The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kejohanan Bola jaring

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamsteradanz1979, 2019-07-15 23:13:33

Jemputan

kejohanan Bola jaring

Keywords: bola jaring

PANDUAN
PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
KELAS BERCANTUM

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Cetakan Januari 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

i

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK
KEGUNAAN GURU-GURU YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM.
PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS
BERCANTUM.

Cetakan Januari 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii

Isi Kandungan Muka surat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Notis Hak Kerajaan ii
Panduan Guru iv
1.0 Pengenalan Mata Pelajaran 1
2.0 Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran 2
2.1 Pemetaan Kurikulum RBT Tahun 4 dan Tahun 5 2
3.0 Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum 8
3.1 Pengenalan 8
3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred 8
8
3.2.1 Pengajaran Secara Kelas 9
3.2.2 Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan 9
3.2.3 Pengajaran Kumpulan 9
3.2.4 Pengajaran Individu 10
3.2.5 Pengajaran Sosial 11
3.3 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 12
3.3.1 Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 13
3.3.2 Elemen-elemen Yang Terkandung Dalam
14
Pembelajaran Abad 21 21
3.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 22
3.4 Strategi Pelbagai Gred (Multigrade Strategy) 22
3.4.1 Pengajaran Seluruh Kelas 23
3.4.2 Pembelajaran Arah Kendiri 24
3.4.3 Peer Tutoring 25
3.4.4 Pengajaran Kumpulan 26
3.4.5 Kolaboratif dengan Pelbagai Pihak 26
4.0 Contoh Ringkasan Pengajaran Harian 29
4.1 Contoh Pengajaran Secara Kelas 34
4.2 Contoh Pengajaran Secara Kumpulan
4.3 Contoh Pengajaran Secara Kelas dan Kumpulan 38
39
Rujukan
Senarai Panel Penggubal

iii

PANDUAN GURU
PENGENALAN
Panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kelas bercantum ini disediakan untuk
membantu guru merancang, mengurus dan melaksanakan kelas bercantum. Panduan ini
memberi peluang kepada guru untuk mendapatkan maklumat tentang strategi dan
kaedah pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas bercantum.
SASARAN
Guru yang melaksanakan kelas bercantum.
SUSUNAN KANDUNGAN
Panduan ini ditulis dalam susunan kandungan seperti berikut:

1. Pengenalan Kurikulum Mata Pelajaran
2. Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran
3. Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
4. Contoh Ringkasan Pengajaran Harian (RPH)

iv

1.0 Pengenalalan Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata
pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk
menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan
vokasional di peringkat menengah.
Melalui mata pelajaran RBT murid akan diberi pendedahan awal tentang
kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah
Tangga dan elemen merentas kurikulum seperti Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan
dalam mata pelajaran ini. Selain itu, mata pelajaran ini juga memupukkan nilai
murni, kerja-buat-sendiri (DIY), peka terhadap masalah sekeliling serta sikap
yang positif semasa menjalankan aktiviti.

Pembelajaran RBT merupakan pembelajaran yang berasaskan aplikasi
pengetahuan dan kemahiran yang akan mewujudkan pengalaman baharu
kepada murid. Berasaskan kepada kaedah pembelajaran ini, murid melakukan
sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang
boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
Pembelajaran RBT adalah berteraskan kemahiran mereka bentuk menggunakan
teknologi dengan menggabungjalinkan pelbagai bidang pengetahuan dan
kemahiran iaitu teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga. Kurikulum
ini memberi penekanan kepada aspek pengetahuan asas dan kemahiran
mereka bentuk, asas pertukangan dan teknologi bagi membolehkan murid
menghasilkan produk yang berkualiti.

1

2.0 Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran
2.1 Pemetaan Kurikulum RBT Tahun 4 dan Tahun 5

TEMA/ STANDARD KANDUNGAN/ STANDARD CATATAN
TAJUK/ PEMBELAJARAN
BIDANG PdP secara
TAHUN 4 kumpulan

1. ORGANISASI 1.1 Mengenal pasti struktur organisasi
DAN bengkel
KESELAMATAN 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi
BENGKEL bengkel berpandukan carta.
(1 Jam) 1.1.2 Menyediakan jadual tugas
berpandukan struktur organisasi
bengkel.

3. REKA BENTUK 1.2 Mengenal pasti peraturan dan PdP secara
( 1 Jam) keselamatan bengkel kumpulan
1.2.1 Menyatakan peraturan dan
keselamatan am, diri, alatan dan
bahan berpandukan carta.
1.2.2 Mengamalkan peraturan dan
keselamatan ketika berada di
dalam bengkel berpandukan
peraturan keselamatan.

3.1 Mereka bentuk projek eksperimental
3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan
situasi yang diberi.
3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan
penyataan masalah.
3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk
lakaran bagi menyelesaikan
masalah.
3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek
eksperimental.

2

N TEMA/ TAJUK/ STANDARD KANDUNGAN/ STANDARD CATATAN

BIDANG PEMBELAJARAN

5. TEKNOLOGI TAHUN 5 PdP secara
PERTANIAN kumpulan dan
(1 Jam) 5.1 Menanam benih di dalam bekas. dijalankan di
5.1.1 Memilih biji benih yang baik dalam bengkel.
berdasarkan ciri-ciri seperti
cukup matang, bernas,
berbentuk normal dan tidak
diserang perosak.

5. TEKNOLOGI 5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi PdP secara
PERTANIAN alatan seperti sudip tangan, kumpulan dan
(1 Jam) serampang tangan dan dijalankan di
penyiram. dalam bengkel.
2
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip
tangan, serampang tangan dan
penyiram.

5.1.4 Mengenal pasti medium
semaian seperti medium

3. REKA BENTUK 3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan PdP secara
( 1 Jam) berdasarkan projek eksperimental. kumpulan

3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik
projek eksperimental

3. REKA BENTUK 3.1.7 Membuat persembahan projek PdP secara
( 1 Jam) eksperimental secara lisan. kumpulan

3.1.8 Mengumpulkan catatan dan
lakaran mengenai projek
eksperimental sebagai
dokumentasi Projek.

2. ASAS 2.1 Memasang dan membuka kit model PdP secara
TEKNOLOGI berfungsi kelas
(1 jam) 2.1.1 Membaca dan memahami manual.
2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi
alatan tangan yang digunakan
untuk memasang dan membuka kit
model seperti pemutar skru mata
rata, pemutar skru Philip, playar
muncung tirus dan sepana hujung
terbuka.
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi
komponen kit model seperti motor,

3

5. TEKNOLOGI campuran, peat moss dan coco PdP secara
PERTANIAN peat. kumpulan dan
(1 Jam) 5.1.5 Menyediakan medium dan dijalankan di
bekas semaian yang sesuai. dalam bengkel.
5. TEKNOLOGI 5.1.6 Mengisi medium ke dalam
PERTANIAN bekas semaian mengikut PdP secara
(1 Jam) prosedur. kumpulan dan
5.1.7 Menyemai biji benih halus atau dijalankan di
2. ASAS biji benih kasar dengan kaedah dalam bengkel.
TEKNOLOGI yang betul.
(1 jam) 5.1.8 Melakukan penjagaan semaian
iaitu menyiram, merumput dan
3 mengawal perosak.
5.1.9 Menyediakan medium dan
bekas penanaman yang sesuai.
5.1.10 Mengubah anak benih ke
dalam bekas penanaman
mengikut prosedur.
5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan
tanaman iaitu merumput,
menggembur, membaja,
menyiram dan mengawal
perosak.

