The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIODATA TOKOH-TOKOH MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11436948, 2021-06-29 02:29:08

TOKOH-TOKOH MALAYSIA

BIODATA TOKOH-TOKOH MALAYSIA

Lahir Pada: 12 Februari 1895
Tempat lahir : Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor,
British Malaya
Ibu : Roquaiya Hanim (berasal dari Timur Dekat, berketurunan
Turki)
Bapa : Jaafar Haji Muhammad (berketurunan Bugis dan berasal dari
Daik)
Pasangan : Rafeah Abdullah

Jamilah Osman
Che Kah
Halimah Hussein
Anugerah di dalam Malaysia :
Johor :
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ) –
Dato' (1940)
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK
II) (1947)
Perak :
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) – Dato' Seri (2015)
Anugerah antarabangsa

1901: Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di
Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.

1903: Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke
sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.

1910: 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911: Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor
1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau

Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh

Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda
tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat
Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai
British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi
motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan
sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.

1927-1936 :Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana
menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF
sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan
Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang
di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.

1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar
Melayu di Singapura

1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian
Lembaga.

1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951: (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya

yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor
pada 1 Jun 1947.
1949: (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan
menumpukan perhatian kepada UMNO.
1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).

1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua
kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan
sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.

1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti

Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut
adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang
pertama pada tahun 1955.
1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon Parti
Perikatan, Dato' Suleiman Abdul Rahman
1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan
menyertai PAS).
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan disemadikan di Makam Diraja
Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Burhanuddin merupakan anak pertama dari pasangan Haji
Mohamad Nor dan Sharifah Zaharah bt Habib
Osman. Ayahnya berasal dari Batusangkar, Tanah
Datar, Sumatera Barat yang merantau ke Tanah Melayu pada
tahun 1908, sedangkan ibunya berasal dari Malaka.
Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada
tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim Aligarh
di India. Sekembalinya dari pelajarannya di India dan
pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-
Helmy kembali bertugas sebagai guru bahasa Arab
di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.
Semasa di India atau selepas kembali daripada India, Dr.
Burhanuddin juga telah belajar homeopati. Beliau juga
didapati pernah membuka klinik homeopati bersama Dr.
S.A.Rajah di Singapura.

Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut
kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang
sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin
membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu
satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang
merupakan salah satu perjuangan utamanya

Selain aktif dalam politik, Dr. Burhanuddin juga mempunyai
kelulusan homeopati daripada Ismaeliah Medical college,
New Delhi pada 1934. Apabila kembali ke Malaysia, beliau
membuka sebuah klinik homoepati di Singapura bersama
Dr. Rajah. Beliau juga dikatakan bertanggungjawab melatih
dua belas orang pengikut setia yang kemudiannya
membantu mengembangkan homeopati di Malaysia.
Kemudiannya para pelajar dan pengikut homeopati
kemudiannya bersepakat menubuhkan sebuah persatuan
homeopati yang dinamakan Persatuan Homeopathy Malaya
yang didaftarkan secara rasmi pada tahun 1961. Presiden
pertamanya ialah Dr. Burhanuddin sendiri.

Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan
kepada Burhanuddin pada tahun 1956, hingga kematiannya
pada tahun 1969. Di bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS
mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-
kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang
"nasionalis radikal dan pemikir Islam". Kepemimpinannya
terpotong oleh penangkapan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara
selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk
menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah
kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.

Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober
1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang
beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Beliau dilahirkan pada 30 November 1920 di
Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak.
Nama asal beliau adalah Abdullah Thani bin Raja
Kecil tetapi lebih dikenali sebagai Ahmad
Boestamam di gelanggang politik dan Ruhi Hyat di
bidang kesusasteraan. Nama Bapanya Raja Kechil,
seorang petani dan Nama Ibunya Rasiah

Memiliki pendidikan formal yang sederhana beliau
membina pengetahuan lewat pembacaan,
pergaulan dan pengalaman yang dilaluinya. Beliau
memasuki Sekolah Melayu Behrang Ulu, sebuah
sekolah Melayu dan kemudiannya, pada
tahun 1933, beliau memasuki Anderson
School, Ipoh. Ahmad tamat Darjah Lima dan lulus
dengan Gred 1 dalam peperiksaan Kelas Melayu
Khas

Walaupun kewartawanan bukan merupakan
kerjaya yang dicita-citakan, namun itulah bidang
yang diceburi hasil dari minat dan bakat penulisan
yang dimiliki dan dipupuk sejak di bangku sekolah
lagi.

