MODUL
L
PROGRAM: DIPLOMA TEKNOLOGI LUKISAN REKABENTUK
( MEKANIKAL )
LUKISAN REKABENTUK
DIPLOMA IN DESIGN DARUGHTING TECHNOLOGY
(MECHANICAL)
Buku ini sebagai rujukan pengajar dan pelajar IKM KL sahaja
PRAKATA
‘Buku rujukan, ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelajar dan tenaga
pengajar dalam aspek pengendalian bagi menghasilkan lukisan kejuruteraan secara
manual.
Tujuan utama buku rujukan ini dihasilkan tentulah untuk membantu para pelajar
memperlajari subjek dan bidang ini dengan lebih mudah.
Ia digunakan sebagai buku rujukan bagi jurusan Teknologi Lukisan Mekanikal &
Rekabentuk di IKM. Ini kerana ia telah di olah mengikut silibus yang telah ditetapkan
oleh pihak kokurikulum BKT, MARA.
Dengan adanya buku ini, diharap dapat digunakan sebagai rujukan untuk
menghasilkan lukisan kejuruteraan berbantu komputer secara bersistematik.
Mohd Shahir Yusof
Mechanical Engineering Technology (Draughting Design)
Institut Kemahiran MARA
019 - 2254641
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
UNIT 5 : SECTIONAL VIEW
PENGENALAN
'SECTION VIEW'
Lukisan keratan adalah lanjutan daripada lukisan orthorgrafik ini kerana Pandangan keratan
menggambarkan objek atau komponen mudah mesin yang dipotong untuk memperlihatkan butiran
terlindung di dalamnya secara terperinci. Bentuk objek yang rumit dengan terdapatnya banyak garisan
tersembunyi boleh mengelirukan pembaca.
Lukisan keratan adalah kaedah yang digunakan untuk mengurangkan kekeliruan, dengan
menonjolkan bahagian-bahagian tertentu objek bagi memudahkan pemahaman. Bahagian-bahagian objek
yang tersembunyi dan rumit ini dapat dipaparkan secara lebih jelas.
Pemotongan objek dibuat dalam pelbagai jenis mengikut kesesuaian binaan objek tersebut.
Lukisan ini mempunyai kaitan dengan lukisan mekanikal dan digunakan dalam kerja pembuatan komponen
mesin.
LEARNING OBJECTIVES
5.1 Types Of section.
5.2 Sectioning Symbols
5.3 Draw Conventional Breaks
LEARNING OUTCOMES
Setelah tapat pelajaran ini pelajar :
1) Menerangkan konsep pandangan keratan
2) Menggunakan prinsip unjuran pandangan keratan untuk menghasilkan pandangan yang jelas
3) Menggunakan satah pemotongan
4) Mengenalpasti jenis pandangan keratan
5) Memilih dan mengunjurkan pandangan keratan yang sesuai bagi objek yang berkaitan
6) Membina pandangan keratan bagi komponen mudah mesin
7) Melukis keratan lazim bagi paip dan silinder padu
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 1 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Konsep Pandangan Keratan
Pandangan keratan ialah pandangan yang terhasil apabila sesuatu objek dipotong pada bahagian-
bahagian tertentu bagi menjelaskan butiran yang terlindung. Pemotongan objek dibuat dengan
menggunakan satah pemotongan bagi menghasilkan dua permukaan baru. Pandangan keratan biasanya
dilukis dalam unjuran orthorgrafik.
Elemen dalam Pandangan Keratan
Terdapat beberapa elemen penting yang perlu diambil kira semasa melukis pandangan keratan, iaitu
satah pemotongan, garisan satah permotongan, muka keratan dan garisan keratan. Rajah menunjukkan
elemen penting dalam pandangan keratan pada sesuatu objek.
a) Satah pemotongan
Satah pemotongan ialah satah khayalan yang memotong objek untuk memperlihatkan butiran yang
terlindung pada objek tersebut. Dalam hal ini, pemotong, misalnya gergaji, yang merentasi objek
diandaikan sebagi satah pemotongan. Apabila sesuatu objek dipotong, dua permukaan baru akan
terhasil .
