ARAHAN PENTADBIRAN DALAMAN BILANGAN 1 TAHUN 2019
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
Tujuan 1
Latar Belakang 1
A. ARAHAN PENTADBIRAN DALAMAN 2019
(i) BAJET BERASASKAN OUTCOME 2
(1) Pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) Di JPA
(ii) PENGURUSAN BAJET 4
4
(1) Anggaran Perbelanjaan Mengurus JPA 5
(2) Anggaran Perbelanjaan Pembangunan JPA
(3) Mekanisma kawalan Pengurusan Projek Pembangunan 7
7
Fizikal Kerajaan Persekutuan
(4) Pematuhan Panduan Pengurusan Lanjutan Masa (EOT) 8
(5) Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahunan
9
(iii) LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN
PERBELANJAAN 10
(1) Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/ 11
Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar/ Bengkel 12
12
(2) Kadar Penyediaan Makan dan Minum Mesyuarat serta 12
Kursus 12
13
(3) Kelayakan Tiket Penerbangan dan Bertugas Rasmi di
Luar Kawasan
(4) Keurusetiaan Mesyuarat
(5) Perjawatan
(6) Pengambilan Pelajar Latihan Industri/ Praktikal
(7) Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(8) Penggunaan Kertas Cetak Dan Aktiviti Pencetakan
(9) Penggunaan Utiliti
(10) Penggunaan Peralatan/ Bekalan Pejabat 14
(11) Penggunaan Kenderaan Jabatan 15
(12) Kawalan Tuntutan Elaun Lebih Masa 15
(13) Kawalan Tuntutan Yang Lewat Dikemukakan Untuk 17
Bayaran 18
(14) Tuntutan Perjalanan Dengan Menggunakan Kenderaan
18
Peribadi 19
(15) Tuntutan Tambang Teksi/ e-Hailing 19
(16) Tuntutan Bayaran Penginapan Dalam Stesen 20
(17) Tuntutan Belanja Pelbagai
(18) Tuntutan Bayaran Balik Kemudahan Alat Komunikasi 23
23
Mudah Alih dan/ Atau Caj Penggunaan Bulanan Bagi 25
Kegunaan Rasmi
25
(19) Pembayaran Di Bawah AP58(a) 25
(20) Pesanan Tempatan (LO) 26
(21) Pentadbiran Kontrak 26
Pengecualian 27
Tarikh Kuat Kuasa
Pembatalan 32
Pemakaian
B. KERANGKA KEBERHASILAN JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM
C. BAJET JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2019
ARAHAN
PENTADBIRAN
DALAMAN (APD)
2019
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
__________________________________________
ARAHAN PENTADBIRAN DALAMAN BILANGAN 1 TAHUN 2019
__________________________________________
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN
TUJUAN
1. Arahan Pentadbiran Dalaman ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan 1
kepada semua Bahagian mengenai penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut peraturan yang telah ditetapkan
berasaskan prinsip perbelanjaan secara berhemat bagi menjimatkan perbelanjaan
awam yang menjadi teras kepada pengurusan kewangan Kerajaan pada masa ini.
LATAR BELAKANG
2. JPA telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Dalaman Bilangan 1 Tahun
2018 : Garis Panduan Pengurusan Kewangan. Arahan Pentadbiran Dalaman ini
dikeluarkan bertujuan untuk mengawal perbelanjaan Jabatan dan mengamalkan prinsip
perbelanjaan secara berhemat.
3. Justeru, bagi memantapkan lagi pengurusan kewangan dan kawalan
perbelanjaan JPA supaya berada pada tahap yang optimum, JPA telah mengemaskini
serta menetapkan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam Arahan
Pentadbiran Dalaman Bilangan 1 Tahun 2019 ini.
1
PELAKSANAAN PERATURAN
(A) BAJET BERASASKAN OUTCOME
(1) Pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) Di JPA
(a) Semua Ketua Aktiviti/ Pengurus Program di JPA diminta memberi
perhatian kepada kepada pelaksanaan pekeliling berkaitan
Outcome Based Budgeting (OBB) yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) iaitu 1PP/PB1.1 (Bajet
Berasaskan Outcome).
(b) Senarai Ketua/Pengurus Program dan Ketua Aktiviti bagi 2
pelaksanaan OBB di JPA adalah seperti di LAMPIRAN A. Semua
Ketua Aktiviti/ Pengurus Program perlu menubuhkan jawatankuasa
untuk memantau pelaksanaan OBB dan pencapaian keberhasilan
di peringkat Program dan Aktiviti. Jawatankuasa tersebut adalah
seperti berikut:
i. Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Program
(Programme Performance Management Committee –
PPMC)
PPMC hendaklah dipengerusikan oleh Ketua/ Pengurus
Program dan bertanggungjawab untuk memantau
pelaksanaan serta pencapaian keberhasilan Program; dan
ii. Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Aktiviti
(Activity Performance Management Committee – APMC)
APMC hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Aktiviti dan
bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan serta
pencapaian keberhasilan Aktiviti.
2
(c) Di bawah pelaksanaan OBB, seorang Ketua/Pengurus di peringkat 3
Program atau Aktiviti perlu bertanggungjawab untuk bersetuju dan
mengesahkan akauntabiliti masing-masing melalui Perjanjian
Prestasi.
(d) Justeru, setiap Ketua/ Pengurus Program dan Ketua/ Pengurus
Aktiviti perlu memastikan Templat Strategik OBB JPA yang
dibangunkan adalah menepati konsep asas OBB dan sentiasa
dikemaskini. Selain itu, penilaian hendaklah dibuat ke atas
pelaksanaan Program/Aktiviti di bawah seliaan masing-masing
bagi mengukur pencapaian prestasi dan membuat
pengubahsuaian yang sewajarnya, sekiranya perlu. Templat
Strategik OBB JPA yang telah dibangunkan ialah:
(i) Ringkasan Eksekutif Kementerian (Ministry Executive
Summary - MES) dalam konteks ini merupakan dokumen
perancangan strategik sasaran pencapaian outcome dan
output serta prestasi kewangan JPA;
(ii) Kerangka Pengurusan Prestasi Program (Programme
Performance Framework - PPMF) iaitu dokumen
perancangan strategik, penyediaan bajet, serta
pemantauan dan penilaian di peringkat Program. PPMF
disokong oleh Lembaran Bajet Program (Programme
Budget Sheet - PBS) yang mengandungi butiran terperinci
anggaran perbelanjaan sesuatu Program; dan
(iii) Kerangka Pengurusan Prestasi Aktiviti (Activity
Performance Management Framework – APMF)
merupakan dokumen perancangan strategik, penyediaan
bajet serta pemantauan dan penilaian di peringkat Aktiviti.
APMF disokong oleh Lembaran Bajet Aktiviti (Activity
Budget Sheet – ABS) yang mengandungi butiran terperinci
anggaran perbelanjaan sesuatu Aktiviti.
3
(e) Pelaporan hendaklah dikemukakan bagi tujuan pengesahan di
setiap peringkat Jawatankuasa iaitu di peringkat APMF dan PPMF
setiap suku tahun. Dapatan pengesahan ini pula perlu
dimuktamadkan di peringkat pengurusan tertinggi JPA dan
dikemukakan kepada MoF sebulan selepas setiap suku tahun
berakhir.
