BAHAGIAN 4: POLISI RED ALERT O&G
40 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Pendarahan yang serius seperti Post Partum Haemorhage atau Antepartum Haemorhage. Eclampsia Amniotic Fluid Embolism Uterine Inversion Shoulder Dystocia Severe Cardiac condition Maternal Collapse (Septicemia Shock, Cardiogenic Shock) Adalah satu situasi kecemasan yang berlaku kepada pesakit yang mengandung, semasa proses bersalin atau selepas bersalin di Dewan Bersalin, wad bersalin atau unit kecemasan. Kejayaan Red Alert ini memerlukan tindakbalas segera , efektif dan “coordinated” dari semua pihak terlibat. Bila berlaku kecemasan obstetrik di Bilik Bersalin, Wad atau PAC, Pegawai Perubatan/ jururawat bertugas akan mengaktifkan red alert dengan menekan butang red alert. Automatic siren red alert akan berbunyi berhubung ke semua unit O&G iaitu Labour Room, PAC, wad 5D,wad 5C dan klinik O&G. Sistem ini juga menggunakan rangkaian internet dimana bila butang red alert ditekan ia bersambung terus ke nombor HP semua Pakar O&G dan Pegawai Perubatan O&G. Setelah siren Red alert berbunyi semua staff jabatan O&G terdiri daripada Pakar Perubatan,Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Jururawat dan Jururawat Masyarakat akan segera berkumpul ditempat situasi kecemasan memberi bantuan. 4.1. DEFINISI OBSTETRIK RED ALERT 4.2. CONTOH-CONTOH KES: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 41 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Jika berlaku berlaku red alert di unit kecemasan, red alert diaktifkan melalui telefonis iaitu sejurus operator menerima arahan maka pengumuman akan dibuat . Contoh “Perhatian… Perhatian …Red alert di unit kecemasan dan diulang sebanyak 3 kali. Telefonis akan menghubungi serta merta Pakar O&G ,Pakar Anaesthesiology, Pakar Perubatan. Warna siren red alert (beacon siren bulat) adalah mewakili tempat berikut : 4.3. DEFINISI SIREN RED ALERT: ❑ MERAH – LABOUR ROOM ❑ HIJAU – PAC ❑ KUNING – WAD 5C ❑ BIRU – WAD 5D Siren merah bersaiz kecil juga akan berbunyi bila berlaku kecemasan. Kotak suis red alert perlu dibuka/ditutup sekurang- kurangnya 3 kali dengan selang 5 saat bila berlaku kecemasan. 42 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
Polisi Operasi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai 4.4. CARTA ALIR OBSTETRIK RED ALERT: PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 43 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP SUIS RED ALERT KOTAK SUIS INI HANYA BOLEH DIBUKA BILA ADA KECEMASAN ’RED ALERT’ SAHAJA. BILA KOTAK SUIS INI DIBUKA IA AKAN MENGAKTIFKAN SISTEM ’RED ALERT’. NOTIFIKASI AKAN DIHANTAR KE TELEFON BIMBIT PAKAR DAN PEGAWAI PERUBATAN O&G. IA AKAN MEMBUNYIKAN SEMUA SIREN DI KLINIK O&G, PAC, LABOUR ROOM, WAD SC, DAN WAD SD. JANGAN BUKA KOTAK SUIS INI SEKIRANYAN TIADA KES KECEMASAN. 4.5. MAKSUD SUIS MENGIKUT WARNA : SUIS BLUE ALERT KOTAK SUIS INI HANYA BOLEH DIBUKA BILA ADA KES KECEMASAN ‘BLUE ALERT’ SAHAJA. BILA KOTAK SUIS INI DIBUKA IA AKAN MENGAKTIFKAN SISTEM ‘BLUE ALERT’. NOTIFIKASI AKAN DIHANTAR KE TELEFON BIMBIT PAKAR DAN PEGAWAI PERUBATAN O&G. IA AKAN MEMBUNYIKAN SIREN KECEMASAN DI WAD INI DAN NICU. JANGAN BUKA KOTAK SUIS INI SEKRIANYA TIADA KES KECEMASAN. 44 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP KILL SWITCH SILA TEKAN SUIS INI UNTUK MENGGANTIKAN BUNYI SIREN DI STESEN INI. SIREN DI STESEN LAIN AKAN TERUS BERBUNYI. NOTIFIKASI AKAN DIHANTAR KE TELEFON BIMBIT PAKAR DAN PEGAWAI PERUBATAN O&G. PASTIKAN SUDAH ADA KAKITANGAN YANG RESPON TERHADAP RED ALERT SEBELUM SIREN DI STESEN INI DITAMATKAN. 45 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 4.6. CARTA ALIR BABY BLUE ALERT ADA 4 WARNA YANG MEWAKILI SETIAP WAD SUIS UNTUK MENGAKTIFKAN BLUE ALERT SIREN ADA DI SETIAP WAD 1) 2) 3) 4) WARNA MERAH – BLUE ALERT LABOUR ROOM WARNA KUNING – BLUE ALERT WAD 5C WARNA HIJAU – BLUE ALERT PAC WARNA BIRU – BLUE ALERT WAD 5D 4.7. DEFINISI BLUE ALERT SIREN DI NICU 46 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
BAHAGIAN 5: POLISI INSIDEN MELIBATKAN BAHAN KIMIA
