The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rohazira Razalli, 2023-09-16 23:22:30

1 HARI 1 PERKONGSIAN GBK

1 HARI 1 PERKONGSIAN GBK

Imam Malik rahimahullah pernah berkata pada seorang pemuda Quraisy, “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.” Kenapa para ulama mendahulukan mempelajari adab? Sebagaimana Yusuf bin Al Husain berkata, “Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.” Manusia yang rendah 'harga diri' ada empat ciri 1. Pandang rendah pada orang lain 2. Lebih pentingkan apa orang kata berbanding apa diri rasa 3. Susah nak terima kebenaran 4. Banyak 'bicara diri'/self talk yang negatif Jadi, janganlah sedih jika kita tidak dihargai, namun sedihlah jika kita benar-benar tak berharga!


Kematangan ada dua bentuk iaitu kematangan mental dan fizikal. Kematangan fizikal selalunya setara dengan usia kita, manakala kematangan mental adalah berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Antara kaedah untuk mematangkan mental ialah dengan memperbanyakkan membaca dan belajar ilmu baharu. Tiada kisah kejayaan yang berlaku secara kebetulan. Semuanya dengan usaha yang gigih, semangat yang tidak pernah mengalah, percubaan demi percubaan, halangan, cabaran dan lain-lain lagi. Nak berjaya? Jom kita berjaya bersama-sama dengan menjemput kejayaan. Boleh kan?


Untuk buat sesuatu perkara itu, kita memerlukan KESUNGGUHAN. Kena ada rasa memang nakkan sesuatu itu. Contohnya kita nak makan ais krim, kita kena ada rasa nak makan ais krim. Namun jika kita tiada rasa nak makan ais krim itu maka diberi ais krim paling mahal dan paling sedap di dunia sekalipun , kita tetap tidak akan makan ais krim itu sebab kita tak nak. Samalah seperti belajar, jika diri kita sendiri yang tak nak dan tak mahu untuk belajar maka diberi cikgu cemerlang dan hebat sekalipun, kita tetap tidak akan mahu dan tak nak untuk belajar.


S M I L E Sentiasa mulakan, setiap hari dengan senyuman. Kerana dengan senyumanlah kita boleh kekal gembira dan positif. Untuk itu, kita gunakan akronim S.M.I.L.E. ini dalam kehidupan iaitu S - strength (cari kekuatan diri yang boleh membantu apa-apa juga yang kita lakukan) M - motivation (sentiasa motivasi diri untuk terus kekal dalam landasan kejayaan) I - inspire (dalam kita memotivasikan diri, kita juga boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk sama-sama berjaya, kaya dan bahagia) L - learn (sentiasa cari peluang untuk belajar dan terus belajar. Kerana dengan ilmu dan guru, menjadi sebab kita boleh berjaya.) E - engagement (bina hubungan dengan semua orang. Mana tahu orang-orang yang kita jumpa itu mendoakan kejayaan untuk kita. Yang paling penting kita jaga hubungan dengan Tuhan dan ibu ayah)


Cara mengambil nota 1. Usah tulis satu persatu perkataan atau ayat yang cikgu kita ucapkan. Gunakan kemahiran mendengar dengan mencatat point dan kata kunci yang penting sahaja. 2. Gunakan pembaris, pensil dan highlighter untuk menggariskan nota-nota yang penting didalam buku teks yang telah diajarkan oleh guru kita. Tapi jika buku teks sendiri, bolehlah kita menulis nota tambahan di ruangan tepi yang kosong. 3. Keluarkan segala nota dan kata kunci yang telah diajarkan oleh guru ke dalam buku nota atau helaian nota kertas yang lain. Kerana membaca, melihat, dan menulis semula akan membuatkan otak kita akan menyimpan maklumat dibahagian minda separa sedar. 4. Kongsikan dan bandingkan nota kita dengan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang mungkin kita atau rakan kita tertinggal beberapa nota penting yang patut kita tahu. Ini secara tidak langsung akan membantu kita dan rakan kita. 5. Bina soalan-soalan yang berkaitan dengan nota-nota yang telah kita buat. Rujuk buku teks dan buku rujukan untuk tambahan soalan supaya kita boleh memantapkan lagi nota yang telah kita buat. Boleh ke boleh? Moga bermanfaat✌️