2.2 Memasang dan membuka kit model PdP secara
berfungsi secara elektromekanikal kelas
berpandukan manual.
2.2.1 Membaca dan memahami
manual.
2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi
alatan tangan yang diperlukan
untuk memasang dan membuka
kit model.
2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi
komponen kit model seperti
motor, gear, takal dan tali
sawat,gegancu dan rantai, roda

gear, gandar, roda, kerangka, suis
dan pemegang bateri.

2. ASAS 2.1.4 Memasang komponen kit model PdP secara
TEKNOLOGI berpandukan manual. kelas dan
(1 jam) kumpulan
2.1.5 Menguji kefungsian kit model.
2.1.6 Membuka dan menyimpan

komponen kit model.

4. PENGHASILAN 4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan PdP secara
PROJEK bukan logam dengan litar elektrik kelas
( 1 Jam) 4.1.1 Mengenal pasti projek
berpandukan manual.
4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam
yang akan digunakan seperti
kayu, papan lapis, medium-
density fibreboard (MDF), plastic
dan mounting board.
4.1.3 Membuat anggaran kos bahan
dan komponen.

4. PENGHASILAN 4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi PdP secara
PROJEK alatan tangan yang digunakan kelas dan
( 1 Jam) untuk membina projek iaitu pita kumpulan
pengukur, pembaris keluli, sesiku
L, pensel tukang kayu, gunting

4

2. ASAS dan gandar, alat kawalan jauh, PdP secara
TEKNOLOGI sensor, bateri, sel solar, suis, kelas dan
(1 jam) pemegang bateri dan kerangka. kumpulan

2.2.4 Memasang komponen kit model
berpandukan manual.

2.2.5 Mengenal pasti system
elektromekanikal kit model.

2.2.6 Menguji kefungsian kit model.
2.2.7 Membuka dan menyimpan

komponen kit model.

4. PENGHASILAN 4.2 Menghasilkan projek menggunakan PdP secara
PROJEK bahan logam dan bukan logam kelas
(1 Jam) dengan litar elektronik.
4.2.1 Mengenal pasti projek
berpandukan manual.
4.2.2 Menyatakan bahan logam
seperti aluminium, keluli, zink
dan bahan bukan logam.
4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi
alatan tangan yang digunakan
untuk membina projek iaitu
gergaji besi, gunting logam,
gandin kayu, gandin getah,
kikir rata, kikir parut, playar
gabung, pisau boleh laras,
pengikis, penggarit, penebuk
pusat, ragum kakak tua dan
ragum meja.

4. PENGHASILAN 4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan PdP secara
PROJEK berdasarkan projek. kelas dan
( 1 Jam) kumpulan
4.2.5 Mengukur, menanda dan
memotong bahan yang

4

serba guna, gergaji puting, gergaji
rencong manual (manual mitre
saw), apit G, gerudi mudah alih,
gerimit, tukul Warrington, tukul
kuku kambing, pemotong sisi dan
pelucut wayar.
4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan
pencantum seperti paku, skru, glu,
bol dan nat.

4. PENGHASILAN 4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan. PdP secara
PROJEK 4.1.7 Mengukur, menanda dan kumpulan
( 1 Jam)
memotong bahan yang digunakan
4. PENGHASILAN untuk membuat projek.
PROJEK
( 1 Jam) 4.1.8 Memasang bahan projek PdP secara
menggunakan pengikat dan kumpulan
4. PENGHASILAN pencantum
PROJEK
( 1 Jam) 4.1.9 Membuat kemasan projek PdP secara
menggunakan bahan iaitu cat kumpulan
sembur atau pelekat.

4. PENGHASILAN 4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan PdP secara
PROJEK fungsi komponen elektrik iaitu kumpulan
( 1 Jam) mentol, bateri dan suis.
5
4.1.11 Membuat penyambungan litar
elektrik.

4.1.12 Membaca litar skematik dan litar
bergambar berdasarkan manual.

digunakan untuk membuat
projek.

4. PENGHASILAN 4.2.6 Memasang bahan projek PdP secara
PROJEK menggunakan pengikat dan kumpulan
( 1 Jam) pencantum.

4. PENGHASILAN 4.2.7 Membuat kemasan projek PdP secara
PROJEK menggunakan bahan iaitu cat kumpulan
( 1 Jam) licau atau syelek.

4. PENGHASILAN 4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan PdP secara
PROJEK fungsi komponen elektronik kumpulan
( 1 Jam) seperti diod pemancar cahaya
(LED), perintang, kapasitor,
transistor, buzer dan suis.

4.2.9 Membaca litar skematik dan
litar bergambar berdasarkan
manual.

4. PENGHASILAN 4.2.10 Membuat penyambungan litar PdP secara
PROJEK elektronik pada projek. kumpulan
( 1 Jam)
4.2.11 Menguji kefungsian projek.
4.2.12 Membuat penyelenggaraan

dan penyimpanan peralatan.

5

4. PENGHASILAN 4.1.13 Membuat penyambungan litar PdP secara
PROJEK elektrik pada projek. kumpulan
( 1 Jam)
4.1.14 Menguji kefungsian projek.
4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan

penyimpanan peralatan.

6. SAINS RUMAH 6.1 Menghasilkan artikel jahitan PdP secara
TANGGA 6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kumpulan
( 1 Jam) kegunaannya seperti beg pensel,
sarung kusyen, kusyen mini dan
penggantung surat.
6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu
gunting kertas, gunting fabrik,
pembaris lurus, pita ukur, roda
surih, kertas karbon tukang jahit,
kapur tukang jahit, peretas jahitan,
jarum peniti dan jarum jahit
tangan.
6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan
iaitu fabrik dan benang.

6. SAINS RUMAH 6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan PdP secara
TANGGA tangan iaitu jahitan kia, jelujur kumpulan
( 1 Jam) kasar dan jelujur halus.

