UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
PERATURAN AM
1. NAMA PERTANDINGAN
Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
2. PENGANJUR
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
3. PENGELOLA
Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Negeri
4. PERATURAN UMUM
Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu jenis permainan
yang dipertandingkan dan Peraturan Am Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang akan
digunakan.
5. PERATURAN TAMBAHAN
Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa penganjur dan pengelola
berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras
dengan matlamat penganjuran Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.
6. JENIS-JENIS PERMAINAN
6.1 Permainan Teras
Bil Jenis Permainan Jantina Jenis Pertandingan
1. Bola Sepak Senior Lelaki Berpasukan
2. Bola Sepak Veteran Lelaki Berpasukan
Berpasukan (Senior &
3. Bola Jaring Wanita Veteran)
Berpasukan (Senior &
4. Sepak Takraw Lelaki Veteran)
Berpasukan
5. Bola Tampar Wanita Berpasukan
6. Boling Tenpin Lelaki+Wanita Individu/Berpasukan
7. Golf Lelaki Berpasukan
8. Kebudayaan Lelaki+Wanita
2
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
6.2 Permainan elektif / pilihan
6.2.1 Pihak pengelola dibenarkan untuk mencadangkan tambahan 2
permainan elektif / pilihan semasa kejohanan MSKPPM.
6.2.2 Permainan tersebut akan dipertandingkan sekiranya ada empat
(4) negeri yang mengambil bahagian.
7. JUMLAH PESERTA
Bil Permainan Peng J/latih Fisioterapi Pengadil Peserta Jum
LP 22
1. Bola Sepak 01 01 01 01
Senior 18 00
2. Bola Sepak 01 01 01 01 18 00 22
Veteran
3. Bola Jaring 01 01 - 01 00 12 15
4. Sepak Takraw 01 01 - 01 12 00 15
5. Bola Tampar 01 01 - 01 00 15 18
6. Boling Tenpin 01 01 - 00 05 05 12
7. Golf 01 01 - 00 08 00 10
8. Kebudayaan 01 01 - 01 06 06 15
08 08 02 06 67 38 129
JUMLAH
* Bilangan pegawai terpulang kepada pasukan PSKPP Negeri masing-masing.
8. KELAYAKAN
8.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:
8.1.1 Warganegara Malaysia
8.1.2 Seseorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji
daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sama ada bekerja
secara tetap atau kontrak (dari segi jawatan).
8.1.3 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat secara
berterusan 3 bulan ke atas.
8.1.4 Pegawai Khidmat Singkat dibenarkan dengan syarat telah
berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.
3
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
8.1.5 Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa dan
gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah atau Jabatan asalnya.
8.1.6 Institusi Pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung
dengan MSKPP Negeri serta/dan membayar yuran dengan
MSKPP Negeri.
8.1.7 Semua pegawai yang berkhidmat di Sekolah Sukan Bukit Jalil,
Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor
adalah tertakluk di bawah pasukan MESCA.
8.2 Pemain yang tidak layak:
8.2.1 Pekerja Kontrak Swasta.
8.2.2 Guru ganti dan KGSK
8.2.3 Guru yang sedang menjalankan praktikum di institusi
pendidikan.
8.3 Penyertaan bagi peserta lelaki dalam kategori Veteran adalah 40
tahun ke atas manakala bagi bagi peserta wanita adalah 35 tahun di
kira pada tahun pertandingan.
8.4 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan persatuan lain selain
daripada negeri tempat bertugas.
8.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding/didaftarkan di bawah
satu permainan/peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu
permainan sahaja. Penegasan: Pemain kumpulan veteran boleh
didaftarkan dalam kumpulan senior dalam mana-mana permainan dan
tertakluk dalam satu kategori sahaja. Pemain senior tidak boleh
didaftarkan dalam kategori veteran.
8.6 Setiap peserta hendaklah menunjukkan kad pengenalan (asal) dan
Slip gaji (asal) atau surat tawaran kerja secara kontrak (asal). Semua
pengesahan hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan.
Salinan kad Pengenalan, Slip gaji dan dokumen berkaitan hendaklah
disediakan oleh semua pengurus pasukan semasa pengesahan untuk
simpanan jawatankuasa pengelola.
8.7 Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengurusan Pasukan adalah
bertanggungjawab penuh pada setiap nama pemain yang didaftarkan.
Sebarang bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab mereka dan
jika berlaku sebarang penyelewengan, kenyataan bertulis akan dibuat
oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM untuk
tindakan selanjutnya.
4
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
9 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan berpasukan adalah secara liga satu pusingan dalam
kumpulan dan atau secara kalah mati seperti berikut:
9.1 Jika 12 pasukan atau lebih
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan
dan atau cara kalah-mati seperti berikut:
9.1.1 Perlawanan Peringkat Awal
( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )
Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )
Kumpulan C – 3 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )
Kumpulan D – 3 pasukan (termasuk tempat ke 4 tahun lalu)
9.1.2 Perlawanan Peringkat Kedua ( Separuh Akhir – Kalah mati)
9.1.2.1 Pusingan Kedua akan dijalankan seperti berikut:
9.1.2.1.1 Johan dan Naib Johan setiap
kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.
9.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana
berikut:
9.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Johan
Kumpulan akan didahulukan untuk
ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan
7.
9.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Naib Johan
kumpulan ditempatkan dikedudukan 2,
4, 6 dan 8.
9.1.2.2.3 Pasukan yang menang pada
perlawanan separuh akhir akan
memasuki perlawanan akhir bagi
menentukan Johan dan Naib Johan.
Sementara Pasukan yang kalah akan
bermain untuk menentukan tempat
ketiga dan keempat.
5
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
9.1.3 Perlawanan Akhir ( Secara kalah mati seperti berikut )
Johan Kumpulan X melawan Johan Kumpulan Y
Bagi menentukan Johan dan Naib Johan.
Naib Johan Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y
Bagi menentukan Ketiga dan keempat.
1
E
2
X
3
F
4
5
G
6
Y
7
H
8
9.2 Jika 9 hingga 11 pasukan.
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan
dan atau cara kalah-mati seperti berikut:
9.2.1 Perlawanan Peringkat Awal
( Secara liga satu pusingan dalam kumpulan )
Kumpulan A – 3 pasukan (termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B – 4 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu )
Kumpulan C – 4 pasukan ( termasuk tempat ke 3 tahun lalu )
9.2.2 Perlawanan Peringkat Kedua
9.2.2.1 Johan dari kumpulan pusingan awal akan diundi untuk
diletakkan dalam kumpulan X dan kumpulan Y. Mana-
mana 2 daripada 3 pasukan johan tadi akan berada
dalam kumpulan sama X atau Y melalui undian
tersebut. Undian akan dibuat selepas sahaja
pertandingan pusingan awal tamat.