, . 1. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ْخََل ِق ِْلَ َح ا َ َصاِل ِ مم تَ ُت ِِلُ ْ َما بُ ِعث ِنَّ إ Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad] 2. Saidina Usamah bin Zaid mengatakan: "Katakanlah kepada kami wahai Rasulullah, apakah pemberian paling baik yang diberikan Allah kepada manusia? Lalu baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Akhlak yang baik." [Riwayat Ibnu Majah] 3. Doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW tentang akhlak: “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku." [Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban]


Kehidupan kita ini pastinya ada kaitan dengan peluang, pilihan dan perubahan. Setiap pilihan itu mesti bermula peluang dan pilihan itu sendiri terdapat dua jenis iaitu: 1. Dipilih 2. Memilih Kita akan dipilih oleh seseorang/organisasi/komuniti, contoh mudah seperti pemilihan calon pengawas sekolah. Memilih pula berkaitan pilihan yang dibuat oleh diri kita sendiri seperti memilih untuk berjaya, memilih untuk sentiasa belajar dengan fokus dan sebagainya. Sudahkah kita membuat pilihan-pilihan yang positif? ✔️ Saya memilih untuk bahagia. ✔️ Saya memilih untuk berjaya. ✔️ Saya memilih untuk gembira dan berfikiran positif. ✔️ Saya memilih untuk belajar bersungguh-sungguh. ✔️ Saya memilih untuk tentukan sendiri masa depan saya. "You always have a CHOICE! It's only require efforts and power from yourself."


"Hormatilah orang lain sebagaimana kita mahu dihormati oleh orang lain." Golongan belia sekarang perlu lebih belajar untuk menggunakan bahasa dan kata ganti diri nama yang sesuai dengan orang yang lebih berusia serta lebihlebih lagi orang yang mereka baru kenal. Hidup ini kita tidak mencari kesempurnaan, namun kita mencari kecukupan. Oleh itu, usah memandang manusia yang baru nak berjinak buat baik bahawa mereka itu benar-benar suci dan sempurna. Elakkan! "Practice is not to make perfect, but to make improvements."


"10 PERSOALAN YANG PERLU KITA JAWAB SETIAP HARI 1. Apakah pencapaian atau kejayaan kecil yang kita mahukan pada hari ini? 2. Apakah manfaat dan kebaikan yang boleh kita berikan kepada orang lain? 3. Siapakah orang yang sesuai untuk dijadikan rujukan semasa kita ditimpa permasalahan? 4. Di manakah ruang yang perlu untuk saya menambahbaik diri sendiri? 5. Bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan tindakan? 6. Apakah cara yang terbaik untuk saya melakukan tindakan? 7. Mengapakah saya perlu mencapai atau melakukan perkara tersebut? 8. Bagaimanakah dengan berfikiran positif dapat membantu saya untuk mencapai kejayaan? 9. Adakah saya boleh berjaya tanpa melakukan apa-apa tindakan? 10. Mengapakah saya perlu mengetahui kekuatan dan peluang yang saya ada untuk berjaya?


Yang membina sistem kepercayaan itu ialah KEINGINAN. Jika tiada keinginan yang tinggi, maka kita tidak akan percaya yang kita mampu lakukan. Untuk mendapatkan keinginan, mesti ada KESUNGGUHAN. Orang yang bersungguh dalam melakukan sesuatu perkara, dia pasti boleh berjaya. Usah berangan-angan kosong untuk mendapatkan sesuatu jika tanpa ada usaha. "Man jadda wa jada“ "Kejayaan itu ialah apabila kita fokus pada keyakinan kita untuk berjaya dan bukannya kemungkinan untuk kita gagal." Be the best version of yourself!