Permukaan ini disebut sebagai muka keratan. Semasa melukis satah pemotongan, kedudukan
garisan satah pemotongan dan bahagian muka keratan perlu diambil kira. Rajah menunjukkan
satah pemotongan
Objek dipotong dengan satah pemotongan
b) Garisan Satah Pemotongan
Garisan pinggir bagi satah pemotongan dinamakan garisan satah pemotongan. Garisan ini
ditunjukkan dalam rajah. Garisan satah pemotonganmenentukan tempat butiran terlindung pada
objek yang akan dipotong. Untuk melukis garisan satah pemotongan, perkara berikut perlu diberi
perhatian :-
i. Anak panah perlu dilukis pada hujung garisan satah pemotongan. Arah anak panah
menunjukkan bahagian pandangan keratan yang dikehendaki.
ii. Garisan satah pemotongan perlu dilukis dengan garisan yang lebih hitam dan lebih tebal
daripada garisan objek
iii. Garisan satah pemotongan hendaklah ditandakan dengan abjad besar pada anak panah
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 2 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Elemen dalam pandangan keratan
c) Muka keratan
Muka keratan ialah permukaan baru yang terhasil apabila sesuatu objek dipotong pada satu satah
pemotongan. Dalam pandangan keratan, muka keratan perlu dilorek dengan garisan selari untuk
membezakannya dengan permukaan yang tidak dikerat. Rajah menunjukkan muka keratan
d) Garisan keratan
Garisan keratan ialah lorekan yang dibuat pada muka keratan. Garisan keratan ini perlu dilukis
mengikut kaedah yang betul bagi memastikan lukisan yang dihasilkan memenuhi piawaian. Rajah
menunjukkan garisan keratan. Beberapa panduan bagi melukis garisan keratan dengan kaedah
yang betul adalah seperti yang berikut :-
i. Garisan keratan dilukis dengan garisan halus yang sama tebal
ii. Garisan keratan hendaklah dilukis secara selari
iii. Jarak diantara garisan mestilah sekata (1 mm hingga 3 mm bergantung pada saiz
permukaan keratan)
iv. Garisan keratan hendaklah dilukis dengan kecondongan sudut 45˚
v. Hujung garisan keratan hendaklah menyentuh garisan objek
vi. Bagi dua komponen yang bersebelahan, arah kecondongan lorekan hendaklah berbeza
vii. Semua garisan terlindung tidak perlu dilukis
viii. Jika muka keratan terlalu luas, garisan keratan hendaklah dilorek di bahagian tepi sahaja.
Garisan Keratan UNIT 5 - 3 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Lorekan yang betul dan salah ditunjukkan dalam rajah. Simbol garisan keratan adalah berbeza mengikut
komponen dan bahan yang digunakan untuk membuat objek. Simbol garisan keratan bagi beberapa jenis
logam mengikut piawaian ANSI (American National Standard) ditunjukkan dalam Rajah.
Garisan keratan yang dilukis dengan lorekan yang betul dan lorekan yang salah
Jenis-jenis simbol garisan keratan mengikut piawaian ANSI
Bagi objek yang mengandungi lebih daripada satu komponen yang diperbuat daripada bahan yang
berlainan, kaedah melukis garisan keratan adalah seperti rajah.
Garisan keratan bagi dua komponen yang diperbuat daripada bahan yang berlainan
Bagi objek yang mengandungi lebih daripada satu komponen yang diperbuat daripada bahan yang
sama, lorekan perlulah dibuat pada sudut yang berbeza seperti yang ditunjukkan pada rajah
Garisan keratan bagi dua komponen yang diperbuat daripada bahan yang sama
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 4 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Jenis Pandangan Keratan
Dalam lukisan kejuruteraan terdapat tujuh jenis pandangan keratan yang digunakan untuk menjelaskan
butiran. Pemilihan jenis pandangan keratan ini bergantung pada kesesuaian binaan objek. Pandangan
keratan yang biasa digunakan ialah keratan penuh, keratan separuh, keratan terofset, keratan sebahagian,
keratan teralih, keratan berputar dan keratan sejajar.
a) Keratan Penuh (Full Section)
Pandangan keratan penuh terhasil apabila satah pemotongan memotong melalui keseluruhan
objek. Rajah menunjukkan contoh pandangan keratan penuh pada objek
Pandangan keratan penuh pada objek
b) Keratan Separuh (Half Section)
Apabila satah pemotongan memotong satu perempat bahagian objek, pandangan yang terhasil
ialah pandangan keratan separuh. Pandangan keratan separuh digunakan untuk menjelaskan
butiran pada objek yang terbentuk simetri.