6
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
9.2.2.2 Pasukan Naib Johan daripada kumpulan yang
berlainan di pusingan awal akan diletakkan ke dalam
kumpulan X dan Y.
9.2.2.3 Pasukan-pasukan dalam kumpulan X dan Y akan
bermain secara liga dalam kumpulan.
9.2.3 Pusingan Akhir
9.2.3.1 Johan Kumpulan X lawan Johan Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan
9.2.3.2 Naib Johan Kumpulan X lawan dengan Naib Johan
Kumpulan Y untuk tempat ketiga dan keempat.
9.3 Jika 6 hingga 8 pasukan
9.3.1 Pusingan Awal
9.3.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A
dan B
9.3.1.2 Kumpulan A
Jika 6 penyertaan : 3 pasukan
Jika 7 penyertaan : 3 pasukan
Jika 8 penyertaan : 4 pasukan
(termasuk Johan dan tempat keempat tahun lalu )
9.3.1.3 Kumpulan B
Jika 6 penyertaan : 3 pasukan
Jika 7 penyertaan : 4 pasukan
Jika 8 penyertaan : 4 pasukan
(termasuk Naib Johan dan tempat ketiga tahun lalu )
9.4 Jika 5 atau kurang pasukan
Secara liga satu pusingan dalam kumpulan. Pasukan yang mendapat
mata terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan, Ketiga dan
keempat.
9.5 Pertandingan terbuka
Undian dan seeding (jika ada) akan dilakukan oleh Jawatankuasa
Pertandingan.
7
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
10 PENDAFTARAN
10.1 Borang Pendaftaran
10.1.1 Tiap-tiap PSKPP Negeri dikehendaki mengesahkan penyertaan
kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 20 hari
sebelum tarikh pertandingan. Penyertaan melalui telefon
tidak dibenarkan.
10.1.2 Tiap-tiap pasukan PSKPP Negeri dikehendaki mendaftar nama
pegawai dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan
oleh Jawatankuasa pengelola yang mengandungi:
10.1.2.1 Nama Penuh (mengikut kad pengenalan dan
Nyatakan En/Cik/Puan/Haji/Hjh).
10.1.2.2 No Kad Pengenalan Baru
10.1.2.3 No gaji
10.1.2.4 Pekerjaan ( Nyatakan dengan jelas)
10.1.2.5 Alamat pejabat/sekolah dan No telefon
10.1.2.6 Alamat rumah dan no telefon.
10.1.3 Borang pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan
lengkap. Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana
borang pendaftaran yang tidak lengkap dan hendaklah
ditandatangani oleh Yang DiPertua dan Setiausaha Agung
dengan Cop Rasmi.
10.1.4 Yuran Pendaftaran bagi setiap penyertaan adalah sebanyak
RM200.00 kecuali bagi dua acara (rujuk jadual 1) melainkan
ada ketetapan lain dan dipersetujui oleh ahli gabungan.
BIL ACARA YURAN
PENYERTAAN
1 Boling Tenpin Asas RM 600.00
Golf: RM 350.00
2 i) Gross & Nett RM 250.00
ii) VIP & Jemputan
Jadual 1
8
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
10.2 Pakaian Pemain
10.2.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam
sesuai dengan jenis permainan yang telah ditetapkan.
10.2.2 Nombor-nombor pada jersi hendaklah serupa dengan nombor-
nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran.
11 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN
11.1 Pemberian mata akan diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu
permainan oleh pasukan seperti berikut:
11.1.1 Johan - 5 mata
11.1.2 Naib Johan - 3 mata
11.1.3 Ketiga - 2 mata
11.1.4 Keempat - 1 mata
11.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat
berdasarkan kepada jumlah Johan yang terbanyak diperolehi oleh
pasukan tersebut.
11.3 Jika masih seri juga hendaklah di rujuk kepada jumlah naib johan dan
seterusnya.
12 MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING
12.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan
setelah pengesahan dibuat oleh PSKPP Negeri dan diterima menyertai
pertandingan oleh pengelola.
Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta
adalah dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan
pasukan tersebut atau PSKPP Negeri berkenaan dikehendaki
memberikan penjelasan bertulis kepada Yang DiPertua Jawatankuasa
Kerja MSKPPM dalam masa 3 hari.
12.2 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan
semua keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan
tersebut akan dibatalkan dan pasukan berkenaan tidak akan
dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.
13 PENGGANTUNGAN
9
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
13.1 Sesuatu pasukan / pemain yang diperintah keluar padang / gelanggang
dalam masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta
menghadirkan diri di hadapan lembaga Juri Rayuan yang akan
bersidang dalam tempoh masa 3 jam dari masa kejadian. Pemain /
Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan sehingga
Lembaga Rayuan memberikan keputusannya.
13.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan
dilaporkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepada Lembaga tatatertib
MSKPP Malaysia.
13.3 Seseorang pemain yang telah digantung oleh persatuan sukan di
peringkat negeri atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai
sebarang permainan di dalam Pesta MSKPP Malaysia.
14 PENGADILAN
14.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpengalaman sekurangnya 2
tahun boleh dilantik untuk bertugas di dalam pertandingan-pertandingan
MSKPP Malaysia.
14.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka yang
bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
14.3 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik ketua pengadil, pengadil-
pengadil lain dalam pertandingan kelolaannya.
14.4 Semua PSKPP Negeri diwajibkan membawa pengadil mengikut jenis
permainan yang disertai dan memastikan pengadil-pengadil berkenaan
menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.
14.5 Kegagalan membawa pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan
akan didenda sebanyak RM 100.00 seorang.
10
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
15 BANTAHAN
15.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas
perlawanan berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam
Undang-Undang permainan tersebut.
15.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM
300.00 bagi acara berpasukan dan RM 200.00 bagi acara individu
yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan tersebut
tidak berasas.
15.3 Sekiranya ada bantahan yang belum dapat diputuskan di dalam jangka
masa yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan
mengikut jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah
bantahan ( under protest )
15.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang
peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan , bantahan (under protest), tersebut akan dikemukakan
kepada Jawatankuasa Kerja MSKPPM
16 LEMBAGA JURI RAYUAN
Jawatankuasa pengelola akan menubuhkan satu badan Lembaga Juri
Rayuan yang mengandungi
16.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
16.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang
16.2.1 Pengerusi Jawatankuasa permainan yang berkenaan
16.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai Ex-Officio
16.2.3 3 orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat.
11
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
17 LEMBAGA TATATERTIB
Lembaga tatatertib akan ditubuhkan oleh MSKPP Malaysia yang dianggotai
oleh:
Pengerusi : Yang DiPertua MSKPPM atau wakilnya
Naib Pengerusi : Timbalan Yang DiPertua atau wakilnya
Setiausaha : Setiausaha Agung MSKPPM
Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan
yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik.