Ada tiga perkara yang boleh dikawal oleh diri kita sendiri iaitu; 1. Emosi 2. Corak pemikiran 3. Sistem kepercayaan Sistem kepercayaan ini mempengaruhi dua perkara yang lain hinggakan boleh juga mempengaruhi sikap, kemahiran dan pengetahuan seseorang itu. Sabar ini sifatnya subjektif. Ianya tidak boleh merawat seseorang dengan hanya berkata "sabar saja. Ini semua ujian Tuhan." Kerana ianya tidak boleh dilihat secara zahir dengan mata. Jadi apa yang boleh kita buat bila berhadapan dengan seseorang yang menghadapi sesuatu masalah? 1. Jadilah pendengar yang setia. Sebab kadang-kadang masalah itu bukan untuk diselesaikan namun untuk didengari. 2. Bertanya soalan kepada orang tersebut. Soalan yang tepat dan betul akan menghasilkan jawapan yang sesuai dengan apa yang kita nak. Faham ke faham?


Corak pemikiran kita akan mempengaruhi apa yang kita rasa dan emosi yang akan kita lalui. Kemudian emosi inilah yang akan mempengaruhi tindakan kita. Lima Catatan Motivasi untuk Kita Hari Ini 1. "Kegagalan adalah peluang untuk memulakan lagi dengan lebih baik." - Henry Ford 2. "Keberanian tidak selalu mengaum. Terkadang keberanian adalah suara kecil yang pada akhir hari akan berkata, 'Aku boleh buat dengan lebih baik lagi esok'." - Mary Anne Radmacher 3. "Kejayaan bukanlah kunci kebahagiaan. Kebahagiaan adalah kunci kejayaan. Jika kamu mencintai apa yang kamu lakukan, kamu akan berjaya." - Albert Schweitzer 4. "Halangan terbesar dalam hidup adalah menemukan dirimu sendiri. Halangan berikutnya adalah tetap setia padanya." - Oprah Winfrey 5. "Usaha itu bukan hanya sekadar berkata-kata, namun usaha mestilah dengan tindakan. Oleh itu, lakukanlah tindakan untuk kita menjadi orang yang berjaya dan hebat."


Tip Menghafal Nota Belajar 1. Pengulangan: teknik pengulangan adalah salah satu teknik yang paling umum digunakan untuk menghafal. Bacalah atau ulangilah bahan yang ingin kitaa hafal secara berulang-ulang. Kita boleh membacanya dengan suara yang boleh sekadar didengari oleh kita sendiri atau melalui pengulangan dalam fikiran. 2. Mind mapping atau peta minta: Gunakan teknik mind mapping untuk menyusun idea-idea atau konsep-konsep yang ingin kita hafal. Buat gambaran visual dengan menghubungkan informasi yang saling terkait. Hal ini dapat membantu memperkuat hubungan antara konsep-konsep dan memudahkan kita dalam proses mengingat. 3. Menggunakan akronim atau singkatan: Buat akronim atau singkatan daripadabbahan yang ingin kita hafal. Gunakan awal suku kata pertama atau akhir bagi mewakili setiap point yang penting. Akronim ini dapat membantu memudahkan mengingat mengikut turutan atau maklumat yang lebih panjang. 4. Menggunakan visualisasi: Visualisasikan informasi yang ingin kita hafal dalam bentuk gambar atau gambaran mental yang kuat. Bayangkan situasi atau ilustrasi yang mewakili konsep-konsep yang harus diingat. Visualisasi dapat memperkuat pengingatan dan membantu mengingat kembali informasi dengan lebih mudah. 5. Membuat catatan ringkas: Buat catatan ringkas atau ringkasan daripada nota belajar yang ingin kita hafal. Proses menulis atau menyusun catatan sendiri dapat membantu memperkuat pemahaman dan mengaktifkan memori kita saat mempelajarinya kembali. InsyaAllah moga bermanfaat untuk semua murid.


