KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM TAHUN
1 6
2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2015
3
Cetakan Pertama 2015
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.
i
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Pendahuluan vii
Modul 1— Kesihatan Fizikal 4
6
Unit 1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 8
Unit 2 Kesihatan Diri dan Reproduktif 10
Unit 3 Kesihatan Diri dan Reproduktif 13
Unit 4 Kesihatan Diri dan Reproduktif 15
Unit 5 Kesihatan Diri dan Reproduktif 17
19
Unit 6 Kesihatan Diri dan Reproduktif 20
Unit 7 Pemakanan 22
Unit 8 Pemakanan 24
Unit 9 Pemakanan 25
Unit 10 Pemakanan 28
Unit 11 Penyalahgunaan Bahan
Unit 12 Penyalahgunaan Bahan 34
Unit 13 Penyalahgunaan Bahan 37
40
Modul 2—Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial. 42
46
Unit 14 Pengurusan Mental dan Emosi 50
Unit 15 Pengurusan Mental dan Emosi
Unit 16 Pengurusan Mental dan Emosi
Unit 17 Pengurusan Mental dan Emosi
Unit 18 Kekeluargaan
Unit 19 Perhubungan
ii
Modul 3—Kesihatan Persekitaran
Unit 20 Penyakit 57
Unit 21 Penyakit 59
Unit 22 Keselamatan 65
Unit 23 Keselamatan 67
Unit 24 Pertolongan Cemas 69
Unit 25 Pertolongan Cemas 72
Unit 26 Pertolongan Cemas 74
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil
bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
v
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan,
meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid
dididik supaya sentiasa menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi,
sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Enam ini dibina untuk
membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Kreativiti dan inovasi guru adalah penting dalam
mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang disediakan, di samping
mewujudkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta
tenaga dalam penghasilan panduan pengajaran ini.
vi
1
2
3
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Kandungan
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
Standard Pembelajaran
1.1.1 Menganalisis perubahan fizikal lelaki dan perempuan ke alam remaja.
1.1.2 Memahami perubahan diri sebagai remaja lelaki dan perempuan untuk diterima serta
dihargai.
Bahan Bantu Belajar
Kad bancian
Langkah Pembelajaran
1 Edarkan kad bancian.
2 Isi dan lengkapkan kad bancian secara berpasangan mengikut jantina yang sama.
3 Tukar maklumat dengan pasangan yang lain mengikut jantina yang sama.
4 Edarkan lembaran kerja mengenai penilaian kendiri dan masalah yang dialami.
5 Rumusan.
4
KESIHATAN FIZIKAL Lembaran 1
Senaraikan perubahan fizikal dan masalah yang dialami.
Penilaian kendiri
1. Perubahan fizikal yang saya sedari dan alami ialah
_____________________________________________________________________________

2. Masalah yang dialami semasa perubahan fizikal ialah

5
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Kandungan
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
Standard Pembelajaran
1.1.3 Mengaplikasi cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri remaja lelaki serta perempuan.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Bahan maujud atau gambar
Langkah Pembelajaran
1 Tunjukkan bahan maujud atau gambar bahan yang digunakan untuk kebersihan diri dan
kesihatan tubuh badan.
2 Nyatakan fungsi bahan tersebut.
3 Pilih 3 bahan dan dibincangkan.
i. Apakah bahan ini?
ii. Bagaimanakah bahan ini digunakan?
iii.Bagaimanakah bahan ini dikaitkan dengan kesihatan tubuh badan?
Iv. Apakah akan berlaku sekiranya kita tidak menggunakan bahan tersebut?
4 Bincangkan secara kumpulan.
i. Apakah bahan yang diperlukan untuk kebersihan muka, tampak kemas, ketika
datang haid, badan berbau harum dan berasa sihat?
ii. Di manakah bahan tersebut mudah diperolehi?
iii. Mengapakah bahan pencuci pakaian tidak sesuai digunakan untuk mencuci tubuh
badan?
iiv. Adakah kita boleh menggunakan bahan kebersihan dan kesihatan diri yang telah
luput tarikh penggunaannya? Jelaskan.
5 Aktiviti pengukuhan - Murid menyediakan kit peribadi untuk kebersihan dan kesihatan diri.
6 Rumusan.
6
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
Contoh gambar penjagaan kebersihan dan kesihatan diri.
