The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezzahjamilyn12, 2023-11-21 23:00:55

MODUL DCA 2042 BASIC QUANTITY SURVEYING

MODUL DCA 2042 BASIC QUANTITY SURVEYING

51 | D C A 2 0 4 2 Va = (4 + 5 + 3) x (5 x 5) 3 2 = 12 x (5 x 5) m³ 6 Vb = (4 + 2 + 3) x (5 x 5) 3 2 = 9 x (5 x 5) m³ 6 Maka, isipadu tanah yang diperolehi adalah 87.5 cu.m. Contoh 4 Dengan menggunakan Kaedah Grid, tentukan jumlah isipadu kerja tanah pada Rajah 2.7. Rajah 2.7 Contoh kaedah grid Penyelesaian Jumlah Isipadu = Va + Vb + Vc + Vd Isipadu = Purata kedalaman x Luas Isipadu a = (10 + 30 + 20 + 20) x (50 x 50) 4 = 80 x (50 x 50) m³ 4


52 | D C A 2 0 4 2 Isipadu b = (30 + 40 + 50 + 20) x (50 x 50) 4 = 140 x (50 x 50) m³ 4 Isipadu c = (20 + 20 + 30 + 40) x (50 x 50) 4 = 110 x (50 x 50) m³ 4 Isipadu d = (20 + 50 + 40 + 30) x (50 x 50) 4 = 140 x (50 x 50) m³ 4 Maka, jumlah isipadu = 470 x (50 x 50) 4 = 293 750 m³ Contoh 5 Syarikat Damai Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja pemotongan dan penambakan bagi kawasan seluas 100m x 100m. Dengan menggunakan format berjadual, hitung jumlah isipadu pemotongan dan penambakan untuk kawasan seluas 25m x 25m pada grid seperti yang ditunjukan dalam Rajah 2.8. Aras pembentukan yang ditentukan, RL adalah 75m. Anda juga dikehendaki menentukan isipadu tanah yang berlebihan (dikeluarkan) atau dibawa masuk sekiranya ada.


53 | D C A 2 0 4 2 Rajah 2.8 : Kaedah grid bagi penambakan dan pemotongan Penyelesaian : Nilai aras pembentukan yang ditentukan ialah 75m. Perhatikan nilai pada penjuru grid yang mewakili nilai setiap aras pembentukan, nilai yang melebihi 75m membawa maksud aras pada titik tersebut lebih tinggi. Maka, kerja pemotongan akan dilakukan pada kawasan tersebut Begitu juga sebaliknya, nilai kurang daripada 75m membawa maksud aras pada titik tersebut lebih rendah maka, kerja penambakan akan dilakukan pada kawasan tersebut. Bahagikan jadual kepada dua bahagian iaitu, Isipadu Pemotongan dan Isipadu Penambakan.


54 | D C A 2 0 4 2 Isipadu Pemotongan Isipadu Penambakan Nilai-nilai dalam jadual diperolehi dengan cara: • GP = Grid Point, sebagai contoh B1 = 75.9. Beza ketinggian aras (height) pada B1 adalah 75.9 – 75.0 = 0.9


55 | D C A 2 0 4 2 • Mod Factor = Bilangan segitiga yang terlibat pada grid point tersebut. Contoh pada B1 terdapat 3 segitiga yang terlibat. Maka, Mod Factor = 3 • Weighting = Height X Mod Factor Contoh untuk B1, 0.9 x 3 = 2.7 • Contoh pada B2, Mod Factor = 4 atau 5. Ini disebabkan oleh terdapat juga separuh segitiga yang menyentuh Grid Point B2. ** Untuk Grid Point yang mempunyai Mod Factor lebih daripada 2 nilai, bebas untuk memilih mana-mana nilai Mod Factor. Contoh pada B2, nilai Mod Factor yang diambil adalah 4.


56 | D C A 2 0 4 2 Maka, formula Isipadu = Kedalaman x Luas *Isipadu pemotongan dan penambakan dikira hendaklah secara berasingan Isipadu pemotongan = 74.4 (25 x 25) /6 = 7750 m3 Isipadu penambakan = 25.7 (25 x 25) / 6 = 2677 m3 *Nilai 6 bermaksud jumlah semua segitiga pada Grid Point Didapati isipadu pemotongan lebih banyak daripada isipadu penambakan. Maka terdapat banyak tanah berlebihan yang boleh dijual hasil daripada kerja pemotongan. Ini dikira sebagai exported soil . Jumlah tanah dibawa keluar / exported soil = 7750 m3 – 2677 m3 = 5073 m3 2.3 Ukuran Kuantiti bagi Kerja Pembinaan Jalanraya (Taking Off Roadwork) Setiap negara di dunia amat memerlukan struktur jalan kerana ia memainkan peranan yang sangat penting dalam perhubungan di antara kawasan ke kawasan yang lain. Jalan di Malaysia diklasifikasikan kepada lebuhraya, jalan raya kebangsaan atau laluan persekutuan, jalan raya negeri


57 | D C A 2 0 4 2 atau wilayah, jalan kampung dan estet. Ada beberapa jenis yang digunapakai mengikut kesesuaian keadaan tempat seperti jalan tanah, jalan batu kelikir, jalan berturap bitumen, jalan konkrit (turapan tegar) dan sebagainya. Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan laluan trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan atau terowong, malah pengalihan tumbuh-tumbuhan juga. Kekuatan tanah harus diuji untuk melihat sama ada ia mampu menanggung beban yang dikenakan oleh kenderaan. Laporan-laporan ini boleh diperolehi hasil daripada kerja penyiasatan tanah (soil investigation) dan akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal Tanah untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai supaya tanah itu menjadi kuat dan mampu menampung beban. Salah satu kaedah pembinaan jalan yang digunakan adalah kaedah MacAdam di mana kaedah ini mempunyai kecerunan ke tepi jalan yang bertujuan untuk mengalirkan air hujan. Tanah yang telah lulus Ujian Kekuatan CBR, permukaan tanah boleh dibentuk dengan menggunakan sejenis mesin yang dinamakan mesin grader. Pemotongan tanah akan dilakukan mengikut kecerunan yang telah ditentukan, biasanya 25% untuk jalan-jalan biasa. Selepas tanah digredkan mengikut kecerunan, jalan itu akan dilapisi dengan asas dasar (sub-base). Lapisan ini diperlukan bergantung kepada keadaan dan rekaan ketebalan jalan yang dibina. Sub-base biasanya terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dikenali juga sebagai crusher run. Crusher run mempunyai campuran batuan bersaiz antara 40mm sehinggalah ke saiz debu tanah. Ada juga yang menggunakan pasir sebagai sub-base. Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hamper sama seperti kaedah sub-base tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih teliti dan tepat. Ini kerana, asas jalan (roadbase) berfungsi sebagai penyebar beban di mana beban tayar kenderaan dari atas / beban tumpu akan disebarkan ke bawah hingga ke permukaan tanah. Semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauh beban tersebar dan semakin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Lapisan ini memainkan peranan yang peting sebagai penanggung dan pengurai beban trafik.