48 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. 5.1. PENGENALAN TINDAKAN KECEMASAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA Kelas 1: Bahan Peledak Kelas 2: Gas Kelas 3: Cecair Mudah Terbakar Kelas 4: Pepejal Mudah Terbakar Kelas 5: Bahan Pengoksida dan Peroksida Organik Kelas 6: Bahan Toksik dan Bahan Berjangkit Kelas 7: Bahan Radioaktif Kelas 8: Bahan Mengkakis Kelas 9: Bahan Berbahaya Lain. Bahan kimia yang berbahaya dikategorikan kepada beberapa kelas. Antaranya seperti berikut: Kategori bahan bahaya dizahirkan melaui piktogram yang didapati pada label bekas bahan kimia tersebut. Tumpahan bahan-bahan kimia yang berbahaya ini perlu ditangani menggunakan PPE yang sesuai untuk mengelakkan sebarang kesan kesihatan kepada pengendali tumpahan bahan kimia. Risiko insiden tumpahan bahan kimia di dalam hospital telah wujud sejak dahulu lagi kerana penggunaan bahan kimia di unit-unit yang memerlukan dalam hospital tidak boleh dielakkan seperi jabatan patologi, jabatan farmasi dan juga jabatan radiologi. Pembentukan Pelan Tindakan bertujuan menyediakan sebuah organisasi yang bersedia menangani kes-kes kecemasan ketika berlakunya insiden tumpahan bahan kimia serta mampu menguruskan situasi secara sistematik. PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 49 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP KATEGORI BAHAN KIMIA 50 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Garis panduan ini boleh digunakan ketika ingin mengendalikan insiden tumpahan bahan kimia kecil (minor) & besar (major) yang berlaku di Hospital Sultan Ismail Petra. Pelan tindakan ini perlu dipanjangkan kepada semua kakitangan. 5.2. OBJEKTIF GARIS PANDUAN Umum : Membantu kakitangan Hospital Sultan Ismail Petra menangani tumpahan bahan kimia di tempat kerja. Khusus : Mewujudkan garis panduan agar tumpahan bahan kimia di tempat kerja dapat ditangani dengan efisien. 5.3. SKOP GARIS PANDUAN 51 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
5.5. PRINSIP TINDAKAN 5.5.1. Kit Tumpahan Bahan Kimia ( Chemical Spillage Kit ) 5.4. DEFINISI TUMPAHAN BAHAN KIMIA Personal Protective Equipment (PPE): R95 mask / N95 mask, Safety Boot, Isolation Gown, Ntyril Glove, Goggle / Eye Proctector Penyerap bahan kimia seperti gauze. Beg plastik tebal dan pengikat / Biohazard plastic bag Tanda Amaran seperti hazard tape Alat untuk mengutip sisa bahan kimia yang telah dineutralkan Peralatan yang perlu wujud di dalam kit tumpahan bahan kimia ialah: Tumpahan bahan kimia besar (major) : merupakan tumpahan yang memerlukan bantuan pembersihan daripada agensi lain (seperti HAZMAT/APM). Tumpahan adalah melebihi 4 Litre atau melibatkan tumpahan bahan kimia yang berbahaya seperti bahan kimia toksik, reaktif atau bahan kimia yang tidak dietahui. Tumpahan bahan kimia ini juga telah melibatkan kecederaan atau pendedahan yang mungkin memerlukan bantuan perubatan. Alat ini merupakan satu set lengkap pengawalan tumpahan bahan kimia di ruang kerja. Set ini perlu digunakan serta merta jika berlaku insiden tumpahan bahan kimia. Set dilengkapi dengan bahan yang boleh menyerap tumpahan bahan kimia dengan cepat dan seterusnya meminimakan pencemaran. Tumpahan bahan kimia kecil (minor) : merupakan tumpahan dengan kuantiti yang tidak menjadi ancaman segera kepada kesihatan dan tidak menyebabkan pencemaran kepada badan dan boleh dikendalikan oleh pengendali secara individual atau kumpulan kecil dalam ruangan kerja. Tumpahan adalah kurang daripada 4 litre. a) b) c) d) e) PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 52 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
N95 MASK ISOLATION GOWN N95 MASK SAFETY BOOT GOOGLE NITRYL GLOVES Dipakai sekiranya bahan kimia yang tertumpah mudah meruap Alat perlindungan badan Dipakai sekiranya bahan kimia yang tertumpah adalah berbentuk pepejal Alat pelindung kaki Alat perlindungan Sarung tangan khas untuk pengendalian bahan kimia PPE YANG 5.5.2. Personal Protective Equipment (PPE) PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 53 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Maklumkan kepada Penyelia Keselamatan unit dan lakukan analisa tahap kecederaan kakitangan yang terlibat (sekiranya perlu) dan berikan rawatan kecemasan seperti membasuh tempat yang terdedah kepada bahan kimia di bawah air yang mengalir selama 15 minit / mandi menggunakan safety shower terdekat / membasuh mata sekiranya berlaku percikan ke dalam mata menggunakan eye wash selama 15 minit. Dapatkan rawatan