Hot water bottle
Pakaian dalam remaja lelaki
Pencukur Misai
Pakaian dalam remaja perempuan
7
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Kandungan
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
Standard Pembelajaran
1.2.1 Memahami situasi yang mendorong kepada tingkah laku seksual dan cara
menanganinya.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Kad situasi
Langkah Pembelajaran
Aktiviti ‘World Cafe’
1 Kad situasi yang mengandungi maklumat tingkah laku seksual (Lampiran 1) ditampal di
beberapa stesen.
2 Setiap kumpulan akan berbincang tentang kad situasi di stesen masing-masing.
3 Wakil kumpulan akan tinggal untuk menerangkan hasil perbincangan kepada ahli
kumpulan yang lain. Kemudian ahli kumpulan yang lain boleh membuat
penambahbaikan.
4 Setiap ahli kumpulan bergerak sehingga lengkap setiap stesen.
5 Hasil kerja dipamerkan di setiap sudut untuk rujukan.
8
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
Contoh kad situasi
Rakan anda memperlihatkan senaskah majalah lucah kepada anda di kawasan
sekolah. Anda berasa teruja apabila melihat kandungan majalah tersebut.
Seorang murid lain telah melapor kepada guru disiplin dan anda telah dipanggil
ke bilik disiplin untuk disoal siasat.
1) Apakah penjelasan anda kepada guru disiplin?
2) Sekiranya perbuatan anda tidak diketahui oleh orang lain, apakah yang anda
dapat ramalkan situasi susulan yang akan terjadi kepada anda?
Anda meminjam telefon abang anda untuk bermain permainan digital. Ketika
menggunakan telefon tersebut, anda dengan tidak sengaja terbuka fail video
lucah. Anda terasa teruja dengan penemuan tersebut. Namun tindakan anda
telah diketahui oleh ayah.
1) Apakah penjelasan anda kepada ayah anda?
2) Sekiranya perbuatan anda tidak diketahui oleh orang lain, apakah yang anda
dapat ramalkan situasi susulan yang akan berlaku kepada anda?
9
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Kandungan
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
Standard Pembelajaran
1.2.2 Memahami risiko tingkah laku seksual iaitu kehamilan, jangkitan penyakit seksual, HIV,
AIDS dan ketagihan melakukan aktiviti seksual.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Kertas sebak
Lembaran kerja 1
Pen marker
Langkah Pembelajaran
Aktiviti Gallery Walk
1 Bincangkan 2 soalan di bawah dan catat di dalam kertas sebak (Lampiran 1).
i. Apakah situasi yang mendorong tingkah laku seksual remaja?
Ii. Apakah risiko yang dihadapi oleh remaja akibat tingkah laku seksual?
2 Ketua kumpulan akan bergerak ke setiap kumpulan yang lain untuk berkongsi hasil
perbincangan dan merekod idea yang baharu.
3 Bincangkan bagaimana cara menangani masalah tingkah laku seksual (Lembaran kerja
1).
4 Rumusan.
10
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
Dalam kumpulan, berbincang mengenai tingkah laku seksual remaja dan risikonya serta cara
menangani tingkah laku seksual dalam kalangan remaja.
A) Apakah situasi yang B) Apakah risiko yang dihadapi C) Cara menangani masalah
mendorong tingkah laku
seksual remaja? oleh remaja akibat tingkah tingkah laku seksual di
laku seksual? kalangan remaja?
11
KESIHATAN FIZIKAL Lembaran kerja 1
Jawab soalan di bawah:
1. Bagaimanakah HIV dan AIDS boleh dikaitkan dengan risiko salah laku seksual?
_____________________________________________________________________

2. Bagaimakah perasaan ahli keluarga anda sekiranya anda hamil atau menyebabkan
seseorang menjadi hamil di luar nikah?
3. Apakah risiko dari segi emosi yang akan dihadapi oleh remaja apabila terjebak
dengan salah laku seksual?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3. Beri cadangan bagaimana remaja boleh menangani perasaan ingin melakukan
aktiviti seksual.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
12
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Kandungan
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
Standard Pembelajaran
1.2.3 Memahami kesan tingkah laku seksual terhadap diri dan keluarga.
Bahan Bantu Belajar
Lembaran kerja 1 - Cerita bergambar
Langkah Pembelajaran
1 Teliti cerita bergambar (Lembaran kerja 1).
2 Ramalkan kesudahan cerita bergambar tersebut.
3 Bincangkan risiko tingkah laku seksual .
4 Tulis karangan pendek mengenai risiko tingkah laku seksual berdasarkan cerita bergambar
(Lembaran kerja 1).
