The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

-By Nurul Balqis
NOVEL-NOVEL
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Disebalik Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas
Tirani
Bimasakti Menari
Silir Daksina

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrl.blqx, 2022-06-11 13:58:36

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5, 4 Zon Di Malaysia

-By Nurul Balqis
NOVEL-NOVEL
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Disebalik Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas
Tirani
Bimasakti Menari
Silir Daksina

Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang
yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab
malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi
gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran
mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini
seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia
mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja
pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam
hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan
bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu
hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat
tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang
diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas
menuju ke kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya
sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk
membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat
tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri
tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor
Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati
51

Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan
gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal
pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha
teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang
marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta
peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia
menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan
emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit
pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah
dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah.
Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai
digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh
gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering
mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan.
Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya
52

berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan
jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia
sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia
dapat melupakan kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang
berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam
yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan
bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya
yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor
muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan
tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas
ke wad yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab
dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia
menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi
ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini
adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha
berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

53

BAB 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan
anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila
dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani
pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi
pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang
simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan
normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya
yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya
menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan
oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara
dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia
kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta
penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati
penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke
dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital
tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan
akhir semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah
yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas
walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah
pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga mengimbas kembali tentang infeksi yang
berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
54

sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang
pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang
kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat
ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah
tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian
sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah
waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan
sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor
Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang
tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di
Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak perempuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal
dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap
Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih
ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan
dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan
Raihalah yang mengambil alih menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati
kecederaan teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.

55

Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi
saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut
apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar
bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

56

NOVEL Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap
peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan
perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat
di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga
dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan
sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya
dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai
dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya
dengan Azhari.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.

Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya
di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia,
dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga
memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta
Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan
anak sulung.

57

Bab 2

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan sahaja.
Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton juga
menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama.
Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka
akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.

Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.
Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.

Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat
ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya
Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia
menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan
rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya
supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Bab 3

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama ada
emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki dengan
keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan
Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui
hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa,
Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.

Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa
berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana
mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya
58

yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais
datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa
Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Bab 4

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun yang
diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak
sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang
belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.

Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari
memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada
keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong
memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun
sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau
terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu
menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan.

Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang
tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup
miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan
sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu
bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering
terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.

Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor
memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku
kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa

59

sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah
tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Bab 5

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari
Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak rela
dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima
minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan
meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.

Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan
ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk
membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak
bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari
asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia
terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah
dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

Bab 6

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya yang
sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan
telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang
dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram
apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak
Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga
yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah

60

syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah
ketentuan Tuhan.

Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa
arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui
Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya,
denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling
rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Bab 7

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana selama ini
Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke
rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong
dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan
Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke
bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong
membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak.
Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang
semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji
keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah
pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah
kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika
Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh
hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan
kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di
kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari
pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga,
ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

61

Bab 8

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa Anggerik ke
klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat
semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.

Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk
berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian
kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya
tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.

Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila
melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular
itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong
cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya
itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran
rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain
sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran
seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

Bab 9

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan
hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada
Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.

Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu
Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital di
Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh
keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju
dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .

62

Bab 10

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Beliau
memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa dia ada
masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia
agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan
dirinya di perpustakaan.

Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin
berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada
Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi
untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.

Bab 11

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok
sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila Bakar
tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular
sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan
Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di
Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar
bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu,
Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan.
Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun
mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

Bab 12

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan oleh
seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu mencadangkan
agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia
penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan

63

emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca
daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru
dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat
emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang.
Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat
ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-
adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP
tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba,
Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.

Bab 14

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat tahu
kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi harapannya.
Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu
kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan
sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-
rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

64

Bab 15

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran tersebut
kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat berharap Dahlia
dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari
yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara
itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga
tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik
diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa
mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya, Dahlia
terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk
berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar
pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan
Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring.
Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk
membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia
mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia
duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Bab 17

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang banyak
ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya
dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk
membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk
65

menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di
dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas
Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat
tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar
sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Bab 18

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas di
pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman, Dahlia telah
bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan
sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan.
Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta
agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya
lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju
untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda
Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus bertahan
lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia
terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan
penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan
itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut
tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai
persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.

66

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan
cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia
perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah
terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia
telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk
mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan
parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi,
Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah
yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut
Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya untuk
bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti. Dahlia
membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang untuk
sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang
sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan
Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia
bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir
memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

67

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan
memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar
bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua
batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap
keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan
perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di
kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati
neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-kawannya.
Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima cintanya. Akan
tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital.
Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak
Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan
Dahlia juga tidak disahutnya.

