The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rohazira Razalli, 2023-09-16 23:22:30

1 HARI 1 PERKONGSIAN GBK

1 HARI 1 PERKONGSIAN GBK

Kadang-kadang, Tuhan hantarkan manusia untuk menegur kita. Jadi usahlah sombong dan terus-menerus membina mental block yang menghalang kita untuk berubah dan berjaya. Ada 4M nak berubah; 1. MUHASABAH DIRI, hidup kita ini perlu sentiasa muhasabah atau semak semula segala perlakuan kita. Adakala, kita tanpa disedari telah mengguris dan melukan hati orang lain. . Yang kedua ialah, MENGAKUI yang kita benar-benar nak berubah dan berazam untuk menjadi orang yang hebat, berjaya serta kaya. Pengakuan yang kita buat tidak perlulah diceritakan kepada semua orang, cukuplah ianya membuka mata dan minda kita untuk benar-benar berubah. Yang ketiga, MEMPERBAIKI/MENAMBAHBAIK kelemahan yang kita ada dengan menguatkan segala kekuatan dan peluang yang kita ada untuk berubah. Kita kena sentiasa upgrade dan update. Yang terakhir, MOHON DOA kepada ALLAH SWT agar kita sentiasa taat dan patuh serta kuat dalam usaha untuk berubah. Mohon jugalah doa daripada orang sekeliling kita seperti ibu ayah, adik-beradik, guru-guru, rakan-rakan dan semua orang. .


Mengapakah Masalah Kita Susah nak Diselesaikan? 1. Sebab kita biasakan mengecilkan sesuatu masalah hingga masalah tersebut menjadi besar. 2. Sebab kita tidak cari dan meluahkan masalah kita dengan seseorang yang kita percaya. 3. Sebab kita tidak pernah ditanya atau dihiraukan oleh sekeliling. Lebih teruk lagi jika orang sekeliling hanya mahu kita berubah tanpa mengetahui cabaran dan halangan kita hadapi. Setuju ke setuju? . Jika orang ke kanan, tak semestinya kita juga perlu ke arah yang sama. Seandainya orang ke arah kiri, kita juga boleh ke arah yang sama. Kerana hidup ini tentang pilihan. Kadang-kadang, arah itu nampak baik bagi orang lain namun buruk bagi kita. Ada juga arah yang nampak buruk bagi orang lain namun baik bagi kita. Jadi, buatlah pilihan yang terbaik dalam siri kehidupan kita.


ELAKKAN diri dari 5 perkara ini dalam berpenampilan. 1. SOMBONG, kerana memiliki paras rupa yang cantik dan tampan. 2. SOMBONG, bila berkemampuan menutupi tubuh dengan barangan yang mewah. 3. SOMBONG, untuk bergaul dengan orang yang tidak sealiran gaya dengannya. 4. SOMBONG, dan bermegah megah dengan kemampuannya memiliki pakaian, yang tidak termampu untuk orang lain memilikinya. 5. SOMBONG, dan memperlekeh gaya penampilan seseorang yang tidak setaraf dengannya. Segalanya berkemungkinan. Berundur.... Kadang-kadang menjadistrategi untuk menangtempur. Berdiam..... Sesekali mungkin tandanya, setuju, namun tidak mustahil itu cuma tindakan berhati-hati. Sedang memerhati. Menilai penuhteliti


SEWAKTU BELAJAR, PASTIKAN KITA.... Sewaktu belajar, pastikan kita dalam keadaan yang selesa. Kerana keselesaan boleh memberi kesan kepada mood ketika kita sedang belajar. Sewaktu belajar, pastikan kita terhindar daripada gangguan dan ancaman. Kerana gangguan boleh menyebabkan kita stress dan tidak fokus dengan sesi pembelajaran. Sewaktu belajar, pastikan kita biasakan minum air putih atau mineral. Kerana kandungan oksigen yang cukup boleh membuatkan otak segar. Elakkan minuman manis. Sewaktu belajar, pastikan kita telah bersedia untuk belajar. Kerana belajar itu proses dan setiap proses penting walaupun hanya sekecil-kecil perkara. Merancanglah untuk berjaya cemerlang bukannya merancang untuk sekadar lulus. Sewaktu belajar, pastikan kita betul-betul mengikuti masa jadual belajar. Kerana setiap saat itu sangat berharga dan peruntukkan juga masa rehat untuk kita boleh refresh kan minda dan fikiran. . . Boleh ke boleh?


Tak semua orang ada sifat memahami. Jadi, ✅Bersedia untuk segala reaksi. ✅Berhati-hati dengan cerita yang dikongsi. ✅Usah mudah berkecil hati. Kerana, sifat memahami itu akhlak yang lahir dari nurani yang benar tulus dan suci. Setiap hari adalah peluang untuk kita... Peluang untuk memperbaiki diri. Peluang untuk mempertingkatkan kualiti. Peluang untuk meraih kejayaan. Peluang untuk memperbetulkan kesalahan. Peluang untuk memohon keampunan tuhan. Tapi sayang, seribu kali sayang.... ramai di antara kita yang mensiasiakan peluang. Kita mengharapkan masa yang akan datang.. walhal tiada jaminan kita miliki umur yang panjang. Kerana kelalaian dan kealpaan dengan keseronokan dunia, yang Allah swt sifatkan sebagai perhiasan yang sementara, menjadikan kita melepaskan peluang masa, peluang sihat dan peluang nyawa yang kita ada. Rebutlah peluang! selagi Allah swt memberi masa dan ruang. Wallahu a'lam


Jiwa yang sakit tak mudah sembuh, melainkan dengan kesedaraan dan keinsafan yang bersungguh. Hari ini ramai yang terlihat sihat luarannya, tetapi tenat pada jiwanya. Jiwa yang sakit terlihat pada akhlak dan tingkah lakunya. Resah, Gelisah, Gundah, Semuanya Salah. Diri rakus menunjuk sesuatu. Segalanya perlu diberitahu. Like, Comment, Share menjadi sesuatu yang diburu. Membuktikan itulah namanya "maju." Pesan buat semua, jagalah jiwa. "Check-up" lah jiwa dengan muhasabah. "Healing" kan jiwa, perbaiki hubungan dengan Allah. Mudahnya kita mengikut... Asalkan "trend" Asalkan "viral" Kita ikut, kita turut... Semua segi semua sudut. Kita ikut, kita tiru... Tanpa menilai terlebih dahulu. Kadang hilang jati diri, kabur identiti. Pesan buat semua. Jangan mudah dipengaruhi. Jangan senang dikuasai. Hidup mesti ada pegangan. Pegangan yang benar adalah IMAN. Wallahu a'lam.


Click to View FlipBook Version