5 Rumusan.
13
KESIHATAN FIZIKAL Lembaran kerja 1
Ceritakan gambar bersiri di bawah dan ramalkan kesudahan cerita tersebut.
Berdasarkan cerita di atas, tuliskan kesan kehamilan sebelum nikah terhadap remaja
dan keluarga.
_________________________________________________________________________

14
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard Kandungan
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta
luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
Standard Pembelajaran
1.2.3 Memahami kesan tingkah laku seksual terhadap diri dan keluarga.
Bahan Bantu Belajar
Kertas sebak
Pen marker
Langkah Pembelajaran
1 Secara berkumpulan, berbincang berkenaan kesan tingkah laku seksual terhadap diri
dan keluarga menggunakan peta pelbagai alir (i-Think).
2 Bentangkan dapatan kumpulan masing-masing.
3 Hasilkan karya mengenai risiko tingkah laku seksual. Contohnya, poster, penanda buku,
button badge, mini flag dan sebagainya.
15
KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Nota Guru
Apakah seksualiti?
Seksualiti merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia.
Seksualiti yang sihat membentuk insan yang sihat. Seksualiti merangkumi pelbagai
aspek seperti fizikal, psikologikal, kerohanian, sosial dan budaya.
Tingkah laku seksual.
Norma sosial seperti menjaga kehormatan dan maruah diri serta peraturan
sentuhan merupakan bentuk kepada tingkah laku seksual. Emosi dan sifat ingin
tahu individu sentiasa menyumbang kepada tingkah laku seksual yang terlarang
dan tidak terkawal. Gabungan daripada tingkah laku seksual yang terlarang dan
tidak terkawal ini akan memberikan kesan yang tidak sihat kepada diri sendiri,
keluarga dan masyarakat.
Kesan tingkah laku seksual
Ketagihan merancap
Kerap berfantasi suasana erotik
Jangkitan kuman pada organ genital, jangkitan penyakit seksual
Kemandulan
Jangkitan HIV dan AIDS
Tidak mesra dengan ahli keluarga (kerap berahsia)
Kehamilan ketika di bawah umur (mencetus kepada pembuangan bayi)
Keluarga hilang kepercayaan
Penyebab konflik dan stres yang berpanjangan kepada setiap ahli keluarga.
Sebagai rumusan, tingkah laku seksual yang terlarang dan tidak terkawal akan
menyumbang kepada keruntuhan moral individu.
16
KESIHATAN FIZIKAL PEMAKANAN
Standard Kandungan
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
Standard Pembelajaran
1.3.1 Menganalisis makanan segar, makanan yang diproses, dan makanan segera.
Bahan Bantu Belajar
Gambar atau bahan maujud
Lembaran kerja 1
Langkah Pembelajaran
1 Terangkan maksud ‗makanan segar‘, ‗makanan yang diproses‘ dan ‗makanan segera‘.
2 Buat tinjauan jenis makanan kegemaran dalam kalangan rakan kelas (Lembaran kerja 1).
3 Analisis makanan kegemaran rakan sekelasnya - makanan segar, makanan diproses dan
makanan segera.
4 Bincangkan tentang kesan pengambilan makanan tersebut.
5 Contoh soalan :
i. Antara tiga jenis makanan di atas, yang manakah mengandungi lebihan lemak, gula,
dan garam?
ii. Bolehkah makanan yang diproses dan makanan segera dikatakan sebahagian daripada
makanan sihat?
iii. Apakah akibat daripada pengambilan lemak, gula dan garam yang berlebihan dan
namakan masalah kesihatan yang mungkin akan dialami?