58 | D C A 2 0 4 2 Asas jalan (roadbase) mestilah terdiri daripada campuran batuan, pasir dan kelodak di mana setiap satunya mempunyai peranan dan nisbah masingmasing. Batuan berfungsi sebagai penanggung beban, pasir sebagai pengisi ruang dan kelodak berfungsi sebagai pengikat. Proses yang seterusnya adalah priming coat iaitu satu proses penyemburan minyak hitam ke atas permukaan batuan asas jalan (roadbase) supaya permukaan tersebut kalis air sebelum lapisan berbitumen dihamparkan di atasnya. Setelah proses ini siap, bermulah proses premix atau menurap jalan (surface) yang dilakukan dengan menggunakan mesin penurap (paver machine). Mesin ini akan menurap mengikut ketebalan yang telah diset pada acuan perata yang terletak di belakang mesin penurap ini. Setiap projek jalanraya yang dibina memerlukan proses pengiraan kuantiti sama seperti pembinaan struktur-struktur lain bagi mengetahui kos dan bahan yang diperlukan untuk pembinaan. Rajah 2.9 : Pekerja dan mesin penurap jalan


59 | D C A 2 0 4 2 Rajah 2.10 : Contoh lapisan-lapisan yang terdapat pada jalanraya Rajah 2.11 : Keratan rentas jalanraya


60 | D C A 2 0 4 2 Seperti yang dapat dilihat, keratan rentas jalan adalah menyerupai bentuk trapezium. Setelah semua lapisan pada jalan telah siap, kerja-kerja penstabil cerun (turfing) akan dilakukan mengikut luas permukaan yang telah ditentukan. Pada umumnya, kestabilan cerun bergantung kepada kekuatan ricihnya. Gelinciran boleh menyebabkan tanah menggelangsar ke bahagian kaki cerun. Analisis kestabilan cerun amat penting dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian tanah runtuh. Contoh 1 Anda dikehendaki menyediakan kos anggaran untuk penyediaan tanah tambak kerja jalanraya. Diberi ketinggian tambak jalan adalah 1.35m pada ch.00 dan 2.4m pada ch.216 berpandukan harga yang diberikan. Dibenarkan anggaran jumlah kontigensi adalah sebanyak 5%. Rajah 2.12 : Keratan rentas jalanraya Diberi Harga bahan: 1) Kerja awalan = RM4500 2) Pasir = Rm10 / m³ 3) Crusher run = RM35 / m³ 4) Bahan permukaan = RM 18 / m² 5) Tanah import = RM12 / m³ 6) Penstabil cerun / area to be turfed = RM7 / m³


61 | D C A 2 0 4 2 Penyelesaian Dengan menganggap keratan rentas sebagai satu bentuk trapezium, bentuk jalanraya boleh diilustrasikan seperti rajah di bawah. Pengiraan ukur kuantiti : Pasir, Vs = b x d x L = 11m x 0.3m x 216m = 712.8 m³ Crusher run, Cr = b x d x L = 11m x 0.5m x 216m = 1188 m³ Bahan permukaan = b x L = 11m x 216m = 2376 m² Luas keratan rentas pada rantaian (chainage), A00 = bd00 + sd00² = (11m x 1.35m) + (2.3 x 1.35²) = 19.04 m² Luas keratan rentas pada rantaian (chainage), A216 = bd00 + sd00² = (11m x 2.4m) + (2.3 x 2.4²) = 39.65 m²


62 | D C A 2 0 4 2 Tanah import = Aavg x L = A00 + A216 X 216m 2 = 19.04 + 39.65 x 216 2 = 6338.52 m³ Penstabil cerun (area to be turfed), At = davg x √ s² + 1 x 2L ** 2L membawa maksud kedua-dua permukaan mempunyai keluasan yang sama Maka = 1.35m + 2.4m x √ 2.3² + 1 x 2 (216m) 2 = 1.88 x √ 6.29 x 432 = 1.88 x 2.51 x 432 = 2038.52 m² (luas untuk kedua-dua kawasan)


63 | D C A 2 0 4 2 Bil kuantiti bagi kerja pembinaan jalanraya adalah seperti berikut : No. Keterangan Kuantiti Unit Kadar Amaun 1 2 3 4 5 6 Kerja awalan Pasir Crusher run Bahan permukaan Tanah import Penstabil cerun (turf) Jumlah 5% jumlah kontigensi yang dibenarkan 712.8 1188 2376 6338.52 2038.52 LS m³ m³ m² m³ m² 10 35 18 12 7 4500.00 7128.00 41580.00 42768.00 76062.24 14269.64 186307.88 9315.40 195623.30 KESIMPULAN Pada akhir unit ini pelajar akan dapat mengenalpasti item - item yang perlu diambil untuk ukur kuantiti bagi kerja tanah dan kerja jalan.


64 | D C A 2 0 4 2 LATIHAN/PENILAIAN 1. Rajah 2.13 di bawah menunjukkan 90m panjang sebuah jalanraya dengan aras tanah yang tidak sekata. Lebar formasinya adalah 200m manakala cerun tepi adalah 2 : 1. Tinggi tambak di rantaian ch.00 dan ch.200 adalah 1.5m dan 2.2m masing-masing. Kira kuantiti tanah untuk diisi pada kawasan tersebut serta jumlah luas kawasan yang akan dilapisi pada jalanraya tersebut. Rajah 2.13 : Keratan rentas jalanraya 2. Tentukan isipadu kerja tanah seperti yang ditunjukan pada rajah di bawah dengan mengaplikasikan Kaedah Grid. Rajah 2.14 : Keratan rentas jalanraya


65 | D C A 2 0 4 2 3. Syarikat Damai Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja pemotongan dan penambakan bagi kawasan seluas 100m x 100m. Dengan menggunakan format berjadual, hitung jumlah isipadu pemotongan dan penambakan untuk kawasan seluas 30m x 30m pada grid seperti yang ditunjukan dalam Rajah 8. Aras formasi yang ditentukan adalah 100m. Anda juga dikehendaki menentukan isipadu tanah yang dieksport/dijual atau diimport/beli sekiranya ada. Rajah 2.15 : Keratan rentas pemotongan dan penambakan jalanraya


66 | D C A 2 0 4 2 SKEMA JAWAPAN 1. Rajah di bawah menunjukkan 90m panjang sebuah jalanraya dengan aras tanah yang tidak sekata. Lebar formasinya adalah 200m manakala cerun tepi adalah 2 : 1. Tinggi tambak di rantaian ch.00 dan ch.200 adalah 1.5m dan 2.2m masing-masing. Kira kuantiti tanah untuk diisi pada kawasan tersebut serta jumlah luas kawasan penstabilan cerun pada jalanraya tersebut (area to be turfed). Dapatkan maklumat seperti b = 35m d = 1.5m L = 200m s : 1 = 3 : 1 (maka, s = 3) Luas permukaan / Surface area = bd + sd² A00 = bd00 + sd²00 = (35 x 1.5) + (3 x [1.5]²) = (52.5) + (6.75) = 59.25 m² A100 = bd100 + sd ²100 = (35 x 2.2) + (3 x [2.2]²) = (77) + (14.52) = 91.52 m²


67 | D C A 2 0 4 2 Maka, purata luas permukaan, A = A00 + A100 2 = 59.25 + 91.52 = 75.39 m² 2 Isipadu, V = Purata luas permukaan x Panjang = 75.39 x 200 = 15 078 m³ Kawasan penstabilan cerun (area to be turfed) : Dengan menggunakan formula = dp x √ s² + 1 x 2L = d00 + d100 X √ s² + 1 x 2L 2 = 1.5 + 2.2 X √ 3² + 1 x 2(200) 2 = 2340.10 m² 2. Tentukan isipadu kerja tanah seperti yang ditunjukan pada rajah di bawah dengan mengaplikasikan Kaedah Grid. Berpandukan gambarajah, didapati kedalaman, D setiap penjuru adalah berbeza. Rajah kiub dipindah ke rajah grid dengan keluasan 700m x 700m


68 | D C A 2 0 4 2 Menggunakan kaedah grid, Isipadu = Purata Kedalaman x Luas = (200 + 250 + 500 + 500) x (700 x 700) 4 Maka, Isipadu tanah adalah 343 000 000 m³ 3. Syarikat Damai Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja pemotongan dan penambakan bagi kawasan seluas 100m x 100m. Dengan menggunakan format berjadual, hitung jumlah isipadu pemotongan dan penambakan untuk kawasan seluas 30m x 30m pada grid seperti yang ditunjukan dalam Rajah 8. Aras formasi yang ditentukan adalah 100m. Anda juga dikehendaki menentukan isipadu tanah yang dieksport/dijual atau diimport/beli sekiranya ada.