Garisan satah pemotongan perlu dilukis pada kedudukan serenjang pada paksi tengah objek untuk
mendapatkan pemotongan satu perempat bahagian objek.
Hanya satu anak panah perlu dilukis pada hujung garisan satah pemotong. Contoh pandangan
keratan separuh pada suatu objek ditunjukkan dalam rajah.
Pandangan keratan separuh pada objek UNIT 5 - 5 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
c) Keratan Terofset (Offset Section)
Pemotongan yang dibuat pada paksi satah pemotongan yang berbeza menghasilkan keratan
terofset. Keratan terofset dilakukan bagi memastikan terlindung yang berada pada kedudukan paksi
yang berbeza akan dipotong, seperti yang dapat dilihat dalam rajah. Jika keratan dibuat pada paksi
satah pemotongan penuh, hanya satu lubang dapat dipotong pada satu pandangan ortorgrafik.
Sebaliknya dengan menggunakan keratan terofset, kedua-dua lubang dapat dipotong pada satu
pandangan ortorgrafik
Pandangan keratan terofset pada objek
d) Keratan Sebahagian (Break-Out Section)
Pandangan keratan sebahagian menampakkan sebahagian butiran terlindung. Garisan pecah perlu
dilukis untuk menentukan kawasan butiran yang perlu diperjelaskan. Pandangan keratan ini dapat
difahami dengan mengandaikan butiran objek dalam kawasan garisan pecah sahaja yang dipotong
dan ditinggalkan.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 6 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Garisan tersembunyi di luar kawasan satah garisan pecah perlu dilukis jika terdapat butiran
terlindung. Dalam pandangan keratan sebahagian garisan satah pemotongan tidak perlu dilukis.
Rajah menunjukkan pandangan keratan sebahagian bagi menyambung paip.
Pandangan keratan sebahagian
e) Keratan Teralih (Removed Section)
Pandangan keratan teralih dapat menjelaskan butiran objek yang tidak seragam bentuknya, seperti
baji dang cangkuk. Oleh sebab butiran objek mempunyai bentuk yang toidak seragam, maka
pandangan keratan perlu dilukis pada beberapa kedudukan.
Pandangan keratan teralih boleh dilukis pada kedudukan yang sesuai dan tidak perlu mematuhi
peraturan melukis pandangan unjuran orthorgrafik.
Garisan satah pemnotongan yang lazimnya lebih daripada satu label dengan huruf A-A, B-B, C-C
dan sebagainya. Pandangan keratan teralih ditunjukkan pada rajah
Pandangan keratan teralih
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 7 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Removed Section
f) Keratan Terputar (Revoled Section)
Pandangan keratan terputar terhasil apabila satah pemotongan butiran objek diputarkan kesudut
90˚. Pemutaran ini bertujuan untuk mendapatkan bentuk sebenar muka keratan butiran objek.
Apabila muka keratan diputarkan, muka keratan tersebut akan bertindih dengan garisan butiran
pandangan orthorgrafik yang lain. Garisan butiran lain yang bertindih dengan muka keratan butiran
objek perlu dibuang. Rajah menunjukkan pandangan keratan terputar sepana
Pandangan keratan terputar UNIT 5 - 8 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
g) Keratan Terjajar ( Aligned Section)
Pandangan keratan terjajar menjelaskan butiran objek yang tidak berada pada satah pemotongan.
Butiran objek diputarkan pada satu paksi sehingga terletak tepat pada satah pemotongan, supaya
bentuk keratan sebenar butiran objek tersebut diperolehi.
Pandangan keratan terjajar digunakan untuk menjelaskan bentuk sebenar butiran yang boleh
dijajarkan padasatu pusat putaran. Rajah menunjukkan pandangan keratan terjajar. Dalam rajah
tersebut, lubang B pada kedudukan 45˚ dari satah pemotongan perlu diputar sehingga pusat lubang
B terjajar ke poin B’ dan mengenai tepat pada garisan satah pemotongan A-A
Pandangan keratan terjajar UNIT 5 - 9 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Keratan Web (Tetulang) dan Jejari
Dalam lukisan pandagan keratan terdapat kes khas, iaitu muka keratan tidak boleh dilorek sebagaimana
lazimnya. Kes khas ini melibatkan keratan pada web, jejari, bolt, nat, sesendal dan aci.
a) Keratan Web
Web ialah struktur luar objek dan biasanya digunakan pada pendangkap dan penyambung. Dalam
penyambungan keratan web, muka keratan tidak boleh dilorek jika satah pemotongan selari dengan
permukaan rata web.
