STROK ATAU
ANGIN AHMAR
E-PAMERAN SEMASA
OKTOBER 2021
UNIT RUJUKAN DAN MULTIMEDIA
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM
DISEDIAKAN OLEH :
SITI MARIAM BINTI DIN
PERPUSTAKAAN AWAM KULIM
APA ITU
STROK?
• Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur
darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan
rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut
rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah
pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok/angin
ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan
kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit
Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala
Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes
penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh
dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
• Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
• Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-
tiba
• Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-
tiba
• Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
• Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
• Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
• Sukar menelan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang
strok/angin ahmar?
• Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar,
sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan
nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan
mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan
dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa
samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil
ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah faktor risiko yang
menyumbang kepada strok/angin
ahmar?
• Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin
ahmar yang tidak boleh diubahsuai adalah:
• Umur – peningkatan umur anda, terutama apabila
meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko
mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
• Jantina Lelaki – lebih berisiko tinggi dari wanita.
• Sejarah keluarga – Risiko anda lebih tinggi jika
terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin
ahmar atau angin ahmar ringan (Minor
Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk anda mendapat
strok/angin ahmar adalah:
• Tekanan Darah Tinggi
• Kencing manis
• Paras kolesterol tinggi
• Merokok
• Berat badan yang berlebihan
• Cara hidup tidak aktif (sedentari)
• Tekanan/stress
• Pemakanan – kurang serat dan tinggi lemak
• Minuman keras – minum minuman keras yang berlebihan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Thrombotic/ischaemic stroke
Ia berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak
tersumbat.
Haemorrhagic stroke
Ini berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak
pecah
ADAKAH Faktor Usia
ANDA
Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko untuk menghidap strok
BERISIKO?
Kondisi Kesihatan yang Sedia Ada
• Tekanan darah tinggi
• Kencing manis
• Fibrilasi atrial
• Kolesterol yang tinggi
Faktor Gaya Hidup
• Merokok
• Obesiti
• Pemakanan yang tidak sihat
Keturunan Etnik
• India / Pakistan / Bangladesh / Nepal / Sri Lanka
• Afrika
• Caribbean
Sejarah Keluarga
• Jika ada ahli keluarga yang pernah menghidap strok, risiko anda untuk
mengalaminya adalah lebih tinggi
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit
strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang
upaya yang teruk dan mungkin kekal. Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-
kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan
pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam proses rehabilitasi adalah seperti
berikut :
• Jurupulih Pertuturan
membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
• Jurupulih Cara Kerja
mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan
pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit
strok/angin ahmar
• Jurupulih Anggota
mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
BAGAIMANA UNTUK MERAWAT STROK?
Strok Iskemia Strok Berdarah
• Pembedahan clipping
• Ubat disalurkan terus ke • Penggulungan (endovascular
otak
embolisation)
• Mengeluarkan darah beku
menggunakan kerangka • Pembedahan pembuangan
besi atau stent retriever arteriovenous malformation (AVM)
• Carotid endarterectomy • Stereotactic radiosurgery
• Angioplasty
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
• Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan mengenalpasti
berapa luas tisu otak yang telah rosak
• Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
• Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
• Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman
menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada
aktiviti harian(ADL)
• Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan
stroke/angin ahmar?
Ya! Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar
boleh dikurangkan seperti :
• Kawal tekanan darah
• Kawal tahap Kolesterol
• Kawal penyakit Diabetes
• Amalkan cara pemakanan sihat
• Berhenti merokok
• Kerap bersenam
• Menangani tekanan mental
• Kurangkan pengambilan minuman keras
TANDA-TANDA AMARAN STROK
Kesukaran Perubahan Kelemahan Kelemahan Kesukaran Buat Panggilan
Otot Muka Tangan
Keseimbangan Penglihatan Percakapan 999
KADAR KEPARAHAN STROK DI MALAYSIA
92/hari RM 180 Juta
Pendaftaran Strok 2016 Kos pengurusan strok untuk 33812 setahun
40%
Umur bawah 60 tahun
32 3 daripada 10
Kematian setiap hari Pesakit strok terselamat, hidup bersendirian
Sumber
1. Unpublished results from the project Monitoring Stroke Burden in Malaysia: the use of linked national data sources (NMRR-18-100-39847)
2. Mustapha Feisul. MJM 2017. 72. 271-277
3. Jabatan Perangkaan Negara. Punca kematian utama Malaysia 2017
4. , World Congress Neurology 2017, Japan
5. www.strokeassociation.org/en/about-stroke/types-of-stroke
6. www.stroke.org/understand-stroke/what-is-stroke/
7. www.cdc.gov/stroke/about.htm
8. www.strokeassociation.org/en/about-stroke/stroke-symptoms
9. www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stroke/symptoms-causes/syc-20350113
10.www.strokeassociation.org/en/about-stroke/stroke-risk-factors/stroke-risk-factors-you-can-control-treat-and-improve
11.www.worldstrokecampaign.org/learn/stroke-facts.html
12.www.worldstrokecampaign.org/learn/stroke-facts.html
13.www.heart.org/en/about-stroke/effects-of-stroke
14.www.stroke.org.uk/what-is-stroke/are-you-at-risk-of-stroke
15.www.stroke.org.uk/sites/default/files/reduce_your_risk_of_stroke_v2_april_2019.pdf