The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nziehah, 2018-12-21 05:07:59

FLIPNOTE : BAB 3 PEMBAHAGIAN SEL

KETURUNAN DAN VARIASI








































3.1 PEMBAHAGIAN SEL

































Nazihah binti Ramli










Sains Tingkatan 4

Hasil Pembelajaran









Murid akan dapat :



• Menyatakan maksud gen, asid deoksiribonukleik (DNA)

dan kromosom.



• Memerihalkan hubungkait antara gen, DNA dan

kromosom.




• Menyatakan maksud mitosis dan meiosis.



• Memerihalkan proses mitosis dan meiosis.




• Membandingkan dan membezakan antara mitosis dan
meiosis.




• Menerangkan kepentingan mitosis dan meiosis.




















Sains Tingkatan 4
Sains Tingkatan 4

Kandungan













Muka surat







Gen, asid deoksiribonukleik (DNA) dan kromosom 1






Proses mitosis 2





Proses meiosis 5






Perbezaan proses mitosis dan meiosis 8






Kepentingan proses mitosis dan meiosis 9





















Sains Tingkatan 4
Sains Tingkatan 4

Gen, asid deoksiribonukleik (DNA) dan kromosom







Nukleus Gen


Kromosom


Lingkaran

molekul DNA









































Sumber : https://www.sciencelearn.org.nz/images/198-dna-chromosomes-and-cells




• Kromosom terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA)

dan protein.


• Gen ialah unit pewarisan yang boleh menurunkan

maklumat genetik dari satu generasi ke generasi

seterusnya.





Bab 3 Keturunan dan Variasi 1

Proses Mitosis


Mitosis ialah proses pembahagian sel yang membentuk dua
sel anak yang seiras dengan bilangan kromosom dan

kandungan genetik yang sama.





Peringkat-peringkat mitosis




Sel induk






Kromosom Membran

nukleus







Profasa





Sentromer

Kromatid








• Setiap kromosom mengalami penduaan.



• Setiap kromosom mempunyai sepasang kromatid yang
disambungkan oleh sentromer.





Bab 3 Keturunan dan Variasi 2 2

Metafasa





Gentian

gelendong










• Gentian gelendong terbentuk.



• Kromosom tersusun di sepanjang satah khatulistiwa.





Anafasa









Sentromer







• Kromatid berpisah di sentromer dan membentuk satu
kromosom.



• Kromosom bergerak ke kutub yang bertentangan oleh

gentian gelendong.



Bab 3 Keturunan dan Variasi 3 3

Telofasa


















• Sitoplasma mula membahagi.




• Membran nukleus terbentuk di sekeliling setiap
kumpulan kromosom.





Dua sel anak
















• Dua sel anak yang serupa terbentuk.


• Setiap sel anak mempunyai dua pasang kromosom


seperti sel induk.


Bab 3 Keturunan dan Variasi 4 4

Proses Meiosis





Meiosis ialah proses pembahagian sel yang istimewa bagi
menghasilkan gamet untuk pembiakan. Gamet yang

dihasilkan mempunyai separuh daripada bilangan kromosom

sel induknya.




Peringkat-peringkat meiosis




Meiosis I


Sel induk




Kromosom
















• Setiap kromosom

mengalami
Sentromer penduaan.



• Setiap kromosom

membentuk dua
kromatid yang

disambungkan

oleh sentromer.




Bab 3 Keturunan dan Variasi 5 5

Gentian • Kromosom homolog

gelendong berpasangan.

• Pindah silang

berlaku di kromatid

dan berlaku

pertukaran
maklumat genetik.













• Kromosom

homolog berpisah.
















• Sitoplasma mula


membahagi.








Bab 3 Keturunan dan Variasi 6 6

Meiosis II






• Kromosom
tersusun di

satah

khatulistiwa.









• Sentromer
membelah

dua.



• Kromosom

bergerak ke

kutub sel yang

bertentangan.




Empat sel anak
















Bab 3 Keturunan dan Variasi 7 7

Persamaan dan perbezaan proses mitosis dan meiosis








Mitosis Meiosis








Persamaan






• Replikasi kromosom hanya berlaku sekali sahaja

• Menghasilkan sel anak pada akhir proses pembahagian sel.








Perbezaan






Mitosis Meiosis

• Berlaku pada sel soma. • Berlaku pada organ pembiakan.

• Menghasilkan dua sel anak. • Menghasilkan empat sel anak.


• Sel anak mempunyai maklumat • Sel anak mempunyai maklumat
genetik yang sama dengan sel genetik yang berbeza dengan sel
induk. induk.


• Pindah silang tidak berlaku. • Pindah silang berlaku.


• Bilangan kromosom sel anak • Bilangan kromosom sel anak
sama dengan sel induk. separuh daripada sel induk.


• Untuk menghasilkan sel baru. • Untuk menghasilkan gamet.







Bab 3 Keturunan dan Variasi 8 8

Kepentingan Mitosis dan Meiosis








Mitosis






Membolehkan hidupan
Menggantikan sel-sel yang rosak seperti kulat, paku pakis,

atau mati di dalam badan. lumut melakukan pembiakan
aseks.







Menghasilkan sel anak yang seiras dengan sel induk
agar sel anak dapat menjalankan fungsi yang sama

seperti sel induknya.










Meiosis









Menghasilkan gamet yang Pindah silang membolehkan

mengandungi separuh proses pertukaran maklumat
daripada bilangan kromosom genetik berlaku.
sel induknya.









Wujudnya variasi dalam kalangan anak yang dilahirkan.








Bab 3 Keturunan dan Variasi 9 9

Disediakan Oleh:


Nazihah binti Ramli


Click to View FlipBook Version