6. SAINS RUMAH 6.1.5 Memilih artikel jahitan PdP secara
TANGGA berpandukan manual kumpulan
( 1 Jam)
6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan
berdasarkan manual yang dipilih.

6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting
fabrik dan memindahkan tanda
pola.

6. SAINS RUMAH 6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan PdP secara
TANGGA jahitan tangan. kumpulan
( 1 Jam)

6

4. PENGHASILAN 4.2.13 Pengiraan kos bahan. PdP secara
PROJEK kumpulan
( 1 Jam)

6.SAINS RUMAH 6.2 Menyediakan sajian. PdP secara
TANGGA 6.2.1 Mengenal pasti sanitasi kumpulan
( 1 Jam) penyediaan makanan dengan
betul.
6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi
alatan seperti kutleri, sudip,
senduk, mangkuk adunan, alat
penyukat, alat penimbang,
kuali, periuk dapur, alat
pengadun kek, alat pengisar,
cerek elektrik, pembakar roti
dan ketuhar.

6. SAINS RUMAH 6.2.3 Memilih menu sarapan atau PdP secara
TANGGA minum petang. kumpulan
( 1 Jam)
6.2.4 Membuat anggaran kos bahan PdP secara
6. SAINS RUMAH mengikut menu yang dipilih. kumpulan
TANGGA
( 1 Jam) 6.2.5 Menyediakan, memasak dan
menghidangkan sajian.
6.SAINS RUMAH
TANGGA 6.2.6 Membersihkan alatan dan
( 1 Jam) ruang memasak.

6 6.2.7 Menyelenggarakan dan
menyimpan alatan.

6.3.1 Menyatakan bahan PdP secara
hiasanseperti aising, coklat urai, kumpulan
jem dan kelapa parut kering

6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus

5. SAINS RUMAH 6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan PdP secara
TANGGA seperti butang, renda dan riben. kumpulan
( 1 Jam)
6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut
artikel jahitan.

6.1.11 Menghias artikel jahitan
menggunakan bahan hiasan yang
dipilih.

7

makanan seperti kertas
pembungkus dan bekas plastic

6.3.3 Mengenal pasti maklumat pada
label pembungkus makanan
iaitu jenama, nama makanan,
kandungan, tanda harga, tanda
halal, berat dan tarikh luput.

6.SAINS RUMAH 6.3.4 Menghias dan membungkus PdP secara
TANGGA makanan seperti kek, roti, kumpulan
( 1 Jam) donat dan biskut.

7

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM

3.1 Pengenalan

Kelas bercantum mempunyai bilangan murid yang kecil dan terdiri daripada
murid daripada tahun persekolahan yang berbeza. Proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas bercantum perlu mengambil kira keperluan murid
yang berbeza daripada aspek kebolehan, minat dan tahap pemikiran.
Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran pelbagai gred digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum. Umumnya, pengajaran dan
pembelajaran yang biasa dilaksanakan dalam pengajaran pelbagai gred adalah
Pengajaran Kelas, Pengajaran Kumpulan dan Pengajaran Individu. Strategi
pengajaran dan pembelajaran seperti penggabungjalinan, penyerapan,
pemulihan dan pengayaan perlu diubahsuai berdasarkan keperluan murid yang
pelbagai.

Murid dalam kelas bercantum mempunyai unsur-unsur kepelbagaian yang perlu
diambilkira oleh guru ketika merancang proses pengajaran. Unsur-unsur
kepelbagaian mereka adalah seperti berikut:

i. Umur

ii. Kebolehan

iii. Tahap perkembangan

iv. Latar belakang

v. Pengalaman

vi. Motivasi

vii. Minat

3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred

Pengajaran pelbagai gred digunakan dalam kelas bercantum untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah
lima jenis pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas bercantum:

3.2.1 Pengajaran Secara Kelas

Guru menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada dalam bilik
darjah kelas bercantum pada masa yang sama. Walau bagaimanapun,
pengajaran secara kelas ini hanya sesuai dilaksanakan untuk mata pelajaran
seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Moral kerana guru
boleh menyampaikan maklumat am kepada murid.

8

3.2.2 Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan

Kaedah ini dijalankan dalam situasi guru mengajar murid dalam kumpulan
berasingan mengikut umur tertentu dalam sesuatu waktu. Guru akan mengajar
satu kumpulan murid secara kelas dan dalam waktu yang sama murid daripada
tahun persekolahan yang lain akan membuat kerja secara individu. Kaedah ini
disebut “Kaedah Mengikut Tahun Persekolahan” dengan tujuan
membezakannya dengan kaedah kumpulan kebolehan yang terdapat dalam
kelas biasa.

Kaedah ini boleh digunakan apabila terdapat peringkat kebolehan murid
mengikut tahun persekolahan sangat berbeza daripada aspek kemahiran dan
pengetahuan di dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya, bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, kemahiran membaca bagi sebuah kelas bercantum Tahun 2
dan Tahun 3, guru akan melaksanakan aktiviti bacaan dengan murid Tahun 2
dan kemudian, manakala murid Tahun 3 diberi buku atau teks untuk pembacaan
di ruang pembacaan senyap. Kemudian guru akan beralih kepada Tahun 3
untuk melaksanakan aktiviti bacaan. Semasa melaksanakan kaedah ini, guru
digalakkan mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan.

3.2.3 Pengajaran Secara Kumpulan

Kaedah ini bermaksud guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
dan menyampaikan pengajarann kepada kumpulan murid tertentu dalam satu-
satu masa. Setelah guru selesai membimbing satu kumpulan, guru akan
berpindah dan membimbing kumpulan yang lain; dan seterusnya bergilir-gilir
sehingga merangkumi semua kumpulan murid.

Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk kumpulan :

(a) Kumpulan Mengikut Kebolehan Yang Sama

Murid yang lebih kurang sama tahap kebolehan diletakkan dalam satu
kumpulan . Kumpulan seperti ini sesuai untuk beberapa aktiviti dalam kemahiran
asas, aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik.
Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran seperti Matematik,
Sains dan bahasa. Guru akan memerhati dan mencatat pencapaian murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara sistematik akan

9

membahagikan murid pada kumpulan-kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan
mereka. Guru perlu lebih menitikberatkan keperluan murid daripada kumpulan
yang lemah.

(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan
Murid daripada pelbagai kebolehan dan kecenderungan akan diletakkan dalam
satu kumpulan. Contohnya, ahli kumpulan yang terdiri daripada murid yang
pandai membaca, melukis dan merekacipta. Biasanya kumpulan seperti ini
dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang
mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan projek yang berjaya.
Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan murid.