lanjut daripada Pegawai Perubatan sekiranya perlu. Individu yang pertama mengetahui berlakunya insiden tumpahan bahan kimia perlu memaklumkan kepada orang lain di sekeliling tentang insiden ini dan mengambil signage ‘LARANGAN’ atau menggunakan hazard tape untuk mengelakkan orang lain menggunakan laluan tersebut. Dapatkan Safety Data Sheet (SDS) bahan kimia yang tumpah dan bersedia dalam PPE yang sesuai untuk mengendalikan tumpahan. Kendalikan tumpahan bahan kimia seperti kaedah berikut: 5.6.1. Insiden Minor 5.6. Tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya insiden tumpahan bahan kimia i. ii. iii. iv. v. Kepung tumpahan bahan kimia menggunakan penyerap bahan kimia. Sapu / kutip / serap bahan kimia menggunakan pengaut / kadboard absorbent. Buang semua alat kendalian sisa bahan kimia dan PPE yang telah tercemar ke dalam beg plastik tebal/ biohazard plastic bag dan ikat. Mandi untuk membersihkan diri / menukar pakaian (sekiranya perlu) selepas habis mengendalikan tumpahan sisa kimia. Maklumkan kepada pihak Radicare untuk mengutip beg sisa tumpahan bahan kimia. 54 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
Penyelia keselamatan perlu melaporkan insiden tumpahan bahan kimia menggunakan Borang WEHU A1 & A2 dan dikemukakan kepada Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Individu yang mengendalikan insiden tumpahan bahan kimia digalakkan untuk melakukan pemantauan kesihatan setiap 6 bulan dan dapatkan rawatan daripada Pegawai Perubatan sekiranya mempunyai sebarang gejala. Semua kes yang mendapatkan rawatan daripada Pegawai Perubatan perlu dilaporkan menggunakan Borang WEHU D 1 & D2 / WESU S1 & S2 / WEHU L1 & L2 bergantung kepada jenis kecederaan yang dialami oleh pesakit tersebut. Penyelia Keselamatan melaksanakan proses evakuasi semua kakitangan jabatan ke tempat yang selamat dan ketua jabatan akan menghubungi Pengarah Hospital untuk bantuan pengendalian insiden tumpahan bahan kimia oleh Agensi luar yang terlibat. Jalankan semakan status kecederaan / pendedahan terhadap tumpahan bahan kimia kepada semua kakitangan. Kakitangan yang cedera atau memerlukan rawatan perlu dirawat segera seperti mengalirkan luka di bawah aliran air selama 15 minit sebelum dirujuk kepada Pegawai Perubatan. Penyelia Keselamatan Jabatan akan menghubungi agensi luar iaitu HAZMAT dan Radicare untuk mengendalikan sisa tumpahan bahan kimia. Maklumkan jenis bahan kimia yang tertumpah kepada pihak HAZMAT beserta SDS bahan kimia tersebut. Individu yang pertama mengetahui berlakunya insiden tumpahan bahan kimia perlu memaklumkan kepada orang lain di sekeliling, Penyelia Keselamatan dan Ketua Jabatan tentang insiden ini. Ketua Jabatan akan mengarahkan evakuasi jabatan. Ketua Jabatan akan memaklumkan insiden tumpahan bahan kimia kepada Pengarah Hospital. 5.6.2. Insiden Major PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 55 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Beritahu rakan sekerja terdapat tumpahan bahan kimia berlaku dan kenalpasti jenis bahan kimia yang tertumpah. Melakukan isolasi kawasan tumpahan daripada digunakan sebagai laluan kakitangan. Melaporkan tumpahan bahan kimia kepada pegawai penyelia yang bertanggungjawab atau Ketua Jabatan. Menangani tumpahan bahan kimia (minor) seperti yang dinyatakan (Carta Alir A) Penggunaan semula tempat kerja hanya boleh dilakukan apabila lokasi itu telah dibersihkan sepenuhnya oleh pihak agensi HAZMAT dan telah disahkan selamat. Lakukan pemantauan kesihatan untuk memantau pededahan bahan kimia kepada kakitangan yang terlibat setiap 6 bulan. Penyelia keselamatan perlu melaporkan insiden tumpahan bahan kimia menggunakan Borang WEHU A1 & A2 dan dikemukakan kepada Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP). 