18 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan
peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap
satu pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa DAN berhak
meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.
12
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
SEPAK TAKRAW
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAY
SEPAK TAKRAW
1. UNDANG-UNDANG
Permainan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa
(ISTAF) dan diterima oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) serta
‘Peraturan AM Pesta MSKPPM’.
2. PENYERTAAN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN
2.1. Pendaftaran Pasukan adalah seperti berikut:
2.1.1. 12 orang Pemain
2.1.2. 1 orang Pengurus
2.1.3. 1 orang Jurulatih (boleh terdiri daripada pemain)
2.1.4. 1 orang Pengadil
2.1.5. Susunan permainan adalah seperti berikut:
2.1.5.1 Regu Pertama
2.1.5.2 Regu Kedua
2.1.5.3 Regu Ketiga
2.2. Bilangan Pemain adalah seperti berikut:
2.2.1. Tiap pasukan mempunyai 3 regu (9 pemain)
2.2.2. Susunan regu adalah seperti berikut:
2.2.2.1. Regu Pertama - Senior
2.2.2.2. Regu Kedua - Veteran
2.2.2.3. Regu Ketiga - Senior
3. PENDAFTARAN
Semua pasukan/ regu yang mengambil bahagian di dalam pertandingan
dikehendaki menyerahkan senarai nama pemain dan susunan regu masing-masing
dengan menggunakkan borang pendaftaran khas kepada pengadil rasmi pada hari
pertandingan, iaitu 30 minit sebelum perlawanan dimulakan dan ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
4. KELAYAKAN
4.1. Peringkat Umur Veteran
Umur 40 tahun dan ke atas dikira pada tahun pertandingan.
4.2. Seorang pemain hanya boleh didaftarkan bermain di dalam satu peringkat
umur sahaja.-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP
MALAYSIA
5. KELEWATAN
Satu jangka masa yang tidak lebih daripada 15 minit adalah diberi kepada regu
yang lewat dan jika masih juga tidak hadir maka kemenangan percuma akan diberi
kepada regu lawannya yang hadir dengan kiraan mata 21 - 0, 21 - 0.
6. PAKAIAN
6.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian (jersi) yang seragam.
6.2 Semua pemain mesti memakai jersi yang bernombor.
6.3 Pemain dibenarkan memakai seluar trek.
6.4 Ketua pasukan dikehendaki memakai tanda lengan (arm-band).
7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1. Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 9).
7.2. Sistem kiraan 21 mata dengan servis tiga kali berturut-turut akan digunakan
pada kejohanan ini.
8. CARA MEMUTUSKAN PEMENANG KUMPULAN
8.1. Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan yang kalah mendapat 0
mata.
8.2. Sekiranya selesai semua permainan dalam satu kumpulan, kiraan mata
diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan
ditentukan mengikut tertib berikut:
8.2.1. Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu menang
yang diperolehi pasukan berkenaan.
8.2.2. Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.
8.2.3. Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah mata
yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
9. JENIS BOLA PERTANDINGAN
Jenis bola yang digunakan adalah Gajah Emas 511.
10. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN
10.1. Tugasan pengadil dan penjaga garisan bagi satu-satu perlawanan akan
diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.2. Tugasan pengadil akan ditentukan oleh Pengadil Rasmi / Ketua Pengadil
pertandingan.
11. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 15).
12. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 16).
13. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan Peraturan
Am MSKPPM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan
segala keputusannya adalah muktamad.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
BOLA JARING
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDAURAN PERTANDINGAN MSKBOLA JARING (Indoor)
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.
1.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan Undang- Undang
Permainan dan Undang-Undang Permainan Bola Jaring IFNA, maka adalah
diputuskan bahawa Undang-Undang Permainan Bola Jaring IFNA akan
dipatuhi.
1.3 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua Undang-
Undang Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengelola, kecuali dari aspek teknikal.
2. PENDAFTARAN
2.1. Pendaftaran Pasukan adalah seperti berikut:
2.1.1. 12 orang Pemain (6 orang pemain senior dan 6 orang
pemain veteran).
2.1.2. 1 orang Pengurus.
2.1.3. 1 orang Jurulatih (boleh terdiri daripada pemain).
2.1.4. 1 orang Pengadil.
2.2. Setiap pasukan mesti menurunkan minima 3 orang pemain veteran dan
minima 1 orang pemain senior pada setiap masa permainan.
2.3. Pemain veteran boleh bermain bagi menggantikan pemain senior tetapi
pemain kategori senior tidak boleh bermain untuk kategori veteran. (tertakluk
kepada peraturan 2.3).
2.4. Semua pegawai pengurusan pasukan hendaklah terdiri daripada wanita.
2. KELAYAKAN
3.1 Peringkat Umur Veteran:
3.1.1 Umur 35 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun pertandingan.
LAYSIA
4. KELEWATAN
Lima belas (15) minit akan diberi untuk masa menunggu. Jika selepas lima belas
(15) minit sesuatu pasukan itu tidak dapat hadir dengan sekurang- kurangnya lima
(5) orang pemain, maka pasukan itu dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada
pasukan lawan dengan 3 mata dan jaringan (10 – 0).
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
5. PAKAIAN
5.1 Pakaian pemain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan
warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali
bermain di sepanjang pesta ini.
5.2 Pemain hendaklah memakai baju / jersi dan seluar track yang
seragam.Seluar pendek dan tight tidak dibenarkan.
5.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bib. Ketinggian ukuran huruf pada
bib hendaklah 6 inci. Pemain veteran dikehendaki memakai tanda lilitan
pada lengan.
5.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka
pasukan pelawat (pasukan yang disebut kedua dalam jadual) akan
membuat pertukaran warna bib.
6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 9).
6.2 Masa bermain satu perlawanan ialah 40 minit dengan 4 suku
permainan iaitu 10 minit bagi setiap suku. (10+3+10+5+10+3+10).
7. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
7.1 Cara memberi mata :
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP
MALAYSIA
7.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
7.2.1 Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang
dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
7.2.2 Jika purata gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL, iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol
yang kena.
7.2.3 Jika kedudukan masih seri, maka keputusan yang menjaringkan gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
7.3 Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusannya
berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti
berikut:
ANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
7.3.1 Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat
selama dua (2) minit.
7.3.2 Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian
akan dimainkan.
7.3.3 Pasukan bertukar kawasan gol dan perlawanan dimulakan semula
oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikut.
7.3.4 Pasukan bertukar kawasan gol di separuh masa tanpa rehat.
7.3.5 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
8. ALATAN
8.1 Tinggi Tiang - 10 kaki
Saiz Bola -5
Lilitan Bola - 26” - 28”
Berat Bola - 10 - 6oz
8.2 Jenama bola akan ditentukan jenisnya oleh pengelola untuk digunakan dalam
pesta ini.