(B) PENGURUSAN BAJET 4
(1) Anggaran Perbelanjaan Mengurus JPA
(a) Bahagian-bahagian dibenarkan membuat perbelanjaan
sepertimana yang diluluskan dalam Anggaran Perbelanjaan
Mengurus Tahunan yang diluluskan dan perlu mengawasi
perbelanjaan mengurus di bawah kawalannya supaya tidak
melebihi jumlah yang telah diluluskan dalam anggaran
tersebut;
(b) Sebarang perubahan perancangan dan perbelanjaan Bahagian
hendaklah ditanggung menggunakan peruntukan sedia ada
yang telah diluluskan tanpa peruntukan tambahan; dan
(c) Peruntukan di bawah Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan One-off
untuk Bahagian-Bahagian yang tidak mencapai prestasi
perbelanjaan 80% dan ke atas menjelang akhir suku tahun ketiga
(sehingga 30 September, setiap tahun), akan ditarik balik bagi
menampung keperluan lain.
(2) Anggaran Perbelanjaan Pembangunan JPA
(a) Pemilik projek/program/kajian adalah dibenarkan membuat
perbelanjaan seperti yang diluluskan dalam Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan Tahunan yang diluluskan. Walau
4
bagaimanapun, komponen/item perbelanjaan yang hendak 5
dilaksanakan hendaklah mematuhi skop projek/program/kajian
yang telah dipersetujui semasa sesi pemeriksaan bajet
bersama pihak Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi (UPE, KHEE); dan
(b) Jumlah yang dikeluarkan bagi setiap Maksud atau Butiran pada
setiap masa tidak boleh melebihi jumlah anggaran kos projek
kecuali setelah mendapat kelulusan UPE, KHEE terlebih dahulu.
(3) Mekanisme Kawalan Pengurusan Projek Pembangunan Fizikal
Kerajaan Persekutuan
(a) Bahagian adalah bertanggungjawab memastikan pematuhan
1PP/PK2.3 berhubung penambahbaikan ke atas mekanisme
pengurusan projek pembangunan fizikal Kerajaan Persekutuan
sentiasa dipatuhi. Tindakan tegas akan diambil ke atas Bahagian
yang gagal mematuhi mekanisme baharu ini dan pegawai yang
bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana
cuai dalam melaksanakan peraturan Kerajaan;
(b) Bahagian hendaklah merujuk kepada Bahagian Khidmat
Pengurusan (BKP) sekiranya perlu membuat Notis Perubahan
(NOC) yang tidak melibatkan penambahan kos, perubahan
lokasi dan pertukaran projek;
(c) Sekiranya projek yang telah diluluskan tetapi proses perolehan
tidak dapat dimulakan mengikut perancangan/jadual yang
ditetapkan, Bahagian hendaklah mengembalikan peruntukan
yang belum dibelanjakan kepada BKP bagi memastikan prestasi
perbelanjaan 100% dapat dicapai. Bahagian perlu memastikan
semua urusan perolehan diselesaikan selewat-lewatnya pada
31 Julai;
5
(d) Sebarang penjimatan dan baki daripada peruntukan yang 6
diluluskan tidak boleh dipindahkan bagi kegunaan
projek/program lain serta hendaklah dikembalikan kepada BKP
selewat-lewatnya pada 30 Ogos;
(e) Bahagian dilarang meluluskan Arahan Perubahan Kerja dan
pertambahan skop perkhidmatan perunding kecuali bagi
perkara-perkara yang dinyatakan dalam 1PP/PK 2.3/perenggan
3.1;
(f) Bahagian adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi tatacara
perolehan perkhidmatan perunding yang berkuat kuasa;
(g) Bahagian hendaklah merujuk kepada BKP dan Penasihat
Undang-Undang, JPA untuk memastikan klausa perjanjian piawai
perunding berkaitan penetapan yuran perkhidmatan perunding dan
klausa lain yang berkaitan dibuat pindaan sewajarnya bagi
memastikan kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara;
(h) Bagi memastikan perolehan projek pembangunan di JPA
dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti, Bahagian adalah
diingatkan supaya melaksanakan urusan perolehan yang
bertepatan dengan nilai projek. Sekiranya perolehan projek
hendak dilaksanakan melalui kaedah selain yang ditetapkan dalam
peraturan perolehan Kerajaan, maka kelulusan daripada MoF
hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Ini bagi memastikan supaya
tidak berlaku pelaksanaan projek yang boleh ditafsirkan
sebagai pecah kecil bagi mengelak sebut harga atau tender; dan
(i) Bagi tujuan pemantauan kemajuan projek pembangunan,
Bahagian perlu mengemukakan laporan prestasi perbelanjaan
dan status kemajuan projek kepada BKP pada hari Isnin, setiap
dua (2) minggu.
6
(4) Pematuhan Panduan Pengurusan Lanjutan Masa (EOT)
(a) Bahagian adalah bertanggungjawab memastikan panduan
pengurusan EOT sentiasa dipatuhi;
(b) Sekiranya Bahagian menjangkakan tempoh penyiapan kerja
sesuatu projek akan terlewat, punca-punca berlakunya kelewatan
perlu diteliti. EOT hanya diberi sekiranya terbukti punca-punca
kelewatan adalah di luar kawalan kontraktor; dan
(c) Tindakan tatatertib/surcaj atau undang-undang boleh 7
dikenakan apabila sekiranya berlakunya kecuaian (negligence)
sama ada oleh pihak Bahagian, Pegawai Yang Diberi Kuasa
(PYDK), Pegawai Penguasa (P.P.) atau firma perunding dalam
melaksanakan tugas yang menjadi punca kepada berlakunya
kelewatan dan pemberian EOT.
(5) Penyediaan Anggaran Perbelanjaan Tahunan
Bahagian dan Agensi perlu menyediakan perancangan perbelanjaan
masing-masing sama ada yang akan dipohon di bawah peruntukan
Perbelanjaan Mengurus atau Perbelanjaan Pembangunan dengan
merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MoF pada
setiap awal tahun di samping merujuk kepada semua
arahan/pekeliling semasa yang berkuat kuasa.
7
(C) LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN
(1) Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/ Mesyuarat/
Persidangan/ Seminar/ Bengkel
(a) Dalam menganjurkan Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/
Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar/ Bengkel Jabatan, Bahagian-
bahagian hendaklah:
(i) Menggabungkan beberapa program dalam satu
penganjuran bagi mengoptimumkan sumber kewangan
dan tenaga kerja;
(ii) Semua Bahagian perlu mengoptimumkan penggunaan 8
Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) bagi penganjuran
program/kursus/bengkel/latihan dan sebagainya. Sekiranya
terdapat keperluan untuk diadakan selain daripada lokasi
yang dinyatakan diatas, ia perlu dirujuk kepada pihak
Pejabat Belanjawan Negara (NBO), MoF untuk
pertimbangan dan kelulusan terlebih dahulu. Proses
permohonan terlibat adalah seperti berikut:
Bil. Perkara Tindakan
1. Permohonan Bahagian kepada Bahagian-bahagian
PBU
2. Ulasan BKP
(tempoh proses 1 hari) Sektor Belanjawan,
3. Perakuan TKPPA(O) BKP
4. Dipanjangkan ke NBO,MoF
(Jangkaan tempoh keputusan
diperoleh: 3 hari bekerja) NBO, MoF
5. Keputusan NBO, MoF ke BKP
6. Dipanjangkan ke Bahagian yang Sektor Belanjawan,
memohon BKP
(iii) Pemberian doorgift untuk program/aktiviti adalah tidak
dibenarkan; dan
8
(iv) Penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) adalah
terhad bagi program melibatkan perasmian oleh KPPA, KSN
atau Anggota Pentadbiran berkaitan.