69 | D C A 2 0 4 2 Penyelesaian Nilai aras formasi yang ditentukan ialah 100m. Maka, perlu buat pembahagian isipadu pemotongan dan penambakan dalam jadual berikut :


70 | D C A 2 0 4 2 Isipadu Pemotongan GP Height Mod Factor Weighting A1 1 1 1 A2 0.9 3 2.7 A3 0.7 3 2.1 A4 2.1 3 6.3 B1 2.0 3 6.0 B2 2.2 6 13.2 C1 0.5 3 1.5 C2 1.3 5-6 6.5 E1 0.6 2 1.2 Jumlah 40.5 Isipadu Penambakan GP Height Mod Factor Weighting A5 0.2 1 0.4 B3 0.6 1 - 2 1.2 B4 1.0 4 - 5 4.0 B5 2.5 3 7.5 C3 1.2 4 4.8 C4 2.0 6 12 C5 2.0 3 6 D2 0.2 3 - 4 0.6 D3 1.5 6 9 D4 0.3 6 1.8 D5 0.2 3 0.6 E1 1.2 1 - 2 2.4 E2 0.2 3 0.6 E3 0.2 3 0.6 E4 0.2 3 0.6 E5 2.0 2 4.0 Jumlah 56.1


71 | D C A 2 0 4 2 Maka, formula Isipadu = Kedalaman x Luas *Isipadu pemotongan dan penambakan dikira hendaklah secara berasingan Isipadu pemotongan = 40.5 (30 x 30) 6 = 6075 m3 Isipadu penambakan = 56.1 (30 x 30) 6 = 8415 m3 *Nilai 6 bermaksud jumlah semua segitiga pada Grid Point Didapati isipadu penambakan lebih banyak daripada isipadu pemotongan. Maka tanah dari luar perlu dibawa masuk ke tapak pembinaan (imported soil).sebanyak 2340 m3. Jumlah tanah dibawa keluar = 8415 m3 – 6075 m3 = 2340 m3


72 | D C A 2 0 4 2 NOTA KURSUS KANDUNGAN 3 COST ESTIMATION


73 | D C A 2 0 4 2 PENGENALAN Kebanyakan industri pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui kos bagi setiap produk yang dihasilkannya. Kos selalunya digunakan untuk menentukan harga bagi sesuatu produk. Harga bagi sesuatu produk akan dikira berdasarkan keuntungan pada sesuatu produk tersebut. Bagi sesuatu industri yang menghasilkan hanya satu jenis produk pengiraan kos adalah mudah, sebaliknya bagi industri yang mengeluarkan pelbagai jenis produk, pengiraan kos adalah amat kompleks. Oleh itu pengiraan kos adalah amat penting bagi semua bidang industri samada pengeluaran atau perkhidmatan. Penghasilan sesuatu produk selalunya melibatkan proses yang dinamakan sebagai kos. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkannya. Peruntukan kos-kos ini boleh diambil kira berdasarkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat. OBJEKTIF Pada akhir unit ini pelajar akan dapat: 1) Membuat anggaran kos dengan mengambil kira faktor kaedah anggaran, penjadualan pembelian bahan, anggaran kos dan bahan, anggaran pekerja dan anggaran keperluan mesin dan peralatan.


74 | D C A 2 0 4 2 NOTA PENERANGAN 3.0 COST AND ESTIMATION 3.1 FACTOR INFLUENCE ESTIMATING Anggaran kos dianggap sebagai salah satu proses yang paling penting dalam pengurusan kos projek. Ia merupakan peringkat awal kos projek pada pelbagai peringkat pembangunan projek. (Hendrickson, 2008). Seperti yang digunakan dalam proses pembangunan projek, anggaran kos projek terdiri daripada semua perbelanjaan modal, termasuk pembinaan dan landskap tetapi biasanya tidak terdiri daripada perbelanjaan sokongan modal. (Jabatan Pengangkutan California, 2009). Anggaran kos digunakan sebagai salah satu kayu ukur agar pengurusan sesuatu projek berjaya. Adalah penting untuk menganalisis dan menganggar kos melalui penggunaan satu siri kepakaran untuk mendapatkan anggaran kos yang tepat dan sepadan dengan butiran pembinaan dan reka bentuk sebaik sahaja bajet asas diwujudkan. (Institut Sains Bangunan Negara, 2014). Keuntungan adalah berdasarkan anggaran kos yang tepat dan lengkap dalam pembinaan. Menurut Rajapakse (2017), anggaran kos adalah sebahagian daripada pengurusan kos projek yang diperlukan untuk menilai kos projek pembinaan. Pemilik projek ingin mengetahui kos am sebelum memulakan projek. Berikut adalah jenis perbelanjaan yang menentukan kos am projek: a) Kos bahan – Konkrit, bar pengukuhan, dinding pratuang, pintu, tingkap dan lain-lain b) Kos pengangkutan – Kos pengangkutan bahan seperti pembancuh penghantar, lori pembuangan, lori rebar keluli dan lain-lain c) Kos Buruh – Kos buruh termasuk upah untuk pekerja mahir, pekerja batu, tukang kayu, pekerja rebar, penyelia, dan buruh lain; dan d) Kos Profesional – Kos menggaji perunding, pereka bentuk dan profesional pembinaan lain. Anggaran kos terdiri daripada dua kategori: merancang projek dan mereka bentuk projek. (Jabatan Pengangkutan California, 2009). Perancangan projek digunakan sebagai asas projek, pengaturcaraan,


75 | D C A 2 0 4 2 pengenalpastian dan analisis alternatif, dan kelulusan anggaran kos. Mereka bentuk projek digunakan untuk menggariskan kos projek dan juga digunakan untuk dokumen pembinaan yang ditetapkan untuk senarai item tawaran. Menurut Hendrickson (2008), anggaran kos projek mungkin dilihat pada pelbagai pandangan kerana pelbagai keperluan konvensional. Walaupun terdapat pelbagai jenis anggaran kos yang digunakan pada pelbagai peringkat projek, anggaran kos boleh dikategorikan dengan terbaik kepada tiga kategori penting mengikut tujuannya. Tambahan pula, reka bentuk, bidaan dan kawalan ialah tiga fungsi asas anggaran kos pembinaan. Anggaran tawaran digunakan untuk mengatur pembiayaan projek. 1) Anggaran Reka Bentuk – Bagi pemilik projek atau profesional pembinaannya, jenis anggaran kos yang dihadapi berjalan selari dengan perancangan dan reka bentuk projek seperti berikut: Anggaran saringan (atau susunan anggaran magnitud) i) Anggaran awal (atau anggaran konsep) ii) Anggaran terperinci (atau anggaran muktamad) iii) Anggaran jurutera berdasarkan pelan dan spesifikasi Bagi setiap anggaran pelbagai yang disebutkan di atas, jumlah maklumat reka bentuk yang tersedia biasanya meningkat. (Hendrickson, 2008). 2) Anggaran Tawaran – Anggaran tawaran yang diberikan kepada pelanggan projek untuk bersaing untuk membida terdiri daripada kos langsung pembinaan termasuk penyeliaan lapangan, begitu juga jumlah yang ditambah kepada harga kos untuk membayar kos overhed dan keuntungan untuk kontraktor. Untuk anggaran bida, kos langsung pembinaan biasanya diperoleh daripada gabungan pendekatan di bawah: i) Sebutharga subkontraktor ii) Kuantiti berlepas iii) Prosedur pembinaan 3) Anggaran Kawalan – Untuk menyelia projek semasa pembinaan, anggaran kawalan diperoleh daripada maklumat yang ada untuk mencipta: i) Anggaran bajet untuk pembiayaan ii) Kos bajet selepas kontrak tetapi sebelum pembinaan