9. PENGADIL
9.1 Tugasan pengadil bagi satu-satu perlawanan akan diuruskan
oleh Jawatankuasa Pengelola.
9.2 Semua pengadil hendaklah terdiri daripada wanita sahaja.
9.3 Pengadil mestilah menyediakan laporan bertulis jika berlaku
sebarang bantahan.
9.4 Setiap pengadil mesti membawa Buku Undang-Undang Bola Jaring, wisel dan
sebagainya semasa menjalankan tugas.
9.5 Pengadil mesti memakai pakaian berwarna putih dan sesuai untuk berlari
(boleh bergerak dengan selesa).
9.6 Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.
10. PENANGGUHAN
10.1 Sekiranya permainan di luar dewan – keadaan cuaca tidak mengizinkan
permainan diteruskan, seperti hujan lebat, petir dan kilat, cuaca gelap dan
kedengaran azan, maka pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa
Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
10.2 Permainan yang ditangguhkan kerana keadaan cuaca akan diteruskan seperti
berikut:
10.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama,
maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang
tinggal.
10.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan kepada hari yang
lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.
10.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau
mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau
diputuskan dengan serta merta.
10.4 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal akan menetapkan semula tarikh
dan masa perlawanan yang tertangguh itu.
MALAYSIA
11. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 15).ERATURAN
PERTANDINGAN MSKPP
12. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 6).
13. PERKARA-PERKARA LAIN
13.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu perlawanan atau
13.2 membuat perubahan kepada masa atau tempat perlawanan. Dalam hal ini
masa pemberitahuan yang cukup akan diberi kepada pasukan yang
bertanding.
Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menambah dan memutuskan
sebarang perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam Undang- Undang ini
dan Peraturan Am MSKPPM.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
BOLA TAMPAR (WANITA)
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
ANDINGAN MSKPP
BOLA TAMPAR (WANITA)
1. UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa dan Peraturan-Peraturan Am MSKPPM.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar:
2.1. 1 orang Pengurus Pasukan
2.2. 1 orang Jurulatih
2.3. 12 orang Pemain
2.4. 1 orang Pengadil
3. PENDAFTARAN
3.1. Setiap pasukan boleh mendaftarkan 12 orang pemain terbuka kepada
pasukan senior atau veteran dan dalam borang pendaftaran rasmi
mengikut kategori yang telah ditetapkan.
3.2. Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang
dipakai disepanjang pertandingan ini tanpa mengira apa jua kedudukan
pemain tersebut akan bermain. Nombor baju hendaklah dinyatakan
disebelah nama pemain didalam senarai pendaftaran.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 9).
4.2 Pada pusingan awal, pertandingan akan dijalankan berdasarkan kepada
“Best of Three Sets”.
4.3 Jika berlaku seri pada set kedua, set penentuan dimainkan kepada
kiraan mata rally 25 mata tanpa pertukaran gelanggang.
4.4 Bagi pusingan separuh akhir / akhir ia akan dimainkan berdasarkan
kepada “Best of Five sets” dengan kiraan mata rally untuk set kelima
sehingga 15 mata dengan kelebihan minima 2 mata
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
5. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN KUMPULAN
5.1. Cara pemberian mata: Menang 2:0 3 mata
Menang 2:1 2 mata
Kalah 1:2 1 mata
Kalah 0:2 0 mata
5.2. Jika dua atau lebih pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka
kaedah berikut akan digunakan:
C = A/B
A = Jumlah set menang (semua perlawanan)
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAY
B = Jumlah set kalah (semua perlawanan)
C = Nisbah set pasukan mendapat nisbah set (nilai C) tertinggi
akan dikira menang.
5.3 Sekiranya masih berlaku seri pasukan yang mendapat nisbah mata
tertinggi akan dikira menang dengan perkiraan seperti berikut:
Z = X/Y
X = Jumlah mata menang (semua perlawanan)
Y = Jumlah mata kalah (semua perlawanan)
Z = Nisbah mata
5.4 Jika masih berlaku seri, pasukan yang mendapat nisbah set tertinggi (di
antara pasukan terlibat) akan dikira menang dengan pengiraan:
N = L/M
L = Jumlah mata menang (semua perlawanan)
M = Jumlah set kalah (semua perlawanan)
N = Nisbah mata
5.5 Sekiranya masih berlaku seri juga, maka keputusan perlawanan yang
telah diadakan antara 2 pasukan ini akan diambil kira. Pasukan yang
menang dalam perlawanan itu dikira menang, penangguhan tidak
dibenarkan kecuali dengan persetujuan jawatankuasa pertandingan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
6. PAKAIAN
6.1 Semua pemain dalam sesuatu pasukan hendaklah memakai jersi yang
seragam dan bernombor depan dan juga belakang 1-18 mengikut
undang-undang FIVB.
6.2 Size nombor tidak kurang 10 cm tinggi di depan dan 15 cm di belakang
dan tebal tidak kurang daripada 2 cm.
6.3 Pemain libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna
daripada jersi pasukannya.
6.4. Pemain hendaklah memakai baju jersi / seluar track. Seluar pendek dan
tight tidak dibenarkan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
7. PERLAWANAN YANG DITUNDA / DIBERHENTIKAN
7.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa perlawanan tidak dapat
diteruskan atas sebab-sebab tertentu seperti cuaca dan sebagainya,
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan memutuskan keputusan
yang bersesuaian dengan keadaan semasa (tidak melebihi 4 jam).
7.2 Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama, set tergendala
akan disambung dengan mata, pemain dan kedudukan yang sama. Set
yang terdahulu dikekalkan.
7.3 Sekiranya gangguan melebihi 4 jam, keseluruhan permainan akan
dimainkan semula.
N PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
8. KELEWATAN
Hanya lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan
selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma kiraan mata
25-0, 25-0.
9. PENGADIL
Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 14).
Tugasan pengadil dan penjaga garisan bagi satu-satu perlawanan akan
diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
10. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM ( Peraturan 15 ).
11. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM ( Peraturan 16 ).
12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam Undang-Undang
dan Peraturan Am MSKPPM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat
keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
KEBUDAYAAN
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
DIKIR GLOBAL KONTEMPORARI
1.0 SYARAT PERTANDINGAN
1.1 Syarat Umum
1.1.1 Setiap negeri dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.
1.1.2 Setiap pasukan negeri boleh menghantar tidak kurang daripada 19
(minima) dan tidak lebih daripada 22 ahli.
1.1.3 Bilangan ahli yang membuat persembahan tidak kurang daripada 15
(minima) dan tidak lebih daripada 18 (maksima).