(v) Jamuan hendaklah diadakan secara sederhana dengan
tidak melebihi kadar berikut:
Bil. Perkara Kadar (RM)
1. Jamuan ringan 10.00
2. Makan tengah hari 40.00
3. Makan malam 50.00
JUMLAH 100.00
(vi) Perkara-perkara berikut adalah tidak dibenarkan: 9
(a) membuat gimik pelancaran yang melibatkan implikasi
kewangan;
(b) menggunakan perkhidmatan event manager; dan
(c) pembelian baju korporat/ baju seragam.
(vii) Pemberian cenderamata tidak dibenarkan tetapi sekiranya
benar-benar perlu, hendaklah dihadkan kepada buku, kraf
tangan tempatan, produk makanan tempatan atau produk
JPA.
(2) Kadar Penyediaan Makan dan Minum Mesyuarat serta Kursus
(a) Penyediaan makanan dan minuman bagi mesyuarat hanya
disediakan kepada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (KPPA) atau mesyuarat yang melibatkan jemputan
pegawai dari luar JPA;
(b) Bagi tujuan penyelarasan dan mengambil kira dasar semasa
Kerajaan, kadar maksimum penyediaan makanan dan minuman
9
bagi mesyuarat/ kursus hendaklah tidak melebihi daripada
kadar yang ditetapkan seperti berikut:
Bil. Perkara Kadar (RM)
Sesi Jamuan 8.00
1. Pagi 15.00
2. Tengah Hari 7.00
3. Petang 15.00
4. Malam
20.00
Pakej Jamuan 25.00
1. Pagi – Tengah Hari (2 Kali) 35.00
2. Pagi – Petang (3 Kali)
3. Pagi – Malam (4 Kali)
(3) Kelayakan Tiket Penerbangan dan Bertugas Rasmi di Luar Kawasan
(a) Kelayakan tempat duduk penerbangan untuk perjalanan domestik
adalah seperti berikut:
Gred Jawatan Kelas Penerbangan 10
54 dan ke atas Perniagaan
52 dan ke bawah Ekonomi
(b) Kelayakan tempat duduk penerbangan untuk perjalanan luar negeri
(antarabangsa) adalah seperti berikut:
Gred Jawatan Kelas Penerbangan
Utama/ Khas C dan ke atas Perniagaan
Ekonomi
54 dan ke bawah
Nota:
Syarat-syarat lain tempahan tiket adalah kekal seperti mana yang digariskan
dalam 1PP/WP1.4 - Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan
Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas
Rasmi (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota Polis).
(c) Bahagian-Bahagian perlu menyusun semula aktiviti perjalanan
dalam dan luar negeri;
(d) Bilangan pegawai yang dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat/
program di luar kawasan hendaklah dihadkan;
10
(e) Pengarah Bahagian/ Ketua PTJ digalakkan untuk mengarahkan
pegawai menggunakan kemudahan syarikat penerbangan
tambang murah dan tempahan tiket tambang murah secara dalam
talian yang memberikan lebih penjimatan kepada Kerajaan,
serta menaiki kelas ekonomi walaupun mempunyai kelayakan
kelas penerbangan yang lebih tinggi;
(f) Dalam melaksanakan konsep let managers manage, Bahagian
dibenarkan untuk menentukan sendiri penggunaan syarikat
penerbangan MAS, AirAsia atau mana-mana syarikat yang
dibenarkan bagi perjalanan domestik untuk urusan rasmi; dan
(g) Bahagian perlu merancang perbelanjaan bagi memastikan 11
peruntukan yang diluluskan di bawah OS21000 (Perbelanjaan
Perjalanan dan Sara Hidup) mencukupi bagi melaksanakan
program-program yang telah dirancang sepanjang tahun. Tiada
peruntukan tambahan di bawah OS21000 akan disalurkan.
(4) Keurusetiaan Mesyuarat
(a) Bahagian hendaklah menyelaraskan supaya mesyuarat yang
mempunyai ahli yang sama digabungkan dalam satu
penganjuran;
(b) Keutamaan pelaksanaan mesyuarat adalah di dalam kawasan ibu
pejabat/ premis milik Kerajaan; dan
(c) Edaran panggilan mesyuarat, edaran minit mesyuarat dan
maklumat tambahan mesyuarat hendaklah dibuat melalui e-mel
rasmi Jabatan sahaja bagi mengurangkan penggunaan kertas.
11
(5) Perjawatan
Pelantikan pegawai kontrak baharu di bawah peruntukan Objek Sebagai
29000 (OS29000) adalah tidak dibenarkan kecuali bagi penggantian
atau pembaharuan kontrak pegawai.
(6) Pengambilan Pelajar Latihan Industri/ Praktikal
Bahagian perlu menghadkan pengambilan dan mengutamakan bidang
yang berkaitan dengan Bahagian tertakluk kepada peruntukan
Bahagian mencukupi. Bahagian hendaklah meneliti dan merancang
supaya pengambilan pelajar latihan industri/praktikal memberikan nilai
tambah kepada Kerajaan.
(7) Pekerja Sambilan Harian (PSH) 12
Bahagian hendaklah merancang penggunaan tenaga manusia yang
optimum di Bahagian masing-masing. Pengambilan PSH adalah
dihadkan kepada 2 kali sahaja bagi tempoh 6 bulan serta terhad
kepada perkhidmatan yang kritikal dan spesifik sahaja.
(8) Penggunaan Kertas Cetak Dan Aktiviti Pencetakan
(a) Dokumen yang telah dimuktamadkan seperti minit mesyuarat,
kertas kerja, memo dalaman dan sebagainya hendaklah dicetak
secara dua belah muka surat. Bagi draf dokumen, ia hendaklah
dicetak menggunakan kertas terpakai;
(b) Edaran dokumen hendaklah dibuat melalui e-mel;
(c) Cetakan dokumen berwarna hanya dibenarkan untuk
program/aktiviti yang melibatkan kepentingan/penyertaan Jabatan
di peringkat Kebangsaan/Negeri atau melibatkan kehadiran
Menteri/ KSN/ KPPA/ Ketua Setiausaha (KSU)/ Timbalan Ketua
12
Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA) atau setaraf sahaja.
Cetakan berwarna hanya dibenarkan kepada tetamu kehormat;
(d) Cetakan helaian berwarna yang melibatkan fakta-fakta
perbandingan seperti carta dan graf dalam laporan/ buletin/
majalah/ risalah/ poster/ kalendar aktiviti/ buku atur cara adalah
dibenarkan; dan
(e) Pegawai tidak dibenarkan membuat cetakan untuk tujuan
peribadi.