Sebaliknya muka keratan perlu dilorek jika satah pemotongan serenjang dengan permukaan rata
web. Pandangan keratan web yang melibatkan lorekan muka keratan ditunjukkan pada rajah.
Pandangan keratan web UNIT 5 - 10 | P a g e
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT)
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
b) Keratan Jejari
Jejari ialah struktur dalaman objek dan digunakan pada roda kenderaan atau mesin. Dalam
pandangan keratan jejari, muka keratan perlu dilorek jika satah pemotongan serenjang dengan
paksi pusat jejari. Pandangan keratan jejari yang melibatkan lorekan muka keratan ditunjukkan
dalam rajah.
Pandangan keratan jejari
Aplikasi pandangan keratan
Pandangan keratan digunakan bagi menggambarkan butiran terlindung dalam komponen mesin. Berikut
adalah beberapa contoh penggunaan pandangan keratan pada komponen mudah mesin.
a) Pandangan keratan bagi tapak mesin
Rajah menunjukkan pandangan atas dan pandangan hadapan bagi tapak mesin. Rajah seterusnya pula
menunjukkan pandangan keratan yang dilukis berpandukan rajah tersebut.
Pandangan atas dan pandangan Pandangan keratan tapak mesin
hadapan tapak mesin
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 11 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
b) Pandangan keratan bagi penutup mesin
Rajah menunjukkan pandangan atas dan pandangan hadapan bagi penutup mesin. Pandangan keratan
yang dilukis berpandukan rajah tersebut ditunjukkan dalam rajah yang seterusnya.
Pandangan atas dan pandangan Pandangan keratan penutup mesin
hadapan penutup mesin
Keratan Konvensyen (Conventional Break)
Objek yang mempunyai butiran yang panjang seperti Rod, Shaft, Tubes, Arms dan Bars tidak perlu
ditunjukkan panjang sebenar.
Amalinya ialah membuat keratan ditempat yang sesuai dengan garisan keratan
Bilamana garisan keratan digunakan, panjang keseluruhan yang sebenar hendaklah sentiasa
dicatatkan.
Keratan pendek (Short Break) dilukis bebas (Freehand) sama tebalnya dengan garisan objek
(Visible Line)
Bilamana keratan itu agak panjang, garisan yang panjang lurus dengan lakaran Zig-Zag adalah
dicadangkan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 12 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Langkah kerja bagi melukis ‘S – Break’ bagi Shaft
Langkah kerja bagi melukis ‘S – Break’ bagi Tiub
‘Break’bagi ‘Rectangular’ untuk bahan kayu dan logam kebiasaanya dilukis dengan menggunakan tangan
sahaja. Lihat contoh rajah.
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 13 | P a g e
UNIT 5 : SECTION VIEW GMD 10014 - ENGINEERING DRAWING
Rajah menunjukkan kaedah ‘Conventional Breaks’ digunakan pada di dalam lukisan
Keratan Pemasangan (Assembly Section)
Keratan pemasangan adalah terdiri daripada satu kombinasi setiap bahagian-bahagian yang dipasang
dengan lengkap. Keratan pada pemasangan ini dapat memperjelaskan dalam kebolehbacaan lukisan
pemasangan. Satah pemotong digunakan untuk pemasangan adalah bagi memotong bahagian-bahagian
yang hendak ditunjukkan.
Objektif keratan pemasangan ialah untuk mendedahkan bahagian dalam mesin atau struktur supaya
bahagian yang berasingan boleh menunjukkan dengan jelas dan dikenal pasti pada kedudukan yang
sebenar. Oleh itu, hanya butiran tersebut yang tersembunyi yang diperlukan untuk mengenal pasti
bahagian-bahagian atau pendimensian ditunjukkan.
A
A
Rajah menunjukkan contoh bagi keratan pemasangan
BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA (BKT) UNIT 5 - 14 | P a g e