Beliau pernah berkhidmat dengan semua surat
khabar yang ada di negara ini sebagai salah
seorang anggota sidang pengarang.

Pada awal 1940an bermulalah penglibatan Ahmad
Boestamam di arena politik. Semangatnya turut
memuncak apabila badan-badan politik Melayu
bergabung menentang Malayan Union di sekitar
tahun 1945 dan 1946.

Beliau mengetuai API (Angkatan Pemuda Insaf)
cabang pemuda sayap kiri yang militan. Di saat
negara hampir merdeka, Ahmad Boestamam
menubuhkan Parti Rakyat Malaya yang
kemudiannya bergabung dengan Parti Buroh
sebagai ’Socialist Front’. Hasilnya ialah
kemenangan beliau di Parlimen Setapak pada
1959.

Pada tahun 1941 beliau ditahan di bawah Akta
Keselamatan tetapi dibebaskan sebaik sahaja
Jepun menguasai Malaya. Beliau ditahan semula
pada 1948 bila API diharamkan sehingga 1955.

Pada tahun 1963 ke 1967 beliau dipenjarakan
sekali lagi kerana dianggap menyokong
pemberontakan Brunei dan membantu Indonesia
melancarkan konfrantasi.

Kebanyakan novelnya dihasilkan di penjara. Cerita
yang dipaparkan sebahagian besarnya adalah
pengalaman di penjara yang membayangkan
keyakinan politiknya.

Pada tahun 1978 beliau mengambil keputusan
bersara daripada arena politik untuk menumpukan
perhatian di bidang penulisan. Tambahan pula
beliau pernah gagal dalam pilihan raya 1974 di
Perak di atas tiket PEKEMAS.

Sebagai penghargaan kepada jasanya dalam
perjuangan menentang dan menaikkan semangat
politik menentang penjajah, juga menggalakkan
nasionalisma di dalam karyanya, beliau telah
dianugerahkan, Pingat Panglima Negara Bintang
Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran Datuk
pada 12 Ogos 1976.

Pada 19 Januari 1983 (umur 62), Dato’ Ahmad
Boestamam, seorang tokoh politik, wartawan dan
sasterawan yang terkenal di negara ini telah
meninggal dunia di Hospital Besar Kuala
Lumpur kerana penyakit barah paru-paru yang
dihidapi beliau selama enam bulan. Ternyata
pemergian beliau merupakan kehilangan kepada
negara kerana sepanjang hayatnya kita
menyaksikan kegigihan seorang politikus,
wartawan dan sasterawan yang tidak kenal
penderitaan bagi menegakkan keyakinan
perjuangannya membela nasib rakyat demi
mengangkat kemegahan negara yang merdeka.

Lahir: 8 Februari 1903
Tempat Tempat: Istana Tia Tangga, Alor Setar
Nama Bapa: Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah
yang ke-24.

Nama Ibu: isteri keempat Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
Che Manjalara

1909 ((umur 7): belajar bahasa Melayu Sekolah rendah
Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar

1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap
bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang
sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah
Debsirindir, Bangkok.

1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang
Free School.

1919 (umur 16): Belajar di England.

1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera
(Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya
Taib Andak.

1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar
undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya
tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.

1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-
undang di Inner Temple.

1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji
sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.

1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di
Kuala Nerang.

1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan
Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir
1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan
Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak
lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul
Rahman.

1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di
Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih
lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.

1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh
Penasihat British, Clayton. Selain itu perkahwinan Tunku
dengan Violet kurang direstui.

1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai
Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai
Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.

1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk
menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.
Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.

1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang
akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah
binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh
Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed
Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang
anak pun.

1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan
pada 8 Disember.

1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di
Inner Temple.

1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya,
beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor
Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala
Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan
Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden
Mahkamah Sesi.

1946: Menyertai UMNO.

1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober
sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan.
Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat
negeri yang pertama di Kedah.

1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England
untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah
Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.

1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional)
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik
sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu
lagi rombongan ke London diadakan.

1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari
England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.