(9) Penggunaan Utiliti
(a) Pada hari bekerja, lampu akan beroperasi mulai pukul 6.30 pagi 13
hingga 6.30 petang. Manakala, sistem penyaman udara akan
beroperasi mulai pukul 7.00 pagi hingga 5.30 petang;
(b) Permohonan pelanjutan tempoh operasi penggunaan lampu dan
sistem penyaman udara untuk menjalankan urusan rasmi seperti
mesyuarat, kerja lebih masa dan sebagainya hendaklah diperolehi
daripada Unit Teknikal, Sektor Logistik dan Fasiliti, BKP
melalui e-mel selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari
pada hari pelanjutan masa diperlukan;
(c) Sekiranya perlu menjalankan urusan rasmi pada hari Sabtu, Ahad
dan Hari Kelepasan Am, permohonan penggunaan lampu dan
sistem penyaman udara hendaklah dikemukakan kepada Unit
Teknikal, Sektor Logistik dan Fasiliti, BKP melalui e-mel
sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum diperlukan. Tempoh
penggunaan dihadkan lima (5) jam sahaja daripada pukul 9.00
pagi hingga 2.00 petang dan hanya bagi tugas yang melibatkan
lebih daripada 10 orang pegawai di aras berkenaan. Sekiranya
tugas-tugas hendak dijalankan melebihi tempoh tersebut, surat
kebenaran/kelulusan daripada Pengarah/Timbalan Pengarah
Bahagian hendaklah dikemukakan bersama;
13
(d) Penggunaan air hendaklah secara berhemat. Sekiranya terdapat
kebocoran paip, Bahagian perlu melaporkan segera kepada Unit
Teknikal, Sektor Logistik dan Fasiliti, BKP;
(e) Setiap pegawai perlu memastikan pili paip ditutup dengan kemas
selepas digunakan bagi mengelakkan pembaziran;
(f) Bahagian hendaklah memastikan lampu bilik gunasama, bilik
pegawai dan tandas dipadamkan sekiranya tidak digunakan;
dan
(g) Penggunaan telefon pejabat hanya dibenarkan untuk urusan rasmi 14
sahaja. Penggunaan telefon bagi urusan peribadi adalah tidak
dibenarkan.
(10) Penggunaan Peralatan/ Bekalan Pejabat
(a) Stok peralatan pejabat hendaklah dipesan dalam kuantiti yang
munasabah;
(b) Pegawai hendaklah menggunakan alat tulis yang dibekalkan
secara berhemat;
(c) Kelengkapan pejabat seperti komputer dan mesin fotostat
hendaklah dipadamkan apabila tidak digunakan selepas tamat
waktu bekerja; dan
(d) Bahagian perlu memastikan aktiviti memuat turun video dari
laman web dipantau secara serius khususnya melibatkan
komputer yang dibiarkan tidak dipadam sepanjang malam.
14
(11) Penggunaan Kenderaan Jabatan
(a) Bagi program di luar Jabatan yang melibatkan lebih daripada
seorang pegawai di tempat yang sama, pegawai diwajibkan
untuk berkongsi kenderaan Jabatan yang disediakan;
(b) Sekiranya kenderaan Jabatan tidak disediakan, pegawai boleh
menggunakan kenderaan sendiri dan digalakkan untuk
berkongsi kenderaan (car pool) ke program yang dianjurkan di
luar Jabatan bagi mengoptimumkan perbelanjaan;
(c) Urusan tempahan bas untuk aktiviti Jabatan hendaklah
dikemukakan oleh Bahagian-bahagian kepada Sektor Logistik
dan Fasiliti, BKP selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja
sebelum aktiviti dilaksanakan;
(d) Sekiranya berlaku pembatalan tempahan bas, ia hendaklah 15
dimaklumkan kepada Sektor Logistik dan Fasiliti, BKP
selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum aktiviti
dijalankan. Ini bagi membolehkan penggunaan bas tersebut
ditawarkan kepada Bahagian lain yang menanti tempahan; dan
(e) Urus setia hendaklah merancang keperluan penggunaan bas
daripada segi kesesuaiannya dengan bilangan penumpang.
Pengesahan peserta menaiki bas hendaklah dibuat oleh pihak
urus setia bagi memastikan penggunaan bas tidak menyebabkan
pembaziran wang Kerajaan.
(12) Kawalan Tuntutan Elaun Lebih Masa
(a) Arahan untuk melaksanakan kerja lebih masa hendaklah
dikeluarkan oleh Ketua Sektor/ Unit/ Pusat sahaja;
15
(b) Had tuntutan elaun lebih masa bagi Hari Bekerja (Isnin hingga
Jumaat) adalah tidak melebihi tiga (3) jam. Manakala, had
tuntutan elaun lebih masa bagi hari Sabtu, Ahad dan Hari
Kelepasan Am adalah bagi tempoh lima (5) jam sahaja;
(c) Walau bagaimanapun, jumlah maksimum tuntutan Elaun
Lebih Masa yang dibenarkan adalah 1/3 daripada gaji pokok
pegawai. Kerja lebih masa yang dilaksanakan melebihi had
maksimum tersebut hendaklah diganti dengan Cuti Gantian;
(d) Pemandu Kenderaan, kakitangan yang menjalankan tugas secara
giliran (shift) di JPA, kakitangan Unit Teknikal, BKP dan
kakitangan Sektor Gaji dan Bayaran, BKP tidak tertakluk kepada
arahan seperti yang dinyatakan di perenggan 12 (b) dan 12 (c);
(e) Kakitangan INTAN termasuk Kampus Wilayah yang bertugas di 16
Unit Sajian, Unit Penginapan, Unit Khidmat Sokongan, Unit
Kewangan dan juga yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan majlis rasmi serta pengendalian kursus jangka
panjang (melebihi 3 hari) yang memerlukan pengurusetiaan
melebihi waktu bekerja, adalah tidak tertakluk kepada arahan
seperti yang dinyatakan di perenggan 12 (b) dan 12 (c);
(f) Tuntutan Elaun Lebih Masa perlu dikemukakan tidak lewat dari
15 hari bulan dalam bulan yang berikutnya bagi membolehkan
bayaran diproses dengan segera dan seterusnya mengelakkan
bayaran tertunggak;
(g) Bagi tujuan rekod dan semakan tuntutan Elaun Lebih Masa,
Pegawai yang bekerja di sekitar Ibu Pejabat DIWAJIBKAN
mengimbas pas keselamatan pada waktu mula dan tamat bekerja;
(h) Sebarang pindaan terhadap jumlah tuntutan Elaun Lebih Masa
yang telah disemak oleh Sektor Gaji dan Bayaran, BKP atau unit
16
Kewangan INTAN, pelarasan bayaran akan terus dibuat tanpa
dimaklumkan kepada pegawai; dan
(i) Sebarang pengecualian daripada Arahan Pentadbiran Dalaman ini
perlu disokong oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
dan mendapat kelulusan TKPPA(O).