3.2.4 Pengajaran Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing
secara individu. Kaedah individu ini bermaksud pengajaran guru adalah
dikhususkan kepada seseorang murid yang tertentu dengan bahan bantu
mengajar atau lembaran kerja khas untuk murid berkenaan sahaja. Kaedah ini
bertujuan untuk mengembangkan secara optima potensi dan kebolehan murid
itu, dan dalam situasi kelas bercantum dimana bilangan muridnya yang bersaiz
kecil, kaedah ini merupakan kaedah paling efektif.

3.2.5 Pengajaran Sosial
Kumpulan ini berbeza dengan kumpulan yang dibentuk berdasarkan aktiviti dan
kumpulan pelbagai kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan
kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri dimana kanak-kanak diberi peluang
memilih kumpulan-kumpulannya sendiri berdasarkan minat dan kecenderungan
murid berkenaan serta dikelilingi oleh rakan-rakan yang disenangi murid itu.
Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran
muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi; juga ata pelajaran yang
menekankan kemahiran psikomotor.

10

3.3 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran
atau ilmu pengetahuan kepada murid. Ia merupakan satu proses yang bermula
daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali
apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan
proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik
untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran
ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku
yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan
tingkah laku yang segera. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan
akan membawa perubahan tingkah laku.

Pelbagai kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh guru sejak berkurun
lamanya. Ini dilakukan untuk memastikan supaya murid mendapat
pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Kaedah pengajaran yang sering
diperkatakan masa kini adalah pembelajaran abad 21 seiring dengan arus
pembangunan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan inisiatif
pembelajaran abad 21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan
pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun 2015 selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Terdapat perbezaan antara pembelajaran konvensional dan
pembelajaran abad 21 iaitu:

Pembelajaran Konvensional Pembelajaran Abad Ke-21

 Dipimpin oleh guru  Berasaskan murid

 Pembelajaran langsung  Pembelajaran koperatif

 Menekankan pengetahuan,  Menekankan kemahiran,
kandungan dan kemahiran proses dan pemikiran aras
asas. tinggi

 Berfokuskan teori  Berfokuskan praktikal

 Menekankan Kurikulum  Menekankan kemahiran
hidup
 Aktiviti Individu
 Aktiviti berkumpulan
 Merangkumi dalam bilik
darjah  Melibatkan komuniti

 Pentaksiran sumatif  Pentaksiran formatif

 Belajar untuk sekolah  Belajar untuk kehidupan

11

3.3.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad 21
Pengajaran dan pembelajaran abad 21 turut menekankan 4 ciri iaitu:

(a) Komunikasi (Communication)
(b) Pemikiran kritis (Critical Thinking)
(c) Kolaboratif (Collaboration)
(d) Kreativiti (Creativity)

(a) Komunikasi
Murid digalakkan untuk memahami, mengelola dan menghasilkan satu
komunikasi yang efektif dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau
tulisan. Murid akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran komunikasi
ketika mengutarakan pendapat mereka sama ada dalam aktiviti berkumpulan
atau pun ketika bersama guru.

(b) Kolaboratif
Murid akan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya dalam aktiviti
berkumpulan, bakat kepimpinan, memainkan pelbagai peranan, memikul
tanggungjawab, menghormati pendapat orang lain, bertoleransi dan berempati
dengan orang lain.

12

(c) Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Murid dididik untuk berusaha menganalisa, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

(d) Kreativiti dan inovasi
Murid digalakkan untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang baharu atau
membuat inovasi.
Secara rumusannya, murid kini perlu didedahkan dengan pelbagai situasi yang
menuntut mereka untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan supaya mereka
boleh menjadi modal insan yang kritis, berdaya saing dan mampu berhadapan
dengan cabaran globalisasi. Mereka juga perlu bijak berkomunikasi dan bekerja
dengan orang lain terutama ketika mereka berada di dalam alam pekerjaan.
Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu menyediakan murid dengan ilmu dan
kemahiran ini bersesuaian dengan kehendak semasa.

3.3.2 Elemen-Elemen Yang Terkandung Dalam Pembelajaran Abad 21
Berikut adalah gambarajah yang menyenaraikan elemen-elemen yang
terkandung dalam pembelajaran abad 21.

13

Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil daripada pembelajaran abad 21 ialah:
 bijak menyoal
 berupaya membuat hubung kait
 yakin berkomunikasi
 mengambil risiko
 ingin tahu
 menjana idea
 fleksibel
 mendengar dan membuat refleksi
 mampu bekerja dengan orang lain
 mampu berfikir sendiri
 menguasai kemahiran literasi
 berani mencuba

3.3.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21

Strategi kolaboratif dan kooperatif
Strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan murid bekerjasama dalam
kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara beerstuktur.
Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu
murid berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi
kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur dalam pembelajaran
koperatif melibatkan proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan
struktur dan tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran koperatif
 Ganjaran kumpulan: ganjaran kumpulan menjadikan murid lebih
bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan
14

 Tanggungjawab individu: mendorong murid membimbing rakan-rakan
sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran

 Peranan ahli

 Interaksi

 Kemahiran berkumpulan-menguruskan sebarang konflik yang timbul di
dalam kumpulan

Pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang melibatkan satu
kumpulan murid yang bekerja bersama untuk mencapai hasil pembelajaran
secara bersama. Dalam pembelajaran kolaboratif terdapat tiga cara iaitu
kolaboratif guru-murid, kolaboratif murid, dan kolaboratif melalui ICT. Dalam
Pembelajaran Abad 21, pembelajaran kolaboratif penting kerana ia merupakan
satu proses yang mencabar murid berfikir, menyelesaikan masalah, mepunyai
tujuan yang sama untuk mencapai keputusan.

Pembelajaran
kolaboratif

Kolaboratif kolaboratif
murid-murid melalui ICT

Berkongsi membuat Perkongsian
pendapat keputusan maklumat

Ciri-ciri pembelajaran kolaboratif
 Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid-
contoh maklumat hasil carian internet
 Perkongsian kuasa antara guru dan murid – penurunan kuasa kepada
murid menentukan objektif sesuatu tugasan, menggunakan kreativiti
mereka menyiapkan tugasan, contohnya pengurusan grafik

15

 Guru sebagai mediator- membantu murid mengaitkan maklumat baru
yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan
pemindahan kepada situasi baru

Tambahan pula, pembelajaran ini berpotensi memenuhi gaya pembelajaran
murid, dan murid dapat mempelajari kemahiran interpersonal. Selain itu
pembelajaran ini menuju kepada perubahan dan murid bertoleransi sesama
sendiri (Watson & Battistich 2006). Dalam kelas bercantum, kaedah
pembelajaran ini boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti kumpulan secara
bersama-sama oleh murid. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut kebolehan mereka. Elemen yang perlu di beri perhatian ialah minat,
kebolehan dan umur mereka. Bagi murid yang mempunyai aras yang lebih
tinggi, isu yang lebih kompleks boleh dikemukakan di mana ahli-ahli kumpulan
akan berusaha untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

Contoh pembelajaran kolaboratif dan kooperatif yang boleh digunakan dalam
kelas bercantum adalah jigsaw, gallery walk, perbincangan kumpulan, projek.
Contoh: Jigsaw Model.