1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan
Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan
bolasepak antarabangsa.

1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian
Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).

1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam
(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan
mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.

1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu,
Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.

1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September,
apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).

1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan
kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of
Southeast Asian Nations.

1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha
Agungnya yang pertama.

1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh
timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau
Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).

1990 (umur 87): Meninggal dunia pada 6 Desember 1990,
jam 10:25 malam pada usia 87 di Hospital Kuala
Lumpur, Malaysia kerana Sakit Tenat. Jenazahnya
dimakamkan di Langgar Royal Mausoleum.

Pak Sako lahir pada tahun 1909 di Kampung Bukit
Seguntang (antara Kampung Tengah dengan Kampung
Buntut Pulau), Temerloh, Pahang dan mendapat pendidikan
awal di Sekolah Laki-Laki Temerloh (kini Sekolah
Kebangsaan Kampung Tengah), Temerloh pada tahun 1919
dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris
Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1924 hingga 1928. Pak Sako
lulus sijil persekolahan dari Sekolah Inggeris Raub pada
tahun 1929. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan pelajaran
ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) untuk berlatih
sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Pentadbiran Tanah
Melayu (Malayan Civil Service). Beliau pernah memegang
jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai
Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum
menyertai dunia penulisan.

Pak Sako bekerja sebagai Majistret Kelas lll. Setelah sekian
lama bekerja, Pak Sako mendapati pihak British seperti
ingin membuat sesuatu perkara yang negatif
terhadap orang Melayu. Pada tahun 1934, Pak Sako
meletakkan jawatan beliau sebagai Majistret Kelas lll kerana
tidak mahu bekerjasama dengan pihak British lalu
menjelajah Semenanjung Tanah Melayu. Pak Sako
kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan dan
politik nasionalis. Pak Sako dipenjarakan sebanyak dua kali
(1948 – 1953) dan (1965 – 1966).

Pak Sako merupakan orang yang pertama bercita-cita
menerbitkan akhbar Utusan Melayu dan seterusnya menjadi
pengasas kepada penerbitan akhbar tersebut. Beliau
meninggalkan Warta Malaya lalu menjelajah ke
negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berkempen
bagi penubuhan Syarikat Utusan Melayu. Pak Sako bertugas
di Utusan Melayu di bawah ketua pengarang Abdul Rahim
Kajai. Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako menjadi
pengarang Berita Malay.

Pak Sako terus tinggal di Hulu Langat walaupun bekerja di Kuala
Lumpur. Untuk ke pejabat, Pak Sako menggunakan pengangkutan
awam. Buat seketika, Pak Sako mempunyai sebuah kereta Fiat
semasa dia bekerja di Rembau tetapi Pak Sako tidak memandu,
dan terpaksa menggunakan pemandu.

Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir
serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan
Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia memperolehi lebih daripada
1,000 naskhah koleksi kesusasteraan hasilan beliau. Di samping itu,
beliau juga telah menghasilkan 2 buah karya yang terkenal
iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila yang
mencerminkan pandangan dan cita-cita beliau
sebagai patriot dan sasterawan. Beliau juga bergiat cergas untuk
menulis cerpen. Nukilan tersohor Pak Sako, Putera Gunung
Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novel satira yang
ditujukan kepada orang-orang British dan juga sebagai kritikan
kepada orang-orang British. Pak Sako memberatkan kebudayaan
Melayu dalam penulisannya, dan mengagungkan budaya Melayu
dengan membandingkannya dengan budaya Inggeris yang kurang
kualiti dan terlalu agresif.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Universiti
Malaya telah menganugerahkan kepadanya Ijazah
Kehormat Doktor Persuratan pada 29 Jun 1973. Pada 29
Mei 1976, Pak Sako telah menerima anugerah "Pejuang
Sastera" daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein
bin Dato' Seri Onn.

Beliau meninggal dunia pada 7 November 1991 di Kampung
Jawa, Hulu Langat, Selangor.

Lahir : Pada tahun 1907

Tempat lahir : Kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak

Nama Bapa : Mohd. Said

beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar Al-
Baqir.

Beliau adalah daripada keturunan Jawa. Datuknya, Haji Abdul
Jabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada
pertengahan abad ke-19. Pada mulanya datuknya menetap di
Kelang. Kemudian berpindah ke Kuala Kurau, Perak dan
akhirnya ke Gunung Semanggol. Setiap tempat persinggahan
datuk neneknya, mereka menjalankan kerja bercucuk-tanam,
terutamanya bersawah padi.