Bahaya Gajet Setiap kali coach dijemput sampai ceramah di sekolah, salah satu masalah guru/ibu bapa adalah ‘anak ketagih gajet’. Gajet yang dimaksudkan adalah Smartphone. Salah ke Smartphone? Tidak salah HP. Yang salah apabila digunakan keterlaluan sehingga ia melalaikan. Ini yang terjadi dengan pelajar sekarang. Mereka dikendalikan oleh smartphone bukan mereka yang kendalikan smartphone. Kesan negatifnya; Tidak mahu lagi bersosial secara face to face. Tidur lambat. Jadi malas mahu belajar sebab terlalu bermain HP. Cepat penat sebab radiasi HP memberi kesan langsung kepada otak. Menjejaskan penglihatan. Ada banyak lagi keburukan apabila gajet ini mengendalikan diri kita. Jadi, belajar untuk kendalikan HP. Ibu bapa, apabila mendapati anak ketagihan gajet, TEGAS. TEGAS. Anak-anak pula apabila anda sedar anda mula tidak boleh berpisah dengan HP itu bukti anda ketagih. Jadi jangan MELAWAN. Ibu bapa anda mahu menyelamatkan masa depan anda. Ingat itu, ibu bapa mahu anda jadi baik bukan merosakan. Boleh?


Kuasa KATA-KATA Kata-kata kita ini boleh menjadi UBAT atau RACUN. Macam mana tu? Kata-Kata jadi UBAT - apabila kita sering mengucapkan perkataan yang positif kepada diri kita dan orang lain. Kata-kata kita itu adalah DOA. Kata-kata kita itu akan telinga kita dengar dan menjadi SANTAPAN OTAK. Apabila setiap hari otak kita menerima kata-kata positif, itu akan mempengaruhi cara berfikir dan energi kita setiap hari. Bagaimana jika setiap hari berkata NEGATIF? Pasti kita akan menuju ke arah yang negatif. Makin jauh dengan orang-orang baik. Makin jauh dengan target. Pesan coach, ubah cara kita memilih perkataan, insyaAllah akan mengubah prestasi kita. Boleh? Selamat mencuba. Saya Pilih Untuk FOKUS!


Tip Agar Lebih BERANI Kejayaan seseorang itu juga boleh dilihat dari tahap KEBERANIAN diri dia. Berani target yang besar. Berani bertindak cepat. Berani silap dan belajar dari kesilapan. Berani bertanya jika tidak faham atau tidak tahu. Berani mengakui kelemahan diri untuk dibimbing. Ini adalah antara sikap BERANI orang berjaya dan anda juga pasti mahu berjaya atau lebih berjaya kan? Jadi lakukan tips ini ya untuk lebih berani; 1. Fikirkan bahawa orang berjaya juga melakukan salah. Jadi normal jika dalam proses nak berjaya kita juga buat salah. 2. Fikirkan bahawa selepas melakukan kesilapan, kita akan lebih berhati-hati dan bijak. 3. Sentiasa berdamping dengan orang-orang sepemikiran untuk lebih produktif dan bertindak pantas. Bolehkan? Kita boleh mencapai target kita lebih cepat dan lebih berjaya jika kita menjadi LEBIH BERANI.