76 | D C A 2 0 4 2 iii) Anggaran kos penyiapan semasa kemajuan pembinaan Secara ringkasnya, anggaran reka bentuk menunjukkan kemajuan reka bentuk dalam fasa perancangan dan reka bentuk projek. Anggaran bida selalunya menunjukkan keghairahan kontraktor untuk memenangi bidaan dengan mempunyai prosedur anggaran kos yang mantap. Dan dalam anggaran kawalan, fasa awal untuk kawalan kos semasa pembinaan mesti diterima pakai oleh kedua-dua pemilik projek dan kontraktor. Anggaran belanjawan juga mesti diterima pakai oleh pemilik projek seawal mungkin untuk membuat keputusan untuk membiayai peruntukan untuk tempoh jangka panjang. (Hendrickson, 2008). 3.1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Anggaran Kos Menurut Jacob (2015), Terdapat banyak faktor yang mesti dijangka semasa membuat anggaran kos. Daripada jumlah itu, keadaan pasaran paling banyak mempengaruhi anggaran. Terdapat banyak sub-faktor anggaran kos seperti harga bahan, kualiti, ketersediaan, kos buruh, prestasi dan bilangan pesaing. a) Harga bahan Harga bahan adalah salah satu faktor yang paling berubah dalam pasaran semasa. (Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, 2015). Oleh kerana banyak sub-faktor seperti ketersediaan, kualiti dan saiz pesanan memainkan fungsi penting dalam harga sesuatu bahan. Bahan binaan terdiri daripada barangan besar seperti konkrit, bar bertetulang, kayu, batu kelikir, kelengkapan elektrik dan paip kepada bahan yang lebih kecil seperti skru dan paku. Kos pembelian bahan dipengaruhi oleh kemahiran pengilang menghasilkannya. Jika bahan dibeli daripada pengilang pada masa tempahan bahan adalah tinggi, maka harga akan lebih tinggi daripada jika ia dibeli pada tempoh masa apabila pesanan bahan adalah rendah. (Jacob, 2015). b) Kualiti Kualiti bahan yang digunakan mesti diambil kira kerana bahan yang lebih berkualiti digunakan, kos juga meningkat apabila anggaran kos. Bahan berkualiti rendah menyebabkan kos pembinaan lebih tinggi daripada jangkaan


77 | D C A 2 0 4 2 kerana kehilangan bahan semasa pembinaan. Ini berpunca daripada kekurangan piawaian untuk bahan dan sistem pengurusan. (Jacob, 2015). c) Ketersediaan Apabila bahan mentah seperti kayu atau batu boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar, kos anggaran berkurangan. Walau bagaimanapun, jika bahan tersebut mengalami kekurangan bekalan, kos akan meningkat dan kemampanan bahan turut menyumbang kepada anggaran. Jika bahan itu biasa dijumpai, maka jumlah kos akan lebih murah berbanding jika bahan itu jarang ditemui. (Jacob, 2015). d) Harga buruh Tenaga manusia adalah aset yang diperlukan untuk sebarang projek pembinaan. Sekiranya terdapat ramai buruh, maka kos untuk mengupah mereka akan jatuh di luar anggaran. Namun begitu, sekiranya buruh terlalu sedikit, maka pembinaannya tidak akan siap tepat pada masanya. (Jacob, 2015). e) Prestasi Dalam prestasi kontraktor dan sub-kontraktor, kemahiran komunikasi mesti sentiasa dilaksanakan jika tidak ia boleh mengakibatkan konflik antara kontraktor dan kumpulan lain, tugas pemilihan bahan juga mungkin diabaikan dan secara amnya pengurusan yang lemah. (Jacob, 2015). f) Ketersediaan Ketersediaan tenaga kerja mahir dan tidak mahir membolehkan sesebuah pengurusan menjadi berkesan kerana ia membolehkan tenaga kerja diagihkan mengikut peruntukan pekerjaan yang paling sesuai. Jika tenaga kerja diurus dengan baik, ia boleh mengurangkan kos buruh dan memberi keuntungan yang lebih besar. (Jacob, 2015). g) Bilangan pesaing Bilangan pesaing membolehkan pelanggan mendapatkan tawaran kontrak untuk harga termurah. Apabila terdapat banyak kontraktor yang ingin mendapatkan kontrak yang sama, mereka cuba untuk menjalankan kerja untuk tawaran projek yang lebih murah. Jika projek itu adalah pekerjaan yang besar, kontraktor kecil tidak boleh mendapatkan pekerjaan kerana dia tidak mencukupi untuk memulakan projek besar mengikut kategori kontraktornya. (Jacob, 2015).


78 | D C A 2 0 4 2 Apabila terdapat lebih banyak pesaing yang membida untuk projek itu, pelanggan akan menjimatkan kos kerana banyak kontraktor akan cuba untuk memenanginya dengan mengurangkan kos pembinaan mereka yang bermaksud keuntungan yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, jika tiada pembida lain untuk projek tersebut, kontraktor boleh mengenakan harga bidaan yang lebih tinggi berbanding jika ia mempunyai persaingan. Satusatunya penyelesaian yang mungkin untuk pelanggan adalah sama ada mencari persaingan untuk satu kontraktor atau akhirnya membuat perjanjian. (Jacob, 2015). h) Jurutera Kos Jurutera dan penganggar kos bertanggungjawab untuk mewujudkan 'anggaran kos' yang digunakan sebagai kriteria untuk membina keputusan perniagaan. Walau bagaimanapun, ramalan kos produk adalah tugas yang berani. Pencapaian anggaran memerlukan banyak pengalaman, data, pengetahuan dan kebolehan pelbagai teknik dan metodologi. (Rios et. al., 2016). i) Lebihan Kos Menurut Akinci (1998), lebihan kos mewujudkan masalah kewangan yang penting kepada kedua-dua kontraktor dan pemilik projek. Walau bagaimanapun, di sebalik masalah yang terlibat, sejarah industri pembinaan penuh dengan projek yang telah disiapkan dengan lebihan kos yang penting. Kontraktor dahulu boleh menampung beban lebih kos mereka dengan markup mereka. Walau bagaimanapun, dengan penurunan markup, walaupun bebanan kos marginal boleh menghapuskan keuntungan mereka dengan serta-merta dan malah mengakibatkan beban tunai yang berlebihan. Oleh itu, kontraktor perlu mengetahui punca masalah utama yang menyebabkan bebanan kos lebih awal menjadi proaktif dalam mengendalikannya. 3.1.2 Kos Pengurusan Kos pengurusan ialah salah satu elemen asas pengurusan projek dan kayu ukur yang penting untuk mengurus dan membangunkan kos sesuatu projek. Salah satu peranan pengurusan kos projek adalah untuk memastikan bajet projek adalah minimum dan tidak berlebihan. Pengurusan kos yang tidak