(13) Kawalan Tuntutan Yang Lewat Dikemukakan Untuk Bayaran
(a) Berdasarkan kepada Surat MoF, KK/BP/WA1/10/459/81/22 Jld.25
bertarikh 20 Disember 2011, JPA telah diberi pengecualian
daripada Arahan Perbendaharaan AP100(a) dan 100(b) untuk
membuat tuntutan perjalanan dua (2) kali sebulan;
(b) Pegawai yang membuat tuntutan perjalanan sekali sebulan 17
hendaklah mengemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum
15 haribulan bulan berikutnya. Manakala, pegawai yang ingin
membuat tuntutan perjalanan dua (2) kali sebulan mesti
mematuhi tarikh-tarikh berikut:
Perkara Tempoh Tarikh Penghantaran ke BKP
Tuntutan 1 – 15 Dikemukakan selewat-lewatnya pada
Pertama haribulan atau sebelum 25 haribulan bulan
Tuntutan 16 - 30/31 berkenaan
Kedua haribulan Dikemukakan selewat-lewatnya pada
atau sebelum 10 haribulan bulan
berikutnya
(c) Sebarang tuntutan untuk bulan semasa yang diterima oleh Unit
Kewangan PTJ yang melewati tarikh seperti jadual di perenggan
14 (b), tidak akan diproses dan sebarang rayuan yang
berkaitan tidak akan dilayan. Sebagai contoh, tuntutan bulan
Januari dikemukakan pada bulan Mac tidak akan diproses; dan
17
(d) Setiap tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan bersama-
sama dokumen sokongan/surat arahan bertugas.
(14) Tuntutan Perjalanan Dengan Menggunakan Kenderaan Peribadi
(a) Pegawai yang bertugas ke luar pejabat bagi jarak perjalanan
melebihi 240 kilometer sehala serta menggunakan kenderaan
sendiri hendaklah mencatatkan nama pegawai lain yang
menumpang kenderaan beliau (sekiranya ada) dalam borang
tuntutan. Ini bagi memastikan tuntutan yang sama tidak
dikemukakan oleh pegawai yang menumpang kenderaan
berkenaan;
(b) Bagi pegawai yang membuat perjalanan dengan menggunakan 18
kenderaan peribadi, tuntutan perjalanan hendaklah dihitung
dengan kaedah pengiraan perbatuan ataupun tuntutan tambang
gantian (sekiranya perjalanan melebihi 240km) dan memerlukan
kelulusan daripada Pengarah/Timbalan Pengarah Bahagian
masing-masing dengan menggunakan borang seperti di
LAMPIRAN B;
(c) Pengiraan jarak perbatuan adalah berdasarkan carian melalui
Google Maps dan penambahan hanya dibenarkan +/- 1 hingga 5
kilometer sahaja; dan
(d) Arahan ini hendaklah terpakai kecuali pegawai berkenaan
diarahkan/ dikehendaki menggunakan kenderaan lain.
(15) Tuntutan Tambang Teksi/ e-Hailing
(a) Tuntutan tambang teksi/ e-hailing hendaklah dikemukakan berserta
dengan resit bercetak yang asal dan dikeluarkan oleh syarikat
teksi/ e-hailing serta telah disahkan atas urusan rasmi Kerajaan;
dan
18
(b) Bagi tuntutan tanpa resit atas urusan rasmi Kerajaan, BKP boleh
menolak/meminda kepada amaun yang lebih munasabah atau
dibayar berdasarkan tuntutan perbatuan (km) berdasarkan gred
jawatan tanpa merujuk semula kepada pegawai yang
mengemukakan tuntutan.
(16) Tuntutan Bayaran Penginapan Dalam Stesen
(a) Surat Arahan MoF rujukan KK/B10/687/698/656/4 JLD.5(41) 19
bertarikh 3 Jun 2008 telah menetapkan bahawa tempat menginap
semasa bertugas rasmi hendaklah TIDAK MELEBIHI 25 kilometer
dari tempat bertugas. Alasan peribadi untuk tidak mematuhi
peraturan ini tidak boleh dipertimbangkan kerana pegawai
mempunyai pelbagai alternatif untuk menyewa penginapan
berhampiran tempat bertugas;
(b) Sekiranya pegawai perlu bertugas di beberapa tempat dalam
stesen yang sama, dalam suatu tempoh yang sama, pegawai
hendaklah memilih untuk menginap di tempat/bandar yang
mempunyai kekerapan bertugas paling tinggi; dan
(c) Pegawai Tadbir Bahagian (PTB) adalah bertanggungjawab
menyemak dengan teliti setiap tuntutan yang dikemukakan oleh
pegawai di Bahagian masing-masing bagi memastikan maklumat
dan dokumen yang diberikan itu sahih, lengkap dan tepat.
(17) Tuntutan Belanja Pelbagai
(a) Belanja dobi layak dituntut sekiranya pegawai bertugas rasmi
sekurang-kurangnya tiga (3) malam berturut-turut. Tuntutan
MESTILAH disertakan resit asal yang telah disahkan yang
mengandungi perincian jenis serta bilangan pakaian yang
menggunakan perkhidmatan dobi. Perkhidmatan dobi hanya
19
digunakan semasa menjalankan tugas rasmi. Tuntutan TANPA
resit AKAN DITOLAK; dan
(b) Bayaran Tol Tanpa Resit Touch ‘n Go (TNG) hendaklah
dikemukakan salinan penyata yang dicetak melalui sistem TNG
serta telah disahkan atas urusan rasmi Kerajaan sebelum
diserahkan kepada Unit Kewangan PTJ.
(18) Tuntutan Bayaran Balik Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih
Dan/Atau Caj Penggunaan Bulanan Bagi Kegunaan Rasmi
(a) Ketua Jabatan/Bahagian dan pegawai-pegawai yang berkenaan 20
hendaklah membayar dahulu bil telefon dan bil broadband
masing-masing dan membuat tuntutan bayaran balik dan
disokong dengan bil terperinci yang disahkan atas urusan rasmi
Kerajaan. Penggunaan caj telefon bimbit rasmi yang melebihi had
kelayakan pegawai perlu mendapatkan kelulusan Pegawai
Pengawal atau Pegawai Diberi Kuasa yang telah ditetapkan
iaitu Pengarah BKP atau TPB(U)K;
(b) Pengecualian diberikan kepada jawatan KPPA dan TKPPA di
mana Jabatan akan membuat terus pembayaran bil telefon dan bil
broadband kepada syarikat telekomunikasi;
(c) Semua pegawai yang berkenaan dikehendaki menyelesaikan bil
telefon masing-masing dan tidak membiarkan akaun dalam status
tertunggak. Hanya bil telefon semasa (caj semasa) akan
diluluskan pembayaran. Pegawai juga diminta untuk membuat
pembayaran amaun yang tepat seperti tercatat di dalam bil;
(d) Dengan mengambil kira implikasi kewangan serta keperluan dalam
menjalankan tugas, Jabatan telah menetapkan beberapa langkah
kawalan dalaman bagi permohonan Kemudahan Alat Komunikasi
Mudah Alih untuk kegunaan rasmi (pembelian dan caj penggunaan
bulanan). Bantuan Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih
20
kepada pegawai di Jabatan/Bahagian JPA akan dipertimbangkan
mengikut kelayakan seperti berikut:
(i) Layak mendapatkan Bantuan Pembelian Alat Komunikasi
Mudah Alih dan Caj Bulanan TANPA SYARAT;
(1) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi 21
iaitu Gred Utama Khas/Khas ‘C’ dan ke atas atau
setaraf;
(2) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional iaitu Gred Jawatan 53/54 dan setaraf;
dan
(3) Pemandu Kereta Rasmi Jawatan kepada Pegawai
Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
(ii) Layak mendapatkan Bantuan Pembelian Alat Komunikasi
Mudah Alih dan Caj Bulanan DENGAN SYARAT/ SYARAT
TAMBAHAN;
(1) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional Gred Jawatan 48/52 dan setaraf yang
memegang jawatan Ketua Bahagian/Seksyen/Unit
di peringkat Ibu Pejabat (Jabatan) tertakluk kepada
syarat-syarat tambahan seperti berikut:
(a) Pegawai selalu bertugas di luar pejabat;
(b) Skop tugas yang memerlukan pegawai
membuat panggilan rasmi serta-merta;
(c) Kerap berurusan dengan pelanggan luar
(stakeholder, PBT, Kerajaan Negeri) selepas
waktu pejabat; dan
(d) Kemudahan komunikasi di ibu pejabat tidak
praktikal untuk membuat panggilan dengan
segera.