6 Rumusan.
17
18
JUMLAH NAMA
MURID
MAKANAN LAUT MAKANAN SEGAR
DAGING MAKANAN DIPROSES
SAYUR-SAYURAN MAKANAN SEGERA
BUAH-BUAHAN
MI KERING
SARDIN DALAM TIN
AIS KRIM
DAGING BURGER DAN
SOSEJ
KARIPAP SEGERA
AYAM GORENG
SEGERA
MI SEGERA
JEJARI KENTANG
SEGERA
Lembaran 1 KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN FIZIKAL PEMAKANAN
Standard Kandungan
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
Standard Pembelajaran
1.3.2 Memahami faedah pengambilan makanan segar.
Bahan Bantu Belajar
‗Peti Sajian Misteri‘ ( contoh: buah-buahan segar, sayur-sayuran, telur, daging dan ikan)
Kertas sebak
Langkah Pembelajaran
1 Teka isi kandungan ‗Peti Sajian Misteri‘.
2 Bincang dalam kumpulan mengenai faedah pengambilan makanan segar.
3 Bentangkan hasil perbincangan dan bersoal jawab.
4 Rumusan.
19
KESIHATAN FIZIKAL PEMAKANAN
Standard Kandungan
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
Standard Pembelajaran
1.3.3 Memahami kesan pengambilan makanan yang diproses dan makanan segera.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Poster (obesiti, asma, sembelit, keguguran rambut)
Langkah Pembelajaran
1 Pamer dan bincangkan poster kesan pengambilan makanan yang diproses dan makanan
segera (Lampiran 1).
2 Cari maklumat tambahan berkenaan kesan pengambilan makanan yang diproses dan
makanan segera melalui laman web, akhbar, majalah, artikel dan sebagainya.
3 Hasilkan karya untuk menterjemah maklumat.
4 Rumusan.
20
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
21
KESIHATAN FIZIKAL PEMAKANAN
Standard Kandungan
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
Standard Pembelajaran
1.3.4 Menilai makanan dan amalan pemakanan yang sesuai untuk mengelakkan penyakit tidak
berjangkit.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - borang kajian lapangan
Langkah Pembelajaran
1 Lawatan ke kantin sekolah (Lampiran 1).
2 Kajian lapangan mengenai tahap kebersihan dan kualiti makanan.
3 Laporkan hasil dapatan kajian.
4 Bersoal jawab berkaitan sebab dan akibat amalan pemakanan yang tidak sihat dan
kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit.
5 Rumusan.
22
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
Kajian Lapangan
Arahan: Tandakan (√ ) bagi bersih (x) bagi tidak bersih.
BIL ITEM KAJIAN Ya (√ ) Tidak (x) Cadangan
1 Kaunter jualan
2 Meja makan dan kerusi murid
3 Tempat memasak
4 Lantai
5 Pakaian pengusaha kantin
6 Tempat penyediaan makanan
Soalan:
Apakah yang akan berlaku kepada murid sekiranya salah satu daripada item kajian di atas
menunjukkan keputusan yang tidak baik?
Soalan:
1) Nyatakan pendapat anda tentang makanan dan amalan pemakanan yang
tidak bersih?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
2) Apakah yang akan anda cadangkan kepada pengusaha kantin untuk memastikan murid
mendapat makanan yang berkualiti dan menyihatkan tubuh badan?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
23
KESIHATAN FIZIKAL PENYALAHGUNAAN BAHAN
Standard Kandungan
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Standard Pembelajaran
1.4.1 Mengetahui pelbagai jenis dadah.
Bahan Bantu Belajar
-
Langkah Pembelajaran
1 Paparkan gambar pelbagai jenis dadah.
2 Bersoal jawab mengenai jenis dadah.
3 Tunjukkan kemahiran berkata TIDAK dalam pelbagai cara.
4 Rumusan.
Nota guru:
Pelbagai sumber daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) boleh digunakan.
24
KESIHATAN FIZIKAL PENYALAHGUNAAN BAHAN
Standard Kandungan
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Standard Pembelajaran
1.4.2 Menganalisis situasi berisiko berkaitan penyalahgunaan dadah.
1.4.4 Mengaplikasi cara menangani situasi berisiko dalam penyalahgunaan dadah terhadap
diri, keluarga dan masyarakat.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Contoh jawapan
Lembaran kerja 1
Langkah Pembelajaran
1 Edarkan borang ramalan situasi berisiko tentang penyalahgunaan dadah (Lembaran kerja
1).