Murid di bahagikan kepada kumpulan. Setiap murid akan belajar satu topik atau
kemahiran. Selepas itu kumpulan itu dibahagikan kepada kumpulan baru supaya
setiap kumpulan mempunyai wakil yang boleh mengajar satu topik atau
kemahiran. Kaedah ini sangat efektif untuk pembentangan isi kandungan . Murid
dapat mengajar murid yang lain dan pada masa yang sama dapat memupuk
sifat kepimpinan. Semasa pembelajaran ini berlaku, guru berpeluang mengajar
kumpulan yang lain.

Pembelajaran kontekstual

Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan
ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat
dan dunia pekerjaan. Pembelajaran kontekstual melibatkan murid sepenuhnya
dalam proses pembelajaran. Pembelajaran ini menekankan proses penglibatan
murid untuk mencari bahan-bahan yang mereka belajar dan kaitkan dengan
kehidupan sebenarnya. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan
pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada murid kerana proses
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan murid, pengajar dan bahan
pengajaran. Pembelajaran kontekstual ini bukan sekadar mendengar dan
mengambil nota tetapi murid mengalami proses pembelajaran secara langsung,
iaitu menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi
antara murid dengan murid yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di
dalam kelas sebagai simulasi kepada kehidupan harian mereka.

16

Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan
kepada murid. Guru dikehendaki melibatkan murid secara aktif dan menemui
idea dan fakta. Ini akan menjadikan murid dapat melibatkan diri secara
menyeluruh dalam aktiviti dan membentangkan hasil kerja mereka.

Contohnya: Pembelajaran eksperiential, pengalaman hidup sebenar, dan
pembelajaran aktiviti. Kaedah yang boleh digunakan ialah simulasi, main
peranan, kajian kes dan “problem based learning”

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Pembelajaran Berasaskan Masalah ialah satu strategi yang berpusatkan murid.
Murid dikehendaki belajar tentang sesuatu mata pelajaran dengan
menggunakan pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid akan
menguasai kemahiran berfikir dan juga pengetahuan tentang mata pelajaran
tersebut. Kaedah ini bermatlamat untuk menolong murid mengembangkan
pengetahuan mereka, menyelesaikan masalah dengan efektif, pembelajaran
kendiri, kemahiran kolaboratif dan meningkatkan motivasi intrinsik.

Dalam kumpulan, murid mengenalpasti apa yang mereka tahu, apa yang perlu
mereka tahu, bagaimana dan cara mengakses informasi baru untuk
menyelesaikan masalah. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
sokongan, bimbingan dan memantau proses pembelajaran.

Masalah

Aplikasikan Apa murid
pengetahuan tidak tahu

Belajar apa
yang tidak tahu

Kitaran Pembelajaran Berasaskan Masalah

17

Contoh:

1) Murid di beri satu masalah untuk berbincang dalam kumpulan. Di sini
murid akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.

2) Dalam kumpulan, murid akan mengembangkan teori atau hipotesis untuk
menerangkan masalah. Pada masa ini murid akan mengenal pasti isu
pembelajaran. Fasilitator memberi bimbingan supaya murid dapat
membina pengetahuan semasa menyelesaikan masalah.

3) Pembelajaran kendiri akan berlaku dalam proses ini di mana murid terus
mencari isu dalam masalah yang diberi.

4) Murid akan membentuk kumpulan dan membincang dapatan mereka
berdasarkan apa yang mereka pelajari.

Dalam proses pembelajaran, maklumbalas dan refleksi akan berlaku. Murid aktif
dalam membina pengetahuan baru. Kekuatan PBL adalah proses pembelajaran
ini membina satu keyakinan dalam murid berdasarkan pengalaman dan interaksi
dengan persekitaran mereka, seterusnya menyediakan mereka untuk
menghadapi masalah dan cabaran yang sebenar berlaku dalam dunia.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Projek adalah kaedah pengajaran abad 21 yang
sangat komprehensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam ciri abad
21. Ia merupakan satu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam
bentuk projek sebagai cara murid memeperoleh ilmu. Kaedah ini adalah
berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan
melibatkan kemahiran serta kecerdasan pelbagai. Kaedah ini memerlukan
murid untuk berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar selain
menekankan pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh murid.

Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini bermula dengan soalan-soalan
berpandu, pemahaman konsep dan prinsip terus pelajaran. Ini akan memberi
peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.
Murid biasanya diberi kebebasan untuk memilih tema bagi projeknya
berdasarkan kepada senarai tema yang disediakan. Kemudian murid akan
mengumpul segala maklumat dan bahan yang berkaitan dengan projek tersebut.
Oleh itu murid perlu menjangkau bidang yang pelbagai dan luas. Dengan cara
ini projek dapat meluaskan skop pemikiran murid dan memberi mereka peluang
untuk memperoleh pengalaman yang lebih luas. Pembelajaran menggunakan
kaedah ini selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk pada akhir

18

pembelajaran. Murid juga boleh menunjukkan apa yang telah dipelajari dalam
bentuk demonstrasi dan persembahan.

Terrdapat persamaaan di antara kaedah Pengajaran Berasaskan Masalah
(PBM) dan Pengajaran Berasaskan Projek (PBP) di mana kedua-duanya
menggunakan kaedah inkuiri yang membentuk soalan dan masalah untuk
diselesaikan. Namun begitu terdapat perbezaan di antara keduanya. PBP
menilai murid melalui penghasilan produk atau pembentangan murid terhadap
pemasalahan yang dipilih. Manakala PBM melihat kepada jawapan atau
penyelesaian masalah. Dalam PBM guru akan terus memberikan masalah
kepada murid untuk diselesaikan manakala PBP memberi ruang kepada murid
untuk memilih tema atau isu yang ingin mereka selesaikan.

Flipped classroom

Flipped classroom adalah satu strategi pengajaran yang berbeza dengan
kaedah tradisional yang sering guru laksanakan. Flipped classroom
menyampaikan isi kandungan pengajaran di luar bilik darjah contoh melalui
talian, penggunaan video, audio, perisian multimedia dan apa jua jenis bahan
yang memanfaatkan murid. Kaedah ini adalah fleksibel dan boleh diguna dalam
pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan. Pada peringkat sekolah , kaedah ini
tidak terhad kepada murid biasa. Siegle (2013) telah membuktikan kaedah
flipped classroom sesuai dilaksanakan terhadap murid yang istimewa dan murid
yang berbakat. Bagi murid yang pada tahap rendah kaedah flipped classroom
membantu meningkatkan motivasi dan minat murid seperti pemulihan.
Sebaliknya, bagi murid yang mempunyai kecerdasan tinggi, kaedah flipped
classroom bertindak sebagai proses pengayaan.

