The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suria Sha, 2022-03-21 20:38:10

BUKU PERATURAN AM PERMAINAN MSKPPM KALI KE-48/2022

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

Keywords: MSKPPM,PSKPP,48,PERAK,KELANTAN,PERATURAN,UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

5.2 Berpasukan wanita (Single veteran; 1 pasukan double senior / veteran atau
veteran / veteran dan 1 pasukan Triple: 2 senior dan 1 veteran atau 1 senior 2
veteran atau 3 veteran)

NDANG-UNDANG DAN PERATURAN

6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Dijalankan secara kalah mati dua kali di pusingan pertama.

6.2 Dijalankan secara kalah singkir di pusingan kedua hingga perlawanan akhir.

6.3 Balingan jack adalah sebanyak 1 kali sahaja.

6.4 Setiap pusingan pertandingan akan dijalankan secara kiraan 13 mata.

6.5 Sila rujuk Peraturan 9 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

7. PAKAIAN
7.1 Setiap pemain mestilah memakai seluar panjang (slack) atau seluar ‘track
bottom’, T-shirt berkolar dan kasut sukan.
7.2 Pemakaian seluar jeans dan ‘track bottom’ paras lutut (three quarters) adalah
TIDAK DIBENARKAN.

8. KELEWATAN

15 minit akan diberikan untuk masa menunggu. Jika selepas tamat 15 minit,
kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.

9. PEGAWAI PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

Pelantikan dan bidang tugas pegawai pertandingan serta teknikal adalah di bawah
bidang kuasa Jawatankuasa Pengelola.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

11. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam Peraturan Am Pesta MSKPPM.

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini serta
Peraturan Am Pesta MSKPPM akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa
Pengelola mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap
satu pertandingan permainan yang sedang berkuatkuasa DAN berhak meminda atau
menambah mana-mana yang bersesuaian.

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN GOLF
MSKPPM

GOLF

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

GOLF

1. UNDANG-UNDANG

1.1. Pertandingan ini akan mengikut undang-undang The Royal And Ancient Golf
Club Of At. Andrew, USGA dan Undang-Undang Tempatan Kelantan Golf &
Country Club.

1.2. Susunan peserta dan giliran pertandingan akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

1.3. Peserta mesti melaporkan diri kepada Pengawai Pelepas (Starter) 10 minit
sebelum Tee-Off

1.4. Peserta yang lewat akan didenda 2 pukulan (stroke).

1.5. Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah Handicap peserta sebelum
pukulan bermula tiap-tiap hari.

1.6. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah
muktamad.

1.7. Sebarang bantahan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan bersama bayaran
RM300.00 tunai. Wang bantahan tidak akan dikembalikan.

2. JAWATANKUASA PENGELOLA

2.1 Menetapkan tempat, tarikh, dan masa pertandingan.

2.2 Menetapkan peraturan pertandingan.

2.3 Kuasa menukar format dan acara pertandingan.

2.4 Menentukan jenis dan bilangan hadiah.

2.5 Segala keputusan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengelola berkaitan
dengan semua aspek ini adalah muktamad.

3. PESERTA-PESERTA

3.1 Kelayakan peserta adalah mengikut Peraturan AM MSKPPM.

3.2 Pemain yang pernah mewakili Negara tidak layak bertanding dalam
kejohanan ini.

3.3 Pegawai-pegawai yang bersara layak bertanding atas kategori jemputan.

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

3.4 Tetamu-tetamu khas yang dijemput oleh Jawatankuasa Pengelola dan ahli
MSKPP negeri yang tidak termasuk dalam pasukan negeri masing-masing
boleh menyertai kejohanan dalam kategori jemputan.

3.5 Peserta mestilah menjadi ahli mana-mana kelab golf dan mempunyai
handicap sekurang-kurangnya 24 (USGA) bagi lelaki dan 36 (USGA) bagi
wanita.

3.6 Peserta bagi kategori Nett Handicap maksima bagi pertandingan ini ialah 16.
Peserta yang melebihi indeks tersebut (17 hingga 36) akan dikira bermain
pada handicap 16.

3.7 Peserta bagi kategori Gross tidak memerlukan kad handicap dan bermain
dengan handicap 0.

3.8 Jawatankuasa pengelola berhak menuntut bukti handicap terakhir daripada
mana-mana peserta atau ketua pasukan berkenaan sebelum keputusan
diumumkan.

4. BILANGAN PESERTA

4.1 Pertandingan dijalankan hanya untuk pasukan lelaki sahaja.

4.2 Bagi satu pasukan golf terdiri daripada:

4.2.1 Seorang Pengurus

4.2.2 Seorang Jurulatih

4.2.3 Seorang Pengerusi Teknik

4.2.4 4 orang pemain Gross

4.2.5 4 orang pemain Nett.

4.2.6 Sekurang-kurang 3 orang pemain bagi setiap pasukan mesti bermain
untuk kedua-dua hari pertandingan.

4.3 Peserta ini juga boleh bertanding dalam acara perseorangan. Jawatankuasa
Pengelola juga berhak menambah peserta mengikut keadaan bagi acara Nett
dan perseorangan.

4.4 Semua pertukaran peserta atau pasukan boleh dibuat dengan kelulusan
Jawatankuasa Pengelola semasa mesyuarat pengurus pasukan.

DANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

5. CORAK PERTANDINGAN DAN HADIAH

5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Stroke Play – 2 x 18 lubang (2 hari
berturut-turut).

5.2 Peserta dikehendaki bertanding di atas handicap bulanan yang akan
ditentukan oleh pengelola. Pengurus/ Ketua Pasukan dikehendaki
menyediakan kad atau surat pengesahan handicap peserta pada masa
pertandingan.

5.3 Bagi menentukan johan keseluruhan, pemenang akan ditentukan melalui
jumlah mata yang terkumpul bagi kategori Gross dan Nett.

6. ACARA PERTANDINGAN

Acara Kategori Bilangan Hadiah

A Perseorangan Lelaki Gross 15
B Perseorangan Lelaki Nett 15
C Berpasukan Gross 4
D Berpasukan Nett 4

E 1. JEMPUTAN 15
1.1 Penaja

1.2 Pesara KPM

1.3 Penganjur

1.4 Terbuka

2. VIP
2.1 Pengarah JPN
2.2 TimbalanPengarah JPN

2.3 S/U Agung PSKPP

2.4 Ketua PPD

2.5 Gred 52 dan keatas

7. KEPUTUSAN SERI.

7.1 Dalam semua keputusan perseorangan, penentuan akan dibuat mengikut
pengiraan kebelakangan (OCB).

7.2 Dalam pengiraan berpasukan, penentuan akan dibuat mengikut pengiraan
kebelakangan (OCB)

7.3 Pasukan yang kekurangan peserta bagi kategori kumpulan “NR” dikira kalah.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSKPP MALAYSIA

8. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi perkara yang tidak dibekalkan/ dinyatakan dalam Undang-Undang dan
Peraturan AM MSKPPM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat
keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.


Click to View FlipBook Version