21
(iii) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Gred Jawatan 48/52 dan setaraf yang memegang jawatan
Ketua Bahagian/Seksyen/Unit di peringkat zon/negeri
tertakluk kepada syarat bahawa pegawai perlu membuat
panggilan rasmi serta-merta.
(iv) Layak tuntutan CAJ PENGGUNAAN BULANAN SAHAJA;
(1) Pemandu Kereta Jabatan dan Polis Bantuan layak
membuat tuntutan caj penggunaan bulanan pasca
bayar atau tambah nilai pra bayar sehingga maksimum
RM30 setiap bulan;
(2) Bagi pegawai selain daripada di atas, boleh diluluskan 22
tuntutan caj bulanan pasca bayar atau tambah nilai
prabayar sehingga maksimum RM100 setiap bulan;
dan
(3) Bagi pegawai selain daripada yang diluluskan
mengikut 1PP/WP2.2 - Peraturan Mengenai
Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih, pegawai
boleh membuat tuntutan bayaran balik caj
panggilan rasmi mengikut pekeliling bertugas rasmi
yang berkaitan.
(e) Borang Tuntutan Bantuan Pembelian Alat Komunikasi Mudah Alih
hendaklah dikemukakan kepada BKP (Sektor S) terlebih dahulu
bagi tujuan pengesahan kelayakan pegawai dan pengeluaran
Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai
(Kew. 8). Pegawai juga hendaklah mengemukakan bersama
dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan seperti Resit
Pembelian Asal dan Salinan Tempoh Jaminan Kerosakan
(warranty card) atas nama pegawai yang menuntut; dan
22
(f) Borang Tuntutan Bayaran Bil Telefon Bimbit Rasmi hendaklah
dikemukakan terus kepada BKP (Sektor W) bagi proses
pembayaran. Pegawai juga hendaklah mengemukakan bersama
dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan seperti Bil Bulanan
dan Resit Pembayaran Bil yang telah disahkan.
(19) Pembayaran Di Bawah AP58(a)
Pembayaran di bawah AP58(a) hendaklah dikemukakan kepada BKP
sebelum 30 Jun setiap tahun. Selepas dari tarikh ini, permohonan untuk
bayaran di bawah AP58(a) tidak akan dipertimbangkan. Sebagai contoh
bayaran melibatkan Tuntutan Perjalanan dan Elaun Lebih Masa yang
tidak mematuhi tarikh akhir penghantaran permohonan pada bulan
Disember tidak akan diproses.
(20) Pesanan Tempatan (LO) 23
(a) Semua urusan LO hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh
Unit Penyelarasan dan Khidmat Sokongan (UPKS) Bahagian-
Bahagian, Pejabat Pendaftar INTAN Bukit Kiara dan Pejabat
Penolong Pendaftar INTAN Wilayah. Urusan permohonan LO
oleh Sektor/Unit/Pusat adalah TIDAK DIBENARKAN;
(b) Bahagian hendaklah membuat perancangan awal dalam
menjalankan program/aktiviti bagi mengelakkan kelewatan dan
memudahkan urusan penyediaan LO terutama yang melibatkan
tempahan makan dan minum. Permohonan lengkap Bahagian
hendaklah dikemukakan kepada Sektor Perolehan dan Aset,
BKP/Unit Kewangan PTJ selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja
sebelum aktiviti dijalankan;
(c) Bahagian tidak dibenarkan mengemukakan LO secara
berkelompok. Setiap LO yang telah lengkap dan sempurna
hendaklah dikemukakan segera kepada Sektor Perolehan dan
23
Aset, BKP/Unit Kewangan PTJ. Sebarang kuiri ke atas LO yang
diterima mestilah dijawab dengan segera dalam tempoh satu (1)
hari bekerja;
(d) Setiap Bahagian adalah bertanggungjawab untuk memastikan LO
telah dikeluarkan sebelum perkhidmatan/bekalan diterima selaras
dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1(e);
(e) Sekiranya terdapat LO yang lewat disediakan selepas
program/aktiviti dilaksanakan, adalah menjadi tanggungjawab
Bahagian menyediakan minit bebas justifikasi kelewatan
kepada Pegawai Pengawal (melalui BKP) sebelum dipanjangkan
kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan
khas untuk urusan pembayaran;
(f) Setiap Bahagian hendaklah memastikan semua dokumentasi bagi 24
proses bayaran ke atas LO diselesaikan dalam tempoh 10 hari
selepas bekalan/ perkhidmatan diterima. Dokumentasi terlibat
meliputi terimaan pesanan penghantaran hingga invois.
Permohonan LO baharu tidak akan dipertimbangkan jika amaun
keseluruhan LO yang belum selesai adalah melebihi RM5,000; dan
(g) Bagi Nota Debit yang mempunyai nilai tidak melebihi 20% dari
nilai asal LO, Bahagian perlu mengemukakan pengesahan oleh
Pegawai Tadbir Bahagian. Sekiranya Nota Debit bernilai
melebihi 20% dari nilai asal LO, pengesahan perlu diberikan oleh
Timbalan/Pengarah Bahagian.
24
(21) Pentadbiran Kontrak
(a) Permohonan pelanjutan kontrak hendaklah dikemukakan selewat-
lewatnya tiga (3) bulan sebelum kontrak tamat. Bagi perolehan
baru, dokumen tender dan sebut harga disediakan selewat-
lewatnya enam (6) bulan sebelum kontrak asal tamat atau tarikh
kontrak baharu bermula;
(b) Bahagian dinasihatkan agar tidak melaksanakan proses perolehan
di saat-saat akhir;
(c) Bahagian hendaklah melaksanakan proses perolehan berdasarkan 25
perancangan AP168. Perolehan yang tidak dilaksanakan selepas
satu bulan daripada perancangan asal tanpa kelulusan TKPPAO
akan dianggap sebagai terbatal. Bagi maksud perenggan ini,
perolehan ini adalah yang dibiayai peruntukan mengurus;
(d) Bagi pembentangan kertas taklimat tender di Lembaga Perolehan
JPM, Jabatan ini dikehendaki untuk mematuhi tarikh akhir
penerimaan dokumen sebagaimana di dalam Takwim Mesyuarat
Lembaga Perolehan seperti di LAMPIRAN C.
PENGECUALIAN
4. Melainkan dinyatakan sebaliknya, sebarang pengecualian daripada Arahan
Pentadbiran Dalaman ini perlu mendapat kelulusan TKPPA (O).