5.6.3. Tanggungjawab 5.6.3.1. Tanggungjawab individu pertama yang mengetahui insiden tumpahan bahan kimia i. ii. iii. iv. 5.6.3.2. Tanggungjawab Penyelia Keselamatan (unit /Jabatan) Melaporkan tumpahan bahan kimia (major) kepada ketua Jabatan. Memaklumkan insiden tumpahan bahan kimia (major) kepada HAZMAT. Memaklumkan jenis bahan kimia yang tertumpah kepada agensi HAZMAT beserta SDS bahan kimia tersebut. Melakukan isolasi kawasan tumpahan daripada digunakan untuk bekerja. i. ii. iii. iv. 56 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP Menjalankan penialaian medikal kepada kakitangan yang dirujuk oleh jabatan yang mengalami insiden. Melakukan notifikasi insiden mengikut jenis kemalangan yang berlaku ketika merawat kakitangan – Borang WEHU D/ WEHU S/WEHU L (Lampiran 2, Lampiran 3, Lampiran 4) Menjalankan proses evakuasi kakitangan ke tempat selamat (Carta Alir B) Menyediakan rekod status kesihatan kakitangan yang terdedah kepada tumpahan bahan kimia dan rujuk kepada pegawai perubatan sekiranya memerlukan rawatan. Melakukan notifikasi insiden kepada Unit Keselamatan Hospital- Borang WEHU A (Lampiran 1). Melaksanakan pemantauan saringan kesihatan kakitangan kesan daripada pendedahan pendedahan bahan kimia setiap 6 bulan dan menyediakankan dokumentasi laporan. v. vi. vii. viii. 5.6.3.3. Tanggungjawab Pegawai Perubatan i. ii. 5.6.3.4. Tanggungjawab Ketua Jabatan i. ii. iii. Melaporkan tumpahan bahan kimia (major) kepada Pengarah Hospital. Mengarahkan Penyelia Keselamatan untuk melakukan evakuasi kakitangan. Merujuk kakitangan terdedah kepada bahan kimia yang memerlukan rawatan atau penilaian Pegawai Perubatan. 57 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5.6.3.5. Tanggungjawab Pengarah Hospital i. ii. Mengaktifkan pelan tindakanbencana dalaman tumpahanbahan kimia. Memastikan keselamatan kakitangan jabatan yang terlibat dalam tumpahan bahan kimia terjamin. 5.6.3.6. Tanggungjawab Radicare i. ii. Mengutip sisa bahan kimia dan membersihkan lokasi insiden tumpahan bahan kimia. Bekerjasama / memberikan bantuan (sekiranya perlu) kepada pihak HAZMAT ketika pembersihan tumpahan bahan kimia (major). 58 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
Aktifkan pelan tindakan tumpahan bahan kimia major Tamat Berlaku tumpahan kimia Analisis tumpahan bahan kimia Kepung bahan kimia dengan absorbant pad / gauze Dapatkan spillage kit dan bersedia dalam PPE yang sesuai Maklumkan kakitangan dan Penyelia Keselamatan dan isolasi kawasan tumpahan bahan kimia Taburkan neutralizing agent (Powder) yang sesuai ke atas tumapahan bahan kimia Serap tumpahan bahan kimia dengan absorbant pad / gauze Buang semua absorbant pad & PPE yang tercemar ke dalam biohazard plastic bag. Bersihkan diri dengan mandi / menukar baju. Maklumkan kepada Radicare untuk kutipan sisa bahan kimia dan pembersihan lokasi Lakukan notifikasi insiden menggunakan borang WEHU A1 & A2 PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5.7. CARTA ALIR A TINDAKAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA (MINOR) 59 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
TAMAT Lakukan notifikasi insiden menggunakan borang WEHU berkaitan Tumpahan bahan Kimia major Rujuk kakitangan yang cedera atau perlu rawatan kepada Pegawai Perubatan Kosongkan bangunan kerja dan berkumpul di tempat selamat Menghubungi pihak HAZMAT & Radicare untuk bantuan Maklum kepada ketua Unit / Ketua Jabatan Maklumkan kepada Pengarah Hospital untuk pengkatifan pelan bencana Lakukan semakan status kecederaan kakitangan yang terlibat secara langsung / tidak langsung dengan tumpahan kimia Bertenang di tapak berkumpul kecemasan dan bertugas semula apabila disahkan selamat pihak HAZMAT HAZMAT & Radicare PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5.8. CARTA ALIR B EVAKUASI BANGUNAN BAGI TUMPAHAN BAHAN KIMIA (MAJOR) 60 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5.9. BORANG NOTIFIKASI INSIDEN 5.9.1. WEHU A1 & A2 : Pelaporan Insiden Tumpahan Bahan Kimia 61 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 62 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 63 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5.9.2. WEHU D1 & D2: Pelaporan Kecederaan Bahan Kimia Melibatkan Penyakit 64 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 65 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
5.9.3. WEHU L1 & L2 : Pelaporan Kecederaan Bahan Kimia melibatkan Saluran Pernafasan PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 66 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 67 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5.9.4. WEHU S1 & S2: Pelaporan Kecederaan Bahan Kimia melibatkan kulit 68 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 69 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