Tip Tajamkan Daya Ingatan Salah satu kunci menguasai bidang ilmu itu adalah kemampuan kita mengingat apa yang kita pelajari. Cikgu yang mengajar, pasti seronok apabila apa yang disampaikan, pelajar dapat kuasai dengan mudah. Begitu juga dengan pelajar, pasti seronok apabila apa yang dipelajari dapat diingati dengan mudah. Pentingkan menguasai cara nak mengingat? Naah di sini cikgu nak share 3 cara paling asas dalam memori. 1. Ceritakan semula apa yang anda pelajari. Iyah, anda boleh share di media sosial, anda boleh bercakap depan cermin dan anda boleh share dengan kawan terus. 2. Amalkan terus ilmu baru itu dalam aktiviti seharian kita. Apabila kita sesuaikan ilmu baru dalam kehidupan kita, ilmu itu akan lebih cepat faham, kuasai dan ingat. 3. Lakukan pengulangan berkali-kali. Maksudnya di sini, anda ulang dan cakap setiap masa ilmu baru yang anda pelajari. Jika tidak mau cakap, anda boleh mainkan ilmu itu dalam imaginasi anda. Anda cuba 3 asas ini, anda akan lihat “Storage Memory” anda akan makin besar dan semangat nak belajar ilmu baru itu akan makin tinggi. Cubalah. Selamat berjuang!


Tip Mudah Ingat Formula/Gambar Rajah/Nama Tokoh. Hampir 99% pelajar mengalami masalah daya ingatan. Belajar hari ini, besok lupa. Bila cikgu cakap minggu depan ada ujian, semua panik dan stress sebab apa yang dipelajari sebelum ini masih belum dikuasai. Baiklah. Cikgu share bagaimana mengingat Nama Tokoh, Gambar Rajah & Formula. Anda perlu tampal nota-nota yang anda mahu ingat diruang yang sering anda kunjungi. Lakukan latihan bagi bahagian itu berkali-kali. Ajar kawan anda. Dalam meningkatkan daya ingatan, anda perlu selalu praktik dan praktik. Itu kunci paling berkuasa. Boleh? All The Best!


ANXIETY DISORDER DAN PANIC ATTACK Apa yang dimaksudkan oleh Anxiety Disorder dan Panic Attack? 1. Anxiety Disorder adalah suatu keadaan di mana pesakit secara tetap mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif lain sehingga mengganggu rutin seharian pesakit dan menjejaskan hubungan pesakit dengan keluarga, teman dan rakan sekerja. 2. Panic Attack adalah satu tempoh keadaan tanpa diketahui puncanya, berlaku dengan tiba-tiba berlangsung selama sepuluh minit hingga sejam, pesakit mengalami pelbagai perasaan hingga pesakit tidak mampu bernafas, berasa akan mati. 3. Tidak semua pesakit sedar mereka mengalami Anxiety Disorder. Mereka menyangka kerisauan, kesedihan, ketakutan mereka adalah benar (real). Jangan memandang rendah dirimu, mungkin dunia menganggap mu hanyalah seseorang, tapi mungkin ada seseorang yang menganggap bahawa kamu adalah dunianya


Mulakan pagi dengan 'sangka baik'. 1.Sangkakan hari ini Allah akan aturkan kepada kita 'sebaik-baik' hari dari semalam. 2.Sangkakan hari ini semua orang yang baik-baik hadir dalam hari kita. 3.Sangkakan takdir hari ini yang terbaik sepanjang hayat kita. Sahabat, fikir yang baik-baik, cakap baik-baik, kita akan dapat semuanya baik-baik. Ada hari kita sedih, menangislah. Ada hari kita gembira, tersenyumlah. Ada hari kita gusar ,istighfarlah. Ada hari kita derita, mengadulah. Raikan sahaja apa patut kita rasa, emosi itu juga makhluk yang Allah hadirkan. Terima dan rasakan. Ambil masa dan mula lepaskan.