2 Bincang dan tulis hasil perbincangan pada borang yang disediakan.
3 Bentangkan hasil perbincangan.
4 Rumusan.
25
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
Contoh jawapan. Susulan 1 Susulan 2 Kesan negatif
Situasi Kumpulan ini
Memperkenalkan dadah Saya berasa seronok Saya terlibat dengan
1 Saya suka bergaul untuk menghilangkan dengan kesan dadah kemalangan dan tidak
dengan kumpulan rasa takut saya untuk tersebut dan berpeluang boleh berjalan dan
mat rempit kerana menunggang laju. untuk mendapat rakan menyusahkan keluarga
kebebasan peribadi. yang bahan dengan untuk menyara saya.
mudah.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
Saya akan memilih Saya akan berkata Saya akan cuba Saya akan menjadi
kumpulan yang TIDAK dengan sopan berhenti daripada seorang yang berguna
melakukan aktiviti dan cuba menasihati menagih dadah dan kepada keluarga dan
sihat sahaja. mereka. mengelakkan diri masyarakat.
daripada bergaul
dengan kumpulan ini
lagi.
2 Saya tertekan dengan Saya mengambil dadah Saya berasa khayal dan Saya ketagih
suasana keluarga untuk menghilangkan dapat melupakan mengambil dadah dan
yang tidak stabil. tekanan perasaan tekanan. tidak dihiraukan oleh
tersebut. ahli keluarga.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
Saya akan cuba Saya akan berjumpa Saya akan Saya akan lebih
berbincang dengan dengan guru kaunseling mendapatkan bantuan disayangi oleh keluarga
keluarga saya untuk sekolah untuk daripada pusat dan menjadi ahli
membetulkan menceritakan masalah pemulihan. keluarga yang
keadaan. saya. bertanggungjawab.
3 Saya suka berparti di Saya mengambil dadah Dadah senang untuk Saya menjadi seorang
kelab-kelab hiburan. untuk menambah diperolehi dengan harga yang sangat agresif
keseronokan ketika yang mahal. dalam perlakuan
berhibur. seharian dan akhirnya
ditahan di pusat
pemulihan.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
Saya perlu mencari Saya perlu kekal aktif Saya menggunakan Saya akan menjadi
hiburan yang bersosial bersama sumber wang saya seorang yang aktif dan
bermanfaat. dengan rakan-rakan untuk menjalani gaya sihat tubuh badan.
yang mempunyai minat hidup yang sihat.
yang sama.
4 Saya suka mencuba Saya diperkenalkan Saya berasa khayal dan Saya dijangkiti HIV dan
perkara yang berisiko kepada dadah. mendapat kepuasan. AIDS kerana
untuk kepuasan diri. perkongkian jarum dan
masyarakat telah
menyisihkan saya.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
Saya suka mencuba Saya akan menolak Saya akan cuba Saya akan menjadi
perkara-perkara yang pengaruh tersebut dan merapatkan diri dengan seorang yang patuh
bermanfaat untuk melaporkan kepada ibadat agama untuk kepada agama dan
kesejahteraan diri pihak berkuasa melupuskan ketagihan berjaya dalam hidup
26
KESIHATAN FIZIKAL Lampiran 1
Contoh jawapan. Susulan 1 Susulan 2 Kesan negatif
Situasi Kumpulan ini
Memperkenalkan dadah Saya berasa seronok Saya terlibat dengan
1 Saya suka bergaul untuk menghilangkan dengan kesan dadah kemalangan dan tidak
dengan kumpulan rasa takut saya untuk tersebut dan berpeluang boleh berjalan dan
mat rempit kerana menunggang laju. untuk mendapat rakan menyusahkan keluarga
kebebasan peribadi. yang bahan dengan untuk menyara saya.
mudah.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
2 Saya tertekan dengan Saya mengambil dadah Saya berasa khayal dan Saya ketagih
suasana keluarga untuk menghilangkan dapat melupakan mengambil dadah dan
yang tidak stabil. tekanan perasaan tekanan. tidak dihiraukan oleh
tersebut. ahli keluarga.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
3 Saya suka berparti di Saya mengambil dadah Dadah senang untuk Saya menjadi seorang
kelab-kelab hiburan. untuk menambah diperolehi dengan harga yang sangat agresif
keseronokan ketika yang mahal. dalam perlakuan
berhibur. seharian dan akhirnya
ditahan di pusat
pemulihan.