79 | D C A 2 0 4 2 betul selalunya akan menyebabkan kos projek berlebihan. Tambahan pula, mereka juga menyatakan bahawa kos adalah bahagian terpenting dalam kitaran hayat projek yang perlu diambil kira. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengekalkan kawalan dan pengurusan kos dari peringkat awal projek kerana dapat mengurangkan hasil pengurusan kos daripada kos projek yang berlebihan. (Azis et. al., 2013). Menurut Seetharaman (2015), dalam projek yang diperlukan segera, kebimbangan untuk faktor masa dan kos adalah sama kerana pada bila-bila masa, lanjutan masa diperlukan bagi menyiapkan projek dan secara tidak langsung, kos juga akan turut meningkat. Pengurus projek perlu mengambil kira masa dan kos dari peringkat awal projek sehingga peringkat terakhir untuk menghasilkan kualiti terhadap hasil projek dan dalam masa yang sama memastikan anggaran kos dan masa yang dirancang dapat dipatuhi. 3.2 METHOD OF ESTIMATING 3.2.1 Pembinaan kadar kos - Pembinaan kadar kos ialah proses untuk menentukan kos bagi sesuatu projek - Pengukuran mata benda perlu ditentukan harganya untuk mendapatkan anggaran keseluruhan kos projek - Setiap kos untuk sesuatu mata benda merangkumi kos seperti berikut : • Kos Bahan • Kos Upah • Kos Loji dan Alatan • Kos Pengurusan dan Keuntungan i. Kos Bahan o Kos bahan seperti bata, genting, kaca, besi, simen dan pasir berbeza dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat. o Ketika membuat anggaran kos bahan, harga yang digunakan hendaklah mengikut harga pasaran terkini dan harga bahan di lokasi pembinaan


80 | D C A 2 0 4 2 o Apabila menentukan kos bahan, kos lain yang perlu diambil kira ialah kos asal bahan, kos penghantaran, kos penyimpanan dan kos pembaziran ii. Kos Upah o Kos upah merupakan bayaran upah atau gaji kepada pekerja setelah kerja disempurnakan o Contohnya, penerap bata akan dibayar upah apabila kerja penerapan bata selesai dalam masa yang dipersetujui o Dalam industri pembinaan, pekerja dikelaskan kepada dua iaitu : a) Pekerja mahir ▪ Pekerja yang mahir melakukan sesuatu kerja dalam bidangnya. Contohnya tukang besi, tukang kayu dan penerap bata b) Pekerja am ▪ Pekerja yang melakukan kerja selain dari pekerja mahir seperti mengangkut, membuang dan membersihkan Kawasan ▪ Kadar bayaran yang diberi adalah berbeza mengikut kemahiran pekerja ▪ Pekerja mahir akan menerima upah yang lebih tinggi dari pekerja am ▪ Penentuan upah adalah bergantung kepada pemalar pekerja ▪ Pemalar pekerja adaah purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja untuk menyiapkan sesuatu unit kerja


81 | D C A 2 0 4 2 Jadual 3.1 : Pemalar pekerja bagi kerja bata Pemalar Pekerja Bagi Kerja Bata Keterangan Kerja Pekerja Am (jam/m2 ) Penerap Bata (jam/m2 ) Dinding bata setebal 225 mm bata (1 bata tebal) 1.25 2.50 Dinding bata setebal 113 mm bata (1/2 bata tebal) 0.75 1.50 Jadual 3.2 : Pemalar pekerja bagi kerja konkrit Pemalar Pekerja Bagi Kerja Konkrit Keterangan Kerja Insani (jam / m3 ) Mesin (jam / m3 ) Asas 5.00 2.00 Lantai bawah 4.00 2.20 Lantai atas 6.00 4.00 Tiang / rasuk 7.75 5.50 iii. Kos loji dan alatan - Projek pembinaan memerlukan penggunaan loji dan alatan supaya kerja dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cepat - Kontraktor boleh membeli atau menyewa loji dan alatan seperti berikut a. Loji dan alatan tidak berjentera seperti peranca, tangga, kereta sorong dan baldi b. Loji dan alatan berjentera seperti lori, jentolak, mesin penggaul konkrit dan mesin penggetar konkrit iv. Kos Pengurusan dan keuntungan - Merupakan pelbagai jenis pembayaran yang berkaitan dengan urusan sesebuah syarikat kontraktor - Kos pengurusan termasuk :


82 | D C A 2 0 4 2 a. Gaji kakitangan pengurusan, caruman KWSP, PERKESO, sewa pejabat, bengkel dan ruang b. Kos dan susut nilai alatan pejabat c. Bayaran bil elektrik, bil air, telefon berkaitan dengan operasi pejabat dan bengkel d. Kos kelengkapan pejabat dan bengkel serta pembelian alat tulis e. Elaun ahli lembaga pengarah - Amalan yang biasa dilakukan ialah kos pengurusan dan keuntungan dikira secara membuat tambahan dalam peratus ke atas jumlah kos bahan, kos upah dan kos loji dan alatan - Contohnya jika kontraktor berhajatkan keuntungan sebanyak 10% dan kos pengurusan sebanyak 10% maka kos pengurusan dan keuntungan ialah 20%. - Peratus ini ditambah kepada kos bahan, kos upah dan kos loji dan alatan. Jadual 3.3 : Jenis kos, asas penilaian dan faktor pengiraan Jenis Kos Asas Penilaian Kos Faktor Pengiraan Bahan • Harga asal bahan • Kos Penghantaran • Kos Penyimpanan • Kos Pembaziran • Kos bahan sentiasa berubah mengikut pasaran semasa • Kos bahan berbeza antara lokasi • Tempat penyimpanan bahan diperlukan untuk keselamatan dan menghindarkan kerosakan • Pembaziran bahan sentiasa berlaku Upah • Kos pembayaran upah bagi kerja yang telah siap • Upah berkadar kepada pekerja mahir dan pekerja am • Kadar pembayaran upah berbeza mengikut kemahiran dan jenis kerja • Kadar upah berubah mengikut keadaan semasa dan lokasi • Kiraan upah berasaskan kepada pemalar pekerja


83 | D C A 2 0 4 2 Loji dan alatan • Harga asal loji, nilai faedah keatas hutang dan usia loji • Kos sewa loji • Kos pengendalian loji • Contoh loji yang digunakan ialah loji berjentera seperti kren, lori, jentolak dan pembancuh konkrit • Upah pemandu dan pekerja • Kos sewa dan kos senggaraan seperti penggunaan minyak dan lain-lain Pengurusan dan Keuntungan • Kos pengurusan syarikat dan keuntungan • Pembayaran gaji kaki tangan pengurusan, sewa pejabat, cukai, sewa beli mesin, insurans dan elaun • Pembayaran bil perkhidmatan alatan tidak berjentera dan alatan tangan • Modal dan susut nilai alatan pejabat 3.3 SCHEDULE OF MATERIALS PURCHASE 3.3.1 Pengenalan Dalam anggaran perbelanjaan membina bangunan, dua bahagian yang utama ialah kos bahan dan kos buruh. Kedua-duanya saling berkait kerana bahan yang dianggar, dibeli dan akhirnya memerlukan buruh yang perlu dibayar upahnya. Bagaimanapun dalam kompetensi ini, perbincangan akan ditumpukan kepada anggaran bahan dan kos sahaja. 3.3.2 Apakah yang dimaksudkan dengan anggaran bahan dan kos Anggaran adalan pengiraan kuantiti item-item kerja dan segala perbelanjaan yang ditanggung sehingga projek siap sepenuhnya. Jadi Jumlah