Dalam pembelajaran menggunakan flipped classroom, guru menyediakan
bahan-bahan bacaan seperti buku, nota, video tape pengajaran dan juga laman
web yang berkenaan dengan topik yang hendak diajar. Sebelum pengajaran
topik itu, murid akan membaca atau mengakses bahan tersebut di rumah. Ia
adalah satu persediaan yang rapi dan baik kerana murid dapat mengakses
bahan-bahan pelajaran di rumah mengikut tahap mereka. Sebagai contoh, murid
pada tahap yang rendah boleh melihat bahan-bahan pelajaran beberapa kali
dan murid pada tahap yang tinggi akan lebih bermotivasi untuk mencari lebih
maklumat tentang topik yang berkenaan. Apabila murid menghadiri kelas, guru
telah menyediakan pelbagai aktiviti kumpulan di dalam kelas. Aktiviti kumpulan
adalah berkenaan dengan bahan yang mereka telah baca.

Cadangan ialah guru boleh menyediakan stesen pembelajaran, demonstrasi,
aktiviti makmal, kerja berkumpulan dengan bimbingan.

19

Ciri-ciri flipped classroom

 Pembelajaran aktif: Murid melalui satu proses pembelajaran yang aktif di
mana murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.

 Pembelajaran arah-kendiri: Murid merujuk kepada bahan pengajaran
yang lalu dan kaitkan dengan pengetahuan yang baru.

 Pelbagai gaya pembelajaran: Flipped classroom dapat memenuhi gaya
pembelajaran murid, iaitu pengajaran dan pembelajaran adalah dalam
berbagai bentuk dan murid melibatkan diri dalam aktiviti.

 Pelbagai “instruction: Murid belajar mengikut tahap kebolehan.

 Interaksi sosial: Interaksi sosial dipertingkatkan melalui aktiviti kolaboratif
di dalam kalangan murid dengan murid dan murid dengan guru. Interaksi
dengan guru adalah lebih bermakna.

 Penyediaan abad 21: Menggunakan teknologi untuk tujuan pendidikan,
iaitu mengembangkan kemahiran teknologi supaya murid dapat
menggunakan teknologi dan sumber untuk menambah pengetahuan
mereka.

20

3.4 Strategi Pelbagai Gred (Multigrade Strategy)
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum, guru mesti
mengenal murid dari segi aras kebolehan murid, kematangan, umur, dan minat.
Guru yang mengajar kepelbagaian aras dalam kelas bercantum harus
mengetahui beberapa aspek supaya guru dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif. Aspek-aspek tersebut akan dibincangkan di bawah.

Kumpulan strategik
Bahagikan murid kepada kumpulan pelbagai aras. Dengan pembentukkan
kumpulan pelbagai aras, murid digalakkan bergaul dan berinteraksi dalam
tugasan mereka. Contohnya, guru boleh memberi murid yang beraras rendah
aktiviti membaca, beraras tinggi pula aktiviti menulis dan aktiviti yang lain
bersesuaian dengan tahap murid.

Penyediaan sumber/bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai jenis dan
harus memberi cabaran kepada pembelajaran murid yang pelbagai aras.
Contohnya, lembaran kerja yang pelbagai jenis untuk digunakan dalam
kumpulan pelbagai aras. Lembaran kerja adalah berbentuk tugasan
berkumpulan, tugasan dengan bimbingan guru, tugasan individu dan tugasan
bimbingan rakan sebaya.

Pembelajaran kendiri
Dalam menjalankan aktiviti kumpulan, pada masa yang sama murid juga diberi
peluang untuk membuat pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri ini akan
menolong murid dalam mencapai objektif pembelajaran.

Meluangkan masa untuk murid berkeperluan khas.
Guru harus memastikan murid yang berkeperluan khas, bermasalah
pembelajaran, boleh mencapai kejayaan seperti murid lain. Memberi tugasan
yang khas dan memberi lebih perhatian individu kepada murid yang berkenaan.
Perhatian individu ini bergantung kepada tahap keperluan murid berkenaan.

21

Terdapat beberapa strategi pelbagai gred yang boleh digunakan untuk kelas
bercantum. Antaranya adalah seperti apa yang akan dibincangkan di bawah.

3.4.1 Pengajaran Seluruh Kelas

Dalam pengajaran seluruh kelas, guru mengajar semua kumpulan secara kelas.
Untuk strategi ini, guru merancang pengajaran dengan memilih topik yang
sesuai untuk semua murid dalam kelas. Dalam strategi ini, guru menyediakan isi
kandungan, hasil pembelajaran dan kaedah penyampaian pengajaran yang
sama. Sokongan rakan sebaya boleh diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu murid yang yang lebih tua boleh bekerjasama dengan murid
yang lebih muda. Contoh aktiviti pengajaran kelas, guru merancang untuk
mengajar nombor 1-10 kepada murid yang beraras rendah. Guru tersebut
menerangkan nombor dengan teknik bercerita kepada semua kumpulan dalan
bilik darjah. Semasa becerita guru melibatkan murid yang beraras lebih tinggi
menggunakan chart nombor dan menunjukkan nombor semasa guru menyebut
nombor itu semasa becerita.

3.4.2 Pembelajaran Arah Kendiri

Pembelajaran arah kendiri merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk
memenuhi keperluan pembelajaran individu. Murid diberi tanggungjawab bagi
pembelajaran mereka sendiri. Murid juga diberi peluang untuk belajar mengikut
keperluan mereka dan berinisiatif untuk belajar. Dalam kelas bercantum, lebih
daripada dua kumpulan murid akan terlibat aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam masa serentak. Oleh sebab itu, guru perlu merancang
pembelajaran arah kendiri kepada salah satu kumpulan murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan lancar. Contohnya, guru memberi
tugasan kepada sekumpulan murid untuk pembelajaran arah kendiri semasa
mengajar murid di kumpulan lain. Selepas tamat mengajar di kumpulan itu, guru
akan membimbing murid yang melaksanakan pembelajaran arah kendiri.

Pembelajaran arah kendiri boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti berikut:

 Memberikan murid tugasan. Contoh; kerja sekolah

 Memberikan murid projek di mana penglibatan semua murid adalah
maksimum. Contoh; projek sejarah.