70 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
BAHAGIAN 6: POLISI UNIT KESELAMATAN
72 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP STANDARD OPERATION PROSEDUR (S.O.P) PELAN TINDAKAN BENCANA UNIT KESELAMATAN Tujuan Pelan Tindakan Bencana Unit Keselamatan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) ini diwujudkan adalah untuk :- 6.1. OBJEKTIF PELAN TINDAKAN BENCANA UNIT KESELAMATAN HSIP Menyediakan satu garis panduan kepada anggota Unit Keselamatan dan Syarikat Kawalan Keselamatan ketika menghadapi setiap bencana samaada semulajadi ataupun buatan manusia tanpa mengabaikan skop perkhidmatan yang sedia ada. Menyediakan garis panduan bagi mewujudkan organisasi dan mekanisma pengurusan yang efisien dalam menghadapi bencana yang tidak dijangka. Mewujudkan satu garis panduan bagi mengaktifkan setiap perkhidmatan keselamatan supaya tindakan bersistematik dan mencapai keperluan yang ditetapkan semasa pengurusan bencana HSIP. Menubuhkan satu sistem lalulintas, akses petugas/ waris mangsa/ media/ orang awam di lokasi bencana diuruskan dengan terkawal. Memberikan pengawasan keselamatan terhadap aset dan harta kerajaan di lokasi bencana diberi kawalan daripada kecurian/ kerosakan. 1. 2. 3. 4. 5. 73 JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 74 6.2.1. FASA PENGHINDARAN (MITIGASI) Memastikan pelan evakuasi/ lantai dipamerkan di Unit Keselamatan 6.2.2. FASA PERSEDIAAN Pengawal keselamatan menghadiri tabletop exercise, Fire Drill dan kursuskursus berkaitan yang dianjurkan oleh pihak hospital secara berkala Pengawal keselamatan menghadiri kursus Certified Security Guards (CSG) yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) 6.2.3. FASA RESPONS Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Keselamatan Memeriksa dan mengesahkan kejadian apabila menerima panggilan kecemasan. Memaklumkan kepada Ketua Jabatan/ Unit Meminta bantuan pengawal keselamatan di lokasi Penyediaan kronologi kejadian Tugas dan Tanggungjawab Pengawal Keselamatan Membuat kawalan perimeter di lokasi kejadian Menghadkan akses individu di kawasan berlaku bencana Memastikan keadaan terkawal semasa berlaku bencana Membuat kawalan kesesakan orang ramai Mengawal laluan kecemasan dan lalu lintas mengikut keperluan Mengawasi pihak media dan memastikan mereka mengikut arahan yang ditetapkan semasa bencana. 6.2.4. FASA PEMULIHAN Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan Memastikan sistem operasi unit kembali semula kepada biasa 6.2. FASA PELAN TINDAKAN KECEMASAN UNIT KESELAMATAN JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP
BAHAGIAN 7: GARIS PANDUAN PENGURUSAN RISIKO BUNUH DIRI
7.1 PENDAHULUAN Kejadian bunuh diri di hospital jarang berlaku, tetapi memberi kesan yang besar terhadap ahli keluarga pesakit dan kakitangan hospital terBAHAGIANit. Selain daripada itu kejadian bunuh diri di hospital hendaklah dilaporkan dan memerlukan siasatan yang terperinci. Oleh yang demikian, garis panduan pengurusan risiko bunuh diri bagi peringkat Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) perlu dibuat bagi melancarkan pengurusan risiko bunuh diri di hospital. 7.2 KEGUNAAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini hendaklah digunakan sebagai panduan kepada kakitangan HSIP bagi mengendali: 1. kes- kes yang berisiko di hospital untuk mengelakkan kejadian bunuh diri. 2. Pengurusan semasa kejadian cubaan bunuh diri di hospital 3. Pengurusan selepas kejadian bunuh diri di hospital 7.3 OBJEKTIF 1) Mewujudkan kolaborasi antara jabatan- jabatan tertentu bagi mencegah kejadian bunuh diri daripada berlaku. 2) Untuk mendidik kakitangan dan klien (pesakit dan ahli keluarga) mengenai kesedaran bunuh diri. 3) Menyediakan persekitaran yang selamat untuk mencegah kejadian bunuh diri di kalangan pesakit dalam wad. 4) Memastikan kesiapsiagaan di kalangan kakitangan yang terlibat bagi melancarkan pengurusan kes bunuh diri di hospital. JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 76