84 | D C A 2 0 4 2 kemungkinan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk membiayai projek yang dibina diistilahkan sebagai anggaran kos kerja/bahan. 3.3.3 Elemen-elemen anggaran bahan dan kos • Dalam anggaran perbelanjaan membina bangunan, dua bahagian yang utama ialah kos bahan dan kos buruh. Biasanya kos bahan ialah bilangan bahan yang sebenar kali kos seunit ditambahkan 5 % bagi buangan dan kerosakan. • Kos bahan-bahan dihitung dengan memindahkan kuantiti daripada borang dimensi dan dikalikan dengan kos per unit. Anggaran kos ini biasanya dibuat dalam borang anggaran kos. Jadual 3.4 : Borang anggaran kos Bil. Butiran Unit Kuantiti Kadar $ ¢ • Harga bagi bahan-bahan dihitung mengikut kadar unit yang tertentu. Bata dikira mengikut bilangan bijinya; konkrit, batu baur, pasir dikira mengikut meter padu; simen dikira mengikut jumlah beg; kayu dan besi pula dikira dalam unit tan. Jadual 3.5 : Sampel borang anggaran kos Bil. Butiran Unit Kuantiti Kadar $ ¢ 1. 2. 3. 4. Tembok luar dan kemasan dalam kerja bata dan mortar simen (1:6) Kerja bata 1 bata tebal Tembok ½ bata dengan tetulang “fabric” 56mm lebar x 22G. ditempatkan pada tiap-tiap lapisan keempat. Acuan separuh bulat 900 mm diameter untuk tembok 1 bata tebal. Lepa simen (1:6) 22 mm pada tembok dan tiang. m² m² Bil. m² 755 29 6 873


85 | D C A 2 0 4 2 5. 6. 7. Pasangan 100 mm engsel Loyang. Pasangan 150 mm – sda – Selak aluminium 150 mm. Bil. Bil. Bil. 4 4 4 3.3.4 Jenis-jenis anggaran kos bahan Kesepadanan antara anggaran kos kerja/bahan dengan kos sebenar bergantung kepada ketepatan kaedah anggaran yang digunakan dan visualisasi kerja yang betul. Terdapat beberapa jenis teknik anggaran yang dikelasifikasi kepada dua kategori utama iaitu: i. Anggaran Nilaian Hampir /Approximate Estimate Adalah anggaran kasar yang disediakan bagi memperolehi kos terhampir dalam tempoh yang singkat. Bagi tujuan dan situasi tertentu kaedah ini adalah sesuai dan boleh digunakan. ii. Anggaran Terperinci / Detail Estimate Anggaran terperinci kos disediakan dengan menentukan kuantiti dan kos setiap item yang diperlukan oleh kontraktor bagi menyedia dan menyiapkan projek dengan memuaskan. Kaedah ini adalah terbaik dan boleh dipercayai. Ia boleh disediakan dalam dua bentuk atau kaedah iaitu: a. Unit Kuantiti ➢ Unit Kuantiti dikira berasaskan kepada Kaedah Senarai Kuantiti yang sebahagian maklumat telah dijelaskan dalam kompetensi 1 - perform take-off ➢ Kerja di bahagi kepada seberapa banyak operasi atau item yang diperlukan. Unit pengukuran ditentukan. Jumlah kuantiti kerja bagi setiap item dikeluarkan (take-off) mengikut unit pengukuran yang betul.Jumlah kos per unit kuantiti bagi setiap item dianalisa dan diproses. ➢ Jumlah kos bagi item diperolehi dengan mendarab kos per unit kuantiti dengan bilangan unit. Contohnya, dalam masa anggaran kos kerja-kerja bangunan dibuat, kuantiti kerja bata dalam bangunan diukur dalam meter padu. Jumlah kos (termasuk kos bahan, buruh, peralatan, overhead dan keuntungan) per meter padu kerja bata diperolehi. Kos unit ini di darab dengan bilangan


86 | D C A 2 0 4 2 meter padu kerja bata memberikan anggaran kos bagi kerjabata tersebut. ➢ Kaedah ini mempunyai kelebihan dimana kos unit bagi setiap kerja boleh dibuat perbandingan dan jumlah anggaran boleh diperbetulkan dengan mudah bagi variasi dalam kuantiti b. Jumlah Kuantiti Dalam kaedah Jumlah Kuantiti, item kerja dibahagi kepada lima bahagian kecil iaitu: − Bahan-bahan − Buruh − Peralatan/mesin/jentera − Overhead − Keuntungan Jumlah kuantiti bagi setiap jenis atau kelas bahan atau buruh yang diperolehi didarab dengan kos unit secara individu. Bersamaan juga dengan kos Peralatan/mesin/jentera, Overhead dan keuntunganyang ditentukan. Kos bagi semua bahagian di jumlahkan bagi memberi kos anggaran item. Contoh, kos kerja bata boleh ditentukan dengan cara berikut: Jadual 3.6 : Contoh kos kerja bata Bil Kos komponen Kos (RM) 1 Bahan Bata Pasir Simen Air Kendalian dan Pengangkutan bahanbahan di atas 2 Kos Buruh, mahir dan kurang mahir 3 Kos Peralatan/mesin/jentera 4 Kos Overhead


87 | D C A 2 0 4 2 5 Keuntungan Jumlah Kos Kerja Bata 3.3.5 Membina anggaran nilai terhampir (approximate cost estimate) Terdapat 6 kaedah lazim yang digunapakai dalam membuat anggaran nilai terhampir diantaranya adalah 1. Unit Perkhidmatan 2. Meter persegi Luas Lantai 3. Meter Padu Bangunan 4. Bil Elemen atau Kumpulan Kasar Kuantiti 5. Kuantiti Terperinci mengikut Ruang (Detailed quantities of a bay) 6. Perbandingan Kos pada Tarikh berkaitan i. Unit Perkhidmatan Bangunan dibina bagi memenuhi keperluan spesifik. Contohnya hospital direka bagi memuatkan sejumlah katil pesakit. Setiap katil dianggap sebagai Unit Perkhidmatan. Hotel direka bagi menempatkan sejumlah bilik-bilik tetamu. Setiap bilik tetamu dianggap sebagai Unit Perkhidmatan. Apabila satu bangunan dibina ,jurutera atau arkitek akan menyimpan rekod tempat, Kos sebenar,bilangan Unit Perkhidmatan dan tahun pembinaan . Daripada rekod tersebut proses mendapatkan kos per unit perkhidmatan dapat dilakukan. Kos disesuaikan ke akaun . Kos per Unit Perkhidmatan yang telah diselaras didarab dengan bilangan unit perkhidmatan dalam projek cadangan bagi mendapatkan anggaran kos Nilaian Hampir (approximate cost estimate) ii. Luas Lantai Bangunan (Floor Area) Anggaran dilakukan dengan mengira keluasan lantai dan didarab dengan kadar harga yang ditetapkan. Keluasan lantai diperolehi dengan mendarabkan ukuran panjang bangunan dengan lebar bangunan. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya. Contohnya : 20 m x 10 m =200 m² . Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain, dimana cara


88 | D C A 2 0 4 2 pembinaan dan rekabentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalamanpengalaman yang lalu. Katakan dari pengalaman di masa lalu harga bagi satu meter persegi sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk yang sama ialah RM 1500.00 maka harga anggaran bagi bangunan yang luasnya 200 meter persegi ialah RM 1500.00 x 200 m² = RM 300000.00 iii. Meter Padu Bangunan Kaedah ini lebih tepat berbanding kaedah keluasan Lantai Bangunan kerana kedalaman asas dan ketinggian struktur di atas aras bumi adalah dimensi yang diambil kira. Pengiraan isipadu dilakukan dengan mendarab panjang, lebar dan tinggi bangunan itu. Tetapi sebelum itu hendaklah dikaji dengan teliti faktor-faktor seperti berikut: ➢ Ukuran panjang bangunan dan lebar bangunan sesebuah bangunan itu hendaklah diukur di antara permukaan luar. Ukuran tinggi sesebuah bangunan hendakalah ditentukan apabila membuat anggaran bagi menghasilkan kiraan dengan cara isipadu. Contoh pengiraan Panjang bangunan = 20 m Lebar bangunan = 10 m Tinggi bangunan = 5 m Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi = 20 x 10 x 5 = 1000 m³ Jika kadar harga 1m³ = rm 200.00, Maka harga bagi 1000 m³ bangunan seperti di atas Adalah = RM 200.00 x 1000 = RM 200 000.00 Bil Elemen atau Kumpulan Kasar Kuantiti ➢ Bangunan dibahagi kepada beberapa item yang boleh diukur. Kos per unit kuantiti bagi setiap kumpulan diproses dan dinilai secara berasingan,mengambil kira semua operasi yang berbeza yang digabungkan untuk lebih mudah. ➢ Adalah jelas kaedah ini memerlukan lukisan rekabentuk konsep disediakan untuk pengukuran kasar kuantiti /rough take off.