Pilihan ideal anda Tindakan 1 Tindakan 2 Kesan positif
4 Saya suka mencuba Saya diperkenalkan Saya berasa khayal dan Saya dijangkiti HIV dan
perkara yang berisiko kepada dadah. mendapat kepuasan. AIDS kerana
untuk kepuasan diri. perkongkian jarum dan
Pilihan ideal anda Tindakan 1 masyarakat telah
menyisihkan saya.
Tindakan 2 Kesan positif
27
KESIHATAN FIZIKAL PENYALAHGUNAAN BAHAN
Standard Kandungan
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani
situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Standard Pembelajaran
1.4.3 Memahami kesan negatif akibat penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga dan
masyarakat.
Bahan Bantu Belajar
Poster 1
Poster 2
Langkah Pembelajaran
1 Paparkan poster 1 dan 2.
2 Hasilkan karya kreatif (gelang tangan, lencana butang, penanda buku, sajak dsb) bertema
―Ekstasi Perosak Minda Remaja‖, ―Syabu Menghancur Jasad Merosak Bangsa‖.
3 Edar dan persembahkan hasil kerja.
4 Rumusan.
Nota guru: Guru digalakkan untuk memilih tema mengikut kreativiti sendiri.
28
KESIHATAN FIZIKAL Poster 1
29
KESIHATAN FIZIKAL Poster 2
30
31
32
33
KESIHATAN MENTAL PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
EMOSI DAN SOSIAL
Standard Kandungan
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.
Standard Pembelajaran
2.1.1 Memahami maksud kemahiran asertif.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Kad situasi
Lampiran 2 - Nota kemahiran asertif
Langkah Pembelajaran
1 Sumbang saran cara untuk mendapatkan sesuatu, meluahkan pendapat dan meluahkan
perasaan tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.
2 Edarkan lampiran 2.
3 Main peranan dalam kumpulan kecil berdasarkan kad situasi (lampiran 1).
4 Bincangkan:
i. Bagaimanakah sikap watak utama? Asertif atau agresif?
ii. Bagaimanakah sikap watak-watak yang lain?
iii. Adakah pemenang? Adakah yang kalah?
iv. Apakah itu hak?
v. Bagaimanakah ianya terjadi?
5 Rumusan.
Nota Guru:
Sikap Asertif—sesuatu kebolehan untuk meluahkan perasaan, pendapat, kepercayaan,
dan kehendak secara berterus terang, terbuka, jujur, dan dalam pada masa yang sama
pendapat yang diluahkan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak atau mengancam hak
orang lain.
34
KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL
Contoh Kad Situasi
Anda sedang berbaris di kantin. Tiba-tiba seseorang di belakang anda telah menolak dan
menyiku anda supaya keluar dari barisan...
(membuat teguran)
Anda membeli mi goreng di restoran dan terjumpa seekor lalat di dalamnya. Anda memberit-
ahu tuan punya restoran …
(membuat aduan )
Kawan anda meminjam buku cerita daripada anda dan tidak memulangkannya walaupun su-
dah berminggu-minggu. Anda terjumpa kawan tersebut di bandar…
(meluahkan perasaan )
Anda bertungkus–lumus belajar untuk peperiksaan. Guru anda terjumpa sekeping nota di
sebelah meja anda dan memarahi serta menuduh anda meniru. Itu bukan nota anda…
(menangani tuduhan)
Anda perlukan riben untuk mengikat hadiah. Anda tidak mempunyai wang untuk membelinya.
Ibu saudara anda singgah di rumah anda untuk bertanyakan sekiranya terdapat apa-apa
yang boleh dibantunya...
(membuat permintaan)
35
KESIHATAN MENTAL Lampiran 2
EMOSI DAN SOSIAL
VERBAL
1. Bersikap jujur.
2. Berterus-terang dengan berkata „Ya‟ atau „Tidak‟ secara tegas dan
bukan berselindung.
3. Bersikap spontan, melayan perasaan dan keperluan tanpa
memendam rasa atau menunggu.
4. Bersuara bagi pihak diri sendiri.
5. Bertanggungjawab terhadap perasaan dan keperluan diri sendiri.
6. Menggelakkan alasan yang kompleks atau meminta maaf.
7. Tidak menyerang atau merendahkan orang lain.
8. Membentuk reputasi terhadap apa yang anda nyatakan.
BUKAN VERBAL
1. Tegakkan bahu, pandang hadapan, berpijak kukuh atas lantai.
2. Memandang tepat ke arah mata seseorang.
3. Menggunakan bahasa tubuh secara asertif.
36
KESIHATAN MENTAL PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
EMOSI DAN SOSIAL
Standard Kandungan
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.