Hidup kita ini ibarat bunga yang berduri, tersalah langkah pasti tertusuk duri dan berdarah.Jika berhati-hati pasti kita dapat melaluinya. Begitulah kehidupan kita, banyak ujian dan rintangannya.Tiada hidup tanpa ujian, dalam kemewahan, kebahagiaan juga ada ujiannya.Usah leka kerana kebanyakannya manusia mudah lupa tika dalam keselesaan. Cantik tidak semestinya indah. Berhati-hatilah. Kita ini hanya MUSAFIR di dunia yang sementara... Selalu HANYUT, selalu LEKA, selalu LALAI, penuh DOSA... Jadi, BERBUAT BAIKLAH, kumpul sebanyak-banyak AMAL soleh agar dapat kita bawa ke SANA nanti... InsyaAllah.. Aamiin


Nak bahagia senang sahaja JANGAN PARANOID DENGAN KEHIDUPAN. Takut pada sesuatu yang belum tentu akan berlaku JANGAN TRAUMA DENGAN MASA SILAM. Anggap itu pengajaran supaya tak berulang. Bukan suatu ketakutan yang menghalang kejayaan JANGAN BERHENTI MEMBERI KEBAHAGIAAN. Bahagiakan orang sekeliling tanpa mengharap penghargaan JANGAN MERINTIH PADA KEKURANGAN. Jiwa yang besar adalah jiwa yg sentiasa bersyukur dengan yg sedikit JANGAN MENDONGAK KE LANGIT SAAT BERJAYA. Rumput dibumi masih perlukan perhatian


NARSISISTIK Petanda Anda Seorang Yang Narsisistik : Berasa diri sendiri lebih penting Ingin diiktiraf atau dikenali ramai Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain


"Terima kasih." Ucapan yang pendek namun penuh bermakna dan kesan. Bila orang menerima ucapan ini, merasakan dirinya dihargai dan juga disenangi. Kadangkala jika ada orang menegur kesalahan kita, maka ucapkanlah terima kasih kepada orang yang menegur kita. Lagi pelik, kadangkala ada orang yang bila dimarahi, ditengking dan dicaci tapi dia masih dengan senyuman lalu mengucapkan terima kasih pada orang yang memarahi, menengking dan mencaci dia. Sebenarnya, selagi mana seseorang itu menganggap sesuatu sebagai positif maka ia tetap akan menjadi positif walaupun perkara itu hakikatnya negatif. Oleh itu, kekalkan senyuman, lazimkan mengucap terima kasih dan yang paling penting sentiasalah bersangka baik. Boleh ke boleh?


Bismillah. 7 Kata-kata Indah Buat Guru "Guru ialah orang yang menanam benih keilmuan supaya ianya bercambah dengan akar yang kuat." "Pekerjaan guru merupakan sebuah profesion yang membawa ke arah profesion yang lain." "Jika anda boleh membaca segala ayat ini, maka ucapkan "TERIMA KASIH" kepada guru anda!" "Hebatnya seorang guru itu bukan hanya disebabkan beliau boleh mengajar murid, namun kerana mendidik murid." "Orang yang paling tepat untuk kita rujuk pada waktu kita tersilap langkah, ialah guru." "Guru juga seorang fasilitator iaitu pemudahcara bagi pelajar mendapatkan ilmu dan mencapai kejayaan." "Guru yang baik ialah guru yang boleh membuatkan pelajar faham tentang ilmu. Dan guru yang hebat pula ialah guru yang menjadi sebab pelajar hadir selalu ke sekolah." Terima kasih cikgu!


TIGA CARA UNTUK MENIKMATI HIDUP KITA DENGAN LEBIH BAIK 1. Berani membuat keputusan sendiri - orang lain suka untuk berkongsi dan memberi pendapat mereka kepada diri kita. Namun, semuanya bergantung kepada diri kita yang membuat keputusan itu. Jadi, ganbatte 2. Ambil masa untuk relaks/berehat - kadangkala kita terlalu ambil berat dan fokus tentang pekerjaan kita hingga tak menyedari keperluan badan kita sendiri untuk berehat. Sayangi tubuh badan kita. 3. Bina hubungan dengan orang - kita bukan hidup bersendirian, kerana kita hidup dalam komuniti dan berkeluarga. Bersamalah dengan orang lain dan luangkan masa bersama. And make some new friends