89 | D C A 2 0 4 2 Kuantiti Terperinci mengikut Ruang (Detailed quantities of a bay) ➢ Kaedah ini sesuai bagi bangunan yang mengandungi sebilangan ruang-ruang seperti garaj, bengkel dan sebagainya. Kuantiti terperinci dikeluarkan daripada item kerja yang terlibat dalam satiap ruang dan menentukan harga item menggunakan kadar yang sesuai. iv.Kaedah Perbandingan kos Nilai Kos terhampir bagi struktur yang dicadangkan di tentukan dengan mengubahsuai kos yang telah diketahui bagi struktur yang sama yang telah dibina. Pertimbangan diberikan terhadap harga turun naik antara tarikh pembinaan struktur lama dengan struktur yang akan dibina. Biasanya kaedah ini memberi hasil anggaran yang baik tetapi hanya boleh dipakai kepada struktur dan kerja-kerja yang sama yang dibina berulang. 3.3.6 Penyediaan anggaran 1) Penyediaan Anggaran Terperinci / Detail Estimate Dalam bentuk Unit Kuantiti Sediakan data/maklumat terperinci Bagi menyediakan anggaran terperinci atau Detail Estimate, beberapa data berikut perlu ada: i. Pelan, Keratan dan perincian-perincian yang berkaitan dengan kerja i. Spesifikasi yang menunjukkan kelasifikasi bahan yang perlu digunakan ii. Kadar dimana item-item kerja yang berbeza digunakan. Bagi membolehkan juruukur bahan mengeluarkan kuantiti dengan tepat, lukisan hendaklah jelas, mengikut fakta dan skala, siap sempurna dengan dimensi. 2) Lakukan Pengukuran / Taking Off Tiga langkah dalam proses pengukuran/ Taking Off i. Mengeluarkan Kuantiti


90 | D C A 2 0 4 2 ii. Pemprosesan Data (Squaring Out) iii. Abstrak 3.4 ESTIMATION OF MATERIALS AND COSTING 3.4.1 Dalam bentuk jumlah kuantiti Anggaran Kuantiti Bata ➢ Bilangan bata yang diperlukan dalam pembinaan tembok banguna dihitung berdasarkan kepada luas permukaan 1 meter persegi dan ½ bata tebal. Kaedah Pengiraan adalah: 1 meter persegi = 1 000 mm x 1 000 mm Muka sisi bata = 225 mm x 75 mm Bilangan bata = 1 000 x 1 000 / 225 x 75 = 59.259 = 60 biji Bermakna jika tembok ½ bata tebal memerlukan 60 biji bata maka tembok tebal 1 bata perlu digandakan menjadi 120 biji dan 1½ bata menjadi 180 biji. Hasilnya dicatit dalam jadual dibawah. ➢ Sebelum memulakan pengiraan beberapa jadual rujukan perlu disediakan bagi memudahkan penyediaan dan menghasilkan anggaran yang sewajarnya. ➢ Jadual Rujukan bagi Pengiraan Kos Kuantiti Bagi mengira anggaran bata ada dua perincian yang perlu diketahui iaitu; Samada − Kadar Kos bagi setiap 1 m² (harga bata bagi setiap 1 m² ) Atau − Jumlah bata mengikut ketebalan tembok


91 | D C A 2 0 4 2 Diberi : Tebal Tembok ½ bata 1 bata 1½ bata 2 bata Bil Bata 60 120 180 240 Contoh 1: Bina sebuah tembok ½ bata tebal, 8 m panjang dan 3 m tinggi. Kirakan anggaran bata yang diperlukan untuk pembinaan tersebut. Penyelesian: Luas tembok = Panjang x Tinggi = 8 m x 3 m = 24 m² Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m² = 24 x 60 = 1440 biji #


92 | D C A 2 0 4 2 Contoh 2: 3.4.2 Pengiraan anggaran mortar 1. 1 litre simen = 1.44 kg. 2. 1 beg simen = 50 kg 3. 1 beg simen = 0.035 m3 4. 1 m³ simen = 28.25 kampit/bag Contoh 1: Hitung bahan-bahan bata, pasir dan simen yang diperlukan untuk membina sebuah tembok bata 1 bata tebal berukuran 3 m x 5 m. Nisbah bancuhan mortar ialah 1:6. Faktor yang digunakan adalah adalah 1.3 (30% tambahan).


93 | D C A 2 0 4 2 Penyelesaian: Luas tembok = Panjang x Tinggi = 3 m x 5 m = 15 m² Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1m² = 15 m² x 120 = 1800 biji Isipadu mortar (Berpandukan bilangan bata) = 1800 biji x 0.5/1000 = 0.90 m³ Isipadu mortar kering = 0.90 m³ x 1.3 = 1.17 m³ Isipadu simen = Isipadu mortar kering x nisbah simen = 1.17 m³ x 1/7 = 0.17 m³ Kiraan kampit/bag = 0.17 m³ x 28.25 kampit/bag = 4.8 ~ 5 bag Isipadu pasir = Isipadu mortar kering x nisbah pasir = 1.17 m³ x 6/7 = 1.003 m³ Oleh itu, bahan - bahan yang diperlukan untuk membina sebuah tembok bata 1 bata tebal berukuran 3 m x 5 m adalah: Bata = 1800 biji Simen = 5 bag Pasir = 1.003 m³


94 | D C A 2 0 4 2 3.4.3 Pengiraan untuk kerja melepa Contoh 1: Hitung bahan-bahan yang diperlukann untuk melepa satu permukaan tembok bata 4 m tinggi dan 6 m panjang. Tebal lepa ialah 20 mm dan nisbah bancuhan lepa simen ialah 1:4. Faktor yang digunakan adalah adalah 1.3 (30% tambahan). Penyelesaian: Luas tembok = 4 m x 6 m = 24 m² Isipadu mortar = 24 m² x 20 mm/1000 (ketebalan lepa) = 0.48 m³ Isipadu mortar kering = 0.48 x 1.3 = 0.624 m³ Isipadu simen = Isipadu mortar kering x nisbah simen = 0.624 m³ x 1/5 = 0.125 m³ Kiraan kampit/bag = 0.125 m³ x 28.25 kampit/bag = 3.53 ~ 4 bag Isipadu pasir = Isipadu mortar kering x nisbah pasir = 0.624 m³ x 4/5 = 0.5 m³


95 | D C A 2 0 4 2 Contoh 2: 3.4.4 Pengiraan anggaran konkrit ✓ Konkrit dihitung dalam meter padu (m³) dan segala ukurannya adalah dalam meter (m) ✓ Isipadu komkrit dikira mengikut lebar x panjang x tebal ✓ Bahan-bahan yang dijadikan konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur juga dianggarkan dalam meter padu. ✓ Simen boleh juga dihitung mengikut bilangan beg berdasarkan 1 beg = 50 kg = 0.035 m³ ✓ Dalam anggaran konkrit, isipadu yang dihitung adalah isipadu padat, di mana ia memerlukan isipadu bahan-bahan kering iaitu simen, pasir dan batu baur yang lebih untuk menghasilkannya.