1919 - mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung
Semanggol dan di Pondok Ar-Rahmaniah

1924 - di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang
Perai Utara.

meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar
dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut

1920 - Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas
pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif.

1934 - Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa orang
pemimpin tempatan telah menubuhkan Maahad Al-Ehya Al-
Sharif di Gunung Semanggol. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir
dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Al-Sharif. Jawatan ini
dipegangnya hingga ke akhir hayatnya.

1940 - Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menubuhkan Persatuan El-
Ehya Al-Sharif (Berhad). Persatuan ini berperanan sebagai
badan yang mengurus dan melaksanakan hal-ehwal sekolah.

1945 - PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh,
Perak. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM,
Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

1947 - Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mempengerusiakn satu
jawatankuasa perhimpunan besar yang dinamakan
Persidangan Ekonomi-Agama se Malaya. Persidangan ini
diadakan di Maahad Al-Ehya Al-Sharif.

Persidangan tersebut berjaya menubuhkan Pusat
Perekonomian Melayu seMalaya atau ringkasnya
PEPERMAS. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dipilih sebagai
Yang Di Pertua (YDP) bagi PEPERMAS.

1947 - Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan iaitu
sehari selepas PEPERMAS. MATA juga ditubuhkan di Al-Ehya
Al-Sharif, Gunung Semanggol.
Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah
dilantik sebagai penasihat kanan.

1947 - Sebuah badan yang dinamakan LEPIR atau Lembaga
Pendidikan Rakyat telah ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar Al-
Baqir telah dipilih menjadi pengerusi LEPIR.

1974 - Syeikh Abu Bakar al-Baqir telah meninggal dunia pada 13
Julai 1974

Lahir : 5 April 1883

Tempat Lahir : Jalan Heeren, Melaka

1899 - pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan
Institusi Raffles, Singapura

1903-1908 - Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam
tahun di sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara
sepupunya.

1909 - beliau telah membuka syarikat getah sendiri yang
bernama Ladang Getah Melaka Pindah, Ladang Getah United
Malacca dan Ladang Ayer Molek.

1912 - Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya
Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan
kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar
untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka.

1914 - Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan
Cina Melaka dan menjadi ahli biasanya sehingga 1919

1915 - beliau telah menghidupkan semula Persatuan Orang
Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan di Melaka
yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina
Peranakan di Negeri-negeri Selat. Beliau telah menjadi
pengerusinya sehingga 1935.

1923 - beliau telah dilantik sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis
Perundangan Negeri-negeri Selat oleh kerajaan British

1932 - beliau dilantik sebagai Exco Tak Rasmi Majlis
Perundangan Negeri-negeri Selat, dan telah menghantar
memorandum kepada Pejabat Kolonial British yang
mengkritik sikap diskriminasi pihak British yang
menghalang usaha-usaha masyarakat Cina untuk menetap
di Malaya.

1942 - Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun ini,
Tan melarikan diri ke India dan tinggal di sana sehingga
1946. pada 4 September Beliau memulakan Persatuan Cina
Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum
kepada Pejabat Penjajah untuk
memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan
dilahirkan di Tanah Melayu.

1946 - Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April
1946 yang membolehkan ramai dari masyarakat Cina
memperolehi kewarganageraan (konsep Jus Soli).

1948 - “Malayan Union” dan ia telah dibubarkan dan
digantikan oleh Persekutuan Tanah Melayu Disebabkan
penentangan oleh orang-orang Melayu. Parti Komunis
Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan
memaksakan kerajaan Tanah Melayu
mengisytiharkan Keadaan Darurat. Semua pemimpin parti
politik sayap kiri ditangkap. Oleh sebab Tan bukan dianggap
sebagai seorang sayap kiri, beliau terselamat.

1949 - 27 Februari 1949, Cheng Lock bersama-sama dengan
pemimpin-pemimpin Cina lain seperti Tun Leong Yew Koh
dan Kolonel H.S. Lee telah menubuhkan MCA yang bertujuan
untuk menyatu-padukan masyarakat Cina, bekerjasama
dengan kerajaan menentang komunisme, dan berganding
bahu dengan kaum-kaum lain demi berjuang untuk
kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British.

