastikan Pegawai Lokasi -OKK memberi taklimat pelan tindakan kecemasan kebakaran di peringkat jabatan untuk memberi kemahiran kepada kakitangan di bawah tanggungjawabnya supaya mereka benar benar pasti tentang tindakan-tindakan yang perlu mereka ambil semasa kebakaran. Memastikan semua kakitangan di bawah tanggungjawabnya mematuhi kesemua pelan tindakan pencegahan dan kesediaan kawalan kebakaran yang dilaksanakan di lokasinya sepanjang masa. Memastikan kakitangan melaksanakan tugasan mengikut ’action card’ semasa kejadian kebakaran. Maklumkan insiden kepada Pengarah / Timbalan Pengarah Dapatkan maklumat terkini daripada Ketua Tingkat dan Pegawai Lokasi-OKK Laporkan kepada Bomba maklumat penting berkaitan insiden Pastikan semua pesakit, waris, pelawat dan staf telah dikeluarkan dengan selamat Bertanggngjawab untuk mengurus dan mengawal kejadian kecemasan kebakaran. Mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat untuk menjalankan tugas, mengawal kerosakan peralatan & menyelamatkan mangsa pada peringkat awal insiden. Mengumpulkan segala maklumat berkaitan kejadian kebakaran daripada mencari menyelamat awal, pasukan Evakuasi, kawalan keselamatan dan pasukan perawatan dari semasa ke semasa. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 58 Pegawai Evakuasi (FSO) Pegawal Keselamatan Pegawai Lokasi (OKK) Pasukan Mencari & Menyelamat Bertanggungjawab ke atas keselamatan penghuni atau anggota bangunan secara keseluruhan, terutama di unit yang berlakunya kebakaran. Menyelaras semua prosedur yang berkaitan dengan proses Evakuasi bangunan. Dibantu oleh ketua tingkat/zon dan pasukan mencari dan menyelamat. Menyelaras semua aktiviti Evakuasi dan komunikasi dengan ketua kawalan insiden di bilik gerakan. Menjalankan pengiraan bilangan anggota, pesakit dan pelawat selepas proses Evakuasi. Bila loceng kebakaran berbunyi, perhatikan Fire Alarm Panel. ; Lihat lampu zon mana yang menyala Lihat bahagian manakah yang terlibat dari gambar mimik Siasat bahagian tersebut. Beritahu kepada pegawai atau anggota Wad / Unit terlibat yang bertanggungjawab. Mengawal lalulintas di dalam kawasan hospital. Menunjuk arah dan melancarkan laluan kepada kenderaan pihak JabatanBomba dan Penyelamat. Halang orang awam dari mendekati atau memasuki kawasan kebakaran. Menerima arahan dari masa ke semasa dari pihak yang bertanggungjawab. Utamakan keselamatan. Jangan membahayakan diri. Tutup semua pintu rintangan api Gunakan alat pemadam api dan Hose Reel. Lokasi peralatan ada pada pelan laluan kecemasan. Guna kaedah semburan beberapa alat pemadam api serentak. Bantu tugas memadam api di unit lain jika diperlukan. Bawa alat pemadam api bersama anda. Tutup tingkap jika asap masuk melaluinya. Buka tingkap jika asap tebal di kawasan anda Bantu tugas mengeluarkan pesakit jika diperlukan. Bantu Bomba memadam api jika diperlukan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan OKK yang telah dilatih oleh pihak JBPM dalam mengendalikan peralatan keselamatan kebakaran. Pasukan akan menerima arahan daripada pegawai kawalan insiden untuk memulakan tindakan dan melaporkan kejadian kepada pegawai tersebut. Kelengkapan Pelindung Diri PPE yang bersesuaian haruslah dipakai dengan lengkap untuk memberikan bantuan awal keselamatan kebakaran. Pasukan akan membantu pegawai dari JBPM sekiranya mereka telah tiba untuk bantuan pengurusan kebakaran. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 59 Anggota OKK Pegawai Perawatan Pegawai Perawatan ICU Ketua Tingkat Menjadi wakil anggota bantuan awal semasa mencegah kebakaran daripada berlaku dan bertindak memadam kebakaran sekiranya berlaku Bertindak mengawal kebakaran daripada merebak sementara menanti kehadiran Bomba bagi mengelak kemusnahan besar-besaran; Membantu kakitangan lain memindahkan pesakit dari zon kebakaran / bencana ke zon berkumpul; Membantu memindahkan pesakit dari zon berkumpul ke wad penempatan semula selepas Evakuasi. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal yang melibatkan pesakit di lokasi kebakaran. Bertanggungjawab memastikan kesinambungan perkhidmatan klinikal di tempat berkumpul sekiranya Evakuasi dilaksanakan. Pesakit yang mempunyai peluang kualiti hidup paling baik diberikan keutamaan untuk proses Evakuasi terlebih dahulu. Arahan diberikan kepada petugas wad untuk menggunakan ventilator mudah alih atau bag oksigen (bag valve mask) sementara dipindahkan ke wad alternatif. Memastikan rekod pesakit dibawa bersama ke tempat berkumpul. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan klinikal di tempat berkumpul sehinggalah semua pesakit dipindahkan ke tempat rawatan definitif. Bantu evakuasi pesakit ke tempat berkumpul Tentukan lokasi evakuasi pesakit : Parking depan ED Bawa rekod rawatan, fail ubat, jika keadaan selamat Uruskan perawatan pesakit di tempat berkumpul Dapatkan keperluan rawatan dari Unit lain ( katil, ventilator, oxygen, monitor, syringe pump, suction dll) Kenalpasti lokasi alternatif rawatan pesakit (ada oxygen, soket elektrik) Rekodkan pergerakan pesakit. Laporkan kepada Koordinator Klinikal situasi unit anda secara berkala Bertanggungjawab terhadap penghuni aras dan zon sekiranya terdapat keperluan Evakuasi seluruh bangunan. Berhubung dengan pegawai Evakuasi bagi laporan situasi Evakuasi. Menerima pesakit dari zon yang berlainan sekiranya Evakuasi dilakukan secara mendatar (horizontal evacuation). Bertanggungjawab mengemaskini dan menyediakan senarai nama pesakit dan petugas. Membantu dan melaporkan kepada pegawai Evakuasi dalam proses pengiraan bilangan anggota, pesakit & pelawat. JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 60 Pegawai Evakuasi WAD Pegawai Evakuasi ICU Pengurus Syarikat Konsesi Pegawai Kawalan Keselamatan Tugas anda adalah mengurus. Dapatkan bantuan STAF lain, waris, pelawat untuk keluarkan pesakit. Tentukan lokasi evakuasi : Parking depan lobi Keluarkan pesakit yg boleh berjalan dahulu Jika pesakit intubated, guna BVM. Bawa bersama Inotropes infusion Angkat pesakit - gunakan Cadar @ Selimut. (3 - 4 penyelamat) Jika pesakit Obese, evakuasi - gunakan tilam Bawa buku daftar pesakit untuk head count Bawa rekod ( BHT ) & fail ubat jika mampu Kumpulkan pesakit disatu tempat yang sama. Selepas semua pesakit telah di evakuasi, Kira pesakit berdasarkan buku daftar. Rekodkan pergerakan pesakit. Maklumkan situasi kepada Ketua Tingkat Tugas anda adalah mengurus. Dapatkan bantuan STAF lain, waris, pelawat untuk keluarkan pesakit. Tentukan lokasi evakuasi : Parking depan ED. Utamakan pesakit Good Prognosis Jika pesakit intubated, guna BVM. Bawa bersama Inotropes infusion Angkat pesakit menggunakan Cadar @ Selimut. (Minima 4 penyelamat) Jika pesakit Obese, evakuasi - gunakan tilam Bawa buku daftar pesakit untuk head count Bawa rekod ( BHT ) & fail ubat jika mampu Kumpulkan pesakit di satu tempat yang sama. Selepas semua pesakit telah di evakuasi, kira pesakit berdasarkan buku daftar. Rekodkan pergerakan pesakit. Maklumkan situasi kepada Ketua Tingkat 3 Memastikan bahawa alat penghawa dingin dan unit pengudaraan telah di padamkan apabila berlaku kebakaran. Memastikan aliran gas perubatan ke kawasan kebakaran telah diputuskan selepas mendapat arahan dari Pegawai Lokasi (ERT) . Memastikan Panel Kawalan Kebakaran Utama dipantau secara berterusan semasa berlaku kebakaran. Bersedia dengan kunci atau master key loji kejuruteraan dan bilik suis. Bersedia membantu Bomba dengan menunjukkan pelan bangunan. Bersedia mengarahkan anggota, Juruteknik, Jurutera dan Kontraktor yang berkenaan untuk membantu dalam pengendalian sistem-sistem dibawah pengendalian Syarikat Konsesi. Memastikan laluan selamat untuk evakuasi. Bantu arahkan pesakit ke lokasi berkumpul ditetapkan mengikut wad. Jaga keselamatan pesakit dilokasi berkumpul. Pastikan laluan kenderaan Bomba tidak disekat. Kawal keselamatan trafik dan keselamatan orang ramai disekitar bangunan JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 61 JILID 3 : KESELAMATAN KEBAKARAN | HSIP


© 2023 HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA. HAK CIPTA TERPELIHARA


Click to View FlipBook Version