TARIKH KUAT KUASA
5. Arahan Pentadbiran Dalaman Bilangan 1 Tahun 2019 ini berkuat kuasa mulai
1 Januari 2019.
25
26
LAMPIRAN A
LAMPIRAN A
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
P1 Program Pengurusan Am P2 Program Pengurusan Sumber P3 Program Pembangunan
Manusia Sumber Manusia
2 Aktiviti 5 Aktiviti 4 Aktiviti
1. Bahagian Khidmat 1. Bahagian Pembangunan 1. Bahagian Penyelidikan,
Pengurusan Organisasi Perancangan dan Dasar
2. Bahagian Pembangunan dan 2. Bahagian Perkhidmatan 2. Bahagian Pembangunan
Pengurusan Maklumat dan 3. Bahagian Saraan Modal Insan
Strategik 4. Bahagian Pasca
3. INTAN
Perkhidmatan 4. Bahagian Transformasi
5. Bahagian Pengurusan
Sektor Awam
Psikologi
LAMPIRAN B
LAMPIRAN B
KENYATAAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI
BAGI BULAN ___________ TAHUN ______
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama (Huruf Besar)
No. Kad Pengenalan (B)
Gred/Kategori/
[(Kumpulan (**)]
Jawatan :
* Nama / Alamat Bank
* No. Akaun Bank
Pendapatan (RM) GAJI :
Kenderaan ELAUN : RM
JUMLAH : RM
JENIS/ MODEL :
NO PENDAFTARAN :
KUASA :
KELAS TUNTUTAN :
Alamat Pejabat
Alamat Rumah
* Seperti tercatit di Slip Gaji (Pay Slip)
Tarikh Waktu LAMPIRAN B JARAK
Bertolak Sampai Tujuan/Tempat ( KM )
JUMLAH KM
LAMPIRAN B
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
Bagi :
BAG50I 0BkUmLApNert_a_m_a__:______ TAHU50N0_k_m____ x 70 sen/km : RM
x 65 sen/km : RM
501 - 1000 km selepas 500 km x 55 sen/km : RM
x 50 sen/km : RM
1001 - 1700 km selepas 700 km
1701 km dan seterusnya km
Jumlah RM
TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM RM
RM
Teksi [ tanpa resit ..]: RM
Bas [Resit………..…………………-…………………………………………....]: RM
Kereta Api [Resit..……………………-……………………………………..]: RM
ERL : RM
Lain-lain Nota Kursus / Pendaftaran
Jumlah
TUNTUTAN ELAUN MAKAN/ELAUN HARIAN
…….......X Elaun Makan sebanyak RM 40.00 / hari (Semenanjung Malaysia) RM
(Semenanjung Malaysia) RM
…...……X Elaun Harian sebanyak RM / hari (Sabah/Sarawak/Labuan) RM
(Sabah/Sarawak/Labuan) RM
…........ ……X Elaun Harian sebanyak RM / hari
…........ ……X Elaun Makan sebanyak RM / hari
Jumlah RM
LAMPIRAN B
TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH)/ELAUN LOJING
….…..BSH sebanyak RM / hari : RM
BAGI BULAN ___________ TAHUN ______ RM
RM
Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan :
……….x Elaun Lojing sebanyak RM …………./hari :
Jumlah RM
TUNTUTAN PELBAGAI RM
RM
Tol [Touch & go .] : RM
Tempat Letak Kereta.] : ] RM
Internet : RM
Yuran Pendaftaran [ Resit No: RM
Telefon, Teleks, Faks. [Resit………………..……………………………….] :
Kerugian pertukaran matawang asing (@ 3%) [Bagi Singapura, Selatan
Thailand, Kalimantan dan Brunei Darussalam sahaja]
Jumlah Tuntutan RM
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa :
(a) perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas
urusan rasmi ;
(b) tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di
bawah peraturan-peraturan bagi pegawai bertugas rasmi dan/atau pegawai
pegawai berkursus yang berkuatkuasa semasa ;
(c) perbelanjaan yang bertanda (*) berjumlah sebanyak RM …….. telah
sebenarnya dilakukan dan dibayar oleh saya ;
LAMPIRAN B
(d) pangilan telefon sebanyak RM…………………………dibuat atas urusan rasmi ; dan
BAGI BULAN ___________ TAHUN ______
terhadapnya.
Tarikh :
(Tandatangan Pemohon)
PENGESAHAN
Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.
Tarikh :
Pendahuluan Diri diberi (Nama)
Tolak : Tuntutan sekarang
(Jawatan)
Baki dituntut/Baki dibayar balik b.p. Ketua Setiausaha/
Pegawai Pengawal
PENDAHULUAN DIRI (Jika ada)
RM
RM
RM
Catitan :
( * ) - potong yang mana tidak berkenaan.
( ** ) - jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB / SSM
5
LAMPIRAN B
KENYATAAN TUNTUTAN
Tarikh bertolak :
Dari : :
BAGI BULAN ___________ TWAHaUktNu _b_e_rt_o_la_k
Negara / tempat dituju :
Tarikh tiba di Negara / tempat dituju :
Waktu tiba di negara / tempat dituju :
Tujuan lawatan :
TUNTUTAN ELAUN MAKAN / ELAUN HARIAN
X Elaun Makan sebanyak RM / hari RM
X Elaun Makan sebanyak RM / hari RM
X Elaun Harian sebanyak RM / hari RM
Jumlah RM 0.00
TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH)/ELAUN LOJING
….…..X BSH sebanyak RM ……………. / hari : RM
RM
Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan : RM
RM
…….x Elaun Lojing sebanyak RM …………./hari :
Jumlah
TUNTUTAN PELBAGAI
Dobi […………………….…………………………………………..] RM
Pos […………………………………………………………………] RM
Telefon, Teleks Faks [……………………………………………….] RM
"Tips / Porterage" (15% daripada Elaun Makan) RM
Cukai Lapangan Terbang RM
[Keraian Rasmi ……………………………………………………] RM
Tambang Teksi / 'Tube' / Kereta Api / Bas / Koc Jumlah RM
Jumlah Besar RM
JUMLAH BESAR RM -
Kerugian pertukaran matawang asing (@ 3%) RM
RM -
LAMPIRAN B
KENYATAAN TUNTUTAN
Tarikh bertolak :
Dari : :
BAGI BULAN ___________ TWAHaUktNu _b_e_rt_o_la_k
Negara / tempat dituju :
Tarikh tiba di Negara / tempat dituju :
Waktu tiba di negara / tempat dituju :
Tujuan lawatan :
TUNTUTAN ELAUN MAKAN / ELAUN HARIAN