Standard Pembelajaran
2.1.2 Memahami jenis-jenis kemahiran asertif iaitu verbal dan bukan verbal.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Gambar
Lampiran 2 - Kad Simulasi
Langkah Pembelajaran
1 Pamerkan gambar (Lampiran 1).
2 Demonstrasi jenis-jenis kemahiran asertif—verbal dan bukan verbal,
3 Aktiviti simulasi dengan menggayakan jenis-jenis kemahiran asertif iaitu verbal dan bukan
verbal (Lampiran 2).
4 Rumusan.
37
KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL
NAK PERGI
LAN…“JOM… KITA KE…,TIDAK
KE PASARAYA…”
PERGI...!
TIDAK!
PERGI…
38
KESIHATAN MENTAL Lampiran 2
EMOSI DAN SOSIAL
AKTIVITI SIMULASI
Kad Simulasi
Aksi tidak setuju untuk pergi bermain bersama-sama rakan.
Kawan mengajak untuk ponteng kelas.
Berterus terang dengan berkata ‗YA‘ atau ‗TIDAK‘ secara tegas dan bukan
berselindung.
Ibu menghidangkan makanan yang anda tidak gemari. Bagaimanakah anda
menyuarakan penolakan tanpa menyinggung perasaan ibu?
Ayah menegur supaya berhenti bermain permainan komputer atas alasan
prestasi akademik merosot. Tunjukkan reaksi anda.
Nota Guru: Guru boleh menambah situasi yang difikirkan sesuai.
39
KESIHATAN MENTAL PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
EMOSI DAN SOSIAL
Standard Kandungan
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.
Standard Pembelajaran
2.1.3 Memahami kepentingan kemahiran asertif dalam mengurus emosi.
2.1.4 Mengaplikasi kemahiran asertif dalam mengurus emosi.
Bahan Bantu Belajar
Lampiran 1 - Kad situasi
Langkah Pembelajaran
1 Bersoal jawab.
Apakah yang akan terjadi sekiranya kita tidak dapat mengawal emosi? Apakah
yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan?
Bagaimanakah menggunakan kemahiran asertif dalam mengawal perasaan
marah, hampa, geram, kecewa dan sebagainya?
Perkongsian maklumat kepentingan kemahiran asertif. Contohnya, dapat
mengawal perasaan dalam pelbagai situasi, mengawal diri daripada bertindak
secara agresif.
2 Membina kemahiran asertif dalam kumpulan (Lampiran 1).
Situasi A
Situasi B
Situasi C
3 Menerangkan kepentingan dan penggunaan kemahiran asertif berdasarkan langkah
pengajaran 2.
4 Panduan cara mengurus kemahiran asertif (Lampiran 2).
5 Rumusan.
40
KESIHATAN MENTAL Lampiran 1
EMOSI DAN SOSIAL
SITUASI A— Bayangkan anda seorang guru.
Kebelakangan ini prestasi Kamala menurun. Di akhir kelas, dia memohon kebenaran untuk
menghantar kerja kursusnya lewat beberapa hari dari tarikh yang ditetapkan kerana Kamala
tahu anda telah memberi kebenaran kepada beberapa orang murid yang mempunyai
masalah mendapatkan bahan kerja kursus. Apakah keputusan anda dan kenapa?
SITUASI B
Nasir dan Swee Lan ditugaskan untuk menyimpan peralatan di bilik sukan, tetapi mereka
tidak melakukannya dengan baik. Mereka meninggalkan peralatan sukan berselerak di lantai
bilik sukan. Mereka kemudiannya bergegas meninggalkan bilik sukan dengan menjangkakan
waktu rehat akan berakhir. Mereka telah dimarahi oleh guru. Apakah alasan mereka?
SITUASI C
Victor tidak membuat tugasan yang diberi. Apabila guru memandang ke arahnya, dia
berpaling ke arah lain dan terus berbual-bual dengan murid yang berhampiran. Ketika guru
membimbing murid-murid lain membuat tugasan mereka, Victor mula membuat kapal
terbang kertas.
1. Sebagai cikgu, apakah tindakan anda?
2. Sebagai Victor, apakah alasan anda?
41