7.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO BUNUH DIRI • Pengarah Hospital • Timbalan Pengarah 1 • Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental • Pakar Psikiatri • Pakar Kecemasan • Pakar Perubatan • Pakar Pembedahan • Pegawai Perubatan Psikiatri • Pegawai Perubatan Unit UKKP • Pegawai Perubatan Unit Kualiti • Ketua Penyelia Jururawat U42 • Penyelia Jururawat (Psikiatri) • Penyelia Jururawat (Perubatan) • Penyelia Jururawat (Pembedahan) • Ketua Penyelia PPP U44 • Penyelia PPP U42 • Penyelia PPP U36 (Psikiatri) • PPP (UKKP) • PPP (Forensik) • PPP (Psikiatri) • Pegawai Kaunselor • Penolong Pegawai Penerangan • Pegawai Rekod Perubatan • Ketua Pegawai Keselamatan JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 77
7.5 PERANAN JAWATANKUASA 7.5.1 Membantu pihak hospital melaksanakan garis panduan/program pengurusan risiko bunuh diri. 7.5.2 Menyelaras serta mengatur strategi pencegahan bunuh diri dan pengurusan selepas kejadian bunuh diri. 7.5.3 Membantu melakukan siasatan bagi kes cubaan bunuh diri dan melaksanakan tindakan susulan mengikut SOP yang ditetapkan. 7.5.4 Memantau kejadian/cubaan bunuh diri dan memberi maklum balas kepada pihak jawatankuasa ‘Incident Reporting’ hospital. 7.5.5 Melakukan penambah-baikan kepada garis panduan pengurusan bunuh diri secara berkala. 7.5.6 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 7.6 KOMPONEN UTAMA GARIS PANDUAN 7.6.1 Komponen utama garis panduan ini terbahagi kepada dua: a) Pengurusan pesakit yang berisiko membunuh diri b) Pengurusan selepas kejadian bunuh diri 7.6.2 Strategi Pengurusan pesakit yang berisiko bunuh diri dibahagikan kepada tiga bahagian : a. Melakukan penilaian risiko bunuh diri. b. Memastikan keselamatan pesakit. c. Membuat dokumentasi untuk perawatan dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat. JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 78
7.7. PENGURUSAN PESAKIT BERISIKO: PENILAIAN RISIKO BUNUH DIRI DAN TRIAGE 7.7.1 Mengenal Pasti Faktor Risiko Ini merupakan tanggungjawab pegawai perubatan yang merawat pesakit. Sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda yang berisiko untuk membunuh diri (penilaian risiko boleh dilakukan dengan menggunakan borang di Lampiran 1), rujukan segera perlu dilakukan kepada pasukan psikiatri. Pegawai perubatan perlu memastikan pesakit diberitahu yang beliau akan dirujuk kepada pasukan psikiatri. Rujukan hendaklah dibuat walaupun pesakit tidak bersetuju sekiranya mereka berisiko. Pasukan psikiatri akan membuat dokumentasi penilaian serta perancangan (Lampiran 2) terhadap pesakit tersebut. Sekiranya memerlukan penggunaan suicidal caution chart, borang adalah seperti di Lampiran 3. JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 79
CARTA 1: PENILAIAN RISIKO BUNUH DIRI DAN TRIAGE PESAKIT DALAM JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 80
7.7.2 Memastikan keselamatan pesakit Pengurusan pihak hospital hendaklah memastikan persekitaran hospital selamat supaya pesakit tidak terdedah kepada keadaan yang membolehkan mereka mencederakan diri sendiri. Senarai semak pesakit yang berisiko sepanjang berada di wad adalah seperti di Lampiran 4. Cara yang kebiasaannya dilakukan di hospital ialah terjun dari bangunan dan menggantung diri. a) Contoh akses yang boleh digunakan oleh pesakit untuk menggantung diri, melemaskan atau mencekik diri: i) Objek kukuh di dinding ( kepala pancuran air, batang tirai/langsir, tombol pintu,pintu almari) ii) Peralatan perubatan ( IV line, pulse oxymeter ) iii) Tali kasut dan tali pinggang ( perlu diambil dari pesakit) iv) Memastikan almari linen berkunci b) Akses yang digunakan oleh pesakit untuk terjun bangunan: i) Pesakit dirawat di wad bangunan bertingkat. ii) Pesakit mendapat akses untuk terjun melalui tingkap, balkoni, tangga kecemasan dan tempat-tempat lain. iii) Tingkap yang boleh dibuka atau rosak. c)Akses kepada barang-barang yang berpotensi membahayakan pesakit: i)Memeriksa pesakit ketika kemasukan ke wad untuk memastikan barang-barang yang dibawa oleh pesakit tidak merbahaya (gunting, pisau cukur, pengetip kuku, dan lainlain) ii)Pengawal keselamatan ditempatkan didepan pintumasuk wad. iii)Barang-barang yang dibawa oleh pelawat hendaklah dipantau. iv)Memantau bahan pencuci yang berada di wad. v)Soket elektrik di bilik air vi)Perkakas elektrikyang terdapat di wad JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 81