X Elaun Makan sebanyak RM / hari RM
…....…X Elaun Harian sebanyak RM / hari RM
Jumlah RM
TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH)/ELAUN LOJING
….…..X BSH sebanyak RM ……………. / hari : RM
RM
Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan : RM
RM
…….x Elaun Lojing sebanyak RM …………./hari :
Jumlah
TUNTUTAN PELBAGAI
Dobi [………………………….…………………………………………..] RM
Pos [………………………………………………………………………] RM
Telefon, Teleks Faks […………………………………………………….] RM
"Tips / Porterage" (15% daripada Elaun Makan) RM
Cukai Lapangan Terbang RM
[Keraian Rasmi ……………………………………………………………] RM
Tambang Teksi / 'Tube' / Kereta Api / Bas / Koc Jumlah RM
Jumlah Besar RM
JUMLAH BESAR RM
Kerugian pertukaran matawang asing (@ 3%) RM
RM
LAMPIRAN C
LAMPIRAN C
TAKWIM MESYUARAT LEMBAGA PEROLEHAN JABATAN PERDANA MENTERI
BAGI TAHUN 2019
TEMPOH MASA / TARIKH
BIL AKHIR PENERIMAAN TARIKH MESYUARAT HARI MASA
DOKUMEN
2.30 PETANG
(*HARI BEKERJA) 9.00 PAGI
9.30 PAGI
JANUARI
2.30 PETANG
1 24/12/2018 – 31/12/2018 10 JANUARI 2019 KHAMIS 9.30 PAGI
9.30 PAGI
2 02/1/2019 – 09/1/2019 18 JANUARI 2019 JUMAAT
9.30 PAGI
3 10/1/2019 – 18/1/2019 31 JANUARI 2019 KHAMIS 2.30 PETANG
FEBRUARI 9.30 PAGI
4 21/1/2019 – 28/1/2019 12 FEBRUARI 2019 SELASA 9.30 PAGI
9.30 PAGI
5 29/1/2019 – 08/2/2019 19 FEBRUARI 2019 SELASA 9.30 PAGI
6 11/2/2019 – 15/2/2019 25 FEBRUARI 2019 ISNIN 9.30 PAGI
9.00 PAGI
7 18/2/2019 – 22/2/2019 MAC SELASA 9.30 PAGI
5 MAC 2019
2.30 PETANG
8 25/2/2019 – 05/3/2019 14 MAC 2019 KHAMIS 2.30 PETANG
9 06/3/2019 – 14/3/2019 26 MAC 2019 SELASA 9.00 PAGI
9.30 PAGI
APRIL 9.30 PAGI
10 15/3/2019 – 25/3/2019 4 APRIL 2019 KHAMIS 9.30 PAGI
9.30 PAGI
11 26/3/2019 – 01/4/2019 11 APRIL 2019 KHAMIS 9.30 PAGI
12 2/4/2019 – 15/4/2019 25 APRIL 2019 KHAMIS 9.30 PAGI
2.30 PETANG
13 16/4/2019 – 26/4/2019 MEI KHAMIS
9 MEI 2019 9.30 PAGI
14 29/4/2019 – 07/5/2019 17 MEI 2019 JUMAAT
15 08/5/2019 – 15/5/2019 28 MEI 2019 SELASA
JUN
16 29/5/2019 – 10/6/2019 20 JUN 2019 KHAMIS
17 11/6/2019 – 17/6/2019 27 JUN 2019 KHAMIS
JULAI
18 18/6/2019 – 24/6/2019 4 JULAI 2019 KHAMIS
19 25/6/2019 – 08/7/2019 18 JULAI 2019 KHAMIS
20 09/7/2019 – 15/7/2019 25 JULAI 2019 KHAMIS
OGOS
21 16/7/2019 – 22/7/2019 1 OGOS 2019 KHAMIS
22 23/7/2019 – 30/7/2019 8 OGOS 2019 KHAMIS
23 01/8/2018 – 15/8/2019 27 OGOS 2019 SELASA
SEPTEMBER
24 16/8/2019 – 22/8/2019 5 SEPTEMBER 2019 KHAMIS
25 23/8/2019 – 29/8/2019 12 SEPTEMBER 2019 KHAMIS
26 03/9/2019 – 13/9/2019 26 SEPTEMBER 2019 KHAMIS
TEMPOH MASA / TARIKH
BIL AKHIR PENERIMAAN TARIKH MESYUARAT HARI MASA
DOKUMEN 9.30 PAGI
9.30 PAGI
(*HARI BEKERJA) 9.30 PAGI
OKTOBER 9.30 PAGI
9.30 PAGI
27 17/9/2019 – 23/9/2019 3 OKTOBER 2019 KHAMIS 9.30 PAGI
28 24/9/2019 – 07/10/2019 17 OKTOBER 2019 KHAMIS
29 08/10/2019 – 14/10/2019 24 OKTOBER 2019 KHAMIS
NOVEMBER
30 15/10/2019 – 25/10/2019 7 NOVEMBER 2019 KHAMIS
31 28/10/2019 – 04/11/2019 14 NOVEMBER 2019 KHAMIS
32 05/11/2019 – 14/11/2019 26 NOVEMBER 2019 SELASA
KERANGKA
KEBERHASILAN
JABATAN
PERKHIDMATAN
AWAM
Outcome Jabatan Pengurusan dan pembangunan modal insan perkhidmatan awam yang cemerlang.
1. Peratusan Indeks Keterlibatan Penjawat Awam.
KPI Outcome Jabatan
*2. Peratusan Keberkesanan Transformasi Perkhidmatan Awam.
Program P1 Program Pengurusan Am P2 Program Pengurusan Sumber Manusia P3 Program Pembangunan Sumber Manusia
Outcome Organisasi yang berprestasi tinggi. Pengurusan sumber manusia yang Sumber manusia yang kompeten dan
KPI berkesan. responsif.
• Indeks Penarafan Bintang.
• Markah Indeks Akauntabiliti. • Peratusan penjawat awam berprestasi • Peratusan pematuhan dasar latihan.
• Peratusan Indeks Kepuasan rendah berjaya dipulihkan. • Peratusan penjawat awam yang berjaya
Pelanggan. • Peratusan purata markah penilaian prestasi mempunyai ijazah lanjutan tajaan JPA.
melebihi tahap yang ditetapkan. • Peratusan talent pool perkhidmatan awam.
• Peratusan pengekalan bakat melalui
pemadanan penempatan (job matching)
berdasarkan bidang pengajian.
• Nisbah penjawat awam kepada penduduk.
Aktiviti 2 Aktiviti 5 Aktiviti 4 Aktiviti
(BKP dan BPMS) (BPO,BK, BS, BP dan BPPs) (BPPD, BMI, INTAN dan BTSA)
Peruntukan
RM219.24 juta RM108.17 juta RM1.21 bilion
Jumlah Projek/
Program Utama 11 30 30
*Kajian Keberkesanan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) ditangguhkan berikutan perubahan dasar Kerajaan baharu
27
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 2019
MES Outcome Jabatan Pengurusan dan pembangunan modal insan perkhidmatan awam yang cemerlang.
Peruntukan Mengurus (OE) Pembangunan (DE) Keseluruhan
RM1.49 bilion RM49.45 juta RM1.54 bilion
Program P1 Program Pengurusan Am P2 Program Pengurusan Sumber Manusia P3 Program Pembangunan Sumber Manusia
Outcome Organisasi yang berprestasi tinggi. Pengurusan sumber manusia yang berkesan. Sumber manusia yang kompeten dan responsif.
Peruntukan
OE DE
OE DE OE DE RM1.17 bilion RM38.65 juta
RM208.44 juta RM10.8 juta RM108.17 juta -
Jumlah : RM219.24 juta Jumlah : RM108.17 juta Jumlah : RM1.21 bilion
2
28