Kelebihan pembelajaran arah kendiri:

 Murid akan mempunyai autonomi di atas pembelajaran mereka

22

 Kaedah ini boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar

 Ia boleh meningkatkan komitmen dan rasa tanggungjawab dalam diri
murid

 Murid belajar untuk menetapkan matlamat pembelajaran dan menilai
tahap pencapaian mereka sendiri

 Murid dididik untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Kelemahan

 Murid akan merasa terpinggir dan keliru kerana mereka berasa kurang
mendapat bimbingan daripada guru

3.4.3 Peer Tutoring
Peer tutoring atau bantuan rakan sebaya adalah penting dalan pelaksanaan
kelas bercantum. Bantuan rakan sebaya dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bantuan rakan sebaya
diperlukan apabila guru mengajar satu kumpulan dan pada masa yang sama
bantuan rakan sebaya diperlukan untuk kumpulan yang lain. Murid boleh
mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah
memahami konsep yang diajar oleh guru. Kaedah ini boleh dilaksanakan
menggunakan 3 cara:

 Murid yang lebih tua mengajar murid yang lebih muda (gred yang
berlainan)

 Murid yang lebih pandai mengajar murid yang kurang pandai (gred yang
sama)

 Dua orang rakan belajar bersama-sama dan saling berbincang untuk
memahami sesuatu tajuk atau topik yang dipelajari.

 Murid yang lemah akademik akan mengajar murid yang pandai tapi dalam
subjek lain yang mereka mahir. Contohnya, Pendidikan Seni

Beberapa panduan yang perlu dipatuhi oleh guru ketika melaksanakan peer
tutoring ialah:

 Guru perlu teliti dan berhati-hati ketika melantik murid yang akan menjadi
pembimbing.

23

 Guru perlu peka dengan hubungan antara murid yang menjadi
pembimbing dengan murid yang akan dibimbing untuk mengelakkan
konflik.

 Guru perlu memberi persediaan kepada murid yang akan menjadi
pembimbing.

 Kaedah peer tutoring tidak boleh dilaksanakan terlalu lama

 Menasihati murid yang menjadi pembimbing supaya tidak angkuh.

 Memberitahu ibubapa tentang pelaksanaan peer tutoring supaya mereka
sedar apa yang berlaku di dalam bilik darjah.

Kelebihan peer tutoring:

 Memberi ruang dan masa kepada guru untuk menekankan aspek-aspek
lain dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan lain terutama
ketika menyelesaikan masalah.

 Memberi peluang kepada murid yang pandai untuk mengasah bakat
sebagai pemimpin dan pembimbing

 Murid akan lebih memahami konsep dengan mendalam apabila menjadi
pembimbing

 Mampu meningkatkan kematangan dan hubungan interpersonal murid

3.4.4 Pengajaran Kumpulan

Di dalam kelas bercantum yang terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan,
murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan ketika pengajaran dan
pembelajaran. Pembahagian murid dalam kumpulan ini bergantung kepada
subjek yang diajar. Terdapat beberapa jenis kumpulan yang boleh dilaksanakan
dalam kelas bercantum iaitu:

 Between class ability

Amalan membahagikan murid kepada kelas-kelas yang berbeza berdasarkan
tahap keupayaan.

 Within class ability
Amalan membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan pengajaran kecil

 Pembelajaran kooperatif
24

3.4.5 Kolaborasi Dari Pelbagai Pihak
Pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru perlu
dilakukan sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti
pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif
antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh
membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah
untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti
kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk
memantapkan penyampaian guru. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan
guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson
demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support
system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar
sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).
Pihak sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan ibubapa murid dalam
melaksanakan kelas bercantum ini. Antara langkah-langkah yang boleh adalah:

 Mengadakan hari terbuka supaya murid boleh berbincang dengan
ibubapa dan guru tentang prestasi akademik mereka

 Mengadakan Khidmat Masyarakat
 Ibubapa turut membantu dalam penyediaan bahan bantu mengajar
 Menganjurkan aktiviti untuk mengutip dana
 Ibubapa turut terlibat dalam penilaian murid dan pemantauan kerja

sekolah
 Ibubapa turut menumbang kepakaran untuk mengajar berpasangan

dengan guru

25

4.0 Contoh Ringkasan Pengajaran Harian
4.1 Contoh Pengajaran Secara Kelas

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit

TAHUN TAHUN EMPAT DAN LIMA

STANDARD Tahun 4:
KANDUNGAN 2.1 Memasang dan membuka kit model

STANDARD Tahun 5:
PEMBELAJARAN
2.2 Memasang dan membuka kit model

Tahun 4:
2.1.1 Membaca dan memahami manua
2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi ala

kit model seperti pemutar skru m
sepana hujung terbuka.
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi
kerangka, suis dan pemegang ba

Tahun 5:
2.2.1 Membaca dan memahami manua
2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi ala

kit model.

2

l berfungsi

berfungsi secara elektromekanikal berpandukan manual.

al.
atan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka
mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan
i komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda,
ateri.

al.
atan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka

26

OBJEKTIF 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi
PEMBELAJARAN rantai, takal dan tali sawat, motor,
alat kawalan jauh.
RINGKASAN
Tahun 4 dan 5:
KEMAHIRAN Pada akhir pengajaran dan pembelajara
1. Membaca manual dengan betul.
ELEMEN 2. Menyatakan nama dan fungsi alatan
MERENTAS 3. Menyatakan nama dan fungsi kompo
KURIKULUM
BAHAN Murid dapat membaca manual, mengen
BANTU terdapat dalam kit model.
MENGAJAR
1. Membaca manual.
AKTIVITI 2. Mengenal pasti nama , fungsi alatan
PENGAJARAN DAN 3. Menggunakan alatan dengan betul.
PEMBELAJARAN
1. Keusahawanan (EK4) – pengetahua
2. Kreativiti – menggunakan kaedah ata
3. Nilai murni – bekerjasama, cermat ya

1. Kit model
2. Manual
3. Carta
4. Alatan tangan.

Set Induksi
Guru mempamerkan kit model yang
dengan murid.Guru mengaitkan jawa

Langkah 1
1. Guru mengedarkan kit model kepada
2. Murid membaca dan memahami man

2

komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan
r, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan

an murid dapat :
n tangan dengan betul.
onen kit model.

nalpasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen yang

n dan komponen kit model.

an teknologi
au prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul
akin, mematuhi peraturan dan bersungguh-sungguh

telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab
apan murid dengan pengajaran pada hari ini.

a setiap kumpulan.
nual kit model dengan bimbingan guru.