68

Bab 24

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan cucunya
yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan
jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai
raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk
tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang
tersendiri.

Bab 25

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut
tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan
ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya
penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran
mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman
bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah
dia naik pelamin.

69

Bab 26

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam kesibukan itu,
Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat
pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak
keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa
berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat
atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan.
Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti
Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi,
Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah telah
menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan
Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan
bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh
Tauke Lim sebanyak RM300.

70

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari
kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana
jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah
menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga
.menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri
sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

71

NOVEL Tirani Karya Ben Sabariah

SINOPSIS KESELURUHAN

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama
dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah
mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan
hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya
dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya
menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu
Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan
orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI
cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh
suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya
dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan
berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland.
Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan. Lalu
Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si
Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya,
Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap
kawankawannya dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
72

mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang
dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut
kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan
makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan
juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang
sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

Bab 2

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi pelancongan
dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka
juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti
budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini
menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda
berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa
Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus
memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian,
keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke
dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka
Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh
Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk
melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah),
Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang
melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan
perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri
jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana
dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-
73

kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui
oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat
kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa
kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi,
Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang
dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk
membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh
sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-
sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor
pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr
Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa
yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di
Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan
tersebut.

74

Bab 5

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila
Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah
menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas.
Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala.
Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat
lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima
panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan
kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada
keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah,
Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah.
Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh
Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam bilik
pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan
wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira
kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda
melangkah keluar dari SMC bersamasama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya
berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa,
Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke
atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

75

Bab 7

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku
yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan
yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada
kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk
memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang,
tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin
rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.

Bab 8

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani yang
hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini
menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda
tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan
orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan
kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan
Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan
pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan
lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding
dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan
tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri dengan
menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu,
Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort
terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

76

Bab 9

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati
beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima
bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di
Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang
lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-
dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang
ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang
cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda
menganggap tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk
berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas
yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka
program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid.
Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda
dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu
yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah, cetak rompak dan
sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika.
Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif
terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu,
perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda
77

terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan
ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira
dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk
menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan
sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi
idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah
sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian
tradisi Sarawak.

Bab 11

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa
Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding.
Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai
Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati
kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda
menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan
pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu
Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi
kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada
Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan
78

Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di
Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu
dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan,
Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus
ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin
meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin
bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari
bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan
Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan
apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak
dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan
kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas
kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis
pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di
rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara
Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada
di SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa
yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu
79

dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin
menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk.
Zahid kembali tenang.

Bab 14

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk
Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang
diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga
menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi.
Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi
salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas
menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin
perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin.
Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah
Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada
minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau
dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan. Senario
pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah
digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji
pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang
menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya
Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita. Sejak
pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza.
Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin
meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid

80

dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa
meniti di bibirnya.

Bab 16

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan
dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan. Seri gading dan
Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan
dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil
sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul
rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah
akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di
restoran Sri gading bersamasama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas
apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid
ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari
Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid
perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta
keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda
bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk
Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading
dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan
Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam
bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah
manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas.
Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa
bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya.
81

Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan.
Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa
anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut.
Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres,
tumpuan kerja, kerenah suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja.
Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda
jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau
Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada
malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun
tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil
mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi
sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami.
Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Bab 18

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil
sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang
ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway
bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah
mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta
diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu
Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak
pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal
begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang
baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan
dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda
termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya
jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
82

benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari
menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa
ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama
pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan
Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita
yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah,
Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang.
Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan
bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung
konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat
akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid
suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid
tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi
meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang
bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-
sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan
namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik
tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala
rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada
masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang
telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah
terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram.
83

Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat
bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI.
Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda bahawa
kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais juga
menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk
mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah
membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas
diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik
rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais
sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas
itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda
telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid
seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di
hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda
sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang
berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon
Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi
bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Bab 21

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di
rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan
rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang
dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz
untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok.
Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin
melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan
84

Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan
yang berjaya.

Bab 22

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu.
Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya
Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus
berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya.
Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak
amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak
yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet IwanaIwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong
dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu
pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet
itu.

Bab 23

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi
panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman.
Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang
tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya.
Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga
mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal
juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya
yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar
akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu
malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka
menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter
untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan
85

mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles.
Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan
senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis
di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan
isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah
mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya
di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu,
malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di
Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan
bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak
pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada
gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk
pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu
mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang
enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.
Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di
Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui
Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan
meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu
dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun
Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia
jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

86

NOVEL Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu
cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada
malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau
kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang
bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama
sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik
berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul
Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya
menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak
polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan
beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor
Lim.