1951 - MCA telah distruktur semula daripada sebuah badan
kebajikan kepada sebuah parti politik, dan pada 26
September, MCA telah menyokong idea Dato’ Onn Jaafar
untuk menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

1952 - MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk
bertanding di pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur,
dimana pergabungan MCA-UMNO memenangi 9 dari kerusi
yang ditanding

1954 - Pada tahun seterusnya, MCA telah merasmikan
kerjasamanya dengan UMNO dan Parti Perikatan telah
ditubuh dengan penyertaan MIC.

1955 - Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi
dalam pilihan raya persekutuan pada tahun ini. Hajat beliau
untuk menerima kewarganegaraan dicapai apabila UMNO
menerima prinsipnya.

1957 - beliau telah dianugerahkan gelaran “Tun” dari DYMM
Seri Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai pengiktirafan
atas sumbangannya kepada negara.

1960 - Tun Tan Cheng Lock telah meninggal dunia pada 13
Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit
jantung ketika berumur 77 tahun.

Tarikh Lahir: 11 mac 1922

Tempat Lahir: Pulau Keladi, Pekan, Pahang

Nama Bapa : Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib

Nama Ibu : Hajah Teh Fatimah binti Daud

Beliau merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis
yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang
1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat
menengah di maktab melayu kuala kangsar.
1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di
England.

1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari
Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai
Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda
Umno.
1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri
Pahang.
1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda.
Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama
pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran
dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku
Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah
Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan.

1959 (umur 37): Dianugerahkan pingat Seri Maharaja
Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang Di Pertuan Agong Al-
Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku
Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun.
1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala
Lumpur pada 13 Mei 1969 selepas pilihan raya, keadaan
darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali
sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua
pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari
kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi
kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun
semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan
negara yang lebih saksama.

1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang
disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara
surat peribadi beliau kepada Tunku.
1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat acute leukemia di
London pada 14 Januari 1976 dan dikebumikan di Makam
Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala
Lumpur.
Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan
gelaran Bapa Pembangunan.

Lahir : 4 Mei 1905

Tempat Lahir : Sayong , sebuah perkampungan kecil di
tepian Sungai Perak, berhampiran Kuala Kangsar, Perak

Nama Bapa: Toh Muda Abdul Aziz bin Haji Mahmud Taib

Nama Ibu : Teh Halimah

Sejak kecil beliau dipelihara oleh datuknya di Ipoh

Bapa dan datuknya masing-masing ada gelaran Datuk
‘Panglima Bukit Gantang’.

Abdul Wahab Abdul Wahab bersekolah di Sekolah Melayu
Pekan Baru, Ipoh. Kemudian ke Sekolah Anderson Ipoh
ketika berumur 10 tahun. Sekolah Anderson adalah sebuah
sekolah hebat dan terkemuka serta dipandang tinggi di
negeri Perak

1925 - Beliau telah lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan Cambridge pada Mei 1925 khusus pada
kesusasteraan dan bahasa inggeris.

Beliau menuntut di Inner Temple, Universiti London dalam
bidang undang-undang dan aktif dalam persatuan pelajar.

1928 - Beliau menjadi pengerusi kepada Persatuan Anak-Anak
Melayu Great Britain.

beliau sering lulus dengan cemerlang dalam setiap
peperiksaan dan beliau seringkali diberi akses untuk
mendengar perbicaan penuh di mahkamah England sebagai
ganjaran.

Beliau pulang ke tanah air setelah lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan Bar Final Examination di universiti
terkemuka London itu.

Sekembali ke Malaysia, beliau telah membuat latihan
Chamber selama enam bulan di Mahkamah Tinggi Malaysia.

Kemudian beliau bekerja dengan peguam J. Dunford Wood di
Ipoh.

1930 - Abdul Wahab membuka firma guamannya sendiri di
No.21, Jalan Hale (Jalan Bandaraya) Ipoh dan beliau juga
menubuhkan Persatuan Drebar-drebar (Pemandu-pemandu)
Melayu Perak (PDMPK)

1936 - Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin
Toh Muda Abdul Aziz mendapat gelaran Dato Panglima
Bukit Gantang dari Sultan Perak.