d)Pemantauan ketika memindahkan pesakit: i)Memastikan pemindahan pesakit ke tempat lain untuk tujuan tertentu adalah selamat dan bila perlu sahaja. ii)Pemantauan yang lebih teliti diperlukan sepanjang pesakit berada di tempat lain. iii)Staf yang memindahkan pesakit hendaklah diberitahu tentang status pesakit dan tahu akan tanggungjawab yang perlu dilakukan sekiranya berlaku krisis ketika proses pemindahan. iv)Pemberian sedatif yang mencukupi mungkin boleh dipertimbangkan. e) Langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum pesakit dibenarkan pulang dari wad: i) Memaklumkan kepada pasukan psikiatri sebelum pesakit discaj. ii) Pasukan psikiatri akan melakukan penilaian risiko bunuh diri yang menyeluruh sebelum pesakit balik. iii) Memastikan barang-barang yang merbahaya tidak ada bersama pesakit ketika discaj. iv) Pesakit ditemani oleh keluarga dan diberitahu langkah- langkah yang perlu dilakukan sekiranya penyakit berulang. v) Temujanji klinik pakar psikiatri hendaklah diberi. vi) Pesakit diberitahu untuk datang ke kecemasan sekiranya keadaan menjadi lebih teruk. JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 82
7.8 PENGURUSAN SEMASA KEJADIAN CUBAAN BUNUH DIRI 7.8.1 Sekiranya ada pesakit di dalam wad yang sedang melakukan cubaan bunuh diri (contohnya cuba terjun dari bangunan/cuba mencederakan diri), kod oren hendaklah diaktifkan oleh staf wad terlibat dengan menghubungi operator. 7.8.2 Operator hendaklah mengaktifkan kod oren dengan menghubungi Pasukan Bertindak Kecemasan Bunuh Diri (Suicide Emergency Response Team): a) Ketua Jururawat atas panggilan b) Penyelia atas panggilan c) Pegawai Keselamatan d) Pasukan Psikiatri atas panggilan e) Pasukan Kecemasan f) Kaunselor g) Pengarah Hospital ( akan dihubungi oleh Penyelia atas panggilan) 7.8.2.1 : Penglibatan polis/bomba Ahli pasukan yang pertama tiba di tempat kejadian hendaklah menentukan samada perlu menghubungi polis/bomba atau kedua-duanya. 7.8.3 Pasukan Bertindak Kecemasan Bunuh Diri akan cuba menenangkan pesakit supaya tidak melakukan cubaan bunuh diri dengan dibantu oleh pihak polis/bomba. 7.8.4 Pengurusan pesakit seterusnya bergantung kepada keadaan selepas itu: a. Pesakit dapat ditenangkan → penilaian pesakit akan dilakukan oleh pasukan psikiatri b. Pesakit berjaya melakukan cubaan bunuh diri tetapi masih hidup → melakukan rawatan kecemasan c. Pesakit berjaya melakukan cubaan bunuh diri dan disahkan meninggal → rujuk langkah-langkah pengurusan mayat dan pengurusan tempat kejadian. JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 83
No TINDAKAN TANGGUNG JAWAB 1. Pengesanan kejadian Staf yang terawal menemui mangsa hendaklah bertenang. Sekiranya mangsa masih hidup, staf berkenaan perlu melakukan resusitasi awal terhadap mangsa : i) Hubungi operator ii) Staf berkenaan perlu memperkenalkan diri; nama, tempat bertugas, no telefon. iii) Maklumat yang perlu diberitahu kepada operator: a) Tempat kejadian mangsa ditemui b) Masa kejadian c) Keadaan mangsa (masih hidup atau mati) d) Jantina mangsa e) Dewasa atau kanak-kanak f) Kaum Staf yang terawal berada di tempat kejadian atau dimaklumkan oleh orang awam. 2. Pengaktifan kod biru ( Code Blue ) Operator hendaklah mengaktifkan pasukan kod biru. 1) Unit kecemasan 2) Ketua Jururawat yang bertugas atas panggilan 3) Penyelia PPP yang bertugas atas panggilan 4) Pengawal keselamatan 5) Lain ; Penyelia Jururawat bertugas atas panggilan pegawai UKKP Operator 7.9. PENGURUSAN SELEPAS KEJADIAN BUNUH DIRI DI HOSPITAL Dalam keadaan tertentu walaupun kita telah berusaha untuk menghalang kejadian bunuh diri, tetapi ada kalanya pesakit tetap berjaya melakukan cubaan bunuh diri. Pengurusan selepas kejadian bunuh diri boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tindakan segera (Immediate Action); Tindakan jangka pendek (Short Term Task) dan Matlamat jangka panjang (Long Term Goals) 7.9.1 Tindakan segera (Immediate Action) Tindakan yang perlu dilakukan dalam masa 24jam selepas kejadian bunuh diri JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 84