87

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’
Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam
tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing
dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah
menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan
keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul
Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat
oleh deria

BAB 2

Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu
kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad
88

Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia

benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan

pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham

dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui

rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka

mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput

ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi

membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra

alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik

bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi

kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di Kuala
Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke
tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir.
Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk
melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan
tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan
secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat
pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh
kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat
menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa
turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik
persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-
lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan
sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor
yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

89

BAB 4

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh
Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai solat
Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai
cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan
seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu
membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala
ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala
ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8,
iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh
apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui
penduduk Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut
namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan
Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau di
lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas
kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana
Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk
bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah
melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka
beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri
Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-
masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka
berdua.

90

BAB 6

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat Majlis
Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala Selangor yang
telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang
tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah
dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap
kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan
impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan
Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang.
Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang
akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan
tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-
kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak
terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut
dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia beranggapan
bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh seperti yang
dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip,
Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan
pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut,
mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya,
Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-
rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor.

91

Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri

tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua

ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin

berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di

jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan

manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia

memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan

akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang

mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap

terhadap pemuda tersebut.

BAB 8

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti rumah
tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar
penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan
bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah
keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada.
Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering
bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat
gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan
sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi.
Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu
Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara
industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip.

92

Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada
mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri
terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-perempuan
yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya
setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang
terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik
dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala
Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka
berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman
menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek
tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus
sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal
di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-
kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke kawasan
kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa,
keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang mula hadir,
Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa
saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu
gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu
Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya.

93

Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan pengaruh
beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di
hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-
A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan
segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta
Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit
gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit
Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat meneruskan
penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli
perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin
apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’
Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang
projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan
SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu
untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras
dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk
mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin
disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann
telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.

94

Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan
yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

BAB 15

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya sambil
memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong ke rumahnya
memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong
rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja
tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu
dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa
segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan
awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad

Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang

berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta

izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu

mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan

Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad

Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan

seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan

diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama.

Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak

memakai selendang hitam bermanik Kristal.

95

BAB 17

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di hospital
bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar memberitahu pihak
media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan
pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta
ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin
motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya
menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar
berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar
mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit
Gelap.

BAB 18

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap populasi
kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan
Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan yang telah
disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk
balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu
bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan
ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz
lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas pada
jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya
milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen
petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari
kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang
diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya
96

tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang
perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan.
Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa
sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik yang
belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak dicederakan. Dia
pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan
wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan
mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman
bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta
beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik
disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan
CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya,
nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah.
Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran
telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan
perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan
Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas
berbalas berbalas tembakan, Muhammad taufik Berjaya diselamatkan.

BAB 22

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas

97

isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan
menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan
meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas
daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

98

NOVEL Silir Daksina Karya Nizar Parman

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia tinggal bersama umi
dan ayan tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manushrip lama yang kandungannya adalah hasil
ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah
kandungnya di sebuah kampong di Batu Pahat, Johor. Keputusan Haiqal untuk ke kampong arwah
ayahnya mendapat tentangan keras daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah
kandungnya sudah lama meninggal dunia. Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana
mereka tidak sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal
bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal kesepian di Johor. Hidup keseorangan,
kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal tetap ingin ke sana walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak mahu Haiqal
mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak akan memberikan
wang perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan menanggung perbelanjaannya semasa
di sana.

Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal di sambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat disegani. Sedikit demi sedikit Haiqal mengetahui
tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-penduduk kampung di sini. Terdapat sedikit ilmu
tentang tarian zapin didalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mencintai sastera.

Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah ayahnya meninggal,
kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum Haiqal pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D’Purnama membuat persembahan tarian zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama. Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah
turut ada untuk menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia
datang ke kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan uminya mengaku bahawa
darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan.

99

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.  Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan. Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,bahawa ayahnya bukan walid, Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya
berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah
Kayan

BAB 2

Haiqal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu
ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haiqal meneruskan pengajian STPM dan
sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haiqal memberitahu Ratna bahawa dia
sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai, Haiqal cuba menghayati
pertemuan cinta ayah dan ibunya..  Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haiqal.
Haiqal tidak tahu. Haiqal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian
umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal
menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-
penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan
tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing
Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah
apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah
untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau
cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke
Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah

100


Click to View FlipBook Version