Tips Berubah Jadi Orang Baru Kenapa kena jadi orang baru? Kerana kajian mendapati seseorang itu sukar untuk berubah bila ada sifat dan sikap negatif yang lama dalam diri dirinya. Jom ikuti tiga tips berubah jadi orang baru 1. Berdoa - dilembutkan hati, diberikan idea dan ilmu yang bermanfaat, diberikan kekuatan untuk belajar dan sebagainya. 2. Overhaul diri - sucikan diri dengan beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf kepada orang lain, solat dan sebagainya. 3. Sentiasa senyum - pastikan setiap kali bangun tidur kita baca doa bangun tidur dengan senyum dan bertenaga. Ianya akan merangsang endorphin untuk kita terus bersenyum.


Kadang-kadang, satu perkataan sahaja boleh membuat seseorang itu berubah. Tidak kisahlah perkataan itu berbentuk positif dan negatif. Seorang pelajar boleh berjaya disebabkan cikgunya selalu berkata, "Bagus! ". Seorang pekerja terus merudum prestasinya bila majikan berkata, "Pemalas!" Jadi, selepas ini jom kita ubah gaya bahasa dan struktur ayat kita agar menjadi lebih positif serta menyenangkan semua orang. Berkatalah baik dan benar walaupun pahit untuk diluahkan..


"Nak jadi orang hebat ini perlukan S.M.A.R.T." S - sedia M - motivasi A - awal R - rajin T - training (latihan) ❑ Kita melihat untuk kita mengetahui. ❑ Kita mendengar untuk kita memahami. ❑ Kita bercakap untuk kita menyampaikan. ❑ Kita merasai untuk kita mengerti. ❑ Kita bertindak untuk kita mendapatkan hasil.


❑ Buat perkara baik tidak perlu disuruh dan tidak pula ditangguh-tangguh. Kerana kadangkala sekecil-kecil kebaikan kita itulah yang memberi banyak manfaat kepada orang lain. ❑ ❑ Jangan takut akan perubahan. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik, namun kita akan peroleh sesuatu yang lebih baik lagi. Jangan pernah berputus asa untuk bangkit selepas kejatuhan . Kejatuhan itu bukan satu pengakhiran . Kerana, Di setiap jatuhnya sang benih, Akan ada bunga-bunga indah yang akan mekar menghilangkan sedih . Kejatuhan itu satu petanda, Bahwa kau akan bangkit mengindahkan dunia .


Betapa ramai orang yang mahu berjaya dan mencapai sesuatu perkara, namun TAKUT untuk BERUBAH! Kerana apa? Kerana akan ada kecaman orang lain. Kerana akan ada risiko yang bakal berlaku. Kerana akan ada kesan yang kita tak pasti. Percayalah! Walaupun ianya hanya sekecil-kecil perubahan yang kita lakukan namun impaknya insyaAllah menghasilkan KEJAYAAN BESAR yang tak pernah kita sangkakan. Jom berubah ke arah yang baik.


5 Nota Motivasi Orang Luar Biasa Hebat! 1. Tanpa usaha dan komitmen, kita takkan dapat penghargaan. 2. Kerajinan menjadikan kita lebih selangkah daripada orang sekeliling. 3. Kemenangan hanya untuk mereka yang ada target. 4. Masa membuat manusia rugi tapi tindakan manusia yang berpandangan jauh membuatkan masa 'rugi'. 5. Sejarah membuktikan manusia tanpa agama tidak akan berjaya.


BAHAGIA CARA KITA .... 1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buatlah... asalkan ikut syariat. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama.. # Jari kitapun lain saiznya 2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek rileks sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli.Mereka tak tanya pun.. Kita senang orang dekat Kita susah, sendiri mau ingat 3. Nak buat baik jangan harapkan balasan orang. Nanti hati sakit. Berharap pada Allah... Hanya percaya pada kata2 "Kita tolong orang, suatu hari nanti orang akan tolong kita". 4. Tengok orang senang, jangan iri...rezeki dia Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati.. Suatu hari aku akan jadi macam dia... 5. Jangan mudah terasa hati. Pendam buat kita sendiri terasa hati. Menangis buat air mata habis. Buat apa yang kita rasa happy.