1.1.4 Keahlian pasukan terdiri daripada LELAKI sahaja.
1.2 Pecahan bilangan ahli:
1.2.1 Penyanyi tidak lebih daripada 2 orang.
1.2.2 Pemuzik dikir 5 orang
- 1 orang bermain rebana ibu.
- 1 orang bermain rebana anak.
- 1 orang bermain canang.
- 1 orang bermain marakas / buah kocok.
- 1 orang bermain gong.
1.2.3 Persembahan dikir barat kontemporari ini mestilah menggunakan
rentak dikir barat yang asal.
1.2.4 Setiap pasukan wajib menggunakan 2 alat muzik tambahan.
(Seorang pemain gitar bass dan seorang pemain kibod sahaja).
1.2.5 Penggunaan RENTAK MEMBO bertempo lambat atau cepat, rentak
LAGU JUARA serta rentak DIKIR, JOGET dan DANGDUT sahaja.
1.2.6 5 orang awak – awak / tukang tepuk. (Bertindak sebagai penyanyi
latar dan tukang tepuk)
- 2 hingga 4 orang penari.
- 1 orang jurulatih.
- 1 orang pembantu pentas.
- 1 orang pembantu tatarias.
- 1 orang pengurus
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
1.3 Tiada peringkat saringan dijalankan. Pertandingan hanya dijalankan sekali
sahaja dan pemenang akan di umum setelah selesai pertandingan.
1.4 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan 2 BUAH LAGU NYANYIAN.
1.4.1 Sebuah lagu BAHASA MELAYU dan HINDUSTAN / TAMIL / URDU
secara SOLO.
1.4.2 Sebuah lagu BAHASA ARAB atau BAHASA INGGERIS sahaja.
(SOLO).
1.4.3 Kedua-dua lagu mesti di nyanyikan berasingan.
1.4.4 Kedua- dua lagu boleh dinyanyikan secara medley.
1.4.5 Kedua- dua lagu boleh diberikan sentuhan gubahan yang sesuai
dengan bentuk dikir barat kontemporari.
1.4.6 Pilihan lagu adalah bebas.ANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN
MSKPP MALAYSIA
1.5 Bilangan penari 2 hingga 4 orang yang bertindak mengiringi nyanyian dan
muzik dikir barat.
1.5.1 Tarian yang sesuai dan tidak keterlaluan.
1.5.2 Bentuk tarian yang sesuai dengan lagu dan rentak muzik dikir barat.
1.5.3 Pakaian dan kostum yang sesuai.
1.6 Peruntukan masa minima 12 minit dan maksima 15 minit. Tidak termasuk
pergerakan masuk dan keluar pentas.
1.6.1 Persiapan persembahan diperuntukan selama 6 minit. 3 minit
sebelum dan 3 minit selepas persembahan.
1.6.2 Setiap pasukan diwajibkan bermula dengan BERTABUH buka dan di
akhiri dengan BERTABUH penutup.
1.6.3 Pengiraan masa bermula dari bit pertama muzik BERTABUH buka
dimainkan.
1.6.4 Penamat masa dikira dari bit terakhir BERTABUH penutup.
1.6.5 Persembahan yang kurang dari 12 minit dan melebihi 15 minit akan
menjejaskan pemarkahan.
1.6.6 Muzik mestilah dimainkan secara live.
1.7 Keseluruhan persembahan perlulah dalam keadaan sopan, tidak
mengandungi unsur- unsur lucah dan tidak menyinggung mana- mana
pihak.
1.8 Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
dilayan.
1.9 Keselamatan peserta pertandingan adalah dibawah tanggungjawab
pengurus pasukan negeri masing-masing dan pihak penganjur juga tidak
akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini
sebelum, semasa dan selepas pertandingan diadakan.
2.0 SYARAT KATEGORI NYANYIAN
2.1 Individu yang pernah merakamkan album penuh dan terikat dengan
kontrak syarikat rakaman tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
2.2 Lagu pertama (solo) boleh sebuah lagu penuh atau medley.
2.3 Lagu kedua secara solo boleh sebuah lagu penuh atau dimedleykan
sama ada dua lagu atau lebih.
2.4 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah secara live
sahaja.
2.5 Lagu yang dipilih boleh diubahsuai tetapi bersesuaian dengan rentak dikir
barat.
2.6 Pemarkahan bagi kategori nyanyian adalah berdasarkan kriteria seperti
berikut:
Pitching - 10 markah
Ton suara - 10 markah
Sebutan - 5 markah
Tempo - 5 markah
Dinamik - 2 markah
Gaya dan persembahan - 3 markah
MARKAH KESELURUHAN - 35 markah
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALA
3.0 SYARAT KATEGORI TARIAN
3.1 Tarian mestilah mengiringi keseluruhan persembahan nyanyian.
3.2 Ahli kumpulan tarian mestilah terdiri daripada lelaki sahaja.
3.3 Kumpulan tarian mestilah terdiri daripada minimum 2 orang ahli dan
maksimum 4 orang ahli.
3.4 Penari boleh menggunakan props tetapi bukan daripada kategori alat
muzik.
3.5 Pemarkahan bagi kategori tarian adalah berdasarkan kriteria seperti
berikut:
Koreografi / keaslian gerak tari - 10 markah
Koordinasi muzik dan gerakan - 5 markah
Pecah tari dan pola lantai - 4 markah
Keseragaman - 3 markah
Busana / tatarias - 3 markah
MARKAH KESELURUHAN - 25 markah
4.0 SYARAT KATEGORI ALAT MUZIK
4.1 Setiap pasukan dibenarkan menggunakan lima jenis alat muzik dikir barat
seperti berikut :
- Gendang ibu
- Gendang anak
- Gong
- Canang
- Marakas / buah kocok
4.2 Setiap pasukan juga diwajibkan membawa 2 alat muzik tambahan ini
sahaja:
4.3 Gitar Bass dan Kibod (kibod menggunakan bunyi piano sahaja).
4.4 Setiap pasukan tidak dibenarkan membawa lebih / kurang daripada tujuh
jenis alat muzik ke pentas seperti yang dinyatakan di atas.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
4.5 Pemarkahan bagi kategori muzik adalah berdasarkan kriteria berikut :
Penggunaan alat muzik - 10 markah
Susunan dan gubahan muzik - 8 markah
Keseimbangan muzik - 7 markah
MARKAH KESELURUHAN - 25 markah
UNDANG-ATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
5.0 SYARAT KATEGORI AWAK-AWAK
5.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan diiringi oleh 5 orang awak-awak sahaja.
5.2 Awak-awak juga bertindak sebagai penyanyi latar.
5.3 Awak-awak dikehendaki membuat gaya persembahan yang sesuai, tidak
keterlaluan, tidak dibenarkan berdiri dan turun dari platform.