3. Pengurusan Segera Perubatan 1) Sekiranya mangsa masih hidup resusitasi awal perlu diberi. 2) Sekiranya mangsa telah meninggal sila rujuk langkah-langkah pengurusan mayat dan pengurusan tempat kejadian. Jabatan Kecemasan untuk item (1) Penyelia On-call hendaklah memantau pemindahan mayat untuk item (2) 4. Komunikasi segera 1) Ketua Jururawat yang bertugas atas panggilan perlu mengenalpasti mangsa dari wad mana berdasarkan kepada tanda nama mangsa. 2) Ketua Jururawat yang bertugas atas panggilan hendaklah memaklumkan kepada Penyelia Jururawat atas panggilan. 3) Penyelia Jururawat atas panggilan hendaklah memaklumkan kepada Timbalan Pengarah atau Pengarah 4) Pangarah/ wakil yang diberi kuasa membuat laporan polis berkenaan kejadian. Ketua Jururawat bertugas atas panggilan Penyelia Jururawat atas panggilan 5. Pengurusan Mayat 1) Memastikan maruah mangsa terpelihara sementara menunggu ketibaan polis seperti menutup tempat kejadian daripada pandangan awam. 2) Membantu polis melakukan siasatan. 3) Menguruskan penghantaran mayat ke rumah mayat. Pegawai keselamatan (item 1 dan 2 ) Pasukan Forensik dan Penyelia PPP Bertugas atas panggilan(item3) JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 85
6. Pengurusan Tempat Kejadian i) Menutup kawasan kejadian ; a) tempat permulaan ( contoh; tingkap di mana mangsa terjun) b) tempat mangsa ditemui ii) Membantu pihak polis melakukan siasatan iii) Memaklumkan kepada pegawai UKKP apabila pihak polis selesai melakukan siasatan supaya proses pembersihan boleh dilakukan. Pegawai Keselamatan 7. Pengurusan Wad Asal Mangsa i) Ketua Jururawat atau Jururawat Terlatih hendaklah memaklumkan pegawai perubatan yang menjaga wad/ bertugas atas panggilan ii) Jururawat Terlatih atau pegawai perubatan hendaklah mengenalpasti identiti mayat berdasarkan rekod di wad iii) Ketua Jururawat perlu mendapatkan nombor telefon keluarga mangsa serta BHT mangsa berkenaan. iv) Dalam kejadian terjun bangunan, staf hendaklah mengenalpasti ‘exit point’ dan menutup kawasan tersebut sehingga pegawai keselamatan dan polis tiba. v) Pegawai Perubatan hendaklah memaklumkan kepada Pakar yang menjaga atau Pakar atas panggilan. vi) Pakar hendaklah memaklumkan kepada ketua jabatan. vii) Pegawai Perubatan dan / atau pakar hendaklah menilai staf, pesakit atau saksi yang berisiko mengalami trauma, menenangkan mereka dan merujuk kepada pasukan psikiatri atau kaunselor. viii) Semua staf hendaklah melengkapkan laporan serta membuat laporan ‘Incident Reporting ‘ Staf di wad Ketua Jururawat di wad Pegawai Perubatan Pakar yang menjaga JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 86
8 Pengurusan waris terdekat i) Pakar yang menjaga atau atas panggilan perlu memaklumkan kepada waris mangsa (Lampiran 5) ii) Pakar hendaklah memastikan staf mengiringi waris samada ke Jab. Kecemasan atau Forensik iii) Waris boleh dirujuk ke Jabatan Psikiatri jika perlu Pakar 9 Pengurusan di Unit Forensik i) Memastikan terdapat bilik sesuai untuk waris menunggu sementara proses pengurusan mayat berjalan ii) Prosedur pengurusan mayat hendaklah mengikut polisi yang sedia ada di Unit Forensik Multidisiplin 10 Pengurusan tempat kejadian setelah mayat dialih i) Pengurusan / kutipan cebisan / anggota mayat hendaklah dirujuk kepada protocol pengurusan pesakit HIV ii) Memastikan kerja pembersihan dilakukan oleh Unit Pembersihan mengikut SOP yang telah ditetapkan UKKP JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 87
11 Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan i) Melakukan penyiasatan di wad asal dan tempat kejadian untuk mengenalpasti faktor risiko penyakit berjangkit serta persekitaran ii) Mengarahkan Unit Pembersihan untuk membersihkan tempat kejadian mengikut polisi kawalan penyakit berjangkit apabila mendapat keizinan dari pegawai keselamatan iii) Memastikan borang WEHU A1dan A2 diisi sekiranya kecederaan melibatkan kakitangan iv) Melaporkan insiden kepada UKKP JKN negeri UKKP 12 “Universal Precaution” hendaklah sentiasa diamalkan sepanjang masa oleh staf yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa Semua staf 13 Pegawai lain yang berkaitan i) Pasukan Psikiatri: memberi sokongan kepada waris atau staf yang mengalami krisis akut atau gejala-gejala yang memerlukan pemerhatian. ii) Pegawai Unit Komunikasi Korporat: mengaturkan sesi media jika perlu iii) Pengurusan Hospital: mengumpul laporan dari semua unit dan mengaturkan mesyuarat “Post-event” yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah JILID 2 : POLISI & KOD INSIDEN DALAMAN | HSIP PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 88