BAHAGIA CARA KITA .... Sambungan… 6. Berkawanlah tanpa syarat Hargai kawan2 yang hargai kita 7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Duk diam sudah... 8. Tulis benda positif. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka..refer no. 7. Tak perlu perli perli. Just tulis kata2 yang boleh ingatkan diri sendiri..Kita pun bukan sempurna 9. Utamakan keluarga. Mereka yang akan susah senang dengan kita. 10. Ada duit buat cara ada duit..Tak ada?...duk diam. Tak perlu ikut cara orang. Naik axia pun sampai jugak. Naik myvi lagi awal sampai.. Bersyukur.. 11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust... In shaa allah... Tenang tenang saja Sharing is caring


Ada Empat Perkara yang Kita Boleh Buat Setiap Hari. 1. Betulkan niat. - sesungguhnya setiap amalan dengan berduit. Jika niat kita itu betul dan baik, maka baiklah. Jika tidak, maka sebaliknyalah. Niat yang betul, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah swt. 2. Hari ini mesti lebih baik dari hari semalam. - ya setiap hari, sudah pasti kita mahukan yang terbaik. Jika seorang salesman semalam dapat menjual 50 produk, maka hari ini sudah tentu dia inginkan jualannya meningkat contohnya 60, 80 atau 100. Oleh itu, kembali semula kepada point pertama ialah niat. InsyaAllah moga tercapai niat dan target kita itu. 3. Doa yang baik-baik - tanpa doa atau 'bercakap' dengan Tuhan, kita sukar nak mendapatkan sesuatu perkara. Maka berdoalah! Angkatlah tangan dan mohonlah segalanya kepada Tuhan. Dalam Islam, doa itu umpama senjata orang mukmin. 4. Berbuat baik dengan orang lain - jika ada kenalan/saudara-mara kita yang ditimpa musibah, maka segerakanlah membantu mereka. Bantu mudahkan kerja orang lain, sebarkan salam dan senyum. InsyaAllah manfaat itu kita pun dapat, orang lain seronok dan kita pun seronok


MASALAH/STRESS Segelas cawan yang berisi air apabila kita memegangnya selama 10saat, kita tak akan rasa apa-apa. Namun apabila kita memegang cawan tersebut selama seminit, mungkin kita sudah rasa sedikit lenguh. Jika memegang cawan tersebut selama sejam, mungkin kita boleh mengalami kekejangan otot. Begitulah sama dengan masalah/stress yang kita tanggung. Walaupun nampak kecil tetapi semakin lama ditanggung bebannya semakin bertambah teruk kesan dan akibatnya Segeralah berjumpa dengan mereka yang boleh membantu seperti kaunselor dan dekatkanlah diri dengan Maha Pencipta.


DUIT KERTAS Sehelai duit kertas RM50 walaupun dironyokkan ianya masih bernilai dan nilainya masih tetap sama iaitu RM50. Andai kita lipat duit itu menjadi kecil, pun ianya masih bernilai. Kecuali kita koyakkan duit kertas itu, maka ianya sudah tidak bernilai. Seperti itulah dengan diri kita, walaupun kita terima pelbagai ujian dan dugaan seperti ronyokkan serta lipatan, tetapi diri kita masih berhak untuk dipandang dan dihargai serta dinilai. Namun jika diri kita tak kuat, maka mudahlah orang untuk mengoyakkan kita. Setiap orang, Tuhan uji dengan dugaan yang berbeza-beza. Kita rasa ujian kita berat tetapi ada orang lain lebih berat. Jadi, bersamalah kita untuk sentiasa sabar, reda dan syukur dengan segala apa dugaan yang Tuhan berikan. InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan untuk kita. .


Click to View FlipBook Version