1937 - Beliau dilantik menjadi salah seorang Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Perak

1946 - Beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak pada 27
Januari untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu. Beliau juga memainkan peranan penting dalam
usaha menubuhkan Parti UMNO pada tahun 1946 bersama
dengan Dato Onn Jaafar dari Johor .

1948 - Beliau menjadi Menteri Besar Perak dari dari 1
Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau dilantik sebagai
Menteri Besar Perak yang pertama sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan.

1953 - Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi
cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji
Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.
Sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato'
Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan
Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti
Kemerdekaan Malaya.

Beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar secara
rasmi pada 31 Julai 1957 kerana keuzuran.

Beliau Meninggal dunia pada 15 April 1959 pada umur 53 di
Canning Garden Estate, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tun H.S Lee mendapat pendidikan awal di Queen
College,Hong Kong sehinggalah beliau berjaya
menamatkan pengajian dalam bidang perundangan
dan ekonomi dari University Cambridge, England.
Setelah itu, beliau memulakan kerjaya di Hainan
sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Bank Hong
Kong. Apabila tiba di Tanah Melayu dan berjaya
dalam perniagaan bijih timah, beliau bersama-sama
dengan Leong Yew Koh dan Lim Chong Eu(Bekas
Ketua Menteri Pulau Pinang) telah menubuhkan
Malayan Chinese Association(MCA) pada tahun 1949.

Berdasarkan kepada ketokohan beliau serta peranan
penting yang dimainkan dalam menyatukan orang-
orang Cina di Tanah Melayu, Tun H.S Lee telah dipilih
sebagai salah seorang anggota rombongan ke
London yang diketui Tunku Abdul Rahman bagi
merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Setelah
bersara pada tahun 1959, beliau menubuhkan DCB
Bank manakala dua orang anaknya turut menceburi
bidang politik iaitu Datuk Douglas Lee yang telah
memenangi Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala
Lumpur(1952) dan Tan Sri Dato' Alex Lee dari parti
Gerakan yang juga pernah menggangotai
kabinet Tun Dr.Mahathir pada tahun 1980-an.

Tun H.S Lee bukan sahaja prihatin terhadap
perkembangan politik di negara ini, malah semasa
Jepun menyerang Tanah Besar China pada tahun
1937, Lee telah mengetuai usaha kutipan tabung
bantuan kemanusiaan China dan bekerjasama
dengan Parti Kuomintang China. Ketika menakluki
Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, Lee dan
keluarganya berpindah ke India dan bertemu dengan
Chiang Kai Shek di Congqing, China. Sebagai
menghargai jasa dan penglibatannya dalam arena
politik tempatan dan sumbangannya kepada
masyarakat Cina, Chiang menganugerahkan beliau
dengan gelaran "Kolonel" dan turut dihantar
bertugas ke sempadan China-Burma sebagai
perantara tentera China dan British.

Ketokohan Tun H.S Lee telah membuka laluan
penting kepada kerjasama politik antara orang
Melayu dan Cina di Tanah Melayu yang menjadi asas
untuk persiapan ke arah kemerdekaan. Malah, ketika
rombongan rundingan kemerdekaan ke London
banyak yang telah beliau sumbangkan bagi
merealisasikan kemerdekaan negara. Hasilnya,
rombongan tersebut berjaya memperoleh keputusan
yang positif apabila pihak koloni British bersetuju
memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Beliau meniggal dunia pada 22 Jun 1988 di Kuala
Lumpur.

Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri
Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala
Kangsar, Perak pada 16 Jun 1919. Beliau amat cemerlang
dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah
Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai
di India Utara.
Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai
kegiatan sekolah dan universiti.

Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden
pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.
Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti
Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina
Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya
umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau
bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak.
Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi
Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan
perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian
besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha
menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan
dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National
Land Finance Cooperative Society).
Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T.
Sambanthan merupakan salah seorang dari yang
menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan
dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada
tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh
Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang
telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan
dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan
masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

Sebagai ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia, beliau
menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia
1959 bagi kawasan Sungai Siput, negeri Perak (1958-1964).
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul
Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul
Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama
selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah
Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-
peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan.
Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai /
membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52
(1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi
dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden
Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan
usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979,
akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada
negara, jalan Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar
kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982. Serta, Monorel
Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun
Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.


Click to View FlipBook Version