5.4 Pemarkahan bagi kategori awak-awak adalah berdasarkan kriteria
berikut :
Kesepaduan suara - 5 markah
Keseragaman gaya dan gerakan - 5 markah
Kreativiti - 5 markah
MARKAH KESELURUHAN - 15 markah
6.0 MARKAH KESELURUHAN
Nyanyian - 35 markah
Tarian - 25 markah
Muzik - 25 markah
Awak-awak - 15 markah
JUMLAH - 100 markah
7.0 PENGHAKIMAN
7.1 Pelantikan juri adalah di bawah bidang kuasa pihak pengelola. Keputusan
rasmi akan ditentukan melalui persidangan juri yang telah dilantik.
7.2 Pemenang keseluruhan akan ditentukan melalui penjumlahan markah
bagi 4 elemen persembahan iaitu nyanyian, tarian,muzik dan awak-awak.
7.3 Sekiranya terdapat persamaan markah antara dua pasukan maka markah
terbaik bagi kategori nyanyian akan diambil kira.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
7.4 Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bentuk bantahan tidak
akan dilayan.
8.0 HADIAH
8.1 Pihak penganjur akan menyediakan hadiah untuk 5 kategori terbaik
sahaja manakala lain-lain pasukan akan menerima sijil penyertaan,
- Johan
- Naib johan
- Ketiga
- Keempat
- Kelima
- Nyanyian terbaik.
- Muzik terbaik.
- Awak - awak terbaik
- Tarian terbaik.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
BOLA SEPAK
SENIOR & VETERAN
UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
BOLA SEPAK SENIOR DAN VETERAN
1. UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
dan undang-undang serta Peraturan Am MSKPPM yang sedang berkuatkuasa
sekarang.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
2.1. Senior
2.1.1. Tiap-tiap pasukan akan mengandungi 18 orang Pemain, 1 orang
Pengurus Pasukan, 1 orang Jurulatih, 1 orang Fisioterapi dan 1
orang Pengadil.
2.1.2. Jurulatih boleh terdiri daripada salah seorang pemain.
2.2. Veteran
2.2.1. Tiap pasukan akan mengandungi 18 orang Pemain, 1 orang
Pengurus, 1 orang Jurulatih, 1 orang Fisioterapi dan 1 orang
Pengadil.
3. PENDAFTARAN
3.1. Senior dan Veteran
Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftarkan 18 orang pemain.
3.2. Senarai nama pemain dan nama pemain gantian serta nombor kad
pengenalan masing-masing hendaklah diserahkan kepada pegawai
pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. Senarai yang
lengkap hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan.
4. UMUR
4.1. Peringkat veteran
4.1.1 Umur 40 tahun dan ke atas yang dikira pada tahun pertandingan.
5. MASA BERMAIN
5.1. Senior
5.1.1 35 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat 15 minit
sahaja. (35 + 15 + 35).
5.2. Veteran
5.2.1. 30 minit bagi tiap-tiap separuh masa dengan masa rehat 15 minit
sahaja. (30 + 15 + 30)
ANG-UNDANYS
UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
6. KELEWATAN
6.1. Tiap-tiap pasukan hendaklah berada di padang permainan 15 minit sebelum
perlawanan dimulakan.
6.2. Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10
minit pasukan berkenaan masih belum tiba atau belum bersedia, pihak
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan
3 – 0.
6.3. Sekurang-kurangnya mesti ada 9 orang pemain bagi satu-satu pasukan
berada di padang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika
kurang daripada 9 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri
daripada perlawanan tersebut.
7. PAKAIAN
7.1. Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi berdasarkan nombor yang telah
didaftarkan di dalam borang pendaftaran.
7.2. Kasut bola (boots) mesti mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Semua pemain diwajibkan menggunakan alas betis (shin-guard).
7.3. Hanya pemain veteran dibenarkan memakai seluar trek.
7.4. Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan dan sekiranya diganti, lilitan
lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih
tugasnya.
8. SISTEM PERTANDINGAN
Sila rujuk undang-undang dan Peraturan Am MSKPP Malaysia (Peraturan 8)
9. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
9.1. Cara pemberian mata:
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
9.2. Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2
pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka pasukan yang
menang akan ditentukan mengikut cara seperti berikut:
9.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan
dikira menang.
9.2.2 Jika perbezaan gol masih seri, pasukan yang mendapat bilangan gol
yang terbanyak dikira menang.
9.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
9.2.4 Jika masih seri juga, cabutan undi akan dijalankan.
UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
9.3. Pada peringkat perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas
masa penuh permainan tamat, keputusan perlawanan akan ditentukan
menerusi sepakan penalti.
9.3.1. Masa rehat 5 minit hendaklah diberi selepas tamat masa perlawanan
sebenar dan sebelum sepakan penalti dijalankan. Semua pemain
kedua-dua pasukan tidak dibenarkan keluar padang permainan
kecuali dengan kebenaran pengadil.
9.4. Sepakan Penalti
Sepakan Penalti akan dijalankan seperti berikut:
9.4.1. Pengadil akan menentukan gol mana yang hendak digunakan.
9.4.2. Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 sepakan penalti secara
berselang seli.
9.4.3. Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan mana yang akan
memulakan sepakan penalti.
9.4.4. Hanya pemain-pemain yang berada di dalam padang pada masa
tamatnya perlawanan yang dijalankan itu sahaja yang dibenarkan
membuat sepakan penalti.
9.4.5. Jika selepas 5 sepakan penalti dibuat, kedudukan masih seri lagi
maka sepakan penalti hendaklah diteruskan oleh pemain berlainan
secara berselang seli sehingga tercapai keputusan (secara sudden-
death).
9.4.6. Tiap-tiap sepakan penalti hendaklah diambil oleh pemain yang
berlainan, termasuk penjaga gol.
9.4.7. Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan
penalti dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di padang
permainan.
9.4.8. Semua pemain melainkan kedua-dua penjaga gol dan pemain yang
akan mengambil sepakan penalti mestilah berada di tengah bulatan
semasa sepakan itu dijalankan.
9.4.9 Jawatankuasa Pengelola akan menggunakan budi bicara sebaik
mungkin untuk memutuskan sesuatu perlawanan jika sekiranya masa
tidak mengizinkan berbuat seperti perkara di atas setelah mendapat
persetujuan bersama pengurus-pengurus pasukan terlibat.
10. BILANGAN PENGGANTI
10.1. Bagi kategori Senior, seramai 5 orang pemain termasuk penjaga gol boleh
ditukarkan pada bila-bila masa di dalam satu-satu perlawanan.
10.2. Bagi kategori Veteran, seramai 7 orang pemain termasuk penjaga gol boleh
ditukarkan pada bila-bila masa di dalam satu-satu perlawanan.
UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
11. ALATAN
Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya sebiji bola
pertandingan yang akan diberitahu jenisnya oleh Jawatankuasa Pengelola kepada
semua PSKPP Negeri melalui surat siaran rasmi nanti.
12. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN
12.1. Tiap-tiap pasukan hendaklah membawa seorang pengadil yang bertauliah.
12.2. Tugasan pengadil dan penjaga garisan bagi satu-satu perlawanan akan
diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
13. BANTAHAN
Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 14).
14. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Undang-Undang dan Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 15).
15. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi semua perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak
membuat sebarang keputusan dan semua keputusannya adalah muktamad
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
TENIS
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
TENIS
1. UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Tenis
Antarabangsa (ITF), Undang-undang Persatuan Lawn Tenis Malaysia dan
Peraturan-peraturan Am MSKPPM.
2. KATEGORI PERTANDINGAN
BIL STATUS KATEGORI PESERTA JUMLAH
1 Beregu Lelaki Veteran 4
2 Beregu Lelaki Senior 2 Beregu 4 6
3 Pemain Simpanan 3 Beregu 6 2
Simpanan 1 Senior + 1
4 Pengurus Veteran 1
5 Jurulatih 1 1
1 14
JUMLAH
3. PENDAFTARAN PEMAIN TENIS MSKPPM
3.1 Setiap negeri di benarkan mendaftar minima 6 pemain (tiada pemain
simpanan) dan maksima pendaftaran pasukan adalah seperti mana jadual di
atas.
3.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara
sahaja dalam setiap perlawanan. Pemain veteran boleh memilih 1 kategori
umur sahaja sama ada kategori senior atau kategori veteran.
3.3 Pengurus atau Jurulatih dibenarkan bermain TETAPI perlu didaftarkan
sebagai pemain dalam borang pendaftaran.
3.4 Seorang pemain tidak dibenarkan bermain kedua-dua kategori umur.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan dijalankan secara berpasukan (2 Double Veteran + 3 Double
Senior). Aturan perlawanan seperti berikut :-
4.1.1 - Beregu Senior 1
4.1.2 - Beregu Veteran 1
4.1.3 - Beregu Senior 2
4.1.4 - Beregu Veteran 2
4.1.5 - Beregu Senior 3
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
4.2 Pertandingan pusingan pertama dijalankan secara LIGA dalam kumpulan.
4.2.1 Perlawanan akan ditentukan melalui kiraan Pro-set. – 9 (bagi mata 7 –
7) / tie-break (jika di kedudukan mata 8 – 8) dengan perbezaan 2
mata.
4.2.2 Pertandingan di peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir dijalankan
secara KALAH MATI
4.2.3 Perlawanan akan ditentukan melalui kiraan First To Reach 9.
4.3 Perlawanan di peringkat Akhir akan dijalankan melalui kiraan 3 set
(dengan super 10 tie-break di set ke 3).
4.3.1. Jika faktor cuaca dan masa tidak mengizinkan, no-add system
(receiver choice) akan diguna pakai.
4.3.2 Jika 4.3.1 tidak juga dapat dilaksanakan perlawanan akan juga
ditentukan melalui kiraan First To Reach 9.
4.3.3 Sekiranya jika keadaan cuaca masih tidak juga mengizinkan selepas
perlawanan ditangguhkan, keputusan berikutnya akan ditentukan
melalui persetujuan bersama di antara Pengurus Pasukan yang
terlibat.
5. JENAMA BOLA
5.1 Dunlop Fort Elite / All Court.
6. KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Peringkatumur veteran.
6.1.1 Pemain berumur 40 tahun dan ke atas yang dilahirkan pada atau
sebelum 1 Januari.1982.
6.2 Sila rujuk Peraturan AM MSKPPM (Peraturan 8).
7. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH
7.1 Menarik diri adalah dilarang sama sekali. Peserta dan Pasukan boleh
dikenakan apa sahaja tindakan yang wajar.
7.2 Peserta yang menarik diri atas apa sahaja sebab (sengaja/ kecederaan/
menyerah kalah) tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara
seterusnya sama ada perseorangan atau beregu. Peserta dan pasukan
boleh dikenakan tindakan wajar jika sengaja berbuat demikian.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
8. KELEWATAN
Hanya 15 minit sahaja masa yang diberikan untuk peserta melaporkan diri.
Kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawan jika peserta gagal melapor
diri mengikut masa yang diperuntukkan setelah di panggil.
9. PAKAIAN
9.1 Semua jenis warna pakaian sukan dibenarkan.
9.2 Pakaian sukan sama warna mesti digunakan dalam perlawanan beregu.
9.3 Semua pemenang hendaklah berpakaian kemas dan berkasut sukan semasa
menerima hadiah. Berselipar tidak dibenarkan.
10. MENERIMA NASIHAT JURULATIH
Hanya seorang jurulatih/ pengurus/ pegawai/ rakan sepasukan yang namanya
tersenarai dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan berada bersama pemain di
dalam gelanggang ketika perlawanan.
11. GELANGGANG DAN PERALATAN
Gelanggang tenis yang sesuai ditentukan oleh jawatankuasa pengelola.
12. PENGADIL / ROAMING UMPIRES
12.1 Pengadil Atas (Chair Umpires) sahaja akan disediakan dari peringkat awal
hingga akhir. Sekiranya pengadil tidak mencukupi Roaming Umpires akan
disediakan. Roaming Umpires yang mengawas di luar gelanggang dan akan
member bantuan jika ada perselisihan faham atau bad call (dispute decision)
dari mana-mana peserta. Roaming Umpires bersedia bertugas hanya jika
ada keperluan.
12.2 Pembantu Refere akan dilantik di venue yang berlainan jika perlu.
13. KECEDERAAN (JIKA ADA PEGAWAI PHYSIO BERTAULIAH DARI MSN/
PEGAWAI PERUBATAN/ AMBULAN KLINIK/ HOSPITAL)
13.1 Pemain yang cedera boleh mendapatkan rawatan pegawai physio bertauliah
dengan kebenaran Refree .
13.2 Jika pemain yang sama mendapat kecederaan bagi kali yang ke 2 di
bahagian anggota badan yang sama, permainan akan diberhentikan (stop the
game) dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
13.3 Jika pemain yang sama mendapat kecederaan di bahagian anggota badan
yang lain, beliau boleh mendapatkan rawatan daripada pegawai physio untuk
tempoh masa 3 minit dengan kebenaran Refree.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
14. BANTAHAN
Sila rujuk Undang-undang & Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 15).
15. JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 16)..
16. LEMBAGA TATATERTIB
Sila rujuk Peraturan Am MSKPPM (Peraturan 17)..
17. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/ dinyatakan dalam undang-undang dan
Peraturan Am MSKPPM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat
keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
BOLING TENPIN
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN M
BOLING TENPIN
1. UNDANG-UNDANG
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuatkuasa
sebagaimana yang diperuntukan oleh Persatuan Boling Tenpin Dunia (WTBA) dan telah
diterima oleh Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) serta Peraturan Am Pesta MSKPPM.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:
BIL STATUS / KATEGORI LELAKI WANITA JUMLAH
1 Pengurus 1 orang 1 orang
1 orang
2 Jurulatih 1 orang 4 orang
10 orang
3 VIP 3 orang 1 orang 16 orang
4 Pemain 5 orang 5 orang
Jumlah
3. PENDAFTARAN PASUKAN
3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Rasmi
yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan.
3.2 Jawatankuasa pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan
yang tidak lengkap.
4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN
4.1 Terbuka - lelaki dan wanita di semua peringkat umur.
4.2 VIP - 4 orang peserta campuran sekurang kurangnya seorang peserta
wanita (mestilah berkhidmat sebagai pengurusan tertinggi di KPM / JPN sama
ada Pengarah / TImbalan Pengarah / KPPK / Ketua Kaunselor Negeri / KPPD.
4.3 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.
5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
5.1. Individu (TERBUKA)
5.1.1 Individu Lelaki
5.1.2 Individu Wanita
5.2. Beregu (TERBUKA)
5.2.1 Beregu Lelaki
5.2.2 Beregu Wanita
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
5.3 Trio (TERBUKA)
5.3.1 Trio Lelaki
5.3.2 Trio Wanita
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
5.4 Berpasukan (TERBUKA)
5.4.1 Berpasukan Lelaki
5.4.2 Berpasukan Wanita
5.5 Berpasukan VIP
6. FORMAT PERTANDINGAN DAN KIRAAN MATA
6.1 Acara Individu lelaki dan wanita
6.1.1 Semua pemain yang telah mendaftar layak untuk menyertai acara
individu lelaki dan wanita.
6.1.2 Setiap pemain akan bermain sebanyak 4 permainan / games.
6.1.3 Pemenang acara ini berdasarkan dengan jumlah jatuhan pin dalam 4
permainan / games yang dipertandingkan.
6.1.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
6.2 Acara Beregu Lelaki dan Wanita
6.2.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
Pasukan
6.2.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 4
permainan/ games
6.2.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperoleh oleh setiap beregu
akan diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.2.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan/
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
6.3 Acara Trio Lelaki dan Wanita
6.3.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
pasukan bagi setiap kategori Trio lelaki/ wanita.
6.3.2 Setiap pemain bagi setiap kategori akan bermain sebanyak 4
permainan/ games.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
6.3.3 Jumlah keseluruhan jatuhan pin yang diperolehi oleh setiap trio akan
diambil kira untuk menentukan pemenang bagi acara ini.
6.3.4 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan/
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
6.4 Acara Berpasukan Lelaki dan Wanita
6.4.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
pasukan yang terdiri daripada 5 orang pemain bagi setiap kategori
berpasukan lelaki / wanita.
6.4.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 5 permainan / games secara
Baker Format.
6.4.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
6.5 Acara Berpasukan VIP
6.5.1 Setiap pasukan yang telah mendaftar layak untuk menghantar 1
pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain lelaki / wanita.
6.5.2 Setiap pasukan akan bermain sebanyak 2 permainan / games.
6.5.3 Sekiranya berlaku keputusan seri, jumlah jatuhan pin pada permainan /
game terakhir akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
6.6 Keseluruhan
6.6.1 Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dalam semua kategori yang
dipertandingkan akan dikira sebagai pemenang.
7. PAKAIAN
7.1 Setiap pemain mestilah memakai seluar slek panjang (slacks), T-shirt berkolar
dan berkasut.
7.2 Pemakaian seluar jeans, cargo pants, slek poket bertampal dan track bottom
adalah DILARANG.
8. BAYARAN PENYERTAAN
8.1 Setiap pasukan PSKPP Negeri yang ingin menyertai pertandingan ini
dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM600.00 (Ringgit Malaysia: Enam
Ratus Ringgit Sahaja).
9. KIRAAN MATA DAN MENENTUKAN PEMENANG
9.1 Pemenang keseluruhan akan ditentukan mengikut jumlah pungutan mata bagi
pemenang setiap acara yang dipertandingkan:
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
BIL ACARA KEDUDUKAN / PUNGUTAN MATA
1 Individu Lelaki EMAS PERAK GANGSA KE-4
2 Individu Wanita 5 1
3 Beregu Lelaki 5 32 1
4 Beregu Wanita 5 1
5 Trio Lelaki 5 32 1
6 Trio Wanita 5 1
7 Berpasukan Lelaki 5 32 1
8 Berpasukan Wanita 5 1
5 32 1
32
32
32
32
9.2 Sekiranya berlaku keputusan seri dalam jumlah pengiraan mata, maka jumlah
turutan pingat emas, perak dan gangsa akan diambil kira bagi menentukan
pemenang.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
10. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan 15 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.
11. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan 16 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.
12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini
serta Peraturan Am Pesta MSKPPM akan dirujuk dan di selesaikan oleh
Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang
meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuatkuasa dan berhak meminda
atau menambah mana-mana yang bersesuaian.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN PESTA
MSKPPM
PETANQUE
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP M
PETANQUE
1. UNDANG-UNDANG
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang
berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh International Federation
for Pétanque and Jeu Provençal (FIPJP) dan telah diterima oleh Persatuan
Petanque Malaysia (PPM) serta Peraturan Am Pesta MSKPPM.
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-
undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Semua keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
muktamad.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan adalah dikehendaki mendaftarkan
2.1. 1 orang Pengurus Pasukan
2.2. 1 orang Jurulatih
2.3. 1 orang Penolong Jurulatih
2.4. 1 pasukan lelaki seramai 8 pemain dengan minimum 4 pemain veteran
2.5 1 pasukan wanita seramai 8 pemain dengan minimum 4 pemain veteran
3. PENDAFTARAN PASUKAN
3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’
yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan.
3.2 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan
yang tidak lengkap.
4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1. Sila rujuk Peraturan 8 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM
4.2. Pertukaran pemain simpanan boleh dilakukan setelah selesai sesuatu end
Perlawanan double atau triple bagi setiap kategori. Pemain senior hanya boleh
menggantikan pemain senior. Pemain veteran boleh menggantikan pemain
mana-mana kategori. Dalam satu-satu perlawanan, pertukaran pemain
simpanan boleh dibuat sekali sahaja.
4.3 Seseorang pemain boleh bermain dalam satu kategori sahaja sama ada single,
double atau triple dalam satu-satu perlawanan.
5. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
5.1 Berpasukan lelaki (Single Veteran; 1 pasukan double senior / veteran atau
veteran / veteran dan 1 pasukan triple: 2 senior dan 1 veteran atau 1 senior 2
veteran atau 3 veteran).