27

PENILAIAN ( HOTS – mentafsir )
PENGAJARAN
DAN Langkah 2
PEMBELAJARAN 1. Guru menerangkan nama, fungsi da
2. Murid menyatakan nama dan fungsi
PENGETAHUAN
SEDIA ADA kerangka, suis dan pemegang bater
3. Guru juga menerangkan nama dan
REFLEKSI
dan rantai, takal dan tali sawat, moto
dan alat kawalan jauh.

Langkah 3
1. Murid menamakan alatan tangan da

komponen kit model yang ditunjukka
2. Guru meminta murid memberikan be

contoh kegunaan komponen yang p
pada persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran den
terdapat di pasaran.

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk

Tahun 4:
Murid telah mempelajari berkaitan denga

Tahun 5:
Murid sudah mempelajari set binaan yan

2

an cara penggunaan alatan tangan dengan betul.
i komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda,
ri dengan bimbingan guru.
fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu
or, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor

an
an oleh guru.
eberapa
pernah dilihat

ngan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang

uk dilengkapkan seperti lampiran.

an kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

ng ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

28

4.2 Contoh Pengajaran Secara Kumpulan

TAJUK 1.0 ORGANISASI DAN KESELAMATA
BENGKEL

MASA 60 minit

TAHUN EMPAT
STANDARD
KANDUNGAN 1.1 Mengenal pasti struktur organisa
STANDARD 1.2 Mengenal pasti peraturan dan ke
PEMBELAJARAN
bengkel
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi b
1.1.2 berpandukan carta.
1.2.1 Membina jadual tugas berpanduk
1.2.2 organisasi bengkel.
Menyatakan peraturan dan kesel
diri, alatan dan bahan berpanduk
Mengamalkan peraturan dan kes
ketika berada di dalam bengkel b
peraturan keselamatan

Pada akhir pengajaran dan pembelajara
dapat :
1. Menyediakan struktur organisasi ben
2. Menyatakan cara menyimpan alatan

dengan selamat.
3. Mengamalkan langkah keselamatan

menjalankan aktiviti.

2

AN 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

LIMA

asi bengkel 5.1 Menanam benih dalam bekas
eselamatan

bengkel 5.1.1 Memilih biji benih yang baik
berdasarkan ciri-ciri seperti cukup
kan struktur matang, bernas, berbentuk normal dan
tidak diserang perosak.
lamatan am,
kan carta.
selamatan
berpandukan

an murid Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
murid dapat :
ngkel. 1. Menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik.
dan bahan 2. Memberi maksud setiap ciri tersebut

semasa dengan ringkas.
3. Memilih biji benih yang baik dengan

betul.

29

RINGKASAN 1. Murid dapat mengenal pasti dan
mengamalkan peraturan dan kes
KEMAHIRAN
2. Guru dan murid membincangkan
ELEMEN dan spesimen sebenar. Murid-m
MERENTAS menunjukkan cara memilih biji
KURIKULUM bimbingan guru.

BAHAN Tahun 4
BANTU 1. Boleh berperanan dalam organisasi.
MENGAJAR 2. Mengamalkan langkah keselamatan

Tahun 5
1. Mengenal pasti ciri-ciri biji benih yang
2. Memilih biji benih yang baik.

1. Keusahawanan:
EK5 - Prinsip tanggungjawab social (
EK 2 - Daya kreativiti dan inovasi (pe

2. Kreativiti :
Pemilihan idea terbaik dan rasional.

3. Nilai murni – Berdisiplin dan mematu
Kerjasama, yakin, tekun

Tahun 4:
1. Carta keselamatan
2. Kotak pertolongan cemas
3. Alat pemadam api
4. Apron
5. Panel alatan.

3

menyediakan struktur organisasi bengkel serta dapat
selamatan bengkel.
n ciri-ciri biji benih yang baik berdasarkan tayangan Power Point
murid menerangkan setiap ciri biji benih dengan ringkas. Guru
benih yang baik, kemudian murid memilih biji benih dengan

semasa menjalankan aktiviti.

g baik.

(Tahun 4)
emilihan idea terbaik) (Tahun 5)

uhi peraturan
n dan sabar

Tahun 5:
1. Spesimen sebenar
2. Bekas plastik
3. Power Point
4. Lembaran kerja

30

AKTIVITI Set Induksi
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN Kelas: Tahun 4 dan 5

Guru menceritakan kepentingan untuk m
Pemimpin sebagai contoh teladan kepad

Langkah 1

Kumpulan: Tahun 4

1. Guru menunjukkan satu contoh carta
jawatan seperti fomen, penolong fom

2. Guru melantik fomen dan penolong f
3. Guru mengedarkan lembaran kerja k

Kumpulan: Tahun 5

1. Guru menunjukkan beberapa spesim
mereka lihat seperti contoh berikut :
a. Apakah yang anda lihat ini?
Jawapan: Biji benih

2. Guru memulakan aktiviti kumpulan de
3. Murid diminta mengasingkan biji beni

3

melantik seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.
da organisasi.

a organisasi bengkel dan menerangkan tugas-tugas bagi setiap
men dan ketua kumpulan.

omen.
kepada murid.
men biji benih. Guru menyoal murid mengenai spesimen yang

engan mengagihkan beberapa spesimen biji benih.
ih baik dan rosak dalam kumpulan.

31

PENILAIAN Langkah 2
PENGAJARAN
DAN Kumpulan: Tahun 4
PEMBELAJARAN
1. Guru menerangkan peraturan dan ke
PENGETAHUAN 2. Guru menerangkan kepentingan peti
SEDIA ADA 3. Guru mengedarkan lembaran peratur

Kumpulan: Tahun 5

1. Setelah selesai aktiviti murid men
benih baik dan rosak.

2. Murid menjawab lembaran kerja

Penutup

Kelas: Tahun 4 dan 5
Guru membuat rumusan tentang pelajar
dapat melengkapkan tugasan yang diber

Tahun 4:
2. Guru mengedarkan satu lampiran str

untuk dilengkapkan.
3. Murid menyenaraikan jenis-jenis tuga

Tahun 5:
1. Murid dinilai melalui aktiviti memilih b
2. Lembaran kerja.

Tahun 4:
Murid telah didedahkan dengan peratura

3

eselamatan am, diri, alat dan bahan.
i pertolongan cemas dan alat pemadam api.
uran dan keselamatan.

ngasingkan spesimen biji benih, guru menerangkan tentang biji
secara individu.

ran hari ini dan memberi penghargaan kepada murid yang
eri.
ruktur organisasi bengkel yang kosong kepada setiap murid
asan di dalam bengkel.
biji benih yang baik dengan betul.

an-peraturan yang perlu dipatuhi di sekolah.

32


Click to View FlipBook Version
Previous Book
90-Soalan-Kata-Bantu-Berserta-Jawapan
Next Book
PAKAIAN_AKADEMIK_LENGKAP