96 | D C A 2 0 4 2 ✓ Satu faktor yang berubah-ubah dari 1.25 hingga 1.5 hendaklah dikalikan dengan isipadu padat supaya anggaran bagi bahanbahannya adalah mencukupi. ✓ Faktor ini merupakan tambahan 25% hingga 50% pada isipadu padat dengan mengambil kira buangan dan pembaziran yang sering berlaku dalam proses menggaul, mengangkut dan meletakkan konkrit. ✓ Jika konkkrit dibancuh dengan menggunakan tangan, maka dikehendaki menambah 10% simen tambahan untuk mencapai kekuatan yang sama. Contoh 1: Lantai konkrit 4 m x 5 m x 100 mm tebal. Nisbah bancuhan konkrit ialah 1:2:4. Anggarkan bahan-bahan yang diperlukan. Faktor yang digunakan adalah adalah 1.5 (50% tambahan). Penyelesaian: Isipadu konkrit padat = 4 x 5 x (100/1000) = 2.0 m³ Isipadu konkrit kering = 2.0 x 1.5 = 3.0 m³ Isipadu simen = Isipadu konkrit kering x nisbah simen = 3.0 x (1/7) = 0.43 m³ Bilangan beg simen = 0.43 m³ / 0.035 m³ @ 0.43 x 28.25 = 12.28 ~ 13 beg Isipadu pasir = Isipadu konkrit kering x nisbah pasir = 3.0 x (2/7) = 0.86 m³ Isipadu batu baur = Isipadu konkrit kering x nisbah batu baur = 3.0 x (4/7) = 1.72 m³


97 | D C A 2 0 4 2 Contoh 2: Asas konkrit 6 m x 0.6 m x 0.3 m tebal dengan nisbah bancuhan 1:3:6.. Konkrit ini dibancuh dengan menggunakan tangan. Faktor yang digunakan adalah adalah 1.5 (50% tambahan). Hitungkan: a) Simen b) Pasir c) Batu baur Penyelesaian: Isipadu konkrit padat = 6 m x 0.6 m x 0.3 m = 1.08 m³ Isipadu konkrit kering = 1.08 m³ x 1.5 = 1.62 m³ Isipadu simen = Isipadu konkrit kering x nisbah simen = 1.62 x (1/10) = 0.162 m³ Untuk mendapatkan kekuatan yang sama, 10% simen tambahan diperlukan kerana konkrit dibancuhkan dengan menggunakan tangan. Maka isipadu simen; Isipadu simen sebenar = 0.162 x (1 x 10%) = 0.1782 m³ Bilangan beg simen = 0.1782 m³ / 0.035 m³ @ 0.1782 x 28.25 = 5.09 ~ 5 beg Isipadu pasir = Isipadu konkrit kering x nisbah pasir = 1.62 x (3/10) = 0.486 m³


98 | D C A 2 0 4 2 Isipadu batu baur = Isipadu konkrit kering x nisbah batu baur = 1.62 x (6/10) = 0.972 m³ 3.4.5 Anggaran kayu ➢ Anggaran kayu biasanya dibuat berdasarkan kepada saiz nominal iaitu saiz kayu yang belum diketam. Contohnya: kayu bersaiz nominal 50 mm x 100 m tetapi sebenarnya ialah berukuran 38 mm x 90 mm diketam. ➢ Kuantiti kayu yang digunakan dalam kerja kecil seperti membuat pintu, tingkap, gerobok dan sebagainya adalah dihitung mengikut senarai potongan nya iaitu bilangan bilangan batang kayu yang sebenar digunakan. ➢ Dalam pasaran tempatan, kayu biasanya dipesan dan dibeli dengan banyak berdasar kepada beratnya mengikut tan atau 1 000 kg. Satu tan (1 000 kg) kayu dianggap mempunyai isipadu 50 kaki padu atau 1.25 meter padu. Hitungan ini adalah khusus untuk pemasaran sahaja walaupun isipadu yang sama bagi jenis kayu yang berlainan tidak mempunyai berat yang sama. Harga kayu juga dikira mengikut tan. ➢ Bagi menghitung kos sebatang / keeping kayu, jika harga satu tan RM800.00, maka harga bagi kayu 25 mm x 200 mm x 5.0 mm ialah: Bilangan kayu 25 mm x 200 mm x 5 m dalam 1 tan = 1.25 ÷ (25 / 1 000 x 200 / 1 000 x 5) = 50 keping Harga sekeping = RM800.00 / 50 = RM16.00 ➢ Harga kayu bukan sahaja mengikut jenis kayu , ia juga mengmbil kira saiz kayu. Harga kayu berukuran 50 x 150 akan berbeza daripada harga kayu yang berukuran 50 x 50. Biasanya saiz kayu yang besar lebih mahal daripada saiz kayu yang kecil. ➢ Bilangan kayu bagi tiap-tiap bahagian kerja adalah dihitung mengikut pelannya, kemudian jumlah kayu yang diperlukan di


99 | D C A 2 0 4 2 pesan berdasarkan tan. Kuantiti papan lapis adalah dihitung mengikut bilangan keping yang digunakan. Saiz papan lapis yang lazim ialah 1.2 m x 2.4 m (4 kaki x 8 kaki) iaitu 2.88 m². Contoh 1: Berapakah keping papan lapis akan diperlukan untuk membina lantai seluas 100.8 meter persegi? Bilangan keping papan lapis = Luas lantai/Luas sekeping papan lapis = 100.8 /1.2 x 2.4 = 100.8 / 2.88 = 35 keping #Harga papan lapis berbeza mengikut tebal papan. Semakin tebal papan itu, semakin tinggi harganya. 3.4.6 Kos bahan Faktor utama dalam menyediakan kadar harga sesuatu bahan atau kerja adalah kos bahan mentah atau kerja itu sendiri. Untuk itu, kontraktor haruslah memperolehi sumber yang realistik dan berkesan kerana factor ini akan mengesani secara terus baik pada kadar per unit mahupun kos keseluruhan projek. 3.4.6.1 Kaedah memperolehi Harga Bahan Binaan Semasa Kaedah yang paling tepat untuk memperolehi harga bahan binaan semasa adalah dengan cara berhubung terus dengan pihak yang membekal bahan binaan tersebut iaitu pembekal (Supplier). Kebiasaannya kontraktor memperolehi harga bahan binaan semasa melalui:- Secara Langsung:- - Sebutharga dari pengilang, pengedar 1. Contoh sebutharga


100 | D C A 2 0 4 2 Jadual 3.7: Contoh sebut harga Item Description Quantity Unit Price/unit (RM) 1. 2. 3. 4. 5. Ordinary Portland Cement Facing Brick Fine Sand Lime stone ( Liquid ) 2” x 4” x 12’ ( Meranti ) 1 1 1 1 1 BAG NOS MC KG NOS 14.50 1.20 30.00 10.00 25.00 2. Jadual Bahan Dalam menyediakan sesuatu kadar harga, kontraktor juga perlu mengetahui kadar/ kuantiti penggunaan suatu bahan. Ini amat perlu agar kadar harga yang diperolehi adalah berdasarkan kepada keperluan kerja yang sebenar. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan tahap penggunaan sesuatu bahan bagi beberapa jenis kerja :- Jadual 3.8 : Tahap penggunaan sesuatu bahan kerja bata dan konkrit BIL JENIS KERJA UNIT JENIS BAHAN KUANTITI A KERJA BATA 113MM TEBAL DINDING 1. Bata MS Bata 60 biji 2. Motar ( 1 : 6 ) MS Simen 6.86 kg Pasir 0.04 mc B KERJA BATA 225MM TEBAL DINDING 1. Bata MS Bata 120 biji 2. Motar ( 1 : 6 ) MS Simen 13.75 kg Pasir 0.09 mc C KONKRIT 1. 1 : 1: 2 MC Simen 10.91 kg Pasir 0.51 mc Batu baur 1.02 mc


Click to View FlipBook Version